• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sosiolinguistik dan Sosiologi Bahasa dan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sosiolinguistik dan Sosiologi Bahasa dan "

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Sosiolinguistik dan Sosiologi Bahasa

Amat Juhari Moain Universiti Pertanian Malaysia

Sosiolinguistik dan Sosiologi Bahasa adalah dua bidang ilmu yang berlainan tetapi mempunyai bidang kajian yang hampir sama dan banyak yang bertindan. Perbezaannya adalah dari segi penekanan. Sosiolinguistik lebih menekan kepada bidang kajian tentang bahasa yang berkaitan dengan masyarakat sedangkan sosiologi bahasa lebih menekan kepada bidang kajian tentang masyarakat yang berkaitan dengan bahasa. Oleh hal yang demikian R.A. Hudson dalam bukunya Sociolinguistics (1983) telah mentakrifkan sosiolinguistik sebagai kajian tentang

bahasa dalam kaitannya dengan masyarakat. Sedangkan sosiologi bahasa didefinisikannya sebagai kajian tentang masyarakat dalam kaitannya dengan bahasa. Antara bidang-bidang yang dikaji dalam sosiolinguistik dan sosiologi bahasa ialah varieti-varieti bahasa; bahasa, kebudayaan dan pemikiran; bahasa sebagai interaksi sosial; kajian kuantitatif terhadap bahasa; ketidaksamaan bahasa dan masyarakat; perubahan bahasa dan masyarakat; bilingualisme dan multilingualisme; dasar bahasa dan lain-lain.

(2)

berbeza dari sebab perbezaan stratifikasi sosial. Dalam masyarakat Melayu terdapat golongan yang diperintah dan golongan yang memerintah. Dari situ, dalam masyarakat Melayu tradisional dan feudal terdapat bahasa umum atau bahasa orang kebanyakan dan bahasa bangsawan atau bahasa istana atau bahasa dalam. Dialek-dialek ini berbeza terutama dari segi kosa katanya.

Dialek seketika wujud disebabkan perbezaan masa atau zaman seperti bahasa Melayu yang digunakan dalam abad ke-7, abad ke-15, abad ke-20 dan lain-lain yang berbeza antara satu dengan lain. Dalam bahasa juga terdapat perbezaan ragam yang digunakan mengikut keadaan, suasana, latar, bidang dan lain-lain. Perbezaan yang wujud itu melahirkan laras dan gaya bahasa yang berbeza. Itu sebabnya wujud laras bahasa ilmu, bahasa korporat, bahasa basahan, bahasa santai dan lain-lain. Dalam satu-satu bahasa kadang-kadang terdapat dua tingkat bahasa yang berbeza: satu jenis yang tinggi, rasmi, formal dan halus dan satu jenis lagi yang rendah, tidak rasmi, tidak formal dan kasar. Ini dikenali sebagai dwiglosia. Bahasa yang tinggi dan formal itu biasanya ditempati oleh bahasa baku, sedangkan bahasa yang rendah, tidak formal dan kasar dinamai bahasa basahan.

Dalam sesebuah negara terdapat juga penggunaan dua bahasa dan bahkan ada yang lebih daripada dua bahasa. Begitu juga terdapat individu-individu yang menguasai dua bahasa atau lebih daripada dua bahasa. Di sini timbul kedwibahasaan, dwibahasawan, kemultibahasaan dan multibahasawan atau bilingualism dan

multilingualism.

(3)

dikenali sebagai lingua franca. Individu-individu yang menguasai dua atau lebih bahasa atau varieti bahasa mempunyai pilihan kod. Kadang-kadang berlaku pertukaran kod dan tidak jarang berlaku percampuran kod.

Bahasa adalah dinamik. Ia senantiasa berubah sama ada lambat atau cepat. Perubahan-perubahan berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti difusi dan evolusi. Pertembungan dengan bahasa dan budaya asing, perkembangan pendidikan, ekonomi, demografi, teknologi dan lain-lain dapat mengubah bahasa. Bahasa juga berkait rapat dengan kebudayaan, lokaliti, kepercayaan dan pemikiran. Misalnya pada pemikiran dan lojik orang Melayu, benda lebih dipentingkan daripada sifatnya. Sebab itu timul hukum DM. Kata nama menjadi subjek didahulukan. Kata adjektif atau sifat dikemudiankan. Begitu juga dengan pantang larang dalam berbahasa. Dalam bahasa Melayu ada perkataan yang tidak boleh digunakan secara langsung melainkan dengan kias. Ini disebabkan oleh adanya sesuatu kepercayaan terhadapnya atau untuk menjaga kehalusan budi bahasa. Dalam pertuturan juga terdapat varieti. Cara-cara bercakap, bagaimana bercakap, bila di mana, kepada siapa, daripada siapa, kedudukan seseorang, latar, dan lain-lain sangat penting dalam berbahasa. Perbincangan tentang perkara ini termasuk ke dalam etnografi komunikasi. Begitu juga dalam sistem sapaan. Terdapat perbezaan yang jelas antara kesetiakawanan dengan kekuasaan, kehalusan dengan kekasaran dan seterusnya yang lain-lain. Dengan itu muncul pelbagai kata sapaan, rujukan, gelaran dan lain-lain.

(4)

Sosiolinguistik juga membahas tentang taraf bahasa. Bahasa baku: baku persuratan, baku lisan, baku serantau atau baku di negara bahagian serta dialek setempat. Selain itu terdapat bahasa kebangsaan atau bahasa negara, bahasa rasmi, bahasa kedua, bahasa kedua terpenting, bahasa pengantar, bahasa yang dinaikkan tarafnya, bahasa yang diizinkan, bahasa yang dilarang, bahasa antarabangsa, bahasa dunia, bahasa vernakular dan lain-lain. Ketentuan-ketentuan taraf bahasa di atas berlunaskan dasar bahasa atau polisi bahasa yang ditetapkan dan diputuskan oleh sesebuah negara atau badan antarabangsa.

Selain bidang-bidang di atas, sosiolinguistik juga membahas tentang perancangan bahasa. Bahasa dirancang dari segi taraf dan matannya. Perancangan taraf bahasa meliputi penetapan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan lain-lain yang ditetapkan oleh sesebuah negara. Sedangkan perancangan matan, korpus atau bahan bahasa ditentukan oleh ahli ilmu terutama ahli-ahli bahasa. Dalam perancangan korpus bahasa terdapatlah pemilihan aksara, sistem ejaan, penyusunan tatabahasa, peristilahan, sebutan, wacana, laras, ungkapan,kesusasteraan, pengajaran dan lain-lain. Bagi menjayakan perancangan bahasa perlu disusun logistiknya: sumber kewangan, badan-badan yang merancang dan melaksanakan perancangan bahasa, para ilmuwan, teknokrat dan ahli bahasa serta yang lain-lain.

(5)

Bibliografi

Fernando Penalosa (1981). Introduction to the Sosiology of Language, Rowley, London, Tokyo: Newbury House Publishers Inc.

R.A. Hudosn (1983). Sociolinguistics, Cambridge: Cambridge University Press.

Roger T. Bell (1978). Sociolinguistics: Goals, Approaches and Problems, London: B.T. Batsford Ltd.

Referensi

Dokumen terkait

Tesisi berjudul “Dampak Keberadaan Kampus Universitas HKBP Nommensen (UHN) Pematangsiantar Terhadap Pendapatan Usaha Kecil Serta Pola Ruang Di Wilayah Sekitarnya”, dibuat

“Program adalah suatu bentuk hasil dari semua kegiatan-kegiatan yang dirancang dimana tenaga pendidik yang professional dan mereka yang belajar saling terlibat.” Dalam

Maka dari itu, penelitian ini menjadi penting untuk dilakukan melihat fenomena yang selama ini menjadi permasalahan keluarga yaitu mereka tidak memiliki

3) Melaporkan hasil pelaksanaan tugas 3. Laporan Kegiatan pengelolaan pelayanan e. Laporan hasil pemeriksaan hasil kerja bawahan f. Kepala Seksi Pelayanan Keperawatan Rawat Jalan

Penelitian menunjukkan CRP dapat mempengaruhi kerentanan vaskuler secara langsung melalui banyak mekanisme, termasuk peningkatan ekspresi molekul adhesif pada permukaan sel

Senyawa alelokimia pada ekstrak daun sembung rambat sudah mampu memberikan pengaruh menghambat berat basah maman ungu pada konsentrasi yang rendah (Tabel 5.),

Penyajian data dilakukan setelah penulis melakukan reduksi terhadap data yang telah ditemukan di lapangan. Sesuai dengan sifat data, maka data akan disajikan dalam