• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kbat Dalam Pengajaran Komsas 2013-untuk sekolah menengah"

Copied!
114
0
0

Teks penuh

(1)

PRO FORMA

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS

(2)

KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PRO FORMA

Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas

Kredit Topik 1. Tatabahasa Bahasa Melayu Jam Interaksi 10 jam

Bahasa

Pengantar Bahasa Melayu Tempoh Kursus 40 jam / 5 hari

Hasil

Pembelajaran:

i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa Bahasa Melayu terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu; ii. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yang

digunakan dalam karya bukan kreatif dan karya kreatif; iii. Mengakses dan mensintesis maklumat daripada pelbagai

sumber untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang pemikiran dan kritikan dalam Kesusasteraan Melayu yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah;

iv. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti kursus.

Sinopsis Kursus ini membincangkan topik tatabahasa Bahasa Melayu terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

(3)

Tajuk Kandungan Jam Tatabahasa Bahasa Melayu Sistem Bahasa BM 11 PENILAIAN RUJUKAN BACAAN Kerja Kursus 100%

Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif – Teori dan Proses. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif Penulisan Sajak. Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd. Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.

Nafie Mat, 2008. Teknik Mengajar Komsas. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik Mengajar Sastera. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 2008. Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK). Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut Kelopak Jantung (Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja (Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (Teks Komsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

(4)

KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUT

DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PRO FORMA

Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pdp Komsas

Kredit Topik 2. Estetika Bahasa Dalam Sastera Komsas

Jam Interaksi 5 ½ jam

Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Tempoh Kursus 40 jam / 5 hari

Hasil Pembelajaran:

i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa Bahasa Melayu terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu;

i. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yang digunakan dalam karya kreatif dan bukan kreatif;

ii. Mengaplikasikan ilmu dan maklumat pemikiran dan kritikan dalam Kesusasteraan Melayu untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara inovatif; iii. Menghasilkan produk dan portfolio pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan sastera untuk dilaksanakan di sekolah; dan

iv. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti kursus.

Sinopsis Kursus ini membincangkan topik Estetika Bahasa dalam Karya

Sastera Komsas . Topik-topik yang terkandung dalam topik ini adalah Estetika dalam Kurikulum (SP) B.Melayu KBSM / KSSR dengan sub topik Bidang Estetik (KBSM) dan Didik Hibur/ Seni Bahasa

(KSSR),Gaya bahasa dan laras bahasa, Bahasa Puitis/ Penulisan Kreatif serta Peribahasa dalam karya sastera Komsas.

(5)

Tajuk Kandungan Jam

Estetika Bahasa Karya Sastera Komsas

 Estetika dalam Kurikulum (SP) B.Melayu KBSM / KSSR;

o Bidang Estetik (KBSM)

o Didik Hibur/ Seni Bahasa (KSSR) o Gaya bahasa dan laras bahasa

 Bahasa Puitis/ Penulisan Kreatif

 Peribahasa

3

2 ½

Jumlah 5 ½ jam

Tajuk Kandungan Jam

PENILAIAN

RUJUKAN

BACAAN

Kerja Kursus 100%

Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif – Teori dan Proses. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif Penulisan Sajak. Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd. Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.

Nafie Mat, 2008. Teknik Mengajar Komsas. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik Mengajar Sastera. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 1998. Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK). Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut Kelopak Jantung (Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja (Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (Teks Komsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

(6)

ESTETIKA BAHASA DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU (SM / SR)

Memahami Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SM/ SR)

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.

Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.

Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik.

Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan, dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.

(7)

Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.

Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa murid.

(8)

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM MATLAMAT

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk

melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan urusan harian.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah murid dapat:

i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;

v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan

vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

ORGANISASI KANDUNGAN

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah digubal bersesuaian dengan bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian semasa

(9)

bahan bacaan. Penggunaan bahasa ini dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran.

Hasil Pembelajaran berteraskan Kemahiran Bahasa, iaitu

kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis yang digabungkan dengan peraturan dalam Sistem Bahasa, dan disokong oleh elemen

Pengisian Kurikulum.

Pernyataan Hasil Pembelajaran adalah dalam bentuk

fungsian yang mencerminkan amalan harian dalam kehidupan sebenar masyarakat Malaysia.

Kandungan sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi Penggunaan Bahasa, Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di bawah.

Penggunaan Bahasa

Penggunaan bahasa merangkumi tiga bidang utama, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Bagi setiap bidang terdapat Hasil

Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dikuasai oleh murid.

Penggunaan bahasa bagi Bidang Interpersonal merujuk kepada kebolehan murid memulakan, membina, dan mengekalkan persahabatan serta

perhubungan dengan orang lain.

Penggunaan bahasa bagi Bidang Maklumat

merujuk kepada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu.

Penggunaan bahasa bagi Bidang Estetik merujuk

kepada keupayaan murid menikmati karya sastera, melahirkan idea serta perasaan secara kreatif.

(10)

Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk

menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

(11)

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang apa yang boleh dicapai oleh murid.

Oleh itu, hasil pembelajaran

memerlukan pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran murid. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan,

kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Terdapat dua hasil pembelajaran dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu, iaitu Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus. Hasil Pembelajaran Utama dapat dicapai dengan menguasai Hasil Pembelajaran Khusus.

Sistem Bahasa

Sistem Bahasa terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan, serta sebutan dan intonasi. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.

Pengisian Kurikulum

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan perkembangan terkini dalam pendidikan meliputi aspek pengetahuan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiranberfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dankomunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajarankonstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini dapatdiaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikannilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberikan penekanan selaras denganmatlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani.

(12)

Hasil Pembelajaran Bidang Estetik

Bidang Estetik berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa.

Bidang Estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran

perasaan, membuat apresiasi, dan penghayatan.

Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dicapai oleh murid dalam Bidang Estetik ialah memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera (ESTETIKA STRUKTURAL TEKS)

10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan.

10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

10.3 Menyatakan bentuk dan nada puisi.

10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai, dan pengajaran.

10.5 Menghuraikan maksud, gaya bahasa, dan unsur bunyi dalam puisi.

10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan.

11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya penulisan kreatif dan bukan kreatif (ESTETIKA BAHASA TEKS) 11.1 Mengenal pasti gaya bahasa dalam karya bukan

sastera serta menggunakannya dalam penulisan bukan kreatif.

11.2 Menganalisis gaya bahasa dan unsur bunyi dalam karya sastera serta menggunakannya dalam

penulisan kreatif.

(13)

pelbagai genre.

12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (ESTETIKA PENGHASILAN / PERSEMBAHAN TEKS)

12.1 Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib, dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik.

12.2 Mengemukakan isi yang bernas dan membina kerangka penulisan.

12.3 Membina ayat topik dan ayat huraian untuk membina perenggan yang kohesif.

12.4 Menyusun isi dan menggunakan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang koheren.

12.5 Membina baris puisi dengan kemas dan indah. 12.6 Mengedit dan memurnikan sesuatu karya yang telah dihasilkan.

Nota:

Senarai karya komponen kesusasteraan Melayu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 adalah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2000

bertarikh 23 Februari 2000. Senarai karya mungkin akan bertukar dari masa ke masa.

ESTETIKA BAHASA DALAM KURIKULUM SR (KBSR/ KSSR) o DIDIK HIBUR –rujuk power point

o SENI BERBAHASA- rujuk power point

o PENGGUNAAN BAHAN SASTERA- rujuk SP KBSR (SR)

ESTETIKA GAYA BAHASA/ UNSUR BAHASA DAN LARAS BAHASA DALAM TEKS KOMSAS (Rujuk Modul Komsas/ Apresiasi Puisi)

ESTETIKA BAHASA DALAM UNGKAPAN PUITIS/ PENGHASILAN KARYA KREATIF (rujuk puisi/ cerpen terpilih / cipta puisi)

(14)

Peribahasa merangkumi ;  simpulan bahasa,  perumpamaan,  pepatah,  bidalan,  perbilangan, dan  kata hikmat

yang perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.

Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan;  falsafah,

 keperibadian dan  nilai murni

masyarakat Malaysia.

(15)

ESTETIKA PUISI : MENGENALI ASPEK DASAR PUISI

Untuk menghayati sesebuah karya puisi, sama ada puisi tradisional atau puisi moden, kita haru memahami beberapa istilah yang menjadi dasar kepada penghasilan sesebuah puisi itu. Isitilah tersebut termasuklah:

(i) Medan Makna (ii) Medan Kata (iii) Medan Rasa

(i) Medan Makna (Estetika Isi)

Medan makna merujuk kepada perkara-perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair atau isi sesebuah puisi. Medan makna dapat diperincikan seperti yang berikut:

(a) Maksud (isi) : Gambaran idea yang terkandung dalam puisi.

(b) Tema : Inti atau isi pokok (persoalan pokok) yang hendak disampaikan oleh penyair.

(c) Peroalan: Isi-isi sampingan yang membentuk inti atau isi pokok.

(d) Perutusan / amanat / pengajaran / mesej: Gagasan nilai dalam idea puisi. (e) Sikap dan perasan: penggunaan diksi atau ungkapan yang menggambarkan

kesan emosi dan pemikiran penyair sewaktu menghasilkan puisi.

(f) Unsur nilai murni: Memahami nilai dan norma kehidupan untuk dteladani dan digunakan secara bijaksana.

(g) Sejarah genre: Memahami latar belakang perkembangan puisi.

(h) Biodata penyair: Pengetahuan tentang penyair, sejarah hidup, pengalaman, sumbangan dan himpunan karya untuk membantu pembaca lebih memahami karya serta menanamkan minat terhdap sastera.

(i) Penghasilan karya: Menghasilkan puisi secara terancang dan terbimbing mengikut prinsip penulisan kreatif.

(ii) Medan Kata (Estetika Bahasa)

Medan kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa sesebuah puisi. Ruang lingkup medan kata adalah seperti yang berikut:

(a) Diksi : Pemilihan dan penggunaan kata khusus secara puitis yang ditulis secara sedar untuk melahirkan kesan rasa dan makna dalam puisi. Diksi yang baik dinilai daripada aspek ketepatan, kemunasabahan, kejelasan dan keunikan.

Contohnya: berkerlipan bintang kejora

(b) Imej / citra alam: Gambaran atau tiruan bentuk atau objek alam yang tergambar dalam fikiran, dicipta atau digambarkan untuk menyatakan satu pengertian perasaan. Memindahkan pengertian konkrit kepada satu pengertian abstrak dengan menggunakan objek alam bagi menggambarkan kesan rasa dan makna.

Contoh: bulan, laut, bunga mawar, selasih, rama-rama, undan

(c) Kiasan: Kata atau ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan cara bersandarkan atau membandingkan sifanya dengan sesuatu

(16)

yang lain agar pernyataan menjadi lebih jelas dan memberi kesan serta makna khusus. Mungkin dalam bentuk bandingan atau tanpa bandingan.

Contoh: pahit bagai hempedu; tinggi menggunung

(d) Rima: Persamaan gugus kata daripada segi vokal atau konsonan yang timbul pada awal, tengah, dan hujung baris puisi. Pengulangan bunyi vokal atau konsonan pada susunan perkataan dalam sebaris puisi dikenali rima dalaman.

Contoh: sekuntum bunga biru

Pengulangan bunyi vokal atau konsonan pada hujung baris puisi dikenal sebagai rima luaran.

Contoh:

Sekuntum bunga biru Yang luruh di penjuru itu Adalah seorang aku Yang merinduimu

(e) Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan dalam baris. Contohnya adalah seperti yang berikut:

Kelam menyelubugi malam

(f) Asonansi: Pengulangi bunyi vokal dalam baris. Contohnya adalah seperti yang berikut:

Melangkah gadis menahan denyutan

(g) Rentak: Tingkahan tinggi-rendah, panjang-pendek, cepat-lambat suara sewaktu melafazkan puisi dan memberikan kesan perasaan terhadap suara pembaca.

(h) Jeda: Titik perhentian seketika, perlaihan atas nafas sewaktu melafazkan puisi, berguna untuk menimbulkan kesan tumpuan dan imaginasi terhadap bahasa dan muzik kata; ditandai dengan (,) atau (;).

Contoh:

Kalau nak gugur, gugurlah nangka, Jangan menimpa si ranting pauh; Kalau nak tidur, tidurlah mata,

Jangan terkenang orang yang jauh.

(i) Simili: Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara langsung, menggunakan perkataan bandingan. Contoh:

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa berbelang kaki; Berguru kepalang ajar,

(17)

(j) Metafora: Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain bagi menyarankan antara kedua-duanya terdapat kesamaan tanpa menggunakan kata bandingan.

Contoh: lautan kasih, gunung harapan, api kemarahan

(k) Personifikasi: Bandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda, objek, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak.

Contoh:

- Bulan tersenyum rawan - Damai melambai senja - Beburung bersiul girang

(l) Hiperbola: Kiasan dalam bentuk ungkapan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihan, digunakan bagi menguatkan makna.

Contoh:

- perahu lilin layar kertas - menyeberangi lautan api - menggapai gunung nan tinggi -

(m) Sinkof: Singkatan kata untuk mempercepat rentak bahasa atau merendahkan perasaan / emosi. Contoh: ku, mu, tak, dah

(n) Inversi: Pembalikan kata untuk menguatkan kesan rasa terhadap sesuatu.

Contoh:

Akan kupintal buih-buih, Menjadi tali mengikatmu

Akan kuanyam gelombang-gelombang, Menjadi hamparan ranjang tidurmu.

(o) Anafora: Ulangan perkataan atau frasa yang sama pada awal baris dalam dua baris atau lebih. Contoh:

Aku cinta padamu laut Aku sayang padamu camar Aku rindu padamu kedamaian

(p) Epifora: Ulangan perkataan atau frasa yang sama pada akhir baris bagi dua baris atau lebih. Contoh:

Sekuntun bunga biru Sehampar laut biru

(q) Imejan: Puisi yang mengandungi banyak perkataan yang menggambarkan objek atau perlakuan yang membentuk simbol, lambang atau kod untuk menggambarkan sikap dan perasaan penyair. Contoh:

Segar angin laut

(18)

Bagi buih kecil

(angin, laut, kolek, buih kecil – imej kepada kehidupan nelayan yang miskin) (r) Nada: Sikap pengarang terhadap objek atau ideanya, mungkin bercorak

romantis, melakolis, patriotis, sinis, dan lain-lain. Dalam puisi, nada lahir daripada gabungan atau variasi unsur diksi, rima, aliterasi, asonansi, imejan dan simbol. Contohnya, sajak “Keindahan yang Hilang (Kerusi halaman 15) bernada sedih dan melankolis.

(iii) Medan Rasa (Estetika Bentuk)

Aspek-aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yang mempengaruhi pengucapan dan perasaan penyair atau pembaca.

(a) Bentuk (form): susunan luaran puisi yang merangkumi jumlah kata, suku kata, baris, bait, skima rima dan pembahagian unit (misalnya pembayang dan maksud bagi pantun).

(b) Struktur / binaan (structure): susunan dalaman puisi seperti perkaitan antara pembayang dan maksud pantun, perkaitan antara anak kalimat dan induk kalimat dalam gurindam dan seloka.

(c) Timbangan (suku kata, kata, baris, rangkap, visual, skima rima): ciri dan sifat yang menentukan keharmonian pengucapan kata atau bahasa puisi. (d) Ciri dan sifat: Aspek-aspek khusus yang menjelaskan puisi-puisi berlainan.

Biasanya dilihat daripada aspek bentuk, bahasa, isi dan fungsi.

(e) Perbandingan bentuk: Membandingkan perbezaan dan persamaan antara puisi berlainan daripada aspek bentuk, bahasa, isi dan lain-lain.

Sesungguhnya puisi (sama ada tradisional mahupun moden) merupakan pancaran akal budi masyarakat pada sepanjang zaman. Penghayatan puisi membolehkan kita mencungkil rahsia peribadi manusia, bangsa dan ketamadunan wilayah yang melahirkannya.

(19)

KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUT

DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PRO FORMA

Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pdp Komsas

Kredit Topik 3. Apresiasi Teks Sastera Komsas

Jam Interaksi 10 jam

Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Tempoh Kursus 40 jam / 5 hari

Hasil Pembelajaran:

i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa Bahasa Melayu terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu;

ii. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yang digunakan dalam karya sastera Komsas;

iii. Menjelaskan konsep apresiasi karya sastera Komsas dengan tepat dan betul;

iv. Menjelaskan konsep ilmu, pemikiran dan kemahiran apresiatif karya sastera Komsas dengan betul;

v. Mengakses dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam

(20)

tentang pemikiran dakam teks sastera Komsas yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah;

vi. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti kursus.

Sinopsis Kursus ini membincangkan topik pemahaman teks karya sastera

Komsas terdiri daripada genre prosa tradisional, cerpen, drama, puisi tradisional pantun, syair, gurindam, seloka, dan sajak. Apresiasi berasaskan pemahaman, penghayatan dan penikmatan karya dari aspek pemikiran, nilai , pengajaran, mesej, amanat karya.

Tajuk Kandungan Jam

Apresiasi Teks Sastera

Komsas

Pemahaman Teks Komsas dari aspek;

 Pemikiran

 Nilai

 Pengajaran/ mesej/ amanat

Penghayatan teks Prosa;

 Prosa tradisional

 Cerpen

 Drama

Penghayatan teks Puisi;

 Pantun  Syair  Gurindam  Seloka,  Sajak 4 ½ 5 ½

Tajuk Kandungan Jam

PENILAIAN

RUJUKAN

Kerja Kursus 100%

Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif – Teori dan Proses. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif Penulisan Sajak. Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd. Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.

Nafie Mat, 2008. Teknik Mengajar Komsas. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

(21)

Tajuk Kandungan Jam

BACAAN

Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik Mengajar Sastera. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 2008. Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK). Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut Kelopak Jantung (Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja (Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (Teks Komsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nota :

UNIT 1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikat ini, pada 22 Jun 1999, Menteri Pendidikan Malaysia, Y.B. Dato‟ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah menengah aliran sastera, sains, teknik, vokasional dan agama diwajibkan mempelajari sama ada kesusasteraan Melayu atau kesusasteraan Inggeris.

Bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah rendah dan atas tidak terkecuali, maka penggunaan karya sastera diwajibkan sebagai komponen dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

(22)

Komsas dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula dari bulan Mac 2000 untuk Tingkatan 1 dan 4, kemudian diperluaskan pada tahun 2001 untuk Tingkatan 1, 2, 4, dan 5. Pada tahun 2002, Komsas diajarkan kepada pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Hasilnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinilai pada tahun 2001 manakala calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dinilai pada tahun 2002.

Enam waktu seminggu diperuntukkan kepada pelajar bagi mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu dengan nisbah empat waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Komsas. Bagi memenuhi keperluan guru, beberapa kursus dalam perkhidmatan dan kursus pendedahan telah diadakan. Antaranya, Kursus Sijil Perguruan Khas (satu tahun), Kursus Dalam Perkhidmatan (14 minggu), serta pelbagai kursus pendek kelolaan Bahagian Pendidikan Guru, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah/ Bahagian di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (semakan semula) yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2002, Komsas tergolong dalam Hasil Pembelajaran Bidang Estetik. Bidang ini berfokus pada keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa. Bidang ini juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, dan penghayatan. Hasil Pembelajaran Utama (fokus utama) dan Hasil Pembelajaran Khusus (fokus sampingan) yang perlu dicapai oleh pelajar dalam bidang estetik ialah memahami dan memberi respons peribadi tentang karya sastera; menguasai gaya dan laras bahasa dalam karya kreatif dan bukan kreatif; serta menghasilkan karya kreatif dan bukan kreatif.

1.2 Objektif

Komsas diajarkan untuk memenuhi objektif yang berikut:

 Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar;  Meningkatkan kemahiran berbahasa;

 Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera; dan  Memupuk semangat mandiri.

1.3 Komsas

Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu atau Komsas bermaksud mengajarkan unsur ilmu Kesusasteraan Melayu seperti struktur karya, tema, watak, plot, gaya bahasa, amanat, bentuk, teknik, nilai, keindahan, unsur budaya dan sebagainya dalam waktu yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Mata pelajaran Bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera. Kedua-duanya boleh berdiri sendiri dan saling berkaitan. Bagi mencapai tahap keberkesanan pengajaran Komsas, seseorang guru

(23)

Bahasa Melayu seharusnya memahami kaedah pengajaran bahasa dan kaedah pengajaran Kesusasteraan Melayu secara serentak. Hakikatnya, komponen ini tidak boleh diajarkan secara berasingan, umpamanya seorang guru mengajarkan Bahasa Melayu dan seorang lagi mengajarkan Kesusasteraan Melayu.

Di samping mengajarkan komponen sastera, guru hendaklah menggabungjalinkan elemen pengisian kurikulum yang lain yang merentasi semua bidang ilmu, serta memberi kemahiran bernilai tambah iaitu;

 Kemahiran berfikir

 Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi  Kemahiran belajar cara belajar

 Kajian masa depan  Kecerdasan pelbagai

 Pembelajaran konstruktivisme  Pembelajaran kontekstual

Guru juga harus menerapkan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas dengan mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri kuat, menghargai khazanah bangsa, serta meningkatkan kecintaan mereka terhadap agama, bangsa dan negara.

Peraturan sosiobudaya dalam pembelajaran Bahasa Melayu meliputi aspek-aspek kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa. Unsur-unsur ini dapat dipelajari melalui penggunaan bahan-bahan sastera (Komsas) yang dicadangkan. Peraturan sosiobudaya ini diharapkan dapat memperkukuh citra pelajar khususnya dan jati diri masyarakat Malaysia umumnya.

(24)

1.4 SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH 1.4.1 MATLAMAT

Melengkapkan murid dengan;  keterampilan berbahasa  keterampilan berkomunikasi Memenuhi keperluan diri dalam;

 pendidikan  pekerjaan  urusan harian 1.4.2 OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat;

interaksi sosial

memproses maklumat menyelesai masalah

(iv) mendengar, membaca, menonton, memberi respon kepada bahan sastera

(v) melahirkan idea dan pendapat secara kreatif

(vi) menghayati, mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, perasaan cinta negara (melalui bahan karya)

1.4.3 HASIL PEMBELAJARAN

Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan;  Penggunaan bahasa

 Kemahiran bahasa  Sistem bahasa  Komsas

 Pengisian kurikulum (ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, kemahiran bernilai tambah)

1.5 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 1 1.5.1 OBJEKTIF

Pada akhir tingkatan 1, pelajar dapat;

 Berbicara bersama rakan

(25)

 Berbincang sesuatu perkara  Membaca bahan ilmu

 Menyatakan dan membezakan idea  Melakar, membuat nota ringkas

(vii) Membaca karya sastera untuk keseronokan, beri pandangan tentang karya

(viii) Membaca karya sastera dengan pelbagai teknik (ix) Menghasilkan karya dengan bahasa gramatis

(x) Menghayati dan mengamalkan nili murni (melalui bahan karya) 1.5.2 ORGANISASI KURIKULUM

1.5.2.1 PENGGUNAAN BAHASA

 Bidang Interpersonal ( Hasil Pembelajaran 1.0 – 6.0 )  Bidang Maklumat (Hasil Pembelajaran 7.0 – 9.0 )  Bidang Estetika ( Hasil Pembelajaran 10.0 – 12.0 ) 1.5.2.2KEMAHIRAN BAHASA

 Membaca  Menulis  Mendengar  Bertutur

1.5.3 HASIL PEMBELAJARAN BIDANG ESTETIKA Berfokus pada keupayaan murid menguasai;

 Sistem bahasa  Keindahan bahasa  Kehalusan bahasa Mementingkan;

 Penikmatan karya

 Pelahiran perasaan berdasarkan / melalui karya  Apresiasi dan penghayatan karya

1.5.4 HPU & HPK perlu dicapai murid;

 Memahami karya kreatif  Menguasai karya kreatif  Menghasilkan karya kreatif

(26)

1.6 HASIL PEMBELAJARAN BIDANG ESTETIKA (KOMSAS) TINGKATAN 1 1.6.1 Puisi (tradisional dan sajak);

i. Maksud keseluruhan/ ikut rangkap ii. Tema

iii. Persoalan

iv. Perkara menarik dalam karya v. Jenis

vi. Ciri vii. Bentuk

viii. Gaya/ unsur bahasa ix. Laras bahasa

x. Unsur bunyi xi. Nada

xii. Nilai

xiii. Pengajaran

xiv. Penghasilan karya puisi xv. Mengedit karya puisi

( Bagi Puisi naratif;

xvi. Pemikiran/ Idea keseluruhan/ urutan peristiwa xvii. Watak dan perwatakan

xviii. Latar xix. Plot

xx. Sudut pandangan)

1.6.2 Prosa (prosa tradisional, cerpen, novel, drama) i. Jenis

ii. Ciri

iii. Perkara menarik dalam karya iv. Idea keseluruhan, urutan peristiwa

v. Tema, Pemikiran vi. Persoalan

vii. Watak dan perwatakan viii. Latar

(27)

ix. Plot

x. Sudut pandangan xi. Gaya/ unsur bahasa xii. Laras bahasa

xiii. Nilai

xiv. Pengajaran

xv. Penghasilan karya prosa dan skrip drama xvi. Mengedit karya prosa dan skrip drama UNIT 2 PUISI TRADISIONAL

2.1 Objektif

Unit ini disediakan untuk memenuhi tiga objektif pengajaran utama seperti yang berikut :

 Menyediakan dan membincangkan kerangka pengajaran dan pembelajaran puisi

tradisional yang lebih mantap dan berkesan.

 Mencari kaedah yang lebih praktikal untuk menarik minat guru dan pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran Komsas agar mata pelajaran ini dianggap penting untuk membina jati diri dan negara bangsa.

 Membina bahan pengajaran dan pembelajaran puisi tradisional yang sesuai (dalam

bentuk model dan modul) untuk kegunaan guru dan pelajar.

2.2 Definisi

Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap (Za‟ba, 1962) atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding

dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika (Harun Mat Piah, 1989:2). Bentuk, pemikiran dan fungsi puisi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradisionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Sesetengah bentuk puisi tradisional seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis.

(28)

2.3 Ciri-ciri

Pada umumnya, puisi tradisional mempunyai ciri-ciri yang berikut :

(i) Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.

(ii) Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar. (iii) Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa,

rentak, irama dan keharmonian bunyi.

(iv) Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan. (v) Wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap

atau beberapa baris seuntai.

(vi) Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat tradisional.

(vii) Binaannya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya. (viii) Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat sebagai pengajaran, hiburan,

keramaian, ritual, keagamaan, dan sebagainya.

(ix) Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan adat istiadat, misalnya adat perpatih.

(x) Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imejan, kiasan dan perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati.

(29)

Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah pantun, syair gurindam, dan seloka.

2.4.1 Pantun

Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Mengikut kajian (Muhammad Hj. Salleh, 2000 : 56), asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada „sesuatu pengucapan dengan bahasa

yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasusila‟. Dalam kesusasteraan Melayu, istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai

dengan makna umpama, seperti, sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada perbandingan atau kiasan. Contohnya, „tuan sepantun kilat cermin, di balik gunung nampak juga‟.

Ciri-ciri Pantun

Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya :

(i) Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea.

(ii) Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan, misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dua belas kerat. Namun pantun yang popular dan terus berkembang ialah pantun dua kerat dan empat kerat.

(iii) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan. (iv) Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata. (v) Skema rima di tengah atau di hujung baris adalah berjajar berselangan, iaitu ab;ab.

Ada juga skema rima yang sama, iaitu aa;aa .

(vi) Struktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran alam dan maksud ialah gambaran sifat dan sikap manusia.

(30)

(viii) Penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai, dan tanggapan masyarakat setempat.

(ix) Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang dengan unit maksud.

Jenis-jenis Pantun

Pantun terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan bentuk, isi, fungsi dan penyebarannya. Berdasarkan bentuk, pantun diklasifikasikan kepada pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan dua belas kerat.

Contoh pantun dua kerat :

Emas perak tembaga suasa,

Malas bergerak tiada merasa. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 5) Contoh pantun empat kerat :

Kemumu di tengah pekan,

Dihembus angin jatuh ke bawah; Ilmu yang tidak diamalkan

Bagai pohon tiada berbuah. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 6) Contoh pantun enam kerat :

Penakik pisau raut,

Ambil galah sebatang lintabung, Seludang dijadikan nyiru;

Setitik dijadikan laut,

Sekepal dijadikan gunung,

Alam terbentang dijadikan guru. (Kerusi, hlm. 3)

Contoh pantun lapan kerat :

Sarang merbah di celah dahan,

Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa,

Tampak dari tanah seberang; Bersyukur aku kepada tuhan,

Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa,

(31)

Berdasarkan isi, (tema dan persoalan) pantun dibahagikan kepada pantun budi, kanak-kanak, perpisahan, hiburan, teka-teki, nasib, peribahasa, kiasan, agama dan berjhimat cermat.

Contoh pantun budi :

Anak ikan berlima-lima

Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima,

Sebagai hutang seribu tahun.

(Harga Remaja, hlm. 5)

Contoh pantun kanak-kanak : Jangan gergaji pokok talas,

Nanti lesung dimakan pahat; Jangan menjadi orang malas,

Perut kosong badan tak sihat. (Sehiijau Warna Daun, hlm. 5)

Contoh pantun perpisahan :

Hari ini menugal jagung,

Hari esok menugal jelai;

Hari ini kita berkampung,

Hari esok kita bercerai. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 4)

Contoh pantun hiburan :

Dari Melaka pergi ke Pahang,

Singgah di Johor beli berangan;

Kami mengucap selamat datang,

Apa yang kurang dikeji jangan. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 6)

(32)

Burung nuri burung dara,

Terbang ke sis taman kayangan; Cubalah cari wahai saudara,

Makin diisi makin ringan. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 9)

Contoh pantun nasib :

Seri Mersing lagu Melayu,

Mari dikarang zaman dahulu;

Duduk termenung menongkat dagu,

Mengenang nasib dagang piatu. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 4)

Contoh pantun peribahasa :

Buat bangsal di Pulau Daik,

Menahan taut sambil mengilau;

Kalau asal benih yang baik,

Jatuh ke laut menjadi pulau. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 5)

Contoh pantun kiasan :

Tebang gelam tebang kenanga,

Batang tumbuh menimpa gedung;

Kumbang mengidam nak seri bunga,

Bunga kembang di puncak gunung. (Anak Laut,

hlm. 4)

Contoh pantun agama:

Pohon di kebun habis berbuah,

Disambut masak buah rembege; Mohonkan ampun dosa yang sudah,

Hendak masuk dalam syurga. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 6)

Contoh pantun berjimat cermat:

Pergi ke belukar memasang pikat,

Pulangnya lewat di hujung petang; Jikalau sentiasa berjimat cermat,

(33)

2.4.2 Syair

Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arab sh’ir yang bererti puisi dan sha’r yang bererti penyair, pengarang, atau penyajak. Istilah ini berkembang dalam berbagai bahasa Nusantara seperti sa’e, saiyo, sair, singir dan syair. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Pungguk, Syair Perahu) sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam.

Ciri-ciri Syair

Syair mempunyai beberapa ciri, antaranya: (i) Empat baris serangkap.

(ii) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku.

(iii) Tergolong dalam jenis puisi kata.

(iv) Skema rima hujungnya sama, iaitu aa;aa.

(v) Keempat-empat baris dalam satu rangkap adalah kesatuan idea namun rangkap berkenaan tidak dapat berdiri sendiri.

(vi) Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai dengan jeda.

(vii) Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.

(viii) Isi syair umumnya merupakan cerita atau pemerian yang panjang sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya.

(34)

Ada kepada suatau hari, Sakit saudagar laki isteri; Adalah kiranya tujuh hari, Tidak bergerak kanan dan kiri.

Saudagar tahu akan dirinya, Hampirlah mati kepada rasanya, Lalulah memanggil akan anaknya,

Dicium kepala dengan tangisnya. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 10)

Jenis-jenis Syair

Pada umumnya, jenis syair adalah berdasarkan isi, tema, pemikiran, persoalan atau mesej yang hendak disampaikan. Contohnya seperti yang berikut:

Syair cerita : Syair Badrul Zaman, Syair Ken Tambuhan, Syair Nur Alam Shah Lela Putera, Syair Yatim Nestapa, Syair Pembunuhan Angreni, dan Syair Dandan Setia Intan Terpilih

Syair nasihat : Syair Menyambut Pelajaran, Syair Mungkir Janji, dan Syair Pesanan Ibu

Syair semangat patriotik : Syair Tenaga Pemuda Syair alam sekitar : Syair Cintai Alam Sekitar Syair kiasan : Syair Jong Pecah Syair ilmu : Syair Kelebihan Ilmu

2.4.3 Gurindam

Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak terikat. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga empat patah

perkataan dengan skema rima a; a. Manakala bentuk yang tidak terikat

mengandungi jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap. Bahasa gurindam biasanya bernas dan serius. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.

Ciri-ciri Gurindam

(35)

(i) Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris dan jumlah suku kata dalam setiap baris adalah tidak tetap.

(ii) Jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditentukan. (iii) Lazimnya terdiri daripada dua baris serangkap. (iv) Skema rima hujung adalah sama, iaitu a;a.

(v) Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi dalam perkataan yang digunakan. (vi) Ada kalanya tersisip bentuk puisi tradisional yang lain seperti pantun atau syair. (vii) Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama) dan

jawab atau anak kalimat (baris kedua).

(viii) Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.

Jenis-jenis gurindam

Gurindam dapat dijeniskan berdasarkan bentuknya. Terdapat dua jenis gurindam, iaitu gurindam berbentuk bebas (tidak terikat) dan gurindam berbentuk terikat.

Contoh gurindam berbentuk bebas : Awak tua bandar terbuka, Emas habis, dagangan mudah, Kerbau kambing sesak di padang, Itik angsa tenang di kuala,

Merpati lindungan langit, Rengkiang tujuh sejanjar; Taman dengan sekerat kota, Emas perak penuh di rumah, Tangga rumah emas bertuang, Ibu tangga emas bertitik, Batuan sawa mengulur; Penuh sesak hamba sahaya, Ada yang empat senama, Ada yang lima senama,

Dilaung di rumah di tanah menyahut,

Dilaung di tanah di rumah menyahut. (Hikayat Malim Deman, hlm. 2)

Contoh gurindam berbentuk terikat : Cahari olehmu akan sahabat,

(36)

Yang boleh dijadikan ubat. Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan tipa seteru. Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri. Cahari olehmu akan kawa.

Pilih segala orang setiawan. (Harga Remaja, hlm. 11)

2.4.4 Seloka

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka.

Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun isinya

mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu, seloka juga ditulis dalam bentuk bebas, iaitu setiap barisnya menjadi isi seloka berkenaan.

Ciri-ciri Seloka

Seloka mempunyai beberapa ciri, antaranya:

(i) Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas. (ii) Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat). (iii) Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.

(iv) Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda. (v) Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.

(37)

Jenis-jenis Seloka

Seloka dijeniskan berdasarkan bentuknya, iaitu seloka bebas dan seloka terikat.

Contoh seloka bebas :

Seloka Emak Si Randang Baik budi emak si randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan,

Anak dipangku diletakkan, Kera di hutan disusui,

Dagang pergi awak terhutan,

Beras habis padi tak jadi. (Harga Remaja, hlm. 12)

Contoh seloka terikat (bentuk pantun/ syair) :

Buah pinang buah belimbing,

Ketiga dengan si buah mangga;

Sungguh senang berbini sumbing,

Walau marah ketawa juga. (Warisan Puisi Melayu, hlm. 67)

Dapatlah dirumuskan bahawa puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka adalah pancaran nilai dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional. Selain itu, terdapat juga jenis-jenis puisi tradisional seperti Ruba‟i, teromba, mantera,

nazam, ghazal, dan masnawi yang turut berperanan memancarkan nilai estetika dan pemikiran masyarakat melayu. Bentuk dan isi pemikirannya bukan sahaja berguna dalam konteks zamannya malah releven untuk setiap masa, ruang dan latar masyarakat Melayu atau Malaysia hari ini.

2.5 Aspek Asas Puisi Tradisional

Puisi sama ada puisi tradisional atau moden (sajak) terbina daripada kesatuan kata, makna, dan rasa sesuatu objek hasil pengamatan, penyaringan dan pemberian makna terhadap objek, perlakuan manusia dan alam sekeliling dalam bentuk kreatif-imaginatif. Penyair

(38)

mencipta kata (yang disaring dengan teliti daripada puluhan kata asas) bagi menzahirkan erti yang bermakna dengan kelunakan rasa batin. Sementara pembaca (yang aktif) dituntut untuk berdialog dengan teks dalam suatu proses membongkar kod kata secara semiosis dan semiotik, justeru akhirnya dapat menikmati keindahan puisi berkenaan. Aspek dasar puisi tradisional dan moden (sajak) merangkumi medan makna (isi), medan kata (bahasa) dan medan rasa (teknik).

2.5.1 Medan Makna (Isi)

Medan Makna merujuk kepada perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair atau isi sesebuah puisi.

Maksud (Isi):

Gambaran idea yang terkandung dalam puisi. Tema:

Inti atau isi pokok idea yang hendak disampaikan penyair. Persoalan:

Isi kecil atau isi sampingan yang membentuk idea puisi. Perutusan/amanat dan pengajaran/mesej:

Gagasan nilai dalam idea puisi. Sikap dan perasaan:

Penggunaan diksi atau ungkapan yang menggambarkan kesan emosi dan pemikiran penyair sewaktu menghasilkan puisi.

Unsur/ nilai murni:

Pemahaman nilai dan norma kehidupan untuk diteladani dan digunakan secara bijaksana. Sejarah genre:

Pemahaman latar belakang perkembangan puisi Biodata penyair:

(39)

Pengetahuan tentang penyair; sejarah hidup, pengalaman, sumbangan dan himpunan karyanya untuk membantu pembaca lebih memahami karya serta menanamkan minat terhadap sastera.

Penghasilan karya:

Penghasilan puisi secara terancang dan terbimbing mengikut prinsip penulisan kreatif.

2.5.2 Medan Kata (Bahasa)

Medan kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa dalam sesebuah puisi (lihat juga Lampiran 2.22).

Diksi:

Pemilihan dan penggunaan kata khusus atau kata khas secara puitis yang ditulis secara sedar untuk melahirkan kesan rasa dan makna dalam puisi. Diksi yang baik dinilai dari aspek ketepatan, kemunasabahan, kejelasan dan keunikan. Contoh: “berkelipan bintang

kejora”.

Imej/citra alam:

Gambaran bentuk atau objek alam yang tergambar dalam fikiran, diciptakan atau digambarkan untuk menyatakan satu pengertian perasaan. Memindahkan pengertian konkrit kepada satu pengertian abstrak dengan menggunakan objek alam bagi menggambarkan kesan rasa dan makna. Contoh: bulan, laut, bunga kemboja, selasih, rama-rama, dan undan.

(40)

Kata atau ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan cara bersandarkan atau membandingkan sifatnya dengan sesuatu yang lain agar pernyataan menjadi lebih jelas dan memberi kesan serta makna khusus. Mungkin dalam bentuk bandingan atau tanpa bandingan.

Contoh: pahit bagai hempedu, tinggi menggalah. Bunyi (rima, aliterasi, asonansi, rentak, jeda): Aspek muzik bahasa atau muzik kata dalam puisi.

Rima:

Persamaan gugus kata dari segi vokal atau konsanan yang timbul pada awal, tengah dan pada hujung baris puisi. Pengulangan bunyi vokal atau konsonan pada susunan perkataan dalam sebaris puisi dikenali sebagai rima dalaman. Contoh, “sekuntum bunga biru”. (rima dalaman u : asonansi).

Pengulangan bunyi vokal dan konsonan pada perkataan hujung susunan baris-baris puisi dikenali rima luaran. Contoh:

Sekuntum bunga biru yang luruh di penjuru itu adalah seorang aku yang merinduimu.

(rima luaran sama : a;a;a;a)

Aliterasi:

Pengulangan bunyi konsonan pada awal kata atau bunyi vokal yang berturut-turut atau pengulangan perkataan atau suku kata yang berhampiran. Pengulangan itu terdapat dalam rentetan kata atau dalam satu-satu baris puisi. Contoh :

Kalau anak pergi ke pekan , Yu beli belanak pun beli (pengulangan bunyi konsonan k dan b).

(41)

Asonansi:

Persamaan bunyi antara vokal yang diikuti oleh konsonan yang berbeza dalam dua atau lebih

suku kata yang ditekankan. Contoh: Melangkah gadis menahan denyutan

(pengulangan bunyi vokal e dan a).

Rentak:

Tingkahan tinggi-rendah, panjang-pendek, cepat-lambat suara sewaktu melafazkan puisi. Rentak dipengaruhi oleh susunan kata dan susunan baris puisi, dan memberi kesan perasaan terhadap

suara pembaca.

Jeda:

Titik perhentian seketika, dan peralihan nafas sewaktu melafazkan puisi. Berguna untuk menimbulkan kesan tumpuan dan imaginasi terhadap bahasa dan muzik kata. Ditandai dengan ( , ) atau ( ; ). Contoh:

Kalau nak gugur, gugurlah nangka, Jangan menimpa, si ranting pauh; Kalau nak tidur, tidurlah mata,

Jangan mengenang, orang yang jauh.

Simile:

Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara langsung. Menggunakan perkataan bandingan, misalnya „seperti, bagai, laksana , bak‟. Contoh:

(42)

Metafora:

Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain bagi menyarankan antara keduanya terdapat kesamaan. Metafora tidak menggunakan perkataan bandingan tetapi menggunakan kata „adalah‟. Contoh:

laut adalah guru, tak pernah jemu mengajarku.

Personifikasi:

Kiasan yang memberikan sifat manusia (perasaan, perwatakan, tindak tanduk) kepada objek, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak. Contoh : bulan tersenyum rawan, damai melambai senja.

Hiperbola:

Kiasan dalam bentuk ungkapan yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan. Digunakan untuk menguatkan kesan makna. Contoh : perahu lilin layar kertas, sanggup seberangi lautan api.

Singkof:

Singkatan kata. Untuk mempercepatkan rentak bahasa atau merendahkan perasaan atau emosi. Contoh : ku, mu, tak, dah.

Inversi:

Pembalikan kata untuk menguatkan kesan rasa terhadap objek. Contoh: di hitam awan (sepatutnya di awan hitam).

Anafora:

Ulangan perkataan atau rangkai kata pada awal dua atau lebih baris- baris yang berturutan. Contoh:

(43)

aku cinta padamu laut aku sayang padamu camar

Epifora:

Ulangan perkataan atau rangkai kata pada akhir dua atau lebih baris-baris berturutan. Contoh:

sekuntum bunga biru sehampar laut biru

Imejan:

Puisi yang mengandungi banyak perkataan yang menggambarkan objek atau perlakuan yang membentuk simbol, lambang atau kod untuk menggambarkan sikap dan perasaan penyair. Contoh:

segar angin laut/ mengembalikan rindunya pada kolek / bagai buih kecil terapung di laut/ menjaring sedikit rezeki/

(angin laut, kolek, buih kecil, jaring ialah imej yang melambangkan kemiskinan).

Nada:

Sikap pengarang terhadap objek atau ideanya. Mungkin bercorak romantis, melankolis, patriotis, sinis dan lain-lain. Dalam puisi, nada lahir daripada gabungan atau variasi unsur diksi, rima, aliterasi, asonansi, imejan dan simbol. Contohnya, sajak “Keindahan Yang Hilang” (Kerusi, hlm. 15) bernada sedih dan melankolis.

2.5.3 Medan Rasa (Teknik)

Aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yang mempengaruhi pengucapan dan perasaan penyair atau pembaca.

(44)

Susunan luaran puisi yang merangkumi jumlah kata, suku kata, baris, bait, skema rima dan pembahagian unit (misalnya pembayang dan maksud bagi pantun).

Struktur atau binaan:

Susunan dalaman puisi seperti perkaitan antara pembayang dan maksud dalam pantun, serta perkaitan antara anak kalimat dengan induk kalimat dalam gurindam dan seloka. Timbangan (suku kata, kata, baris, rangkap, visual, skema rima):

Ciri dan sifat yang menentukan keharmonisan pengucapan kata atau bahasa puisi.

Ciri dan sifat: Aspek khusus yang menjelaskan puisi yang berlainan. Biasanya dilihat dari aspek bentuk, bahasa, isi dan fungsi.

Perbandingan bentuk: Membandingkan perbezaan dan persamaan antara puisi dengan puisi yang lain dari aspek bentuk, bahasa, isi dan lain-lain.

UNIT 3

PUISI MODEN (SAJAK) 3.1 Objektif

Unit ini disediakan untuk memenuhi tiga objektif pengajaran utama seperti yang berikut:

 Menyediakan dan membincangkan kerangka pengajaran dan pembelajaran puisi moden yang lebih mantap dan berkesan;

 Mencari kaedah yang lebih praktikal untuk menarik minat guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran puisi moden; dan

 Membina bahan pengajaran dan pembelajaran puisi moden yang sesuai untuk diterbitkan sebagai panduan bagi kegunaan guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran puisi moden.

3.2 Definisi

Tiada definisi umum tentang puisi, walau bagaimanapun beberapa penyair, pemikir dan ahli cendekiawan mentafsirkan puisi seperti yang berikut: Karangan berangkap khas dipakai untuk idea yang baik, bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini, perkara tersebut akan menjadi bertambah menarik kepada hati orang yang mendengarnya.

(Za‟ba 1962: 218) …sajak itu satu bentuk (puisi) moden yang lebih bebas dan seterusnya rangkapannya tidak terikat atau menyalin bentuk-bentuk tradisional seperti pantun atau syair dan membawa suasana serta pandangan hidup lebih moden.

(45)

(Muhammad Hj. Salleh 1988: 1-4) …bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisional. Dalam segala sifat kekentalannya, puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana. Bukan puisi namanya andainya ia tidak berupaya

membijaksanakan pembaca.

(Muhammad Hj. Salleh 1988: 10)

…pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak dan berlaku secara spontan, dalam suasana tenang.

(William Wordsworth 1988: 4) …the best words in their best order/perkataan terbaik dalam susunan terbaik.

(Samuel Taylor Coleridge 1988: 4) ...it begins in delight and ends in wisdom/bermula dengan hiburan/ keseronokan dan berakhir dengan kebijaksanaan.

(Robert Frost 1988: 54) Tiga peringkat sfera fungsional:

(i) Sfera mengharmonikan kekacauan kesan-kesan

psikik/perubatan psikik/ psikoterapi jiwa/hiburan.

(ii) Sfera faedah/manfaat/alat penghayatan intelektual/cerminan didaktik.

(iii) Sfera kesempurnaan rohani/kamal/penghayatan intuitif berhubungan dengan Allah S.W.T.

(Braginsky 1994: 2) …prinsip puisi adalah membawa makna sebanyak mungkin dalam kata-kata sedikit mungkin.

(Ralph Waldo Emerson 1988: 6)

…bentuk pengucapan bahasa dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari.

(Harun Mat Piah 1989: 1) Sajak tergolong dalam puisi baru (moden), memiliki sifat-sifat yang tidak begitu terikat dengan bentuk puisi lama, yakni, bebas daripada ikatan puisi lama (tradisional). Isi sajak disampaikan melalui penggunaan kata-kata indah, ringkas dan padat serta bebas daripada sebarang konvensi dan syarat. Sajak terdiri daripada beberapa tema, antaranya tema masyarakat, cinta, alam, diri, Tuhan dan ketuhanan serta semangat perjuangan.

Secara umumnya, puisi merupakan manipulasi bahasa yang terjelma daripada kesepaduan medan kata, medan makna dan medan rasa hasil daripada

(46)

proses kreatif-imaginatif seorang pujangga. Puisi mengandungi amanat budi rasa dan budi fikir masyarakat yang digarap secara misterius-religius.

3.3 Ciri-ciri

Ciri-ciri umum puisi moden (sajak) dapat dinyatakan seperti yang berikut:  Puisi moden Melayu.

 Sajak mengandungi pemikiran, pandangan hidup dan beberapa aspek kehidupan.

 Bebas/tidak terikat bentuknya namun ada juga sajak yang terikat bentuknya.  Jumlah perkataan dan sukatannya tidak seimbang.

Perkara ini akan dihuraikan dalam para 3.4.1 dan 3.4.2.

Sajak biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis atau berimej, dan ia dapat dihayati, dilihat atau didengar. Sajak dapat membina imej mengikut fahaman penulis dan audiens. Oleh itu, sajak boleh dikenali imejnya secara luaran (bentuk) atau aspek dalaman (isi dan mesej).

3.4 Bentuk

Bentuk merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima. Sajak terdiri daripada dua bentuk, iaitu sajak terikat dan sajak bebas.

3.4.1 Sajak Terikat

Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait, dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan itu mempunyai keseimbangan atau pola tertentu, ia disebut sajak bentuk terikat. Bentuk sajak juga dianggap terikat, sekiranya dipengaruhi oleh pola berbentuk puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka.

Contoh sajak bentuk terikat boleh dilihat dalam sajak „Seuntai Kata untuk Dirasa” karya A. Samad Said.

Seuntai Kata untuk Dirasa Panas usah membakar dada Suara usah menggegar sahaja Kalau benar membawa cinta

Di dalam segenap kumpulkan tenaga. Ayam bertelur sekampung tahu

Mengapa mesti kita begitu Falsafah ubi diam berisi Mengapa tidak kita turuti.

Sekarang singkirkan semua bicara Sekarang kumpulkan tenaga raksasa Tiba saat berbunga merah

(47)

Sajak di atas dibina dengan jumlah empat baris serangkap, skema rima hujung aa,aa, aa,bb, empat perkataan sebaris. Binaan seperti ini dipengaruhi bentuk pantun atau syair.

Selain itu, sajak bentuk terikat juga terdapat dalam sajak „Mata Ayah‟ oleh Usman Awang (Seuntai Kata untuk Dirasa, hlm. 19), „Cinta‟ oleh Awang Abdullah dan „Pesan Tangan kepada Jari‟ oleh Hilmi Rindu.

3.4.2 Sajak Bebas

Teknik penulisan yang tidak mengikut pola tertentu sama ada dari segi jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap dan skema rimanya. Kebanyakan sajak yang dimuatkan dalam teks Komsas ialah sajak bentuk bebas. Contoh: sajak bebas terdapat dalam sajak “Lebah dan Madu” karya Siti Zaleha M. Hashim.

Lebah dan Madu Di pohon sana

pada dahan pohon taualang lihatlah lebah-lebah

Sudah membuat sarang Serangga yang cergas Sentiasa hidup sepakat Sikap yang terpuji. Ada ratu ada pekerja

berkumpul dan bekerjasama madu manisnya

penawar penyakit manusia. Lebah-lebah itu

pada dahan pohon tualang kau membuat aku sedar harus selalu berusaha dan meninggalkan jasa

seperti madumu yang istimewa. Puisi Tunas Bangsa, 2008 K. Publishing Sdn Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Teknik pengambilan sumber informasi adalah purposive sampling ; teknik pengumpulan data dilakukan dengan melakukan wawancara, observasi, dan dokumentasi; teknik analisis

Hasil Uji Zona Inhibisi Kombinasi Antara Fraksi 24-28 Meniran dengan Amoksisilin dan Kloramfenikol Terhadap Bakteri S.aureus Interaksi yang ada pada kombinasi

Teknik analis data digunakan untuk menganalisis data-data yang diperoleh dari penelitian melalui tes diolah dengan analisis deskriptif untuk menggambarkan keadaan

Dalam perakteknya, orang tua angkat yang ada di Desa Lengau Seprang malah memberikan nama nasabnya kepada anak angkatnya bukan bernasabkan kepada orang tua kandungnya,

Bentuk-Bentuk partisipasi politik pemilih pemula diikut sertakan dalam sosialisasi yang diselenggarakan oleh KPU, sosialisasi yang disampaikan oleh KPU ini dengan

Asam lemak bebas (FFA) yang dihasilkan dalam proses pembuatan minyak goreng ini berupa zat padat, dikenal dengan nama distilat asam lemak minyak sawit (DALMS) atau Palm Fatty Acid

Segala puji hanya milik Allah SWT, karena atas berkat limpahan rahmat serta Hidayah-Nya penulis dapat menyelesaikan dan menyusun Tugas Akhir sebagai syarat

Penelitian ini bertujuan untuk melihat kesalahan penerjemahan dari bahasa Indonesia ke dalam bahasa Jepang yang bersumber dari 5 kalimat hasil terjemahan 9 orang penerjemah