BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Strategi dapat ditafsirkan sebagai rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Manakala menurut Friedman (1984), yang mengertikan strategi sebagai penetapan sasaran dan tujuan jangka panjang sesebuah perusahaan dan arah tindakan serta sumber daya yang diperlukan untuk mencapai sasaran dan tujuan.
Mengikut Porter (1998), dalam strategi persaingan adalah kaedah yang membangunkan strategi yang berdaya saing bagi membangunkan satu formula yang luas, bagaimana sesuatu perniagaan akan bersaing, apa matlamatnya, dan dasar-dasar yang diperlukan untuk melaksanakan matlamat tersebut.
1.1.1 Kontraktor
Menurut Mohd Yazee (2005), kontraktor adalah pihak yang diberi mandat bagi menjalankan sesuatu kerja berbentuk projek atau pembekalan kepada pihak yang menawarkan kerja yang dipanggil klien. Mandat ini berbentuk surat setuju terima di kalangan kontraktor. Surat setuju terima diberikan kepada kontraktor yang memenangi sesuatu tender atau sebutharga. Klien selalunya terdiri daripada pihak kerajaan, badan berkanun atau pihak swasta yang mahu mengadakan sesuatu kerja atau projek dan memerlukan kepakaran tertentu bagi melaksanakannya. Bagi tujuan ini klien akan mengeluarkan tender atau sebut harga dan memanggil kontraktor-kontraktor yang berminat untuk mendapatkan tender atau sebut harga tersebut.
1.1.2 Tender Dan Sebut harga
Pihak yang paling banyak mengeluarkan tender dan sebut harga adalah pihak kerajaan melalui agensi atau jabatan-jabatan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), dan banyak lagi jabatan lain yang melalui kementerian masing-masing.
Tender dan sebut harga ini akan dikeluarkan sendiri melalui jabatan masing-masing atau melantik agensi yang lebih arif seperti JKR ataupun melantik pihak luar seperti firma-firma perunding sivil, juruukur bahan, arkitek dan lain-lain bergantung kepada jenis kerja dan anggaran kos. Apabila dokumen tender dan sebut harga siap pihak yang berkenaan akan mengiklankan tender dan sebut harga tersebut samaada di akhbar-akhbar, papan kenyataan di jabatan-jabatan kerajaan atau di laman web masing-masing juga bergantung kepada jenis dan nilaian sesuatu projek. Nilaian kos sesuatu projek akan menentukan gred kontraktor yang boleh memasuki tender dan sebut harga tersebut samada Gred G1, G2, G3, G4, G5, G6 atau G7.
Terdapat enam (6) gred pendaftaran bagi Kontraktor Kerja Awam yang dikategorikan mengikut jenis perolehan, had nilai perolehan kerja, dan had kawasan operasi. Kontraktor yang berdaftar hanya dibenarkan menyertai tender atau sebutharga kerajaan yang dipelawa bagi gred pendaftaran yang ianya didaftarkan sahaja.
Jadual dibawah menunjukkan Had Nilai Perolehan Kerja dan kawasan operasi bagi satu-satu gred pendaftaran:-
Jenis Perolehan
Gred Pendaftaran
Had Nilai Perolehan Kerja
(RM) Kawasan Operasi
Sebut Harga G1 / Kelas F Tidak melebihi 200,000.00 (Taraf Bumiputera) di daerah didaftarkan Sebut Harga G2 / Kelas E Tidak melebihi 500,000.00 Negeri
Tender G3 / Kelas D Tidak melebihi 1,000,000.00 Negeri Tender G4 / Kelas D Tidak melebihi 3,000,000.00 Seluruh Negara Tender G5 / Kelas C Tidak melebihi 5,000,000.00 Seluruh Negara Tender G6 / Kelas B Tidak melebihi 10,000,000.00 Seluruh Negara Tender G7 / Kelas A Tiada Had Seluruh Negara Sumber : Portal Rasmi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
1.1.3 Majlis Perbandaran Sepang
Majlis Perbandaran Sepang (MPS) ada mengeluarkan kerja kepada kontraktor kecil iaitu gred G1 dan G2 yang bernilai RM50,000 hingga RM 500,000. Kerja ini diberi mengikut kaedah sebut harga. Untuk mengeluarkan sebuah sebut harga merupakan satu proses yang panjang dan mempunyai turutan tertentu. Ia bermula daripada perancangan awal sehinggalah kepada penyediaan spesifikasi, permohonan peruntukan serta proses-proses yang terlibat sebelum sesebuah sebutharga dapat dikeluarkan.
Permohonan untuk pendaftaran Syarikat di MPS adalah kontraktor perlu berdaftar online melalui laman web rasmi Sistem Tender Online Selangor 2.0 (https://tender.selangor.my) untuk menyertai sebut harga atau tender. Kontraktor perlu mendaftar syarikat dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor terlebih dahulu kerana maklumat ini ditujukan kepada syarikat yang mempunyai lesen sebagai kontraktor dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) supaya mendaftarkan syarikat dengan UPEN Selangor. Arahan ini hanya kontraktor yang telah mendaftar sahaja layak menyertai sebarang kerja termasuk tender atau sebut harga jabatan Kerajaan Negeri Selangor.
Jabatan dan unit di MPS banyak mengeluarkan sebut harga yang diberikan kepada kontraktor G1 dan G2. Antara jabatan yang terlibat mengeluarkan sebut harga adalah Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap, Unit Perkhidmatan Bandar, Jabatan Bangunan, dan Jabatan Perancang Bandar. Merujuk Jadual 1.2 merupakan contoh sebut harga yang dikeluarkan oleh jabatan dan unit MPS.
Jadual 1.2 Contoh Sebut Harga Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Majlis Perbandaran Sepang
Jabatan / Unit Nilai Sebut Harga Nama Projek Jabatan
Kejuruteraan
RM 155,069.00 Cadangan Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja Berkaitan Di Jalan PP6/27 Dan PP6/28, Taman Putra Perdana, Mukim Dengkil Untuk Majlis Perbandaran Sepang Jabatan Landskap RM344,517.20 Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan
Landskap Lembut Bagi Kawasan Sekitar Bandar Baru Salak Tinggi (A) Untuk Majlis Perbandaran Sepang.
Jabatan Bangunan
RM 119,568.00 Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Dan Menyiapkan Kuarters Pekerja 2 Tingkat Untuk 4 Unit Rumah Di Bandar Baru Salak Tinggi Untuk Majlis Perbandaran Sepang Jabatan
Perancang Bandar
RM 499,935.70 Cadangan Kerja-Kerja Pemasangan Rekabentuk Papantanda ”Cyberjaya @ Sepang” Berskala ”Hollywood Signage” Di Cyberjaya Untuk Majlis Perbandaran Sepang
Unit
Perkhidmatan Bandar
Rm 358,800.00 Kerja-Kerja Pembersihan Rumput, Longkang Dan Sapuan Di Taman Mas, Puchong (Lot Komersial & Kawasan Perindustrian Mas) Untuk Majlis Perbandaran Sepang
Untuk berjaya dalam pemilihan sebut harga di MPS, kontraktor perlu mematuhi syarat-syarat wajib yang dikenakan iaitu perlu mengemukakan sijil asal atau salinan untuk PKK, SPKK, PKK, CIDB, UPEN, modal yang mencukupi, pengalaman dan prestasi syarikat dan dokumen yang mencukupi.
1.2 PENYATA MASALAH
Rajah 1.1 menunjukkan bilangan kontraktor yang memasuki sebutharga dan bilangan sebutharga yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sepang yang tidak melebihi RM 500,000.00 dalam setahun.
(Sumber : Buku Daftar Kontraktor Tahun 2012, 2013, 2014, 2015 dan 2016 Unit Tender Dan Kontrak, Majlis Perbandaran Sepang)
Rajah 1.1 Bilangan Kontraktor Kecil Yang Memasuki Sebut Harga Di Majlis Perbandaran Sepang
(Sumber : Buku Daftar Kontraktor Tahun 2012, 2013, 2014, 2015 dan 2016 Unit Tender Dan Kontrak, Majlis Perbandaran Sepang)
Rajah 1.2 Bilangan Sebutharga Yang Dikeluarkan Oleh Majlis Perbandaran Sepang Dalam Setahun
Merujuk Rajah 1.1 dan 1.2, pertambahan bilangan kontraktor kecil iaitu G1 dan G2 yang berdaftar dengan MPS pada setiap tahun, persaingan di antara kontraktor kecil untuk mendapatkan projek semakin meningkat. Kebarangkalian untuk memenangi sesuatu sebut harga akan berkurang dengan pertambahan bilangan kontraktor kecil yang menender. Selain itu, masalah timbul kerana kurangnya pengetahuan oleh kontraktor tentang strategi-strategi yang boleh digunakan untuk memenangi sebut harga.
Bilangan kontraktor yang menyertai sangat ramai berbanding dengan bilangan kerja yang ditawarkan. Konraktor perlu mengatur strategi supaya dapat bersaing dengan kontraktor-kontraktor lain dan berjaya dalam ‘pertandingan’ sebut harga. Menurut Khairul Nizam Bakar (2015), persaingan dalam membida sebut harga atau tender kerajaan amat sengit dan kadangkala terlalu sukar. Untuk memenanginya, perlu
mempunyai pengetahuan tentang bagaimana sesebuah sebut harga atau tender dilaksanakan. Pengetahuan yang ada amat penting dalam menganalisa maklumat penting misalnya menentukan nilai sesebuah projek.
Terdapat banyak masalah dari kontraktor G1 dan G2 yang menyebabkan mereka sukar untuk memenangi sebut harga di sektor kerajaan. Antaranya mereka bukan dari kalangan yang berprofesional dan berkemahiran seperti tidak mempunyai sebilangan pekerja dalam bidang tertentu seperti tukang besi, tukang kayu, tukang simen, tukang konkrit dan juga pekerja am. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, (2011) mencadangkan agar pendaftaran baharu bagi mendapatkan Lesen Kontraktor Kelas G1 (Bumiputera) hanya dibuka kepada pemohon yang mempunyai kemahiran atau kepakaran khusus dalam sektor pembinaan. Beliau berkata, ini kerana pihaknya mahu melahirkan kontraktor yang benar-benar boleh menjadi usahawan tulen, bukan hanya menyerahkan subkontrak projek yang diperoleh kepada pihak lain. Menurutnya, seorang kontraktor sepatutnya membuat sendiri kerja-kerja pembinaan tetapi amat mengecewakan apabila terdapat aduan mengatakan ada dalam kalangan kontraktor Kelas G1 menjual atau menyerahkan subkontrak penuh kepada pihak lain.
Kontraktor pembinaan sentiasa terdedah kepada pelbagai masalah sepanjang perlaksanaan kerja-kerja pembinaan. Kerugian dan kemungkinan untuk gagal dalam menguruskan sumber kewangan adalah merupakan salah satu masalah yang perlu dihadapi oleh mereka. Bagi mengatasi masalah ini, mereka memerlukan satu sistem pengurusan kos dan kewangan yang berkesan sepanjang proses pembinaan dilakukan. (Upson, 1987 ; Peterson, 2005)
Sumber-sumber pinjaman kebanyakannya dari bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang lain. Mengikut Abu Hassan, (1988). Walaupun konktraktor boleh memohon pinjaman dari bank dan institusi kewangan yang lain, tetapi jumlahnya adalah
terhad dan banyak syarat yang perlu dipatuhi. Oleh sebab itu mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek. Selain itu kemudahan kredit untuk membeli bahan-bahan binaan juga sukar diperolehi. Bayaran ke atas tuntutan biasanya lambat diterima daripada klien, kos loji semakin meningkat dan kadar kerosakan adalah tinggi. Selain itu mereka juga menghadapi masalah seperti buruh tidak berkualiti, aliran tunai sukar diramal dan kurang pengetahuan mengenai teknik-teknik pengurusan binaan
Menurut Mohamad Ibrahim, (2006), bagi kontraktor-kontraktor membeli loji-loji dan alat-alat binaan yang berat adalah paling membebankan daripada segi kewangan. Tidak banyak kontraktor yang mampu dan sanggup membeli peralatan tersebut walaupun terdapat kemudahan pinjaman. Risiko-risiko seperti kerja binaan yang tidak menentu, kadar penggunaan yang tidak dapat dimaksimumkan, beban pembaikan, penjagaan dan alat ganti dan lain-lain lagi, membuat para kontraktor berwaspada untuk memiliki loji-loji binaan tersebut. Dalam hal ini, kewujudan perkhidmatan sewa/pajak loji binaan amat penting di dalam industri binaan. Walaubagaimanapun perkhidmatan ini masih lagi terhad kepada loji-loji tertentu sahaja.
Sejak kebelakangan ini, keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu telah mengundang kegusaran di dalam kalangan pembeli terutamanya bagi membeli rumah mampu milik. Landskap ekonomi semasa yang dialami dunia banyak memainkan peranan penting sehingga boleh menyebabkan peningkatan harga bahan binaan perumahan. Ia sekali gus akan melonjak kos perumahan sehingga menyukarkan pembeli memiliki rumah idaman mereka. Menyedari kepentingan tersebut, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan memasarkan bahan binaan secara terus kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan projek pembangunan perumahan melalui anak syarikatnya, SPNB Edar Sdn. Bhd. (SESB). Langkah proaktif berkenaan dilakukan bagi memastikan harga jualan kekal rendah dan mampu dimiliki golongan sasaran yang ingin memiliki rumah idaman mereka. Ia juga bagi menjamin projek perumahan yang akan
dibangunkan berkualiti tinggi. Menurut Pengerusi SESB, Datuk Dr. Mohd. Padzil Hashim, (2017), melalui langkah proaktif itu, masalah kualiti serta projek terbengkalai disebabkan masalah modal pihak kontraktor dapat ditangani dan dikekang. SESB bertanggungjawab membekalkan bahan binaan terus kepada kontraktor. Melalui pendekatan ini, bahan binaan yang digunakan kelak mematuhi piawaian ditetapkan sekali gus dapat mengawal kualiti projek. Selain itu, bekalan bahan binaan diperoleh juga daripada sumber yang boleh dipercayai dan berkualiti. SESB mempunyai tanggungjawab sosial yang besar terutama membabitkan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Beberapa perkara yang menjadi persoalan terhadap kajian ini iaitu :
1. Apakah masalah-masalah kontraktor kecil yang menyukarkan mereka untuk memenangi sebut harga di Majlis Perbandaran Sepang?
2. Apakah strategi yang dipraktikkan oleh kontraktor kecil untuk memenangi sebut harga di Majlis Perbandaran Sepang?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai di dalam kajian ini iaitu:
1. Mengenalpasti masalah-masalah kontraktor kecil yang menyukarkan mereka untuk memenangi sebut harga.
2. Mengenalpasti strategi yang di praktikkan oleh kontraktor kecil untuk memenangi sebut harga di Majlis Perbandaran Sepang.
1.5 SKOP KAJIAN
Kajian ini hanya tertumpu kepada segala masalah yang dihadapi di dalam aktiviti pembinaan yang dilaksanakan oleh syarikat kontraktor dan strategi yang digunakan untuk mengatasi masalah. Batasan kajian adalah seperti berikut :
1. Kawasan kajian adalah kontraktor di sekitar kawasan Daerah Sepang.
2. Syarikat kontraktor yang dipilih sebagai responden adalah yang melakukan perolehan secara kerja sahaja.
3. Responden adalah syarikat kontraktor yang memasuki sebut harga di Majlis Perbandaran Sepang.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Melalui kajian yang dijalankan ini, diharap ianya dapat memberi sumbangan kearah perkembangan sektor industri binaan dengan lebih maju dan berdaya saing. Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah kontraktor kecil yang menyukarkan mereka untuk memenangi sebutharga di Majlis Perbandaran Sepang.
Selain itu, kajian ini juga memberi panduan dan pendekatan yang berkesan kepada strategi- strategi yang dipraktikkan oleh kontraktor kecil untuk memenangi sebutharga.
1.7 ORGANISASI BAB
Bab 1 Pengenalan
Dalam bab pertama, menjelaskan struktur keseluruhan kajian yang merangkumi pengenalan, latarbelakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, skop kajian serta juga struktur kesuluruhan tesis. Umumnya bab pertama memberi gambaran terhadap kesuluruhan kajian yang dijalankan.
Bab 2 Kajian Literatur
Di dalam bab kedua , menerangkan tentang masalah-masalah kontraktor kecil yang menyukarkan mereka untuk memenangi sebut harga. Selain itu, kajian ini juga
menjelaskan strategi yang dipraktikkan oleh kontraktor kecil untuk memenangi sebutharga.
Bab 3 Metodologi
Bab ketiga ini akan menerangkan proses pengumpulan data kajian dan kaedah pengumpulan data yang digunakan bagi mencapai objektif kajian.
Bab 4 Analisis Data
Bab keempat termasuk analisis kajian dikumpul daripada soal selidik dan temubual. Di antara topik yang ditekankan ialah tentang mengenalpasti masalah kontraktor kecil yang menyukarkan mereka untuk memenangi sebut harga dan juga mengenalpasti strategi-strategi yang diperaktikkan oleh kontraktor kecil untuk memenangi sebut harga. Penjelasan tentang kajian dapat dinyatakan dan menentukan samada matlamat dan objektif yang ditentukan tercapai.
Bab 5 Perbincangan, Kesimpulan Dan Cadangan
Bab terakhir , membincangkan kesimpulan terhadap kajian yang telah dilakukan dan memberi gambaran mengenai cadangan bagi kajian lanjutan untuk penambahbaikan.
1.8 RUMUSAN BAB
Bab ini merumuskan mengenai tajuk kajian yang merangkumi isu-isu berkaitan kajian, persoalan kajian, objektif yang akan dilaksanakan, skop bidang kajian dan kepentingan kajian. Perkara-perkara ini adalah penting bagi mengenalpasti bidang kajian dan kaedah perolehan data serta skop bidang kajian yang dilaksanakan.