FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN DALAM PROGRAM KEUSAHAWANAN KOLEJ POLY-TECH MARA
Nor Zalindah Abdul Rahman Norasmah Othman
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti elemen faktor kritikal kejayaan program keusahawanan yang ditawarkan di Kolej Poly-Tech MARA serta melihat kecenderungan mahasiswa melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Menceburi bidang keusahawanan merupakan satu usaha transfomasi dalam melahirkan usahawan muda dan menyumbang kepada pendapatan negara. Bidang keusahawanan ini juga menjadi jambatan kepada pelajar mendapatkan peluang pekerjaan setelah tamat pengajian seterusnya dapat mengurangkan kadar pengangguran. Faktor kritikal kejayaan merupakan satu alat untuk mengukur faktor-faktor kejayaan sesebuah projek dalam mencapai misi serta matlamat perniagaan yang dijalankan. Bidang pendidikan juga boleh mengunakan konsep faktor kritikal kejayaan untuk menentukan kejayaan program dengan mengaplikasi beberapa elemen yang penting. Maka kajian ini menetapkan untuk mengkaji elemen-elemen faktor kritikal kejayaan program keusahawanan yang dijalankan di Kolej Poly-Tech MARA dan melihat kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Empat elemen faktor kritikal kejayaan yang diperkenalkan oleh Rockart 1979 iaitu Industri, Strategi, Alam sekitar dan Sementara dimana terlibat dengan organisasi atau projek untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Kajian menyarankan keempat-empat faktor ini diberi penekanan oleh institusi yang melatih usahawan bagi memastikan bilangan usahawan berjaya dapat ditingkatkan.
Kata kunci: Faktor Kritikal Kejayaan, Program Keusahawanan, Industri, Strategi,
Alam Sekitar, Sementara dan Kolej Poly-Tech MARA.
ABSTRACT
This study was conducted to identify the elements of the critical success factors of entrepreneurship programs offered at Kolej Poly-Tech MARA and the tendency of students to engage in entrepreneurship. Entrepreneurship is a business transformation to produce young entrepreneurs and contribute to the national income. Entrepreneurship is also a bridge to the students find jobs after graduation in turn can reduce the unemployment rate. Critical success factors is a tool to measure the success factors of a project in achieving the mission and goals of the business. Education field can also use the concept of critical success factors for the success of the program by applying some of the elements that are important. So this study set out to examine the elements of the critical success factors of entrepreneurship programs conducted at Kolej Poly-Tech MARA and the tendency of students to engage in entrepreneurship. Four elements are critical success factors introduced by Rockart 1979, Industry, Strategy, Environment and Temporary where involved with an organization or project to achieve the desired result. Studies suggest that four factors emphasized by the institution that trains entrepreneurs to ensure that the number of successful entrepreneurs can be improved.
Keywords: Critical Success Factors, Entrepreneurship program, Industry, Strategy,
PENDAHULUAN
Usahawan merupakan agen yang penting dalam perubahan ekonomi dan pembangunan sesebuah masyarakat (Yusof, 2010). Keusahawanan merupakan satu kerjaya yang menjanjikan pendapatan yang lumayan malah ianya merupakan peluang yang berpotensi untuk diteroka oleh graduan sekaligus dapat mengurangkan dan mengatasi masalah pengganguran pada masa kini. Pemimpin-pemimpin seluruh negara menganggap keusahawan sebagai satu tranfomasi kepada masalah pengangguran (Ahmad dan Rawiyah, 2014). Baharin, Yusoff dan Ismail (2012), menyatakan salah satu kaedah yang membantu pertumbuhan ekonomi menjadi baik dalam sebuah negara adalah dengan kurangnya kadar pengangguran. Maka adalah sangat penting untuk memberi perhatian dan tumpuan dalam usaha membangunkan usahawan (Moksin, 2012). Kesukaran untuk mendapatkan kerja menjadi pendorong seseorang itu menjadi usahawan (Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri Malaysia, 2012). Punca penawaran buruh yang berlebihan ini disebabkan oleh peningkatan bilangan pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi dan fenomena ini menyumbang kepada tekanan dan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan.
Institusi pendidikan juga harus mewujudkan suasana dan persekitaran keusahawanan di mana akan menyumbang kepada keinginan menjadi usahawan serta menimbulkan minat untuk menubuhkan perniagaan selepas tamat pengajian (Fayolle, 2000). Seseorang individu itu akan berupaya mengenal pasti dan merebut peluang yang ada dengan memberikan pendidikan keusahawanan (Yap, 2002). Kementerian Pendidikan Tinggi harus bekerja lebih keras dan berusaha untuk meningkatkan perlaksanaan program keusahawanan (Nordin, 2012). Dalam usaha untuk mengalakkan pembangunan dan pendidikan keusahawanan, Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan serta melancarkan dasar pembangunan keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada 13 April 2010. Kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi menawarkan kursus keusahawanan sebagai jambatan kepada pelajar untuk memiliki kesedaran menjadi usahawan dan seterusnya menambah bilangan usahawan di Malaysia.
Matlamat yang jelas adalah penting untuk kejayaan sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun dalam usaha mencapai matlamat tersebut, setiap organisasi perlu mengenal pasti elemen-elemen faktor kritikal kejayaan yang diperlukan untuk membolehkan mereka mencapai matlamat tersebut. Maka dalam hal ini, terdapat
beberapa elemen faktor kritikal kejayaan yang boleh mempengaruhi dalam menjayakan dan membangunkan kursus keusahawanan sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar KPTM. Antara elemen yang diperlukan adalah industri, strategi, alam sekitar dan sementara. Elemen-elemen ini dapat membimbing organisasi atau kolej untuk meningkatkan produktiviti mereka dan mengenalpasti faktor kejayaan dalam menjalankan program keusahawan (Ahmad dan Rawiyah, 2014). Selain itu bagi mencapai kejayaan dalam setiap perancangan, organisasi itu harus memiliki visi dan misi yang jelas serta faktor kritikal kejayaan yang dapat dijadikan sebagai panduan serta halu tuju agar setiap objektif tercapai (Trkman, 2010).
Selaras dengan visi untuk menjadi Peneraju Institusi Pendidikan Tinggi Pilihan, Kolej Poly-Tech MARA sentiasa memastikan pengajaran dan pembelajaran disampaikan dengan baik untuk melahirkan graduan yang berkualiti serta dapat memenuhi kehendak pasaran. Pelajar KPTM juga diharap mampu membuka perniagaan sendiri selepas tamat pengajian kelak segaligus memenuhi aspirasi MARA dalam melahirkan usahawan. Selaras dengan tujuan itu, KPTM menekankan aspek keusahawanan bagi melahirkan golongan profesional yang mampu menjadi usahawan berjaya dan memiliki ciri-ciri keusahawanan. Setiap program diploma yang ditawarkan, pelajar akan mengambil satu kursus keusahawanan sebagai elektif. Kursus keusahawanan ini adalah sebagai satu langkah persediaan awal untuk menghadapi realiti kehidupan dan menjadi seorang usahawan selepas menamatkan pengajian kelak. Pelbagai program keusahawanan telah di adakan dan didedahkan kepada pelajar Kolej Tech MARA namun bilangan usahawan yang dapat dihasilkan oleh Kolej Poly-Tech MARA masih kurang. Pelajar-pelajar mempunyai mempunyai kesedaran, keupayaan dan pengetahuan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Walau bagaimanapun mereka tidak memiliki keyakinan yang tinggi, kurang kreatif dan tidak berinovasi serta tidak berani untuk berhadapan dengan cabaran tempatan dan global. Kajian faktor kritikal kejayaan ini sangat penting untuk membantu meningkatkan kreativiti dan inovasi program keusahawanan di Kolej Poly-Tech MARA. Dalam masa yang sama dapat memenuhi aspirasi kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup serta melahirkan masyarakat yang progresif, kreatif dan berinovasi, (Mutalib, Mahmud dan Anuar, 2012).
Kertas konsep ini melihat dan memfokuskan kepada elemen-elemen yang boleh menyumbang kepada kejayaan program keusahawanan yang dilaksanankan di Kolej
Poly-Tech MARA. Terdapat banyak kajian-kajian terdahulu yang melihat kepada faktor-faktor yang boleh membawa kepada kejayaan sesebuah organisasi, namun tiada kajian yang memfokuskan kepada fatkor kritikal kejayaan program keusahawan secara keseluruhan. Kajian yang dijalankan oleh Sawardas (2004), melihat kepada faktor kritikal kejayaan bagi implementasi sistem Enterprise Resource Planning (ERP) di sektor perkilangan di Malaysia. Kajian Rosma, Basir, Sameem, Siti dan Norzaidi (2012), mengenalpasti faktor kejayaan kritikal dalam peramalan kecenderungan terjadinya kanser mulut di Malaysia dengan menggunakan Model Kabur. Manakala Kajian Baba, Sha’ri dan Azahari (2006), pula mengukur tanggapan kepentingan dan amalan sebenar faktor kritikal kejayaan (CSFs) dalam pelaksanaan tanda aras. Manakala kajian Zaki, Hasrulnizzam, Mahmooda, Rizal dan Razali (2014), mengkaji faktor kritikal kajayaan amalan pengeluaran bersih di kilang. Kajian yang dijalankan oleh Fatimah et al. (2007), pula mengkaji elemen reka bentuk dan kandungan bahan sebagai faktor kritikal kejayaan E-pembelajaran. Terdapat kajian yang dijalankan melihat kejayaan keusahawanan seperti yang dikaji oleh Azmi, Hairi dan Lee (2012), mengkaji faktor kritikal kejayaan usahawan dalam perniagaan namun kajian ini mengkhususkan kepada uasahawan sahaja. Oleh kerana kertas konsep ini lebih memfokuskan kepada program keusahawanan di Kolej Poly-Tech MARA, maka dengan itu pasti terdapat faktor-faktor yang perlu dikenal pasti bagi melihat sumbanganya terhadap kejayaan program keusahawan yang dijalankan pada intitusi ini. Maka kerta konsep ini akan membincangkan faktor-faktoR yang boleh membantu kepada kejayaan dalam program keusahawanan di Kolej Poly-Tech MARA.
Faktor Kritikal Kejayaan
Daniel (1961), telah memperkenalkan idea faktor kritikal kejayaan pada tahun 1960an. Konsep ini dijadikan panduan untuk mengarah dan mengukur kejayaan sesebuah projek atau perniagaan. Masalah pengurusan maklumat yang tidak mencukupi untuk menentukan objektif, membangunkan strategi, membuat keputusan, dan mengukur hasil memberi kesan dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi (Howell, 2010). Seterusnya, idea ini di popularkan oleh John F. Rockart di MIT Sloan School of Management. Idea ini digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan untuk melaksanakan strategi dan projek-projek organisasi mereka. Konsep faktor kritikal kejayaan ini telah berkembang dan dilaksanakan dengan cara yang berbeza. Rockart (1989), menyatakan bahawa faktor kritikal kejayaan adalah bidang aktiviti yang perlu
menerima perhatian berterusan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan dalam menentukan faktor kritikal kejayaan. Hal ini kerana jumlah yang terhad bagi kawasan yang dihasilkan. Jika memuaskan ianya menunjukkan kejayaan dalam sesebuah organisasi tetapi sekiranya keputusan tersebut tidak memuaskan bermakna usaha untuk organisasi bagi sesuatu tempoh itu adalah kurang.
Menurut Dexter (2010) bidang pendidikan juga boleh mengunakan konsep faktor kritikal kejayaan untuk menentukan kejayaan program dengan mengaplikasi beberapa elemen yang penting. Mensching dan Adams (1991), menjelaskan kejayaan sesebuah syarikat adalah berdasarkan perancangan yang strategik dengan mengenal pasti elemen atau faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan. Mengetahui faktor kritikal kejayaan merupakan aktiviti yang penting dan mesti dilakukan untuk mencapai misi, objektif atau matlamat organisasi atau projek (Howell, 2010). Menurut Licker (1997), proses menganalisis faktor kritikal kejayaan adalah dengan menyenaraikan faktor-faktor yang sangat kritikal untuk sesebuah organisasi itu berjaya dan seterusnya elemen ini akan dinilai dari sudut sumbanganya yang akan membawa kepada keputusan dalam mencapai faktor kritikal kejayaan yang diinginkan. Faktor kritikal kejayaan ini juga digunakan untuk perancangan dan pelaksanaan strategik program atau untuk menguruskan projek, proses, kerja atau prestasi individu atau pekerja (Ahmad dan Rawiyah, 2014).
Kajian Yee dan Mustaffa (2012), menyatakan dalam projek-projek pembinaan mengenal pasti faktor kritikal kejayaan amat penting. Tanpa memahami faktor kritikal kejayaan bagi sesuatu projek akan menyukarkan proses memantau dan mengawal prestasi projek yang berjaya. Oleh yang demikian, pengenalan kriteria kejayaan yang sesuai adalah penting untuk pemilik projek. Hal ini membantu dalam merangka satu rangka kerja khusus dan boleh diukur bagi menilai hasil projek. Ahadzie (2007), juga menjelaskan faktor kritikal kejayaan ini penting untuk peruntukan yang bersesuaian kepada pelbagai sumber projek. Menurut Ibrahim, Basir dan Daud (2012), tidak cukup sekadar memahami faktor-faktor kejayaan projek sahaja tetapi perlu memahami tentang faktor kritikal kejayaan sebuah projek terutamanya projek tersebut amat komplek, rumit dan tidak menentu.
Faktor kritikal kejayaan merujuk sebagai alat untuk mengukur prestasi dalam organisasi dalam mencapai misi organisasi (Gudienea, Banaitisa, Banatienea dan Lopes, 2013). Ia juga boleh membantu individu untuk melakukan kerja mereka sendiri
dalam konteks yang betul untuk mencapai matlamat mereka (Ahmad dan Rawiyah, 2014). Bidang penyelenggaraan bangunan juga sangat memerlukan faktor kritikal kejayaan kerana ia dapat mengenal pasti punca kegagalan serta memperbaiki sistem. Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan pengurusan dalam penyelenggaraan. Menurut kajian lepas, faktor kritikal kejayaan dibahagikan kepada lima elemen iaitu kepimpinan, budaya, struktur, peranan dan tanggungjawab, infratruktur sistem dan ukuran (Trkman, 2010). Kelima-lima elemen ini adalah berdasarkan kepada objektif organisasi dan sangat penting untuk mengenal pasti faktor kritikal kejayaan dalam memahami halangan serta langkah-langkah pertahanan. Di mana halangan akan menyebabkan risiko lebih besar berbanding kejayaan kepada sesebuah organisasi (Trkman, 2010).
Faktor kritikal kejayaan boleh digunakan di semua peringkat organisasi seperti meningkatkan keberkesanan pengurusan di tempat kerja dan membantu syarikat mengetahui bagaimana untuk menghadapi masalah atau pertandingan (Ahmad dan Rawiyah, 2014). Setiap organisasi harus menguruskan risiko supaya kebarangkalian mendapat kegagalan dapat dielakkan serta setiap aktiviti dalam organisasi akan lebih menjurus ke arah mencapai kejayaan untuk seluruh syarikat (Zawawia, Kamaruzzaman, Ithnina dan Zulkarnaina, 2011). Dengan mengetahui faktor kritikal kejayaan dalam operasi perniagaan dapat membantu mengukuhkan pengurusan dan strategi. Dexter (2010), dalam kajiannya menyatakan konsep faktor kritikal kejayaan ini mempunyai elemen yang penting dalam mencapai kejayaan. Elemen tersebut adalah orang, tugasan, struktur dan juga teknologi. Faktor kritikal kejayaan ini juga merupakan satu pendekatan yang perlu diteruskan kerana ia menyediakan nilai dalam fokus sebagai satu set terhad yang dianggap sebagai yang paling penting untuk organisasi atau individu (Camilleri, 2011). Selain itu, faktor kritikal kejayaan ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi tempat kerja sesebuah organisasi (Ahmad dan Rawiyah, 2014).
Mengenal pasti faktor kritikal kejayaan ini amat penting kepada sesebuah organisasi kerana ia membolehkan organisasi untuk menumpukan usaha mereka pada pembangunan organisasi dan keupayaan organisasi dalam memenuhi faktor kejayaan mereka, dan membolehkan organisasi untuk menentukan sama ada mereka mempunyai keupayaan untuk membina keperluan yang diperlukan untuk memenuhi faktor kritikal kejayaan atau tidak (Caralli, 2004). Maka penggunaan konsep faktor kritikal kejayaan dalam kajian ini sangat penting. Oleh itu, kertas kerja ini diteruskan perbincangan empat
unsur untuk faktor kritikal kejayaan program keusahawanan di kolej Poly-Tech MARA yang diperkenalkan oleh Rockart (1979) iaitu Industri, Strategi, Alam Sekitar dan sementara. Konsep faktor kritikal kejayaan ini dapat memberi satu panduan umum dalam mengetahui faktor-faktor kritikal kejayaan program keusahawanan.
Terdapat empat elemen yang di kenal pasti dapat menyumbang kepada kejayaan
program keusahawanan Kolej Poly-Tech MARA. Pertama industri yang
membincangkan secara spesifik berkaitan ciri-ciri industri, kedua adalah strategi yang melihat kepada pemilihan strategi yang tepat untuk bersaing dan meningkatkan pencapian sesebuah organisasi. Seterusnya, faktor persekitaran yang melihat kepada perubahan teknologi dan ekonomi dalam memberi kesan kepada pencapian. Terakhir semasa iaitu berkaitan mengenai persaingan boleh dipengaruhi oleh sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi.
Industri
Setiap industri telah menetapkan faktor kritikal kejayaan yang ditentukan oleh ciri-ciri berdasarkan jenis industri tersebut (Rockart dan Bullen, 1981). Faktor industri ini harus dihormati oleh setiap organisasi dalam industri untuk memastikan kejayaannya (Amponsah, 2010). Dahulunya Malaysia menjadikan Wawasan 2020 sebagai jambatan untuk menjadi sebuah negara perindustrian, memiliki masyarakat yang bersatu padu dan keadaan ekonomi yang stabil (Ahmad dan Rawiyah, 2014). Dengan bertemakan Membina Masa Depan Bersama, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak telah memperkenalkan Transfomasi Nasional 2050 (TN50) sebagai satu kesinambungan kepada Wawasan 2020 dimana beliau menjadikan dasar tersebut satu usaha menjadikan Malaysia negara aspirasi rakyat (Harian Merto, 2017). Bidang pendidikan dijadikan sebagai jambatan untuk melaksanakan dasar TN50 (Harian Merto, 2017). Negara Malaysia juga diharapkan mampu meningkatkan ekonomi kepada RM2 trilion dalam tempoh lapan tahun akan datang dan menjadi 20 negara teratas dalam sektor ekonomi serta indikator kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Kolej Poly-Tech MARA juga harus mengisi keperluan negara dalam mencapai dan merealisasikan aspirasi tersebut. Peranan yang berat dipikul oleh institusi pendidikan untuk melahirkan pelajar yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi adalah dengan menggalakkan pelajar menyertai bidang keusahawanan. Maka kejayaan program keusahawanan di Kolej Poly-Tech MARA boleh disumbang melalui industri.
Strategi
Strategi merupakan satu sifat yang meletakkkan diri sendiri sebagai cara untuk mencapaikan kejayaan dalam sesebuah organisasi (Rockart dan Bullen, 1981). Setiap organisasi dalam sesebuah industri akan berhadapan dengan cabaran individu dan ditentukan berdasarkan pesaing semasa dan sejarahnya (Ahmad dan Rawiyah, 2014). Strategi yang boleh diguna pakai dan diaplikasikan dalam sesebuah organisasi untuk membuat perancangan adalah analisis SWOT (Howell, 2010). Analisis ini merujuk kepada S adalah kekuatan, W merupakan kelemahan, O merujuk kepada peluang dan T pula dikenali sebagai ancaman. Analisis ini merupakan satu perancangan strategi yang boleh membantu sesebuah organisasi untuk mengetahui kualiti dan potensi syarikat mereka untuk mencapai matlamat dan objektif (Ahmad dan Rawiyah, 2014). Analisis ini juga boleh dijadikan sebagai penanda aras tahap untuk melihat pencapaian organisasi.
Alam sekitar
Definisi persekitaran adalah berkaitan dengan faktor persekitaran, di mana sesebuah organisasi mempunyai sedikit kawalan terhadap faktor ini (Ahmad dan Rawiyah, 2014). Sesebuah organisasi harus bijak untuk mencapai misinya walaupun berlaku apa jua perubahan persekitan. Perubahan yang dimaksudkan merujuk kepada perubahan politik negara, kemajuan teknologi dan ekonomi. Kesan yang besar dirasai oleh syarikat dan juga kerajaan seluruh negara yang berpuncakan peningkatan drastik dalam sektor teknologi. Setiap industri akan mengalami persaingan yang sengit. Hal ini juga menyumbang kepada kurangnya keperluan sumber manusia bagi menjalankan pekerjaaan dan menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan dan menjadi penganggur. Krisis ini boleh diatasi dengan orang ramai menjadi usahawan dan mengunakan teknologi untuk mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan di pasaran (Cheung, 2008). Transfomasi minda dalam bidang pendidikan dapat direalisasikan sekiranya generasi baru dapat berdikari dan berdaya saing dalam usaha untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050. Selaras dengan transfomasi yang ditubuhkan untuk mengukuhkan sistem pendidikan ia membawa kepada keperluan Kolej Poly-Tech MARA melahirkan pelajar bersifat dan membudayakan keusahawanan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja negara serta dapat mengurangkan bilangan pengangguran.
Sementara
Sementara melihat kepada situasi yang berlaku dalam tempoh masa sementara atau suatu krisis. Krisis ini boleh memberi kesan dalam satu tempoh masa kepada sesebuah organisasi kerana ianya berlaku tanpa dirancang dan tidak boleh dihalang. Penggangguran dalam kalangan graduan sentiasa menjadi isu dan telah diberi fokus penting oleh kerajaan (Yussof, Ismail dan Sidin, 2008). Keperluan untuk mengubah kemahuan graduan untuk mengharapkan kerja makan gaji kepada menjadi usahawan secara seriaus (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Kolej Poly-Tech MARA juga mempunyai matlamat yang sama untuk menyediakan graduannya yang mampu bersaing dan menceburi bidang keusahawan selepas tamat pengajian kelak. Omar dan Mohamed (2002), membuat kesimpulan bahawa usahawan tulen pada hakikatnya adalah yang sentiasa mahu dan memburu kejayaan di samping mempunyai cita-cita tinggi daripada garis mimpi dengan keupayaan dan pengalaman sendiri (Kuratko dan Hodgetts, 2004). Ahli psikologi telah menyatakan bahawa aspek yang berkaitan dengan keperluan individu untuk mencapai kepuasan diri dalam pengendalian yang paling kuat didorong oleh keperluan untuk tindakan dan adalah satu proses sepanjang hayat. Maslow hierarki telah menunjukkan bahawa motivasi seseorang boleh didorong oleh keperluan seseorang individu.
Kolej Poly-Tech MARA
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 September 2003. Kolej Poly-Tech MARA adalah sebuah institusi pendidikan milik penuh MARA yang diletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang pada awal penubuhan dikenali sebagai Kolej Pelajaran MARA (KYPM) Kolej Poly-Tech MARA merupakan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang didaftarkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Dan sehingga kini KPTM mempunyai 16,000 pelajar di sembilan buah kampus seluruh Malaysia yang mengikuti sebanyak 60 kursus peringkat Diploma, Ijazah dan Professional. Kampus KPTM terletak di Kuala Lumpur, Semporna, Bangi, Kota Bharu, Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Batu Pahat, dan Kesedar. Selaras dengan visi untuk menjadi Peneraju Institusi Pendidikan Tinggi Pilihan, KPTM sentiasa berusaha memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran adalah terbaik bagi melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran. Bagi membentuk pelajar yang berkualiti dan keseimbangan dalam pendidikan, Kolej Poly-Tech MARA akan sentiasa memastikan pelajarnya diberi nilai tambah
termasuk menyediakan pelbagai kemahiran tambahan. Harapan KPTM agar pelajarnya akan memiliki dan mempunyai kebolehpasaran serta berupaya membuka perniagaan sendiri selepas tamat pengajian kelak. dalam masa yang sama dapat memenuhi aspirasi MARA dalam melahirkan usahawan.
Selaras dengan tujuan itu, KPTM menekankan aspek keusahawanan bagi melahirkan golongan profesional yang mampu menjadi usahawan berjaya dan memiliki ciri-ciri keusahawanan. Setiap program diploma yang ditawarkan, pelajar akan mengambil satu kursus keusahawanan sebagai elektif dimana sebagai satu alternatif bagi menghadapi realiti kehidupan selepas tamat pengajian. Selain itu, terdapat program Diploma Keusahawanan yang ditawarkan di mana lebih memfokuskan kepada pembentukan dan melahirkan usahawan. program keusahawanan perlu menggalakkan pelajar untuk memulakan semasa atau selepas tamat pengajian (Dhliwayo, 2008). Dalam usaha untuk mencapai keputusan ini, pelbagai kemudahan telah disediakan. Kemudahan dan suasana dalaman disediakan untuk menyokong aktiviti keusahawanan seperti kelab keusahawanan, bangunan inkubutor bagi aktiviti siswaniaga dan kiosk perniagaan dikawasan akademik. Semua prasarana yang dibina bertujuan untuk menyemarakkan dan memberi galakkan aktiviti keusahawanan di KPTM. KPTM sentiasa menjemput pihak-pihak yang dapat memberi idea dan berkongsi pengalaman bersama pelajar serta ada mengadakan usahasama bersama beberapa agensi berkaitan dengan keusahawanan. Usahasama ini banyak membantu memupuk minat keusahawanan dalam kalangan pelajar KPTM. Kolej Poly-Tech MARA juga selalu mengalakkan pelajar untuk mengikuti aktiviti dan program keusahawanan. Antara contoh aktiviti dan program keusahawanan tersebut adalah karnival, aktiviti jualan dan seminar. Justeru itu, diharapkan para pelajar yang melalui pengalaman ini mampu menyediakan diri mereka dalam menghadapi cabaran di luar setelah tamat pengajian.
Majlis Amanah Rakyat telah memperkenalkan Skim Pinjaman PUTRA bagi membantu Alumni IPMA serta belia berumur di bawah 40 tahun yang ingin memulakan perniagaan (Buku Laporan Kolej-Poly Tech MARA, 2015). Melalui Skim Pinjaman PUTRA ini, seramai 105 pelajar tahun akhir dan Alumni KPTM telah menerima manfaat daripada pinjaman yang disediakan oleh pihak MARA dalam bentuk pinjaman tanpa faedah dan pelajar ditawarkan pinjaman maksima RM10,000 berkonsepkan Qardhul Hasan dimana tempoh bayaran balik adalah selama 3 tahun (Buku Laporan Kolej-Poly Tech MARA, 2015). Dipacu oleh galakan Skim Pinjaman PUTRA, pelajar
dan Alumni KPTM telah menunjukkan minat yang besar dalam perniagaan. Sepanjang 2014 sahaja, sebanyak 200 syarikat ditubuhkan oleh pelajar. Jumlah ini melebihi sasaran asal iaitu 117 syarikat (Buku Laporan Kolej-Poly Tech MARA, 2015). Terdapat pelbagai program yang diadakan, penganjuran dan penglibatan dalam program keusahawanan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar terlibat secara langsung dalam aktiviti keusahawanan.
Kecenderungan pelajar dalam bidang keusahawanan
Kecenderungan diertikan sebagai kesukaan dimana membawa maksud kemahuan atau keinginan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Kecenderungan pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan masih rendah dan kurang memberangsangkan. Kebergantungan kepada silibus sahaja tidak mencukupi untuk mengalakan dan menerapkan ciri keusahawan dalam pembelajaran secara 100%. Hasil kajian Warman et al. (2010), menunjukkan tahap kecenderungan pelajar dalam bidang keusahawan adalah sederhana. Dapatan kajian itu juga melihat kepada penerapan kemahiran keusahawanan dalam proses pembelajaran dan pengajaran berada pada tahap sederhana.
Kajian lain yang dijalankan seperti Mustafa et al. (2013), mendapati motivasi, program pengajian dan sikap merupakan faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar tahun akhir program Diploma Perniagaantani di Kolej Profesional MARA Beranang menceburkan diri dan ingin menjadi usahawan. Menurut Ibrahim et al. (2012) tenaga pengajar harus memiliki ilmu dan pengalaman dalam bidang yang diajar. Tenaga pengajar hanya dilihat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran tetapi tidak dilibatkan untuk pengubulan kurikulum dan sepatutnya mereka adalah kumpulan pendidik yang lebih mengetahui dan memahami situasi sebenar yang berlaku di institusi berkenaan.
Para pendidik yang mengajar bidang keusahawanan haruslah mempunyai pengalaman dan pengetahuan terkini mengenai industri (Bakar, Hamzah dan Udin, 2011). Kurikulum yang dapat membentuk kecenderungan keusahawanan perlu diwujudkan bagi mencapai hasrat dalam membudayakan bidang keusahawanan (Rosli, 2013). Pihak Kolej Poly-Tech MARA haruslah memikirkan dan mengambil langkah tambahan untuk membentuk kepelbagaian dalam bidang keusahawanan agar pelajar lebih bersedia dan berminat serta menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya selepas tamat pengajian.
KESIMPULAN
Daripada sorotan kajian ini didapati terdapat empat elemen yang boleh menyumbang kepada kejayaan program keusahawan di Kolej Poly-Tech MARA. Kesemua elemen ini perlu diberikan perhatian yang lebih dan sewajarnya oleh intitusi ini sekiranya mahu lebih berjaya dalam program keusahawanan yang dijalankan. Kolej Poly-Tech MARA harus mengamalkan dan mempunyai keyakinan, tidak mudah putus asa, proaktif serta berinovasi untuk lebih berjaya. Program keusahawanan yang dilaksanankan akan berfungsi sebagai garis panduan dan penanda aras bagi menjadi sebuah negara yang lebih stabil dari aspek ekonomi dan kepimpinan. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menumpukan perhatian yang lebih serius dalam usaha melahirkan usahawan yang bukan sahaja berjaya malah mampu bersaing di peringkat global. Kementerian Pelajaran juga perlu menumpukan perhatian kepada menghasilkan pelajar yang mempunyai minat keusahawanan sebagai aset kepada pembangunan negara.
Pendidikan keusahawanan perlu diberi perhatian serius kepada pelajar Kolej Poly-Tech MARA dan ia merupakan sebuah komponen yang penting dalam usaha menjadikan individu sesebuah negara lebih kreatif dan inovatif serta menjadi tumpuan di mata dunia. Penggunaan eleman faktor kritikal kejayaan ini akan meningkatkan kadar kejayaan program keusahawanan di Kolej Poly-Tech MARA. Tambahan lagi ianya membantu tenaga pengajar untuk memupuk sikap terbuka, kreatif serta berinovasi pelajar dalam program-program keusahawanan yang dilaksanakan. Kertas konsep ini juga diharapkan dapat memberi idea kepada pengkaji lain dan menyelidik dengan lebih mendalam tentang kejayaan dan kegagalan program-program keusahawanan di institusi pendidikan. Memperkasakan program keusahawanan dan mentransformasikan program keusahawanan dalam kalangan pelajar dijadikan sebagai idea dan cadagan untu dikaji pada masa hadapan.
RUJUKAN
Ahmad Rizal Bin Madar and Rawiyah Binti Abdul Hamid, 2014. International Journal of Sustainable Development & World Policy: A Theoretical Review On Critical Success Factors (Csfs) Of Entrepreneurship Programs In Community College, 2014, 3(6): 138-145.
Amponsah, C.T., 2010. Public-private partnership: Critical success factors for procurements of capital projects. School Technology of Bussiness and Technology: Capilla University.
Azmi Abdul Manaf, and Nik Hairi Omar, and Lee, Kuan Yee (2012) Faktor kritikal
kejayaan usahawan dalam perniagaan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan
Kemanusiaan, 7 (1 (spe). pp. 34-45. ISSN 1823-884x.
Baba Md Deros, Sha’ri Mohd Yusof & Azhari Md Salleh, 2006. Perceptions And Practices Of Critical Success Factors In Benchmarking Implementation In Malaysian Automotive Manufacturing Companies. Journal Of Quality Measurement And Analysis. Jqma 2(1) 2006, 45-61.
Baharin, N., Yusoff, I. dan Ismail. R. (2012). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangguran di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII). Ipoh, Perak. pp: 209-227.
Camilleri, E., 2011. Project success: Critcal factors and behaviours. Burlington: Gower Publishing Limited.
Caralli, R., 2004. The critical success factor method: Establishing a foundation for enterprise security management. Carnegie Mellon Software Engineering Institute. http://www.sei.cmu.edu/reports/04tr010.pdf
Cheung, C.K., 2008. Entrepreneurship education in Hong Kong’s secondary curriculum: Possibilities and limitations. Journal of Education and Training, 50(6): 500-515 Dexter, B. (2010). Critical Success Factor for Development Team Project. Journal of
Team Performance Management. 10. pp343-358.
Dhliwayo, S., 2008. Experiential learning in entrepreneurship education: A prospective model for South African tertiary institutions. Journal of Education and Training, 50(4): 329-340.
Fatimah, Hassan, Zakaria, Zuraini, Hj Mokhtar dan Khairiah Salwa, 2007. Elemen Reka
Bentuk Dan Kandungan Bahan Sebagai Faktor Kritikal Kejayaan E-Pembelajaran. Fayolle,A. (2000). Exploratory Study to Assess the Effects of Entrepreneurship Programs on Student Entrepreneurial Behaviours, Journal of Enterprising Culture, 8(2), 169-184.
Gudienėa, N., Banaitisa A, Banaitienėa, N., Lopes, J. (2013) Development of a Conceptual Critical Success Factors Model for Construction Projects: a Case of Lithuania. 11th International Conference on Modern Building Materials, Structures and Techniques, MBMST 2013.
Howell, M.T., 2010. Critical success factors simplified, implementing the powerful drivers of dramatic bussiness improvement. New York: Taylor and Francis Group. Ibrahim, P., Basir, S. A., Daud, N. (2012). Critical Success Factors (Csf) Of ZakahFinanced Small- Scale Entrepreneurs (Zfse): Malaysian Experience. Proceedings International Conference of Technology Management, Business and Entrepreneurship. Renaissance Hotel, Melaka, Malaysia.
Kamus Dewan (2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. (2012). Memacu Transformasi Menjana Pertumbuhan: Laporan MITI 2012.
Kuratko, D.F. and R.M. Hodgetts, 2004. Entrepreneurship: Theory, process and practice. 6. Ohio: South Western.
Ministry of Education Malaysia, 2010. Basic entrepreneur development, third printing, 2012.
Moksin, N., 2012. Pembudayaan keusahawanan di politeknik Melaka: Isu dan cabaran. Prosiding Seminar Keusahawanan Kebangsaan Kolej Komuniti 2012. 31 Oktober – 1 November 2012 :Putra World Trade Centre (PWTC). pp: 381-396.
Muhamad Zaki Yusupa,b , Wan Hasrulnizzam Wan Mahmooda , Mohd Rizal Salleha dan Mohd Razali Muhamada, 2014. The Influence Factor for the Successful Implementation of Cleaner Production: A Review. Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering) 67:1 (2014), 89–97.
Mutalib, N., A. Mahmud and M.N. Anuar, 2012. Skim prestasi tinggi graduat berkeusahawanan. Prosiding Seminar Keusahawanan Kebangsaan Kolej Komuniti 2012. 31 Oktober – 1 November 2012: Putra World Trade Centre (PWTC). pp: 57-67.
Nordin, K., 2012. Ucapan menteri pengajian Tinggi Malaysia. Perasmian Seminar Keusahawanan Kebangsaan 2012. Kelestarian Keusahawanan Memacu Ekonomi Mapan.
Omar, L.O. and S. Mohamed, 2002. Memperkasakan usahawan. Utusan Publications & Distributiors Sdn. Bhd.Seri Kembangan: Lohprint Sdn. Bhd.
Rosma Mohd Dom, Basir Abidin, Sameem Abdul Kareem, Siti Mazlipah Ismail & Norzaidi Mohd Daud, 2012. Determining the Critical Success Factors of Oral Cancer Susceptibility Prediction in Malaysia Using Fuzzy Models. Sains Malaysiana 41(5)(2012): 633–640.
Rockart, J., 1979. Chief executive define their own information needs. Harvard Bussiness Review: 81-92.
Rockart, J. and C. Bullen, 1981. A primer on critical success factors.Center for information systems research Working Paper No. 69. Sloan school of management. Massachusetts: MIT, Cambridge
Sawaridass Arokiasamy (2004). Critical Success Factors for Successful Implementation of Enterprise Resource Planning Systems in Manufacturing Organizations.
Trkman, P. (2010), The critical success factors of business process management International Journal of Information Management. pp. 125-134.
Warman, S., Roddin, R., Esa, A., Awang, H., Mohamed, M., Ab. Rahman, A. (2010). Penerapan Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Di Politeknik. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan. 25-26 September.
Yap, P.M. (2002). Kesediaan Guru-guru Perdagangan Terhadap Penagajaran Subjek Pengajian Keusahawanan. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana.
Yee, C. Y. & Mustaffa N. E., (2012). Analysis of factors critical to construction project success in Malaysia. Journal of Engineering, Construction and Architural Management.19(5). pp. 543-556.
Yusof, A. A (2010). Pengenalan Kepada Usahawan dan Keusahawanan. Kuala Lumpur: ScholarMind Publishing.
Yussof, I., R. Ismail and R. Sidin, 2008. Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes Siswazah UKM. Akademika, UKM, 72: 3-24.