KERTAS KERJA CADANGAN
RIDING IN SCHOOL PROGRAMME
(RISP)
SMK AGAMA KEDAH
Dengan KerjasamaMAJLIS EKUIN MALAYSIA
TEMPAT:
PUSAT EKUIN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK, KEDAH.
ANJURAN:
TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB
1. PENGENALAN
Program berkuda ini merupakan program yang dianjurkan oleh Panitia Tahfiz Model Ulul Albab SMK Agama Kedah (TMUA). Program ini merupakan salah satu kokurikulum Tahfiz Model Ulul Albab sepertimana yang disarankan oleh Menteri Pendidikkan semasa majlis pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab.
Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai “al-khayl”. Didalam Al-Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali. Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut Naziat, Adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 Saffat, Surah 51 al-Dhariyat dan Surah 77 al-Mursalat dimaksudkan kepada kuda.
Dalam Surah An-Nahl ayat 8. "Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keledai untuk kamu tunggang as zinat”. Perkataan arab “zinat” ertinya kesukaan dan kebaikan yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan saja untuk dinaiki, tunggang tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan ( bukan perjudian).
Dalam surah Al-Anfal ayat 60 Allah swt telah berfirman, yang bermaksud :
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan
berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu
musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
Di dalam ayat ini, Allah swt telah menyarankan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi musuh, antaranya ialah secara spesifiknya, iaitu menyediakan pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia. Lengkap sedia ini pastilah memerlukan ilmu dan bukannya ‘bidang terjun’. Ilmu berkuda memerlukan jangka masa yang agak panjang bagi memahami cara mengendali kuda sebelum menunggangnya.
2. RASIONAL
2.1 Untuk memenuhi keperluan kokurikulum yang terdapat dalam sukatan aktiviti pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Sukan berkuda dapat memberi pendedahan dan tunjukcara yang betul dari pengajar bertauliah yang telah dilantik.
2.2 Kami memilih Pusat Ekuin Bandar Darulaman sebagai tempat program ini dijalankan kerana di pusat ini terdapat pusat latihan berkuda dan pengajar yang berpengalaman dan mahir di dalam mengendalikan program ini. Tambahan pula, pengajar dari pusat ini telah mendapat pengiktirafan peringkat dunia dalam sukan berkuda.
2.3 Program ini merupakan perancangan jangka masa panjang di mana menerusi program kolaborasi antara pihak Pusat Ekuin Universiti Utara Malaysia dan pihak TMUA SMK Agama Kedah ini dapat mempromosikan lagi pakej sukan berkuda yang baru diperkenalkan di Malaysia kepada ibu bapa, guru dan masyarakat dibawah program Riding In School Programme (RISP)
2.3 Program ini merupakan satu usaha yang diharapkan dapat memberi pendedahan lebih luas, mendalam secara kontekstual kepada para pelajar TMUA SMK Agama Kedah.
3. OBJEKTIF
3.1. Memenuhi keperluan kokurikulum Tahfiz Model Ulul Albab iaitu mengikuti program sukan berkuda supaya dapat meningkatkan keyakinan diri di dalam diri para pelajar TMUA SMK Agama Kedah. 3.2. Mendapatkan bimbingan dari jurulatih yang terlatih dan berpengalaman
di peringkat dunia sekurangnya pelajar akan mendapat sijil O’ level. 3.3. Mempromosikan sukan berkuda yang baru diperkenalkan di Malaysia
3.4. Mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dengan pengalaman baru dan mengabung-jalin dengan aktiviti berkuda sebagai sunnah Rasulullah serta mencari hikmah disebalik sabda-sabda baginda.
4. MAKLUMAT PROGRAM
Tempoh : November & Disember 2015 Hari : Khamis, Jumaat & Sabtu
Tempat : Pusat Ekuin Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
5. PENGANGKUTAN
Perjalanan pergi dan pulang dari SMK Agama Kedah ke Pusat Ekuin Universiti Utara Malaysia selama program berjalan dengan menggunakan kenderaan sekolah dalam purata 20 orang pelajar setiap sesi.
6. SASARAN
Pelajar-pelajar TMUA SMK Agama Kedah Tingkatan 1 dan 2
(Rujuk Lampiran 4 )
Perempuan Tingkatan 1 10 orang Tingkatan 2 10 orang Lelaki Tingkatan 1 10 orang Tingkatan 2 10 orang Guru Tahfiz Model Ulul Albab 4 orang
7. PENGISIAN PROGRAM .
7.1.Mengaplikasikan teori yang telah diperbincangkan kepada situasi sebenar seperti mengendalikan kuda.
7.2.Mendengar, merakam dan mendapatkan maklumat dari pihak pengurusan tempat yang dilawati.
7.3.Mendapatkan khidmat nasihat daripada jurulatih dalam program tersebut. 7.4. Mendapatkan maklumat mengenai pengurusan mengendalikan kuda. 7.5. Para pelajar menguruskan kuda dengan sendiri.
8. JURULATIH PROGRAM Wan Mohd Hafizam
Jurulatih Bertauliah Pusat Ekuin Universiti Utara Malaysia. - Coach Federal Equestrian of Singapore
- Studied at Equine Guided Education Australia
9. STRUKTUR JAWATANKUASA JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Tuan Pengetua
Puan Hajah Salmah Bt. Ishak
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran En. Suhaimi b. Yahaya
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Ko-kurikulum Pn. Hasnida bt. Hashim
Naib Pengerusi III : Guru Kanan Pend. Islam dan B. Arab
En. Mohd Kashfi b. Ali
Penyelaras Program : Penyelaras TMUA
En. Mohd Afandi b. Mohd Kasim
Setiausaha : En. Muhammad Mustaqim b. Abu Bakar Bendahari : En. Mohammad Khairul Naim b. Abdul Kadir
Ahli Jawatankuasa Kerja
Ahli Jawatankuasa Dokumentasi 1. En. Ahmad Rizwan b. Jaafar 2. Cik Maisarah bt. Abd Rahim Ahli Jawatankuasa Perhubungan 1. En. Mohd Faiez b. Harun
2. En Yahya b. Ibrahim
Ahli Jawatankuasa Keselamatan 1. En. Fazli b. Mohamad
2. En. Mohd Fadhil b. Abdul Manaf Ahli Jawatankuasa Penyertaan 1. Pn. Sumayyah bt. Ghazali 2. En. Ismail b. Salleh
Ahli Jawatankuasa Pengangkutan 1. En. Mohd Naser b. Zainol Abidin 2. En. Azrul b. Che Abu
Ahli Jawatankuasa Sajian 1. Cik Siti Shuhada bt. Yusoff
2. Pn. Haizatul Akma bt. Abdul Malek Ahli Jawatankuasa
1. En. Mohd Najmi b. Ibrahim 2. En Abdul Razak b. Abdullah Ahli Jawatankuasa
1. En. Mohd Naim b. Abd Rahim 2. En. Mohd Hafiz b. Omar
10. SUMBER KEWANGAN
11. ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA ( RM )
1. Sekolah - Lebihan Bantuan Makanan Tambahan Tahfiz
Model Ulul Albab 2015 RM 25,000.00
JUMLAH RM 25,000.00
PERKARA ( RM )
1. YURAN PENYERTAAN RM 500 × 44 orang peserta
Core Skills Horse Care And Management O’ Level Modules :
i. General Horsemanship A & B ii. Saddlery
iii. Rug, Boots iv. Grooming v. Foot Care vi. Feeding x. Horse Health ix. Travelling RM 22,000.00
2. Makan dan Minum RM 3,000.00
12. PENUTUP
Program RIDING IN SCHOOL PROGRAMME (RISP) ini diharapkan dapat memberikan pendedahan yang secukupnya kepada pelajar TMUA SMK Agama Kedah. Semoga mendapat sokongan guru-guru dan pihak pentadbiran bagi menjayakan program RISP. Diharapkan program ini agar dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai objektif utamanya. Akhir sekali, diharapkan supaya program seperti ini akan dapat memberikan perubahan positif dalam diri setiap pelajar terutama dalam membina keyakinan didalam diri mereka. Semoga segala usaha murni ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(MOHAMAD MUSTAQIM B. ABU BAKAR) (MOHD AFANDI B. MOHD KASIM) Setiausaha RISP Penyelaras TMUA,
SMK Agama Kedah. SMK Agama Kedah.
KELULUSAN PENGETUA:
... (HJH SALMAH BT. ISHAK) Pengetua,
SMK Agama Kedah Alor Setar, Kedah.
Diluluskan / Tidak Diluluskan,
ULASAN : ... ... ...
LAMPIRAN 1
Manual Perjalanan Program RISP di Pusat Ekuin UUM, Sintok, Kedah.
Perancangan perjalanan program RISP SMK Agama Kedah di Universiti Utara Malaysia.
1. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang kecil antara 10-12 orang setiap sesi perjumpaan dengan jurulatih di Pusat Ekuin Universiti Utara Malaysia dengan mengunakan pengangkutan sekolah bagi mencapai tahap fokus yang tinggi.
2. Jadual sesi perjumpaan pelajar dengan jurulatih akan disusun oleh penyelaras. Pelajar akan pergi ke Pusat Ekuin UUM pada minggu tidak balik dan bergilir-gilir dalam kumpulan pada minggu tidak balik seterusnya. Bagi inisiatif pelajar dan ibubapa mereka boleh pergi sendiri ke Pusat Ekuin UUM semasa berada dirumah dengan membuat bayaran masuk berjumlah RM10.
3. Program RISP ini akan berjalan sepanjang pengajian setelah mereka memperolehi O’ Level dari Majlis Ekuin Malaysia sekiranya minat yang tinggi, pelajar boleh pergi terus ke Pusat Ekuin UUM dan mengendalikan sendiri dibawah seliaan jurulatih.
4. Pelajar juga boleh menjadi sukarelawan tanpa dikenakan bayaran masuk kepada Pusat Ekuin UUM sekiranya musim cuti sekolah dalam masa yang sama boleh mengbuat murajaah di Pusat Ekuin UUM.
Contoh Sijil O’ Level
Bil Nama Pelajar No. K/P Ting. Jantina 1 840306-02-5529 1 L 2 1 L 3 1 L 4 1 L 5 1 L 6 1 L 7 1 L 8 1 L 9 1 L 10 1 L 11 2 L 12 2 L 13 2 L 14 2 L 15 2 L 16 2 L 17 2 L 18 2 L 19 2 L 20 2 L 21 1 P 22 1 P 23 1 P 24 1 P 25 1 P 26 1 P 27 1 P
29 1 P 30 1 P 31 2 P 32 2 P 33 2 P 34 2 P 35 2 P 36 2 P 37 2 P 38 2 P 39 2 P 40 2 P