• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN GURU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN GURU"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN GURU

Disediakan oleh: ……… Diluluskan oleh: ……….………

Jawatan: KETUA JABATAN

JABATAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN SENAT

Jawatan: REKTOR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Tarikh: 15 Jun 2014 Tarikh: 15 Jun 2014

SALINAN TERKAWAL

(2)

1.0 OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan memastikan pentaksiran dijalankan secara sistematik, profesional dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta mengikut keperluan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

2.0 SKOP

Prosedur ini digunakan sebagai panduan oleh IPGM dan IPG dalam: pelaksanaan kerja kursus, proses penggubalan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan penggubalan kertas peperiksaan serta skema pemarkahan. Prosedur ini merangkumi proses-proses berikut:

2 . 1 Penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan (JST) 2 . 2 Pelaksanaan kerja kursus

2 . 3 Penggubalan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

2 . 4 P enggubalan kertas peperiksaan dan skema pemarkahan

3.0 DOKUMEN RUJUKAN

3.1 Manual Kualiti IPGM-PPK-MK-01.

3.2 Panduan dan Syarat Penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah Institut Pendidikan Guru.

3.3 Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus.

3.4 Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan. 3.5 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

3.6 Ringkasan Maklumat Kursus.

3.7 Buku Panduan PPISMP.

(3)

4.0 DEFINISI

4.1 Istilah

4.1.1 Pentaksiran merujuk kepada proses pengukuran prestasi pelajar. 4.1.2 Jadual Spesifikasi Tugasan (JST) merujuk kepada tugasan kerja

kursus yang mengandungi tajuk, bentuk, aras kesukaran, bilangan soalan dan wajaran pemarkahan bagi sesuatu kursus.

4.1.3 Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) merujuk kepada jadual penggubalan soalan yang mengandungi tajuk, bentuk, aras kesukaran, bilangan soalan dan wajaran pemarkahan bagi sesuatu kursus.

4.1.4 Kerja Kursus merupakan tugasan yang perlu disempurnakan oleh pelajar pada setiap semester.

4.1.5 Moderasi merujuk kepada penyelarasan pemeriksaan kerja kursus dan kertas jawapan bertulis.

4.1.6 Penggubalan JSU bermaksud menggubal JSU bagi satu kursus oleh panel yang dilantik oleh Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat IPGM mengikut keperluan.

4 . 1 . 7 Penggubalan Kertas Peperiksaan bermaksud menggubal kertas peperiksaan, skema p e m a r k a h a n d a n r u b r i k mengikut JSU dan Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan.

4.2 Singkatan

IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia

IPG : Institut Pendidikan Guru

JPPS : Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat

SUA : Setiausaha Akademik

KJA : Ketua Jabatan Akademik

KU : Ketua Unit

KUPP : Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian

JSU JST

: :

Jadual Spesifikasi Ujian Jadual Spesifikasi Tugasan

(4)

5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN 5.1 PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Prosedur ini diguna pakai oleh Ketua Jabatan dan Pegawai JPPS IPGM, Pengarah IPG, Pegawai Dokumen, Setiausaha Akademik, Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian, Ketua Jabatan Akademik/Ketua Unit/Penyelaras Kerja Kursus, pensyarah serta Pemeriksa Luar In-House.

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN

Ketua Jabatan dan Pegawai

JPPS IPGM

1. Menyediakan Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus. 2. Memastikan Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

diedarkan ke semua IPG.

3. Melampirkan borang pengesahan penerimaan Buku

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus bersama surat

penghantaran.

4. Menguruskan mesyuarat penyelarasan kawal mutu

pentaksiran oleh Pemeriksa Luar In-House (iEE).

Pengarah IPG 5. Menerima Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus dan menyerahkannya kepada Pegawai Dokumen.

6. Mengesahkan penerimaan Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus dan mengembalikannya kepada IPGM.

7. Mengarahkan Pegawai Dokumen supaya merekodkan dan mengedarkan Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus. 8. Memastikan SUA/Penyelaras Kerja Kursus dan KJA

memantau pengurusan dan pelaksanaan kerja kursus.

PKK : Penyelaras Kerja Kursus

JKPPIPG : Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian IPG

(5)

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN

Pegawai Dokumen 9. Merekodkan dan mengedarkan dokumen kepada SUA, KUPP, KJA dan Pensyarah untuk tindakan.

SUA/PKK 1 0 . Menerima Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus daripada Pegawai Dokumen.

11. Menyelaraskan pelaksanaan kerja kursus.

12. Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan kerja kursus pada awal semester dengan KUPP, KJA/KU/PKK.

13. Memastikan KUPP menyediakan dan mengedarkan Jadual Pelaksanaan Kerja Kursus bagi setiap program kepada KJA/KU/PKK pada awal semester.

14. Memastikan Pemeriksa Luar In-House (iEE) melaksanakan verifikasi pelaksanaan kerja kursus sebelum mesyuarat JKPPIPG.

KUPP 15. Menerima Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

daripada Pegawai Dokumen.

16. Menyediakan dan mengedarkan Jadual Pelaksanaan Kerja Kursus bagi setiap program kepada KJA/KU/PKK pada awal semester.

17. Merancang dan menguruskan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan kerja kursus pada awal semester dengan KJA/KU/PKK.

18. Merancang dan menguruskan mesyuarat verifikasi pelaksanaan kerja kursus oleh iEE sebelum mesyuarat JKPPIPG.

KJA / KU / PKK 19. Menerima Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus daripada Pegawai Dokumen.

20. Menerima jadual pelaksanaan kerja kursus daripada KUPP dan mengedarkan jadual pelaksanaan kerja kursus

(6)

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN KJA / KU / PKK kepada semua pensyarah.

21. Mempengerusikan mesyuarat penggubalan soalan tugasan, skema pemarkahan dan rubrik pada peringkat jabatan.

22. Memastikan soalan tugasan, skema pemarkahan dan rubrik disemak oleh pensyarah pakar bidang/mata pelajaran.

23. Mengesahkan soalan tugasan, skema pemarkahan dan rubrik yang telah disemak.

24. Mengarahkan pensyarah melaksanakan pentaksiran kerja kursus.

25. Menyediakan dokumen dan sampel kerja kursus untuk diverifikasi oleh iEE sebelum mesyuarat JKPPIPG.

26. Mengumpul dan menyimpan sampel kerja kursus pelajar di jabatan masing-masing untuk rujukan audit.

Pensyarah 27. Menerima Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus daripada Pegawai Dokumen.

28. Melaksanakan pentaksiran kerja kursus mengikut prosedur dan standard berdasarkan kepada Buku Panduan

Pelaksanaan Kerja Kursus.

Pemeriksa Luar In-House (iEE)

29. Melaksanakan verifikasi pelaksanaan kerja kursus sebelum mesyuarat JKPPIPG

(7)

5.2 P E N G G U B AL A N J A D U A L S P E S I F I K AS I U J I A N

Prosedur ini diguna pakai oleh Ketua Jabatan dan Pegawai JPPS, Pengarah IPG, Pegawai Dokumen, KUPP serta KJA/KU.

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN

Ketua Jabatan dan Pegawai JPPS IPGM

1. Mengenal pasti kursus yang memerlukan JSU atau penyemakan semula JSU.

2. Merancang dan menyelaras penggubalan JSU mengikut keperluan.

3. Melantik panel untuk menggubal atau menyemak semula JSU.

4. Menguruskan mesyuarat penggubalan atau penyemakan semula JSU.

5. Mengedarkan JSU ke IPG.

6. Melampirkan borang pengesahan penerimaan JSU

bersama surat penghantaran

Pengarah IPG 7. Menerima JSU dan menyerahkannya kepada Pegawai Dokumen.

8. Mengesahkan penerimaan JSU dan mengembalikannya kepada IPGM.

9. Mengarahkan Pegawai Dokumen merekodkan dan

menyerahkan JSU kepada KUPP.

Pegawai Rekod 10. Merekodkan dan menyerahkan JSU kepada KUPP untuk tindakan.

KUPP 11. Menerima JSU yang sedang berkuat kuasa atau terkini untuk rekod dan simpanan.

12. Memastikan prosedur kerahsiaan dan arahan keselamatan dipatuhi dalam pengurusan JSU.

13. Mengedarkan JSU kepada KJA/KU untuk tujuan

penggubalan kertas peperiksaan pada awal semester. 14. Mengumpul semula semua JSU daripada KJA/KU selepas

(8)

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN

KJA/KU 15. Mendapatkan JSU daripada KUPP dan menyerahkan kepada pensyarah untuk tujuan penggubalan kertas peperiksaan.

16. Mengembalikan JSU kepada KUPP selepas penggubalan kertas peperiksaan.

5.3 PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN Prosedur ini diguna pakai oleh Ketua Jabatan JPPS, Pengarah IPG, Pegawai Dokumen, SUA, KUPP, KJA/KU, pensyarah serta Pemeriksa Luar In-House.

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN

Ketua Jabatan dan Pegawai JPPS IPGM

1. Menyediakan dan mengedarkan Buku Panduan

Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan.

2. Melampirkan borang pengesahan penerimaan Buku

Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan bersama-sama surat penghantaran.

3. Mengeluarkan surat siaran Dasar dan Peraturan Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan Peringkat IPG ke IPG.

4. Mengeluarkan surat agihan penghantaran kertas peperiksaan dan skema pemarkahan “sedia kamera” ke IPG setiap semester.

5. Menguruskan mesyuarat penyelarasan kawal mutu

pentaksiran oleh Pemeriksa Luar In-House (iEE).

6. Merancang dan mengurus mesyuarat pemantapan dan penentuan kualiti kertas peperiksaan dan skema pemarkahan “sedia kamera”.

Pengarah IPG 7. Menerima Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan

dan Skema Pemarkahan dan menyerahkannya kepada

(9)

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN

8. Mengesahkan penerimaan Buku Panduan Penggubalan

Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan dan

mengembalikannya kepada IPGM.

9. Mengarahkan Pegawai Dokumen supaya merekodkan dan

mengedarkan Buku Panduan Penggubalan Kertas

Peperiksaan dan Skema Pemarkahan.

10. Menerima surat siaran Dasar dan Peraturan Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan Peringkat IPG daripada IPGM dan menyerahkan kepada SUA, KUPP dan KJA/KU.

11. Memastikan SUA dan KJA/KU mengurus proses

penggubalan serta mesyuarat pemurnian kertas peperiksaan dan skema pemarkahan pada peringkat jabatan mengikut Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan.

12. Menerima surat agihan penghantaran kertas peperiksaan dan skema pemarkahan “sedia kamera” daripada IPGM setiap semester dan menyerahkan kepada KUPP untuk tindakan.

13. Memastikan KUPP menghantar kertas peperiksaan dan skema pemarkahan “sedia kamera” ke IPGM mengikut surat agihan penghantaran.

14. Memastikan prosedur kerahsiaan dan arahan keselamatan dipatuhi.

Pegawai Dokumen 15. Merekodkan dan mengedarkan Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan kepada SUA, KUPP, KJA/KU dan Pensyarah untuk tindakan.

(10)

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN SUA

.

16. Memastikan KJA/KU mengurus penggubalan kertas peperiksaan dan skema pemarkahan bagi kursus-kursus yang ditawarkan pada peringkat jabatan/unit pada awal semester.

17. Memastikan KJA/KU mengurus penyemakan dan pemurnian kertas peperiksaan dan skema pemarkahan bagi kursus-kursus yang ditawarkan pada peringkat jabatan/unit.

18. Memastikan KUPP merancang dan mengurus mesyuarat kawal mutu kertas peperiksaan dan skema pemarkahan oleh Pemeriksa Luar In-House (iEE) di peringkat IPG.

19. Memastikan mesyuarat kawal mutu kertas peperiksaan dan skema pemarkahan oleh Pemeriksa Luar In-House (iEE) dilaksanakan di peringkat IPG.

KUPP 20. Menyediakan jadual dan mengurus mesyuarat kawal mutu kertas peperiksaan dan skema pemarkahan oleh Pemeriksa Luar In-House (iEE) di peringkat IPG

21. Menerima draf kertas peperiksaan dan skema pemarkahan daripada KJA/KU untuk kawalan mutu oleh Pemeriksa Luar

In-House (iEE) di peringkat IPG.

22. Menerima kertas peperiksaan dan skema pemarkahan “sedia kamera” daripada KJA/KU untuk tujuan penyimpanan dalam bank soalan IPG.

23. Menghantar kertas peperiksaan dan skema pemarkahan

“sedia kamera” ke IPGM mengikut surat agihan

penghantaran.

24. Memastikan prosedur kerahsiaan dan arahan keselamatan dipatuhi.

KJA/KU 25. Memastikan pensyarah menggubal draf kertas peperiksaan berdasarkan JSU dan Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan, skema pemarkahan dan rubrik bagi kursus yang ditawarkan pada awal semester.

(11)

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN

KJA/KU 27. Menyerahkan draf kertas peperiksaan dan skema pemarkahan kepada KUPP untuk kawalan mutu oleh Pemeriksa Luar In-House (iEE) di peringkat IPG.

28. Memastikan draf kertas peperiksaan dan skema pemarkahan dimurnikan oleh pensyarah seperti yang dicadangkan oleh Pemeriksa Luar In-House (iEE) sekiranya ada.

29. Menghantar kertas peperiksaan dan skema pemarkahan “sedia kamera” kepada KUPP untuk tujuan penyimpanan dalam bank soalan IPG.

Pensyarah 30. Menggubal draf kertas peperiksaan dan skema pemarkahan kursus mengikut JSU, Ringkasan Maklumat Kursus dan Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan.

31. Membentang dan memurnikan draf kertas peperiksaan dan skema pemarkahan pada peringkat jabatan/unit.

32. Menyerahkan draf kertas peperiksaan dan skema pemarkahan kepada KJA/KU untuk mesyuarat kawal mutu. 33. Memantapkan draf kertas peperiksaan dan skema

pemarkahan seperti yang dicadangkan oleh Pemeriksa Luar

In-House (iEE) sekiranya ada.

34. Menghantar kertas peperiksaan dan skema pemarkahan “sedia kamera” kepada KJA/KU untuk diserahkan kepada KUPP.

35. Mematuhi prosedur kerahsiaan dan arahan keselamatan proses penggubalan kertas peperiksaan.

(12)

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN Pemeriksa Luar

In-House (iEE)

.

Kawal Mutu di Peringkat IPG

36. Menjalankan kawal mutu draf kertas peperiksaan dan skema pemarkahan di peringkat IPG.

Pemantapan dan Penentuan Kualiti di Peringkat IPGM 37. Menyemak dan memantapkan kertas peperiksaan dan

skema pemarkahan “sedia kamera” mengikut bidang. 38. Mencadangkan kertas peperiksaan dan skema pemarkahan

“sedia kamera” kepada IPGM.

6.0 REKOD KUALITI

Bil. Rekod Lokasi Tempoh

Disimpan Lampiran IPGM IPG 1. Prosedur Kualiti Teras: Pelaksanaan Pentaksiran Pendidikan Guru JPPS UPP 5 tahun (sehingga PK dipinda) IPGM-PPK-PT-06 2. Borang Markah Kerja Kursus -Jabatan Akademik/ Unit 1 tahun LAM-PT-06-01 3. Borang Moderasi -Jabatan Akademik/ Unit 1 tahun LAM-PT-06-02 4. Laporan Panel Moderasi Kerja Kursus -Jabatan Akademik/ Unit 1 tahun LAM-PT-06-03

5. Laporan Kes Gagal

-Jabatan Akademik/ Unit 1 tahun LAM-PT-06-04 6. Instrumen Penggubalan Draf Kertas Peperiksaan dan Skema JPPS UPP sehingga kertas peperiksaan ditadbirkan LAM-PT-06-05

Referensi

Dokumen terkait

Berikan jawaban yang sejujur-jujurnya dengan cara memilih salah satu jawaban pada pilihan jawaban yang

Dengan mengacu pada pasal 15 (2) Konvensi Hak-hak Sipil dan Politik, hak untuk tidak diadili dengan hukum post facto dianggap sebagai hak asasi yang dapat dikesampingkan.

Dari ke empat blok analisa aktivitas pedagang, ditemukan bahwa ruko yang digunakan pedagang sebagian besar adalah ruko pada bagian luar yang berdekatan dengan jalur

Bali sebagai sebuah Pulau Taman karena memang tersusun oleh banyak taman, baik yang bersifat alami seperti: taman pantai, taman danau, taman pegunungan, taman

Hasil kromatogram menunjukkan bahwa minyak daun salam dari Sukabumi lebih harum ditandai dengan senyawa adanya nerolidol yang memiliki puncak peak lebih tinggi

b) Landasan yang akan dipasang pada penyangga sementara harus ditanam dengan kokoh pada struktur dengan baut jangkar atau cara lain untuk

Apabila captopril digunakan pada pasien dengan gangguan ginjal maka perlu dilakukan penyesuaian dosis dimana berfungsi untuk menurunkan klirens kreatininnya.

Memberikan ljazah kepada mahasiswa sebagaimana point pertama sebagai pengakuan terhadap hasil belajar yang bersangkutan pada Program Strata Satu Program Studi