• Tidak ada hasil yang ditemukan

Buku Skrap (Puasa)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Buku Skrap (Puasa)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

(1) ADAB-ADAB BERBUKA (1) ADAB-ADAB BERBUKA 1.

1.Menyegerakan berbuka apabMenyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ila masuknya waktu atau disebut ta’jil alta’jil al- -Iftar. Ini

Iftar. Ini berdasarkberdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini,an hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa

antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w. bersabda:

bersabda: “Manusia sentiasa dalam kebaikan“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi merek selagi merekaa menyegerakan berbuka puasa.”

menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).(Riwayat Bukhari dan Muslim). 2.

2.Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buahBerbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma

dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering.yang sudah kering. Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan m

masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila iaengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam

mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anashadis daripada Anas katanya:

katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan

beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan

dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, makasekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

Baginda minum beberapa teguk air.” (Riwayat Imam Ahamd(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan)

dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) 3.

3.MenyegerakaMenyegerakan solat n solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air,Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi

di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutabs.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita

atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas

disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbukaberbuka dengan perkara-perka

dengan perkara-perkara tadi, lantas terus ra tadi, lantas terus menunaikan solat. Inimenunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun

sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranyasekiranya makanan telah dihidangkan di depan

makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkanmata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini

meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkaberdasarkann apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi

apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w.s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu

mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, danmenunaikan solat Maghrib, dan  jangan kamu tergop

 jangan kamu tergopoh-gapah keoh-gapah ketika makan malamtika makan malam kamu.”

(2)

4.Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini

bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya: Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31).Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut: “Anak Adam itu tidak

memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan

kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih).

5.Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi

s.a.w.: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas). Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul

disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya- Allah.” (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

6.Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.: “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang

berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini

(3)

(2) ADAB MAKAN

Antara adab makan yang ditegaskan oleh Islam ialah memulakan dengan bismillah kemudian makan dan minum dengan tangan kanan. Hal ini seperti yang diajar oleh Nabi s.a.w kepada Umar bin Abi Salamah waktu dia hendak makan, ketika itu dia masih kecil:

“Wahai budak! Sebutlah nama Allah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang dekat denganmu.”( al-Bukhari dan Muslim).

Bismillah

Makanan yang kita makanan adalah kurniaan Allah semata. Makanan boleh terhalang dari menjadi rezeki kita bukan sahaja disebabkan kita tiada kemampuan membelinya, tetapi juga mungkin disebabkan

penyakit ataupun halangan yang lain. Betapa ramai orang kaya yang tidak mampu makan sekalipun mampu membeli. Maka sebagai tanda ingatan kita atas kurniaan Allah, maka sebutlah namaNYA ketika makan. Juga bergantunglah segala harapan dan kekuatan dengan namaNYA apabila makan. Justeru kita bismillah bererti „dengan nama Allah daku makan ataupun minum‟. Kita mengambil kekuatan dalam hidup ini daripadaNYA.

Tangan Kanan

Makan dengan tangan kanan adalah adab makanan yang paling zahir dalam majlis makan muslim. Ia lambang yang nyata dan adab yang tertonjol. Dalam hadis lain baginda menyebut:

“Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya.  Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana  syaitan makan dan minum dengan tangan kiri” (Riwayat Muslim).

Hadis ini hendaklah difahami di sudut spiritualnya. Baginda bercakap di sudut spiritual yang hanya dapat difahami oleh orang yang

menghayatinya. Sikap anti-syaitan diajar oleh Islam sehingga kita disuruh berbeza dengannya dalam segala cara, termasuk cara makan. Makan ataupun minum dengan tangan kiri adalah amalan syaitan. Islam

menyatukan budaya makan dengan menjadikan tangan kanan sebagai adab makan yang jelas kelihatan bagi orang muslim.

(4)

Ini termasuk mereka yang menggunakan garpu (folk) untuk menyuap lauk ataupun makanan lain ke mulut. Juga mereka yang minum tangan kiri kononnya kerana tangan kanan ada bekas makanan. Kesemuanya ini amalan syaitan.

Berdoa Untuk Pemberi Makanan

Sikap berterima kasih amatlah ditekankan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia, dia tidak tahu berterima kasih kepada Allah” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi, bertaraf  sahih).

Maka kita juga mesti demikian apabila mendapat jemputan. Kita disunnahkan berdoa untuk pemberi makan dan berterima kasih kepadanya. Dalam hadis

“baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al- Mukhtarah menilainya sahih).

Mengikut Kadar

Setiap perkara dalam Islam diajar agar kita mengambil dengan

kadarnya. Demikianlah makan dan minum. Apatahlagi dalam bulan Ramadan yang selepas berbuka kita akan bersolat dan beribadah yang lain. Juga, menjadi adab di hadapan orang ramai dan dalam majlis makan untuk kita tidak menunjukkan sikap gelojoh dan tamak. Makan dan bersederhanalah bagi kadar makanan yang diambil. Sabda Nabi s.a.w :

“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

(5)

(3) BERPUASA TAPI BERSUGILAH

Kebersihan adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam sepanjang masa. Ini khususnya apabila kita beribadah kepada Allah. Juga apabila kita

bertemu manusia lain. Islam memerintahkan kita menjaga hubungan baik dengan Allah, demikian juga kita menjaga hubungan baik sesama

manusia. Kebersihan, wangian dan penampilan yang baik sesuatu yang menunjukkan penghormatan dan penghargaan kita kepada pihak yang ingin kita bertemu dengannya. Ini adalah tabiat manusia.

Justeru itu, semasa soat kita diwajibkan menjaga kebersihan dan

menutup aurat, juga disunatkan berwangian. Demikian ketika berjumpa dengan manusia. Pakaian yang sesuai dan memakai wangian adalah sunnah dalam bermasyarakat. Mereka yang mempunyai bau busuk dilarang datang ke tempat perhimpunan awam khususnya solat

berjemaah. Sebab itu tidak dibenarkan sesiapa yang memakan bawang putih, petai ataupun makanan yang lain yang mengeluarkan bau busuk dari pemakannya menghadiri solat berjemaah. Ini kerana Islam ingin mengelakkan kita menyakitkan orang lain dan menimbulkan kebencian sesama manusia.

Galakan Gosok Gigi

Islam menggalakkan bersugi (gosok gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:

“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk

membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan

(6)

ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.

Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk

seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w.

seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan  juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan

Ramadan.

Bukan Hujah

Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda:

“Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di  samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang

daif daripadanya iaitu diriwayatkan „Amir bin Rabi‟ah berkata: “Aku

melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).

Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:

“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat  Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).

Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan

keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah.

(7)

(4) ASAS ASAS PUASA RAMADHAN

(a) Masyru'iyat Dan Matlamat Puasa Ramadhan.

1. "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 ).

KESIMPULAN : Dari ayat-ayat dan hadits-hadits diatas, kita dapat mengambil pelajaran :

1. puasa Ramadhan hukumnya Fardu ‘Ain

2. puasa Ramadhan disyari'atkan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan

(b) Keutamaan Bulan Ramadhan Dan Keutamaan Beramal Didalamnya 1. Artinya : Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan:

Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu

Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih).

2. Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary

Muslim).

KESIMPULAN : Kesemua Hadits di atas memberi pelajaran kepada kita, tentang keutamaan bulan Ramadhan dan keutamaan beramal

didalamnya, diantaranya : - Bulan Ramadhan adalah: - Bulan yang penuh Barakah.

- Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup. - Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.

- Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam

(8)

(c) Yang Diwajibkan Puasa Ramadhan.

1. "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian untuk puasa, sebagaimana yang telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa. " ( Al-Baqarah : 183) 2. "Diriwayatkan dari Ali ra., ia berkata : Sesungguhnya nabi saw telah bersabda : telah diangkat pena ( kewajiban syar'i/ taklif) dari tiga golongan .

- Dari orang gila sehingga dia sembuh - dari orang tidur sehingga

bangun - dari anak-anak sampai ia bermimpi / dewasa." ( H.R. Ahmad, Abu Dawud, dan

Tirmidzi). KESIMPULAN

Keterangan di atas mengajarkan kepada kita bahwa : yang diwajibkan puasa Ramadhan adalah: setiap orang beriman baik lelaki maupun wanita yang sudah

baligh/dewasa dan sehat akal /sadar.

(d) Yang Dilarang Puasa

1. "Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata : Disaat kami haidh di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak

diperintah mengqadha Shalat "( H.R Bukhary Muslim). KESIMPULAN

Keterangan di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa wanita yang sedang haidh dilarang puasa sampai habis masa haidhnya, lalu

melanjutkan puasanya. Di luar Ramadhan ia wajib mengqadha puasa yag ditinggalkannya selama dalam haidh.

(e) Hal-Hal Yang Membatalkan Puasa

1. "...dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam (fajar ), kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam..." ( Al-Baqarah : 187).

(9)

2. "Dari Abu Hurairah ra.: bahwa sesungguhnya nabi saw. telah bersabda : Barangsiapa yang terlupa, sedang dia dalam keadaan puasa,

kemudian ia makan atau minum, maka hendaklah ia sempurnakan puasanya. Hal itu karena sesungguhnya Allah hendak memberinya karunia makan dan minum " (Hadits Shahih, riwayat Al-Jama'ah kecuali An-Nasai).

3. Dari Abu Hurairah ra. bahwa sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : Barang siapa yang muntah dengan tidak sengaja, padahal ia sedang puasa - maka tidak wajib qadha ( puasanya tetap sah ), sedang barang siapa yang berusaha sehinggga muntah dengan sengaja, maka

hendaklah ia mengqadha ( puasanya batal ). ( H.R : Abu Daud dan At-Tirmidziy )

4. Diriwayatkan dari Aisyah ra ia berkata : Disaat kami berhaidh ( datang bulan ) dimasa Rasulullah saw. kami dilarang puasa dan diperintah untuk mengqadhanya

dan kami tidak diperintah untuk mengqadha shalat. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

5. Diriwayatkan dari Hafshah, ia berkata : Telah bersabda Nabi saw.

Barang siapa yang tidak berniat untuk puasa ( Ramadhan ) sejak malam, maka tidak ada

puasa baginya. ( H.R : Abu Daud ) hadits shahih.

6. Telah bersabda Rasulullah saw: Bahwa sesungguhnya semua amal itu harus dengan niat ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Sesungguhnya seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah saya terlanjur

menyetubuhi istri saya (di siang hari) padahal saya dalam keadaan puasa ( Ramadhan ), maka Rasulullah saw bersabda : Punyakah kamu seorang budak untuk dimerdekakan ? Ia menjawab : Tidak. Rasulullah saw bersabda : Mampukah kamu puasa dua bulan berturut-turut ? Lelaki itu menjawab : Tidak. Beliau

bersabda lagi : Punyakah kamu persediaan makanan untuk memberi makan enam puluh orang miskin ? Lelaki itu menjawab : Tidak. Lalu beliau diam, maka ketika kami dalam keadaan semacam itu,

Rasulullah datang dengan membawa satu keranjang kurma, lalu bertanya : dimana orang yang bertanya tadi ? ambilah

(10)

Maka orang tersebut bertanya : Apakah kepada orang yang lebih miskin dari padaku ya Rasulullah ? Demi Allah tidak ada diantara

sudut-sudutnya ( Madinah ) keluarga yang lebih miskin daripada keluargaku. Maka Nabi saw. lalu tertawa sampai terlihat gigi serinya kemudian bersabda :

Ambillah untuk memberi makan keluargamu. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

KESIMPULAN

Ayat dan hadits-hadits tersebut di atas menerangkan kepada kita bahwa hal-hal yang dapat membatalkan puasa ( Ramadhan ) ialah sbb :

• Sengaja makan dan minum di siang hari. Bila terlupa makan dan minum di siang hari, maka tidak membatalkan puasa. ( dalil : 2 )

• Sengaja membikin muntah, bila muntah dengan tidak disengajakan, maka tidak membatalkan puasa. ( dalil :3 )

• Pada siang hari terdetik niat untuk berbuka. (dalil : 5 dan 6 ) • Dengan sengaja menyetubuhi istri di siang hari Ramadhan, ini

disamping puasanya batal ia terkena hukum yang berupa :

memerdekakan seorang hamba, bila tidak mampu maka puasa dua bulan berturut-turut, dan bila tidak mampu, maka memberi makan enam puluh orang miskin.( dalil : 7 )

• Datang bulan di siang hari Ramadhan ( sebelum waktu masuk Maghrib ).( dalil : 4 )

Referensi

Dokumen terkait

Metode penelitian yang dilakukan dengan cara survei dan observasi Tujuan penelitian ini Untuk medukung kemajuaan tambang pada bulan jauari 2014 dilakukan

Perancangan electronic kanban dapat mengurangi keterlambatan disebabkan karena level stock di area assembly store dijaga dan informasi antar departemen berjalan dengan

Temuan hasil dari penelitian ini bahwa Kepemimpinan Kepala Madrasah dalam Meningkatkan Mutu Pembelajaran Di MI Darul Ulum Ngaliyan, Kota Semarang menunjukkan bahwa

Dengan adanya buku pedoman penyusunan dan penulisan skripsi ini, diharapkan mahasiswa dan dosen pembimbing dapat melakukan suatu hubungan (interaksi) agar

kamu yang dapat mempersaksikan bahwasanya Alloh telah mengharamkan (makanan yang kamu) haramkan ini" Jika mereka mempersaksikan, maka janganlah kamu ikut pula menjadi

asal tidak bimbang hatinya, tetapi percaya, bahwa apa yang dikatakannya itu akan terjadi, maka hal itu akan terjadi baginya" (Mar. Bila kita ingin melihat dan

Penelitian ini dilakukan untuk menguji apakah penerapan konvergensi IFRS di Indonesia mempunyai pengaruh positif terhadap nilai informasi asimetri perusahaan dengan

Jika anda melakukan pembatalan, jika paket yang anda beli lebih dari 3(tiga) bulan maka paket setelah 3(tiga) bulan tersebut akan di kembalikan penuh 100 %, dan