• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN KAUNSELOR DALAM PENERAPAN DAN PE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN KAUNSELOR DALAM PENERAPAN DAN PE"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

TERHADAP REMAJA DI SEKOLAH: SATU WADAH BERSEPADU ANTARA GURU DAN KAUNSELOR**

ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

ABSTRAK

Peranan kaunseling di Malaysia adalah membentuk pembangunan insan yang sihat dikalangan guru dan pelajar dari segi mental, rohaniah, emosi dan tingkahlaku. (Aminah dan rakan-rakan, 1994). Fungsi kaunselor di sekolah bukan sekadar menjalankan perkhidmatan kaunseling secara professional kepada pelajar bahkan turut membantu guru dalam usaha pemupukan dan penyuburan nilai-nilai murni di sekolah. Usaha berterusan ini boleh dilakukan melalui ceramah, kursus, program seminar, kem-kem motivasi, bengkel dan latihan dalam kumpulan pelajar yang dikenalpasti di sekolah. Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti ini, kaunselor turut berperanan menerapkan nilai-nilai murni secara langsung atau tidak langsung kepada pelajar. Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam aktiviti-aktiviti ini ialah nilai keberanian, hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, berdaya saing dan sebagainya. Justeru itu, dalam dunia pendidikan masa kini, penerapan dan penghayatan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja terletak di bahu guru malahan kaunselor disekolah secara melalui program dan aktiviti tersebut. Hal ini jelas diterangkan melalui pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) yang

(2)

menjelaskan peranan kaunselor di sekolah meliputi bidang perkhidmatan, membantu jawatankuasa kurikulum sekolah, membantu pendidikan kerjaya pelajar dan program yang sesuai bagi perkembangan diri pelajar. Justeru itu, timbul persoalan apakah bentuk-bentuk program yang sesuai dilaksanakan dan bagaimanakah proses penerapan nilai dapat dibentuk dalam program-program tersebut? Penulis berasakan tiba masanya peranan dan perkhidmatan kaunselor di sekolah diperbincangkan semula dari aspek nilai-nilai murni. Isu-isu ini begitu penting diperbincangkan pada masa kini memandangkan peningkatan masalah gejala sosial remaja di Malaysia. (Mohd Sofian dan rakan-rakan, 2002). Justeru itu, satu wadah dan kaedah bersepadu perlu dicetus, difikir, digarap dan digemblengkan bersama antara kaunselor dan guru dengan tujuan mencapai kata sepakat untuk membanteras gejala sosial remaja yang dihadapi pada masa sekarang dan pada masa akan datang.

PENGENALAN

(3)

Definisi Remaja

Menurut Ibrahim (1997) remaja dapat ditakrifkan sebagai anak muda yang berumur 12 sehingga 21 tahun, mengalami proses perkembangan menjadi dewasa, mulai matang, boleh berfikir sendiri untuk membezakan nilai yang baik atau buruk dan mengalami proses pemantapan fizikal, intelek, rohani dan emosi. Menurutnya lagi, remaja juga boleh dianggap sebagai golongan yang ‘akil baligh’ yakni cukup umur untuk berkahwin apabila timbul cinta berahi.

JENIS-JENIS SALAHLAKU REMAJA

Masalah sosial yang melanda masyarakat bukan saja terkena kepada orang dewasa tetapi melibatkan para remaja. Di bandar-bandar bezar yang cepat membangun, masalah ini lebih ketara. Penulis mendapati masalah remaja bertambah seiring dengan pesatnya perkembangan industrialisasi dan urbanisasi. Masalah besar yang dihadapi remaja adalah masalah salahlaku iaitu perbuatan yang menyimpang daripada amalan biasa dalam masyarakat. Salahlaku remaja dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu salahlaku biasa dan salahlaku luarbiasa.

i. Salahlaku biasa

Salahlaku biasa ialah tingkahlaku menyimpang daripada yang biasa terdapat dalam masyarakat yang dilakukan oleh remaja normal akibat daipada tekanan sosial. Ia terjadi kerana tiga sebab:

a. Keadaan diri yang tidak mendapat latihan dan kawalan disiplin sehingga tidak sanggup mengikut norma hidup biasa. Contohnya ialah perhubungan seks bebas dan homoseksual.

(4)

c. Keadaan sekeliling yang merangsang keinginan diri untuk mengikut gaya

dan meniru sesuatu kumpulan. Contoh paling jelas ialah merokok, berkelahi antara kumpulan, gangsterisme.

ii. Salahlaku luarbiasa

Seseorang yang melakukan salahlaku luarbiasa sebenarnya menderita sakit jiwa berpunca daripada tekanan sosial yang hebat yang tidak dapat diatasinya. Salahlaku kategori ini terbahagi kepada tiga jenis:

1. Salahlaku neurotik, iaitu salahlaku yang timbul akibat daripada penderitaan kerana gangguan mental yang menyebabkan pengidapnya sentiasa merasa terancam, takut, bimbang, bersalah dan berdosa. Remaja neurotik memiliki rasa rendah diri yang mendalam dan suka mengasingkan diri. Keadaan ini boleh meletus menjadi histeria.

2. Salahlaku psikopatik, iaitu salahlaku yang terjadi akibat daripada kekalutan mental sehingga tidak dapat mengintegrasikan dirinya. Pengidapnya mempunyai sikap yang selalu berkonflik dengan norma-norma sosial; sangat egoistik, fanatik, kasar dan suka menyakiti hati orang lain. Remaja psikopatik akan merasa puas jika dapat menganggu, mencetuskan perkelahian dan melihat orang lain menderita.

3. Salahlaku cacat normal, iaitu salahlaku disebabkan sakit mental atau sakit jiwa sehingga pengidapnya tidak mampu mengenal, memahami dan mengendali tingkah lakunya. Pengidapnya tidak memiliki harga diri atau sikapnya sangat dingin, dia selalu melakukan tindakan antisosial. Remaja yang melakukan salahlaku ini biasanya tidak siuman.

(5)

yang mempunyai keseimbangan dari segi intelektual, rohaniah, fizikal dan peradaban sesuai dengan kehendak Islam.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

Penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang baik dan berakhlak mulia. Ini dijelaskan oleh Wan Zahid (1994) iaitu bertujuan untuk,

1. menanam kesedaran, kesefahaman, keyakinan dan kesyukuran dikalangan pelajar.

2. menanam semangat cintakan nilai-nilai suci. 3. menghormati kebaikan dan membenci keburukan.

4. membentuk sikap positif dan berguna kepada agama, bangsa, dan bertanggungjawab.

5. menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan, dan sewaktu menjalankan tangungujawab.

6. menjalankan amanah dengan dedikasi. 7. meningkatkan hasil produktiviti.

8. berusaha mencapai kecemerlangan.

Antara program kaunseling yang menekankan nilai-nilai murni secara langsung dan tidak langsung kepada pelajar adalah seperti berikut;

PROGRAM-PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Program Ceramah Motivasi

(6)

semesta ini. Kesedaran tentang konsep ini jelas sebagaimana daripada firman Allah swt bermaksud:

“Ingatlah ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat:

“Sesungguhnya Aku hendak menjadi seorang khalifah di muka bumi”. (al-Baqarah, 30)

Menurut Nor Anisah (1988) remaja perlu ditekankan dengan konsep dan tujuan penghidupannya dimukabumi ini supaya mereka sedar akan tangungjawab mereka. Asas ini menekankan bahawa manusia mempunyai tujuan hidup yang perlu disesuaikan dengan segala kegiatan dan keperluannya. Kepada manusia diingatkan bahawa hidup ini dari Allah dan kemudian akan kembali kepada Allah. Oleh itu, ianya hendaklah berjalan selari dengan tujuan Allah yang menjadikannya. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan (taat) kepadaku”.

(Al-Zariat: 56)

Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan erti hidup sesuai dengan kehendaknya. Segala gerak kerja yang dilakukan oleh remaja dalam kehidupan sesuai dengan petunjuk dan aturan Ilahi baik dalam kehidupan individu seperti makan, minum, melakukan aktiviti permainan, dan sebagainya. Semuanya mempunyai tujuan yakni hanya kepada Allah swt semata-mata. (Johari Alias, 1994).

(7)

emosi, agresif, bertingkah laku sukar dijangka dan peka terhadap masalah dan perubahan sekeliling. (Ibrahim, 1999). Justeru remaja seperti individu yang lain, mempunyai kepercayaan, prinsip dan nilai-nilai dalam diri yang tersendiri. Menurut Habibah dan Noran Fauzaiah (2002) mereka mempunyai hak dan keistimewaan dalam menyatakan pendapat-pendapat tertentu dan kaunselor mempunyai kesan yang bermakna ke atas pembinaan konsep kendiri mereka . Di sekolah, segala tindak tanduk rakan-rakan dan guru-guru boleh memberi kesan ke atas keyakinan diri remaja, harapan, harga diri, sikap dan motivasi. Penulis percaya remaja yang sering mendapat perhatian, diberi pujian dan dorongan akan mempunyai konsep kendiri yang positif dalam hidup khususnya dari segi tingkah laku mereka. Antara ciri-ciri tingkah laku yang diperlihatkan remaja mempunyai konsep kendiri yang positif ialah berpuas hati dengan dirinya, peramah, mudah berkawan, berpuas hati dengan pencapain, tahu menghargai sesuatu yang dilakukan dan bersedia untuk memuji orang lain.

Penerapan Nilai-Nilai Murni

(8)

KBSM yang diterapkan dalam setiap matapelajaran. Justeru, peranan kaunselor adalah sebagai guru yang memastikan semua nilai murni itu diserapkan secara langsung atau tidak lasung kepada pelajar dengan hati yang ikhlas, jujur, telus dan terbuka.

2. Program Kemahiran Belajar

Program ceramah meliputi ceramah teknik belajar perlu dianjurkan kaunselor untuk meningkatkan prestasi akademik seperti ceramah teknik belajar bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM STPM dan sebagainya. (Azri Aziz, 1995). Hal ini jelas termaktub dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) yang menjelaskan peranan guru kaunseling adalah merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM dan STPM. Di Malaysia banyak pusat kecemerlangan minda dan motivasi peperiksaan telah ditubuhkan berikutan kesedaran ibu bapa dan para pendidik terhadap pentingnya motivasi kepada anak-anaak mereka. Penubuhan Excell Training yang ditubuhkan Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah bersama rakan-rakan dalah bertujuan membeei kesedaran dalam pelajaran dan meningkatkan motivasi kepada individu dan kelompok. Perkhidmatan perundingan ini melipiti gologan pelajar sekolah, IPT, sektor awam, pekerja swasta dan profesional.

Penerapan Nilai-Nilai Murni

(9)

tiada pengawas peperiksaan. Baginya, konsep keredaan semasa menjawab kertas peperiksaan telah ada dalam dirinya (Syeikh Mustafa, 1996). Penerapan nilai-nilai ini secara langsung diharapkan dapat menghapuskan niat pelajar yang hadir ke sekolah untuk tujuan lulus peperiksan semata-mata. Situasi ini pernah dijelaskan Tajul Aiffin (1992) yang melahirkan kebimbangan terhadap pelajar lewat tahun 80-an yang menjadikan peperiksaan sebagai ukuran kejayaan masa depan, sebaliknya kurang menghayati nilai dalam sistem persekolahan. Maka disinilah peranan kaunselor bersama-sama guru menerapkan dan membina nilai-nilai di kalangan pelajar.

3. Program Pencegahan Dadah, Rokok dan Alkohol

Peranan kaunselor di sekolah dalam usaha memastikan para pelajarnya menjauhi amalan pengambilan dadah haruslah berusaha menyusun dan membentuk program pencegahan dadah, rokok dan alkohol. Antaranya adalah usaha mengalakkan para pelajar sekolah terlibat aktif dalam persatuan pelajar ataupun pasukan pakaian seragam.

Kaunselor sekolah juga perlu mengadakan program dan aktiviti-aktiviti berikut yang dirasakan sesuai untuk mengalakan remaja sekolah mempunyai kesedaran terhadap penggunaan bahaya dadah. Antaranya seperti kem jaya diri, Kolokikum membina Ketahanan diri, Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR), Sekolah Anak didik, Skim Lencana Anti Dadah (SLAD), Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah PIBG/Guru, Program Pembimbing Rakan Sebaya dan Program Lima Minit.

(10)

i. Memastikan penyertaan pelajar dalam aktiviti ko kurikulum (pelajar diwajibkan mengambil dua daripada tiga bidang: Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Pasukan pakaian seragam).

ii. Mengadakan dari semasa ke semasa pertandingan, peraduan menulis esei, poster dan logo anjuran kementerian dengan kerjasama agensi agensi luar dan pihak swasta.

iii. Menggiatkan Kelab bimbingan dan kaunseling di sekolah dan dimaktab perguruan dan

iv. Menubuhkan Kelab Anti Dadah di sekolah dan di maktab perguruan.

Projek-projek khas mencegah dadah di kalangan pelajar yang diuruskan oleh Bahagian Sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri adalah seperti berikut;

(i) Kem Jaya Diri: Kem ini khas untuk pelajar-pelajar bermasalah dengan dadah. Penekanan diberi terhadap nilai-nilai murni keagamaan dan moral, disiplin diri, memahami potensi diri, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

(ii) Kursus Kesedaran Pelajar : Bertujuan menanamkan sikap membenci dadah dan memahami akibat dadah pada diri, keluarga, masyarakat, ekonomi negara dan keagamaan.

(11)

Dengan adanya penerapan nilai-nilai terhadap program pencegahan dadah, rokok dan alkohol dapat menimbulkan kesedaran, kefahaman dan sifat benci remaja ini terhadap gejala ketagihan dadah. Dadah, rokok, alkohol dan pelbagai lagi jenis bahan-bahan ketagihan dianggap satu benda yang jijik dan merbahaya kepada mereka, tidak membawa sebarang faedah dan lebih diyakini lagi ialah bahan-bahan ini merosakkan sistem tubuh sehingga menjejaskan kesihatan diri mereka. (Azri, 1997).

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Penerapan nilai-nilai murni ini sebenarnya telah dilama diterapkan kepada golongan remaja. Usha membasmi dadah di sekolah bukan sahaja terletak dibahu para pendidik, kaunselor, ibu bapa bahkan seluruh komuniti masyarakat. Ibu bapa harus bijak mendekati anak-anak remaja. Mereka seharusnya meluangkan masa bersama anak, memberi galakkan kerja-kerja berfaedah, membina keyakinan diri, memberikan didikan agama atau moral, memberi pujian dan berlaku adil dari segi layanan (Agensi Dadah Kebangsaan, 2001). Penerapan nilai-nilai terhadap program pencegahan dadah, rokok dan alkohol dapat menimbulkan kesedaran, kefahaman dan sifat benci remaja terhadap gejala ketagihan dadah. Dadah, rokok, alkohol dan pelbagai bahan ketagihan lain perlu dianggap ‘bahan jijik’ yang membahayakan kesihatan diri dan tidak memberi sebarang faedah (Abdul Ghafar, 1988).

4. Pengendalian Bimbingan Kerjaya

Kementerian Pendidikan (2002) peranan kaunselor tuut mencakupi penyediaan program bimbingan kerjaya kepada pelajar. Kaunselor yang prihatin perkembangan kerjaya perlu minitikberatkan 5 langkah iaitu:

(12)

iii. Perlaksanaan (Penggunaan inventori minat kerjaya) iv. Sumber maklumat dan pemilihan kerjaya pelajar v. Masa depan kerjaya pelajar

Suradi (1998) menggariskan 5 langkah kaunselor untuk mendorong pelajar menentukan kerjaya iaitu:

i. Kaunselor perlu mengarahkan guru sekolah mengenalpasti masalah kerjaya yang dihadapi pelajar.

ii. Kaunselor perlu melibatkan setiap guru menyediakan senarai lengkap tentang pekerjaan yang khusus yang mempunyai hubungan dengan mata pelajaran yang diajar.

iii. Menyediakan bahan-bahan bertulis dan alat pandang dengar tentang kumpulan pekerjaan.

iv. Melibatkan guru-guru dalam projek hari kerjaya, lawatan ke pusat pernigaan dan perindustrian dengan melibatkan pelajar.

v. Melibatkan guru dalam kajian susulan yang sistematik bagi pelajar sekolah sama ada yang berjaya atau tercicir.

Penerapan Nilai-Nilai Murni

(13)

kaunseling tersebut tidak menjejaskan aqidah, syariat dan akhlak umat Islam sepanjang tempoh proses kaunseling tersebut, disamping memberikan natijah pahala. Ini sebabkan jika proses kaunseling yang dilalui hanya kaunseling biasa. Kaunselor dirujuk merupakan kaunselor yang lebih bermatlamat dan materialistik mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi dibimbingi akan memberikan kesan yang buruk diakhirat kelak. (Yosree, 2002).

5. Bimbingan Individu dan Kelompok

Matlamat bimbingan individu dan bimbingan kelompok yang sempurna antara kaunselor dengan klien adalah untuk membantu klien ke arah mengenal diri, memahami diri, melihat kelemahan diri dan menggunakan seluruh potensi ke arah kesempurnaan kendiri selepas mendapat celik akan daripada proses kaunseling itu (Rogers, 1961). Matlamat dan proses kaunseling individu dan bimbingan kelompok itu sendiri mendorong kaunselor membantu klien secara jujur., ikhlas dan penerimaan tanpa syarat (Muhd Mansur, 2000). Dalam Islam perbuatan menolong orang yang dalam kesusahan ada dinyatakan hadis. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasululllah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang lapangkan kesempitan dunia saudaranya yang Islam, nescaya Allah akan melapangkan baginya kesempitan akhirat dan barangsiapa yang meringankan seseorang yang berada dalam kesempitan, maka Allah akan meringankan ke atasnya di dunia dan akhirat. Allah tetap membantu seseorang hamba, selagi hamba itu membantu saudaranya yang Islam”

Penerapan Niali-Nilai Murni

(14)

menampakkan kepentingan. Misalnya pelaksanaan kaunseling kelompok banyak mempunyai nilai-nilai positif. Seseorang kaunselor yang bijaksana tentu memainkan peranan penting kerana berjaya mewujudkan perkongsian pengalaman, idea dan permasalahan bagi mengurangkan permasalahan ahli-ahli kelompok sehingga mewujudkan rasa simpati rakan-rakan dalam kelompok kepada ahli kelompok yang bermasalah (Zuraidah, 1999). Justeru, program kaunseling kelompok dapat menerap dan memupuk nilai-nilai positif sesama ahli-ahli yang dirundung masalah tadi. Antara nilai-nilai yang boleh diterapkan kaunselor dalam sesi kaunseling kelompok ialah empati, simpati, hormat-menghormati dan sebagainya.

6. Pembentukan Kem Ibadah

Terdapat sesetengah aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kaunselor di sekolah meliputi kem-kem perkhemahan pelajar. Kem-kem perkhemahan pelajar pada masa kini semakin diminati oleh para pelajar. Di situ para pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus yang bersesuaian seperti kursus disiplin, kursus peningkatan akhlak dan sahsiah diri, motivasi diri, dan sebagainya. Di samping itu, mereka turut didedahkan dengan aktiviti dan program yang berbentuk ibadah. Program ibadah ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu ketahahan fizikal dan aktiviti ibadah. Program seperti perkhemahan, jungle tracking dan menempuh halangan seperti sungai, mendaki bukit, masuk hutan

(15)

kehidupan ke arah kemantapan iman dan taqarub kepada Allah s.w.t. (mendekatkan diri kepada Allah sw.t.).

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Program dan aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan dan mencergaskan badan malah minda pelajar. Program ini dipercayai turut menyemai sikap bertanggungjawab, yakin diri, amanah dan menyelesaikan masalah sendiri dalam keadaan genting. Contoh aktiviti mendaki bukit bukan sahaja melahirkan pelajar yang cergas fizikal, bahkan melahirkan pelajar bertanggungjawab memikul amanah kerana semua ahli perkhemahan telah diberi tugas masing-masing. Jika ahli-ahli tidak menjalankan tugas dan amanah yang diberi, perjalanan aktiviti akan terganggu yang boleh menimbulkan kecelakaan ketika perkhemahan itu.

Aktiviti ibadah seperti berzikir, qiamullail, menghafal surah-surah lazim, disiplin dalam mengerjakan solat dan sebagainya merupakan aktiviti yang dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri remaja. Misalnya aktiviti qiamullail dapat melatih remaja disiplin tentang masa, melatih kesabaran diri, mengawal emosi dan rasa taubat dalam diri. Ini kerana remaja diarah mengerjakan solat qiamullail secara berjemaah dengan tujuan mendapatkan keredaan dan rasa taubat dengan kesalahan yang pernah dilakukan dalam hidup.

(16)

“Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, berlaku perselisihan malam dan siang, terdapat bukti-bukti bagi oarng yang berfikir. Mereka yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring dan memikirkan tentang kejadian itu”.

(Ali Imran, 190-191)

Remaja yang bertafakur ini sudah tentu wujud suatu kesedaran dalam diri, meningkatkan keimanan, mewujudkan penciptaan manusia sebagai insan yang kerdil di muka bumi dan diharapkan meperoleh hikmah supaya berupaya memacu diri menjadi insan yang soleh di muka bumi (Abdul Aziz Mohd Zin, 2001). Secara keseluruhan, program perkhemahan dapat memantapkan daya tahan mental dan fizikal remaja dengan nilai-nilai luhur seperti berdisiplin, kesabaran menempuh rintangan, tolong-menolong, kerjasama, taat dengan perintah ketua dan bersyukur kepada Pencipta.

KESIMPULAN

(17)

RUJUKAN

Abdul Ghafar Taib. 1988. Dadah, Sstrategi dan Kawalan di Sekolah-Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Ismail. 1998. Membina Minda dan Peribadi Muslim. Siri Motivasi Remaja. Kuala Lumpur: Penerbit Al Hidayah.

Abu Bakar Nordin. 1994. Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abdul Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Agensi Dadah Kebangsaan. 2001. Kenali dan Perangi Dadah. Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri.

Al Ghazali. 1992. Bimbingan Mukmin. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Ali Yacob. 1995. Perkhidmatan Kaunseling di Tanah Suci. Kajang. Selangor: Makruf Publisher.

Amer Shakir Zainol. 2001. Membina Kendiri Unggul Berkarisma. Kuala Lumpur: Penerbit Ilmu Jelatek.

Aminah Hashim dan Arthur P.Liyod. 1994. Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

(18)

Asmah Bee Mohd Noor dan Iran Herman. 1995. Membina Kesejahteraan Remaja. Kajang, Selangor: Penerbit Teknoedar.

Azri Aziz. 1995. Teknik Ingatan untuk Pelajar. Siri Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Quantum Learning Publishers.

Fadhilah Abdul Alim dan Muhamad Abdul Shahbudin. 1999. Asas-Asas Pembentukan Akhlak Mulia. Kempas, Johor: Penerbit Jahabersa.

Habibah Alias dan Noran Fauziah. 2002. Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mamat. 1997. Memimpin Remaja Sekolah. Kuala Lumpur: Penerbit Kumpulan Budiman.

Johari Alias. 1994. Nilai-nilai Islam 5. Membina Peribadi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Tugas dan Tanggungjawab Kaunselor.

http://members.tripodasia.com.my/skkamil1/bk.html. Di akses pada 1 Mei 2002.

Mohd Sofian Omar, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof. 2001. Kokurikulum peranan dan implikasi. Kuala Lumpur: Siri Pengajian Pendidikan Utusan.

Muhd Mansur Abdullah. 2000. Kaunseling, Teori, Proses dan Kaedah. Edisi Kedua. Petaling Jaya, Selangor: Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti.

(19)

Nik Aziz Nik Pa. 1994. Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Norlida Md Top. 1999. Persepsi Pelajar Tingkatan 5 yang Mengikuti Aliran Teknik di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Terhadap Penghayatan Nilai

Murni Diri dan Kaunselor. Tesis Sarjana Pendidikan Bimbingan Kaunseling.

Fakulti Pendidikan UTM, Johor.

Rogers, Carl. 1961. On Becoming A Person. Boston: Huoghton Mifflin Company.

Suradi Salim. 1996. Bimbingan dan Kaunseling. Siri Pengajian Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Syeikh Mustafa Al Ghayani. 1996. Bimbingan Membina Minda dan Jiwa Remaja Cemerlang. Selangor: Pustaka Ilmi.

Tajul Ariffin Nordin. 1990. Pendidikan. Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Tajul Ariffin Nordin. 1993. Perspektif, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1993. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Yosree Ikhwan. 2002. Kaunseling Kerjaya Menurut Perspektif Islam. Kertas kerja sarjana Bimbingan dan Kaunseling. April 2002. Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor.

(20)

Tugas dan Tanggungjawab Kaunselor

Peringkat : Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah Jawatan : Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (DG3/DG6)

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan matapelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.

(21)

10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. 11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti

perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah. 21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah

(22)

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Smith, konsep diri adalah evaluasi yang dilakukan individu terhadap kemampuan dan kelemahan yang dimiliki. Target, arah, dan intensitas konsep diri pada

 Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka

Individu yang memiliki konsep diri positif akan memiliki dorongan mandiri lebih baik, dapat mengenal serta memahami dirinya sendiri, dapat memahami dan menerima sejumlah factor yang

Tujuan utama para pendidik adalah membantu si siswaa untuk mengembangkan dirinya, yaitu membantu masing-masing individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang

 Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka

Kesimpulan dari berbagai pendapat mengenai bimbingan sekolah dasar di atas adalah proses membantu individu siswa untuk memahami diri, mengenal lingkungan

Tujuan Umum Bimbingan Konseling Prayitno dan Erman Amti 2004:114 mengemukakan bahwa tujuan umum bimbingan dan konseling adalah untuk membantu individu mengembangkan diri secara

Bimbingan adalah bantuan yang diberikan kepada individu peserta didik agar dengan potensi yang dimiliki mampu mengembangkan diri secara optimal dengan jalan memahami diri, memahami