• Tidak ada hasil yang ditemukan

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)"

Copied!
84
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

I Maklumat Tabung 4

II Prestasi Tabung 5

III Laporan Pengurus 7

IV Penyata Pengurus 10

V Penyataan Pemegang Amanah 11

VI Laporan Juruaudit 12

VII Penyata Kewangan

A. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan 14 B. Penyata Pendapatan Komprehensif 15

C. Penyata Aliran Tunai 16

D. Nota-nota Berkenaan Penyata

Kewangan 17

SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)

I Maklumat Tabung 29

II Prestasi Tabung 30

III Laporan Pengurus 32

IV Penyata Pengurus 35

V Penyataan Pemegang Amanah 36

VI Laporan Juruaudit 37

VII Penyata Kewangan

A. Penyata Pendapatan Perbelanjaan 39 B. Penyata Pendapatan Komprehensif 40 C. Penyata Kedudukan Kewangan 41 D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti 42 E. Penyata Aliran Tunai 43 F. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 44

(4)

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL

Para pemegang-pemegang unit SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) dan SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN) yang dihormati, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) selaku Pemegang Amanah dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) selaku Pengurus Tabung ASB dan ASN, dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan ASB dan ASN bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

ULASAN PASARAN Tinjauan Pasaran Modal

Bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2012, penanda aras utama Bursa Malaysia iaitu Financial Times Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBM KLCI) telah mencatatkan peningkatan sebanyak 158.22 mata atau 10.34% untuk ditutup pada 1,688.95 mata pada 31 Disember 2012, berbanding 1,530.73 mata yang dicatatkan pada 30 Disember 2011. Bagi tempoh yang sama, FBM KLCI telah mencatat paras tertinggi 1,688.95 mata pada 31 Disember 2012, manakala paras terendah 1,504.22 mata dicatatkan pada 4 Januari 2012. Hampir kesemua penanda aras sektor di dalam pasaran saham Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan sejajar dengan prestasi positif FBM KLCI. Sektor perlombongan mencatatkan kenaikan tertinggi sebanyak 17.92%, diikuti oleh sektor kewangan yang mencatatkan kenaikan sebanyak 12.07%. Manakala sektor teknologi pula mencatatkan penurunan sebanyak 20.59%, diikuti pula penurunan oleh sektor pembinaan sebanyak 4.21% berbanding pada 30 Disember 2011.

Secara keseluruhannya, prestasi pasaran saham di sepanjang tempoh tinjauan adalah positif didorong oleh pertumbuhan ekonomi Malaysia yang stabil di sokong oleh pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak RM127.90 bilion. Pertumbuhan ini menunjukkan aktiviti pelaburan domestik yang semakin rancak, terutamanya pelaksanaan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ekonomi Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.20% pada suku ketiga 2012 berbanding 5.60% pada suku kedua 2012, di sokong oleh permintaan dalam negeri yang menggalakkan dari aktiviti penggunaan dan pelaburan (Sumber: Bank Negara Malaysia, BNM). Walaubagaimanapun eksport barangan dan perkhidmatan telah menurun dipengaruhi oleh permintaan luar negeri yang lebih perlahan.

Bagi tempoh Januari sehingga Jun 2012, pasaran saham mula mencatatkan peningkatan didorong oleh aliran masuk portfolio pelaburan asing ke dalam pasaran saham tempatan dan rantau Asia. Walaubagaimanapun, keyakinan pelabur mula terjejas disebabkan oleh kebimbangan pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan dan ekonomi Amerika Syarikat yang masih lemah serta krisis hutang yang melanda negara-negara Eropah.

Walaubagimanapun, pasaran saham kembali cergas bagi tempoh Julai sehingga Disember 2012 berikutan pelonggaran dasar monetari oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah untuk meransangkan aktiviti ekonomi global. Sentimen pelabur bertambah positif berikutan masalah tebing fiskal (“fiscal cliff”) Amerika Syarikat yang berjaya diselesaikan. Ini adalah antara sebab yang telah mendorong FBM KLCI kepada paras tertinggi untuk di tutup pada 1,688.95 pada 31 Disember 2012.

(5)

Walaubagaimanapun, tumpuan pelabur adalah terdorong kepada kaunter-kaunter yang mempunyai asas yang kukuh dan prestasi dividen yang stabil. Oleh itu kaunter seperti DIGI.Com Berhad (+38.59%), Petronas Dagangan Berhad (+34.19%), Petronas Gas Berhad (+28.42%) dan Public Bank Berhad (+21.67%) mencatatkan prestasi yang menggalakkan. Ini berikutan strategi defensif yang digunapakai oleh pelabur memandangkan keadaan pasaran yang tidak menentu dipengaruhi faktor persekitaran luar yang mencabar. Pada tahun 2012, Bursa Malaysia telah menyenaraikan syarikat-syarikat besar seperti Felda Global Ventures Holdings Berhad dan IHH Healthcare Berhad yang merupakan penyenaraian kedua dan ketiga terbesar di dunia selepas Facebook Inc., sebagai langkah untuk menambahkan pilihan dan kecairan pasaran.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada tahap 3.00% pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) 8 November 2012. Dasar monetari semasa adalah akomodatif dan menyokong kegiatan ekonomi negara (Sumber: BNM).

Prospek Ekonomi dan Pasaran Modal

Persekitaran ekonomi global dijangka akan lebih mencabar dan tidak menentu bagi tahun kewangan 2013. Berdasarkan laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF) pada Oktober 2012, prospek pemulihan ekonomi global terjejas akibat polisi di Eropah dan beberapa negara maju yang gagal memperbaiki aras keyakinan pelabur secara menyeluruh. Justeru itu, IMF mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia pada kadar yang lebih rendah iaitu 3.30% bagi tahun 2012 dan 3.60% bagi tahun 2013 berbanding dengan unjuran sebelumnya pada kadar 3.50% dan 3.90% (IMF, Julai 2012). Unjuran pertumbuhan bagi tahun 2012 juga adalah lebih rendah berbanding dengan kadar 3.80% bagi tahun 2011. Ini berikutan ekonomi dan perdagangan utama dunia seperti Kesatuan Eropah (-0.40%), China (7.80%) dan India (4.90%) dijangka mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah akibat krisis hutang yang berterusan di negara-negara Eropah, keadaan kewangan global yang masih lemah, risiko perdagangan dunia yang sederhana serta kelemahan keadaan pasaran pekerja (Sumber : Tabung Kewangan Antarabangsa, Oktober 2012).

Bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia, aktiviti dalam negeri di jangka terus berkembang untuk mengimbangi kelemahan sektor luaran. Pelaburan dijangka terus kukuh, didorong oleh peningkatan perbelanjaan modal dalam sektor berorientasikan dalam negeri, minyak dan gas serta projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan di bawah perlaksanaan Program Transformasi Ekonomi. Pada tahun 2013, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar 4.50% hingga 5.50%, di mana Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di jangka melepasi paras 1 trilion ringgit (Sumber: BNM). Walaubagaimanapun, inflasi dijangka meningkat pada tahun 2013, namun kadarnya dijangka kekal sederhana kerana terdapat kapasiti lebihan dalam ekonomi. Harga tenaga dan komoditi dunia juga dijangka terkawal kerana keadaan ekonomi global semasa yang lemah. Pasaran Malaysia yang secara relatifnya lebih defensif turut membantu sentimen pelabur dan dijadikan asas bagi aliran masuk wang pelaburan asing. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa potensi bagi pasaran tempatan untuk terus meningkat dan menguji paras tertinggi dalam tempoh kewangan ASB masih bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tempatan di dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar.

(6)

Para pemegang-pemegang unit ASB yang dihormati,

AmanahRaya Trustees Berhad (ART) selaku Pemegang Amanah dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) selaku Pengurus ASB, dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. a. Kategori dan Jenis Tabung b. Objektif Pelaburan Tabung c. Penanda Aras Tabung d. Polisi Pengagihan Pendapatan Tabung e. Pegangan Unit

Objektif pelaburan ASB adalah untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minima. ASB menggunakan penanda aras Kadar Faedah Pasaran Wang Antara Bank 3-bulan (KLIBOR 3-bulan) bagi tujuan perbandingan prestasinya:

ASB akan mengagihkan perolehan daripada pendapatannya, jika ada, tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan daripada pemegang amanah.

Pada 31 Disember 2012, seramai 7,824,331 individu telah menyertai ASB. Pecahan pegangan unit adalah seperti berikut:

Nama Tabung Kategori Jenis Tabung Skim Amanah Saham Ekuiti Pendapatan Bumiputera I. MAKLUMAT TABUNG 5,000 ke bawah 5,769,315 3,525,864,015 5,001 - 10,000 442,932 2,956,943,218 10,001 - 50,000 999,209 22,581,282,595 50,001 - 500,000 600,557 72,707,968,080 500,001 ke atas 12,318 8,525,132,256 Jumlah 7,824,331 110,297,190,164 Pecahan

Pegangan Unit Pemegang Unit Bilangan Unit Dilanggan Bilangan LAPORAN PENGURUS SKIM AMANAH SAHAM

(7)

II. PRESTASI TABUNG

a) Perumpukan Aset Mengikut Sektor Pada Nilai Pasaran berdasarkan Nilai Aset Bersih Tabung

Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2012 2011 2010

% % %

Pelaburan di Pasaran Ekuiti

Perkhidmatan/Perdagangan 30.62 33.09 36.06 Kewangan 25.99 29.45 30.82 Barangan Pengguna 6.69 5.69 5.77 Hartanah & Pembangunan 3.77 4.33 4.77 Barangan Industri 2.59 1.90 1.19 Perladangan 1.90 1.79 1.63 Lain-lain sektor 0.52 0.54 0.42 Jumlah 72.08 76.79 80.66

Pelaburan di lain-lain instrumen pasaran modal: (i) Sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga 0.02 0.04 0.08 (ii) Pelaburan dalam sekuriti modal bercantum 1.43 1.68 1.89 (iii) Lain-lain pelaburan dan aset bersih 26.47 21.49 17.37 Jumlah 100.00 100.00 100.00

b) Senarai 20 Pelaburan Terbesar pada Nilai Pasaran Berbanding Nilai Aset Bersih Tabung Pada 31 Disember 2012

Bill Syarikat % Dari Nilai Aset Bersih

Tabung 1 Malayan Banking Berhad 23.23 2 Sime Darby Berhad 15.60 3 UMW Holdings Berhad 4.37 4 Tenaga Nasional Berhad 2.99 5 Axiata Group Berhad 2.58 6 Maxis Berhad 2.15 7 I&P Group Sdn Berhad 1.56 8 Telekom Malaysia Berhad 1.56 9 MMC Corporation Berhad 1.21 10 Petronas Gas Berhad 1.17 11 Petronas Chemicals Group Berhad 1.04 12 Digi.Com Berhad 0.99 13 IOI Corporation Berhad 0.93 14 SP Setia Berhad 0.84 15 MISC Berhad 0.73 16 Fraser & Neave Holdings Berhad 0.71 17 British American Tobacco (Malaysia) Berhad 0.69 18 PNB Structured Investment Fund 0.64 19 Public Bank Berhad 0.64 20 Public Bank Berhad – Foreign Shares 0.60

(8)

c) Perbandingan Maklumat Kewangan Bagi Tempoh 3 Tahun Selepas Pengagihan Pendapatan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2012 2011 2010 Unit Dalam Edaran (Juta) 110,298 96,343 82,833 Kadar Pengagihan (sen seunit) 7.75 7.65 7.50 Bonus1 (sen seunit) 1.15 1.15 1.25 Jumlah Pengagihan (RM juta) 7,990.10 6,919.69 5,819.28 Bonus (RM) 680.73 600.41 577.40 Tarikh pembayaran 01.01.2013 01.01.2012 01.01.2011 Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (%)2 0.39 0.37 0.36 Pusing Ganti Portfolio (kali)3 0.11 0.16 0.25 Nota:

1) Bonus dibayar kepada pemegang unit berdasarkan purata baki mínimum bulanan selama 10 tahun bermula Januari 2003 sehingga Disember 2012. 2) Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) adalah nisbah di antara jumlah

bayaran pengurusan dan perbelanjaan ASB dengan purata NAB ASB untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. Perubahan antara NPP pada 31 Disember 2012, dan 31 Disember 2011, adalah tidak ketara.

3) Nisbah Pusing Ganti Portfolio (NPGP) adalah nisbah purata bagi jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan dalam tahun kewangan dengan purata NAB ASB untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. Perubahan antara NPGP pada 31 Disember 2012, dan 31 Disember 2011, adalah ketara disebabkan oleh jumlah pembelian dan penjualan pelaburan yang lebih rendah dan purata NAB ASB yang lebih tinggi pada tahun kewangan 2012 berbanding dengan tahun kewangan 2011.

d) Purata Pulangan Tahunan

Purata pulangan tahunan bagi ASB adalah seperti berikut:

Pada 31 Disember 2012

1 tahun 3 tahun 5 tahun

Jumlah Purata Pulangan (sen)1 7.75 7.63 7.44 Bonus (sen) 1.15 1.18 1.31 KLIBOR 3-bulan (%)2 3.22 3.16 3.06 Nota: 1. a) 1 tahun ialah pengagihan pendapatan dan bonus bagi tahun tersebut. b) 3 tahun ialah pengagihan pendapatan dan bonus tahun tersebut ditambah dengan pengagihan pendapatan dan bonus bagi 2 tahun sebelumnya dan dibahagikan dengan 3. c) 5 tahun ialah pengagihan pendapatan dan bonus tahun tersebut ditambah dengan pengagihan pendapatan dan bonus bagi 4 tahun sebelumnya dan dibahagikan dengan 5.

(9)

a) Prestasi Tabung ASB

ASB telah berupaya mencapai objektif pelaburannya dalam menjana pulangan jangka panjang yang kompetetif dan konsisten kepada pemegang unit, untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

b) Perbandingan Prestasi Pulangan Tahunan Tabung ASB dengan Penanda Aras

Prestasi pulangan bagi ASB berbanding penanda aras adalah seperti berikut:

c) Polisi Pelaburan

Polisi pelaburan ASB adalah melabur dalam portfolio pelaburan yang dipelbagaikan terutamanya, sekuriti saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia, sekuriti yang tidak disenaraikan, instrumen berpendapatan tetap dan pasaran wang serta lain-lain instrumen pasaran modal, seperti yang dibenarkan dalam Suratikatan ASB.

d) Strategi Pelaburan

Strategi pelaburan ASB bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2012, telah dilaksanakan dengan perumpukan aset tertumpu kepada pelaburan dalam ekuiti berbanding pelaburan dalam bon atau instrumen berpendapatan tetap III. LAPORAN PENGURUS

Bagi tempoh berakhir 2012 2011 2010 2009 200831 Disember Pulangan pendapatan (sen)1 7.75 7.65 7.50 7.30 7.00

Bonus (sen)2 1.15 1.15 1.25 1.25 1.75

KLIBOR 3-bulan (%)3 3.22 3.25 3.01 2.23 3.61 Nota:

1. Merupakan pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut.

2. Bonus adalah pengagihan yang dibayar oleh PNB (jika ada), dan berdasarkan kepada baki minima bulanan 10 tahun. Pemberian Bonus tahunan adalah berdasarkan budi bicara oleh pihak PNB.

3. Kadar KLIBOR 3-bulan adalah berdasarkan kepada faedah penghujung bulan bagi sesuatu tahun kewangan.

Sila ambil perhatian bahawa Pengurus tidak menjamin pulangan pelaburan. Pengagihan pendapatan, jika dibayar, mungkin turun atau naik. Prestasi tabung masa lalu tidak semestinya mencerminkan prestasi masa hadapan. 2. Kadar KLIBOR 3-bulan adalah berdasarkan kepada faedah penghujung

(10)

bersesuaian dengan perkembangan ekonomi serta keadaan semasa pasaran saham tempatan. Pelaburan di dalam ekuiti dijangkakan akan menjana pulangan yang lebih baik dari segi jumlah pulangan dividen dan keuntungan modal sejajar dengan risiko pasaran yang diambil. Pengurus tabung sentiasa memastikan bahawa aset-aset dilaburkan di dalam portfolio yang dipelbagaikan dengan tujuan untuk mengurangkan risiko portfolio pelaburan disamping menjana pulangan yang munasabah kepada tabung.

Pelaburan ASB di dalam ekuiti ditumpukan kepada sektor-sektor yang berpotensi untuk memberikan pulangan yang lebih baik daripada penanda aras atau diniagakan di bawah harga wajar, serta mempunyai kekuatan asas fundamental yang kukuh berdasarkan prospek ekonomi, prestasi syarikat yang terlibat dan juga tema pelaburan semasa. Antara sektor-sektor yang menjadi tumpuan adalah yang terlibat dan juga tema pelaburan semasa. Antara sektor-sektor perdagangan dan perkhidmatan, kewangan serta barangan pengguna. Pihak pengurusan ASB turut memberi penekanan kepada sektor-sektor yang mempunyai prospek pulangan dividen yang tinggi dan konsisten.

Pelaburan di dalam sekuriti berpendapatan tetap pula dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor seperti perolehan, kecairan, tempoh matang dan kupon yang sesuai dengan objektif tabung serta penarafan kredit tidak kurang daripada taraf ‘A’ yang diberikan oleh RAM Rating Services Berhad (RAM Ratings) atau setaraf dengannya yang diberikan agensi penarafan di Malaysia.

Pengurus tabung sentiasa mengkaji semula strategi pelaburan secara berkala dan mengikut keperluan semasa bagi mengekalkan keupayaan tabung untuk mengagihkan kadar pengagihan pendapatan yang kompetetif kepada pemegang unit dan mengekalkan modal jangka panjang dengan mengambilkira keadaan ekonomi dan juga persekitaran pelaburan yang sentiasa berubah.

e) Pengagihan Pendapatan

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, ASB telah memperuntukkan sebanyak RM7,990.10 juta (2011: RM6,919.69 juta) untuk pembayaran pengagihan pendapatan iaitu bersamaan dengan 7.75 sen seunit (2011: 7.65 sen seunit). Pengagihan ini dikira berdasarkan jumlah unit minimum bulanan yang dipegang oleh pemegang-pemegang unit dalam tempoh kewangan tersebut. d) Strategi Pelaburan (Samb.)

(11)

Bonus

Pada tahun ini, Permodalan Nasional Berhad telah memperuntukkan sebanyak RM680.73 juta (2011: RM600.41 juta) bersamaan 1.15 sen seunit (2011: 1.15 sen seunit).

ASB telah memperolehi pendapatan dari sumber dividen kasar dari syarikat-syarikat pelaburan yang disebut harga dan tidak disebut harga, keuntungan ternyata dari jualan pelaburan dan pendapatan dari lain-lain instrumen pasaran modal.

f) Perubahan Yang Ketara Terhadap Kedudukan Tabung Dalam Tempoh Kewangan

Tiada sebarang perubahan yang ketara sepanjang tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2012.

g) Situasi yang Boleh Menjejaskan Kepentingan Pemegang Unit

ASNB dan ASB tidak mengalami situasi-situasi yang boleh menjejaskan kepentingan pemegang unit.

h) Komisyen Ringan

ASNB dan Pengurus Pelaburan tabung unit amanahnya tidak menerima komisyen ringan daripada broker dan/atau wakil urus niaga berhubungan dengan urus niaga yang dikendalikan untuk unit amanah.

e) Pengagihan Pendapatan (Samb.)

Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember

Sumber Pendapatan 2012 2011 2010

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Dividen kasar 4,831.22 5,035.90 3,293.24

Keuntungan bersih ternyata dari jualan

pelaburan 2,684.42 1,587.76 2,769.95

Lain-lain pendapatan 1,109.34 892.00 560.30 Jumlah Pendapatan 8,624.98 7,515.66 6,623.49

(12)

PENYATA PENGURUS

Kepada Pemegang-pemegang Unit SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, iaitu Pengurus kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (“Unit Amanah”), dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat Pengurus, penyata kewangan bagi Unit Amanah pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, berserta dengan nota-nota yang dikepilkan padanya telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia, yang telah diubahsuai mengikut preskripsi khusus yang telah diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti berkenaan di Malaysia, setelah mengambilkira pengecualian yang telah diberikan kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 31 Disember 2012, dan keputusan serta aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut.

Ditandatangani bagi pihak AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD selaku Pengurus kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, menurut resolusi para Pengarah bertarikh 31 Januari 2013.

TUN AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID

Pengerusi

TAN SRI DATO’ SRI HAMAD KAMA PIAH BIN CHE OTHMAN

Pengarah

(13)

PENYATAAN PEMEGANG AMANAH

Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2012 Kepada Pemegang-Pemegang Unit

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Kami, AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD telah bertindak selaku Pemegang Amanah kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Pada pendapat kami, AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, selaku Pengurus telah mengurus SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus dan Pemegang Amanah mengikut Suratikatan, lain-lain peruntukan Suratikatan, Garispanduan Tabung Unit Amanah yang diterimapakai, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa dengan mengambil kira segala pengecualian yang telah diberikan kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Kami juga berpendapat bahawa:

(a) prosedur dan proses yang digunakan oleh Pengurus untuk menilai dan/atau menentukan harga unit SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA adalah mencukupi dan penilaian/ penentuan harga adalah dibuat selaras dengan Suratikatan dan mana-mana kehendak kawalseliaan;

(b) penjadian dan perlucutan unit dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan, Garispanduan dan lain-lain peruntukan undang-undang berkaitan; dan.

(c) pengagihan kepada pemegang-pemegang unit SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA sepertimana yang diisytiharkan oleh Pengurus adalah selaras dengan objektif pelaburan SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA.

Yang benar,

AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD HABSAH BINTI BAKAR

Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur, Malaysia 14 Februari 2013

(14)

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA PEMEGANG-PEMEGANG UNIT SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (“Unit Amanah”)

Laporan penyata kewangan

Kami telah mengaudit penyata kewangan SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (“unit Amanah”), yang mengandungi Penyata Posisi Kewangan pada 31 Disember 2012 , Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Pendapatan Komprehensif, Penyata Perubahan dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut, dan rumusan dasar-dasar perakaunan dan lain-lain nota keterangan yang dibentangkan pada muka surat 14 hingga 28.

Tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah terhadap laporan kewangan

Pengurus adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata kewangan berdasarkan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (Malaysia Financial Reporting Standards – MFRS) yang telah diubahsuai mengikut preskripsi spesifik yang telah diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti seperti yang dinyatakan dalam Nota 3 Laporan Kewangan (“Preskripsi SC”) dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia. Tanggungjawab ini termasuk: penyediaan, perlaksanaan dan mengekalkan kawalan dalaman berkaitan penyediaan dan persembahan yang saksama penyata kewangan, yang bebas dari kesilapan yang material, samada disebabkan kesilapan atau pecah amanah; memilih dan melaksanakan polisi perakaunan yang bersesuaian; dan membuat anggaran perakaunan yang bersesuaian berdasarkan situasi semasa. Pemegang Amanah adalah bertanggungjawab untuk memastikan Pengurus menyimpan rekod perakaunan dan lain-lain rekod yang diperlukan untuk persembahan penyata kewangan yang saksama.

Tanggungjawab Juruaudit

Tanggungjawab kami ialah untuk menyatakan pendapat mengenai penyata kewangan tersebut, berdasarkan audit kami. Kami telah menjalankan audit menurut Piawaian Pengauditan berkenaan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan ini bebas dari kesilapan yang material.

Audit merangkumi pelaksanaan prosedur-prosedur bagi memperoleh bukti yang menyokong jumlah dan pendedahan di dalam penyata kewangan. Prosedur-prosedur yang dipilih adalah berdasarkan kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian keatas risiko kesilapan yang material pada penyata kewangan; sama ada disebabkan oleh pecah amanah atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko terbabit, kami mengambil kira kawalan dalaman yang relevan kepada penyediaan dan persembahan yang saksama Unit Amanah, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat terhadap keberkesanan kawalan dalaman

(15)

Unit Amanah. Audit juga termasuk menilai prinsip-prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran-anggaran penting yang dibuat oleh Pengurus Unit Amanah, di samping menilai gambaran keseluruhan yang diberikan oleh penyata kewangan. Kami percaya bahawa audit kami telah memberikan asas yang munasabah untuk menyatakan pendapat kami. Pendapat Pada pendapat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia, kecuali untuk pengecualian yang telah diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti, bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 31 Disember 2012 dan prestasi kewangannya, penyata perubahan dalam ekuiti serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut. Lain-lain perkara

1. Seperti yang dinyatakan dalam Nota 3 di dalam penyata kewangan, Unit Amanah menerimapakai Malaysian Financial Reporting Standars (“MFRS”) pada 1 Januari 2012 dengan tarikh peralihan 1 Januari 2011. Piawaian ini telah digunakan secara retrospektif oleh pengarah untuk maklumat perbandingan dalam penyata kewangan ini, termasuk penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2011 dan 1 Januari 2011, dan penyata pendapatan komprehensif, penyata perubahan dalam ekuiti dan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 dan pendedahan berkaitan. Kami tidak terlibat untuk melaporkan maklumat perbandingan dinyatakan semula dan ia adalah yang belum diaudit. Tanggungjawab kami sebagai sebahagian daripada audit penyata kewangan Unit Amanah untuk tahun berakhir 31 Disember 2012, dalam keadaan ini, termasuk mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan bersesuaian bahawa baki pembukaan pada 1 Januari 2012 tidak mengandungi salah nyata yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan pada 31 Disember 2012 dan prestasi kewangan dan aliran tunai bagi tahun berakhir.

2. Laporan ini dibuat semata-mata untuk pemegang unit Amanah, sebagai sebuah badan, dan bukan untuk tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak lain untuk kandungan laporan ini.

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA PEMEGANG-PEMEGANG UNIT SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (SAMB.)

Hanafiah Raslan & Mohamad AF: 0002

Akauntan Bertauliah

Ahmad Zahirudin bin Abdul Rahim No. 2607/12/14(J) Akauntan Bertauliah Kuala Lumpur, Malaysia

(16)

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012

31.12.2012 31.12.2011 Nota RM RM PENDAPATAN Faedah dan lain-lain pendapatan 1,109,341,942 891,997,821 Pendapatan dividen daripada: Pelaburan disebut harga 4,668,882,299 4,873,718,062 Pelaburan tidak disebut harga 162,337,403 162,182,994 Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan 2,684,422,648 1,587,756,165 8,624,984,292 7,515,655,042 PERBELANJAAN Yuran pengurusan 5 393,811,700 345,054,900 Yuran pemegang amanah 6 500,000 500,000 Ganjaran juruaudit 25,000 22,000 Perbelanjaan pentadbiran 44,628,793 14,331,955 Rosot nilai dalam pelaburan disebut harga 4(c) - 252,434,402 438,965,493 612,343,257 PENDAPATAN BERSIH SEBELUM CUKAI 8,186,018,799 6,903,311,785 CUKAI 7 - - PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 8,186,018,799 6,903,311,785 Pengagihan pelaburan 8 7,990,096,967 6,919,687,687 Pengagihan kasar dan

bersih seunit 7.75 sen 7.65 sen

Tarikh pengagihan 1 Januari 2013 1 Januari 2012

Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini.

(17)

PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012 31.12.2012 31.12.2011 Nota RM RM PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 8,186,018,799 6,903,311,785 Lain-lain pendapatan komprehensif - -JUMLAH PENDAPATAN KOMPREHENSIF UNTUK TAHUN KEWANGAN 8,186,018,799 6,903,311,785 Pendapatan bersih selepas cukai terdiri daripada berikut: Ternyata 8,186,018,799 6,903,311,785 Tidak ternyata - - 8,186,018,799 6,903,311,785

Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini.

(18)

PENYATA ALIRAN TUNAI

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012

2012 2011

RM RM

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI DAN PELABURAN

Hasil daripada jualan pelaburan 11,178,673,089 13,639,241,985 Pembelian pelaburan (12,997,260,841) (18,465,118,286) Faedah dan lain-lain pendapatan diterima 1,087,400,189 813,020,259 Pendapatan dividen diterima 4,208,921,648 4,510,647,993 Pembayaran yuran pengurusan (393,811,700) (345,054,900) Pembayaran yuran pemegang amanah (500,000) (500,000) Pembayaran lain-lain perbelanjaan (48,513,425) (6,951,559) Cukai dikembalikan - 212,081,771 Tunai bersih dihasilkan daripada aktiviti operasi dan pelaburan 3,034,908,960 357,367,263 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN

Tunai diterima daripada penjadian unit 15,055,000,000 13,510,000,000 Tunai dibayar untuk pembatalan unit (1,100,000,000) - Pengagihan dibayar (6,919,687,687) (5,819,280,870) Tunai bersih dihasilkan daripada aktviti pembiayaan 7,035,312,313 7,690,719,130 PERTAMBAHAN BERSIH

DALAM TUNAI DAN

PERSAMAAN TUNAI 10,070,221,273 8,048,086,393 TUNAI DAN PERSAMAAN

TUNAI PADA AWAL TAHUN 27,776,123,785 19,728,037,392 TUNAI DAN PERSAMAAN

TUNAI PADA AKHIR TAHUN 37,846,345,058 27,776,123,785 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI TERDIRI DARIPADA:

Tunai di bank 5,000 5,000

Instrumen pasaran kewangan 1,026,557,496 - Deposit dengan institusi kewangan 36,819,782,562 27,776,118,785

37,846,345,058 27,776,123,785

Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini.

(19)

NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN - 31 DISEMBER 2012

1. UNIT AMANAH, PENGURUS DAN KEGIATAN-KEGIATAN UTAMA

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (berikutnya dirujuk sebagai “Unit Amanah”) ditubuhkan selaras dengan perlaksanaan Suratikatan bertarikh 21 Oktober 1989, di antara Pengurus, Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”), Pemegang Amanah, AmanahRaya Trustees Berhad dan Pemegang Unit Berdaftar Unit Amanah. Kegiatan utama Unit Amanah ialah melabur dalam

“Pelaburan Dibenarkan” seperti yang didefinasikan di bawah Klausa 1 Suratikatan. “Pelaburan Dibenarkan” termasuk pelaburan jangka pendek dan ekuiti, saham atau debentur syarikat yang disenaraikan di mana-mana bursa saham atau mana-mana syarikat yang disyorkan oleh Pengurus dan dipersetujui oleh Pemegang Amanah. Unit Amanah ini mula beroperasi pada 21 Oktober 1989 dan akan meneruskan operasinya sehingga ditamatkan oleh Pemegang Amanah seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa 23 Suratikatan.

ASNB adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (“PNB”). Kegiatan utama ASNB ialah mengurus unit amanah.

PNB ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia. Kegiatan utama Syarikat ialah membeli dan memegang saham untuk meningkatkan hakmilik pegangan modal saham oleh masyarakat Bumiputera di dalam sektor korporat di Malaysia. PNB telah dilantik sebagai Pengurus Pelaburan bagi Unit Amanah pada 14 Mei 2001.

Penyata kewangan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah ASNB untuk diterbit menurut resolusi para Pengarah pada 31 Januari 2013.

2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

Pendedahan kepada risiko ekuiti/pelaburan, risiko pasaran, kecairan/pembiayaan dana, kadar faedah dan kredit, timbul dalam perjalanan biasa urusan Unit Amanah. Unit Amanah mempunyai garis panduan dan polisi pelaburan yang diluluskan berserta kawalan dalaman yang menentukan strategi perniagaan keseluruhan bagi mengurus risiko-risiko ini bagi memaksimumkan pulangan dan mengekalkan modal pemegang unit, selari dengan objektif jangka panjang Unit Amanah.

(20)

2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (SAMB.)

Risiko Ekuiti/Pelaburan

Risiko ekuiti adalah pendedahan kepada perubahan nilai saham ekuiti atau aliran pendapatan yang datangnya daripada pemilikan ekuiti di dalam sebuah entiti yang diperbadankan.

Risiko pelaburan adalah risiko daripada pelaburan yang tidak dapat menyediakan kadar pulangan yang setara dengan tahap risikonya.

Pengurusan risiko ekuiti/pelaburan termasuk penelitian di dalam penapisan cadangan pelaburan menurut garis panduan dan prosedur pelaburan, komunikasi yang berterusan dan pengawasan yang teliti bagi prestasi syarikat-syarikat yang dilabur.

Risiko Pasaran

Pendedahan kepada risiko pasaran terhasil dari perjalanan biasa perniagaan Unit Amanah akibat ketidakpastian dalam harga pasaran instrumen kewangan yang dilaburkan. Unit Amanah menguruskan risiko pasaran secara aktif

melalui garis panduan dan polisi pelaburan yang disediakan dan juga strategi pengagihan portfolio aset dan pelbagaian. Unit Amanah tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti-aktiviti spekulatif.

Risiko Kecairan/Pembiayaan Dana

Risiko kecairan atau pembiayaan dana adalah risiko apabila Unit Amanah tidak mampu untuk memenuhi komitmen kewangan apabila ia perlu dijelaskan.

Unit Amanah menguruskan aliran tunai operasi bagi memastikan kesemua keperluan dananya dipenuhi. Sebahagian daripada kaedah pengurusan dananya, Unit Amanah mengekalkan tahap tunai dan pelaburan yang boleh ditukar kepada tunai yang mencukupi bagi memenuhi keperluan modal kerjanya.

Risiko Kadar Faedah

Risiko kadar faedah adalah risiko nilai instrumen kewangan Unit Amanah yang sensitif terhadap kadar faedah yang berubah-ubah disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah pasaran.

Unit Amanah menguruskan risiko kadar faedah secara aktif dengan mengekalkan potfolio instrumen kewangan berdasarkan garis panduan dan polisi pelaburan, dan semakan yang kerap ke atas kadar faedah dan jangkaan pasaran.

(21)

Risiko Kredit

Risiko kredit ialah risiko dimana kegagalan dari pihak yang berurusniaga untuk menunaikan kewajipan perdagangan yang muncul daripada perantara-perantara seperti broker saham dan institusi-institusi kewangan.

Unit Amanah menguruskan risiko kreditnya dengan penetapan polisi dan garis panduan bagi pelaburan dan had pendedahan pihak lain bagi mengurangkan konsentrasi risiko tersebut. Penilaian kredit dari semasa ke semasa dijalankan ke atas pihak-pihak tersebut.

3. MENGGUNAPAKAI MALAYSIAN FINANCIAL REPORTING STANDARDS (“MFRS”) BUAT KALI PERTAMA

Penyata kewangan ini telah disediakan menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (Malaysia Financial Reporting Standard, MFRS), disesuaikan mengikut preskripsi spesifik yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia, kecuali untuk pengecualian yang telah diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan preskripsi khusus bagi Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) dan unit amanah berharga tetap yang diuruskan oleh PNB dikecualikan daripada tetapi dibenarkan untuk menggunapakai MFRS 139 Financial Instruments dan MFRS 7 Financial Instruments Disclosures. Berdasarkan pada preskripsi ini, Unit Amanah telah memilih untuk tidak menggunapakai MFRS 139 bagi pengiraan instrumen kewangan dan MFRS 7 bagi tujuan pendedahan yang berkaitan dengan instrumen kewangan. Dasar perakaunan Unit Amanah bagi instrumen kewangan dinyatakan dalam Nota 4 (g).

Peralihan dari FRS ke MFRS tidak mempunyai kesan ketara bagi penyata kewangan Unit Amanah.

4. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (a) Pelaburan

(i) Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti Hutang Tidak Disebut Harga dan Sekuriti Modal Bercantum

Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga dan sekuriti 2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO

(22)

modal bercantum adalah sekuriti yang dibeli dan dipegang untuk pendapatan atau peningkatan nilai dan kebiasaannya dipegang hingga tarikh matang. Pelaburan ini dinyatakan pada kos dan dimana berkenaan, diselaraskan untuk pelunasan premium atau akreasi diskaun, yang dikira daripada tarikh pembelian hingga tarikh matang.

(ii) Saham Disebut Harga, Saham Tidak Disebut Harga, Saham Pinjaman/Waran, Pelaburan Amanah Hartanah (“REITs”) dan Skim Pelaburan Kolektif Tidak Disebut Harga Pelaburan dalam saham disebut harga, pelaburan

tidak disebut harga, saham pinjaman/waran, REITs dan skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan dinyatakan pada kos tolak peruntukan rosot nilai yang kekal. Kos ditentukan berdasarkan asas purata wajaran. Peruntukan rosot nilai yang kekal akan diktirafkan di dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.

Termasuk dalam pelaburan disebut harga dan tidak disebut harga adalah syarikat-syarikat dimana Unit Amanah memegang lebih dari 20% tetapi tidak melebihi 50% kepentingan ekuiti. Walau bagaimanapun, kaedah ekuiti perakaunan tidak di gunakan kerana Unit Amanah tidak mempunyai keupayaan untuk menggunakan kuasa dan mempengaruhi syarikat-syarikat tersebut disebabkan perkara-perkara berikut:

(a) Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menyatakan bahawa hak untuk mengundi yang mewakili saham-saham yang dipegang oleh Unit Amanah, pada bila-bila masa pemilihan untuk pelantikan mana-mana pengarah didalam syarikat yang dipegang, boleh diputuskan oleh Pengurus Unit Amanah atau Pemegang Amanah dengan syarat pemegang-pemegang unit memberi kuasa melalui resolusi majoriti dalam mesyuarat pemegang-pemegang unit yang diadakan untuk tujuan ini sahaja, seperti yang diperuntukkan oleh suratikatan.

(b) Suratikatan menyatakan bahawa korum bagi mesyuarat perlu dihadiri oleh pemegang-pemegang unit atau wakil-wakil yang 4. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

(23)

didaftarkan dimana pegangan unit mereka yang hadir berjumlah tidak kurang dari satu per-empat daripada unit dalam edaran. Memandangkan jumlah pemegang-pemegang unit Unit Amanah yang terlalu ramai, adalah tidak munasabah untuk memanggil mesyuarat pemegang unit bagi tujuan memberi kuasa kepada Pengurus dan Pemegang amanah menggunakan kuasa untuk mengundi pada mana-mana pemilihan untuk pelantikan pengarah disyarikat-syarikat berkenaan.

Memandangkan Unit Amanah tidak

berupaya untuk membuat undian bagi tujuan mendapatkan wakil didalam lembaga pegarah, Unit Amanah dianggap tidak berkeupayaan untuk menggunakan kuasa dan pengaruh yang signifikan keatas syarikat-syarikat berkenaan. (iii) Instrumen Pasaran Kewangan

Pelaburan dalam kertas komersial dinyatakan menurut harga kos diselaraskan untuk pelunasan premium atau akreasi diskaun ke atas nilai par pada waktu perolehan, tolak sebarang kerugian rosot nilai yang kekal. Premium atau diskaun dilunaskan atau diakreasi ke atas baki jangkamasa sekuriti dari tarikh perolehan.

(iv) Deposit dengan Institusi Kewangan

Deposit dengan institusi kewangan adalah dinyatakan pada kos.

(b) Jumlah Terhutang daripada/(kepada) Broker Saham Jumlah terhutang daripada/(kepada) broker saham dibawa pada nilai kontrak.

(c) Pendapatan Belum Terima

Pendapatan belum terima dinyatakan pada nilai saksama yang boleh diperolehi.

(d) Pelbagai Pemiutang

Pelbagai pemiutang dinyatakan pada nilai kos iaitu nilai saksama yang akan dibayar di masa hadapan untuk pembelian dan perkhidmatan yang diterima.

(e) Pengiktirafan Pendapatan

Pendapatan dividen kasar daripada pelaburan disebut 4. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

(24)

harga dan skim pelaburan kolektif tidak tersenarai diambil kira mengikut asas pengisytiharan, apabila hak untuk menerima dividen telah dipastikan. Untuk pelaburan tidak disebutharga, pendapatan dividen diisytiharkan pada dan bila ianya diterima.

Keuntungan/pendapatan daripada instrumen pasaran kewangan, simpanan dengan institusi kewangan diambil kira mengikut asas akruan menggunakan kaedah kadar faedah atau keuntungan efektif.

Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan diambil kira berdasarkan perbezaan di antara pendapatan bersih dengan nilai dibawa oleh pelaburan tersebut. (f) Tunai dan Persamaan Tunai

Bagi tujuan Penyata Aliran Tunai, tunai dan persamaan tunai terdiri daripada tunai di bank, simpanan dalam panggilan dan simpanan jangka pendek berkecairan tinggi dimana risiko dalam perubahan nilai adalah tidak ketara. (g) Instrumen Kewangan

Aset dan liabiliti kewangan di dalam penyata aset dan liabiliti, merangkumi sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga, sekuriti modal bercantum, skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan, saham disebut harga, instrumen pasaran kewangan, simpanan dengan institusi kewangan, penghutang dan pemiutang. Dasar-dasar perakaunan atas pengiktirafan dan ukuran bagi perkara-perkara tersebut dinyatakan dalam dasar perakaunan masing-masing. Instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti berdasarkan butiran perjanjian kontrak. Faedah, manfaat, dividen, keuntungan dan kerugian berkaitan instrumen kewangan yang diklasifikasikan sebagai aset, dilaporkan sebagai pendapatan.

5. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING (a) Penilaian Kritikal Dibuat dalam Mengaplikasi Polisi

Perakaunan

Penilaian dibuat oleh Pengurus Pelaburan dalam proses mengaplikasi polisi perakaunan Unit amanah berkaitan pelaburan adalah seperti berikut:

4. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

(25)

5. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

(a) Penilaian Kritikal Dibuat dalam Mengaplikasi Polisi Perakaunan (Samb)

(i) Pengurus pelaburan mengenalpasti samada pelaburan-pelaburannya adalah dirosot nilai mengikut beberapa indikasi-indikasi rosot nilai seperti, antara lain, kekurangan yang berpanjangan diantara harga pasaran dan jumlah yang dibawa, perubahan yang penting dengan kesan-kesan negatif terhadap pelaburan dan persembahan kewangan pelaburan merosot.

(ii) Bergantung kepada asas dan industri yang berkaitan dengan pelaburan tersebut, p e n i l a i a n dibuat oleh Pengurus Pelaburan untuk memilih cara-cara penilaian yang sesuai seperti, antara lain, aliran tunai yang didiskaunkan, aset nyata bersih, nilai aset ternyata bersih dan cara-cara purata nisbah harga pendapat sektor.

(b) Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran

Setelah cara penilaian yang sesuai dipilih, Pengurus Pelaburan membuat beberapa andaian berkenaan masa depan bagi menganggar jumlah pelaburan yang boleh dituntut. Andaian ini dan sumber utama ketidakpastian anggaran yang lain pada tarikh penyata aset dan liabiliti, mungkin mengandungi risiko penting yang mengakibatkan perubahan yang material terhadap jumlah pelaburan yang dibawa ke tahun kewangan seterusnya, bergantung kepada pelaburan-pelaburan tertentu, andaian yang dibuat oleh Pengurus Pelaburan termasuk, antara lain, andaian terhadap aliran tunai masa hadapan yang dijangka, pertumbuhan pendapatan, kadar diskaun yang digunakan bagi tujuan aliran tunai yang didiskaunkan yang mana melibatkan risiko-risiko yang relevan, dan keputusan masa hadapan yang dijangka terhadap beberapa peristiwa lepas. Sensitiviti terhadap perubahan dalam andaian Pengurus Pelaburan percaya bahawa tiada kemungkinan perubahan dalam kunci andaian yang disebutkan di atas yang mana boleh menyebabkan jumlah pelaburan yang di bawa secara materialnya melebihi jumlah yang boleh dituntut.

(c) Penilaian Rosot Nilai

Penilaian rosot nilai pelaburan-pelaburan yang terlibat dengan indikasi-indikasi rosot nilai telah dilaksanakan

(26)

5. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

(c) Penilaian Rosot Nilai (Samb)

oleh Pengurus Pelaburan. Tiada pengiktirafan rosot nilai pelaburan pelaburan dalam tahun semasa (2011: RM252,434,402).

6. YURAN PENGURUSAN

Klausa 25(8) Suratikatan memperuntukkan bahawa Pengurus berhak menerima yuran tidak melebihi 1% setahun daripada Nilai Aset Bersih (“NAB”) boleh agih kepada pemegang-pemegang Unit Amanah, dikira dan diakru secara harian seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah.

Yuran pengurusan yang dikenakan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 ialah 0.35% (2011: 0.35%) setahun daripada NAB Unit Amanah.

7. YURAN PEMEGANG AMANAH

Klausa 25(7) Suratikatan memperuntukkan bahawa Pemegang Amanah berhak menerima yuran pada kadar yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah dari semasa ke semasa. Telah dipersetujui bahawa yuran Pemegang Amanah akan dikenakan sebanyak RM500,000 setahun, dikira dan diakru secara harian.

Yuran Pemegang Amanah yang dikenakan bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 ditetapkan pada RM500,000 (2011: RM500,000) setahun.

8. CUKAI

Unit Amanah telah diberikan pengecualian daripada cukai pendapatan oleh Menteri Kewangan mengikut bidangkuasa yang diberikan kepadanya di bawah Seksyen 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan, 1967, dari tahun taksiran 2006 hingga 2016.

Tuntutan cukai merupakan cukai yang ditolak daripada punca atas pendapatan dividen yang diperolehi di Malaysia dan boleh dituntut daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Akta Cukai Pendapatan, 1967 telah dipinda baru-baru ini bagi memperkenalkan sistem cukai korporat “single-tier” bermula dari tahun taksiran 2008. Menurut sistem cukai korporat “single-tier”, pengagihan dividen kepada pemegang-pemegang saham adalah dikecualikan daripada cukai.

(27)

Walaubagaimanapun, akan terdapat tempoh peralihan selama 6 tahun (tahun taksiran 2008 hingga 31 Disember 2013) bagi membolehkan syarikat-syarikat yang mana memenuhi syarat-syarat tertentu, untuk meneruskan pembayaran dividen mengikut sistem imputasi terhad (peralihan). Dividen-dividen dibayar dalam sistem imputasi terhad (peralihan) tertakluk kepada cukai ditangan pemegang-pemegang saham. Pemegang-pemegang saham boleh menuntut cukai yang ditolak daripada sumber pembayaran dividen sebagai kredit cukai.

Syarikat-syarikat yang tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi membuat bayaran dividen mengikut sistem imputasi terhad (peralihan) diperlukan membuat bayaran dividen mengikut sistem cukai “single-tier”. Bermula dari 1 Januari 2014, semua syarikat perlu membayar dividen mengikut sistem cukai “single-tier”.

Jangkaan kesan terhadap Unit Amanah adalah seperti berikut:

Dalam tempoh peralihan, jika Unit Amanah menerima pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat yang dilaburkan yang membayar dividen dalam sistem imputasi terhad (peralihan), Unit Amanah boleh terus membuat tuntutan bagi cukai yang ditolak daripada sumber sebagai tuntutan semula daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, dengan syarat Unit Amanah memenuhi syarat-syarat tertentu. Walaubagaimanapun, tidak akan ada tuntutan cukai yang boleh dituntut oleh Unit Amanah jika dividen yang diterima melalui sistem cukai “single-tier” kerana dividen tersebut adalah dikecualikan daripada cukai dan maka dengan itu tiada cukai boleh ditolak daripada sumber pembayaran dividen.

9. PERUNTUKAN PENGAGIHAN

31.12.2012 31.12.2011

RM RM

Peruntukan pengagihan 7,990,096,967 6,919,687,687 Peruntukan tersebut merupakan pengagihan yang disyorkan pada tahun berakhir 31 Disember 2012 sebanyak 7.75 sen (2011: 7.65 sen) seunit yang akan diagihkan kepada pemegang-pemegang unit. Pengagihan ini dikira berasaskan purata baki minima bulanan yang dipegang oleh pemegang-pemegang unit sepanjang tempoh 12 bulan sehingga akhir tahun kewangan.

(28)

Sumber Pengagihan

Pengagihan kepada pemegang-pemegang unit adalah daripada sumber-sumber berikut: 31.12.2012 31.12.2011 RM RM Faedah dan lain-lain pendapatan 1,109,341,942 891,997,821 Pendapatan dividen daripada: Pelaburan disebut harga 4,668,882,299 4,873,718,062 Pelaburan tidak disebut harga 162,337,403 162,182,994 Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan 2,488,500,816 1,587,756,165 Rizab ternyata tahun sebelumnya - 16,375,902 8,429,062,460 7,532,030,944 Tolak: Perbelanjaan (438,965,493) (612,343,257) Jumlah pengagihan 7,990,096,967 6,919,687,687 Pengagihan kasar dan bersih 7.75 sen 7.65 sen 10. UNIT DALAM EDARAN

31.12.2012 31.12.2011

RM RM

Unit RM1 setiap satu dibayar penuh:

Pada awal tahun 96,343,000,000 82,833,000,000 Penjadian unit untuk : Jualan 7,573,958,026 7,161,351,981 Pelaburan semula pengagihan 6,880,627,309 5,771,240,860 Pembatalan unit (1,100,000,000) - Pelaburan semula bonus 600,414,665 577,407,159 13,955,000,000 13,510,000,000 Pada akhir tahun 110,298,000,000 96,343,000,000 Sepanjang tahun berakhir 31 Disember 2012, Pengurus tidak memegang sebarang unit di dalam Unit Amanah. Pada 31 Disember 2012, PNB secara sah memegang 809,836 (31 Disember 2011: 66,238,026) unit, merangkumi 0.001% (31 Disember 2011: 0.07%) daripada jumlah unit yang telah diterbitkan.

(29)

11. PENDAPATAN BELUM DIAGIHKAN 31.12.2012 31.12.2011 RM RM Pada 1 Januari 3,232,902,542 3,249,278,444 Pendapatan bersih selepas cukai 8,186,018,799 6,903,311,785 Tolak: Pengagihan tahun semasa (7,990,096,967) (6,919,687,687) Pada 31 Disember 3,428,824,374 3,232,902,542 12. URUSNIAGA DENGAN PNB 31.12.2012 31.12.2011 RM RM Pembelian pelaburan 2,698,987,532 7,395,656,868 Penjualan pelaburan 2,042,132,704 5,702,377,951 13. URUS NIAGA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT BROKER

SAHAM/BROKER/DEALER

Sepuluh syarikat broker saham/broker/dealer terbesar mengikut nilai urus niaga ialah seperti berikut:

Nilai Urus Niaga Yuran Broker Syarikat Broker RM’000 % RM’000 % Hong Leong Bank Berhad * 14,820,915 24.65 - - Public Bank Berhad * 6,998,333 11.64 - - Malayan Banking - - Berhad * 5,492,302 9.14 CIMB Bank Berhad ** 4,166,000 6.93 - - Maybank Investment Bank Berhad ** 3,905,534 6.50 7,175 23.74 MIDF Amanah Investment Bank Berhad** 3,016,152 5.02 4,653 15.39 Ambank (M) Berhad** 2,253,112 3.75 - - RHB Bank Berhad ** 2,231,000 3.71 - - Maybank Islamic Bank Berhad ** 1,323,154 2.20 Public Islamic Bank Berhad ** 1,252,554 2.08 - - Lain-lain 14,663,716 24.38 18,398 60.87 60,122,772 100.00 30,226 100.00

(30)

ASNB dan PNB tidak mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat-syarikat broker saham tersebut. * PNB dan/atau tabung unit amanah di bawah pengurusan

ASNB mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat-syarikat broker berkenaan.

** PNB dan/atau tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat induk terakhir bagi syarikat-syarikat broker berkenaan.

Segala urusan dengan syarikat-syarikat broker saham telah dilaksanakan menurut perjalanan biasa berdasarkan syarat-syarat di dalam industri broker saham.

14. PUSING GANTI PORTFOLIO

31.12.2012 31.12.2011 Pusing Ganti Portfolio (“PGP”) 0.11 kali 0.16 kali PGP adalah dikira berdasarkan pada nisbah purata bagi jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan di dalam tahun kewangan dengan purata NAB Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian.

15. NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN

31.12.2012 31.12.2011 Nisbah Perbelanjaan Pengurusan

(“NPP”) 0.39% 0.37%

NPP adalah dikira berdasarkan pada nisbah di antara jumlah bayaran pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan dengan purata NAB Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian.

16. MATA WANG

Semua jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (“RM”). 13. URUS NIAGA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT BROKER

(31)

Para pemegang-pemegang unit ASN yang dihormati,

AmanahRaya Trustees Berhad (ART) selaku Pemegang Amanah dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) selaku Pengurus ASN, dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan ASN bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. a. Kategori dan Jenis Tabung b. Objektif Pelaburan Tabung c. Penanda Aras Tabung d. Polisi Pengagihan Pendapatan Tabung e. Pegangan Unit

Objektif ASN adalah untuk menjana pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang unit melalui kepelbagaian portfolio pelaburan.

ASN menggunakan penanda aras cipta-suai yang menggabungkan Indeks FTSE Bursa Malaysia 100 (FBM 100) dan Kadar Faedah Pasaran Wang Antara Bank 3-bulan (KLIBOR 3-bulan) bagi tujuan perbandingan prestasinya, seperti berikut:

ASN akan mengagihkan perolehan daripada pendapatannya, jika ada, tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan daripada pemegang amanah.

Pada 31 Disember 2012, seramai 1,228,277 individu telah menyertai ASN. Pecahan pegangan unit adalah seperti berikut:

Nama Tabung Kategori Jenis Tabung Sekim Amanah Saham Ekuiti Pertumbuhan Nasional

I. MAKLUMAT TABUNG

Kombinasi Penanda Aras Cipta-Suai (%)

FBM 100 80.00

KLIBOR 3-bulan 20.00

LAPORAN PENGURUS SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)

(32)

5,000 ke bawah 1,205,546 200,580,206 5,001 - 10,000 6,920 49,063,355 10,001 - 50,000 9,986 220,766,456 50,001 - 500,000 5,644 815,144,031 500,001 ke atas 181 176,988,857 Jumlah 1,228,277 1,462,542,905 Bilangan

Pemegang Unit Unit Dilanggan Bilangan Pecahan

Pegangan Unit

II. PRESTASI TABUNG a) Perumpukan Aset

Perumpukan aset bagi ASN adalah seperti berikut:

Komponen Aset Dalam Portfolio 31.12.2012 31.12.2011 31.12.2010% % % Pelaburan di Pasaran Ekuiti 80.29 72.24 69.70 Lain-lain Pelaburan di Pasaran Modal

(i) Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti Hutang Tidak Disebut Harga 0.96 1.11 1.53 (ii) Pelaburan Dalam Sekuriti Modal bercantum 4.48 4.40 4.36 (iii) Lain-lain Pelaburan dan Aset Bersih 14.27 22.25 24.41 Jumlah 100.00 100.00 100.00

Perumpukan Aset Mengikut Sektor Berdasarkan Nilai Pasaran Sektor 31.12.2012 31.12.2011 31.12.2010(RM’000) Pelaburan disebut harga

Barangan Pengguna 21,400 37,728 49,140 Pembinaan 38,592 62,610 55,330 Barangan Industri 100,516 57,478 40,573 Hartanah 16,783 46,324 26,634 Perladangan 90,809 113,992 63,910 Perkhidmatan/ Perdagangan 389,298 327,361 368,880 Kewangan 284,938 226,380 205,270 Infrastruktur 37,689 8,900 42,703 REITs 17,908 26,296 19,143 Waran - 431

(33)

-Sektor 31.12.2012 31.12.2011 31.12.2010(RM’000) Pelaburan di Pasaran Ekuiti 997,933 907,500 871,583 Lain-Lain Pelaburan di Pasaran Modal

1. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti dan Hutang Tidak Disebut Harga 11,951 13,948 19,163 2. Pelaburan dalam sekuriti modal bercantum 55,655 55,270 54,475 3. Lain-lain Pelaburan dan Aset Bersih 177,370 279,524 305,520 Jumlah 1,242,909 1,256,242 1,250,741 b) Perbandingan Maklumat Kewangan Bagi Tempoh 3 Tahun

31 Disember 2012 2011 2010 Sebelum Pengagihan Pendapatan

NAB (RM’000) 1,335,084 1,349,043 1,340,618

NAB seunit (RM) 0.9125 0.8795 0.8950

Selepas Pengagihan Pendapatan

NAB (RM’000) 1,242,909 1,256,242 1,250,741 NAB seunit (RM) 0.8495 0.8190 0.8350 NAB seunit terendah (RM) 0.8127 0.7703 0.7409 NAB seunit tertinggi (RM) 0.9046 0.8841 0.8977 Unit Dalam Edaran (‘000) 1,463,100 1,533,900 1,497,950 Kadar Pengagihan (sen seunit) 6.30 6.05 6.00 Tarikh pengagihan pendapatan 1 Jan 2013 1 Jan 2012 1 Jan 2011 Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (%)1 1.49 1.18 1.22 Nisbah Pusing Ganti Portfolio (kali)2 0.48 0.44 0.35 Pulangan: - Modal (%)3 3.72 -1.92 10.77 - Pendapatan (%)(Yield)4 7.42 7.39 7.19 Jumlah Pulangan (%)5 11.42 5.33 18.73 Nota: 1. Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) adalah nisbah di antara jumlah bayaran pengurusan dan perbelanjaan ASN dengan purata NAB ASN untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. Perubahan antara NPP pada 31 Disember 2012, dan 31 Disember 2011, adalah ketara kerana pada tahun kewangan tersebut, komisen pembrokeran diiktiraf sebagai perbelanjaan berbanding dengan tahun sebelumnya dimana ia diiktiraf sebagai sebahagian dari kos pelaburan. 2. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (NPGP) adalah nisbah purata bagi jumlah kos

pembelian dan penjualan pelaburan dalam tahun kewangan dengan purata NAB ASN untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. Perubahan antara NPGP pada 31 Disember 2012, dan 31 Disember 2011, adalah tidak ketara.

(34)

c) Purata Pulangan Tahunan

Purata pulangan tahunan bagi ASN adalah seperti berikut: Pada 31 Disember 2012 1 tahun 3 tahun 5 tahun Jumlah Purata Pulangan (%) 11.42 11.69 5.68 Penanda Aras (%) 8.33 9.31 3.64 3. Pulangan Modal :

[{

NAB Seunit Selepas Pengagihan Pendapatan

}

-1

]

×100 NAB Seunit Awal Tahun 4. Pulangan Pendapatan (Yield) :

[

Pengagihan Pendapatan Seunit

]

×100 NAB Seunit Selepas Pengagihan Pendapatan 5. Jumlah Pulangan :

[{(

1+Pulangan Modal

)

x

(

1+Pulangan Pendapatan

)}

-1

]

×100

100 100 Nota: Pengiraan pulangan tahunan (annualized return) adalah seperti berikut: [(1 + r1) (1 + r2)….(1 + r n )] 1/n - 1] x 100 r = pulangan tahunan n = bilangan tahun

III. LAPORAN PENGURUS a) Prestasi Tabung ASN

ASN telah berupaya mencapai objektif pelaburannya dalam menjana pengagihan pendapatan dan kenaikan modal yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

b) Perbandingan Prestasi Pulangan Tahunan Tabung ASN dengan Penanda Aras

Prestasi pulangan bagi ASN berbanding penanda aras tabung adalah seperti berikut:

Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2012 2011 2010 2009 2008 Jumlah Pulangan (%) 11.42 5.33 18.73 43.41 -34.04 Penanda Aras (%) 8.33 2.35 17.80 37.80 -33.58

(35)

c) Polisi Pelaburan

Polisi pelaburan ASN adalah melabur dalam portfolio pelaburan yang dipelbagaikan terutamanya sekuriti, saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia, sekuriti yang tidak disenaraikan, instrument berpendapatan tetap dan pasaran wang serta lain-lain instrumen pasaran modal, seperti yang dibenarkan dalam Suratikatan ASN. Walau bagaimanapun, ASN boleh mengambil strategi defensif mengikut kesesuaian pasaran. d) Strategi Pelaburan Bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2012, pengurus tabung ASN telah melaksanakan perumpukan aset yang strategik di antara ekuiti dan sekuriti berpendapatan tetap dengan tumpuan pelaburan yang lebih diberikan kepada ekuiti bersesuaian dengan perkembangan ekonomi serta keadaan semasa pasaran saham tempatan. Pengurus tabung sentiasa memastikan bahawa aset-aset dilaburkan di dalam portfolio yang dipelbagaikan dengan tujuan untuk mengurangkan risiko portfolio pelaburan disamping menjana pulangan yang kompetitif kepada tabung. Penekanan strategi pelaburan di dalam ekuiti telah diberikan kepada sektor-sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang baik berdasarkan prospek ekonomi supaya dapat menjana pulangan jangkamasa panjang kepada para pelabur. Bagi sepanjang tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2012, antara sektor-sektor yang diberi tumpuan adalah perdagangan dan perkhidmatan, kewangan serta perladangan.

Untuk pilihan saham-saham, pengurusan pelaburan ASN telah meningkatkan pelaburan kepada saham-saham yang dijangkakan akan memberi pulangan dividen yang lebih tinggi dan konsisten, mempunyai fundamental yang kukuh, prospek perniagaan yang baik serta diniagakan di bawah harga wajar.

Pelaburan di dalam sekuriti berpendapatan tetap pula dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor seperti perolehan, kecairan, tempoh matang dan kupon yang sesuai dengan objektif tabung serta penarafan kredit tidak kurang daripada taraf ‘A’ yang diberikan oleh RAM Rating Services Berhad (RAM Ratings) atau setaraf dengannya yang diberikan agensi penarafan di Malaysia.

e) Analisis Nilai Aset Bersih Tabung

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, jumlah NAB bagi ASN telah merosot kepada RM1.243 bilion iaitu penurunan sebanyak 1.04% daripada RM1.256 bilion seperti

(36)

Sila ambil perhatian bahawa Pengurus tidak menjamin pulangan pelaburan. Pengagihan pendapatan, jika dibayar dan harga unit, mungkin turun atau naik. Prestasi tabung masa lalu tidak semestinya mencerminkan prestasi masa hadapan.

yang tercatat pada tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun, penurunan itu tidak menjejaskan prestasi tabung kerana NAB seunit naik sebanyak 3.72% kepada RM0.8495 selepas pengagihan pendapatan daripada RM0.8190 pada 31 Disember 2011. f) Pengagihan Pendapatan Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, ASN telah memperuntukan sejumlah RM92.18 juta untuk pembayaran pengagihan pendapatan, iaitu bersamaan dengan 6.30 sen seunit.

ASN telah memperoleh pendapatan dari sumber dividen kasar dari syarikat-syarikat pelaburan, keuntungan ternyata dari jualan pelaburan dan pendapatan dari lain-lain intrumen pasaran modal.

g) Perubahan Yang Ketara Terhadap Kedudukan Tabung Dalam Tempoh Kewangan

Tiada sebarang perubahan yang ketara sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

h) Situasi yang Boleh Menjejaskan Kepentingan Pemegang Unit

ASNB dan ASN tidak mengalami situasi-situasi yang boleh menjejaskan kepentingan pemegang unit.

i) Komisyen Ringan

ASNB dan Pengurus Pelaburan tabung unit amanahnya tidak menerima komisyen ringan daripada broker dan/atau wakil urus niaga berhubungan dengan urus niaga yang dikendalikan untuk unit amanah.

Sumber Pendapatan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2012 2011 2010 (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Dividen kasar 34.95 43.31 39.18

Keuntungan bersih ternyata daripada

jualan pelaburan 66.38 58.71 64.32

Lain-lain pendapatan 13.52 12.97 10.06

(37)

PENYATA PENGURUS

Kepada Pemegang-pemegang Unit SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL

Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, iaitu Pengurus kepada SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (“Unit Amanah”), dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat Pengurus, penyata kewangan bagi Unit Amanah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, berserta dengan nota-nota yang dikepilkan padanya telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti berkenaan di Malaysia, bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 31 Disember 2012, dan keputusan serta aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut.

Ditandatangani bagi pihak AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD selaku Pengurus kepada SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, menurut resolusi para Pengarah bertarikh 31 Januari 2013.

TUN AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID

Pengerusi

TAN SRI DATO’ SRI HAMAD KAMA PIAH BIN CHE OTHMAN

Pengarah

(38)

PENYATAAN PEMEGANG AMANAH

Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2012 Kepada Pemegang-Pemegang Unit

SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL

Kami, AmanahRaya Trustees Berhad telah bertindak selaku Pemegang Amanah kepada SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Pada pendapat kami, AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, selaku Pengurus telah mengurus SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus dan Pemegang Amanah mengikut Suratikatan, lain-lain peruntukan Suratikatan, Garispanduan Tabung Unit Amanah yang diterimapakai, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa dengan mengambil kira segala pengecualian yang telah diberikan kepada SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Kami juga berpendapat bahawa:

(a) prosedur dan proses yang digunakan oleh Pengurus untuk menilai dan/atau menentukan harga unit SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL adalah mencukupi dan penilaian/ penggunaan harga adalah dibuat selaras dengan Suratikatan dan mana-mana kehendak kawalseliaan;

(b) penjadian dan perlucutan unit dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan, Garispanduan dan lain-lain peruntukan undang-undang berkaitan; dan

(c) pengagihan kepada pemegang-pemegang unit SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL sepertimana yang diisytiharkan oleh Pengurus adalah selaras dengan objektif pelaburan SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL.

Yang benar,

AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD HABSAH BINTI BAKAR

Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur, Malaysia 14 Februari 2013

(39)

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA PEMEGANG-PEMEGANG UNIT SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (“Unit Amanah”)

Laporan penyata kewangan

Kami telah mengaudit penyata kewangan Sekim Amanah Saham Nasional, yang mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2012 , Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Pendapatan Komprehensif, Penyata Perubahan dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut, dan rumusan dasar-dasar perakaunan dan lain-lain nota keterangan yang dibentangkan pada muka surat 39 hingga 77.

Tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah terhadap laporan kewangan

Pengurus adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata kewangan berdasarkan Piawaian Laporan Kewangan dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia. Tanggungjawab ini termasuk: penyediaan, perlaksanaan dan mengekalkan kawalan dalaman berkaitan penyediaan, pelaksanaan dan mengekalkan kawalan dalaman berkaitan penyediaan dan persembahan yang saksama penyata kewangan, yang bebas dari kesilapan yang material, samada disebabkan kesilapan atau pecah amanah; memilih dan melaksanakan polisi perakaunan yang bersesuaian; dan membuat anggaran perakaunan yang bersesuaian berdasarkan situasi semasa. Pemegang Amanah adalah bertanggungjawab untuk memastikan Pengurus menyimpan rekod perakaunan dan lain-lain rekod yang diperlukan untuk persembahan penyata kewangan yang saksama.

Tanggungjawab Juruaudit

Tanggungjawab kami ialah untuk menyatakan pendapat mengenai penyata kewangan tersebut, berdasarkan audit kami. Kami telah menjalankan audit menurut Piawaian Pengauditan berkenaan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan ini bebas dari kesilapan yang material.

Audit merangkumi pelaksanaan prosedur-prosedur bagi memperoleh bukti yang menyokong jumlah dan pendedahan di dalam penyata kewangan. Prosedur-prosedur yang dipilih adalah berdasarkan kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian keatas risiko kesilapan yang material pada penyata kewangan; sama ada disebabkan oleh pecah amanah atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko terbabit, kami mengambil kira kawalan dalaman yang relevan kepada penyediaan dan persembahan yang saksama Unit Amanah, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat terhadap keberkesanan kawalan dalaman Unit Amanah. Audit juga termasuk menilai prinsip-prinsip

Referensi

Dokumen terkait

• Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana

menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh tiap Bumiputera dan juga bukan Bumiputera, dengan harapan kita semua dapat memahami tindakan yang perlu dibuat oleh kita

Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, iaitu Pengurus kepada AMANAH SAHAM MALAYSIA 2 - WAWASAN (Unit Amanah), dengan ini menyatakan bahawa pada

Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, iaitu Pengurus kepada AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 3 - DIDIK (Unit Amanah), dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat

Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, iaitu Pengurus kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (“Unit Amanah”), dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat

Biaya variabel usaha peternakan domba yang dihitung terdiri dari biaya bakalan, biaya pakan, biaya tenaga kerja, biaya obat-obatan, biaya transport pembelian bakalan,

telah disediakan oleh Allah SWT tersebut dengan sebaik-baiknya. Karena itu, semua sarana yang disediakan oleh Allah Swt tersebut harus diberdayaan dengan

Kurangnya pengetahuan tentang kesehatan reproduksi pada remaja yang sudah mulai berkembang kematangan seksualnya secara lengkap kurang mendapat pengarahan dari orang tua