• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMPEN PEMBIAYAAN ASB/-i MEGA TERMA DAN SYARAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMPEN PEMBIAYAAN ASB/-i MEGA TERMA DAN SYARAT"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1. Tempoh Kempen

Kempen Pembiayaan ASB/-i Mega ini dianjurkan oleh Malayan Banking Berhad (196001000142) dan Maybank Maybank Islamic Berhad (200701029411), (secara kolektif digelar ‘kami’atau Maybank) bermula dari 1 September 2021 sehingga 31 December 2021, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).

2. Eligibility

i. Kempen ini adalah terbuka kepada semua individu Bumiputera di Malaysia termasuk pemastautin Malaysia berdasarkan senarai pelabur yang layak di bawah garis panduan ASNB yang boleh diperoleh melalui www.asnb.com.my website, sekurang-kurangnya berumur 18 tahun (“Peserta Layak”).

ii. Pekerja di bawah Maybank Group layak untuk menyertai kempen ini.

iii. Walaubagaimanapun, individu berikut TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:

a. Pemilikan tunggal, perkongsian, organisasi / pertubuhan amal / bukan keuntungan, pelanggan korporat dan komersial

b. Bukan pemastautin Malaysia; atau individu di bawah umur 18 tahun

3. Kriteria Kelayakan & Penyertaan untuk Kempen

i. Kempen ini terbuka kepada Peserta Layak yang memohon Pembiayaan ASB/-i kami di mana-mana cawangan kami atau dalam talian melalui Maybank2u dengan jumlah pembiayaan minimum sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu (RM50,000.00) atas nama inidividu (“Produk Yang Mengambil Bahagian”).

ii. Peserta Layak akan menerima penyertaan secara automatik untuk penyertaan Kempen berdasarkan permohonan dan pengeluaran Produk Yang Mengambil Bahagian yang dibuat sepanjang Tempoh Kempen; seperti kriteria di bawah :-

Jumlah Pembiayaan

Kriteria Permohonan Permohonan di

Cawangan Maybank

Permohonan di Maybank2u atau Maybank2u App RM 50K to RM 100k 2 penyertaan 4 penyertaan

RM101K to RM149K 3 penyertaan 6 penyertaan

RM150K to RM200K 4 penyertaan 8 penyertaan

iii. Gabungan permohonan adalah tidak dibenarkan. iv. Kempen ini tidak terpakai untuk pelanggan ASB Plus.

(2)

v. Sekiranya permohonan Peserta Layak untuk Produk Yang Mengambil Bahagian tidak berjaya dengan apa jua sebab, pelanggan tersebut tidak layak menyertai Kempen ini.

3. Hadiah

i. Terdapat 2 kategori hadiah (“Hadiah”) yang akan diberikan dengan Kempen ini: Hadiah Bulanan

Kategori Hadiah

Tempat Pertama X 4 Pemenang Pelepasan Ansuran Pembiayaan ASB/-i Selama 12 Bulan

Tempat Kedua x 40 Pemenang RM300 E-Baucar Shopee

Hadia Utama

Kategori Hadiah

Tempat Pertama X 1 Pemenang Perodua Myvi 1.5 Advance (AT) Tempat Kedua x 3 Pemenang Dyson V8 Slim Fluffy Tempat Ketiga X 10 Pemenang RM500 E-Baucar Shopee

ii. Setiap pemenang layak untuk menerima satu Hadiah sahaja sepanjang tempoh kempen. Pemenang utama tidak layak untuk menjadi pemenang hadiah mingguan (dan sebaliknya). iii. Pemenang Hadiah Bulanan yang layak akan dipilih secara rawak pada setiap bulan sepanjang

tempoh kempen.

iv. Pemenang Hadiah Utama akan akan dipilih selepas berakhir Tempoh Kempen.

v. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kerugian atau kehilangan yang berkaitan dengan Hadiah Kempen ini.

vi. Pemenang akan bertanggungjawab untuk membayar sebarang cukai atau pungutan cukai kerajaan dan sebarang caj lain yang berkaitan dengan Hadiah itu. Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan yang disebabkan oleh penghantaran, penggunaan atau pemasangan mana-mana ini dan / atau tidak dipenuhi oleh mana-mana ejen / pengedarnya. vii. Terma dan syarat bagi Perodua Myvi 1.5 Advance (AT)

 Hadiah utama termasuk kos yang berkaitan dengan yuran pendaftaran kereta, cukai jalan dan perlindungan insurans / takaful untuk tahun pertama.

 Pemenang hendaklah bertanggungjawab atas segala kos, cukai tambahan dan / atau biaya lain-lain, yang mungkin timbul akibat dan / atau berkaitan dengan penerimaan hadiah utama mereka.

(3)

viii. Terma dan syarat bagi Pelepasan Ansuran Pembiayaan ASB/-i Selama 12 Bulan

 Kami akan memberikan Pelepasan Ansuran Pembiayaan ASB/-i Selama 12 Bulan kepada akaun pemenang seperti ansuran bulanan yang tertulis di dalam Surat Tawaran pemenang, sehingga RM 11,400 bagi 12 bulan.

 Sekiranga ansuran bulanan pemenang selama 12 bulan melebihi had RM11,400, pemenang hendaklah menambah baki bayaran, jika ada.

 Bagi situasi tersebut, baki bayaran pemenang akan dimaklumkan oleh kami

ix. Terma dan Syarat bagi E-Baucar Shopee

 E-Baucar Shopee tersebut boleh membawa terma dan syarat mereka sendiri dari syarikat penerbit masing-masing, Shopee dan terma dan syarat ini akan terpakai sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini.

Sekiranya e-baucar tidak tersedia, kami akan menawarkan wang tunai setara yang dikreditkan ke dalam e-dompet MAE pemenang yang layak sebagai Hadiah alternatif. Dalam keadaan seperti itu, sekiranya Pemenang tidak mempunyai akaun e-dompet MAE, mereka akan diberitahu untuk mendaftar melalui aplikasi Maybank2u.

x. Pemenang mungkin diminta untuk menghadiri upacara penyampaian Hadiah dan / atau program publisiti lain, sekiranya perlu, dan Pemenang bersetuju dengan sebarang pendedahan dengan cara apa pun yang ditentukan oleh Maybank. Kegagalan menghadiri upacara penyampaian Hadiah dan / atau program publisiti lain akan menyebabkan kehilangan Hadiah.

4. Pemilihan Pemenang

Prosedur pemilihan pemenang adalah seperti berikut:

i. Terdapat seramai 58 pemenang sepanjang Tempoh Kempen dan pemilihan pemenang akan dibuat sepanjang dan selepas Tempoh Kempen seperti di bawah:

 Pemenang Hadiah Utama akan dipilih secara rawak daripada kumpulan Pelanggan Layak, dari bulan September sehingga Disember 2021.

Bagi Hadiah Bulanan, pemilihan pemenang akan dijalankan pada bulan seterusnya. Sebagai contoh, pemilihan pemenang Hadiah Bulanan September 2021 akan dijalankan pada bulan Oktober 2021.

Bulan Pengeluaran Kategori Hadiah Jumlah Pemenang September - December 2021 Hadiah Utama 14

September - December 2021 Hadiah Bulanan 44

(4)

Bagi Hadiah Utama, pemilihan pemenang akan dijalankan sebulan selepas Tempoh Kempen, pada bulan January 2022.

ii. Pengagihan Hadiah

 Pemenang hendaklah mempunyai nombor telefon yang valid dan alamat email yang berdaftar dengan Maybank untuk menerima notifikasi pemenang dan Shopee e-vouchers, yang akan diberikan melalui via short message service (SMS) and electronic direct mail (EDM).

 Pelanggan layak yang ingin menerima notifikasi pemenang melalui Maybank2u inbox dan aplikasi Maybank2u hendaklah mendaftar di Maybank2u, dan merupakan pengguna aktif applikasi Maybank2u.

 Hadiah akan diagihkan dalam masa 3 bulan dari pemilihan pemenang dilaksanakan oleh kami atau ejen kami.

 Hadiah yang telah diberi seperti mana asasnya (“as is basis”) dan tidak boleh dipindah milik atau ditukar dan tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini dan Hadiah yang tidak dituntut selama tiga (3) bulan setelah pemberitahuan Pemenang dibuat akan dibatalkan.

 Kami berhak untuk mengganti, menukar atau mengubah Hadiah tersebut (dengan item lain yang ditetapkan oleh kami) bagi sebarang alasan yang kami anggap wajar. Kami akan memaklumkan Pemenang melalui sebarang kaedah yang kami anggap praktikal.

 Selepas pengagihan, Maybank tidak lagi bertanggungjawab ke atas penggunaan Hadiah tersebut.

iii. Kami mempunyai budi bicara untuk menetapkan tarikh dan masa untuk membuat panggilan telefon kepada Pelanggan yang tersenarai pendek. Kami tidak akan bertanggung jawab atas panggilan yang dibuat kepada Pelanggan yang (i) tidak selesai atau terputus kerana sebab apa pun (ii) tidak dijawab atau diteruskan kerana tidak ada Pelanggan yang tersenarai pendek pada tarikh dan waktu yang ditetapkan dan / atau kerana sebab-sebab lain.

iv. Panggilan telefon yang dibuat kepada Pelanggan yang tersenarai pendek akan didasarkan pada nombor telefon yang disediakan oleh Pelanggan dan disimpan dalam rekod kami. Adalah menjadi tanggungjawab Pelanggan untuk memastikan bahawa nombor telefon mereka yang diberikan kepada kami adalah terkini dan dikemas kini.

v. Kami berhak untuk merakam perbualan telefon tersebut.

vi. Para pemenang bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk mengemukakan maklumat pemenang (nama, kad pengenalan, nombor telefon, alamat) kepada pengedar / ejen yang kemudian akan menghubungi pemenang mengenai Hadiah mereka. Pemenang akan

(5)

bertanggungjawab untuk membuat perjanjian yang diperlukan dengan kami dan / atau pengedar / ejennya untuk penghantaran dan / atau pengumpulan Hadiah.

vii. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Maybank2u. 6. Terma & Syarat Lain

i. Permohonan Peserta Layak untuk Produk Yang Mengambil Bahagian pada pemeriksaan kredit standard kami dan penerimaan Peserta Layak terhadap terma dan syarat berkaitan produk Pembiayaan ASB / -i kami yang berlainan dari terma dan syarat Kempen ini.

ii. Dengan menyertai dalam Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca dan setuju untuk terikat dengan terma dan syarat di sini dan semua keputusan yang dibuat oleh kami sehubungan dengan setiap aspek Kempen ini akan menjadi muktamad. Sebarang surat-menyurat, tunjuk perasaan, rayuan atau pertanyaan berikutnya tidak akan dilayan.

iii. Ciri-ciri dan mekanik penyertaan di bawah Kempen ini, termasuk jumlah dan jenis Hadiah, boleh berubah pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa oleh kami, mengikut budi bicara kami, dengan mengemaskini maklumat Kempen di laman web www.maybank2u.com.my, atau dengan kaedah lain yang kami anggap praktikal, dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari sebelumnya kepada Pelanggan.

iv. Kami berhak untuk mengganti, menukar atau mengubah Hadiah tersebut dengan item lain yang bernilai serupa atau lebih rendah, pada bila-bila masa, mengikut budi bicara kami dengan mengemaskini maklumat Kempen di laman web www.maybank2u.com.my atau dengan kaedah lain yang kami anggap praktikal, dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari sebelumnya kepada Pelanggan.

v. Kami berhak memendekkan, membatalkan, menghentikan atau menangguhkan Kempen ini dengan cara mengemaskini maklumat Kempen di laman web www.maybank2u.com.my, atau dengan kaedah lain yang kami anggap praktikal dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari sebelumnya kepada Pelanggan. Untuk mengelakkan keraguan, pemendekan, pembatalan, penamatan atau penangguhan Kempen ini oleh kami tidak akan memberi hak kepada Pelanggan atau orang lain untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap kami atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung sebagai hasil langsung atau tidak langsung tindakan pemendekan, pembatalan, penamatan atau penangguhan tersebut.

vi. Kami berhak untuk mengubah (sama ada dengan penambahan, penghapusan, pengubahsuaian, pindaan atau sebaliknya) mana-mana terma dan syarat di sini dengan memberi notis terlebih dahulu dua puluh satu (21) hari kalendar. Sebarang variasi dari mana-mana terma dan syarat di sini akan mengikat Pelanggan dan dianggap telah diberitahu dengan cara mengemaskini maklumat Kempen di laman web www.maybank2u.com.my, atau dalam kaedah lain yang kami anggap praktikal.

(6)

7. Terma dan Syarat Am

i. Sehingga tahap tertinggi yang diizinkan oleh undang-undang, kami dengan tegas mengecualikan dan menolak sebarang pernyataan, jaminan, atau sokongan, tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Hadiah.

ii. Kami tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian apa jua sifat sekalipun yang ditanggung atau dialami oleh Pelanggan yang berkenaan dengan penyertaan dalam Kempen ini melainkan kehilangan, kerosakan atau kerugian tersebut adalah disebabkan kecuaian dan peninggalan kami. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kegagalan untuk melaksanakan tanggungjawab yang berkaitan dengan Kempen ini disebabkan oleh kejadian sifat ‘force majeure’, termasuk tetapi tidak terhad kepada, tindakan ‘act of God’, peperangan, rusuhan, penguncian, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah kami.

iii. Terma dan syarat yang dinyatakan disini berkuatkuasa mengikut Undang-Undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah-Mahkamah Malaysia.

iv. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk mengumpul, memproses dan menggunakan data peribadi mereka menurut Notis Privasi Kumpulan Maybank, yang boleh dirujuk di www.maybank.com.my (“Notis Privasi Kumpulan Maybank”). v. Sebagai penambahan dan tanpa menjejaskan terma dan syarat dalam Notis Privasi Kumpulan

Maybank, Pelanggan bersetuju dan memberi kebenaran untuk mengumpul, memproses dan menggunakan data peribadi mereka untuk:

a. Tujuan Kempen; dan

b. Aktiviti pemasaran dan promosi yang dijalankan oleh kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang media dan bahan iklan atau publisiti, seperti rakaman audio dan/atau visual yang dipaparkan melalui surat khabar, rangkaian televisyen, stesen radio atau media digital dan dalam talian dan Internet. Aktiviti pemasaran dan promosi, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan dan/atau penerbitan butiran yang diberikan dan/atau berkaitan dengan penyertaan, bahan temu ramah, serta jawapan dan gambar berkaitan. Berkenaan ini, setiap Pelanggan bersetuju untuk bekerjasama dan menyertai dalam sebarang aktiviti periklanan dan publisiti yang munasabah oleh kami yang berkaitan dengan Kempen ini.

vi. Terma dan Syarat ini tertakluk kepada Undang-Undang Malaysia dan di bawah juridasi Mahkamah Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Rumusan masalah dalam penelitian ini adalah “Bagaimana kemampuan menulis puisi siswa kelas X SMA Negeri 7 Kota Bengkulu?” dan “Bagaimana kemampuan menulis

Materi Indikator Bentuk Soal Nomor soal 3.4. Memahami berpikir kronologi, perubahan dan kesinambungan Teori masuknya Islam ke Indonesia 3.4.1.. dalam kehidupan

Selain dari itu juga karena tingginya permintaan pasar akan kain tenun sebagai maskawin serta permintaan kreasi tenun, sehingga saya tergerak untuk mendirikan sanggar yang diberi

Rencana Kerja Dinas Kominfo Kabupaten Temanggung Tahun 2021 adalah dokumen perencanaan daerah Kabupaten Temanggung untuk periode Tahun 2021 yang memuat

Raimundo Pannikkar (1978, 77) seorang orientalis Kristian yang beribukan penganut Katholik dan berbapakan penganut Hindu mengungkapkan bahawa, “kebenaran yang dikemukakan baik

Susut tetas yang berpengaruh tidak nyata ini disebabkan oleh ketebalan kerabang pada telur dari umur induk 9, 11, dan 13 bulan ini relatif sama.. Ketebalan kerabang

Berdasarkan latar belakang yang sudah diuraikan, rumusan masalah yang akan dibahas dalam tugas akhir ini adalah bagaimana membuat suatu sistem informasi berbasis web

Pada diagnosa ketiga menyusun intervensi untuk mengatasi masalah kurang aktivitas bermain adalah kaji aktivitas yang di sukai klien seperti bermain, bercerita dan belajar