• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 2 Keusahawanan Konsep yang terus b

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bab 2 Keusahawanan Konsep yang terus b"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

23 eusahawanan tidak perlu dipertikaikan lagi tentang kepentingannya

terhadap kemanusiaan. Ia merupakan punca kepada pertumbuhan ekonomi, pembaharuan sosial dan pembangunan personal. Subjek yang penting ini sangat sesuai untuk diselidiki dengan mendalam, dijadikan tauladan yang penting dan dijadikan bahan perbahasan secara berterusan. Apabila satu subjek – apa-apa subjek – yang mempunyai kepentingan yang mendalam seperti keusahawanan, saya percaya ia berupaya menjadi asas kepada pendidikan yang hebat.

Prof. Kevin Hindle, Australian Graduate School of Entrepreneurship, Melbourne

B A B 2

Keusahawanan:

Konsep Yang Terus Berubah

(4)

24

Objektif

Evolusi Pengusahaan

Perkataan entrepreneur atau usahawan ini adalah berasal dari perkataan Perancis entreprendre bermaksud ‘untuk diuruskan’. Kami menggunakan perkataan Perancis ini adalah kerana perkataan untuk diuruskan telah digunakan oleh profesyen lain! Walau apa sekalipun usahawan adalah merupakan seseorang yang mengambil tugas untuk menyusun atur,

mengurus dan mengambil risiko perniagaan. Deinisi ini diperluaskan lagi

di mana hari ini usahawan juga dianggap sebagai seorang penginovator atau pemaju yang dapat mengenalpasti dan merebut peluang; peluang tersebut ditukarganti menjadi idea yang boleh dilaksanakan/dipasarkan; menambah nilai mengikut masa, berdaya usaha, wang, atau kemahiran; mengambil risiko di dalam pasar yang bersaing untuk melaksanakan idea tersebut; dan memperolehi ganjaran dari daya usaha tersebut.

Usahawan adalah penggerak yang agresif untuk melakukan perubahan di dalam dunia perniagaan. Mereka merupakan pemikir bebas yang sanggup untuk menjadi berbeza terhadap kejadian yang biasa. Satu kajian mendedahkan bahawa semua usahawan mempunyai ciri-ciri tertentu yang seragam, ini termasuklah keupayaan untuk menggabungkan sumber, kemahiran pengurusan, berhasrat untuk mencapai autonomi dan mengambil risiko. Ciri-ciri lain ialah seperti agresif, bersaing, bermatlamat, berkeyakinan diri, sentiasa mencari dan merebut peluang, bertindak

1. Untuk mengenalpasti pembangunan sejarah usahawan dan keusahawanan

3. Untuk mendeinisikan dan meneroka sekolah pemikiran keusahawanan

5. Untuk menetapkan satu deinisi lengkap tentang keusahawanan

2. Untuk meneroka dan membongkar mitos dalam keusahawanan

(5)

25 mengikut gerak hati, tindakan berasaskan realiti, keupayaan belajar melalui

kesilapan serta berupaya menggunakan kemahiran perhubungan manusia.

Walaupun tiada satu deinisi usahawan secara tepat dan tiada satu proil dapat menggambarkan usahawan hingga masa kini, penyelidikan

menyediakan fokus yang lebih jitu terhadap subjek ini. Satu ulasan ringkas tentang sejarah keusahawanan dipaparkan berikutnya.

Keusahawanan Merentasi Zaman

Sepanjang sejarah selalu terdapat individu yang bersikap ingin mengusahakan perniagaan dengan mengesan dan memanipulasikan peluang. Tetapi apabila manusia berubah dari bertindak dalam unit secara kolektif ke arah individualisme, mereka digelar sebagai ‘orang yang bermimpi dan melakukan’ oleh Pinchot. Mereka sentiasa berhadapan dengan kebimbangan, malah boleh mengancam nyawa serta cabaran demi mencapai impian mereka.

Secara lebih mudah, andaikan usahawan adalah sebagai seorang pemburu yang mempunyai senjata yang terkini mencari kelebihan kedudukan dalam pasaran yang ganas. Semakin majunya teknologi pemburuan, mereka memperolehi lebih banyak tangkapan menyebabkan hasilnya terkumpul dan berlebihan. Kelebihan dalam kekayaan dan pengetahuan ini mengubah kedudukan mereka dari kehidupan sara diri kepada pembentukan sebuah masyarakat yang stabil. Sebahagian yang lain yang lebih bijak menyediakan kemudahan pinjaman dalam bentuk kewangan atau pengetahuan untuk dimanfaatkan oleh orang lain atau kumpulan itu sendiri. Tetapi dalam sebuah masyarakat yang kolektif adalah lebih baik jika manfaat individu yang diperolehi dirahsiakan.

(6)

26 keuntungan untuk diagihkan kepada pelabur, pedagang dan mereka sendiri. Perdagangan yang aman ini telah diganggu oleh orang Parsi yang suka berperang dan tamak sehingga dua ribu tahun lamanya, keadaan ini telah menghasilkan konsep pengusaha yang mengambil risiko.

Di era anutan kitab injil, seorang individu yang berkebolehan dan bebas dalam menjalankan perusahaannya berhadapan dengan masyarakat yang prejudis dan menentang sistem pinjaman yang dikenakan faedah. Kitab injil melarang keras kegiatan sebegini dan menganggapnya sebagai satu jenayah yang berat. Ezekiel 18:13 mengatakan, ‘Dia yang memberi pinjaman dan mengambil faedah yang berlebihan. Patutkah orang seperti ini hidup? Dia tidak akan hidup! Sebab dia telah melakukan sesuatu yang sangat dibenci, dia hendaklah dihukum mati’. Bayangkan betapa sukarnya mencari kelebihan kedudukan pada masa itu.

Masyarakat Romawi tidak menghalang pinjaman yang dikenakan faedah, tetapi anehnya orang Romawi tidak menyukainya. Mereka juga menganggap perniagaan yang dijalankan oleh golongan bangsawan akan menyebabkan kehilangan prestij mereka. Mereka juga memandang tinggi kepada pengumpulan kekayaan asalkan ia tidak berpunca dari kegiatan perindustrian atau perdagangan. Di Rom terdapat penciptaan kekayaan tetapi hanya melalui perdagangan. Perniagaan hartanah dan pinjaman kewangan berfaedah merupakan jalan biasa untuk mendapatkan kekayaan. ‘Wang mencurah daripada hasil harta rampasan perang, ganti rugi, cukai wilayah, pinjaman dan lain-lain perahan atau cabutan’. Keadaan ini menguntungkan pihak tertentu apabila golongan bangsawan mengelak dari terlibat dalam perdagangan. Ruang ini terbuka kepada golongan usahawan dari kalangan orang biasa dan bekas hamba yang diberi peluang berniaga oleh tuannya. Perhambaan merupakan salah satu jalan untuk melibatkan diri dalam perdagangan bagi golongan kelas bawahan di Rom.

Inovasi dan keuntungan adalah tidak berkaitan langsung. Keadaan ini jelas kerana orang Romawi melakukan kemajuan teknologi yang terhad, itupun tidak berkaitan dengan perdagangan. Pliny menulis bahawa suatu hari seorang pencipta datang mengadap Maharaja Tiberius untuk menunjukkan ciptaannya iaitu cermin kaca yang susah pecah dan memohon sumbangan untuk ciptaannya. Tiberius bertanya sama adakah formula tersebut telah diketahui oleh orang lain? Pencipta tersebut menyakinkan bahawa ia masih satu rahsia dan pencipta tersebut dipancung serta merta, ‘jika tidak emas akan bertukar nilainya menjadi selut’. Pengajaran sedih dari cerita ini ialah apabila pencipta tersebut terpaksa mengadap maharaja untuk mendapatkan ganjaran yang sepatutnya dia bertemu dengan pemodal teroka untuk mendapatkan pelaburan.

(7)

27 daripada bangsawannya yang kaya. Ini bermakna tiada sesiapa sanggup

untuk melabur dalam perniagaan yang produktif demi mengelak dari hilang begitu sahaja. Hanya pelajaran dan jawatan sahaja sebagai jalan ke arah kejayaan dan nilai hanya terdapat pada pemilikan tanah bukannya perniagaan. Kekayaan hanya untuk mereka yang lulus peperiksaan dan dapat menjawat jawatan dalam kerajaan.

Di zaman pertengahan di Eropah pula kekayaan dan kuasa juga bukannya datang daripada kemahiran perniagaan tetapi melalui penaklukan tentera. Inovasi seperti perisai, panah dan ubat senapang amat diperlukan oleh tentera bukannya kedai runcit. Di istana King Arthur, budak lelaki yang belajar ilmu peperangan diterima sebagai satu kaedah untuk mengumpul kekayaan. Sesungguhnya, tulisan Mark Twain dalam “A Connecticut Yankee in King Arthur’s Court” membidas keadaan ini dengan mengatakan bahawa jika usahawan Amerika di bawa ke zaman tersebut mereka akan menubuhkan akademi perusahaan.

Tetapi apabila Eropah berubah daripada ekonomi feudal kepada kapitalis baru, keadaan mula berubah. Usahawan perdagangan telah mengambilguna kemajuan teknologi dalam bidang pembinaan kapal dan membina jaringan perdagangan global dan mereka telah menggunakan kemajuan persenjataan untuk melindunginya. Berbagai bentuk pinjaman berfaedah diperkenalkan seperti pinjaman kepada pemerintah, pajakan monopoli, pembelian secara kredit, kadar tetap pertukaran matawang dan sebagainya. Usahawan perdagangan telah menjadi pemain utama di dalam arena politik Eropah dan juga sebagai pemilik armada perkapalan dan pewaris perbankan seperti Medici, yang boleh dianggap sebagai pemerintah sekular ataupun sebagai seorang rahib. Di penghujung zaman pertengahan, kewujudan semula bandar menyaksikan zon bebas cukai dan pembebasan hamba telah melahirkan pertumbuhan pesat di dalam semangat keusahawanan.

Oleh itu, sehingga era revolusi perindustrian pada penghujung abad ke lapan belas dan awal abad ke sembilan belas, kita saksikan bahawa seorang usahawan mungkin dihukum pancung, mati di medan peperangan atau ditentukan oleh pemerintah. Satu persekitaran yang sangat tidak kondusif!

(8)

28 perubahan di dalam sejarah manusia adalah usahawan.

Individualis yang kasar, mereka yang menghargai kebebasan dan berdiri sendiri, selalunya adalah golongan yang bertentangan dengan pemerintah dan tidak suka kepada kongkongan. Pada dasarnya usahawan adalah golongan mereka yang tahu apa yang mereka buat. Usahawan hari ini boleh dikategorikan sebagai jenis individu yang berdaulat. Dalam buku “The Sovereign Individual” oleh Davidson dan Reesmogg melihat sejarah sebagai kitaran 500 tahun – daripada kegemilangan Athen dan kejatuhannya (500 BC), sehingga permulaan agama Kristian dan kejatuhan Rom (AD 500), sehingga kemunculan feudalisme (AD 1000) dan kejatuhannya di sekitar 1500. Setiap kitaran melihat genggaman yang kuat oleh sistem pemerintahan yang akhirnya tumbang manakala kebebasan kemudian wujud buat sementara waktu. Di zaman moden ini, warganegara tidak lagi perlu setia atau terhutang budi kepada sesebuah negara bangsa mengikut penulis. Usahawan masa hadapan akan berada di dalam talian internet dan akan memilih untuk bermastautin dan melakukan perniagaan berasaskan pertimbangan kos dan keuntungan. Mereka akan melakukan pembelian secara pembandingan untuk perkhidmatan (utiliti, perlindungan polis, malah matawang) monopoli negara tidak lagi berkuasa di dalam pasaran.

Definisi Awal Keusahawanan

Pengenalan usahawan dalam satu kelas telah dilakukan sejak abad kelapan belas lagi di Perancis apabila Richard Cantillon mengaitkan usahawan dengan kegiatan menanggung risiko di dalam ekonomi. Di abad yang sama di Eropah, Revolusi Perindustrian berkembang dengan pesat dan usahawan berperanan dengan jelas sekali dalam kegiatan menanggung risiko dan transformasi sumber.

Sejak sekian lama ahli ekonomi mengatakan bahawa perkataan usahawan itu

adalah milik mereka. Sehingga tahun 1950 kebanyakan deinisi dan rujukan

terhadap keusahawanan datang dari ahli ekonomi. Contohnya, Cantillon (1725), sebagaimana yang disebut; Jean Babtiste Say (1803), seorang ahli ekonomi Perancis yang terkenal; Joseph Schumpeter (1934), ahli ekonomi yang bijak di abad ke-20, semuanya menulis tentang keusahawanan dan kesannya terhadap pembangunan ekonomi. Selama beberapa dekad

penulis-penulis terus mencuba untuk menerangkan atau mendeinisikan

tentang keusahawanan. Berikut adalah beberapa contoh berkaitan:

(9)

29 Keusahawanan, sekurang-kurangnya di dalam semua

masyarakat bukan kuku besi, merupakan satu jambatan antara masyarakat keseluruhannya, terutama sekali aspek bukan ekonomi masyarakat tersebut, serta penubuhan institusi yang berasaskan keuntungan untuk tujuan mengambil manfaat dari kekayaan ekonomi dan untuk memuaskan hajat ekonominya sebaik mungkin.

Dalam ... keusahawanan, terdapat perjanjian tentang kelakuan yang sedang kita bincangkan termasuklah: (1) mengambil inisiatif, (2) menyusun atur atau menyusun atur semula mekanisma ekonomi untuk menjadikan sumber dan situasi kepada keadaan yang praktikal, serta (3) penerimaan terhadap risiko kegagalan.

Para penulis yang terkemuka telah lama berselisih pendapat tentang sama ada seorang usahawan mencipta keseimbangan atau ketidakseimbangan, mestilah menanggung risiko, pemilik modal, terkecuali, seorang pemimpin atau hanya sebagai penggabung faktor, inovatif atau lebih bersedia berbanding dengan orang awam. Selepas mengulas tentang evolusi

keusahawanan serta memeriksa deinisinya yang berbeza-beza, Ronstadt

meringkaskannya seperti berikut:

Keusahawanan adalah satu proses yang dinamik dalam mencipta kekayaan yang meningkat. Kekayaan ini dicipta oleh individu yang menanggung risiko utama dalam bentuk ekuiti, masa, dan/atau pengorbanan kerjaya untuk menyediakan nilai untuk beberapa produk atau perkhidmatan. Produk atau perkhidmatan itu sendiri mungkin atau mungkin tidak baru atau unik tetapi nilainya bagaimanapun tetap dimasukkan oleh usahawan menggunakan kemahiran dan sumber yang bersesuaian.

Di abad kedua puluh ini, dunia telah menjadi sangat rapat hubungannya dengan enterprais bebas dan kapitalisme. Begitu juga, secara umumnya ia dikenali bahawa usahawan bertindak sebagai agen kepada perubahan; menyediakan kreativiti; idea yang inovatif untuk perniagaan; serta membantu mengembangkan dan memberi keuntungan kepada perniagaan.

(10)

30 Dalam mengenali kepentingan evolusi keusahawanan ke dalam abad

kedua puluh, kita telah membangunkan satu deinisi yang bersepadu yang

memperakukan faktor-faktor penting yang diperlukan oleh fenomena ini.

Keusahawanan adalah satu proses yang dinamik terdiri daripada visi, perubahan dan ciptaan. Ia memerlukan penggunaan tenaga dan ketaksuban ke arah penciptaan dan pelaksanaan idea baru serta penyelesaian yang kreatif. Di antara kandungan penting termasuklah kesanggupan untuk mengambil risiko yang boleh dikira – dari konteks masa, ekuiti atau kerjaya; keupayaan untuk membentuk pasukan perniagaan yang berkesan; kemahiran kreatif untuk menggembleng sumber yang diperlukan; kemahiran asas untuk membina rancangan perniagaan yang kukuh; akhir sekali, mempunyai visi untuk mengenal peluang di mana orang lain melihatnya sebagai suatu keadaan kacau bilau, bercanggahan dan mengelirukan.

Mitos-Mitos Keusahawanan

Disepanjang beberapa tahun wujud berbagai mitos atau kepercayaan karut berkaitan dengan keusahawanan. Ramai penulis dalam bidang ini mencatatkan bahawa kajian keusahawanan merupakan satu bidang yang baru muncul, oleh itu cerita dongeng cenderung untuk bertapak dan mungkin dipercayai sehingga ianya dapat disahkan tidak benar melalui kajian terkini. Berikut dibincangkan sepuluh jenis kepercayaan mitos yang dicatatkan beserta keterangan untuk menghapuskan kepercayaan tersebut.

Mitos 1: Usahawan adalah pelaku, bukannya pemikir

Walaupun ada kebenarannya tentang usahawan sebagai orang yang suka bertindak tetapi ia juga bertindak sebagai pemikir. Sesungguhnya usahawan selalunya bertindak dengan tersusun dan sentiasa membuat perancangan dengan teliti sebelum melakukan sesuatu. Penekanan masa kini ialah terhadap pembentukan rancangan perniagaan yang jelas dan lengkap

merupakan satu petunjuk bahawa berikir adalah sama pentingnya

dengan pelakuan.

Mitos 2: Usahawan dilahirkan, bukannya dibentuk

(11)

31 kemahiran dalam hubungan manusia. Namun demikian, hari ini

keusahawanan dikenalpasti sebagai satu disiplin membantu menghapuskan kepercayaan ini. Seperti disiplin yang lain, keusahawanan mempunyai model, proses dan kajian kes yang memungkinkan ianya dikaji dan melahirkan pengetahuan yang boleh dipelajari.

Mitos 3: Usahawan adalah seorang pencipta

Kepercayaan bahawa usahawan adalah pencipta merupakan satu salah faham dan pemikiran satu hala. Walaupun ramai pencipta adalah juga usahawan, terdapat juga usahawan yang mempunyai kemahiran menjalankan inovasi yang berbagai jenis. Sebagai contoh, Ray Croc tidak mencipta franchais makanan segera, tetapi idea inovasinya telah melahirkan McDonald sebagai rangkaian perniagaan makanan segera di seluruh dunia. Fahaman terkini mengenai keusahawanan bukan sahaja merangkumi aspek ciptaan. Ia memerlukan kefahaman lengkap mengenai kelakuan inovatif dalam semua bentuk.

Mitos 4: Usahawan adalah golongan yang tercicir dalam akademik dan sosial

Terdapat kepercayaan yang meluas bahawa usahawan adalah golongan yang tercicir dalam bidang akademik dan sosial. Keadaan ini berpunca dari fakta yang mendapati lebih kurang 15 peratus daripada semua usahawan tercicir dalam persekolahan atau berhenti kerja dalam bidang pengurusan. Seorang usahawan sektor harta yang berpengaruh di New Zealand berkata, ‘Kepada usahawan, pendidikan adalah satu kegiatan yang tidak berkaitan’. Inilah salah satu punca yang menyebabkan usaha menerangkan tentang usahawan biasa terbantut kerana telah terkeluar dari kebiasaan. Berdasarkan kepada perkembangan sejarah, organisasi pendidikan dan sosial tidak kenal usahawan. Organisasi tersebut mengandaikan usahawan sebagai tidak sesuai untuk diambilkira ke dalam gergasi dunia korporat. Pendidikan perniagaan misalnya hanya mementingkan pembelajaran dalam sektor korporat sahaja. Tetapi hari ini usahawan adalah wira dalam dunia sosial, ekonomi dan akademik. Usahawan bukan lagi tidak sesuai, malah mereka kini dilihat sebagai profesional. Kajian menunjukkan pendidikan dan keusahawanan adalah sangat tinggi korelasinya.

Mitos 5: Usahawan hendaklah padan dengan profail

(12)

32 mempunyai kehendak terhadap pencapaian. Hari ini kita sedar bahawa piawaian sebagai usahawan adalah sukar untuk dipastikan. Persekitaran, perniagaan, serta usahawan memberi kesan secara interaktif yang telah menghasilkan berbagai jenis profail. Kajian semasa yang sedang dilakukan di universiti seluruh Amerika Syarikat akan menyediakan satu pandangan tentang berbagai jenis profail usahawan yang berjaya. Jika dilihat dalam bab empat, pinggiran keusahawanan di dalam individu itu sendiri lebih mudah difahami berbanding dengan senarai semak profail.

Mitos 6: Semua usahawan perlukan wang

Memang tidak dapat dinaikan bahawa penubuhan perniagaan memerlukan

modal untuk terus hidup. Ia juga didapati benar bahawa banyak perniagaan gagal akibat kekurangan dalam pembiayaan kewangan. Namun demikian adanya modal sahaja tidak semestinya boleh menjadi benteng untuk mengekang kegagalan. Kegagalan akibat kekurangan modal selalunya merupakan petunjuk kepada masalah lain: pengurusan yang tidak cekap, kurang kefahaman tentang kewangan, pelaburan yang lemah, perancangan yang lemah dan seumpamanya. Ramai usahawan yang berjaya telah dapat mengatasi masalah kekurangan wang untuk memantapkan perniagaan mereka. Kepada usahawan berkaitan, wang adalah salah satu sumber penting tetapi ianya bukanlah matlamat sebenarnya.

Mitos 7: Semua usahawan adalah bergantung pada nasib

Dapat berada di tempat dan pada waktu yang betul memang merupakan satu kelebihan. Tetapi faktor nasib berlaku apabila persediaan sesuai dengan peluang. Usahawan yang sentiasa bersedia dan dapat merebut peluang bila tiba masanya dianggap sebagai bernasib baik. Sebenarnya mereka lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang boleh memberikan mereka kejayaan. Apa yang sebenarnya menyumbang kepada nasib ialah, persediaan, keinginan, pengetahuan dan inovasi.

Mitos 8: Kejahilan adalah punca kebahagiaan bagi usahawan

(13)

33

Mitos 9: Usahawan menjejak kejayaan tetapi terpaksa mengalami kadar kegagalan yang tinggi

Adalah didapati benar bahawa ramai usahawan mengalami kegagalan sebelum mereka berjaya. Ini bersesuaian dengan perumpamaan, ‘jika anda belum berjaya, cuba dan cuba lagi’. Sebenarnya kegagalan boleh mengajar banyak pengajaran kepada mereka yang sanggup belajar dan selalunya akan membawa kejayaan dimasa hadapan. Keadaan ini dijelaskan lagi oleh prinsip koridor yang menyatakan bahawa setiap perniagaan yang dilancarkan, peluang baru dan tidak diduga akan muncul. Perbadanan 3M mencipta nota Post-it menggunakan gam yang tidak terlalu kuat sebagaimana kegunaan yang dikehendaki. Daripada membuang gam tersebut begitu sahaja syarikat telah berusaha mencari jalan untuk mencari kegunaan lain bagi gam tersebut dan dalam proses tersebut mereka telah membangunkan satu produk yang bernilai jutaan dollar. Namun demikian statistik berhubung dengan kadar kegagalan usahawan banyak yang menyeleweng beberapa tahun yang lepas. Seorang penyelidik melaporkan bahawa kadar kegagalan yang tinggi yang selalu diterima mungkin menyeleweng. Pengesanan 814,000 perniagaan yang dimulakan dalam

tahun 1977, Kirchof mendapati bahawa lebih daripada 50 peratus masih

meneruskan perniagaan oleh pemilik asal atau pemilik baru. Tambahan lagi, 28 peratus secara sukarela telah menamatkan perniagaan dan hanya 18 peratus yang benar-benar gagal dengan meninggalkan tanggungan yang masih tertunggak.

Mitos 10: Usahawan adalah pengambil risiko yang keterlaluan (Penjudi)

Penjelasan lanjut dibuat dalam bab 4, konsep risiko ialah unsur utama dalam proses keusahawanan. Namun demikian tanggapan awam mengenai risiko yang ditanggung oleh semua usahawan telah diputar belitkan. Walaupun nampaknya usahawan berjudi dalam peluang yang ganas tetapi sebenarnya mereka selalu bekerja dalam keadaan risiko sederhana atau dikira. Kebanyakan usahawan yang berjaya bekerja keras menggunakan perancangan dan persediaan untuk mengurangkan risiko agar matlamatnya terkawal dan visi mereka menjadi semakin jelas.

Sepuluh mitos tersebut dipaparkan untuk memberikan latar belakang kepada pemikiran dalam keusahawanan. Apabila kita dapat menghindarkan kepercayaan karut pembinaan asas yang lebih kukuh dapat dibina dengan mengadakan penyelidikan tentang teori dan proses keusahawanan semasa.

Pendekatan-Pendekatan Dalam Keusahawanan

(14)

34 dengannya adalah penting dan perlu dikenalpasti. Penyelidikan terhadap keusahawanan telah berkembang dengan pesat beberapa tahun yang lepas. Perkembangan dalam bidang ini telah memajukan kaedah penyelidikan daripada menggunakan tinjauan sehinggalah kepada kajian yang lebih bersifat kontekstual dan kajian berasaskan proses. Namun demikian, sehingga kini belum ada lagi satu teori lengkap mengenai keusahawanan dapat dikanunkan.

Teori keusahawanan boleh dideinisikan sebagai satu formulasi

perhubungan yang logik dan boleh disahkan, atau prinsip-prinsip berkaitan yang menerangkan tentang keusahawanan. Prinsip tersebut menjangka aktiviti keusahawanan (contohnya, dengan menggariskan ciri-ciri keadaan yang membantu ke arah pewujudan peluang yang menguntungkan dan pembentukan perusahaan baru), atau menyediakan panduan yang normatif (iaitu, memberikan panduan tentang bagaimana bertindak dengan betul dalam keadaan tertentu). Di alaf baru ini adalah semakin jelas menunjukkan bahawa kita perlukan teori yang kohesif atau perjenisan yang nyata untuk memahami bidang ini dengan lebih mendalam.

Di dalam kajian semasa keusahawanan, satu konsep telah wujud: Keusahawanan merupakan satu bidang yang mengandungi pelbagai disiplin. Dengan itu, ia merangkumi berbagai pendekatan untuk meningkatkan kefahaman seseorang tentang bidang ini. Justeru kita perlu mengenalpasti berbagai teori ke arah pemahaman kepada kemunculan keusahawanan. Salah satu cara untuk mengenalpasti teori ini ialah dengan menggunakan pendekatan ‘sekolah pemikiran’ yang membahagikan keusahawanan kepada aktiviti khusus. Aktiviti tersebut mungkin terdapat di dalam pandangan ‘makro’ atau pandangan ‘mikro’, kedua-duanya memberikan pandangan tentang konsep keusahawanan.

Sekolah pemikiran keusahawanan

(15)

35

Pandangan Makro

Pandangan makro dalam keusahawanan memaparkan susunan faktor yang luas yang berkaitan dengan kejayaan dan kegagalan di dalam perusahaan keusahawanan semasa. Susunan ini termasuklah proses luaran yang kadangkala di luar kawalan usahawan, ini adalah kerana kawalan tersebut melibatkan pandangan punca kawalan dari luar yang kuat. Tiga sekolah pemikiran keusahawanan adalah pecahan daripada pandangan makro. Pandangan ini adalah yang paling luas dan mendalam.

• Sekolah pemikiran persekitaran: Sekolah pemikiran ini melibatkan faktor luaran yang mempengaruhi potensi gaya hidup usahawan. Keadaan ini adalah sama ada mempunyai kuasa positif atau negatif dalam membentuk keinginan keusahawanan. Ianya difokuskan kepada institusi, nilai dan banyak lagi, dikumpul dan membentuk kerangka persekitaran sosio-politik yang kuat mempengaruhi pembangunan usahawan. Contohnya, jika seorang pengurus pertengahan diberikan kebebasan dan sokongan untuk membangunkan idea, melakukan perjanjian, atau melakukan cara baru dalam kerjanya, persekitaran tersebut akan membantu untuk mempercepatkan proses pengurus tersebut menjadi seorang usahawan. Faktor persekitaran lain yang selalu mempengaruhi potensi pembangunan usahawan ialah kumpulan Rajah 2.1 Pendekatan Sekolah Pemikiran Keusahawanan

Sekolah pemikiran persekitaran

Sekolah pemikiran kewangan/modal

Sekolah pemikiran penyingkiran

Sekolah pemikiran gaya keusahawanan

Sekolah pemikiran peluang perniagaan

Sekolah pemikiran formulasi strategik Pandangan Mikro

(16)

36 sosial individu berkenaan. Suasana kawan rakan dan saudara mara juga boleh mempengaruhi dan menyokong keinginan untuk menjadi seorang usahawan.

• Sekolah pemikiran kewangan/modal: Sekolah pemikiran ini adalah ber-dasarkan kepada proses mencari modal. Pencarian untuk modal benih dan modal pertumbuhan adalah merupakan fokus keseluruhan yang ditekankan di dalam keusahawanan ini. Karya tertentu memberi tum-puan secara khusus kepada proses ini, manakala sumber karya lain menganggapnya hanya sebagai salah satu bahagian di dalam proses berkeusahawanan. Di dalam mana-mana kes, proses modal perniagaan adalah penting kepada pembangunan usahawan. Sekolah pemikiran ini memandang kepada seluruh penerokaan berkeusahawanan dari sudut pengurusan kewangan. Keadaan ini dijelaskan di dalam jadual 2.1, di mana keputusan mengenai kewangan timbul di setiap titik utama di dalam proses penerokaan.

• Sekolah pemikiran penyingkiran: Sekolah pemikiran ini memfokuskan kepada fenomena kumpulan. Ia beranggapan sama ada kumpulan mempengaruhi atau menghapuskan faktor tertentu yang menganjurkan seseorang individu kepada memulakan sesuatu perniagaan. Ini adalah Jadual 2.1 Penekanan Analisis Kewangan

Sedang beroperasi Peringkat permulaan atau pengambil alihan

Menurun atau pewarisan

TAHAP PENEROKAAN

Pengurusan tunai

Pelaburan

Analisis kewangan dan penilaian

Modal benih

Sumber modal teroka

Soalan keuntungan

Pembelian korporat Soalan pewarisan

PERTIMBANGAN KEWANGAN

Kekalkan, tambah, atau kurangkan saiz

Teruskan atau tinggalkan

Jual, bersara, atau membubarkan operasi

(17)

37 sebagaimana Ronstadt mencatatkan bahawa individu tidak akan

meneruskan sesuatu perniagaan sehinggalah mereka di cegah atau disingkir daripada melakukan aktiviti lain. Terdapat tiga jenis penyingkiran yang diterangkan oleh sekolah pemikiran ini:

- Penyingkiran berpolitik: Keadaan ini disebabkan oleh faktor-faktor yang terdiri daripada seluruh rejim politik yang menolak enterprais bebas (persekitaran antarabangsa) kepada perundangan kerajaan dan dasar yang menghadkan atau mengalih arah industri tertentu. - Penyingkiran berbudaya: Keadaan ini ialah mengenai kumpulan

sosial yang dihalang daripada bidang profesionalnya. Latar belakang etnik, agama, bangsa dan jantina adalah semuanya contoh faktor-faktor yang digambarkan di dalam pengalaman golongan minoriti. Keadaan ini akan semakin menambahkan lagi bilangan individu daripada golongan peniaga biasa ke arah perniagaan berkeusahawanan.

- Penyingkiran ekonomi: Keadaan ini tertumpu kepada perbezaan di dalam ekonomi akibat kemerosotan dan kemelesetan. Kehilangan kerja, pengecilan modal atau hanya akibat ‘era gawat’ boleh mencetuskan satu asas untuk melancarkan aktiviti berkeusahawanan, sama seperti ia mempengaruhi pertumbuhan perniagaan dan pengurangan.

Contoh penyingkiran menjelaskan bahawa kuasa luaran boleh mempengaruhi pembangunan keusahawanan. Keprihatinan kepada budaya, pengetahuan tentang politik dan dasar awam serta pengasakan fahaman ekonomi akan membantu dan menambah baik kefahaman di dalam berkeusahawanan di bawah sekolah pemikiran penyingkiran. Semakin luas asas pendidikan di dalam bidang ekonomi dan sains politik, semakin kuat fahaman di dalam berkeusahawanan.

Pandangan Mikro

Pandangan mikro dalam bidang keusahawanan menyelongkar faktor khusus di dalam bidang keusahawanan dan sebahagian daripada kawalan dalaman. Individu yang berpotensi menjadi usahawan mempunyai kebolehan atau kawalan untuk mengarah atau menyesuaikan hasil setiap pengaruh utama di dalam pandangan ini. Walaupun beberapa penyelidik telah membangunkan

pendekatan kepada beberapa deinisi dan bahagian, seperti di dalam

jadual 2.2, pendekatan kami membentangkan teori gaya berkeusahawanan (kadangkala dipanggil sebagai ‘sekolah pemikiran manusia’), teori peluang perniagaan dan teori perumusan berstrategi. Tidak seperti pandangan makro yang memfokuskan kejadian daripada luar memandang ke dalam, pendekatan mikro menumpukan perhatian secara khusus dari dalam memandang keluar. Sekolah pemikiran pertama yang paling dikenali:

(18)
(19)
(20)

40 menjelaskan bahawa persediaan yang sesuai dengan peluang adalah bersamaan dengan “nasib/kebetulan” yang terletak di bawah prinsip prinsip koridor. Penyokong kepada sekolah pemikiran ini percaya bahawa persediaan yang teratur di dalam bahagian perniagaan antara disiplin akan meningkatkan keupayaan mengenalpasti peluang perniagaan.

• Sekolah pemikiran perumusan berstrategi: George Steiner mencatatkan bahawa perancangan strategik adalah suatu keserabutan yang bersilang di dalam seluruh fabrik pengurusan; ia bukannya sesuatu yang terpisah dan terasing daripada proses pengurusan. Pendekatan perumusan ber-strategi ke arah teori keusahawanan menekankan proses perancangan di dalam kejayaan membangunkan perniagaan.

Ronstadt melihat perumusan berstrategi sebagai suatu penyungkitan terhadap elemen yang unik. Pasaran yang unik, manusia yang unik, produk yang unik, atau sumber yang unik dikenalpasti, digunakan, atau dibentuk ke dalam pembinaan perniagaan yang berkesan. Aspek-aspek antara disiplin di dalam penyesuaian berstrategi menjadi jelas di dalam ciri-ciri elemen disenaraikan di sini dengan strategi yang sejajar dengannya:

- Pasaran yang unik: Gunung melawan strategi jurang gunung, merujuk kepada mengenalpasti segmen pasaran utama dan juga di antara pasaran yang muncul dari pasaran yang lebih besar.

- Manusia yang unik: Strategi cef yang hebat, merujuk kepada kemahiran atau bakat istimewa dari seorang atau lebih individu di mana perniagaan dibentuk.

- Produk yang unik: Strategi barang yang lebih baik, merujuk kepada inovasi yang merangkumi pasaran baru dan pasaran sedia ada. - Sumber yang unik: strategi telaga air, merujuk kepada kebolehan

mengumpul atau mengawal sumber istimewa (tanah, buruh, modal, bahan mentah) dalam tempoh yang lama.

Tanpa persoalan lagi, sekolah perumusan berstrategi merangkumi keupayaan pengurusan yang luas dan memerlukan pendekatan antara disiplin.

Sekolah pemikiran keusahawanan: Suatu ringkasan

(21)

41 keupayaannya, jadi begitu juga bidang keusahawanan perlu menggunakan

berbagai teori di dalam pertumbuhan dan pembangunannya.

Pendekatan Proses

Suatu jalan lain untuk mengkaji kegiatan yang berlaku di dalam keusahawanan ialah melalui pendekatan proses. Walaupun berbagai kaedah dan model digunakan untuk membentuk proses keusahawanan dan faktor-faktornya, kita akan mengkaji tiga pendekatan proses yang lebih tradisional di sini. Pertama, kita akan membincangkan pendekatan bersepadu, sebagaimana diterangkan oleh Morris dan rakannya. Model mereka menggabungkan konsep berteori dan amali yang berkaitan dengan kegiatan keusahawanan. Pendekatan kedua ialah suatu proses penilaian berasaskan pinggiran keusahawanan yang dibangunkan oleh Ronstadt. Pendekatan proses ketiga dibangunkan oleh Gartner iaitu berbagai dimensi dan terjalin bersama konsep individu, persekitaran, organisasi dan proses. Kesemua kaedah ini berusaha untuk menerangkan proses keusahawanan sebagai penyatuan semua faktor yang berbagai jenis, inilah merupakan teras kepada buku ini.

Pendekatan bersepadu

Suatu gambaran yang lebih bersepadu di dalam proses keusahawanan disediakan oleh Morris et al. Dipersembahkan dalam rajah 2.2, model ini dibina disekeliling konsep input kepada proses berkeusahawanan dan hasil daripada proses berkeusahawanan. Komponen input di dalam rajah 2.2 difokuskan kepada proses keusahawanan itu sendiri dengan mengenalpasti lima elemen utama yang menyumbang kepada proses

tersebut. Pertama ialah peluang persekitaran seperti perubahan demograi,

(22)
(23)

43

Pendekatan penilaian berkeusahawanan

Model lain iaitu pendekatan penilaian berkeusahawanan yang dibangunkan oleh Ronstadt – menekankan tentang membuat penilaian secara kualitatif, kuantitatif, berstrategi dan beretika berhubung dengan usahawan, perniagaan dan persekitaran. Rajah 2.3 melakarkan model ini. Untuk mengkaji keusahawanan, keputusan penilaian hendaklah dibandingkan dengan tahap kerjaya berkeusahawanan – iaitu awal, pertengahan, atau lewat. Ronstadt memberikan istilah ‘pinggiran keusahawanan’ kepada proses ini. Kami memfokuskan kepada istilah ini di dalam bab 4 apabila kami mengkaji ciri-ciri individu dalam keusahawanan.

Rajah 2.3 Pendekatan Penilaian Keusahawanan

Sumber: Robert C. Ronstadt, Entrepreneurship (Dover, MA: Lord publishing Co., 1984), 39.

Adakah keputusan penilaian munasabah berdasarkan:

Kedudukan kerjaya keusahawanan

Pengalaman dan Awal Pertengahan Lewat

Jenis perniagaan

Kualitatif, Kuantitatif, Berstrategi

dan Beretika

Penilaian Jenis

usahawan

(24)

44 Pendekatan berbagai dimensi

Pendekatan proses yang lebih terperinci ke arah keusahawanan ialah pendekatan berbagai dimensi. Di dalam pandangan ini keusahawanan ialah suatu kerangka yang kompleks dan berbagai dimensi yang menumpukan perhatian kepada individu, persekitaran, organisasi dan proses perniagaan. Faktor khusus yang berkaitan dengan dimensi ini adalah seperti berikut:

Individu:

- Kehendak terhadap pencapaian - Punca kawalan

- Daya mengambil risiko - Kepuasan kerja

- Pengalaman kerja yang lepas - Ibubapa yang berkeusahawanan - Umur

- Pendidikan

Persekitaran:

- Kesediaan modal teroka

- Kehadiran usahawan yang berpengalaman - Tenaga pekerja yang berkemahiran teknikal - Kemudahan mendapatkan pembekal

- Kemudahan mendapatkan pelanggan atau pasaran baru - Pengaruh kerajaan

- Jarak dengan universiti - Kesediaan tanah atau fasiliti - Kemudahan pengangkutan - Sikap penduduk

- Kemudahan mendapatkan khidmat sokongan - Keadaan kehidupan

Organisasi:

- Jenis irma

- Persekitaran keusahawanan - Rakan kongsi

- Pemboleh ubah strategik - Kos

- Pembezaan - Fokus

(25)
(26)

46 • Proses:

- Menempatkan peluang perniagaan - Mengumpul sumber

- Memasarkan produk dan perkhidmatan - Mengeluarkan produk

- Membina organisasi

- Bertindak balas kepada kerajaan dan masyarakat

Rajah 2.4 memaparkan interaksi di antara empat dimensi keusahawanan ini, atau perniagaan baru, proses dan senarai lebih banyak pemboleh ubah. Pros-es jenis ini menggerakkan keusahawanan dari sekolah pemikiran yang ber-pecah-pecah kepada suatu kedinamikan, pendekatan proses yang interaktif.

Konsep Utama

Sebelum merumuskan perbincangan kita berhubung dengan sifat asal keusahawanan, kita perlu meletakkan tiga konsep utama ke dalam suatu perspektif: keusahawanan, usahawan dan pengurusan keusahawanan.

Keusahawanan

Keusahawanan ialah suatu amalan dengan memulakan organisasi baru, terutamanya perniagaan baru. Keusahawanan adalah juga merupakan suatu proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi utama – individu, organisasi, persekitaran, proses – iaitu yang dibantu oleh jaringan usahasama dengan kerajaan, pendidikan dan institusi. Semua kedudukan makro dan mikro dalam pemikiran usahawan hendaklah diambilkira sambil mengenalpasti dan merebut peluang yang boleh ditukarganti kepada idea yang boleh dipasarkan serta mampu bersaing untuk perlaksanaan di dalam ekonomi hari ini.

Usahawan

(27)

47

Pengurusan keusahawanan

Tema yang mewarnai buku ini ialah disiplin pengurusan keusahawanan, satu konsep yang di catatkan seperti berikut:

Keusahawanan adalah berdasarkan prinsip yang sama, sama ada usahawan tersebut adalah sebuah institusi yang besar atau individu memulakan perniagaan baru secara berseorangan. Hanya sedikit perbezaan atau tiada perbezaan langsung sama ada usahawan tersebut adalah sebuah perniagaan atau entiti bukan perniagaan seperti organisasi khidmat awam, begitu juga jika sama ada usahawan itu adalah institusi kerajaan atau bukan kerajaan. Peraturannya adalah lebih kurang sama, perkara yang boleh digunakan atau pun tidak adalah lebih kurang sama, begitu juga jenis-jenis inovasi dan di mana mencarinya. Di dalam setiap kes terdapat disiplin yang kita boleh panggil sebagai Pengurusan Keusahawanan.

Teknik dan prinsip di dalam disiplin ini akan memandu ekonomi keusahawanan ke arah abad ke dua puluh satu.

Ringkasan

Bab ini menyorot kepada bagaimana kedua-dua usahawan dan konsep keusahawanan yang berubah mengikut zaman. Kita melihat kepada individu yang kasar dan individu yang berdaulat sebagai contoh usahawan.

Penjelajahan ke era awal deinisi ekonomi begitu juga yang semasa, bab

membentangkan gambaran sejarah tentang bagaimana keusahawanan dan usahawan digambarkan.

Mitos utama di dalam keusahawanan juga dibincangkan untuk memberi kefahaman yang lebih tentang cerita dongeng yang berkisar di dalam bidang yang sedang dibangunkan ini. Penyelidikan semasa meluaskan lagi sempadan untuk mengkaji keusahawanan dan menyediakan fokus yang lebih baik terhadap apa, bagaimana dan mengapa di belakang disiplin ini.

Pendekatan ke arah keusahawanan dikaji dari dua sudut: sekolah pemikiran dan proses. Enam sekolah pemikiran pilihan dibentangkan serta tiga pendekatan untuk memahami keusahawanan masa kini sebagai proses

dibincangkan. Bab diakhiri dengan deinisi keusahawanan, usahawan dan

(28)

48

Istilah Dan Konsep Utama

antara disiplin kapitalis keusahawanan

pandangan makro dalam keusahawanan pandangan mikro dalam keusahawanan pendekatan bersepadu

pendekatan penilaian berkeusahawanan pengurusan keusahawanan

prinsip koridor

punca kawalan dalaman punca kawalan luaran revolusi perindustrian

sekolah pemikiran gaya berkeusahawanan sekolah pemikiran kewangan/modal sekolah pemikiran penyingkiran sekolah pemikiran persekitaran strategi cef yang hebat

strategi produk lebih baik usahawan

Soalan Ulang Kaji Dan Perbincangan

1. Jelaskan secara ringkas perubahan yang berlaku dalam istilah keusahawanan.

2. Bagaimanakah usahawan dilihat melalui sejarah? Apakah cabaran dilalui sepanjang sejarahnya?

3. Mengapakah kita menggunakan perkataan Perancis tetapi bukan perkataan Inggeris?

4. Bilakah perkataan usahawan pertama kali digunakan di dalam penulisan ekonomi?

5. Apakah 10 mitos yang berkaitan dengan keusahawanan? Bahaskan setiap mitos.

6. Apakah perbezaan di antara sekolah pemikiran tahap mikro dengan makro?

(29)

49 8. Apakah sekolah pemikiran yang menggunakan pandangan makro

dalam keusahawanan?

9. Apakah pandangan mikro dalam keusahawanan?

10. Apakah sekolah pemikiran yang menggunakan pandangan mikro dalam keusahawanan?

11. Apakah tiga jenis penyingkiran?

12. Di dalam pemikiran perumusan berstrategi, apakah empat jenis strategi yang terlibat dengan elemen yang unik? Jelaskan setiap satu.

13. Apakah pendekatan proses dalam keusahawanan? Dalam jawapan anda jelaskan pendekatan penilaian berkeusahawanan.

(30)

Referensi

Dokumen terkait

REFOLIS ISKANDAR Pendidikan Kewarganegaraan (PKn)

Selain capaian pada indikator kinerja utama diatas, BPSDM ESDM juga melaksanakan kegiatan pengembangan kompetensi sumber daya manusia sektor ESDM melalui kegiatan Akreditasi

[r]

PT JAKARTA INTERNATIONAL HOTELS & DEVELOPMENT Tbk DAN ENTITAS ANAK Catatan atas Laporan Keuangan Konsolidasian Untuk Tahun-tahun yang Berakhir.. 31 Desember 2012

Pada suatu titik di saluran dimana aliran mencapai kedalaman normal, terjadi loncat air.. Kedalaman air sebelah loncat air

bahwa sehubungan dengan peningkatan kelas sebagaimana dimaksud dalam huruf a, maka untuk menyesuaikan kebutuhan dan beban kerja organisasi serta untuk memenuhi mutu

Uygulama 10: Perspektif resmi verilen parçanın ön, solyan ve üst görünü ş lerini, verilen ipuçlarından yararlanarak çiziniz... Bu görünü ş lerin nasıl elde

Penelitian terdahulu menjadi dasar pada penelitian ini terkait delapan aspek dalam penyelenggaraan sekolah inklusi yaitu penerimaan peserta didik baru (PPDB); identifikasi;