Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Pemuafakatan
Permuafakatan yang dimaksudkan adalah hubungan antara sekolah dengan komuniti. Frasa yang menjadi rujukan adalah SPI 4/1985 iaitu Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat. Ungkapan ini seolah-oleh telah luput dari kedua-dua pihak, lantas masing-masing bergerak sendirian. Sedangkan mereka adalah saling berkaitan dan memerlukan.
Konsepnya adalah mudah iaitu masyarakat perlu merasakan bahawa sekolah adalah tanggungjawab mereka. Manakala sekolah pula perlu mengamalkan sikap terbuka kepada masyarakat.
Enamfaktor yang mempengaruhi hubungan permuafakatan antara sekolah dengan masyarakat adalah;
1. Keprihatinan masyarakat memenuhi keperluan sekolah sama ada dalam bentuk kewangan, sokongan moral, tenaga mahupun kepakaran.
2. Kesungguhan masyarakat di dalam membantu pihak sekolah yang menjadi pusat pendidikan anak-anak mereka.
3. Keterbukaan sekolah untuk menerima pandangan dan teguran daripada pihak masyarakat setempat.
4. Kesediaan sekolah untuk menjadikan premisnya sebagai pusat kegiatan masyarakat yang boleh diguna sama.
5. Kesanggupan masyarakat menjadi mata dan telinga sekolah mengawasi anak-anak murid sama ada di dalam rumah sendiri atau di tengah masyarakat.
6. Keakraban antara sekolah dan masyarakat. Di mana masing-masing memenuhi undangan ke aktiviti yang dianjurkan supaya lebih mesra dan tiada prasangka.