• Tidak ada hasil yang ditemukan

Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama Tahun 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama Tahun 2015"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama Tahun 2015

Tarikh : 30 Disember 2014 (Selasa) Jam mula : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Puan Dalila binti Awang (Guru Besar)

Kehadiran

1. Pn. Dalila binti Awang (Pengerusi) (Guru Besar)

2. En. Chatri a/l Sing

(Penolong Kanan Pentadbiran)

3. Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman 4. Pn. Athiyah binti Shuid

5. Pn. Azizah binti Hasan 6. Pn. Fauziah binti Musa 7. Pn. Hartina binti Rosdi 8. Pn. Hasnah binti Wahab

9. Pn. Hasniyanti binti Mohd. Hanafiah 10. Pn. Hisnawati binti Che Ishak 11. Pn. Jamalulhaslina binti Fuad 12. Pn. Juniza binti Hashim

13. En. Mohammad Sofi bin Hassan 14. En. Mohd. Nasrul bin Hashim 15. En. Muhammad Hafeez bin Ismail 16. Cik Noormila Fairus binti Bahari 17. Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzil 18. En. Ramlee bin Hussain

19. En. Rohisyam bin Abidin 20. Pn. Salihah binti Abd Kadir 21. Pn. Sharizah binti Abdullah 22. Pn. Siti @ Lebar binti Rejab 23. Pn. Suraiza binti Abdullah 24. Pn. Suriany binti Idris

25. Pn. Wan Hayazi binti Wan Abdullah 26. En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe 27. En. Yusrizal bin Yusoff

Tidak Hadir:

1. En. Isa bin Mat (Tidak hadir tanpa sebab)

2. En. Nadzmi bin Mahyuddin (Mengerjakan Umrah) 3. Pn. Maslina binti Kamaluddin (MC)

4. En. Muhammad Ridzuan bin Hj Ismail (Anak sakit) 5. Pn. Norliza binti Kadir (Membawa anak ke hospital) 6. Pn. Ruzaini binti Ismail (Bapa mertua sakit)

(2)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI Ucapan Aluan

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih di atas kehadiran guru-guru. 1.2 Guru-guru yang tidak dapat hadir adalah bersebab kecuali cikgu Isa bin Mat. 1.3 Mesyuarat kurikulum adalah mesyuarat terpenting kerana keputusan UPSR

menyumbang 70% dalam SKPM sedangkan yang lain hanya 30%.

1.4 Oleh kerana penurunan dalam pencapaian UPSR pada tahun 2014, sekolah kita telah dipanggil dalam dialog prestasi bersama pengarah dan ketua-ketua sektor untuk diberi beberapa teguran bertujuan menaikkan semula pencapaian sekolah.

1.5 Sekolah kita diminta mengubah visi dan menyediakan plan strategik.

MAKLUMAN

2.0 UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

2.1 PK Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. 2.2 Terdapat banyak perubahan dalam jadual terutamanya aktiviti kokurikulum

yang telah diadakan pada sebelah pagi.

2.3 Ada sedikit penambahan dalam kelas tambahan bagi tahun 2015. 2.4 Diharap guru-guru dapat menerima tugasan baru yang diberi.

MAKLUMAN

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

KURIKULUM KALI KE 4 TAHUN 2014

3.1 Pn. Hasnah binti Wahab mencadangkan minit mesyuarat lalu diterima dan disahkan.

3.2 Di sokong oleh Pn. Jamalulhaslina binti Fuad.

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Post Mortem dan Dialog Prestasi tidak semestinya diadakan apabila ada peperiksaan sahaja. Prestasi itu merangkumi semua bidang.

Tindakan : SEMUA GURU 4.2 Buku kerja penting untuk PdP. Guru boleh memilih buku dan Syarikat yang dirasakan sesuai. Guru kelas boleh berurusan dengan pihak pentadbiran untuk penjualan buku ini.

Tindakan : GURU KELAS 4.3 Pengisisan SKPM adalah kerja yang perlu diselesaikan. Ia adalah penentu pencapaian sekolah di seluruh Malaysia. Tarikh tutup pengisian SKPM di

(3)

peringkat Jabatan adalah 28 Disember sedangkan di peringkat sekolah, 13 Disember. Sekolah kita telah menepati tarikh tersebut.

4.4 Penilaian Bersepadu (PBPPP), sekolah kita dapat mengisi mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

4.5 PBPPP untuk individu dan SKPM adalah untuk sekolah. 4.6 PBPPP boleh diisi sepanjang tahun bermula dari awal tahun.

4.7 Guru diminta melihat Plan Strategik dan KPI sekolah pada setiap bulan. MAKLUMAN 5.0 LANTIKAN JAWATANKUASA KURIKULUM 2015

5.1 Sila lihat dalam portal dan boleh download bahan tersebut. 5.2 Ada lapan panitia pada tahun ini.

Tindakan : SEMUA GURU 6.0 JADUAL WAKTU PdP 2015

6.1 Diserahkan oleh Tuan Guru Besar. Ada sedikit pertukaran Guru kelas:  1C- Noormila Fairus binti Bahari  4C- Hasnah binti Wahab  1A- Hisnawati binti Che Ishak  4A- Athiyah binti Shuid  2C- Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe  5C- Ramlee bin Hussain  2A- Hasniyanti binti Mohd Hanafiyah  5A- Juniza binti Hashim  3C- Suraiza binti Abdullah  6C- Ruzaini binti Ismail  3A- Muhammad Hafeez bin Ismail  6A- Rohisyam binti Abidin 6.2 Jadual Waktu Kelas:

6.2.1 Semua murid ada aktiviti kokurikulum pada hari Rabu (7.40-9.40 pagi). Ini termasuk kelab dan persatuan, badan beruniform dan 1M1S. Murid-murid akan pulang pada pukul 4.30 petang.

6.3 Semua guru “punch card” pada hari Rabu pukul 4.30 petang.

6.4 Jika guru-guru ada kursus atau aktiviti di luar sekolah, PdP akan di bawa ke waktu kokurikulum dan akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada ibu bapa.

MAKLUMAN 7.0 KELAS TAMBAHAN INTENSIF UPSR 2015 & 2016

7.1 Kelas tambahan tahun 5 adalah arahan dari pihak Jabatan terutamanya sekolah yang merosot.

7.2 Kelas tambahan tahun 5 pada hari selasa sahaja.

7.3 Kelas tambahan tahun 6 pada hari Isnin, Selasa dan Khamis.

7.4 Hari Sabtu pertama (minggu ganjil) dan minggu genap ada kelas tambahan untuk murid target sahaja (15 orang) pada jam 8.00 pagi -12.30 tengahari.

(4)

8.0 ISU-ISU KURIKULUM SKGN

8.1 Bengkel Kecemerlangan Sekolah –

8.1.1 Bagaimana membuat Plan Strategik sekolah 8.1.2 Menentukan KPI masing-masing

8.2 Kita menentukan sendiri Dasar-dasar Sekolah yang boleh membantu dalam semua bidang. Antaranya:

8.2.1 Bacaan Yasin pada pagi Jumaat yang melibatkan semua guru, staf sokongan dan murid-murid Islam. Bagi murid-murid bukan Islam akan di adakan aktiviti lain oleh Cikgu Chatri.

8.2.2 Guru-guru yang masuk ke kelas mestilah memberi salam kepada murid-murid dan murid-murid mengucapkan terima kasih setelah tamat PdP.

8.2.3 Sebelum memulakan PdP, murid-murid Islam dikehendaki membaca doa dan murid bukan Islam boleh berdoa sendiri.

8.2.4 Guru kelas perlu mengambil tindakan kepada murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut tanpa sebab dan makluman dari waris. 8.2.5 Membudayakan ucapan salam di kalangan murid-murid di luar kelas. 8.2.6 Menanamkan budaya membaca di kalangan murid-murid dengan

membaca 5 minit sebelum memulakan PdP, dan membaca di waktu rehat.

8.2.7 Memberi ganjaran kehadiran penuh pada setiap bulan sebagai langkah mengurangkan masalah ponteng.

8.2.8 Memberi hadiah hari lahir kepada murid, guru dan staf sokongan. 8.2.9 Ganjaran kebersihan kelas diberikan dengan mengasingkan antara

tahap satu dengan tahap dua. Dua piala pusingan akan diberikan. 8.2.10 Dalam perhimpunan pagi:

 Isnin – Perhimpunan Rasmi  Selasa –Kurikulum

 Rabu – Kokurikulum  Khamis – Hal Ehwal Murid  Jumaat – Kerohanian

8.2.11 Info mata pelajaran bagi semua subjek pada hari Selasa dan Khamis. Semua guru mata pelajaran terlibat. Murid akan menyampaikan. 8.2.12 Setiap murid perlu ada buku peraturan sekolah. Peraturan-peraturan

sekolah akan dipamerkan di kawasan sekolah.

8.2.13 Guru perlu merekodkan salah laku disiplin murid di dalam kelas dengan betul di dalam buku rekod yang disediakan. Kesalahan ini perlu tindakan segera.

8.2.14 Tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat kepada murid. Mendenda murid dengan cara yang positif. Tidak boleh menyuruh murid membuat kerja sekolah di luar kelas dan tidak boleh membaling buku atau benda ke arah murid.

8.2.15 Mesyuarat semua jawatankuasa sekurang-kurangnya 4 kali setahun, Surat panggilan mesti disediakan kecuali perjumpaan. Minit mesyuarat mesti disediakan selewat-lewatnya seminggu selepas mesyuarat.

8.2.16 Buku Rekod Mengajar dihantar pada hari Jumaat pada waktu akhir atau setelah tamat PdP. Rancangan mengajar pada hari Isnin perlu

(5)

dibuat.Sekiranya tidak sempat, selewat-lewatnya hantar pada pagi Isnin dengan memaklumkam kepada pentadbiran.Di dalam RPH mesti ada tajuk, tarikh, masa, kelas, objektif, aktiviti, nilai dan refleksi yang dibuat selepas PdP.

8.3 Taklimat pelaksanaan Model Bilik Darjah Berkesan 2015 (Rujuk lampiran – MODEL BILIK DARJAH BERKESAN SKPM V.2010, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS TAHUN 2015)

Tindakan: SEMUA GURU 9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 PK Pentadbiran menyatakan bahawa SKT perlu diisi sepanjang tahun. 9.2 GB mengingatkan agar:

9.2.1 CRK yang dipohon hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan, sehari untuk sebulan setengah bekerja.

9.2.2 MC boleh diambil sekiranya guru sakit. GB berhak mendapatkan laporan sakit dari doktor yang berkenaan bagi guru yang ambil MC. MC yang diambil perlu diserahkan kepada PT.

9.2.3 Isi borang keluar terlebih dahulu jika keluar pada waktu bertugas dan tidak melebihi 4 jam.

9.2.4 Mengharapkan semua tugas Kurikulum yang diberi dapat diterima dengan ikhlas dan jalankan tugas sebaik mungkin.

9.2.5 Petang Jumaat dilapangkan untuk memberi ruang bermesyuarat. 9.2.6 Portal sekolah dapat dikemas kini dengan memasukkan

gambar-gambar penolong kanan.

9.2.7 Laporan-laporan hendaklah disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

9.2.8 Kursus yang tidak dapat hadir, sila maklum dengan cepat supaya boleh cari pengganti.

9.2.9 Setiap pencapaian murid perlu direkodkan. Sijil-sijil penghargaan mesti fotostat dan dimasukkan ke dalam fail.

9.2.10 Pihak sekolah akan menyediakan jam pada setiap kelas. 9.3 Pn. Jamalulhaslina:

9.3.1 Mengucapkan terima kasih kepada GB kerana menyediakan 5 minit dalam kelas untuk membaca.

9.3.2 Mohon guru-guru untuk memastikan semua murid mencatat dalam buku Nilam. Kemudian kumpul buku Nilam dan letakkan di ruangan khas.

9.3.3 Harap guru kelas dapat menyediakan ruang khas untuk meletakkan buku Nilam.

9.3.4 Guru-guru boleh mula menggunakan bilik Sumber pada 12 Januari 2015. Guru BM/BI boleh guna PSS mengikut jadual yang telah disediakan.

9.3.5 Mohon guru mencatat dalam buku penggunaan dan pastikan semua murid mencatat dalam buku penggunaan.

(6)

9.4 Pn. Sharizah mengatakan;

9.4.1 Dalam Jawatankuasa Induk Kurikulum, tiada AJK Kecemerlangan Sekolah.

9.4.2 Perlu ada jadual untuk penggunaan bilik Sains.

9.4.3 Komuniti Asean- Masa perhimpunan rasmi, perhimpunan pagi dan dalam aktiviti kokurikulum perlu peruntukan 5 minit info, menulis esei bagi tahap 2 dan menyediakan sudut laluan untuk Komuniti Asean.

9.5 Pn. Hartina:

9.5.1 Meminta agar lihat jadual penggunaan makmal computer. 9.5.2 Guru mata pelajaran mesti membawa murid ke makmal untuk

penggunaan VLE Frog terutama subjek TMK.

9.5.3 Bagi mencapai skor 6 dalam Standard 4, elemen kreativiti diperlukan dan salah satunya ialah penggunaan VLE Frog. 9.6 Pn. Azizah mencadangkan agar ada jadual penggunaan makmal bagi subjek

TMK.

9.7 Cik Suraiza mencadangkan supaya buku Rekod Kawalan Kelas dibuat untuk setiap bulan.

9.8 Cikgu Ramlee menyatakan bahawa Rekod Kawalan Kelas akan menambahkan lagi beban guru kelas.

9.9 Cikgu Sharizah meminta agar guru kelas tahun 6 memasukkan maklumat murid dalam APDM dengan betul.

9.10 Cikgu Chatri meminta guru kelas semak semula buku-buku aktiviti yang telah sampai sama ada mencukupi atau tidak.

Tindakan: SEMUA GURU 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 Tuan Pengerusi memohon maaf bagi pihak pentadbiran di atas keterlanjuran. 10.2 Diharap semua guru dapat menerima semua tugasan yang diberikan dengan

ikhlas dan hati terbuka.

10.3 Terima kasih kerana sudi berkongsi idea.

10.4 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.21 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah al-Asr.

Disediakan oleh: Minit ini dicatat oleh:

……… ………..

SALIHAH BINTI ABD KADIR SALIHAH BINTI ABD KADIR Setiausaha Kurikulum Setiausaha Kurikulum

Referensi

Dokumen terkait

bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 6 ayat (1) huruf a Peraturan Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Nomor 39 Tahun 2013

-- Menjelaskan penyebab tuberculosis paru pada anak Menjelaskan penyebab tuberculosis paru pada anak -- Menyebutkan tanda dan gejala tuberculosis pada anak Menyebutkan tanda dan

Balikpapan Barat, Kota Balikpapan, Kalimantan Timur... 21 Januari, Baru

Mengenai hal ini, apa yang telah dilaku- kan oleh pemerintah Iran bisa dijadikan bahan kajian yang tepat, yaitu karena konsekuensi atas pelarangan perkawinan sesama

Kompetensi adalah suatu kemampuan (keterampilan, sikap, dan pengetahuan) yang dimiliki seseorang yang dapat menunjukkan kinerja unggul dalam melakukan pekerjaan..

Subyek penelitian adalah orang – orang yang dapat memberikan sebuah informasi tentang sesuatu yang sedang di teliti. Peneliti akan memfokuskan penelitiannya

Sehingga dapat disimpulkan bahwa H 0 ditolak, yang artinya secara simultan perubahan laba bersih, perubahan arus kas operasi, perubahan arus kas investasi, perubahan

alasan yang jelas, anak yang tidak divaksinasi tetap rentan. Anak dengan varicella mengekspos kontak dewasa di rumah tangga, sekolah, dan pusat penitipan anak dengan risiko