• Tidak ada hasil yang ditemukan

PAPAN CERITA PENGERTIAN KAEDAH DAN PROSE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PAPAN CERITA PENGERTIAN KAEDAH DAN PROSE"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PAPAN CERITA: PENGERTIAN, KAEDAH DAN PROSES

Wan Hasmah Wan Teh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Universiti Sains Malaysia hasmahwt@usm.my

Abstrak

Papan cerita atau Storyboarding adalah satu elemen penting dalam proses penceritaan filem, animasi atau dalam bentuk multimedia lainnya. Secara ringkas, proses penyediaan papan cerita adalah dari mencipta shot visual terbaik dengan melukiskan/mengilustrasi sesuatu babak secara ringkas untuk mengekspresikan pemahaman mengenai pentas, penyuntingan kontinuiti dan komposisi. Kertas kerja ini akan memperincikan sejarah, pengertian dan kepentingan serta masalah yang dihadapi oleh krew atau mereka yang terlibat dengan proses penghasilan papan cerita sebelum sesebuah filem/drama atau animasi atau multimedia. Secara tidak langsung kertas kerja ini akan memberi gambaran umum kepada pembaca untuk memahami bagaimana cerita bergambar disampaikan melalui teknik-teknik seperti gubahan visual, pencahayaan, penyusunan, pergerakan kamera yang biasanya diguna pakai dalam sesebuah filem cerita.

Kata Kunci: Papan cerita, filem, animasi, lukis/ilustrasi, visual, kontinuiti, audiovisual, pencahayaan, pergerakan kamera

PENGENALAN DAN DEFINISI

Each visual tells us a story, whether it is a message to buy something or to entertain us. Visuals can make us feel happy, agitated, skeptical, and influence our decisions. (Tumminello, 2005:1)

(2)

Gambar 1: Membuktikan setiap gambar mempunyai cerita atau menceritakan sesuatu.

Menurut James O. Fraioli, papan cerita adalah visual lakaran sesuatu babak atau aksi yang terdapat di dalam sebuah lakon layar atau cerita bertulis (2000:12). Ia hampir menyamai buku komik yang menampilkan lakaran kartun bersama dengan dialogue ballon untuk memerihalkan perasaan dan pengucapan watak kartun yang ada di dalamnya. Marcie Begleiter memberi gambaran ringkas tentang papan cerita iaitu sebagai skrip visual yang membolehkan pengarah menterjemahkan dialog dan aksi yang terdapat di dalam lakon layar ke bahasa imejan (2001:3). Menurut beliau lagi, papan cerita amat diperlukan kerana dewasa ini penulis skrip lebih menumpukan penulisan mereka kepada aksi dan memberi penekanan terhadap dialog tanpa memperincikan sudut kamera, transisi visual dan hal-hal teknikal lainnya.

Begleiter menjelaskan bahawa “The words of the script may be poetic, but the storyboard is a concrete realization of that poetry into space and time” (2001:3). Skrip dan papan cerita saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Skrip adalah cerita dan dihuraikan melalui dialog dan perlakuan watak - memerlukan papan cerita untuk melukiskan aksi dan suasana persekitaran serta props yang ada dalam cerita tersebut. Manakala papan cerita adalah lakaran cerita dengan segala unsur teknikal yang difahami daripada skrip.

Mudahnya, papan cerita adalah satu siri lakaran yang digunakan sebagai alat perancangan untuk menggambarkan bagaimana aksi tentang sesuatu cerita. Sejarah awal kelahiran papan cerita moden adalah bukan untuk filem tetapi dalam penghasilan sebuah animasi pendek kartun sebagai contoh animasi pertama iaitu “Krazy Kat” dan “Bobby Bumps” oleh McCay yang mengambil masa selama lima minit yang ditayangkan tanpa alur cerita. Kemudian diikuti dengan animasi “Koko the Clown” oleh Max dan Dave Fleisher sekitar tahun 1920an hingga 1930an.

(3)

akhirnya berkembang dengan membuat kajian dan percubaan dari pelbagai aspek lain melibatkan teknologi kamera dan masa. Sejarah mencatatkan pada tahun 1928, Walt Disney telah mengeluarkan animasi bertajuk “Plane Crazy”, sebuah cerita karton Mickey Mouse pertama yang dihasilkan dari cerita lakaran yang hampir menyamai sebuah komik. Menariknya, cerita lakaran itu lengkap dengan sudut pandang kamera, bingkai dan aksi perwatakan.

Bermula dari kejayaan animasi kartun, pengarah filem mula membuat perancangan awal bagi filem mereka dengan menggunakan papan cerita untuk memperincikan aksi watak dan kesan-kesan khas yang bakal digunakan ke dalam cerita. Antara filem terbaik yang dihasilkan dengan bantuan papan cerita adalah filem “Citizen Kane” (1941) yang memberi tumpuan kepada pencahayaan dan sinematografi, filem “Gone with the Wind” (1939) yang dihasilkan dari penciptaan ratusan lukisan yang mencakupi penyusunan, komposisi dan pergerakan kamera.

Pengarah filem yang benar-benar mengguna pakai papan cerita sehingga membuatkan filem arahannya menjadi pemangkin kepada teknik-teknik baru di dalam industri filem adalah Alfred Hitchcock. Filem arahannya seperti “Rear Window” (1954), “Vertigo” (1958) dan “Psycho” (1960) adalah antara filem yang menggunakan papan cerita yang dilukiskannya sendiri dibantu oleh Saul Bass, pereka terkenal yang menghasilkan rantaian babak “shower” yang berbelit-belit serta menggunakan lebih 75 buah kamera yang disusun untuk mendapatkan shot yang berbeza-beza dengan menggunakan teknik ‘fast cuts’/potongan cepat dan sudut dramatik kamera. Babak shower adalah babak yang paling kuat sehingga banyak sarjana teori dan teknik filem menjadikannya sebagai contoh atau bahan kajian di universiti mereka. Secara tidak langsung babak ini membuktikan bahawa penggunaan papan cerita dalam menghasilkan sesebuah filem adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

KEPENTINGAN

(4)

2) Selain itu, papan cerita membantu pengarah dalam menggambarkan masa, percubaan untuk sudut pandang kamera, pergerakan, dan kesinambungan antara elemen lain yang terdapat di dalam bingkai. Krew yang terlibat juga menggunakan papan cerita untuk menyusun, menghalang dan menggubah shot ketika proses penyuntingan.

3) Selain itu, papan cerita adalah sesuatu yang penting dan ‘alat’ berguna untuk membantu sesebuah produksi menjual idea mereka kepada pelanggan/pembeli atau sebagai kayu ukur untuk menilai kempen-kempen sedia ada. Misalnya dalam proses mendapatkan tender dari sesebuah syarikat TV atau syarikat produk berjenama untuk membuat drama atau iklan, seseorang pelukis dari syarikat pengiklanan harus tampil dengan papan cerita yang menarik untuk memujuk pelanggannya memberi tender tersebut kepada mereka. Dalam erti kata yang lain, sebelum sesebuah iklan ditayangkan di TV untuk memujuk suri rumah tangga atau isi rumah membeli sesuatu produk, pelukis sudah pun berjaya mendapat tender dari syarikat produk tersebut melalui papan cerita yang disusunnya.

KAEDAH

Kita perlu tahu bahawa penceritaan visual berbeza konsep dengan papan cerita. Papan cerita adalah aliran visual yang saling berhubungan dan penceritaan visual tidak memerlukan aliran visual. Penceritaan visual boleh membangun cerita hanya berdasarkan satu bingkai visual dibantu dengan elemen-elemen lain yang terdapat di dalam bingkai tersebut. Penceritaan visual berkomunikasi dengan penonton atau khalayaknya tanpa memerlukan pergerakan seperti sebuah lukisan abstrak yang menampilkan pelbagai sudut pandangan berbeza dari satu individu ke satu individu lainnya.

(5)

Gambar 2 ini menampilkan seorang lelaki yang diserbu oleh sekumpulan remaja lelaki di satu lorong menimbulkan pelbagai persoalan. Siapakah lelaki ini? Siapakah golongan remaja ini? Di mana kejadian ini berlaku? Apa yang telah dilakukan oleh lelaki ini sehingga dia diserbu sedemikian rupa? Adakah lelaki ini telah melakukan jenayah besar atau hanya menjadi mangsa sekumpulan remaja nakal? Apakah yang bakal terjadi kepada lelaki ini jika tidak ada orang lain yang datang menyelamatkannya? Imej yang ditampilkan dalam visual di atas menyampaikan mesej melalui watak dan props, pencahayaan latar dan aksi yang ditonjolkan. Persoalan timbul kerana watak dan aksi yang terdapat di dalam visual di atas disamarkan melalui pencahayaan yang sebenarnya membantu menyampaikan cerita di sebalik gambar tersebut.

Berbeza dengan papan cerita yang menampilkan alur cerita untuk mengisahkan sebuah cerita. Contoh yang paling mudah adalah mengisahkan riwayat hidup seseorang umpama sebuah ‘scrapbook’ atau autobiografi bergambar. Bermula dengan kisah mudanya – berkahwin -mempunyai anak - tua – anak pula berkahwin – akhirnya semakin tua dan hidup bahagia bersama keluarga besar dan cucu.

1 2 3 4

5 6 7

Gambar 3: Menampilkan rantaian kehidupan peribadi Amitabh Bachan, seorang pelakon hebat India.

(6)

Tummenillo menggunakan frasa “Show me. Don’t tell me” (2005:3) sebagai pembelajaran asas menulis kandungan visual. Bagi beliau jika kita menceritakan cerita, kita perlu mengajak khalayak untuk mencipta imaginasi berdasarkan cerita yang disampaikan. Keadaan ini berbeza jika kita menunjukkan/ mempersembahkan/ melukiskan cerita itu untuk diperlihatkan kepada penonton seolah-olah kita mencetak mesej ke dalam imej visual. Sebagai contoh dalam usaha menampilkan cerita dalam bentuk lukisan, kita perlu menulis kandungan visual tentang imej tersebut. Kita dapat menunjukkan aksi watak, keindahan lokasi dan perasaan/emosi watak tersebut melalui lagu atau muzik.

Untuk memahami proses papan cerita, kita perlu mahir dengan bagaimana cerita itu distrukturkan. Lazimnya kebanyakan cerita muncul dari idea dan tidak berstruktur. Idea itu hadir dalam bentuk pecahan-pecahan imej yang tidak terikat. Sebagai contoh, imej gadis di tepi jalan, imej lelaki segak memandu kereta mewah, imej polis dan hospital. Kita perlu menyusun imej-imej ini untuk menjadikannya sebuah cerita yang berstruktur dan menurut Tummenillo sebuah cerita yang baik memerlukan konflik. Cerita yang bakal kita susun harus mempunyai konflik yang menarik untuk mengikat khalayak.

Pertama sekali kita perlu tahu elemen asas sesebuah cerita. Struktur asas cerita biasanya terbahagi kepada tiga iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran atau di dalam lakon layar disebut sebagai act one, act two dan act three untuk menunjukkan struktur aliran sesebuah cerita. Lihat contoh di bawah ini:

Gambar rajah 1: Struktur cerita untuk sebuah lakon layar - Act 1, Act 2 dan Act 3

(7)

arahnya dan cuba merampas beg tangan yang tersangkut di bahu Sufi. Kejadian itu disaksikan oleh Amran, lelaki segak yang sedang memandu kereta mewahnya untuk pulang ke rumah.

Act 2 - Sufi bergelut menarik beg tangan tersebut tetapi gagal dan terjatuh di pinggir jalan dan mengalami kecederaan ringan. Sufi menjerit meminta tolong dan Amran tergesa-gesa memberhentikan kereta lalu datang mendapatkan gadis itu. Amran cuba mengejar dan kebetulan dua peragut tersebut menunggang motosikal mereka ke satu lorong kedai berdekatan. Pergaduhan berlaku di antara Amran dan peragut. Sufi yang berjalan perlahan-lahan ke arah lorong itu terdengar bunyi tembakan dan cuba untuk mempercepatkan langkahnya.

Act 3 – ketika Sufi dan beberapa orang lain yang berada berdekatan sampai di tempat kejadian, mereka menemui Amran terbaring berlumuran darah sambil memegang beg tangan Sufi. Dua peragut itu telah menembaknya dan melarikan diri. Amran dikejarkan ke hospital, keadaannya amat kritikal. Sufi menanti dan berharap agar Amran, lelaki yang cuba menolongnya itu selamat dari bahaya. Dua polis datang ke hospital dan bertemu Sufi lalu memberitahu mereka telah menangkap dua peragut itu satu jam yang lalu. Kisah penangkapan itu diceritakan oleh polis melalui teknik imbas kembali iaitu pihak polis menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian ragut dan semua peristiwa yang berlaku di lorong tersebut terakam oleh CCTV yang terpasang di kawasan itu. Sufi diminta untuk tampil ke Balai Polis memberi laporan, dalam masa yang sama seorang doktor keluar dari bilik kecemasan dan memberitahu bahawa Amran sudah melepasi fasa kritikal dan berada di dalam keadaan stabil. Sufi memanjatkan kesyukuran.

Idea dan imej terpisah mengenai gadis di tepi jalan, lelaki segak berkereta mewah, polis dan hospital distrukturkan menjadi sebuah cerita mengenai kes ragut yang membawa konflik kepada situasi cemas di mana orang yang cuba menyelamatkan gadis tersebut hampir kehilangan nyawa. Cerita berakhir dengan pihak polis berjaya menangkap dua peragut tersebut dan Amran berada dalam keadaan stabil setelah dikejarkan ke hospital. Kita beri isu besar dan kaitkan dengan hal semasa yang berlaku di dalam kehidupan seharian untuk menimbulkan konflik dan bahaya peragut kepada orang yang diragut dan orang yang cuba mengejar peragut.

(8)

berbeza kepada khalayak dan yang paling penting adalah untuk membuat khalayak faham dengan cerita yang ditayangkan.

Shot

Satu unik asas dalam sebuah produksi cerita. Untuk lebih faham, setiap kali butang on kamera dihidupkan untuk merakamkan sesuatu kemudian kamera itu dimatikan dengan menekan butang off, kita sudah mengambil satu shot dari aksi tersebut. Satu babak adalah himpunan beberapa shot aksi yang diambil dari satu lokasi/ latar, manakala sebuah lakon layar adalah terdiri daripada rantaian yang menghimpunkan beberapa babak. Rantaian tersebut boleh sahaja bermula dari dalam sebuah masjid dan bersambung ke tanah perkuburan yang berada di belakang masjid tersebut.

Pengarah filem atau animasi bertanggungjawab untuk memastikan bagaimana rantaian itu harus ditampilkan dan bagaimana aksi setiap watak di dalamnya berjaya memberi kesan pada shot yang diambil. Kerja-kerja mendapatkan shot terbaik bukan suatu kerja yang menyenangkan malah lebih merumitkan kerana mereka perlu mempertimbangkan banyak shot untuk menghasilkan satu babak terbaik. Terdapat beberapa faktor yang akan diambil oleh pengarah dalam membuat keputusan mengenai pemilihan shot.

Pengarah akan mengambil kira mood yang hadir dalam sesebuah shot dan posisi kamera ketika merakamkan sesuatu aksi. Misalnya, high shot akan membuatkan khalayak/penonton memandang rendah kepada watak tersebut dan low shot memberi mood mengangkat darjat seseorang watak. Contoh lain, ketika satu babak menampilkan seorang kanak-kanak perempuan menangis berguling-guling kerana kehilangan anak patung kesayangannya, kita perlu menggunakan close-up shot untuk menunjukkan kesedihan yang dirasai watak itu. Seseorang pengarah atau pelukis grafik biasanya akan terus membayangkan bingkai visual yang akan ditampilkan setelah atau ketika mereka membaca skrip yang diberikan.

Ada tiga persoalan yang harus ditanyakan oleh seseorang pengarah atau pembikin papan cerita atau pelajar yang akan membuat tugasan ini:

1) Bagaimana shot itu harus dibingkaikan?

2) Apakah sudut terbaik kamera dalam menampilkan mood?

(9)

Bingkai Kamera

Gambar rajah 2: Bingkai kamera berdasarkan ketinggian individu manusia dari kepala hingga kaki

Kebanyakan pengarah akan mula memilih shot bagi mendapatkan formula asas untuk merancang sesuatu babak. Formula tersebut adalah seperti berikut:

i) Menampilkan setting dengan long shot/shot panjang untuk menunjukkan watak dan hubungannya dengan persekitaran

ii) Bergerak masuk ke medium shot/ shot pertengahan untuk memperkenalkan interaksi antara watak-watak. Semakin dekat shot yang diambil, semakin kuat mood yang hadir dalam cerita tersebut

iii) Memperuntukkan shot close-ups untuk memberi penekanan terhadap personality watak utama

iv) Kembali kepada long shot atau medium shot untuk mengorientasikan semula penonton

(10)

Nothing in the frame is accidental. Every element has a purpose and should be carefully considered when constructing a story. One of the most important elements is the treatment of light. (Tumminello, 2005:120)

Pencahayaan merupakan elemen penting untuk membangun cerita visual. Pencahayaan berupaya mencipta kedalaman imej, menghalakan fokus perhatian, mencipta mood dalam sesuatu babak, menentukan masa yang ada dalam shot/babak, serta menonjolkan objek dan watak-watak tertentu. Berikut adalah ringkasan mengenai formula asas cahaya dalam sesebuah produksi:

i) Key Light – sumber cahaya utama yang biasanya diambil dari cahaya matahari atau boleh juga diambil dari cahaya bulan. Terdapat dua jenis key light iaitu high-key-light yang biasanya digunakan dalam siri drama sitcom TV dan program berita, manakala low-key-light biasanya digunakan dalam drama-drama serius, thriller, misteri, pembunuhan dan cerita seram. Filem noir adalah filem yang paling banyak menampilkan low-key-light.

ii) Fill Light – cahaya bayang-bayang yang tercipta dari key light iii) Backlight – sumber cahaya yang berada di belakang objek

Kontinuiti

Adalah salah satu elemen terakhir dalam proses penyuntingan sebelum sesebuah filem itu ditayangkan. Pelukis papan cerita perlu memahami proses penyuntingan terutama penyuntingan kontinuiti/ penyambungan untuk mencipta alur cerita yang baik dari permulaan cerita ke pengakhiran cerita tersebut. Kontinuiti melibatkan proses peralihan visual dari satu sisi ke satu sisi visual lain yang disebut juga sebagai transisi.

1) Transisi

Merupakan alatan naratif untuk menghubungkan bersama dua shot yang berbeza yang boleh mengubah masa, tempat, lokasi atau watak. Antara jenis-jenis transisi adalah seperti berikut:

Dissolves –teknik pemindahan gambar dengan cara superimposed antara gambar 1 dengan gambar 2. Teknik ini digunakan untuk menghaluskan proses pemindahan gambar sesuai dengan watak dan keperluan cerita/program. Lazimnya, teknik ini digunakan pada gambar-gambar yang menunjukkan keindahan, kecantikan, kepedihan, dan tragedi. Dissolve berlaku apabila gambar 1 yang lambat-lambat memudar dan menghilang, muncul dengan rangkaian gambar 2 yang bermula dengan pudar yang makin jelas.

(11)

yang besar dari sudut kamera yang diambil dari bawah, kemudian dipotong kepada full shot visual pintu pejabat. Teknik cuts sangat berkesan untuk memendekkan masa.

Fades – teknik untuk menyampaikan sesuatu yang telah lepas dan teknik ini tidak digunakan untuk menampilkan masa sekarang. Fades ada 2 jenis iaitu Fade In - pengambilan gambar yang bermula dengan gambar-gambar yang gelap dan lambat laun menjadi terang seperti normal, Fade Out - pengambilan gambar yang bermula dengan gambar-gambar terang dan lambat laun menjadi gelap. Teknik ini biasanya digunakan untuk memisahkan antara satu babak ke satu babak lain atau untuk menampilkan lokasi berbeza.

Wipes – teknik yang hampir sama dengan Cut, pemindahan dari satu shot ke satu shot lain tetapi menggunakan cara menolak visual 1 keluar dengan visual 2. Teknik ini sangat popular sekitar tahun 1930an dan 1940an.

Jump Cuts – teknik ini bertentangan dengan kontinuiti shot dengan mengubah shot secara tiba-tiba bertujuan untuk mengganggu aksi alur cerita. Jump cuts boleh dicapai di antara shot dengan memelihara latar/lokasi dan secara tiba-tiba mengubah posisi watak tersebut dengan pergerakan kamera.

PROSES PENYEDIAAN PAPAN CERITA

Gambar rajah 3: Tingkat proses atau cara kerja papan cerita

1. Baca dan faham skrip/bahan/idea yang ingin dikerjakan sebelum berjumpa dengan pengarah filem (Guru). Buat persediaan yang baik dan bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanyakan seperti:

i. Apa matlamat/mesej/moral ingin dicapai oleh cerita tersebut? ii. Apa personaliti watak utama?

iii. Apa mood keseluruhan cerita tersebut? iv. Apa mood setiap babak?

v. Apakah warna yang dipilih untuk mendominasi setiap babak? Kenapa? vi. Perwatakan seperti apa yang bakal ditonjolkan dalam setiap babak vii. Apakah aksi yang ada dalam setiap babak dan tujuannya?

viii. Apa yang cuba kamu tonjolkan kepada penonton? Penonton akan mendapat kesan yang seperti apa setelah melihat cerita tersebut?

2. Cipta thumbnail/lakaran atau ambil nota ketika berjumpa pengarah/penyelia/guru terutama dalam hal-hal bagaimana untuk menampilkan/mempersembahkan cerita itu.

(12)

4. Cipta lakaran kasar imej, pergerakan kamera, dan bingkai cerita. Lakaran itu harus cukup lengkap untuk membuatkan pengarah/penyelia faham apa yang terjadi dalam cerita tersebut.

5. Pengarah/penyelia akan review dan membuat perubahan pada bahagian-bahagian yang dirasakan perlu.

6. Sebagai pelukis papan cerita, kita harus bertoleransi dengan perubahan-perubahan yang dilakukan dan hal ini mungkin terjadi beberapa kali sehingga pengarah/penyelia berpuas hati dan mencapai tujuan produser.

7. Setelah itu, lakaran kasar tadi sedia untuk diselesaikan. Lukisan harus lebih kemas berserta dengan perkataan yang ditulis atau ditaip.

8. Hantar pada pengarah/penyelia untuk pengesahan.

KESIMPULAN

Proses atau cara kerja menghasilkan sebuah papan cerita adalah satu proses yang mencabar minda dan daya kreativiti seseorang pelukis atau pelajar. Usaha untuk menghasilkan pelajar yang mahir menggunakan media baru sebagai satu cabang untuk melestarikan sastera adalah satu usaha yang harus dipuji dan penghargaan tersebut patut diberi kepada guru-guru yang terlibat dalam memastikan target yang dikehendaki itu tercapai. Papan cerita bukan sahaja dapat melatih pelajar sastera untuk berkreatif tetapi juga bekerja dalam satu kumpulan melakukan perbincangan dan mencari maklumat tambahan untuk mendapat penilaian yang cemerlang, sekali gus mencapai tujuan untuk mengekalkan minat pelajar terhadap subjek sastera.

BIBLIOGRAFI

(13)

Fraioli, James O., (2000). Storyboarding: A Crash Course in Profesional Storyboarding. McNaughton &Gunn: USA

Gambar

Gambar 3: Menampilkan rantaian kehidupan peribadi Amitabh Bachan, seorang pelakon hebat India.
Gambar rajah 2: Bingkai kamera berdasarkan ketinggian individu manusia dari kepala hingga kaki
Gambar rajah 3: Tingkat proses atau cara kerja papan cerita

Referensi

Dokumen terkait

Potensio intensitas suara prinsip kerjanya sama pada potensio frekuensi manual yaitu memberikan tegangan dengan rentang 0 Volt sampai dengan 5 Volt kepada input

Terdapat pelbagai jenis insurans yang terlibat seperti Polisi Semua Risiko Kontraktor (CAR), Insurans Pampasan Pekerja, Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja. Insurans ini

Secara simultan, variabel independen yang diujikan good corporate governance dan struktur kepemilikan (kepemilikan manajerial dan kepemilikan intitusional)

Dalam mod ini, tekan butang picu dua kali dengan cepat untuk memusatkan kedudukan telefon bimbit4. Mod

“…Pake dua kamera itu lebih variatif, itu untuk variatif gambar sih sebenernya kalo ada dua kamera itu…jadi misalnya nih kamera 1 close ke Chantal, nanti yang kamera

Penggilas kaki-kambing adalah berupa silinder (drum) yaiig mempunyai banyak kaki-kaki yang menjulur keluar dari drum. Alat ini saiigat efektif untuk memadatkan

Simpulan: Terdapat hubungan yang signifikan antara pemberian ASI eksklusif dan ASI Non eksklusif dengan pertumbuhan berat badan pada bayi 0-6 bulan di Desa Giripurwo, Wonogiri

Dengan mengetahui bahwa kakek dari Raja Balaputra Dewa adalah Rakai Panunggalan (Rakai Panaraban) maka Samaragrawira ayah dari Raja Balaputra Dewa ini tak lain