• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENYEDIAAN VIDEO MENGGUNAKAN POWERPOINT & CAMTASIA. Nor Hafiza bt Hashim & Zurida bt Mohamad Universiti Sains Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENYEDIAAN VIDEO MENGGUNAKAN POWERPOINT & CAMTASIA. Nor Hafiza bt Hashim & Zurida bt Mohamad Universiti Sains Malaysia"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

18

PENYEDIAAN VIDEO MENGGUNAKAN POWERPOINT & CAMTASIA Nor Hafiza bt Hashim & Zurida bt Mohamad

Universiti Sains Malaysia

1.0 Pengenalan

Dalam era globalisasi kini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam dunia pendidikan semakin diberi penekanan yang penting oleh semua golongan masyarakat. Jika dulu kita hanya melihat bahawa hanya golongan tertentu sahaja yang tahu akan kepentingan ICT dalam memudahkan kehidupan seharian, tetapi dengan pendedahan yang diwar- warkan oleh pihak kerajaan sejak kebelakangan ini, semakin ramai golongan masyarakat yang sedar akan kepentingannya.

Institusi pendidikan adalah salah satu cara untuk menyampaikan maklumat ICT iaitu melalui usaha guru dalam memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menguasai bidang ICT. Keadaan ini menuntut para guru untuk memahirkan diri dan seterusnya menguasai ICT supaya para pelajar tidak ketinggalan dalam ‘dunia tanpa sempadan’ ini. Situasi ini juga turut diberi penekanan dalam pendidikan Prasekolah. Seseorang guru seharusnya lebih kreatif dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, supaya dapat memudahkan kanak-kanak bagi memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pengajaran yang seterusnya.

(2)

19

Situasi ini turut diberi perhatian dalam pendidikan Prasekolah.

Penggunaan program Microsoft PowerPoint dan Camtasia Studio di dalam pengajaran mampu memberi kesan yang lebih baik dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, dengan menggunakan program Microsoft PowerPoint dan Camtasia Studio, penggunaan audio, video dan juga bahan pengajaran dalam bentuk ‘slaid’ dapat dicantum menjadi satu bahan pengajaran yang lebih efektif. Di samping itu, penggunaan animasi turut dapat menarik kanak-kanak untuk terus meneroka dan memudahkan lagi mereka untuk memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru.

Melalui penggunaan perisian tersebut dalam pengajaran, guru dapat menghasilkan bahan pengajaran mengikut topik yang hendak disampaikan berdasarkan tahap kemampuan kanak-kanak itu sendiri. Hal ini kerana, walaupun guru dibekalkan dengan bahan pengajaran yang berasaskan ICT, namun kadang-kala bahan yang dibekalkan itu tidak menepati tahap atau cita rasa yang diingini oleh guru tersebut. Dalam projek ini kami menggunakan program Camtasia Studio kerana ia banyak membantu dalam menerbitkan

‘Power Point’ yang mengandungi audio-visual dan pelbagai ‘function’ lain seperti transisi , ‘Picture in picture’ dan ‘zoom an pan’.

(3)

20 2.0 Sorotan Kajian

2.1 Konstruktivisme

Resnick (1983), menerangkan bahawa konstruktivisme sebagai satu peralatan kognisi pelajar, manakala Sandres dalam Resnick (1983) pula menyatakannya ia berdasarkan kepada sesuatu yang telah disiasat dan ditemui.

Oleh yang demikian, konstruktivisme boleh dirumuskan sebagai suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang telah diadaptasikan olehnya.

Melalui perisian ini, kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka secara bersendirian atau berkumpulan dan memerlukan kawalan yang minimum daripada guru, iaitu guru hanya bertindak sebagai pemudah cara sahaja. Hal ini kerana, perisian ini mengandungi audio, video dan animasi yang bersesuaian dengan topik dan tahap perkembangan kanak-kanak. Dalam perisian ini terdapat paparan video yang memberi arahan yang jelas kepada kanak-kanak untuk meneroka perisian ini, di samping penggunaan perkataan yang ringkas bagi memudahkan kanak-kanak memahami perisian tersebut.

(4)

21 2.2 Microsoft Power Point dan Camtasia Studio

Melalui penggunaan Microsoft PowerPoint dan Camtasia Studio, bahan pengajaran menjadi lebih menarik dan berkualiti. Kemudahan memasukkan fail audio dan video ke dalam PowerPoint akan menghasilkan perisian yang lebih baik. Hal ini kerana, melalui gabungan kedua-kedua perisian ini, guru boleh mengaplikasikan penggunaan ‘slaid’ dalam bentuk audio, video dan animasi dalam satu bahan pengajaran.

Dengan mengaplikasikan dua perisian ini dalam menghasilkan bahan pengajaran kepada kanak-kanak, keadaan ini membantu mereka untuk memahami isi pengajaran dengan lebih jelas. Hal ini kerana, melalui penggunaan perisian ini di dalam bilik darjah, akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka sendiri, di samping mereka dapat mengulang kembali setiap pengajaran dan aktiviti dalam perisian tersebut, bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka.

Keadaan ini dapat dikukuhkan lagi oleh Pestalozzi dalam Azizah Lebai Nordin (2002) yang mengatakan bahawa, kanak-kanak perlu dilibatkan dengan aktiviti yang bermakna berdasarkan minat dan pengalaman mereka, dan mencadangkan supaya kanak-kanak diajar secara berperingkat-peringkat berdasarkan kebolehan dan usaha mereka sendiri. Melalui perisian ini, kanak- kanak dapat menguasai penggunaan komputer dengan lebih baik.

(5)

22

Walaupun terdapat banyak perisian yang dijual di pasaran, namun perisian tersebut kadang kala tidak bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak bagi membolehkan guru menggunakannya sebagai bahan pengajaran dalam bilik darjah. Melalui penggabungan PowerPoint dan Camtasia Studio, guru dapat menghasilkan bahan pengajaran mereka sendiri bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

3.0 Perisian untuk Penghasilan Bahan Pengajaran

3.1 Mengapa Microsoft PowerPoint dan Camtasia Studio?

Penggunaan Microsoft PowerPoint adalah untuk menarik minat kanak- kanak untuk terus meneroka perisian tersebut. Hal ini kerana, kanak-kanak sangat berminat dengan warna-warna yang menarik disamping penggunaan animasi yang pelbagai. Jadi, salah satu cara untuk menarik minat mereka untuk terus meneroka perisian tersebut adalah dengan cara memasukkan unsur-unsur animasi dan warna dalam perisian tersebut.

Seterusnya, dengan penggabungan perisian Camtasia Studio bersama dengan PowerPoint akan lebih mempengaruhi kanak-kanak untuk lebih memahami dan menghayati bahan pengajaran tersebut. Hal ini kerana, dengan menggunakan Camtasia Studio, ia dapat membantu guru untuk lebih yakin dalam aktiviti pengajaran kerana terdapat audio dan video yang boleh dimasukkan dan dipaparkan bersama-sama ke dalam perisian PowerPoint bagi menarik minat mereka untuk terus belajar melalui perisian tersebut.

(6)

23

Perkara yang lebih menarik sekali ialah setelah rakaman suara dijalankan, guru boleh memperbaiki atau ‘edit’ semula rakaman tersebut melalui penggunaan ‘ audio editing tools’ bagi menghasilkan produk atau bahan pengajaran yang lebih berkualiti dan berkesan. Tambahan pula, melalui Camtasia Studio, guru boleh merakamkan gambar mereka sendiri untuk menyampaikan pengajaran seterusnya memberi arahan dalam aktiviti yang terdapat dalam perisian tersebut.

4.0 Pembelajaran-berasaskan Teknologi

Sejak akhir-akhir ini, teknologi dalam pendidikan amatlah ditekankan dan perlu dilaksanakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini bertujuan bagi menggalakkan pelajar untuk lebih memahami isi pengajaran yang di sampaikan oleh guru, dan secara tidak langsung guru akan lebih mudah untuk mencapai objektif pengajaran mereka. Situasi ini turut di beri perhatian walaupun di peringkat Prasekolah. Oleh yang demikian, maka kerajaan telah menetapkan bahawa di setiap prasekolah perlu ada sekurang-kurangnya sebuah komputer.

Walau bagaimanapun, sebagai guru, mereka perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran sewaktu mengendalikan komputer. Hal ini disebut kerana, masih ramai guru yang langsung tidak ambil tahu tentang komputer.

Memandangkan kini kita berada dalam dunia globalisasi, maka setiap guru perlu sedar dan tahu menggunakan komputer di samping meneroka pelbagai perisian

(7)

24

terutama yang bersesuai dengan perisian yang dapat membantu mereka dalam menghasilkan bahan pengajaran yang lebih berkualiti.

Perisian yang sering digunakan oleh guru sejak kebelakangan ini ialah Microsoft PowerPoint dan Camtasia Studio. Jika sebelum ini, guru perlu memberi banyak penjelasan dan mengambil masa yang agak lama dalam menyampaikan pengajaran mereka kepada kanak-kanak, kerana mereka hanya menggunakan papan hitam dan gambar-gambar yang dipetik dari majalah atau sebagainya.

Kini dengan penggunaan Microsoft PowerPoint dan Camtasia Studio mereka dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka. Hal ini kerana, dengan menggabungkan kedua-dua perisian tersebut dalam bahan pengajaran, kanak- kanak dapat meneroka sendiri bahan pengajaran tersebut, dan mereka boleh meneroka berulang kali, sehinggalah mereka memahami isi pengajaran tersebut.

Walau bagaimanapun, guru perlu menjadi pembimbing kepada kanak-kanak tersebut.

5.0 Keistimewaan Power Point dan Camtasia Studio

Memberi peluang kepada kanak-kanak mengulangi bahan pengajaran dalam perisian tersebut mengikut keperluan mereka.

Pada peringkat umur ini, kanak-kanak memerlukan pengulangan ataupun pembelajaran yang berulang bagi memantapkan lagi kefahaman mereka. Oleh yang demikian, amat sesuai sekali perisian ini dijadikan sebagai bahan

(8)

25

pengajaran kerana ia memberi peluang kepada kanak-kanak mengulangi bahan pengajaran dalam perisian tersebut mengikut keperluan kanak-kanak itu sendiri.

Apabila kanak-kanak mengulang kembali perisian ini, keadaan ini mampu untuk mengukuhkan lagi dan memantapkan lagi ingatan kanak-kanak akan sesuatu perkara yang telah mereka pelajari. Melalui penggunaan audio dan video yang dipaparkan dalam perisian ini, keadaan ini membolehkan kanak- kanak untuk meneroka perisian ini pada bila-bila masa kerana bahan pengajaran yang terdapat dalam perisian tesebut tidak akan berubah.

Perisian yang Fleksibel

Perisian ini boleh digunakan secara fleksibel iaitu dimana-mana dan pada bila-bila masa dalam membolehkan guru dan juga kanak-kanak untuk menggunakan kembali perisian ini. Hal ini kerana melalui penggunaan audio dan video yang terdapat dalam perisian ini membolehkan kanak-kanak untuk merujuk kembali perisian tanpa bergantung kepada penerangan dan juga pengajaran daripada guru semata-mata.

Perisian ini membolehkan kanak-kanak untuk belajar secara terus kerana arahan yang diberikan secara lisan (verbal) dan secara tidak lisan (non-verbal) iaitu arahan secara bertulis membolehkan kanak-kanak untuk mengikuti pengajaran dan latihan dalam perisian tersebut secara langsung. Melalui perisian ini juga kanak-kanak boleh menggunakannya secara individu ataupun berkumpulan mengikut kepada fleksibeliti kanak-kanak tersebut untuk

(9)

26

menggunakannya kerana perisian yang disediakan oleh guru adalah bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak dan rakaman video yang diselitkan dalam perisian ini akan membolehkan kanak-kanak belajar secara tidak langsung melalui perisian ini.

Rakaman audio dan video yang berkualiti tinggi

Melalui penghasilan perisian gabungan antara perisian PowerPoint dan Camtasia mempunyai tahap kualiti yang tinggi sama ada dari segi penghasilan video dan juga video yang dihasilkan dalam perisian ini. Hal ini kerana melalui gabungan antara perisian PowerPoint dan Camtasia ini, setiap perisian yang dihasilkan akan dilihat kembali dari segi kejelasan rakaman suara iaitu dari aspek audio dan juga akan lihat dari asepk rakaman gambar iaitu dari aspek audio dalam memastikan setiap perkara yang hendak disampaikan melalui penghasilan perisian tersebut dapat didengar dan juga dilihat dengan jelas.

Melalui perisian program Camtasia, setiap rakaman audio dan video yang dijalankan akan disemak kembali dan melalui penggunaan perisian ini, jika terdapat sebarang kesalahan atau perkara tidak menepati tahap yang diingini dalam penghasilan perisian ini, maka terdapat bahagian-bahagian tertentu yang akan dibuang bagi menghasilkan perisian yang berkualiti mengikut tahap yang diingini. Sebelum rakaman audio dan video ini dijalankan, persediaan yang rapi akan dijalankan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kerumitan dan kesalahan yang akan membawa kepada penghasilan perisian yang kurang memuaskan.

(10)

27

Persediaan yang rapi diperlukan bermula daripada perancangan penyediaan PowerPoint sehinggalah kepada penyediaan rakaman audio dan video yang hendak dijalankan. Perancangan yang rapi perlu bagi menghasilkan perisian yang benar-benar berkualiti bagi meamastikan tidak akan berlaku banyak kesilapan yang akan menyukarka kerja-kerja penyuntingan (edit) dijalankan ke atas perisian tersebut.

Mudah untuk digunakan

Perisian Camtasia dan PowerPoint ini amat mudah untuk dikendalikan jika kita tahu akan fungsi setiap ‘item’ yang terdapat dalam perisian ini. Untuk mengendalikan perisian Camtasia ini bukanlah suatu perkara yang amat merumitkan jika kita dapat memahami setiap arahan dan juga perisian yang hendak kita jalankan. Setiap arahan dan maklumat yang terdapat dalam perisian ini adalah ringkas dan keadaan ini memudahkan kita untuk memahami dan mengendalikannya dengan baik.

Melalui perisian Powerpoint kita akan menyediakan ‘slaid-slaid’

berpandukan tajuk-tajuk dalam menyediakan perisian yang dikehendaki. Selepas perisian dalam bentuk Powerpoint disiapkan, maka peralihan kepada perisian Camtasia dijalankan. Banyak maklumat dan perkara baru yang kita akan dapat jika kita mampu untuk menerokai perisian Camtasia ini disamping akan memudahkan kita untuk menyediakan satu bahan pengajaran yang berbetuk ICT kepada kanak-kanak bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka.

(11)

28

Melalui penyediaan bahan pengajaran ini juga, keadaan ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk menguasai asas penggunaan. Melalui perisian PowerPoint dan Camtasia ini juga guru dapat menyediakan bahan mengikut kesesuaian dan tahap kanak-kanak tersebut iaitu dari segi kandungan perisian tersebut. Biasanya guru akan menyediakan bahan pengajaran yang ringkas supaya kanak-kanak dapat membaca dan memahami setiap arahan dan juga kandungan yang terdapat dalam perisian tersebut.

6.0 Cadangan Penggunaan Bahan Pengajaran

Bahan pengajaran ini disediakan khas untuk kanak-kanak Prasekolah. Kami telah memilih topik yang bertajuk ‘Transportation’, dan ia amat bersesuaian dengan tahap pemikiran dan perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana, pengangkutan adalah salah satu ‘alat’ yang terdapat dipersekitaran mereka.

Jadi, melalui bahan pengajaran ini, mereka akan lebih mengetahui dengan lebih tepat nama kenderaan tersebut, di samping dapat mengecam jenis kenderaan yang terdapat di persekitaran mereka. Walaupun setiap kanak- kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza, namun bahan pengajaran ini masih lagi sesuai untuk kegunaan semua kanak-kanak kerana bahan ini dihasilkan berdasarkan pada tahap pencapaian dan perkembangan kanak-kanak.

(12)

29 7.0 Prosedur penyediaan bahan

i. Penyediaan slaid PowerPoint

ii. Perisian Camtasia dibuka dan ‘record screen’ diaktifkan

(13)

30

iii. Guru menjalankan rakaman bagi setiap ‘slaid’ PowerPoint yang dihasilkan. Namun, guru perlulah terlebih dahulu menekan ikon

‘mikrofon’ untuk merakam suara, dan seterusnya menekan ikon

‘web cam’ untuk merakam imej. Guru perlu menyelenggarakan

‘web cam’ dan ‘mikrofon’ dengan baik supaya rakaman ini dapat dijalankan dengan sempurna.

Contoh Powerpoint yang telah direkod melalui Camtasia Studio

iv. Setelah rakaman selesai dijalankan, guru perlu menyunting semula hasil rakaman tersebut supaya, ruangan-ruangan tertentu yang tidak diperlukan dapat dipadam. Seterusnya, beralih ke menu

‘picture ini picture’ untuk menentukan kedudukan video dalam PowerPoint.

(14)

31

v. Fail-fail yang telah melalui proses penyuntingan akan diteruskan dengan proses ‘rendering’ bagi memastikan produk terakhir dapat dihasilkan dengan jayanya.

8.0 Kesimpulan

Penghasilan bahan pengajaran melalui gabungan antara perisian Camtasia Studio dengan Microsoft PowerPoint mampu menarik minat kanak-kanak untuk belajar dengan lebih baik, di samping dapat memberi peluang kepada kanak-kanak menguasai asas penggunaan komputer. Dalam usaha melahirkan generasi yang celik IT, guru haruslah terlebih dahulu cuba untuk menguasai dan memahirkan diri dalam bidang ini dengan sebaik mungkin.

Namun demikian, mereka perlu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini dalam menghasikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik. Ibu bapa ataupun guru perlu mewujudkan situasi sihat bagi merangsang perkembangan kanak-kanak. Situasi ini dapat mendorong mereka meningkatkan prestasi kemajuan holistik mereka (Mohd. Sharani Ahmad, 2006). Di samping itu, penggunaan Camtasia Studio dan Microsoft PowerPoint dalam dunia pendidikan juga adalah salah satu cara untuk menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan insan yang seimbang dari semua bidang termasuk ICT.

(15)

32 Bibliografi

Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak: Teori dan Amali.

Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

Mohd. Sharani Ahmad (2006). Psikologi Kanak-kanak. Selangor. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Resnick (1983). Constructivist Classrooms. New Haven: Yale University Press.

Linda L. Briggs (2007). Biology Teacher Engages Students with Multimedia Capture. Retrived from http://thejournal.com/articles/list/elearning.aspx (10 March 2009)

Referensi

Dokumen terkait

Majalah Tempo menggunakan headline tersebut untuk menggambarkan situasi ketika penyerangan dilakukan oleh kelompok teroris berlangsung.Dalam headline juga disertakan

Bila tekanan darah penderita hipertensi berbeda dengan klasifikasi sebagai contoh TDS 170 mmHg sedangkan TDD 90 mmHg maka derajat hipertensi ditentukan dari tekanan sistolik

Walaupun yang lebih aktif dalam pengajaran dengan menggunakan metode ini adalah kiai atau ustads, tetapi para santri diaktifkan dengan berbagai macam cara, misalnya

Peningkatan Rasio Tanggul & bantaran sungai yang sudah direhabilitasi terhadap jumlah keseluruhan sungai di Kabupaten Brebes. 1 Ha 0

Skripsi dengan judul “Penggunaan Media Gambar Seri dalam Mengidentifikasi Unsur Cerita untuk Meningkatkan Hasil Belajar Siswa Kelas V SD 3 Panjang” disusun guna

Dengan demikian H o ditolak, yang berarti bahwa kecepatan transaksi di gardu keluar pada jam sibuk pagi dan jam sibuk sore lebih cepat dibandingkan dengan kecepatan transaksi

undang-undang 20 tahun 2008 tentang usaha kecil, yang dimaksud usaha kecil adalah usaha ekonomi produktif yang berdiri sendiri, yang dilakukan oleh orang perorangan

Berdasarkan hasil perhitungan kondisi saham pada tabel 3.3 dan tabel 3.4 terdapat perbedaan nilai intrinsik saham dengan menggunakan metode Dividend Discount Model