• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUKUM PEWARISAN SEBUAH PERSPEKTIF ISLAM Zulkarnaini Umar Abstrack

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HUKUM PEWARISAN SEBUAH PERSPEKTIF ISLAM Zulkarnaini Umar Abstrack"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

HUKUM PEWARISAN

SEBUAH PERSPEKTIF ISLAM

Zulkarnaini Umar

Abstrack

The principle of legacy in Islam especially in division of the heirs permanently has been regulated in al-Quran those are for male and female heir blood relationship (descendant), marriage relationship, etc. division of legacy in Islam embodying high philosophy value in order that can be satisfied for the givers as well as for the receivers of legacy. Islam Legacy Law is not depending on the limit of territory but universal. It is different to positive law which limited by time and territory dimension.

Key Words: Legacy, Perspective, Islam Law,

Pendahuluan

Masalah pewarisan dalam Islam merupakan hal prinsipil untuk diaplikasikan dalam kehidupan umat Islam. Pewarisan dalam Islam menjamin hak-hak waris secara proporsional, sehingga tidak merugikan siapapun. Ahli waris mendapatkan haknya sesuai proporsi atau peruntukan menurut hukum waris (faraid).

Dasar hukum pewarisan dalam Islam telah dijelaskan secara tegas di dalam

al-Qur’an maupun al-Sunnah. Karenanya umat Islam wajib mengikuti ketentuan

tersebut dengan tanpa keraguan dalam penerapannya. Pewarisan dalam Islam memiliki signifikansi yang luar biasa bagi kehidupan manusia. Di samping pembagian yang proporsional, harta warisan menghalangi orang untuk berlaku zhalim yang merugikan pihak-pihak tertentu yang semsetinya memperoleh hak secara adil.

Terminologi Pewarisan

Perwarisan berakar kata dari “waris” yang berasal dari bahasa Arab “waratha.” Istilah lain yang sama dengan kata tersebut ialah “fara>’id}”, yang

bererti “kadar” atau “ketentuan.”1 Selain itu terdapat pula kata “tirkah”, yang

bererti “barang-barang peninggalan.”2 Dalam tulisan ini pemakaian kata-kata

waris, fara>’id dan tirkah diertikan sama. Di dalam al-Qur’an cukup banyak perkataan “waratha” dipergunakan dipelbagai tempat dan ayat, sama untuk maksud perwarisan sebenarnya atau lainnya.

Penggunaan perkataanwaratha atau yang berasal kepada perkataan itu dalam bentuk yang disebut kepada bahagian pertama kerana dihubungkan kepada pihak yang mewariskannya, iaitu Allah, maka perkataan itu tidak bererti mewarisi dalam erti sebenarnya, tetapi ia bererti memberikan. Manakala pada ayat-ayat yang disebut dalam bentuk kedua, kerana pihak yang mewarisi terdiri daripada manusia secara individu, kaum ataupun generasi yang telah berlalu dan telah tiada maka dapat difahami bahwa perkataan itu bererti peralihan sesuatu dari yang mewariskan kepada yang diwarisi dan berlaku setelah kematian. Dengan demkian,

1Sayyid al-Bakri> Muh{ammad Syat}t}a> (t.t),Ia>nah T{a>libi>n, j. 3. Mesir: Ba>bi> al-H{alabi>, h. 224.

(2)

bererti peralihan hak milik bukan kerana kematian atau yang mempunyai hak masih hidup tidaklah dapat diertikan kewarisan sebenarnya. Meskipun untuk maksud itu digunakan juga perkataan waratha, namun ia tidak dapat diertikan waris dalam erti sebenarnya.

Mengikut terminologi feqah yang dikenali para ulama, perwarisan ialah berpindahnya hak milik daripada orang yang meninggal dunia kepada ahli warisnya yang masih hidup, baik yang ditinggalkannya itu berupa wang, tanah, atau apa-apa sajayang berupa hak milik sah secara syari’i.3

Perkataan ahli waris dalam bahasa Arab dikenali sebagai wa>rith, yang secara harfiyah bererti yang tinggal atau yang kekal.4 Pengertian ahli waris ialah sekumpulan orang-orang, atau individu ataupun himpunan kerabat atau keluarga yang berhak menerima harta peninggalan yang ditinggalkan oleh seseorang, misalnya:

a. Anak-anak beserta keturunan, sama ada lelaki mahupun perempuan;

b. Orang tua; ibu dan bapa beserta pengganti dari orang tua, bila tidak ada lagi orang tua;

c. Saudara-saudara baik lelaki mahupun perempuan beserta keturunan, dan suami isteri.5

Mengikut Fathu al-Rahman dalam bukunya Ilmu Waris menyebutkan bahwa waris ialah orang yang mewarisi harta peninggalan si muwarith lantaran mempunyai sebab-sebab untuk mempusakai, seperti adanya ikatan perkahwinan, hubungan darah (keturunan) dan hubungan hal perwalian dengan si muwarith.6

Hak dan Bagian Ahli waris

Ahli waris yang mendapat bahagian tertentu; misalnya 1/2, 1/3, 1/4, 1/6, 1/8

dan 2/3 dalam hukum kewarisan Islam disebut “Ashab al-Furud al-Muqaddarah.”

Adapun perincian pembahagian masing-masing ahli waris dhu al-furud tersebut adalah seperti berikut:

1. Suami berhak mendapatkan ½ harta warisan dengan syarat tidak ada anak atau cucu, sama ada lelaki atau perempuan. Dan mendapat ¼ bila ada anak atau cucu lelaki atau perempuan, sebagaimana disebut dalam firman Allah S.W.T.:

َو ﱠﻦَُﳍ َنﺎَﻛ ْنِﺈَﻓ ٌﺪَﻟَو ﱠﻦَُﳍ ْﻦُﻜَﻳ َْﱂ ْنِإ ْﻢُﻜُﺟاَوْزَأ َكَﺮَـﺗ ﺎَﻣ ُﻒْﺼِﻧ ْﻢُﻜَﻟَو

َـﺑ ْﻦِﻣ َﻦْﻛَﺮَـﺗ ﺎﱠِﳑ ُﻊُﺑﱡﺮﻟا ْﻢُﻜَﻠَـﻓ ٌﺪَﻟ

ِﺪْﻌ

Ertinya:

Dan bagimu (suami-isteri) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu, jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka ada mempunyai anak, maka kamu beroleh seperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah

ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya.”

Surah al-Nisa>’ (4) : 12.

3Muh}ammad ‘Ali> al-S{a>bu>ni> (1969),al-Mawa>rith fi> al-Syari>’ah al-Isla>miyyah ‘ala>

D{aw’i al-Kita>b wa al-Sunnah Wifq al-Manhaj al-Muqarrar. Beirut: Da>r al-Irsya>d, h. 34.

4 Lihat Abdullah Siddik (1984), Hukum Waris Islam dan Perkembangannya di Seluruh Dunia

Islam. Jakarta: Penerbit Wijaya, h. 48.

5M. Idris Ramulyo (1984),Hukum Kewarisan Islam (Studi Kasus, Perbandingan Ajaran Syafi‘i

(Patrilineal) Hazairin (Bilateral) dan Praktek di Pengadilan Agama),Pen. Ind-Hill, Co., h. 35.

(3)

2. Isteri mendapat 1/4 sama ada seorang atau lebih dengan syarat bila yang meninggal itu tidak mempunyai anak atau cucu, sama ada lelaki atau perempuan. Dan apabila yang meninggal itu mempunyai anak atau cucu maka ia mendapat 1/8, sesuai dengan firman Allah S.W.T.:

َـﺗ ﺎﱠِﳑ ُﻦُﻤﱡﺜﻟا ﱠﻦُﻬَﻠَـﻓ ٌﺪَﻟَو ْﻢُﻜَﻟ َنﺎَﻛ ْنِﺈَﻓ ٌﺪَﻟَو ْﻢُﻜَﻟ ْﻦُﻜَﻳ َْﱂ ْنِإ ْﻢُﺘْﻛَﺮَـﺗ ﺎﱠِﳑ ُﻊُﺑﱡﺮﻟا ﱠﻦَُﳍَو

ٍﺔﱠﻴِﺻَو ِﺪْﻌَـﺑ ْﻦِﻣ ْﻢُﺘْﻛَﺮ

Ertinya:

Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangnya.

Surah al-Nisa>’ (4) : 12.

3. Bapa mendapat 1/6 dengan syarat si mati ada meninggalkan anak atau cucu,

sama ada lelaki ataupun perempuan, seperti disebut dalam firman S.W.T.: “

ﺪَﻟَو ُﻪَﻟ َنﺎَﻛ ْنِإ َكَﺮَـﺗ ﺎﱠِﳑ ُسُﺪﱡﺴﻟا ﺎَﻤُﻬْـﻨِﻣ ٍﺪ ِﺣاَو ِّﻞُﻜِﻟ ِﻪْﻳَﻮَـﺑَﻷِ◌َو

” Ertinya: “Dan untuk dua

orang ibu bapa bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan

jika yang meninggalkan itu mempunyai anak.”7 Kemudian bapa mendapat 1/6

ditambah ‘as}a>bah jika si mati hanya mempunyai anak perempuan, dan tidak mempunyai anak lelaki. Jika si mati tidak meninggalkan anak, maka bapa

menjadi ‘as}a>bah’ yang akan menghabisi baki harta.

4. Ibu mendapat 1/3 dengan syarat bila yang meninggal itu tidak mempunyai anak atau cucu, atau juga tidak mempunyai beberapa orang saudara lelaki atau perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu. Apabila persyaratan di atas tidak dipenuhi, maka ibu mendapat 1/6, berdasarkan firman Allah S.W.T.:

ِإ ُﻪَﻟ َنﺎَﻛ ْنِﺈَﻓ ُﺚُﻠﱡـﺜﻟا ِﻪِّﻣَﻷِ◌ َف ُﻩاَﻮَـﺑَأ ُﻪَﺛِرَوَو ٌﺪَﻟَو ُﻪَﻟ ْﻦُﻜَﻳ َْﱂ ْنِﺈَﻓ

ُسُﺪﱡﺴﻟا ِﻪِّﻣَﻷِ◌ َف ٌةَﻮْﺧ

Ertinya:

Jika orang yang meninggalkan tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibubapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga. Jika yang meninggal itu

mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam.”

Surah al-Nisa>’ (4) : 11.

5. Datuk mendapat 1/6 dengan syarat yang meninggal tersebut mempunyai anak atau cucu, sama ada lelaki atau perempuan, sedang bapa tidak ada. Adanya hak kewarisan bagi datuk diambil dari perluasan pengertian bapa dalam al-Quran. Di samping juga berdasarkan pada hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Ah}mad:

ْﻦِﻣ ْ ِﱄﺎَﻤَﻓ

" : َلﺎَﻘَـﻓ ،"؟ِﻪِﺛاَﺮْـﻴِﻣ

" ُسُﺪﱡﺴﻟا َﻚَﻟ

Ertinya:

Hadith daripada ‘Imran bin Husein: Seorang lelaki datang kepadanabi SAW, lalu

berkata, “Bahwasanya anak dari anak saya meninggal dengan meninggalkan harta,

maka berapa bahagian saya?” Nabi menjawab, “Bagimu seperenam.”8

7Surah al-Nisa>’ (4): 11

(4)

6. Nenek mendapat 1/6 dengan syarat yang meninggal itu tidak mempunyai ibu, sepertimana dijelaskan Nabi dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu> Da>u>d:

َذِإ َسُﺪﱡﺴﻟا ِةﱠﺪَﺠْﻠِﻟ َﻞَﻌَﺟ َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲ ﻰﱠﻠَﺻ ﱠِﱯﱠﻨﻟا ﱠنَأ َلﺎَﻗ ِﻪْﻴِﺑَأ ْﻦَﻋ َةَﺪْﻳَﺮُـﺑ ِﻦْﺑا ِﻦَﻋ

ﺎَﻬَـﻧْوُد ْﻦُﻜَﻳ َْﱂ ا

.ﱞمُأ

Ertinya:

Dari Abi Hurairah dari bapanya, bahwasanya Nabi SAW menjadikan bagi nenek seperenam apabila tidak ada ibu.”9

7. Saudara lelaki seibu;

8. Saudara perempuan seibu mendapat 1/6 dengan syarat seorang saja dan tidak mempunyai anak atau cucu, sama ada lelaki atau perempuan dan juga tidak mempunyai bapa atau datuk. Ketentuan ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:

ُسُﺪﱡﺴﻟا ﺎَﻤُﻬْـﻨِﻣ ٍﺪ ِﺣاَو ِّﻞُﻜِﻠَﻓ ٌﺖْﺧُأ ْوَأ ٌخَأ ُﻪَﻟَو ٌةَأَﺮْﻣا ْوَأ ًﺔَﻟَﻼَﻛ ُثَرﻮُﻳ ٌﻞُﺟَر َنﺎَﻛ ْنِإَو

Ertinya:

Jika seseorang mati, sama ada lelaki atau perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu) atau seorang saudara perempuan (seibu), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta.

Surah al-Nisa>’ (4): 12.

9. Anak perempuan mendapat 1/2 dari harta warisan, bila ia sendirian dan tidak ada anak lelaki. Dan mendapat 2/3 bila ia lebih dari satu orang, sebagaimana disebut dalam firman Allah S.W.T.:

َﺪِﺣاَو ْﺖَﻧﺎَﻛ ْنِإَو َكَﺮَـﺗ ﺎَﻣ ﺎَﺜُﻠُـﺛ ﱠﻦُﻬَﻠَـﻓ ِْﲔَـﺘَﻨْـﺛا َقْﻮَـﻓ ًءﺎَﺴِﻧ ﱠﻦُﻛ ْنِﺈَﻓ

ُﻒْﺼِّﻨﻟا ﺎَﻬَﻠَـﻓ ًة

Ertinya:

Jika semuanya anak perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan dan jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia mendapat separuh harta.

Surah al-Nisa>’ (4): 11.

10. Cucu perempuan mendapat 1/2 dari harta yang ditinggalkan dengan syarat tidak ada anak lelaki mahupun perempuan dan juga tidak ada cucu lelaki. Apabila ia lebih dari satu orang, maka mereka mendapat dua pertiga harta. Ketentuan ini berdasarkan kepada perluasan pengertian katawaladdalam al-Quran yang berlaku untuk semua kerabat garis ke bawah.

11. Saudara perempuan seibu sebapa mendapat 1/2 jika seorang saja, dengan syarat yang meninggal tidak mempunyaii anak atau cucu, sama ada lelaki atau perempuan, dan juga tidak ada saudara lelaki seibu sebapa, tidak ada bapa dan datuk. Mereka mendapat 2/3 jika dua orang atau lebih, sesuai dengan firman Allah S.W.T.:

َﻮُﻫَو َكَﺮَـﺗ ﺎَﻣ ُﻒْﺼِﻧ ﺎَﻬَﻠَـﻓ ٌﺖْﺧُأ ُﻪَﻟَو ٌﺪَﻟَو ُﻪَﻟ َﺲْﻴَﻟ َﻚَﻠَﻫ ٌؤُﺮْﻣا ْنِإ ِﺔَﻟَﻼَﻜْﻟا ِﰲ ْﻢُﻜﻴِﺘ

َكَﺮَـﺗ ﺎﱠِﳑ ِنﺎَﺜُﻠﱡـﺜﻟا ﺎَﻤُﻬَﻠَـﻓ ِْﲔَـﺘَﻨْـﺛا ﺎَﺘَـﻧﺎَﻛ ْنِﺈَﻓ ٌﺪَﻟَو ﺎََﳍ ْﻦُﻜَﻳ َْﱂ ْنِإ ﺎَﻬُـﺛِﺮَﻳ

.

Ertinya:

9Sulayma>n b. al-Asy‘ath al-Sijista>ni> al-Azadi> (Abu> Da>wu>d) (t.t.),Sunan Abi> Da>u>d,

(5)

Mereka minta kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah, Allah memberi fatwa kepada mu tentang kalalah (iaitu); jika seorang meninggal dunia dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudara yang lelaki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak, tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal.

Surah al-Nisa>’ (4): 176.

12. Saudara perempuan sebapa mendapat 1/2 dengan syarat bila ia seorang saja, tidak ada anak lelaki atau perempuan, tidak ada saudara lelaki sebapa serta tidak ada pula bapa atau datuk, dan mendapat 2/3 jika dua orang atau lebih, atau mendapat 1/6 bila ada seorang saudara perempuan seibu sebapa. Ketentuan ini berdasarkan pada firmaNya dalam surah an-Nisa’ ayat 176 di atas.

Dalam hukum Kewarisan Islam, di samping kelompok ahli waris yang bahagiannya ditentukan secara pasti dan jelas, ada lagi kelompok ahli waris yang bahagiannya tidak ditentukan secara pasti dan jelas dalam al-Quran mahupun hadith Nabi. Mereka ini mendapat bahagian keseluruhan harta bila tidak ada ahli waris dhu al-furu>d}, atau mendapat baki harta sesudah pembahagian dhu al-furu>d} secara pembahagian yang bersifat terbuka, sebagaimana disebutkan dalam surah al-Nisa>’ ayat 11 dan 176.

Pada ayat 11 surah al-Nisa>’ tersebut, dijelaskan adanya kewarisan anak

lelaki, tetapi tidak disebutkan kadar pembahagiannya secara pasti bila ia bersedirian. Meskipun secara bersendirian tidak disebutkan pembahagiannya, namun ia tetap mendapat bahagian kewarisan terutama bila ia bersama dengan anak perempuan, dengan perbandingan bahagiannya satu berbanding dua, ertinya satu orang anak lelaki sama kadar pembahagiannya dengan dua orang anak perempuan. Dengan demikian, dapat difahami bahwa anak lelaki bila bersama dengan anak perempuan berhak mengambil seluruh harta bila tidak ada ahli waris yang lain, dan baki harta sesudah pembahagian ahli waris dhu al-furu>d{ yang lain. Kemudian hasil yang mereka dapat dibahagi dengan perbandingan satu lelaki sama dengan dua perempuan. Keadaan demikian berlaku pula bila anak dari pewaris hanya terdiri dari anak lelaki saja. Ketentuan yang seperti ini dalam hukum kewarisan Islam dikenali sebagai‘As}a>bah.10

Demikian pula surah al-Nisa’ ayat 176, iaitu menjelaskan hak saudara lelaki

dengan saudara perempuan sesudah ia jelaskan hak saudara perempuan dengan segala kemungkinannya sebagai dhu al-furud. Walau bagaimanapun, kedudukannya sebagai dhu al-furu>d} akan hilang bila ia bersama dengan saudara lelaki. Oleh itu, saudara lelaki bersama dengan saudra perempuan mengambil harta atau baki dan selanjutnya dibahagi di antara mereka dengan kadar perbandingan, iaitu satu orang lelaki sama dengan dua orang perempuan. Begitu pula bila saudara terdiri dari lelaki saja, maka ia akan mengambil seluruh harta bila tidak ada ahli waris yang lain atau mengambil baki harta sesudah dibahagiakan kepada ahli warisdhu al-furu>d}yang ada.

Demikian pula keadaan bapa, bila ia bersama dengan anak-anak pewaris (seperti disebut dalam surah al-Nisa>’ ayat 11) ia mendapat 1/6. Sekiranya

pewaris tidak meninggalkan anak dan yang menjadi ahli waris adalah ibu, maka

10Secara terminologisAs{a>bahbererti keluarga atau kerabat yang tidak memperolehi

(6)

hak bapa tidak dijelaskan secara pasti. Akan tetapi dengan disebutkan-Nya bahagian ibu adalah 1/3, maka dapat difahamkan bahwa bahagian ayah adalah kelebihan sesudah dibahagikan kepada ibu atau kepada ahli waris dhu al-furu>d}

yang lain.

Di dalam pembahagian ahli waris yang mendapat bahagian seluruh harta atau baki harta, tidaklah mungkin diadakan cara pembahagian sama rata dalam tingkat kekerabatan yang berbeza. Untuk itu, ahli waris terdekatlah yang lebih berhak dan utama di dalam pembahagian tersebut. Berdasarkan hadith Nabi dari Ibn Abbas menurut riwayat Bukhari dan Muslim:

ﺎَﻤَﻓ ﺎَﻬِﻠْﻫَﺄِﺑ َﺾِﺋاَﺮَﻔْﻟا اﻮُﻘِْﳊَا : َلﺎَﻗ َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲ ﻰﱠﻠَﺻ ِِّﱯِّﻨﻟا ِﻦَﻋ ٍسﺎﱠﺒَﻋ ِﻦْﺑا ِﻦَﻋ

.ٍﺮَﻛَذ ٍﻞُﺟَر َﱃْوَﻷ َﻮُﻬَـﻓ َﻲِﻘَﺑ

Ertinya:

Berikanlah bahagian-bahagian tertentu kepada ahli waris yang berhak, kemudian bakinya untuk ahli waris lelaki yang utama” (Muttafaqun ‘alaih).11

Dengan berpegang kepada ayat di atas, maka muncullah pemikiran tentang

adanya keutamaan dan hijab, sehingga berdasarkan prinsip ini pula maka ‘asabah

dapat dibahagi kepada tiga jenis, iaitu:

a. ‘Asabahbi Nafsihi, iaitu ‘asabah yang dengan sendirinya tanpa bantuan dari pihak manapun berkedudukan sebagai ahli waris yang berhak atas baki harta atau keseluruhan harta. Ahli waris yang termasuk dalam kelompok ini adalah lelaki saja, iaitu:

a. Anak lelaki, sama ada sendiri atau bersama berhak atas seluruh harta bila ahli waris yang lain yang berhak tidak ada; dan atas baki harta sesudah pembahagian ke atas ahli waris yang lain ditentukan. Adanya anak lelaki, maka ahli waris yang lain tidak ada yang berhak atas baki harta tersebut.

b. Cucu lelaki dari anak lelaki berhak menerima warisan sebagai ‘asabah bila

tidak ada lagi anak lelaki, sama ada anak lelaki itu bapanya sendiri ataupun saudara bapanya. Dengan demikian, bererti cucu tertutup hak kewarisannya bila ada anak lelaki.

c. Bapa menjadi ahli waris sebagai ‘asabah bila tidak ada anak atau cucu lelaki.

Apabila ada anak atau cucu lelaki, maka bapa mendapat warisan sebagai ahli waris dhu al-furu>d} dengan bahagian seperenam. Ahli waris yang dapat mewarisi bersama bapa sebagai dhu al-furu>d} hanyalah ibu atau nenek, anak atau cucu perempuan, suami atau isteri.

Kedudukan bapa dalam kewarisan ada tiga kemungkinan; iaitu sebagai ahli waris

dhu al-furu>d} bila bersama-samanya ada anak lelaki atau cucu lelaki; sebagai

‘as}a>bah bila tidak ada anak atau cucu; dan sebagai dhu al-furu>d} dan

‘as}a>bah bila dalam susunan ahli waris terdapat anak perempuan atau cucu perempuan, di samping ahli waris lain yang berhak mewarisi bersama bapa. d. Datuk dari pihak bapa berkedudukan sebagai ahli waris ‘asabah bila bapa

sudah tidak ada dan tidak ada pula anak atau cucu lelaki. Hak kewarisan datuk pada dasarnya sama dengan kewarisan bapa, kerana datuk menggantikan kedudukan bapa bila bapa sudah tiada. Oleh itu ada tiga kemungkinan hak kewarisan datuk, iaitu sebagai dhu al-furu>d}, ‘as}a>bah dan sebagai dhu al-furu>d}dan‘as}a>bah.

e. Saudara lelaki seibu sebapa menjadi ahli waris ‘asabah bila pewaris tidak

meninggalkan anak atau cucu dan tidak ada pula bapa. Apabila ia sendirian maka

(7)

ia berhak atas semua harta, dan bila ia bersama ahli waris lain yang berkedudukan sebagai dhu al-furu>d}maka ia mengambil baki harta sesudah pembahagian dhu al-furu>d}lain. Saudara lelaki seibu sebapa mewarisi hanya bila bersama ibu atau nenek, suami atau isteri, anak atau cucu perempuan dan saudara ibu sama ada lelaki atau perempuan. Begitu pula saudara perempuan seibu sebapa menjadi

‘asabah bila bersama saudara lelaki seibu sebapa.

f. Saudara lelaki sebapa menjadi ‘as}a>bah bila tidak ada saudara lelaki seibu sebapa dan tidak ada pula ahli waris yang mendindingi saudara seibu sebapa. g. Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa (anak saudara lelaki kandung) menjadi ahli waris‘as}a>bahbila tidak ada saudara lelaki, sama ada seibu sebapa mahupun sebapa. Ia dapat mewarisi bila bersama saudara sebapa dan terdinding (terhijab) oleh orang yang dapat mendindingi saudara sebapa.

h. Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa (anak saudara lelaki seayah) menjadi ahli waris ‘as}a>bah bila pewaris tidak mempunyai anak lelaki dari saudara seibu sebapa, dan tidak pula terdinding oleh orang yang mendidingi anak saudara seibu sebapa.

i. Bapa saudara seibu sebapa dengan ayah (paman kandung sebelah ayah)

menjadi ahli waris ‘asabah bila tidak ada anak saudara sebapa dan tidak ada pula

orang yang mendindingi anak saudara sebapa. Apabila ahli waris hanya bapa saudara sebelah bapa sendirian, maka ia berhak atas semua harta dan bila ada ahli-ahli waris yang lain sebagai dhu al-furu>d}maka ia mendapat sisa harta sesudah pembahagiandhu al-furu>d}.

j. Bapa saudara sebapa dengan ayah (paman seayah) menjadi ahli waris

‘as}a>bah bila pewaris tidak meninggalkan bapa saudara seibu sebapa (paman kandung) dan tidak ada pula orang yang mendindingi bapa saudara seibu sebapa tersebut.

k. Anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa (anak paman kandung) menjadi ‘as}a>bah bila pewaris tidak meninggalkan bapa saudara seayah dan tidak ada pula ahli waris yang mendindingi bapa saudara sebapa.

l. Anak lelaki kepada bapa saudara sebapa (anak paman seayah) menjadi

‘as}a>bah bila pewaris tidak meninggalkan anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa dan tidak ada pula orang yang mendindingi anak kepada bapa seibu sebapa.

2. ‘Asabah bi ghairihi, yakni orang-orang yang menjadi ‘as}a>bah sebab adanya orang lain yang menjadi ‘as}a>bah. Bila orang lain itu tidak ada maka mereka bukan lagi sebagai‘as}a>bah, tetapi hanya sebagaidhu al-furu>d} biasa.

Pada dasarnya yang termasuk ahli waris ‘as}a>bah bi ghairihi ialah

perempuan-perempuan yang bukan ‘as}a>bah. Akan tetapi kerana didampingi oleh saudaranya yang lelaki, maka mereka bersama-sama menjadi ahli waris yang berhak atas semua harta bila ahli warismya mereka saja, dan atas sisa harta bila ada bersama mereka dhu al-furu>d} yang harus didahulukan pembahagiannya. Mereka yang termasuk ke dalam kelompok ahli waris ‘as}a>bah bi ghairihi, iaitu:

a. Anak perempuan bila bersama dengan anak lelaki. Apabila ahli warisnya mereka saja, maka mereka berhak atas semua harta. Akan tetapi bila ada bersama mereka ahli waris lain sebagai dhu al-furu>d}, maka mereka mengambil semua sisa harta.

(8)

c. Saudara perempuan seibu sebapa bila bersama dengan saudara lelaki seibu sebapa. Apabila ahli warisnya mereka saja, maka mereka berhak atas semua harta, tetapi bila bersama mereka ada ahli waris lain sebagaidhu al-furu>d}, maka mereka mendapat semua sisa harta sesudah pembahagiandhu al-furu>d}.

d. Saudara perempuan sebapa bersama dengan saudara lelaki sebapa. Bila ahli warisnya mereka saja, maka mereka berhak atas semua harta, tetapi bila mereka bersama dengan ahli waris yang lain sebagai dhu al-furu>d}, maka mereka mendapat sisa harta sesudah pembahagiandhu al-furu>d}.

3. ‘Asabah ma‘a ghairihi, iaitu orang-orang yang menjadi ‘asabah kerana bersama-sama ahli waris lain, sementara ahli waris yang lain itu bukan casabah tetapi hanya dhu al-furu>d} biasa. Bila orang lain tersebut tidak ada, maka ia bukan menjadi ahli waris ‘as}a>bah. Mereka yang termasuk ke dalam kelompok ahli waris‘as}a>bah ma‘a ghirihi, iaitu:

a. Saudara perempuan seibu sebapa bersama dengan anak perempuan atau cucu perempuan.

b. Saudara perempuan sebapa bersama dengan anak perempuan atau cucu perempuan.

c. Saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa ketika besar dengan salah seorang emak perempuan atau cucu perempuan.

Selain harta warisan diberikan kepada kedua bentuk ahli waris sepertimana disebutkan di atas, ada lagi ahli waris yang tidak termasuk dalam kelompok dhu al-furu>d} dan bukan pula ahli waris ‘as}a>bah. Akan tetapi mereka mempuyai hubungan rahim (darah) dengan si pewaris. Di dalam hukum kewarisan Islam dikenal dengan ahli waris dhu al-arh}a>m.12 Dasar hukumnya adalah firman Allah S.W.T.:

ٌﻢﻴِﻠَﻋ ٍءْﻲَﺷ ِّﻞُﻜِﺑ

Ertinya:

Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Surah al-Anfa>l (8): 75.

Secara sederhana ayat di atas hanya menjelaskan bahwa orang yang berhubungan rahim sesetengahnya lebih dekat daripada yang lain. Justeru itu, di dalam pelaksanaan hak kewarisannya terdapat perbezaan pendapat di kalangan mujtahid, sebab tidak ada ketentuan yang jelas mengenai hak kewarisan dhu al-arh}a>mtersebut.

Mengikut ulama H{anafi> dan H{ambali> menyebutkan adanya hak kewarisan dhu al-arh}a>m bila tidak ada dhu al-furu>d} dan tidak pula

‘as}a>bah.13 Sedangkan ulama Sya>fi‘i>, Ma>liki> dan Z{a>hiri> pada

prinsipnya mereka tidak menganggap dhu al-arh}a>m sebagai ahli waris. Oleh itu, seandainya ada baki harta atau pewaris tidak mempunyai ahli waris maka harta yang ada diserahkan kepada baitul mal. Segolongan ulama Sya>fi‘i> yang

datang kebelakangan mengatakan bahwa bila baitul mal tidak terurus dan harta

12Pengertiandhu al-arh}a>msecara etimologis ialah ahli waris yang disebabkan oleh hubungan

rahim. Dalam istilah hukum bererti ahli waris yang tidak termasuk kelompokdhu al-furu>d}dan tidak pula ahli waris ‘as}a>bah. Mereka baru berhak atas warisan bila pewaris tidak ada meninggalkan ahli warisdhu al-furu>d} dan tidak ada pula ahli waris‘as}a>bahatau yang berhak atas baki harta. Lihat Amir Syarifuddin (1984),op. cit., h. 83.

(9)

yang tinggal itu tidak dapat pula diselesaikan secara radd, maka harta yang ada diberikan kepada ahli warisdhu al-arh}a>m.14

Dengan demikian, bila diperhatikan pendapat ulama H{anafi> dan H{ambali> di atas dan dihubungkan pula kepada pengakuan terhadap penyelesaian harta secararadd, maka dapat difahami bahwa dhu al-arh}a>mmendapat warisan bila ahli warisdhu al-furu>d}atau‘as}a>bahtidak ada, atau baki harta yang ada tidak dapat diselesaikan secararadd. Mereka yang termasuk ke dalam ahli warisdhu al-arh}a>mdapat dikelompokkan, iaitu:

a. Kerabat dalam garis ke bawah, sama ada lelaki ataupun perempuan yang hubungannya dengan pewaris adalah melalui perempuan, misalnya anak lelaki atau anak perempuan kepada anak perempuan atau anak kepada anak perempuan.15

b. Kerabat garis ke atas yang hubungannya dengan pewaris melalui perempuan, misalnya bapa kepada ibu, bapa kepada nenek dan seterusnya ke atas.16

c. Kerabat garis kesampingan pertama, iaitu anak kepada saudara perempuan; anak perempuan kepada saudara lelaki; anak kepada saudara seibu.17

d. Kerabat garis kesampingan kedua, iaitu emak saudara seibu sebelah ayah (saudara seibu dari ayah); emak saudara seibu sebapa atau sebapa (saudara perempuan dari ayah kandung atau seayah); anak perempuan kepada bapa saudara (anak perempuan dari paman) serta keturunannya; emak saudara sebelah ibu (saudara dari seibu) dalam segala bentuknya.18

Bagi ulama yang mengatakan adanya kewarisan ahli waris dhu al-arh}a>m, cara pembahagian warisannya terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama, iaitu: a. Secara penggantian (ahl al-Tanzi>l), iaitu ahli waris dhu al-arh}a>m

mendapat harta menurut apa yang di dapat oleh ahli waris yang menghubungkannya kepada pewaris, baik secara furu>d} atau ‘as}a>bah. Misalnya ahli waris terdiri dari anak lelaki kepada anak perempuan, bapa kepada ibu dan anak perempuan kepada saudara lelaki. Cara pembahagiannya ialah anak lelaki kepada anak perempuan menempati anak perempuan (1/2), anak perempuan kepada saudara lelaki menggantikan saudara lelaki sebagai ‘as}a>bah (1/3), bapa kepada ibu menggantikan ibu (1/6).

b. Secara dekat hubungannya ke atas pewaris (ahl al-Qara>bah), ertinya membahagi harta warisan kepada ahli waris dhu al-arh}a>m tersebut menurut jauh dekat hubungannya dengan pewaris. Umpamanya ahli waris terdiri dari anak kepada anak perempuan dan anak kepada cucu perempuan. Maka dalam contoh ini anak kepada anak perempuan lebih dekat hubungannya dengan pewaris berbanding dengan anak kepada cucu perempuan. Oleh itu, anak kepada anak perempuan berhak atas semua harta warisan.19

Dari perbincangan di atas dapat difahami bahwa hukum kewarisan Islam menetapkan ada dua jenis ahli waris, iaitu ahli waris yang kadar pembahagiannya sudah ditetapkan secara pasti dan ahli waris yang kadar pembahagiannya tidak ditentukan secara nyata, tetapi bagaimanapun, mereka ini tetap mendapat pembahagian harta warisan, sama ada seluruh atau saki baki harta. Apabila tidak ada ahli waris dhu al-furu>d} lain maka mereka mendapat bahagian keseluruhan

14Ibn H{azm (t.t.),op. cit, h. 137. 15Sayid Sabiq (1971),op. cit., hal. 641. 16Ibid.

17Ibid.

18Ibn H{azm (t.t.),op. cit., h. 138.

(10)

harta, atau mendapat baki harta sesudah pembahagian dhu al-furu>d} secara pembahagian yang bersifat terbuka.

Kesimpulan

Pewarisan dalam Islam menjamin hak ahli waris secara proporsional dengan ketentuan sebagai berikut:

1. Suami berhak mendapatkan ½ harta warisan dengan syarat tidak ada anak atau cucu, sama ada lelaki atau perempuan. Dan mendapat ¼ bila ada anak atau cucu lelaki atau perempuan.

2. Isteri mendapat 1/4 sama ada seorang atau lebih dengan syarat bila yang meninggal itu tidak mempunyai anak atau cucu, sama ada lelaki atau perempuan. Dan apabila yang meninggal itu mempunyai anak atau cucu maka ia mendapat 1/8.

3. Bapa mendapat 1/6 dengan syarat si mati ada meninggalkan anak atau cucu, sama ada lelaki ataupun perempuan

4. Ibu mendapat 1/3 dengan syarat bila yang meninggal itu tidak mempunyai anak atau cucu, atau juga tidak mempunyai beberapa orang saudara lelaki atau perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu. Apabila persyaratan di atas tidak dipenuhi, maka ibu mendapat 1/6

5. Datuk mendapat 1/6 dengan syarat yang meninggal tersebut mempunyai anak atau cucu, sama ada lelaki atau perempuan, sedang bapa tidak ada.

6. Nenek mendapat 1/6 dengan syarat yang meninggal itu tidak mempunyai ibu 7. Saudara lelaki seibu;

8. Saudara perempuan seibu mendapat 1/6 dengan syarat seorang saja dan tidak mempunyai anak atau cucu, sama ada lelaki atau perempuan dan juga tidak mempunyai bapa atau datuk.

9. Anak perempuan mendapat 1/2 dari harta warisan, bila ia sendirian dan tidak ada anak lelaki. Dan mendapat 2/3 bila ia lebih dari satu orang

10. Cucu perempuan mendapat 1/2 dari harta yang ditinggalkan dengan syarat tidak ada anak lelaki mahupun perempuan dan juga tidak ada cucu lelaki. Apabila ia lebih dari satu orang, maka mereka mendapat dua pertiga harta.

11. Saudara perempuan seibu sebapa mendapat 1/2 jika seorang saja, dengan syarat yang meninggal tidak mempunyaii anak atau cucu, sama ada lelaki atau perempuan, dan juga tidak ada saudara lelaki seibu sebapa, tidak ada bapa dan datuk. Mereka mendapat 2/3 jika dua orang atau lebih

12. Saudara perempuan sebapa mendapat 1/2 dengan syarat bila ia seorang saja, tidak ada anak lelaki atau perempuan, tidak ada saudara lelaki sebapa serta tidak ada pula bapa atau datuk, dan mendapat 2/3 jika dua orang atau lebih, atau mendapat 1/6 bila ada seorang saudara perempuan seibu sebapa.

Daftar Pustaka

Sayyid al-Bakri Muh{ammad Syat}t}a> (t.t), I‘anah al-Talibin, j. 3. Mesir: al-Babi al-Halabi

Wjs. Porwadarminta, (1976), Kamus Umum Bahasa Indonesia, Jakarta: Balai Pustaka,

Muh}ammad ‘Ali al-Sabuni (1969),al-Mawarith fi al-Syari’ah al-Islamiyyah ‘ala

(11)

Abdullah Siddik (1984), Hukum Waris Islam dan Perkembangannya di Seluruh Dunia Islam. Jakarta: Penerbit Wijaya

M. Idris Ramulyo (1984), Hukum Kewarisan Islam (Studi Kasus, Perbandingan Ajaran Syafi‘i (Patrilineal) Hazairin (Bilateral) dan Praktek di Pengadilan Agama),Pen. Ind-Hill, Co

Sulayman b. al-Asy‘ath al-Sijistani al-Azadi (Abu Dawud) (t.t.), Sunan Ab> Daud, Kitab al-Fara’id, Bab fi al-Jaddah

Referensi

Dokumen terkait

Pekerjaan Pasangan batu adalah pekerjaan pasangan batu kosong dengan menggunakan campuran semen pasir yang dibentuk sesuai dengan gambar

Oleh karena itu, penelitian ini bertujuan untuk mengkaji perubahan konsentrasi nitrogen dan fosfor dalam proses reduksi lumpur dengan cacing akuatik.. Penelitian

Annisa Prima Exacta. Respons Mahasiswa Pendidikan Matematika Universitas Veteran Bangun Nusantara dalam Menyelesaikan Soal Logika Berdasar Taksonomi SOLO. Pembimbing

Secara klinis seorang anak disebut mengalami keterlambatan bicara apabila pada umur 2 tahun hanya dapat mengucapkan kurang dari 50 kata dan/ atau belum ada kalimat yang terdiri

Setiap orang, pelaku usaha, pengelola, penyelenggara dan/atau penanggung jawab tempat/kegiatan dan fasilitas umum yang melanggar ketentuan sebagaimana dimaksud pada angka 11

Dalam penelitian ini akan dibuat suatu instrumen pemodelan dinamis yang bertujuan untuk mengetahui pemodelan sistem penangkapan hingga industri cold storage di Muncar

Ketua Program Pendidikan Profesi Guru (PPG) Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Muhammadiyah Suarakarta menerangkan bahwa nama-nama mahasiswa PPG dalam

(2001), e-procurement adalah aplikasi sistem informasi untuk mengkoordinasikan proses pembelian, pengiriman, pengelolaan inventory, pemilihan supplier dan proses persetujuan