• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Etika dan Perundingan dalam Kaunseli

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu Etika dan Perundingan dalam Kaunseli"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

_________________________________________

KOD ETIKA

KAUNSELOR

_________________________________________

PERSATUAN KAUNSELING

MALAYSIA

(PERKAMA)

Cetakan 1994

(2)

1.

MUKADIMAH

2.

SKOP KAUNSELING

3.

KOD TATALAKU

- Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien

- Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional

- Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat

- Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Organisasi dan Majikan

4.

PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN

- Pengiklanan

- Pengurusan

- Bayaran

5.

PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

- Etika Penyelidikan

- Persetujuan Subjek

- Penerbitan

6.

LATIHAN

(3)

MUKADIMAH

1. Kod Etika ini bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan standard perlakuan kaunselor dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. la juga merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan kepada harga diri, digniti, dan keunikan semua individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada semua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawab.

5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksimum. Kod Etika ini berperanan sebagai panduan kepada Majlis

Kaunseling Kebangsaan untuk membuat keputusan dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan etika.

(4)

1. Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang kearah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usahakerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.

2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan (developmental), analisa dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.

3. Kaunselor berperanan sebagai pemudahcara kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

KOD TATALAKU

(5)

2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support).

A

. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien

1. Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien korporat (organisasi).

2. Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya.

3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.

4. Semasa perhubungan kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fisikal dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau dalam apa bentuk sekalipun.

5. Kaunselor hendaklah membimbing klien kearah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

6. KaunseIor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.

7. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fisikal, mental atau diskriminasi dalam apa-apa bentuk sekali pun.

(6)

perkhidmatan kaunseling.

9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan umur kerahsiaan.

10. Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh di semak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

11. Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien, mengikut pertimbangan kaunselor menunjukkan dengan jelas, diri klien atau orang Iain berada dalarn keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil tindakan wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, ataupun kepada mereka yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang berunsurkan penilaian terhadap prestasinya.

13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin menukar kepada kaunselor yang lain.

14. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya, kaunselor perlu merujuk klien kepada pihak berkenaan.

16. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain melainkan dengan kebenarannya, ini termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan.

B.

Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional

1. Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkat tahap kecekapan professionalisme masing-masing.

2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan professionalnya.

(7)

perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

C .

Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat

1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di mana dia berkhidmat. Peranan kaunselor dalam organisasi haruslah mempermudahkan pencapaian matlamat organisasi dengan mematuhi prinsip

berikut:-1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.

2. Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan.

4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya kerahsiaan, perbezaan di antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.

(8)

menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.

8. Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa.

9. Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.

PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN

A. Pengiklanan

1. Kaunselor hendaklah mengiklankan perkhidmatannya secara profesional mengenai:

a) Kelulusan tertinggi yang berkaitan, b) Status perakuan pengamal,

c) Jenis perkhidmatan,

d) Penerangan mengenai perkhidmatan, e) Sijil pendaftaran (practising certificate)

Maklumat yang diberikan mestilah benar, lengkap, tepat dan tidak mengelirukan.

2. Kaunselor yang berkhidmat dengan mana-mana organisasi tidak dibenarkan menggunakan nama organisasi tersebut dalam iklan.

(9)

4. Kaunselor tidak boleh mengiklankan affiliasinya dengan sesuatu organisasi sehinggakan memberikan gambaran palsu bahawa organisasi itu menaja atau mengesahkan perkhidmatannya.

B

. Pengurusan

1. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan mengenai perkhidmatan persendirian di tempat perkhidmatannya.

2. Kaunselor tidak boleh menggunakan affiliasinya dengan sesuatu organisasi yang dianggotainya untuk mendapatkan klien bagi perkhidmatan persendirian.

3. Kaunselor yang menjalankan perkhidmatan persendirian tidak boleh mengambil pekerja yang tidak berkelayakan dan tidak berdaftar untuk menjalankan khidmat kaunseling.

C .

Bayaran

1. Jika bayaran dikenakan, Kaunselor hendaklah memastikan bahawa bayaran itu berpatutan dan seimbang dengan perkhidmatan yang diberi. Kemampuan klien hendaklah diambil kira.

2. Kaunselor hendaklah memberitahu terlebih dahulu kadar bayaran yang dikenakan.

(10)

PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

Penyelidikan dan penerbitan adalah perlu untuk perkembangan profesional, peningkatan dan penyebaran pengetahuan. Kaunselor hendaklah menjalankan penyelidikan dengan menghormati dan memberi perhatian kepada martabat dan kebajikan manusia yang menjadi subjek penyelidikan dan mematuhi peraturan, undang-undang dan standard profesional yang mengawal pengendalian penyelidikan.

A

. Etika Penyelidikan

1. Kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi etika penyelidikan dengan menjaga kesejahteraan serta kebajikan subjek sepanjang kajian dijalankan dan hendaklah membuat pengawasan yang sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya kecacatan psikologi, fizikal atau sosial kepada subjek. Kaunselor hendaklah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa amalan etika juga dipatuhi oleh pembantu penyelidik serta mereka yang terlibat dalam penyelidikan.

B

. Persetujuan Subjek

(11)

wajar jika teIah terbukti bahawa penyertaan tidak membawa kemudharatan kepada subjek dan benar-benar diperlukan bagi kajian tersebut.

2. Dalam kajian yang menggunakan klien sebagai subjek samaada secara langsung atau tidak, setiap klien mestilah dimaklumkan dengan jelasnya mengenai tujuan, kaedah kajian, kemungkinan faedah dan kesan buruk kajian itu jika ada dan sebarang ketidak-selesaan dan kesukaran yang mungkin akan dirasai oleh klien. Klien perlu dimaklumkan tentang haknya untuk menolak dan menarik diri pada bila-bila masa; dan penarikan dirinya tidak akan memberi sebarang kesan terhadap perkhidmatan yang diterimanya. Persetujuan ini bermaklum adalah lebih baik dibuat secara bertulis.

3. Dalam menjalankan sesuatu kajian, kemungkinan penyelidik perlu menggunakan teknik terselindung (withholding information) atau penipuan (providing misinformation). Sebelum menjalankan kajian tersebut, penyelidik hendaklah menentukan bahawa:

i) penggunaan teknik itu wajar dan sesuai dengan budaya, nilai saintifik, pendidikan atau terapan,

ii) tidak terdapat prosedur alternatif yang lebih wajar dan,

iii) subjek diberi penjelasan yang cukup dengan secepat mungkin.

4. Semasa menjalankan penyelidikan, jika subjek kajian terdiri daripada kanak-kanak atau mereka yang mempunyai kecacatan yang menghadkan kefahaman dan/atau komunikasi, penyelidik hendaklah mengambil prosedur langkah-langkah keselamatan yang khusus dan rapi.

(12)

prosedur memperolehi persetujuan bermaklum.

C

. Penerbitan

1. Dengan menerbitkan hasil penyelidikan, kaunselor mempunyai tanggungjawab mematuhi etika penerbitan dan undang-undang hakcipta.

2. Hasil kajian hendaklah dilaporkan dengan tepat dan lengkap.

3. Apabila memberikan maklumat kepada penyelidik lain yang memerlukan data asal, kaunselor hendaklah melindungi identiti subjek kecuali dengan kebenaran khusus subjek telah perolehi.

LATIHAN

1. Kaunselor hendaklah menerangkan kepada pelatih tentang keperluan dan kandungan program latihan serta peluang pekerjaan yang ada sebelum pelatih mengikuti program tersebut.

2. Kaunselor hendaklah mempunyai polisi yang jelas mengenai latihan praktikum dan peranan pelatih serta pengajar.

3. Klien hendaklah diberitahu jika dia diberi khidmat kaunseling oleh pelatih dan juga diberitahu implikasi ke atas batas kerahsiaan.

4. Kaunselor yang bertanggungjawab dalam bidang latihan mestilah mahir sebagai pengajar dan pengamal.

5. Kaunselor hendaklah memberi maklumat yang benar tentang kelayakan, kecekapan latihan dan pengalaman mereka.

(13)

PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1. Kaunselor hendaklah dengan memberi penerangan yang Iengkap mengenai ujian supaya keputusan ujian itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.

2. Kaunselor hendaklah berhati-hati dalam menggunakan ujian. Dia hendaklah menggunakan ujian dimana dia mempunyai kelayakan dan kemahiran untuk mentadbir dan menginterpretasi keputusan ujian itu. Tujuan dan kegunaan keputusan hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi kecuali pengecualian hak yang eksplisit dipersetujui terlebih dahulu.

3. Kauselor hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila membuat kenyataan kepada orang awam mengenai ujian dan pengujian.

(14)

GLOSSARY

1.

-Kod etika - Ethical code

pertaining to concepts or construct that are believed to be universal and have found to exist in all known cultures. (English H.B & English A.C 1970)

berhubung dengan konsep-konsep atau gagasan yang dianggap universal yang telah wujud dalam semua budaya.

2.

-Kaunselor - Counselor

a professionally trained person who does counseling. It may include other professionally trained persons e.g. vocational guidance specialist, clergy, social workers, as well as counseling psychologists. (English H.B & English A.C 1970)

seseorang profesional yang terlatih dalam bidang kaunseling. lanya boleh juga tergolong dalam bidang Iain seperti mereka yang terlatih secara profesional dalam pekerja keagaman, pekerja-pekerja sosial, pakar bimbingan kerjaya ataupun kaunselor psikologi.

3.

-Etika - Ethics

the study of the ideal in human character and conduct. Distg.fr. morality the code of good behavior accepted in a particular society (English H.B & English A.C 1970)

adalah kajian terhadap sikap dan tindak-tanduk manusia yang ideal dan ianya berlainan dengan morality.

4. Perhubungan Profesional - Professional Relationship

(15)

each other. (English H.B & English A.C 1970)

- it is a private and confidential relationship in which clients have the right to verbalize anything they wish without fear of negative consequences. (Blackham G. 1975:8)

berkaitan dengan pekerjaan seseorang terutamanya pekerjaan yang memerlukan interaksi antara dua orang atau sekumpulan pekerja iaitu bagaimana mereka berhubung antara satu sama lain

ianya adalah perhubungan yang sulit dan persendirian di mana kelayan mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya tanpa rasa takut ataupun memikirkan akibat negatif.

5.

-Kaunseling - Counseling

relationship in which one person endeavors to help another to understand and to solve his adjustment problem. The area of adjustment is often indicated educational counseling, vocational counseling, socialcounseling, etc. (English H.B& English A.C 1970)

perhubungan di mana seseorang itu berikhtiar/berusaha untuk membantu orang Iain dalam memahami dan menyelesaikan masalah penyesuaian. Selalunya penyesuaian dalam menyelesaikan sesuatu masalah itu dapat dilihat melalui kaunseling pendidikan, kaunseling vokasional, kaunseling sosial dan lain-lain.

6.

-Penghargaan kendiri - Self esteem

the personal evaluation which an individual makes of her or himself, their sense of their own worth, or capabilities. Excessively low self esteem is regarded as indicating a likehood of psychological disturbance and is particularly characteristic of depression. There are several simple questionnaires which have been developed for measuring self esteem as well as more sophisticated tests such as the Q-sort. (Bhagi, M & Sharma S 1992) Volume 4

penilaian peribadi yang dibuat oleh seseorang individu terhadap diri sendiri iaitu tafsiran terhadap keupayaan mereka. Harga diri yang rendah selalunya dikaitkan dengan latar belakang psikologi yang sering terganggu iaitu satu ciri kemurungan. Harga diri boleh diukur melalui beberapa kaedah soalselidik yang senang dan juga terkini seperti Q-sort.

7.

-Nilai-nilai - Values

(16)

certain realities. Values are an important factor in social regulation of individual behavior and human interrelations. (Bhagi, M & Sharma S 1992) Volume 4

satu konsep yang diterima dalam ilmu falsafah, etika, estetik dan sosiologi di mana ia memperlihatkan kesignifikanan 'sosiologi - historical' dalam masyarakat dan mempunyai makna peribadi bagi seseorang individu dalam mentafsir sesuatu kenyataan.

8. Intervensi - Intervention

- an action by a therapist that tends to direct or influence the client's behavior during a therapy session or in general (English H.B English A.C 1970)

satu tingkahlaku oleh seorang ahli terapi yang cenderung untuk mempengaruhi kelakuan kliennya semasa sesi terapi atau di luar terapi.

9. Majlis Kaunseling Kebangsaan - National Counseling Council

- Majlis yang ditubuhkan atas arahan Jemaah Menteri, dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

10. Kelayan - Clien

- a person who comes for counseling or psychotherapy: a counselee. (English H.B & English A.C 1970).

seseorang yang memerlukan kaunseling atau psikoterapi.

11. Perkembangan - Development

- the process of change over the lifespan; one aspect is physical development which is strongly influenced by genetic tendencies. The other is psychological development which is much more directly influenced by enviromental factors. (Bhagi, M & Sharma S. 1992) Volume 1

proses perubahan dalam kehidupan seseorang; satu aspek adalah perkembangan fizikal yang dipengaruhi kuat oleh genetik. Aspek yang lain adalah perkembangan psikologi di mana ianya boIeh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

12. Menangani krisis - Crisis Management

(17)

crises.

krisis adalah (a) titik penentu yang disebabkan oleh kemajuan atau kemerosotan secara mendadak, (b) satu keputusan psikologi yang signifikan pada individu. Pengurusan krisis memerlukan keupayaan dalam mengawal, menghadapi atau menyelesaikan krisis.

13. Konsep kendiri - Self concept

- a person's view of himseIf the fullest description of himself of which a person is capable at any given time. (English H.B & English A.C 1970)

pendapat seseorang itu terhadap diri sendiri; penjelasan selengkapnya mengenai seseorang sekadar yang boleh bagi sesuatu ketika.

14. Ketabahan emosi - Emotional stability

- characteristic of having good emotional control and consistency or of not reacting excessively to emotional situations. (English H.B & English A.C 1970)

sikap yang pandai mengawal emosi iaitu tidak cepat beremosi apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.

15. Fasilitator - Facilitator

- a professionally trained or lay group member who fulfills some or all of the functions of a group leader, e.g. psychotherapist who Ieads a therapy group. (Bhagi, M & Sharma S. 1992) Volume 4

seseorang atau sekumpulan individu yang dilatih secara profesional yang berfungsi sebagai ketua kumpulan seperti ahli terapi psikologi yang mengetuai satu kelompok terapi.

16. Kesejahteraan fizikal - Physical well being

- ideal state of enriched physical health and enhanced life. (Papilia & Olds) keadaan fizikal yang sihat dan kehidupan yang ideal.

17. Kesejahteraan psikologi - Psychological well being

- ideal state of enriched psychological health and enhanced life. kesejahteraan kehidupan serta keadaan psikologi yang ideal.

18 Bidang kepakaran - Expertise

(18)

his professional expertise.. (English H.B & English a.C 1970)

pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui latihan, pembelajaran dan amalan. Contoh kepakaran profesional.

19. Hubungan - Interpersonal

Merujuk kepada pertalian dengan orang lain. Biasanya digunakan untuk menghuraikan pertalian erat dengan pihak yang lain.

20. Subjek penyelidikan - research subject

- you study it in detail by collecting and analysing facts and information in order to try to gain new knowledge or new understanding. (English H.B & English A.C 1970)

mendapat dan menganalisa fakta dan maklumat secara terperinci dalam usaha untuk menjumpai pengetahuan atau pemahaman yang baru

21. Pengawasan - Observing

Memerhatikan dan menyemak perasaan, pemikiran dan tingkahlaku anda dan orang lain. Menyimpan data rekod tentang tingkahlaku.

22. Kecacatan psikologi, fizikal atau sosial - Handicapped (physical, social, psychological)

- having less than normal ability of having an anatomical or functional defect which makes it difficult for one to compete with his peers (Chaplin 1975)

mempunyai keupayaan yang kurang normal atau kecacatan yang membuatkannya susah untuk bersaing dengan orang lain.

23. Persetujuan bermaklum - Informed Consent

-

-permission given to someone to do something by a person who has authority over them. agreement about something between two or more people or groups. (English H.B & English A.C 1970)

keizinan yang diberikan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu oleh sesorang individu yang mempunyai kuasa.

persetujuan terhadap sesuatu di antara dua orang individu atau lebih.

24. a) Teknik terselindung - Disguised technique

(19)

ways in which responses will be interpreted. (Pervin 1980).

Dalam sesuatu ujian, subjek tidak mengetahui tujuan ujian diadakan dan juga cara penilaiannya.

b) Penipuan - Cheating

- is used to describle someone who is considered to be dishonest or deceitdful, showing disapproval. (English H.B & English A.C 1970).

digunakan untuk menerangkan seseorang yang dianggap sebagai tidak jujur atau penipu.

25. Kerahsiaan - Keeping trust

- berhubungkait dengan kepercayaan orang lain terhadap anda di mana anda tidak akan mendedahkan sebarang maklumat peribadi mereka tanpa kebenaran.

26. Undang-undang hak cipta - Copyright laws

- refers to all copyright laws made in Malaysia.

merujuk kepada undang-undang hak cipta terpelihara Malaysia.

27. Tepat dan lengkap - Being concrete

- bersifat konkrit, jelas dan spesifik. Mengelakkan daripada generalisasi yang kurang jelas.

28. Latihan praktikum - Articleship; practicum; internship

- on the job activities conducted in partial fulfilment of academic or professional qualifications.

aktiviti-aktiviti dalam pekerjaan dalam memenuhi sebahagian syarat akademik atau kelayakan profesional.

29. Perhubungan emosi atau seksual - Emotional or sexual relationship

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana skeptisisme profesional auditor, kompetensi auditor dan etika profesi berpengaruh terhadap pertimbangan

Perkembangan sosial adalah perkembangan perilaku anak-anak dalam menyesuaikan diri dengan aturan-aturan masyarakat di mana anak itu berada. Perkembangan sosial anak

Hal senada juga disampaikan oleh klien yang awalnya memang merasa selalu takut dan tidak percaya diri, setelah berada di Yayasan JPPA Kudus dan diberikan bimbingan

kekurangan untuk menyembah Tuhan anda, bahawa ia adalah tempat di mana tidak ada orang yang ingin berada, kami menyimpan benih untuk disemai dan dimakan dan hanya apa yang

Berdasarkan jadual 4.9 mendapati bahawa, terdapat 119 orang (59.5%) responden berada pada tahap 61- 100 di mana pelajar mempunyai tahap kawalan tingkah laku yang rendah

menyebut amal salih beberapa kali dalam al-Qur’an ini jelas membuktikan bahawa pekerjaan yang baik atau amal salih itu sangat penting serta mempunyai peranan yang

IPSM tetap melakukan dialog terus menerus dengan berbagai pendekatan sehingga klien bisa dan mau menunjukkan data diri aslinya, dan dalam pendampingan IPSM juga memberikan