• Tidak ada hasil yang ditemukan

UCAPTAMA PEMBANGUNAN MAMPAN KEJIRANAN HI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "UCAPTAMA PEMBANGUNAN MAMPAN KEJIRANAN HI"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

UCAPTAMA

“PEMBANGUNAN MAMPAN-KEJIRANAN HIJAU”

Oleh: Y.Bhg. Dato’ Mohd. Fadzil Bin Haji Mohd. Khir Ketua Pengarah

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan berkat limpah kurniaNya dapat kita berhimpun pada pagi yang mulia ini di Seminar sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2010 di bawah tema: Pembangunan Mampan – Kejiranan Hijau.

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian.

Izinkan saya memulakan Ucaptama saya dengan sedikit pengenalan mengenai konsep pembangunan mampan.

PENGENALAN

Konsep pembangunan mampan buat pertama kalinya disebar secara meluas untuk perhatian umum sekitar tahun 1970-an, diikuti oleh Laporan Bruntland pada tahun 1987 dan Deklarasi Rio pada 1992, yang mencadangkan strategi-strategi tindakan ke arah mencapai pembangunan mampan. Ini merangkumi inisiatif-initiatif yang berkait langsung dengan komuniti sejahtera, pembangunan hijau serta bandar dan kejiranan hijau atau ‘green neighbourhood, bagi menangani kemerosotan kualiti alam sekitar, perubahan iklim dan kekangan karbon pada masa hadapan (a carbon constrained future).

PERUBAHAN IKLIM (CLIMATE CHANGE)

Kejadian kemerosotan alam sekitar telah diperakukan oleh Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), yang meramalkan bahawa menjelang tahun 2100 -

1. suhu global secara purata akan meningkat di antara 1oC hingga 4oC;

2. precipitation global akan meningkat lebih tinggi, terutamanya di kawasan

tanah tinggi semasa musim salji; dan

3. paras air laut dijangka meningkat di antara 20-140cm (20-55 inci).

Fakta ini terbukti bila mana fenomena perubahan iklim global ini telah menyebabkan fenomena cuaca yang melampau, termasuk suhu kedinginan dan kepanasan yang ‘extreme’, peningkatan frekuensi kejadian kemarau yang kritikal, banjir besar, ribut taufan, dan juga tsunami.

(2)

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, aktiviti pembangunan merupakan sektor terbesar dalam penjanaan GHG. Oleh itu, inisiatif-initiatif menghijaukan bandar memainkan peranan penting di dalam agenda pembangunan mampan dan perubahan iklim.

AGENDA KEMAMPANAN BANDAR DAN KEJIRANAN HIJAU

Konsep pembangunan mampan telah dikembangkan kepada konsep ’pembangunan hijau’ dan ‘kejiranan hijau’. Kejiranan hijau merupakan initiatif yang akan memberi sumbangan besar kepada pengurangan GHG di samping meningkatkan kualiti hidup sesuatu komuniti. Kejiranan hijau juga turut memfokuskan kepada kecekapan tenaga (energy efficiency) dan pengurangan pembebasan karbon dioksida dengan mempromosi gaya hidup yang ‘energy efficient’.

Hadirin sekelian,

Fakta daripada UN-Habitat 2001, menjelaskan, menjelang tahun 2030, lebih 60 peratus dari penduduk dunia (4.9 bilion daripada 8.1 bilion orang) akan mendiami kawasan bandar . Dalam konteks Malaysia pula, 1menjelang 2020, 75% penduduk Malaysia akan menghuni kawasan bandar dan ini akan menyebabkan kawasan bandar menghadapi pelbagai masalah seperti masalah sosial, pencemaran alam sekitar, penurunan kualiti hidup dan sebagainya. Oleh yang demikian, perancangan bandar dan desa perlu melihat suatu pendekatan lain yang mampu memelihara persekitaran, seterusnya dapat memberi kemudahan, keselesaan serta meningkatkan kualiti kehidupan penduduk, terutamanya di kawasan bandar. Untuk itu, pembangunan hijau, atau green growth merupakan pendekatan terbaik yang mampu memelihara kemampanan sesebuah bandar untuk kita tinggal pada masa kini, seterusnya dapat kita wariskan untuk anak cucu kita di masa hadapan.

Hadiri sekelian,

Selepas 53 tahun negara kita merdeka, kerajaan semakin matang dalam memperkenalkan pendekatan-pendekatan pembangunan baru untuk kesejahteraan rakyat. Sebagai salah sebuah negara membangun, Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi isu dan cabaran berkenaan dengan tenaga dan alam sekitar. Justeru, agenda pembangunan mampan dan kejiranan hijau merupakan antara agenda yang dipandang serius oleh kerajaan yang akan saya huraikan satu persatu, seperti berikut:

PERTAMA: RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10)

Bab 6, RMKe-10, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat yang lebih baik, berbanding tahun-tahun sebelumnya. RMKe-10 ini telah mencadangkan supaya, bandar-bandar dan bandaraya dimajukan menjadi kota yang terancang, produktif dan sesuai didiami setanding dengan kota utama di negara lain. Di antara pendekatan yang digariskan di dalam RMKe-10 ini berkenaan untuk menjadikan bandar yang ‘liveable’ dan berdaya maju adalah –

1. setiap projek bandar yang dicadangkan perlu mewujudkan kesejahteraan, kualiti hidup dan kesesuaian pembangunan berkenaan dengan kawasan sekitarnya;

1

(3)

2. menggalakkan pelaksanaan pembangunan bercampur (mixed-use

development) untuk menggalak kediaman, aktiviti bekerja dan aktiviti riadah di

dalam kawasan yang sama serta boleh dihubungi antara satu sama lain di dalam jarak berjalan kaki, supaya pengeluaran karbon dapat dikurangkan;

3. mewujudkan jaringan pengangkutan yang mempunyai kebolehcapaian yang tinggi dengan memberi tumpuan kepada penyediaan pengangkutan awam sebagai tulang belakang utama serta disokong dengan jaringan laluan pejalan kaki. (Pengangkutan awam juga berperanan penting untuk mengurangkan karbon di dalam atmosfera);

4. projek pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu mengambil kira kos ke atas alam sekitar (environmental cost) dan sosial terutamanya pembangunan yang hendak dilaksanakan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit. Untuk itu, perundingan dalam perancangan perlu mengambil kira pandangan masyarakat dan komuniti perniagaan di sesebuah kawasan yang ingin dilaksanakan;

5. melaksanakan inisiatif penjanaan tenaga daripada bahan buangan

(waste-to-energy) supaya dapat mengalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui

dan mencapai tahap penggunaan tenaga yang lebih effisien;

6. mewujudkan ruang awam yang menarik di samping memupuk aktiviti kesenian, kebudayaan dan riadah bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk kosmopolitan;

7. meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam perancangan dan membuat keputusan; serta

8. perancangan berasaskan komuniti dan kejiranan.

KEDUA: DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA (NGTP), 2009

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada Julai 2009, telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara yang bermatlamat untuk memastikan pelaksanaan pembangunan mampan dan memulihara alam sekitar melalui aplikasi tekologi hijau dalam agenda pembangunan negara. Dasar ini digubal atas kesedaran bahawa aplikasi teknologi hijau dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang digunakan oleh banyak negara untuk menangani isu tenaga dan alam sekitar secara serentak. Dasar Teknologi Hijau ini telah menggariskan empat (4) Tonggak utama iaitu:

 Pertama adalah tenaga, iaitu untuk mengelakkan kebergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga;

 Kedua adalah alam sekitar, iaitu memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar;

Ketiga adalah ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan

Yang terakhir, sosial bagi meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

(4)

KETIGA: DASAR PERUBAHAN IKLIM, 2009

Dasar Perubahan Iklim yang dikeluarkan oleh Kementerian sumber Asli dan Alam Sekitar, 2009 telah dirangka untuk memastikan pembangunan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim bagi memenuhi aspirasi negara dalam menerajui kelestarian. Ini termasuklah mengarusperdanakan perubahan iklim, mengintegrasikan respons adaptasi dan mitigasi secara seimbang, dan meningkatkan keupayaan institusi dan pelaksanaan melalui penyelarasan tindakan-tindakan dasar yang bersepadu.

DASAR-DASAR YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN PERBANDARAN DAN KEJIRANAN HIJAU DI MALAYSIA

Berdasarkan Rancangan-Rancangan Malaysia dan dasar-dasar nasional yang lain, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah menterjemahkan dasar-dasar berkenaan melalui Dasar Perbandaran Negara (DPN) dan Rancangan Fizikal Negara (RFN).

DASAR PERBANDARAN NEGARA (DPN)

Bagi menyokong perancangan dan pembangunan kejiranan hijau, Dasar Perbandaran Negara (DPN) yang telah diluluskan oleh Kabinet pada 8 Ogos 2006, bermatlamat untuk mewujudkan bandar berwawasan dan komuniti dengan kehidupan sejahtera menerusi pembangunan mampan. Di antara dasar-dasar yang berkaitan dengan tema sambutan kita pada hari ini adalah:

i. penekanan terhadap perancangan guna tanah yang optimum dan seimbang;

ii. memperkasakan program pembangunan semula kawasan-kawasan

brownfield dan memperkenalkan penjanaan semula bandar;

iii. penyediaan kawasan lapang dan rekreasi berdasarkan kepada keperluan penduduk dengan mengambilkira pembangunan bersepadu kawasan hijau dalam pusat-pusat bandar untuk mengurangkan pengeluaran karbon;

iv. sistem pengangkutan awam yang bersepadu, cekap dan mesra pengguna dengan mengambilkira kenderaan mesra alam, laluan basikal, dan pejalan kaki untuk rangkaian perhubungan yang baik bagi mengurangkan tahap pencemaran udara;

v. sistem pengurusan sisa pepejal dan toksik yang sistematik dan bersepadu; vi. perumahan yang mencukupi dan rumah mampu milik dengan mengambil

kira keperluan pelbagai kumpulan masyarakat termasuk warga emas dan golongan kurang upaya;

vii. pemeliharaan alam sekitar dan mempertingkatkan kualiti hidup;

viii. menggalakkan pembangunan yang mengurangkan impak kepada urban heat

islands dan memastikan pembangunan bandar mengambilkira pengurangan

kesan pencemaran kepada udara, bunyi dan air; dan

ix. penggunaan teknologi inovatif dalam perancangan bandar, pembangunan dan pengurusan perkhidmatan bandar untuk mengurangkan pengeluaran bahan sisa, menggalakkan pembinaan bangunan hijau (green building) dan menggalakkan penggunaan tenaga yang efisien dan ‘renewable energy’.

(5)

Matlamat Rancangan Fizikal Negara (RFN) adalah untuk pembentukan satu rangka spatial negara yang efisien, saksama dan mampan untuk memandu pembangunan keseluruhan negara ke arah mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Untuk itu, dasar-dasar meyokong pelaksanaan konsep kejiranan hijau adalah-

i. pemeliharaan sumber-sumber semulajadi, biodiversiti serta alam sekitar melalui pemeliharaan Kawasan Sensitif Aalam Sekitar, Central Forest Spine dan kawasan sumber air. Aspek mitigasi dan adaptasi terhadap kesan perubahan iklim dalam rangka kerja perancangan guna tanah juga turut ditekankan di dalam RFN Ke-2 ini;

ii. penggunaan ‘renewable energy’ seperti tenaga solar, angin, ombak dan biojisim telah diwujudkan untuk menampung penggunaan sumber tenaga tradisional meningkatkan konsep berorientasikan pembangunan ‘transit-oriented development’ (TOD) bagi memastikan pengunaan pengangkutan awam diutamakan dan disokong oleh jaringan laluan pejalan kaki;serta

iii. semua kawasan kediaman bandar akan dilengkapi dengan satu rangkaian bersepadu bagi pelupusan buangan pepejal selari dengan Pelan Induk Sisa Pepejal Negara.

Saya tidak bercadang untuk memberikan huraian yang lebih lanjut berkenaan RFN ini, kerana En. Kamalruddin bin Shamsuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) akan membentangkan kertas kerja berhubung dengan RFN ke-2 yang telah dilancarkan sebentar tadi.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN DAN PEKELILING-PEKELING KEMENTERIAN

Hadirin yang dihormati sekelian, tambahan kepada Rancangan Fizikal Negara dan Dasar Perbandaran Negara terdapat beberapa insiatif untuk menggalakkan pelaksanaan kejiranan hijau. Antaranya adalah-

a) Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi; b) Garis Panduan Perancangan Taman Atas Bumbung; dan

c) Pekeliling dari Ketua Setiausaha Negara dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai Sistem Penuaian Air Hujan, Tahun 1999 (SPAH).

Saya juga ingin maklumkan di sini bahawa pada tahun 1998 Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menggalakkan penggunaan air penuaian air hujan. Berikutan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan satu pekeliling pada tahun 1999 mengarahkan pihak berkuasa tempatan melaksanakan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di dalam bangunan-bangunannya.

Hadirin yang saya hormati sekelian,

CIRI-CIRI BANDAR HIJAU DAN KEJIRANAN HIJAU

(6)

buangan, mempunyai sistem pengangkutan yang efisien dengan kemudahan pengangkutan awam yang tersedia luas, mesra pejalan kaki dan menggalakkan penggunaan basikal, mempromosikan kawasan hijau dan taman sebagai ‘fokus pernafasan bandar’ serta kualiti udara yang bersih dan melaksanakan inisiatif yang ‘energy efficient’.

Oleh itu, kawasan kejiranan merupakan satu modul asas dalam memajukan bandar-bandar hijau di dalam inisiatif-inisiatif mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau (Green House Gases) serta mencapai matlamat-matlamat kesejahteraan komuniti yang lain.

ELEMEN KEJIRANAN HIJAU Para hadiran sekalian,

Bagi memberi penarafan bahawa sesuatu kejiranan yang dirancang itu merupakan kejiranan hijau, sesebuah kejiranan perlu mempunyai elemen-elemen berikut, iaitu:

i) membina ”green building” untuk menggalakkan kemampanan dalam reka

bentuk alam binaan.

Green building Indeks (GBI) telah dirangka oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan The Assosiation of Consulting Engineers Malaysia (ACEM) yang bertujuan untuk memberi penarafan kepada bangunan-bangunan yang dibina secara mampan. Ciri-ciri bangunan-bangunan yang diiktiraf sebagai green building adalah berdasarkan kepada kriteria berikut iaitu -

o bangunan yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi (energy

efficient) – dapat dilakukan melalui penggunaan tenaga solar atau

penggunaan tenaga yang boleh diperbaharaui (renewable energy), home office connectivity dan bangunan perlulah mempunyai sistem penyelenggaraan yang mampan (sustainable maintenance);

o indoor environmental quality – melihat kepada kualiti udara, pencahayaan, visual dan keselesaan akustik (acoustic comfort) di dalam bangunan berkenaan. Untuk itu pendekatan ‘green roof’ juga boleh digunakan bagi menggalakkan penutupan bumbung bangunan dengan elemen semulajadi seperti rumput atau tumbuhan hijau;

o sustainable site planning and management yang mana antara lain melihat kepada sistem pengurusan air larian (stormwater management);

o sumber penggunaan material - melihat kepada jenis material yang digunakan, di mana menggalakkan penggunaan bahan-bahan kitar semula dan bagaimana pembinaan melaksanakan construction waste management;

o penggunaan air yang efisien – menggalakkan penggunaan rainwater harvesting, penggunaan semula air (water recyling) dalam sistem bangunan serta water efficient in landscaping and water efficient fittings ; dan yang terakhir adalah

(7)

bangunan (sebagai contoh bangunan Malaysia Green Technology (Green Tech Malaysia) di Putrajaya.

ii) Kejiranan Hijau (green neighbourhood)

Kejiranan hijau menggalakkan pembangunan bercampur (mixed

development) dan pembangunan padat (compact development) bagi

mengurangkan pergerakan, seterusnya mengurangkan pembebasan karbon. Kepelbagaian jenis guna tanah menawarkan pelbagai jenis rumah untuk semua golongan, institusi, kedai, pejabat, perniagaan, kemudahan masyarakat dan rekreasi kepada penduduk bagi menjalankan pelbagai aktiviti harian. Kepadatan tinggi di kawasan pusat bandar adalah digalakkan untuk menyokong penyediaan kemudahan awam, pengangkutan awam, kemudahan transit serta menyokong kemudahan infrastruktur yang lengkap dan baik;

 Menjadikan kejiranan sebagai ”walkable streets” bagi menggalakkan orang ramai berjalan kaki. Rangkaian laluan pejalan kaki perlu diintegrasikan dengan sistem jalan raya dan kemudahan pengangkutan sedia ada, agar connectivity di dalam kejiranan bersambung dengan kejiranan lain sehingga pembangunan di peringkat wilayah. Ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk untuk mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan;

”Bicycle network” dan ”storage” disediakan bagi menggalakkan penduduk berbasikal dengan selamat. Laluan yang disediakan perlu diintegrasi dengan sistem jalan raya dan lain-lain kemudahan perhubungan. Kemudahan tempat letak basikal yang selamat di kawasan kejiranan terutamanya di pusat tumpuan masyarakat perlu disediakan sebagai sokongan bagi menggalakkan penggunaan basikal ini;

Kemudahan sistem transit perlu disediakan secara berintegrasi dengan kemudahan pengangkutan sediada ada. Ia perlu dibina secara meluas dan dalam jarak yang berdekatan di antara satu sama lain bagi menggalakkan dan menyokong penduduk menggunakan pengangkutan awam yang lebih efisien;

Penyediaan ’rangkaian hijau’ melalui penanaman pokok-pokok di sepanjang pinggir jalan dan penyediaan rangkaian kawasan hijau yang luas seperti taman rekreasi dan ruang awam. Justeru, pemaju perlu memperuntukkan lebih banyak penyediaan kawasan hijau samada secara pocket garden atau kawasan lapang berpusat. Penyediaan lebih banyak rangkaian hijau melalui penanaman tumbuh-tumbuhan merupakan salah satu elemen penting dalam kejiranan hijau kerana tumbuh-tumbuhan merupakan carbon sink yang dapat mengurangkan pembebasan karbon ke atmosfera. Sebagai contoh, 1 hektar kawasan yang ditanam dengan tumbuh-tumbuhan mampu menyerap 900kg CO2 yang dihasilkan dan pada masa yang sama mengeluarkan sebanyak 600kg oksigen;

(8)

dapat dikongsi bersama oleh beberapa komuniti berhampiran. Penggunaan renewable energy seperti tenaga solar, biomas penghasilan tenaga daripada sampah (waste-to-energy) dan bahan terbuang amat digalakkan;

Menggalakkan pertanian makanan tempatan melalui community

farming. Penghasilan makanan tempatan bertujuan untuk menggalakkan

pengeluaran makanan yang berasaskan komuniti (community-based food production) bagi menjamin kesegaran makanan, menggalakkan aktiviti kebun yang menghasilkan pelbagai jenis tanaman, menyokong pembangunan ekonomi tempatan dan menggalakkan kebun komuniti (community garden). Ini adalah selari dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 5 Tahun 2008 – Pelaksanan Program Bumi Hijau oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2008.

INISIATIF-INISIATIF PERBANDARAN HIJAU

Semasa pengucapan bajet 2010, Y.A.B Perdana Menteri pada bulan Oktober 2009 telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menajdikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai model bandar perintis teknologi hijau untuk menjadi contoh kepada bandar-bandar lain di Malaysia. Selain daripada Putrajaya dan Cyberjaya, Wilayah Pembangunan Iskandar juga turut dijadikan sebagai bandar pelopor bagi low carbon city, di mana penekakan diberikan kepada energy efficient building, sustainable land use and transportation, and natural and green environment. Saya tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut berhubung dengan perkara ini kerana kita akan mendengar pembentangan kertas kerja berkenaan pembangunan Putrajaya dan Pembangunan Wilayah Iskandar sebentar nanti. Walau bagaimanapun, ingin saya tekankan di sini bahawa dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan bagi ketiga-tiga bandar berkenaan akan diberi diberi pertimbangan dan diselarikan di dalam dasar-dasar kerajaan di Peringkat Persekutuan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

PELAKSANAAN DAN MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN MAMPAN-KEJIRANAN HIJAU

Salah satu asas kejayaan ‘kejiranan hijau’ ialah komitmen yang tinggi daripada komuniti itu sendiri untuk mencapai matlamat yang sama.

Pelaksanaan gaya hidup hijau (green lifestyle) yang menyeluruh seperti kitar semula, pengurangan sisa buangan domestik, mewujudkan plot pertanian komuniti atau taman komuniti, menyertai program pengkomposan atau eco-festival misalnya, merupakan aktiviti-aktiviti kejiranan hijau yang memerlukan sinergi secara kolektif. Perubahan gaya hidup didorong oleh perhubungan erat komuniti, seperti berjalan, berbasikal dan pelbagai inisiatif berkaitan dengan penggunaan teknologi hijau. Kejiranan Hijau perlu diterajui oleh komuniti itu sendiri. Kita belum sepenuhnya menggunakan ‘social media’ dan portal dalam usaha-usaha melebar luas kejiranan hijau, dan setakat ini beberapa aktiviti hijau seperti kitar semula telah dijalankan melalui Local Agenda 21 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

(9)

di dalam industri pembangunan dan pembinaan. Untuk itu, semua pihak, tidak kira kerajaan, mahu pun di pihak swasta harus berganding bahu untuk sama-sama memastikan bahawa segala dasar-dasar yang telah dirangka di pihak persekutuan dilaksana di peringkat tempatan. Hanya melalui pendekatan 2 hala secara top-down and bottom-up approach ini, dapat dipastikan segala yang diharapkan oleh kerajaan dan rakyat untuk hidup dengan lebih berkualiti dapat direalisasikan.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga harus sentiasa follow through segala program-progarm dan aktiviti yang dilaksanakan dan melihat keberkesanannya. Hanya melalui jalan ini sahaja, masyarakat Malaysia boleh menjadi setanding dengan masyarakat di negara-negara maju.

Bagi JPBD, suka untuk saya maklumkan bahawa, JPBD sedang merangka draf Garis Panduan Pembangunan Kejiranan Hijau yang berteraskan kepada prinsip-prinsip kejiranan hijau yang telah saya bentangkan sebentar tadi. Apabila siap, garis panduan ini akan dibawa ke Jemaah Menteri. Selepas itu, garis panduan ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) untuk pemakaian di peringkat negeri dan juga di peringkat pihak berkuasa tempatan. Selari dengan itu juga, sistem penarafan kejiranan hijau akan dibuat bersekali dengan petunjuk bandar MURNInet sediada ada yang telah diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan pada masa kini.

PENUTUP

Sebagai penutup, isu pemanasan global dan perubahan iklim dunia tidak boleh dianggap ringan oleh kita semua, kerana ia memberi kesan terhadap kehidupan manusia dalam pelbagai tahap dan keadaan. Justeru, komitmen terhadap reka bentuk kejiranan yang menyokong ‘low carbon lifestyle’ memerlukan komitmen semua stakeholders dan juga komuniti bagi menjayakan ‘green growth’ ini. Hanya melalui komitmen semua, sepertimana pendekatan oleh negara-negara maju yang telah berjaya melaksanakan bandar dan kejiranan hijau ini, pendekatan top-down dan bottom-up secara serentak adalah sangat kritikal.

Akhir sekali saya berpendapat kejiranan hijau dan ‘green consciousness’ sebaik-baiknya nya diterajui oleh komuniti itu sendiri dengan dinaungi oleh ‘kepimpinan hijau’ yang baik (good green leadership).

Sekian dan dengan itu saya sudahi dengan ucapan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Referensi

Dokumen terkait

Budaya menabung di rumah dengan cara menggunakan celengan juga perlu dibangun, termasuk perlunya membuka rekening di bank terdekat agar tidak tergantung pada

Selain itu, Ahmad et al ., (2005) juga menyatakan bahwa bakteri Gram negatif umumnya lebih toleran terhadap pengaruh logam berat dibandingkan bakteri Gram positif

Sumber-sumber pembelajaran bagi mahasiswa kedokteran bisa bermacam- macam, mulai dari sumber daya manusia yang meliputi dosen, staf perpustakaan, teknisi, staf

Sumber energi dari PLN dapat digunakan untuk sewaktu-waktu apabila panel tidak dapat digunakan atau sedang digunakan untuk charging dari PLN untuk mensuplai beban langsung

5. Bu Joicenda Dosen yang begitu berpengaruh dalam karir dan kuliahku. Terima kasih atas semua kebaikan ibu yang telah diberikan. Febri danantha sahabatku yang paling

n tehnik dasar memegang, posisi awal, gerak awalan, langkah bekerjasama dengan teman dalam kelompok dan berbagi tempat serta peralatan dengan teman Aspek Psikomotor

1. Penyiapan peta yang menunjukkan lokasi-lokasi dengan jumlah timbulan sampah.. Analisis data kemudian diplot ke peta daerah permukiman, perdagangan, industri dan

Halusinasi yang menetap dari panca indera apa saja, apabila disertai baik oleh waham yang mengambang maupun yang setengah berbentuk tanpa kandungan afektif yang jelas,