• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGENALPASTI FAKTOR FAKTOR YANG MENYUMB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MENGENALPASTI FAKTOR FAKTOR YANG MENYUMB"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG

KEPADA KEGAGALAN PELAJAR DALAM KURSUS

MATEMATIK KEJURUTERAAN 4 (BA 501) DI POLITEKNIK

IBRAHIM SULTAN.

1Noor Syaheeda binti Mohd Safie Politeknik Ibrahim Sultan

syaheeda78@gmail.com

2Naksa binti Ahmad Politeknik Ibrahim Sultan

nks_ahmad@yahoo.com

3Faeizah binti Mohd Lajim Politeknik Ibrahim Sultan

faeizah78@gmail.com

ABSTRAK

Setiap semester, pelajar di Politeknik dari program kejuruteraan diwajibkan untuk mengambil kursus Matematik Kejuruteraan bagi memenuhi keperluan program diploma mereka. Di Polteknik Ibrahim Sultan, pelajar kejuruteraan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal akan mengambil kursus ini.Walau bagaimanapun, kegagalan pelajar dalam kursusMatematik Kejuruteraan berlaku setiap semester. Salah satu kursus yang berdepan dengan permasalahan ini adalah Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501) yang ditawarkan kepada pelajar semester 5. Kegagalan pelajar dapat dilihat menerusi keputusan peperiksaan akhir semester Disember 2013 apabila seramai 29 daripada 347 orang pelajar gagal dalam kursus ini. Pelajar dari program Diploma mencatat pertausan tinggi kegagalan kursus BA 501 iaitu DJK 17.5% dan DEM 19.2%. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelajar ini. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelajar yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501) di Politeknik Ibrahim Sultan. Kajian menunjukkan terdapat 4 faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan pelajar dalam kursus BA 501. Faktor yang paling ketara adalah pada bahagian Kaedah Belajar di mana pelajar tidak berjumpa dengan pensyarah bila berhadapan dengan masalah (Min = 3.58). Pelajar juga didapati tidak bertanya kepada pensyarah sekiranya tidak faham (Min = 3.00) serta selalu tidur lewat (Min = 3.33). Faktor berdasarkan sikap dan motivasi pula didapati pelajar mempunyai asas Matematik yang lemah (Min = 3.25).

Katakunci : Faktor, Pelajar, Gagal, Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501)

1.0 Pengenalan

(2)

adalah Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501) yang ditawarkan kepada pelajar semester 5. Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir semester Disember 2013, masih ada segelintir pelajar yang gagal dan mengulang (carry module)kursus ini.Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak dapat menamatkan program diploma mereka mengikut masa yang ditetapkan. Berdasarkan kepada analisis CORR kursus BA501 untuk semester Disember 2013, telah menunjukkan peratusan pelajar yang gagal adalah seramai 29 orang daripada 347 orang pelajar yang mengambil kursus ini dengan jumlah peratusan pelajar yang gagal adalah 8%. Walaupun secara keseluruhannya peratusan dilihat sebagai rendah, namun terdapat dua program mempunyai peratusan kegagalan yang agak tinggi iaitu program DEM (Diploma Kejuruteraan Mekatronik) dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (19.2%) dan DJK (Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa (17.5 %) dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Bagi mencapai sasaran lulus 100%, kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelajar dalam Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501) di Politeknik Ibrahim Sultan.

1.1 Pernyataan Masalah

Terdapat kegagalan pelajar dalam kursus Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501)bagi setiap program kejuruteraan di Politeknik Ibrahim Sultan.Kegagalan ini dapat dilihat menerusi keputusan peperiksaan akhir bagi semester Disember 2013 di Politeknik Ibrahim Sultan.Ini akan mengakibatkan pelajar gagal bergraduasi mengikut masa yang telah ditetapkan.

1.2 Objektif Kajian

Mengenalpasti faktor-faktor kegagalan pelajar dalam kursus Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501) di Politeknik Ibrahim Sultan berdasarkan :

i. Tutorial/latihan yang dilaksanakan ii. Pensyarah dan kaedah pengajaran iii. Kaedah belajar

(3)

1.3 Skop Kajian

Pelajar dari program kejuruteraan Elektrik dan Mekanikal yang gagal dan

mengulang(carry modul) kursus Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501)di Politeknik Ibrahim Sultan.

2.0 Metodologi Kajian

Seramai 51 responden terlibat dalam kajian ini melibatkan pelajar Carry Module bagi modul Matematik Kejuruteraan 5 (BA501). Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Ibrahim Sultan. Kaedah kuantitatif digunakan di dalam kajian ini. Instrumen bagi kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik akan diberikan kepada setiap responden. Penerangan diberikan terlebih dahulu bagaimana cara untuk menjawab atau mengisi borang soal selidik tersebut.

Soal selidik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah berkenaan dengan latar belakang responden manakala Bahagian B adalah Faktor-faktor Kegagalan Responden dalam Matematik Kejuruteraan 4. Skala likert 5 mata digunakan iaitu Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Kurang Setuju, Setuju dan Sangat Setuju.

Perisian SPSS versi 20 digunakan bagi menganalisis borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Analisa deskriptif digunakan dalam kajian ini dengan mencari peratusan frekuensi dan min.

3.0 Kajian Literatur

(4)

Beberapa punca kegagalan boleh dikenalpasti dari kajian-kajian yang lepas.Merujuk kepada penguasaan pelajar dalam matematik itu sendiri, didapati bahawa bahawa pelajar lemah dalam proses penyelesaian masalah (Roselah, 2001) dan kurang mahir dalam mengatur strategi (Tan Ten Nai dan Mohini Mohamed, 2003) selain dari kurang kemahiran persepsi (Homan, di dalam Aminah Hj Samsudin, 2009). Pelajar yang rajin membuat latihan dan sering membuat latih tubi mungkin tidak menghadapi masalah bagi menyelesaikan soalan-soalan berkaitan penyelesaian permasalahan. Latihan yag banyak sebenarnya secara tidak langsung memahirkan pelajar yang mahir dalam strategi menjawab soalan. Sikap malas atau tidak minat belajar dan belajar hanya untuk lulus (Asniza Abu Bakar, 2010) mengundang kepada kegagalan pelajar dalam menguasai matematik sekaligus dalam soalan yang melibatkan penyelesaian masalah. Pelajar seringkali merasakan matematik adalah subjek yang sukar. Jika ada soalan yang tidak dapat diselesaikan, mereka akan berputus asa dengan cepat tanpa melakukan ikhtiar lain seperti bertanya kepada rakan-rakan atau pensyarah. Ini terbukti dari kajian yang menyatakan pelajar yang gagal mempunyai personaliti dan tanggapan negatif terhadap matematik (Hudson,di dalam Sabri Ahmad, 2006).Pada masa kini, pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi subjek matematik di Politeknik dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar yang lemah dalam subjek Bahasa Inggeris didapatitidak mahir dalam bahasa yang digunakan dalam P&P Matematik (Mohd Sarif dan Abdul Razak (1996). Apabila pelajar tidak faham soalan-soalan yang diberi, ini membantutkan perasaan pelajar untuk menyelesaikan soalan-soalan

tersebut. Faktor lain yang dikenalpasti adalah pelajar yang tidak mempunyai asas yang kukuh dalam matematik sewaktu di sekolah terutama bagi subjek matematik tambahan, di samping kaedah pengajaran pensyarah yang kurang berkesan dan penerimaan pelajar dengan apa yang disampaikan oleh pensyarah selaras dengan kajian (Yuzi, 2003) berkenaan latarbelakang pendidikan terdahulu, pengajaran pensyarah dan kesediaan pelajar.

(5)

yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi peratusan pelajar yang lulus dalam subjek Matematik umumnya dan Matematik Kejuruteraan 5 (BA501) khususnya.

4.0 Dapatan

4.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden

4.1.1Taburan responden mengikut jantina

Berdasarkan Rajah 1, 86.3% responden (44 orang) adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan 13.7% responden (7 orang) adalah terdiri daripada pelajar perempuan.

LELAKI PEREMPUAN

0 20 40 60 80

100 86.3

13.7

Responden Mengikut Jantina

JANTINA

P

E

R

A

T

U

S

Rajah 1 : Peratus responden mengikut bangsa

4.1.2 Taburan responden mengikut bangsa

(6)

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN 0

20 40 60 80

100 94.1

0.0 3.9 2.0

Responden Mengikut Bangsa

BANGSA

P

E

R

A

T

U

S

Rajah 2 : Peratus responden mengikut bangsa

4.1.3 Taburan responden mengikut jabatan dan semester pengajian

(7)

0 5 10 15 20 25 30

25.5

23.5

15.7

29.4

5.9

Responden Mengikut Jabatan

dan Semester Pengajian

SEMESTER PENGAJIAN DAN JABATAN

P

E

R

A

T

U

S

Rajah 3 : Peratusan responden mengikut jabatan dan semester pengajian

4.2 Bahagian B: Faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Matematik Kejuruteraan 4

Kesemua respon bagi item-item dalam bahagian B borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 20. Penganalisaan dilakukan secara

(8)

Jadual 1 : Dapatan Borang Soal Selidik

Item Peratusan (%) Min Tafsiran STS TS KS S SS

1.1. Saya tidak menyelesaikan tutorial yang diberikan dalam tempoh yang

ditetapkan

33.3 27.5 27.5 7.8 5.9 2.25 Rendah

1.2. Saya meniru hasil kerja kawan untuk

menyiapkan tutorial 21.6 25.

5

37.

3 5.9 9.8 2.57 Sederhana 1.3. Saya tidak membuat latihan tambahan

yang diberikan oleh pensyarah 29.4 25.

5

27. 5

13.

7 3.9 2.37 Rendah 1.4. Saya tidak membuat soalan-soalan

peperiksaan akhir semester lepas 33.3 35.

3 11.

8 13.

7 5.9 2.24 Rendah

P

2.1. Saya tidak suka pensyarah yang

mengajar 47.1

25. 5

11.

8 9.8 5.9 2.02 Rendah 2.2. Saya tidak faham apa yang diajar oleh

pensyarah 17.6

6 3.9 2.53 Sederhana 2.3. Pensyarah tidak banyak memberikan

contoh soalan semasa mengajar 27.5 25.

5

33.

3 9.8 3.9 2.37 Rendah 2.4. Pensyarah tidak menerangkan dengan

terperinci 23.5

33. 3

31.

4 9.8 2.0 2.33 Rendah 2.5. Pensyarah tidak memberikan latihan

tambahan 27.5

33. 3

29.

4 7.8 2.0 2.24 Rendah 2.6. Pensyarah tidak memahami masalah

saya 15.7

6 7.8 2.71 Sederhana 2.7. Saya sukar berkomunikasi dengan

pensyarah 17.6 21.6 25.5 23.5 11.8 2.90 Sederhana

K

3.1. Saya tidak berjumpa dengan pensyarah

bila berhadapan dengan masalah 5.9 9.8 17. 3.2. Saya tidak bertanya kepada pensyarah

sekiranya saya tidak faham 9.8 25.

5

29. 4

25.

5 9.8 3.00 Sederhana 3.3. Saya tidak mengulangkaji apa yang

telah dipelajari di dalan kelas 9.8 23.

5

35. 3

27.

5 3.9 2.92 Sederhana

3.4. Saya selalu tidur lewat 11.8 17.6 19.6 27.5 23.5 3.33 Sederhana

3.5. Saya tidak memberi tumpuan semasa

pensyarah mengajar di dalam kelas 19.6 35.

3

29.

4 9.8 5.9 2.47 Rendah 3.6. Saya tidak mencatat apa yang diajar

oleh pensyarah 31.4 31.

4

27.

5 5.9 3.9 2.20 Rendah 3.7. Saya tidak suka belajar secara

berkumpulan 27.5

35. 3

29.

(9)

Item

n 4.1. Saya belajar di dalam kelas yang tidak selesa 31.4 27.5 21.6 17.6 2.0 2.31 Rendah

4.2. Saya belajar dengan keadaan

persekitaran kelas yang bising 27.5 25.

5

27. 5

15.

7 3.9 2.43 Rendah 4.3. Saya tidak berkawan dengan mereka

yang pandai matematik 31.4 33.

3

21. 6

11.

8 2.0 2.20 Rendah

S

5.1. Saya mempunyai asas Matematik yang

lemah 7.8

3 9.8 3.25 Sederhana 5.2. Saya tidak berminat dengan kursus

Matematik Kejuruteraan 4 27.5 21.

6

47.

1 2.0 2.0 2.29 Rendah

5.3. Saya selalu ponteng kelas 52.9 27.5 9.8 3.9 5.9 2.33 Rendah

5.4. Saya selalu datang lambat ke kelas 31.4 29. 4

19. 6

13.

7 5.9 2.33 Rendah

5.5. Saya malas untuk belajar 39.2 25.5 25.5 7.8 2.0 2.08 Rendah

5.6. Saya selalu rasa mengantuk di dalam

kelas 37.3

8 3.9 2.25 Rendah 5.7. Saya malu hendak bertanya di dalam

kelas 23.5

4 7.8 2.76 Sederhana 5.8. Saya suka bertangguh apabila diarahkan

untuk membuat sebarang tugasan 19.6 25. 5.9. Saya tidak merasa bersalah jika tidak

menyiapkan tugas yang diberikan 47.1 19.

6

17. 6

13.

7 2.0 2.04 Rendah 5.10. Saya tidak kisah jika tidak lulus

peperiksaan 82.4 9.8 3.9 0.0 3.9 1.33

Sangat Rendah 5.11. Saya tidak menghormati pensyarah

saya 92.2 2.0 2.0 2.0 2.0 1.20

6.1. Saya berhadapan dengan masalah

kewangan 31.4

6.2. Saya mempunyai masalah keluarga 51.0 19.6 21.6 3.9 3.9 1.90 Rendah

6.3. Saya bermasalah dengan kawan-kawan 52.9 25. 5

13.

7 3.9 3.9 1.80 Rendah 6.4. Saya mempunyai masalah dengan

teman wanita/lelaki 84.3 7.8 5.9 0.0 2.0 1.27

(10)

5.0 Perbincangan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan Matematik Kejuruteraan 4 iaitu pelajar tidak berjumpa dengan pensyarah bila mereka mempunyai masalah diikuti dengan pelajar selalu tidur lewat, pelajar mempunyai asas matematik yang lemah dan pelajar tidak bertanya kepada pensyarah sekiranya mereka tidak faham.

Kehidupan seorang pelajar sebenarnya adalah sangat mencabar. Terdapat banyak masalah yang perlu mereka hadapi setiap hari termasuklah masalah pembelajaran, masalah persekitaran, masalah sosial dan masalah kewangan. Mereka juga perlu berdepan dengan masalah emosi kerana tinggal berjauhan dengan keluarga. Mueller (1961) dalam Siti Aishah (2004), mengatakan bahawa kehidupan remaja atau belia di IPTA merupakan tempat yang penuh dengan segala macam harapan dan cita-cita, di samping medan untuk mempelajari sesuatu dengan cara yang lebih mendalam dan khusus. Sebagai seorang mahasiswa, mereka tidak boleh lari dengan pelbagai masalah yang dihadapi. Kesemua masalah tersebut jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan pelajar tidak dapat fokus dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Adalah perlu untuk seseorang yang mempunyai masalah berkongsi masalah tersebut dengan orang lain samada untuk mencari jalan penyelesaian atau sekadar meluahkan perasaan. Kebanyakan pelajar malu untuk berkongsi masalah dengan orang lain terutama dengan pensyarah. Ini adalah kerana mereka merasakan terdapat jarak yang memisahkan mereka dengan pensyarah. Di sini peranan pensyarah sebagai kaunselor perlu dilaksanakan. Dekati pelajar yang nampak tidak terurus, serabut, suka

mengelamun dan tidak dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Minta mereka kongsikan masalah mereka dan tawarkan bantuan sekiranya mampu.

(11)

Tarnudi, 2013). Pelajar-pelajar perlu dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup yang sihat termasuk masa rehat yang cukup supaya mereka kekal aktif di dalam kelas.

Kursus Matematik Kejuruteraan 4 terdiri daripada 6 topik iaitu pengembangan binomial, siri kuasa, vektor, pecahan separa, jelmaan Laplace dan persamaan tidak linear. Asas matematik yang kuat dalam indeks, log, pembezaan, pengamiran dan lakaran graf sangat diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam Matematik Kejuruteraan 4. Sebenarnya, pelajar-pelajar telah pun dipersiapkan dengan asas-asas tersebut semasa mereka mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 1 dan Matematik Kejuruteraan 2. Tiada alasan asas matematik mereka lemah kerana mereka hanya perlu mengulangkaji nota-nota sebelum ini dan membuat latihan di rumah untuk menguasai kembali asas-asas matematik tersebut.

Malu bertanya sesat jalan. Itulah pepatah orang tua-tua apabila kita tidak tahu dan tidak mahu bertanya. Kebanyakan pelajar memang tidak suka bertanya kepada pensyarah bila mereka tidak faham. Mereka lebih selesa untuk bertanya kepada kawan-kawan sekelas. Kajian yang dijalankan oleh Baharin Mesir (2006) mendapati kebanyakan pelajar lebih gemar berbincang dengan rakan berbanding dengan

pensyarah. Tiada salahnya jika pensyarah sendiri datang kepada pelajar untuk bertanya perkembangan pembelajaran mereka. Setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku, pensyarah boleh memerhatikan gelagat pelajar yang seakan mempunyai masalah. Cuba dekati pelajar tersebut dan terangkan dengan lebih terperinci kepadanya.

6.0 Kesimpulan

Dari perspektif pelajar yang mengulang kursus, faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan Matematik Kejuruteraan 4 adalah pelajar tidak berjumpa dengan pensyarah bila mereka mempunyai masalah diikuti dengan pelajar selalu tidur lewat, pelajar mempunyai asas matematik yang lemah dan pelajar tidak bertanya kepada pensyarah sekiranya mereka tidak faham. Walaupun kajian ini hanya mengambil kira persepsi pelajar yang mengulang kursus, peranan pensyarah adalah sangat penting untuk membantu dan membimbing pelajar-pelajar untuk mengatasi faktor-faktor yang dilihat sebagai punca-punca kegagalan mereka.

(12)

Abd Aziz Omar (2002).Transformasi Masalah Matematik Berayat dan Ayat

Matematik Pecahan dalam Kalangan Murid Tahun 5. Projek Sarjana Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Aminah Hj Samsudin, Saodah Ismail, Alijah Ujang (2009). HBSL2203, Kaedah

Pembelajaran Khas Matematik. Open University Malaya, Kuala Lumpur.

Asniza Abu Bakar (2010).Perlaksanaan Klinik Matematik di Politeknik Johor Bahru:

Panduan dan Kriteria Dalam Perlaksanaannya. Seminar Pendidikan Sains dan

Teknologi, Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang.

Baharin Mesir, Jamaludin Mohd Yatim, Azmahani Abd Aziz, Mohd Hidayat Jamal dan Muzaffar Zainal Abideen (2006).Gaya hidup pelajar cemerlang dalam persekitaran kampus. Kertas kerja terbitan eprints.utm.my.

Hajah Farhana Tarnudi. Jaga kualiti tidur untuk kekal sihat. Artikel terbitan Harian Metro, 21 Oktober 2013.

Mohd Sarif Abd Manap dan Abd Razak Habib (1996).Pengiraan Peterjemahan dan Penyelesaian Masalah dalam Matematik, Satu Kajian Tentang Kesediaan Pelajar Tingkatan 1. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik, 20-21 Nov.

NCTM (1989).Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics. New York.

Roselah Osman (2001).Proses Penyelesaian Masalah Algebra di Kalangan Pelajar Diploma di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Tesis Sarjana, Universiti Malaya.

Siti Aishah Bt Mohd Sabrie (2004). Faktor Kelemahan Pelajar dalam Peperiksaan Akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana.

Tan T. N. dan Mohini (2003). Kajian Kes Terhadap Jenis Tingkah Laku Metakognitif Dalam Penyelesaian Masalah Matematik. Tidak diterbitkan

Referensi

Dokumen terkait

Rahyono (2003) menyatakan intonasi sebuah bahasa memiliki keteraturan yang telah dihayati bersama oleh para penuturnya.Penutur sebuah bahasa tidak memiliki kebebasan yang

2. Kongres Pemuda Kedua adalah kongres pergerakan pemuda Indonesia yang melahirkan keputusan yang memuat ikrar untuk mewujudkan cita-cita berdirinya negara Indonesia, yang

Faktor Penghambat Undang-Undang Nomor 2 Tahun 1960 tentang Perjanjian Bagi Hasil Tanah Pertanian di Kecamatan Kotabumi Selatan Lampung Utara adalah masyarakat

Lingkungan internal yang menjadi kekuatan KRB adalah (1) pusat konservasi ex-situ , (2) panorama arsitektur lanskap yang bernuansa alami, (3) KRB memiliki aksesbilitas tinggi

Disahkan dalam rapat Pleno PPS tanggal 26 Februari 2013 PANITIA PEMUNGUTAN SUARA. Nama

Penelitian yang telah dilakukan menghasilkan perbandingan metode Index Gini, Information Gain, dan Gain Ratio untuk mengetahui tingkat kecelakaan lalu lintas di

Perumahan adalah k elompok rumah yang berfungsi sebagai lingkungan tempat tinggal atau hunian yang dilengkapi dengan prasarana lingkungan yaitu kelengkapan dasar