• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kaum Tua & Kaum Muda Transformasi Sosial dalam Novel Banat al-riyad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kaum Tua & Kaum Muda Transformasi Sosial dalam Novel Banat al-riyad"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Kaum Tua & Kaum Muda Transformasi Sosial dalam Novel Banat al-Riyad

RENI ILMAYANTI

Universiti Islam Bandung, Indonesia [email protected]

Abstrak

Kemunculan pembelajaran kolaboratif ekoran perkembangan teknologi internet dan penciptaan alat komunikasi berlaku dengan cepat dan pantas sehingga memberi kesan terhadap penggunaan media sosial dalam kehidupan harian. Masa kini, para pelajar lebih suka menggunakan alat komunikasi sebagai medium belajar, mencari informasi bahkan bermain. Pelajar lebih tertarik dan fokus jika media elektronik digunakan berbandingkan dengan pembelajaran lisan sahaja. Pembelajaran kolaboratif di TeCC tidaklah sebegitu formal seperti pembelajaran di dalam kelas biasa. Pelajar boleh bergerak dan berada pada mana-mana tempat bergantung kepada aktiviti pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 16 kursus yang menggunakan TeCC sebagai ruang pembelajaran kolaboratif. Tahap penggunaan TeCC dalam pembelajaran kolaboratif yang tinggi hanya 3 kursus sahaja, 9 kursus tahap sederhana dan selebihnya 3 kursus lagi berada pada tahap yang rendah. Secara keseluruhan penggunaan TeCC dalam pembelajaran kolaboratif di kalangan pensyarah Politeknik Kota Bharu berada pada tahap sederhana (43.60%).

Bidang kajian: Pembelajaran kolaboratif, multimedia, pendidikan, e-pembelajaran

---

1. Pengenalan

Dalam era teknologi maklumat, komunikasi dan media sosial, pembelajaran kolaboratif menjadi satu pilihan baru dalam kaedah e-pembelajaran dan menjadi satu istilah yang popular. e-Pembelajaran membantu perkongsian maklumat dengan lebih berkesan dengan penggunaan internet seperti forum, email, video dan chatting (Mad Noor Mad Japuni & Mohd Hanafiah Yusof, 2008). Namun begitu secara umumnya, e-pembelajaran juga boleh didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem dan peralatan elektronik yang cangih bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keberkesanan dan fokus pembelajaran (Kamaluddin Ahmad, 2006). Secara dasarnya, e-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik termasuklah cloud storage dan bahan pembelajaran dicapai melalui dalam talian. Sekarang penggunaan peralatan dalam e-pembelajaran meliputi alat bantu mengajar, video, vblog, projektor interaktif, sistem pengurusan pembelajaran (LMS) dan banyak lagi. Semua keperluan ini pelajar boleh capai di Technology enabled Collaborative Classroom (TeCC) Politeknik Kota Bharu.

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia umum atau Teknologi Pendidikan (EdTech) khususnya dianggap sebagai prasyarat untuk membolehkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. ICT ini menjadi elemen penting dalam mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dalam anjakan ketujuhnya iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (Hamid, Zhagan, & DeWiit, 2019). Telah ada banyak inisiatif ICT dan pembangunan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melengkapi pensyarah politeknik dengan EdTech yang sesuai kemahiran untuk menyediakan pelajar terutamanya pelajar politeknik untuk persekitaran yang kaya ICT masa depan. Bahagian Pembelajaran Digital telah membuat segala usaha mempercepat EdTech dengan tujuan untuk memberi inspirasi kepada pembelajaran di kalangan pelajar (A. Ahmad, Tuanku Syed Sirajuddin, & Halim Mohamed, 2017).

Melalui e-pembelajaran, pelajar dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik. Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan dalam talian dan bantuan untuk e-kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan

(2)

maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu. Kemudian e-pembelajaran terus berkembang dengan adanya teknologi internet. Teknologi internet berkembang dengan sangat cepat. Dari perkembangan awalnya yang hanya dapat aliran data dengan format teks, berkembang hingga mampu mengalirkan data dengan pelbagai macam format dan saiz serta kecepatan yang tinggi (Zubaidi, Suta Wijaya, Irmawati, & Arimbawa, 2019).

TeCC untuk kegunaan pembelajaran kolaboratif direkabentuk dan dibangunkan dengan harapan ianya mampu memberi impak proses pengajaran dan pembelajaran. TeCC merupakan ruang pembelajaran abad ke-21 yang diperkenalkan di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Politeknik Malaysia. TeCC ini dilengkapi beberapa alat teknologi komunikasi canggih berkonsepkan pergerakan bebas, menjadi asas yang mesti digunakan untuk membantu dan meningkatkan instruksi diamalkan melalui penggunaan penyelidikan, persembahan, dan teknologi kolaboratif. TeCC dikonseptualisasikan untuk menjadi ruang pembelajaran masa depan, oleh itu metodologi pembelajaran mesti berbeza daripada metodologi pembelajaran lain yang diamalkan dalam institusi. Pembelajaran kolaboratif mempunyai 5 tujuan iaitu:

a. Pelajar fokus kepada pembelajaran.

b. Memberi tanggungjawab belajar secara eksplisit. c. Pensyarah bertindak sebagai fasilitator.

d. Membangun keupayaan diri dalam sebarang tindakan. e. Memiliki pengalaman bekerja secara kelompok.

1.1 Penyataan masalah

Dalam kajian ini, permasalahan yang ditimbulkan ialah kegagalan pensyarah menggunakan TeCC dalam proses pengajaran mereka. Dalam usaha mencapai dasar pendidikan negara, jawatankuasa e-pembelajaran Politeknik Kota Bahru telah menyediakan bilik kuliah dan kelengkapan multimedia interaktif yang serba canggih. Ini merupakan usaha penting secara berterusan ke arah meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan teknik dan vokasional (TVET) di politeknik Malaysia.

Telah diketahui bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan tinggi) mahu menjadikan graduan berholistik, kecemerlangan bakat, graduan TVET berkualiti dan kandungan pembelajaran dalam talian ke tahap global. Sehubungan itu, penting para pensyarah menggunakan TeCC dalam laksanakan pengajaran masing-masing.

Politeknik mempunyai ruang dan teknologi digital. Ruang ini adalah di bawah kawalan pegawai e-pembelajaran dan mesti digunapakai untuk tujuan e-pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan kehendak pendidikan abad k21. Pihak pengurusan politeknik bersama-sama jawatankuasa e-pembelajaran merancang, melaksana penggunaan TeCC berdasarkan keperluan semasa. .

TeCC Rating Score adalah satu sistem atas talian yang di kawal oleh Bahagian Instruksional dan Pembangunan Digital (BIPD) untuk memantau kegunaan TeCC di setiap politeknik. Jadual waktu penggunaan TeCC dirangka bagi memastikan semua jabatan melaksanakan e-pembelajaran di TeCC. Jadual ini mesti dirancang untuk menentukan peratusan penggunaan ruang (factor utility) adalah sebanyak mungkin (75-80%)

1.2 Kepentingan kajian

Diharap dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pengurusan e-pembelajaran politeknik dalam menentu dan menyusun dasar-dasar berkaitan e-pembelajaran. Selain itu dapat mempromosikan kelebihan penggunaan TeCC di kalangan pensyarah. Memberi kesedaran tentang kelebihan dan kecanggihan peralatan multimedia interaktif. Penggunaan TeCC membolehkan pelajar menguasai strategi penyelesaian masalah secara interaktif dan digital. Dapatan kajian dibentangkan kepada pengurusan e-pembelajaran untuk memperbaiki dan menyusun semula jadual TeCC bagi menghasilkan penggunaan yang optimum.

(3)

1.3 Skop kajian

Kajian ini bertujuan mendapatkan tahap penggunaan TeCC oleh kursus sepertimana yang terdapat dalam jadual waktu bilik. Kursus yang tidak ada dalam jadual tetapi menggunakan TeCC tidak diambil kira tetapi diberi kredit kepada kursus asal seperti dalam jadual. Data penggunaan berdasarkan kepada rekod yang ada dalam buku rekod penggunaan. Pensyarah yang lupa atau gagal mencatatkan penggunaan, ia dikira tidak menggunakan TeCC.

2. Kajian Ilmiah

Masa kini, tidak dapat disangkal lagi teknologi merupakan instrumen utama dalam mencapai kesejahteraan melalui penciptaan nilai tambah. Kajian mendalam telah menemukan bahawa teknologi merupakan hasil akhir dari suatu proses yang terdiri dari rangkaian sub proses penelitian dan pengembangan, inovasi, reka cipta dan reka bentuk, pembuatan dan pemasaran. Di sini teknologi moden didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan yang ditransformasikan ke dalam produk, proses, jasa dan struktur organisasi. Teknologi diciptakan manusia melalui penerapan budi daya akalnya (Riyana, 2015).

Penggunaan teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai dalam pendidikan mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang kemahiran. Integrasi teknologi multimedia dalam pendidikan berupaya melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing pada abad ke-21 (Mohid, Ramli, Rahman, & Shahabudin, 2018).

e-Pembelajaran dimaksudkan sebagai penyampaian latihan dan pendidikan melalui interaksi berangkaian dan pengumpulan serta penyebaran teknologi (Fry, 2002). Manakala (Mel Rosenberg, 2001) pula mendefinisikan e-pembelajaran sebagai berangkaian, mampu mengumpul dan menyebar maklumat serta membolehkan jejakkan maklumat melalui komputer di samping memfokus kepada persekitaran yang luas dalam pendidikan. Ia jauh berbeza daripada paradigma latihan tradisi. Namun dalam konteks yang lebih umum, e-pembelajaran lebih mudah diertikan sebagai kaedah yang secara mutlak atau kolaboratif menggunakan komputer yang berangkaian dengan sistem dan/atau internet secara cepat dan berkesan (Mad Noor Mad Japuni & Mohd Hanafiah Yusof, 2008).

Multimedia interaktif mempunyai potensi yang sangat besar untuk digunakan dalam pembelajaran. Terdapat kajian membuktikan bahawa pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran memberi pemahaman yang lebih baik dan lebih lama bagi pelajar, memberi daya tarikan, sesuai digunakan sebagai metodologi penyelesaian masalah, meningkatkan keupayaan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif (Koesnandar, Koesnandar, & Depdiknas, 2019).

Kemampuan berpikir kritis, penyelesaian masalah, dan berkolaborasi menjadi keperluan mendesak dalam memasuki kehidupan abad 21 (Baroya, 2018). Pembelajaran kolaboratif merujuk kepada kaedah arahan di mana pelajar pelbagai peringkat bersama-sama bertanggungjawab membantu antara satu sama lain untuk berjaya (Gokhale, 2004). Smith dan Mac Gregor (2004) pula mendefinisikan pembelajaran kolaboratif adalah pendekatan pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar yang bekerjasama menyelesaikan masalah, menyelesaikan tugasan atau membuat produk. Dua definisi di atas menekankan karakteristik yang harus ada dalam pembelajaran kolaboratif, iaitu pembelajaran dalam suatu kelompok berbeza-beza latarbelakang, saling membantu dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah (Mulyana, Ismail, Wahana, & Kamelia, 2012).

3. Metodologi

Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh itu, kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, populasi, sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data.

(4)

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Reka bentuk ini digunakan untuk melihat dan menilai tahap kekerapan pembelajaran kolaboratif. Reka bentuk ini digunakan kerana difikirkan paling sesuai untuk mendapat maklumat data daripada sampel dalam populasi yang kecil. Menurut (Oliver, 2013), kaedah tinjauan adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

Kajian ini merupakan tinjauan penggunaan TeCC di politeknik pada pembelajaran sesi Jun 2019. Data dianalisis menggunakan kaedah kajian kuantitatif. Pensyarah akan menggunakan TeCC berdasarkan jadual waktu masing-masing. Jika ada pensyarah ingin melaksanakannya kelas di luar waktu biasa, tempahan TeCC mesti dilakukan melalui pembantu makmal. Setiap kali pensyarah menggunakan TeCC, mereka perlu mencatatkan maklumat kepenggunaan ke dalam buku “Rekod Penggunaan TeCC”. Data ini kemudian dimasukkan ke dalam perisian “IBM SPSS Statistics 21”.

3.2 Sampel & populasi kajian

Ali, Salleh dan Junaidi (2016) menyatakan bahawa populasi ialah sekumpulan masyarakat yang mempunyai cir-ciri yang sama. Seseorang penyelidik mustahil dapat menggunakan semua populasi sebagai responden. Oleh demikian, memadai memilih sebahagian populasi sebagai sampel. Tetapi, kajian ini mempunyai populasi yang sedikit. Oleh demikian, semua populasi diambil sebagai sampel. Semua pensyarah yang menggunakan TeCC semua dipilih sebagai sampel.

3.3 Analisis data

Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah statistik kuantitatif dan data dianalisis secara deskriptif dan inferens. Kajian ini dimulakan dengan mengenalpasti penyataan masalah, membina objektif, skop dan seterusnya mereka bentuk instrumen. Pensyarah yang mengguna TeCC merekodkan penggunaannya pada buku rekod penggunaan yang diletakkan atas meja pembantu makmal. Semua populasi diambil menjadi sampel. Ini kerana pengkaji ingin melihat tahap penggunaan secara individu. Rekod penggunaan ini kemudian dimasukkan ke dalam instrumen dan seterusnya menggunakan IBM SPSS versi 21, data dianalisis bagi menentukan maklumat kursus dan tahap penggunaannya.

Khairul Azhar (2014) menetapkan 3 selang kelas bagi menunjukkan tahap yang berbeza. Selang kelas pertama menunjukkan penggunaan bilik pada tahap yang rendah. Penggunaan sederhana berada pada selang kelas kedua iaitu 5.34 hingga 10.67, manakala penggunaan tinggi berada pada selang kelas ke tiga dengan nilai kekerapan melebihi 10.68.

Jadual 1: Pembahagian tahap

Selang kelas Tahap

0 – 33.33 Rendah 33.34 – 33.66 Sederhana 33.67 – 100.00 Tinggi

4. Perbincangan

Maklum balas yang dikumpulkan bertujuan meninjau tahap penggunaan TeCC dalam pembelajaran kolaboratif. Data yang dianalisis dipersembahkan dalam statistik frekuensi, peratusan dan korelasi. Ujian-ujian ini dilakukan berdasarkan kepada keperluan analisis deskriptif maklumat tahap penggunaan dan analisis inferens iaitu korelasi tentang hubungan jabatan dan tahap penggunaan TeCC,

Data demografi yang dianalisis merujuk kepada maklumat jantina, jabatan, dan kursus. Terdapat 16 orang pensyarah yang melibatkan 16 kursus dari semua jabatan yang ada di Politeknik Kota Bharu. Jadual 2 menunjukkan 6 jabatan terlibat dalam kajian ini. Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan pengamal pembelajaran kolaboratif tertinggi (25.0%, f=4). Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dan Jabatan Pengajian Am (JPA) pengguna kedua tinggi (18.8%, f=3). Manakala Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejuruteraan Elektrik berada pada paras paling bawah

(5)

(11.8%, f=2). Dapatan kajian ini mempamerkan bahawa pengagihan kuota waktu penggunaan TeCC dalam pembelajaran kolaboratif tidak seimbang. Perbandingan versi program pula menunjukkan bahawa penggunaan TeCC dikalangan kursus lama lebih tinggi (64.7%, f=11) berbanding kursus baru (35.35, f=6). Rujuk jadual 3 untuk butiran terperinci.

Jadual 2: Maklumat kursus mengikut jabatan

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid JKM 2 12.5 12.5 12.5 JKE 2 12.5 12.5 25.0 JKA 4 25.0 25.0 50.0 JP 2 12.5 12.5 62.5 JMSK 3 18.8 18.8 81.3 JPA 3 18.8 18.8 100.0 Total 16 100.0 100.0

Jadual 3: Maklumat versi kursus

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid Kod lama 10 62.5 62.5 62.5

Kod baru 6 37.5 37.5 100.0

Total 16 100.0 100.0

Jadual 4 menunjukkan tahap penggunaan TeCC sebagai ruang pembelajaran kolaboratif. Terdapat 3 kursus (18.8%) sahaja yang menggunakan TeCC pada tahap yang tinggi. Manakala penggunaan TeCC pada tahap sederhana dan rendah sebanyak 9 kursus (56.3%) dan 4 kursus (25.0%) masing-masing.

Jadual 4: Tahap penggunaan

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid 1.00 4 25.0 25.0 25.0

2.00 9 56.3 56.3 81.3

3.00 3 18.8 18.8 100.0

Total 16 100.0 100.0

Jadual 5 menunjukkan tahap penggunaan mengikut jabatan. JKM mempunyai 1 kursus yang menggunakan TeCC pada tahap sederhana dan tinggi masing-masing. JKE pula mempunyai 2 kursus yang menggunakan TeCC dan kedua-dua kursus ini berada pada tahap sederhana. Manakala JKA, 4 kursus menggunakan TeCC iaitu 2 kursus tahap rendah dan 2 kursus tahap sederhana. JP mempunyai 1 kursus tahap rendah dan 1 kursus lagi tahap tinggi. Jabatan sokongan, JMSK mempunyai 1 kursus pada semua tahap. Manakala JPA semua kursusnya sebanyak 3 kursus berada pada tahap sederhana sahaja.

Jadual 5: Tahap penggunaan mengikut jabatan

Level Total 1.00 2.00 3.00 Jabatan JKM 0 1 1 2 JKE 0 2 0 2 JKA 2 2 0 4 JP 1 0 1 2 JMSK 1 1 1 3 JPA 0 3 0 3 Total 4 9 3 16

(6)

Jadual 6 menunjukkan tahap penggunaan mengikut jantina. Tidak ada pensyarah lelaki yang menggunakan TeCC pada tahap tinggi, hanya berada pada tahap rendah (1 orang) dan sederhana (2 orang). Pensyarah perempuan berada pada semua tahap, 3 orang pada tahap rendah dan tinggi serta 7 orang tahap sederhana.

Jadual 6: Tahap penggunaan mengikut jantina

Level Total

1.00 2.00 3.00

Jantina Lelaki 1 2 0 3

Perempuan 3 7 3 13

Total 4 9 3 16

Secara keseluruhan, penggunaan sebanyak 242 jam digunakan daripada 555 jam yang disediakan untuk tempoh pembelajaran sepanjang semester. Tempoh penggunaan ini menentukan bahawa penggunaan TeCC sebagai ruang pembelajaran berada pada tahap sederhana (43.60%).

5. Kesimpulan

Penggunaan bilik TeCC sebagai ruang PdP berada pada tahap sederhana (43.60%). Ini bermakna bilik TeCC tidak digunakan secara optimum. Sehubungan itu, kaedah pensyarah menggunakan bilik TeCC berdasarkan kepada jadual waktu masing-masing memerlukan penambahbaikan. Pensyarah yang mempunyai lain-lain tugas atau cuti pada waktu kelas menjadikan bilik TeCC terbiar tanpa sebarang penggunaan. Penambahbaikan ini memerlukan iltizam pengurusan e-pembelajaran dalam mengambil langkah-langkah yang sesuai sebagai usaha meningkatkan lagi pengiktirafan betapa pentingnya dan kesungguhan melaksanakan pembelajaran kolaboratif di Politeknik Kota Bharu. Aktiviti e-pembelajaran harus pelbagai lagi, banyakkan kursus yang berkaitan multimedia interaktif, teknologi pendidikan, vblog. Pembelajaran kolaboratif dalam ruang yang diaktifkan teknologi perlu di aplikasi dengan lebih meluas. Cara-cara pembelajaran kolaboratif ini lebih mendorong pelajar aktif dan interaktif serta kerjasama dalam menyelesaikan masalah tugasan akademik mereka.

Rujukan

Ahmad, A., Tuanku Syed Sirajuddin, P., & Halim Mohamed, A. (2017). The Effectiveness of Training: Equipping and Enhancing ICT Knowledge and Skills among Polytechnic Lecturers in Producing Quality Highly Skilled Graduates. Advanced Journal of Technical and Vocational Education, 1(3), 1–05. https://doi.org/10.26666/rmp.ajtve.2017.3.1

Kamaluddin Ahmad. (2006). Seminar ICT Guru “ ICT Penjana Kecemerlangan Pengajaran Dan Pembelajaran ” Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2006. Seminar Ict Guru “Ict Penjana Kecemerlangan Pengajaran Dan Pembelajaran” Peringkat Wilayah Persekutuan Labuah Tahuan 2006, 23.

Ali, M. F., Salleh, N. B., & Junaidi, J. (2006). Mengkaji Hubungan Di Antara Pembelajaran Koperatif E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Yang Mengambil. 1st International Malaysian Educational Technology Convention, (1990), 1008–1018.

Baroya, E. P. I. H. (2018). Strategi Pembelajaran Abad 21 - Lpmp Jogja. I(01), 101–115. Fry, k. (2002). The Business of E-pembelajaran: Bringing Your Organisation in the Knowledge Economy. Forum Focus and Overview, (elcam Group, University of Technology, Sudney). Hamid, N. H. A., Zhagan, M. G., & DeWiit, D. (2019). PENGGUNAAN TEKNOLOGI Maklumat Dan Komunikasi Terhadap Kemahiran Kognitif Kanak Kanak Prasekolah. 1–10.

Koesnandar, A., Koesnandar, A., & Depdiknas, P. (2019). Are Ajar an Mul Timedia Inter Aktif Multimedia. (18), 75–88.

Mad Noor Mad Japuni, & Mohd Hanafiah Yusof. (2008). E-Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi IPG Kampus Tawau. Malaysian Journal of

(7)

Educational Technology, 17(2), 16. https://doi.org/10.5539/ass.v9n11p1 Mel Rosenberg. (2001). Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age.

Mohid, S. Z., Ramli, R., Rahman, K. A., & Shahabudin, N. N. (2018). Teknologi multimedia dalam pendidikan abad 21. International Research Management & Innovation Conference, (August), 1–9. Mulyana, E., Ismail, N., Wahana, A., & Kamelia, L. (2012). Pembangunan Collaborative Learning System Berbasis Komunitas Untuk Mendukung Proses Knowledge Sharing Menggunakan Teknologi Web Dan Bergerak. Sistem Informasi, 6(1), 69–76.

Nugroho, B. H. (2020). Efek pembelajaran kooperatif dalam proses pembelajaran dan pencapaian tujuan pembelajaran pada mata kuliah pharmaceutical engineering. Refleksi Pembelajaran Inovatif, 1(2).

Oliver, J. (2013). No Title. Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9), 1689–1699. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

Riyana, C. (2015). Peranan Teknologi dalam Pembelajaran. Pengembangan ICT Dalam Pembelajaran, 1–12. https://doi.org/10.1016/j.revmed.2010.08.003

Zubaidi, A., Suta Wijaya, I. G. P., Irmawati, B., & Arimbawa, I. W. A. (2019). Pengenalan Teknologi Internet of Things (Iot) Untuk Menyelesaikan Permasalahan Di Sekitar Bagi Siswa-Siswi Sekolah Menengah Atas Negeri 7 Mataram. Abdi Insani, 6(1), 80.

Referensi

Dokumen terkait

mampu menekan penutupan dan bobot kering gulma total, bobot kering gulma golongan daun lebar dan golongan rumput hingga 12 MSA dan (2) perlakuan herbisida glifosat yang digunakan

Hasil uji multikolinearitas mendapatkan hasil bahwa semua variabel dalam penelitian ini dinyatakan tidak memiliki masalah multikolinear dengan melihat nilai

Abstrak. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara self – efficacy, motivasi berprestasi dengan kecemasan akademik pada siswa RSBI. Hubungan yang diselediki

Sampel sebanyak 32 responden ibu nifas yang memenuhi kriteria inklusi yaitu ibu nifas hari ke-1 hingga hari ke 7 yang bersedia menjadi responden, memberikan ASI

Strategi bertujuan untuk menyebarkan informasi sesuai dengan sasaran atau target komunikan yang telah ditentukan. Maka saat kita akan menyampaikan pesan kita harus

atau spora betina hanya menghasilkan satu megasporangium dan tumbuh menjadi gametofit betina. Kedua jenis sporocarp yaitu spora betina clan spora. Selanjutnya bibit yang

Melihat dari kasus diatas, peneliti berpendapat perlu melakukan penelitian tentang pembagian waris harta peninggalan WNA kepada anak angkat (adopsi), khususnya

Berdasarkan pada permasalahan tersebut di atas maka tulisan ini bertujuan untuk menganalisis dampak kebijakan peningkatan tarif impor gula putih terhadap kesejahteraan