• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEDUDUKAN ISLAM DAN BANGSA MELAYU DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEDUDUKAN ISLAM DAN BANGSA MELAYU DALAM"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK :

KEDUDUKAN ISLAM DAN BANGSA

MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN

PENSYARAH :

USTAZ SOFWAN BIN HASBULLAH

KUMPULAN :

PEM1102A1/A2

BIL .

NAMA NO. PELAJAR FAKULTI

1 FADHLI BIN HASHIM 2016639378 MEKANIKAL

2 HANIF NAIM BIN HASNAN 2016603752 MEKANIKAL

3 MEGAT NUR ARIFF BIN MEGAT

(2)

KANDUNGAN

PENDAHULUAN………. 3

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN………. 4

KEDUDUKAN MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN………. 9

KESIMPULAN………. 15

(3)

PENDAHULUAN

Terjadinya Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah salah satu unsur tradisi dan perluasan sejarahnya adalah sebahagian daripada perluasan sejarah konsep pemerintahan beraja. Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah sebuah negara di mana rakyatnya mengamalkan pelbagai agama yang berlainan seperti Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain kepercayaan.

Sebagai pengetahuan umum, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi yang terikat dengan Malaysia. Jika ada undang-undang baru yang hendak digubal, ia mestilah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

(4)

PERUNTUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN

Rakyat Malaysia sudah semestinya mengetahui bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan, kerana Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu melalui sejarah lama di mana wujudnya tamadun Islam melalui raja-raja Melayu – Islam dan rakyatnya. Hal ini memberi pengaruh besar kepada pembentukan perlembagaan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Walaubagaimanapun, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan banyak dipersoalkan kerana peruntukan ini tidak jelas. Persoalannya, setakat manakah kedudukan Islam dalam perlembagaan persekutuan?

Terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. L.A Sheridan dan H.E Groves memberi pendapat mereka bahawa peruntukan mengenai Islam bertujuan untuk menunjukkan negara Malaysia mempunyai sifat dan ciri Muslim serta untuk upacara rasmi negara

(Sheridan L.A dan Groves H.E). Bacaan doa di upacara rasmi seperti Pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan Hari Kemerdekaan adalah antara contoh tujuan peruntukan mengenai Islam. Seterusnya, Hasyim Yeop Sani (1973) juga memberi pendapatnya tentang kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau menyatakan bahawa Perkara 3 (Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan) itu sangat jelas dan tidak boleh diputarbelitkan lagi bahawa agama rasmi negara ialah agama Islam. Oleh itu, jika terdapat tafsiran-tafsiran yang membawa kepada

percanggahan di antara dokumen ciptaan manusia iaitu perlembagaan dengan syariah Allah iaitu al-Quran dan as-Sunnah maka tafsiran itu tidak boleh diterima. Dari segi kedudukan agama Islam di negeri-negeri Malaysia, Perlembagaan telah memutuskan bahawa Islam sebagai agama rasmi negeri kecuali bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Tambahan pula, Yang

(5)

di-Pertuan Agong telah diberi kuasa sebagai ketua agama Islam terhadap negeri-negeri tersebut.

Peruntukan mengenai Perkara 3 adalah sangat penting kerana ia

menjelaskan agama Islam adalah agama persekutuan tetapi pada masa yang sama, ia juga memberi hak kepada orang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Selain itu, Perkara 3(1) juga menjelaskan kedudukan Raja-Raja sebagai ketua agama negeri-negeri kecuali negeri yang tidak mempunyai raja. Sementara itu, bagi sesuatu perkara yang yang merangkumi kesemua persekutuan yang berkaitan dengan Islam, maka Yang di-Pertuan Agong akan mewakili Raja-Raja setelah Majlis Raja-Raja telah bersetuju mengenai perkara berkenaan. Selain itu, Perkara 3(2) menyentuh mengenai Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Di samping itu, Perkara (5) menyatakan bahawa bagi Wilayah Persekutuan, Parlimen boleh menghasilkan undang-undang berkenaan hal ehwal Islam serta menubuhkan Majlis bertujuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan hal ehwal agama Islam.

Perkara 3 dan implikasi daripada peruntukan Perkara 3 boleh ditafsir untuk kebaikan Islam dan kepentingan umat Islam. Penggubal dan pengamal undang-undang boleh meluaskan pentafsiran ini bagi kepentingan Islam dan umatnya tetapi terdapat pandangan yang menyatakan bahawa Perkara 3(1) tidak harus digunakan untuk menilai kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan. Peruntukan

berkenaan juga tidak cukup kukuh untuk menjadi rujukan buat pekaksanaan Islam. Untuk pelaksanaan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna, maka

perlembagaan perlu diubah suai.

(6)

wakaf, penjagaan anak, mungkir janji untuk kahwin dan lain-lain, di mana-mana Mahkamah Sivil telah membuat keputusan berkaitan perkara yang termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan adakalanya Mahkamah Tinggi Sivil telah mengubah keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Seterusnya, merujuk kepada Perkara 121 (1A), terdapat pengecualian kuasa bagi Mahkamah Syariah yang mana ia tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa kes terhadap pihak yang terlibat sekiranya salah seorang daripada mereka bukan beragama Islam. Misalnya, Mahkamah Syariah tidak berjaya untuk mempertahankan seorang mualaf iaitu Re Susie Teoh kerana bapanya yang tidak beragama Islam mempunyai hak yang lebih tinggi terhadap agama anaknya yang ketika itu berumur kurang dari 18 tahun. Hal ini berlaku disebabkan menurut Perkara 11 dan 12, seorang bapa atau penjaga mempunyai hak untuk memutuskan agama dan pelajaran anak mereka itu.

Dalam kes ini, Mahkamah Tinggi Sivil telah meluluskan tuntutan yang dibuat oleh bapa kepada Re Susie Teoh untuk membatalkan pengisytirahan anaknya kepada Islam. Kesimpulannya, dalam kes ini kedudukan undang-undang Islam dalam Mahkamah Syariah adalah terhad.

Secara keseluruhannya, kedudukan undang-undang Islam dalam

perlembagaan adalah terbatas jikalau terdapat mana-mana undang-undang Islam yang tidak selaras dengan perlembagaan. Oleh itu, ianya akan terbatal setakat mana yang bercanggah. Walaupun agama Islam adalah agama rasmi persekutuan, namun demikian ia telah ditetapkan dalam perlembagaan mengenai bidang kuasa undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam. Kes-kes mahkamah yang mempunyai peranan penting menyatakan bahawa peruntukan-peruntukan perlembagaan tidak kesemuanya membantu. Selain tidak membuat keputusan berdasarkan undang-undang, sesetengan kes jelas keputusannya itu dibuat

berdasarkan polisi. Realitinya undang-undang sivil mendominasi dan lebih berkuasa dalam sistem perundangan di negara kita. Kedudukan Mahkamah Syariah yang berada dalam bidang kuasa negeri juga agak tidak stabil. Hal ini sangat jelas kerana sesuatu hukuman atau denda yang diputuskan oleh mahkamah syariah di setiap

(7)

PENETAPAN HAL EHWAL ISLAM SEBAGAI SUATU

KUASA YANG TERLETAK DALAM BIDANG KUASA

NEGERI

“Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, hak penjagaan, pecah milik dan amanah bukan khairat, Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri, adat Melayu, Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya, masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan, keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh Undang-undang Persekutuan, mengawal pengembanagn doktrin dan kepercayaan di kalingan orang yang menganut agama Islam, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu

Bidang kuasa undang-undang Islam hanya tertakluk kepada perkara-perkara yang disenaraikan dalam Jadual 9 Senarai 2. Disini akan dibawakan satu kes yang berkaitan dengan kesahtarafan seorang anak.

(8)

Menurut Hakim Aitken yang mengendalikan kes ini, beliau menyatakan bahawa keterangan lanjut perlu dibawa bagi membuktikan atau menafikan kedudukan Mat Shah sama ada anak kandung yang sah kepada Ainan atau tidak. Beliau juga perlu memastikan setakat mana isu itu dipengaruhi oleh undang-undang negeri.

Pihak yang terlibat dalam kes ini adalah orang Islam dan hakim akan memutuskan taraf kesahihan Mat Shah berdasarkan undang-undang Islam. Menurut satu seksyen dalam Enakmen Keterangan yang memperuntukan bahawa taraf kesahihan seorang anak itu boleh ditentukan melalui kelahirannya dalam perkahwinan yang sah ataupun dilahirkan dalam tempoh 280 hari selepas perceraian. Namun begitu, sekiranya ada bukti yang menunjukkan bahawa kedua-dua pihak itu tidak melakukan sebarang perhubungan sehingga membolehkan anak itu dikandung, maka kesahihan anak itu dikecualikan.

Pada mulanya hakim telah memutuskan keputusan kes itu berdasarkan kepada Seksyen 112 dalam Enakmen Keterangan yang mana ianya adalah status yang telah dipakai secara umum, tanpa mengira bangsa dan agama. Namun begitu, Seksyen 112 ini telah mengenepikan peruntukan dalam undang-undang Islam.

Undang-undang Islam telah menetapkan bahawa taraf kesahihan seorang anak itu berdasarkan kepada permulaan kehamilan dan bukan masa kelahiran. Berbeza pula dengan undang-undang Inggeris, dalam Seksyen 112 mengatakan bahawa taraf kesahihan seorang anak itu berdasarkan kepada masa kelahiran dan bukannya permulaan kehamilan. Hal ini telah menyebabkan kedua-dua pihak terpaksa mengetengahkan persoalan ini semula kepada hakim.

(9)

Hakim Aitken bersetuju dengan pendapat Baillie dan telah menggunakan pendapat tersebut sebagai keputusan dalam kesnya. Dapat dilihat disini, kedudukan undang-undang Islam telah diguna pakai dalam menentukan keputusan bagi kes ini.

PENGENALAN

Bangsa Melayu boleh dikatakan mengikut 160(2) Perlembagaan Persekutuan telah mendefinisikan Bangsa Melayu ialah seseorang yang beragama islam , Bahasa Melayu sebagai percakapan harian , mengamalkan adat Melayu dan lahir di Tanah Melayu ataupun dikenali sebagai Malaysia.

Para pemimpin terdahulu telah bersetuju untuk memberikan “Hak Istimewa Orang Melayu” kepada orang melayu sebagai cagaran atau gantian untuk persediaan bangsa melayu di tanah melayu untuk menerima kedatangan kaum India dan kaum Cina untuk berkongsi kehidupan di tanah melayu secara bersama. Hak ini telah dilaksanakan dan telah dipersetujui semasa rundingan kemerdekaan dan telah dibuat di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Hak ini terjadi kerana untuk melindungi orang melayu kerana pada waktu tersebut , orang melayu tidak mahu menerima kehadiran kaum india dan cina di Tanah Melayu sebagai rakyat tetap. Disebabkan pada masa itu , masing-masing ingin menegakkan hak kaum sendiri , keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mencapai kemerdekaan.

ISI DAN HURAIAN

HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DALAM

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Untuk pengetahuan , banyak perkara yang telah diperuntukkan dalam

Perlembagaan Persekutuan. Jadi , kami akan memfokuskan kepada perkara-perkara atau peruntukan-peruntukan yang mempunyai kaitan dengan Bangsa Melayu dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dengan lebih terperinci. Peruntukan tersebut adalah seperti berikut :

 Perkara 153 - Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit,dan sebagainya.

(10)

 Perkara 89 - Tanah Simpanan Melayu

 Perkara 152 - Bahasa Kebangsaan

Perkara 153 - Perizaban kuota berkenaan dengan

perkhidmatan, permit, dan sebagainya.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam . Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak social”.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kedudukan Bangsa Melayu dan penduduk asal Malaysia ataupun dipanggil sebagai rakyat Bumiputera. Di dalam Perkara ini, telah dinyatakan jumlah atau kuota dalam kemasukan perkhidmatan awam , biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga dianggap sebagai salah satu kontrak sosial dan pertahanan secara sah bagi menguatkan lagi pernyataan bahawa Bangsa Melayu adalah penduduk asal Malaysia. Ketika membicarakan persoalan ini , terdapat wasiat raja-raja melayu yang telah bersidang. Wasiat tersebut adalah :

(11)

istimewaorang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak”

(Perkara 153, Perlembagaan Malaysia)

Mengikut perkara 153 (8A) :

“ Jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya”.

Rasional yang dapat dikeluarkan dari perkara di atas adalah ia dapat melindungi Bangsa Melayu secara totalnya dimana ada segelintir anak melayu yang layak menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi tetapi disebabkan oleh kemiskinan ataupun kegawatan kewangan menyebakan segelintir anak melayu ini terlepas peluang untuk menyambung taraf pendidikan yang lebih tinggi. Perkara di atas juga menyatakan bahawa Parlimen tidak berkuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata untuk maksud perizaban bagi orang melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

Perkara 89 - Tanah Simpanan Melayu

(12)

menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu, iaitu suatu Enakmen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Dewan Undangan dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan pengundi yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi”

Rasional yang dapat dikeluarkan daripada perkara di atas adalah untuk melindungi kaum Melayu yang kurang dari sudut kewangan ataupun miskin tetapi golongan ini telah lama menetap di sesuatu kawasan daripada tanah mereka diambil ataupun dirampas oleh pihak atasan. Selain itu, ia juga adalah sebagai hibah kepada mereka yang pernah suatu ketika dahulu memperjuangkan nyawa untuk mempertahankan tanah air dari dijajah kuasa luar. Tambahan, tanah ini juga adalah merupakan suatu warisan dan pegangan yang masih wujud dan pada masa hadapan , jika berlaku sesuatu rusuhan dari orang asing , mereka tidak boleh memiliki tanah yang telah direzabkan kepada orang melayu.

Perkara 152 - Bahasa Kebangsaan

“Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain dan Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain”.

(13)

Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris. Selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan adalah Rasional kerana kedudukan dan peranan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca di alam Melayu sejak dahulu lagi. Kaum lain tidak perlu risau mengenai persefahaman Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini kerana kaum lain tidak disekat untuk menggunakan Bahasa Ibunda setiap kaum malah perlembagaan menjamin perkara ini. Tambahan, Bahasa Melayu telah lama digunakan untuk tujuan rasmi seperti surat-menyurat, mesyuarat, perundangan dan kehakiman di tanah melayu, jabatan polis dan sebagainya untuk memudahkan pentadbiran yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bahasa Melayu juga dipilih sebagai Bahasa rasmi adalah kerana tanda hormat kepada ketuanan melayu yang merupakan empunya empayar tanah melayu.

Kewajaran Mempertahankan Hak Keistimewaan Melayu

(14)

Kerajaan harus bekerjasama dalam menghalang terjadinya kembali peristiwa yang besar iaitu peristiwa 13 Mei 1969 kerana ketidakpuasan hati pelbagai kaum di Malaysia.

Antara usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah untuk memperkenalkan pelajaran sejarah di peringkat sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Perkara seperti ini sedikit sebanyak akan memupuk minat dalam diri anak-anak kecil supaya lebih menghargai pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Bagi peringkat menengah pula, subjek yang wajib diambil oleh setiap pelajar ialah subjek sejarah dan subjek ini haruslah wajib lulus supaya remaja lebih focus dalam memahami sejarah. Remaja masa kini hanya mengetahui sejarah untuk sekadar peperiksaan dan menganggap sejarah merupakan mata pelarajan yang membosankan. Guru sejarah harus mencipta cara pengajaran yang boleh memupuk minat dalam diri remaja untuk mendalami dan memahami apa itu sejarah.

(15)

KESIMPULAN

Sekiranya terdapat undang-undang islam yang tidak selaras dengan perlembagaan, maka kedudukan undang-undang islam adalah terbatas dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun agama rasmi persekutuan adalah agama islam, namun bidang kuasa undang-undang yang berkaitan dengan agama islam telah ditetapkan di dalam perlembagaan. Secara realitinya, undang-undang yang selain dari undang-undang agama islam iaitu undang-undang sivil telah lama mendominasi dan menguasai system perundangan di negara kita.

(16)

RUJUKAN

 https://www.academia.edu/26043769/KEDUDUKAN_AGAMA_ISLAM_DALA

M_PERLEMBAGAAN_PERSEKUTUAN  zakwanhalim.blogspot.my

 Abdul Aziz Bari. 2005. Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Selangor: Intel

Multemedia and Publications

 Hamid Jusoh, Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, 1992.

Dewan Bahasa Dan Pustaka

 Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned. Sistem Undang-Undang Di Malaysia.

1985. Selangor: Dawama Sdn.Bhd

 zakwanhalim.blogspot.my/2011/04/islam-dalam-perlembagaan-malaysia.html  penakiri.blogspot.my/2010/09/melayu-dan-kedudukannya-dalam.html

 https://www.academia.edu/10537975/BINCANGKAN_MENGENAI_HAK_ISTI

Referensi

Dokumen terkait

Odbacivanje pojma subkulture i interpretacija suvremenog druš- tva kao bitno različitog od onoga prije tridesetak godina, posebno kada je riječ o tipovima afilijacija mladih, ovdje

Data kemampuan berpikir kreatif dan hasil belajar kognitif diuji menggunakan uji T-Test (Paired Samples T-Test) dan dihitung dengan N-gain ternormalisasi. Hasil

Adapun hasil yang diperoleh dari penelitian ini adalah bahwa putusan Mahkamah Konstitusi tersebut hanya mengabulkan uji materiil Pasal 43 ayat (1) Undang-Undang Nomor 1 Tahun

Pendataan Rumah Tangga ber-PHBS dilakukan pada tahun 2014 dengan menggunakan kartu dan pada tahun 2015 menggunakan rekapan data. Pelaksanaan pendataan biasa dilakukan pada

Menurut USSAID ASIA (2007:6-12) bahwa faktor sosial dan ekonomi yang mempengaruhi ketahanan sosial ekonomi adalah jumlah pendapatan yang dimiliki masyarakat, jenis

Karena H 0AB diterima, maka tidak perlu dilakukan uji komparasi ganda untuk model pembelajaran dan tipe Adversity Quotient (AQ) siswa, sehingga dapat disimpulkan

Konstruksi alat dan jenis umpan pada penelitian ini tidak saling mempengaruhi dalam penangkapan lobster air tawar, sehingga dapat dikatakan bahwa lobster air