• Tidak ada hasil yang ditemukan

Satu Yang menjadi penentu perkemnamgan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Satu Yang menjadi penentu perkemnamgan"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Satu Yang menjadi penentu

Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri

Akhirnya, pengumuman yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kunjung jua. Tepat jam 11.35 pagi 3 April 2013, Parlimen Malaysia bubar jua selepas lebih 5 tahun PRU12 berlangsung. Ketika penulisan ini dibuat, semua negeri juga telah membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing kecuali Sarawak yang belum mencecah tempoh matang.

Gendang sudah dipalu. Pastinya strategi sudah diatur.Semangat dan motivasi sudah mula dipupuk. Setiap pihak, sama ada BN ataupun PR, semakin rancak dan bersemangat merencana gerak kerja awal bagi menghadapi perlawanan genting itu. Masing-masing sudah memasang harapan dan matlamat tersendiri, BN pasti ingin mempertahankan kemanangan dan PR pula pasti berusaha mencipta sejarah menerajui kepimpinan negara buat julung kalinya. Itulah matlamat mereka, yang pasti akan dilaksanakan oleh jentera masing-masing.

Satu tepukan hormat saya berikan buat YAB Dato Seri Najib Tun Razak, yang berjaya mengemudi bahtera negara walaupun seringkali dilanda ombak keraguaan. Hakiakatnya, bukan mudah untuk memikul amanat apatah lagi memimpin sebuah negara yang unik yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya. Siapa saja yang menerajui negara ini pastinya pening kepala memiikirkan kelangsungan dan kelastarian perpaduan yang harus dikekalkan agar simbiosis hidup di bawah satu naungan ini dapat diteruskan.

Berbalik kepada isu pilihanraya, saya menyeru agar rakyat dan juga calon-calon yang bertanding, agar terus tenang dan tidak melakukan sebrang provokasi secara melampau. Sudah menjadi adat untuk kita bersaing dan menegakkan pendirian kita namum janganlah sampai melukai apatahlagi sampai merusuh. Ingat, kita ini hidup bermasyarakat, jangan disebabkan oleh PRU13 ini akhirnya kita menjadi terpencil hidup sendirian apabila habis sahaja bahang PRU13 ini.

Kita sebagai rakyat bertamadun harus belajar untuk cuba bersetuju untuk tidak bersetuju. Tidak dinafikan, bukan mudah melakukannya, namun jika kita mempunyai jatidiri yang kuat serta menggunakan akal yang dianugerahkan oleh illahi, pastinya kita dapat bertidak secara professional melampau batas-batas emosi.

Saya juga menggesa agar kita semua, yang diwartakan sebagai penggundi untuk keluar menggundi dengan jiwa yang bersih. Cernalah setiap pandangan serta nilailah dengan telus perjuangan pemimpin-pemimpin kita yang lampau untuk dijadikan batu pengukur membuat pilihan. Jangan berpaksikan emosi dalam membuat keputusan kerana undi anda bakal menentukan hala tuju negara di masa hadapan. Janganlah disebabkan undi kita anak-cucu kita sengsara kelak. Pilihlah mereka yang berjiwa besar yang melihat serta memiliki visi yang melampaui hari esok.

(2)

Pastinya PRU13 akan menjadi sesuatu yang amat menarik dalam lipatan sejarah, apatahlagi bubarnya selepas 5 tahun selepas pilihanraya yang lepas. Beberapa pembaharuan juga akan diperkenalkan buat pertama kalinya, seperti penggunaan dakwat kekal di jari, pengundi luar negara serta perlantikan pemerhati yang diiktiraf untuk memantau keadilan proses pilihanraya.

Banyak analisa awal yang telah dibuat oleh para penganalisis politik berkenaan gambaran awal dan juga kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku pada PRU-13 nanti. Apa yang pasti, PRU-13 bakal menjadi satu pilihanraya yang akan menentukan status kedudukan parti-parti yang bertanding, samada ia masih mendapat sokongan dan kepercayaan daripada rakyat ataupun sebaliknya. Jika keputusan PRU-12 dahulu dikatakan satu sejarah baru dalam arena politik negara, saya merasakan tidak mustahil akan tercipta satu lagi sejarah baru pada PRU-13 nanti.

Telaan saya akan wujudnya pertembungan “panas” satu lawan satu di hampir semua kawasan parlimen mahupun dewan undangan negeri dan pertandingan “kereta kebal” yang melibatkan tokoh-tokoh besar yang selama ini kita tidak menjangka bahawa mereka ini akan melibatkan diri sepenuh masa dalam kancah politik kepartian.

Media alternatif pastinya memainkan peranan utama dalam penyebaran maklumat dan pemujuk penggudi di atas pagar. Saya menyifatkan PRU13 sebagai pilihan raya media sosial pertama dalam negara yang mana menjadi pemangkin untuk ahli-ahli politik berkomunikasi dengan masyarakat. Malah Peperangan media sosial ketika ini sudah pun berlaku dan hampir setiap minit ada saja pertempuran dimana-mana laman media sosial Kita terpaksa menerima hakikat jentera siber bukan lagi jentera picisan , mereka mempunyai jaringan yang cukup kuat dalam mendepani serangan lawan dan menyalurkan maklumat segera kepada golongan sasar, kerana segalanya kini hanya di hujung jari. Harapan saya, jangan dijadikan medium ini sebagai penyebar fitnah dan di adu dombakan pelbagai pihak yang boleh merosakan perpaduan yang sedia ada.

Harus diingatkan, negara kita bukan dibina dengan batu-bata, tapi, ianya boleh musnah dalam sekelip mata.

Bagi pengundi pula, anda harus bijak dalam menapis semua maklumat yang diberi. Gunakan akal yang rational tanpa prejudis, jangan jadikan masa depan diri, keluarga dan negara sebagai sesuatu yang boleh diperjudikan.

Pada mereka yang sudah mula berfikir untuk tidak keluar mengundi pada PRU13 ini, fikir baik-baik, kerana satu undi boleh merubah segalanya. Mungkin ada dari kalangan kita yang menganggap ianya soal remeh, tapi tanpa disedari dengan hanya sekeping undi yang kita pangkah, kesannya amat besar dalam kehidupan seharian kita. Lihat apa yang berlaku dalam lipatan sejarah;

(3)

undi telah menyelamatkan President Andrew Johnson dari dihukum, 1923, kelebihan satu undi telah menyebabkan Adolf Hitler dilantik president parti Nazi.

Maka marilah kita sama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai penentu hala tuju negara. Undi kita amat berharga, undi yang tidak boleh di jual beli, undilah untuk MALAYSIA.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan survey awal yang dilakukan oleh peneliti kepada 10 K-popers yang ada di Universitas “X” Bandung, ditemukan bahwa tidak semua individu yang menunjukkan

Berdasarkan dari hasil penelitian yang telah dilakukan pada siswa SMA Negeri 1 Patianrowo, maka dapat disimpulkan untuk status gizi yang dilakukan melalui cara

Ÿ Secara visual sangat dekoratif karena pengolahan dengan menggunakan simulasi pola serat pada kayu ini menghasilkan efek permukaan aluminum yang lebih baik dari kayu

Begitu juga dengan sifat-sifat yang telah disepakati atau kesesuaian produk untuk aplikasi tertentu tidak dapat disimpulkan dari data yang ada dalam Lembaran Data Keselamatan

a) Faktor jasmaniah yaitu meliputi kondisi jasmani seperti pada umumnya kesehatan segenap badan beserta bagian-bagian atau bebas dari penyakit dan cacat tubuh

2.2 Gaji Pegawai Tidak Tetap 1.4 Kegiatan Pembelajaran dan Ektra Kulikuler Siswa.. 2.3 Belanja Barang dan Jasa 1.5 Langganan Daya dan

Fon [t] berdasarkan mekanisme artikulasi termasuk bunyi apiko-dental yaitu bunyi yang dihasilkan oleh keterlibatan ujung lidah (apeks) dan gigi (dentum) atas. Caranya,

di Kendari (“geoexplor.wordpress.com”, par. Wisata di kota Kendari ini memerlukan media informasi yang tepat dan komunikatif karena informasi tentang wisata-wisata ini