• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI GURU TERHADAP KEPERLUAN SERTA P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERSEPSI GURU TERHADAP KEPERLUAN SERTA P"

Copied!
142
0
0

Teks penuh

(1)

PSZ 19:16 (Pind. 1/ 97) UNIVERSITI TEKN OLOGI M ALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI GURU TERHADAP KEPERLUAN SERTA

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SRA JAWI

SESI PENGAJIAN : 2014/2015

Saya MOHD HAIDHIR BIN MD YUSOF______________________ (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1.Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2.Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3.Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4.**Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. טּ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

No . 2, JALAN 23B, PANDAM ARAN JAYA, 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

4 JUN 2015

EN. AHM AD PUHAD BIN ALIM NAM A PENYELIA

(2)

PERSEPSI GURU TERHADAP KEPERLUAN SERTA

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SRA JAWI

MOHD HAIDHIR BIN MD YUSOF

Laporan Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(3)

Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).

Tandatangan : ...

Nama Penyelia: EN. AHMAD PUHAD BIN ALIM

(4)

Saya mengakui laporan Projek Sarjana Muda ini bertajuk “Persepsi Guru

Terhadap Keperluan serta Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di SRA

JAWI” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ...

Nama Penulis : MOHD HAIDHIR BIN MD YUSOF

(5)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke atas Allah SWT kerana dengan izin Nya dapat saya menyiapkan Tesis Projek Sarjana Muda ini demi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) di UTM.

Sekalung penghargaan buat penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) saya iaitu En.

Ahmad Puhad Bin Alim di atas bimbingan, panduan, pandangan, tunjuk ajar,

pemantauan serta komentar yang menjadikan tesis ini disempurnakan akhirnya. Segala jasa baik didoakan mendapat balasan sebaiknya dari Maha Pembalas Allah jualah hendaknya.

Jutaan penghargaan dan ingatan buat pendokong diri ini iaitu semua ahli keluarga. Terima kasih atas sokongan dan kefahaman yang diberikan sepanjang pengorbanan masa dan perhatian yang perlu dicurahkan sepanjang pengajian. Buat ayahanda, Md Yusof Md

Yatim dan bonda, Siti Maysarah Ahmad serta isteri tercinta, Normahirah Talib

dikalungkan ucapan penghargaan tak terhitung.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pensyarah dari Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan (FP) yang mengajar bagi kursus SPI di UTM SPACE Kuala Lumpur yang telah mendidik dan memperkenalkan saya dengan khazanah ilmu yang sangat bernilai. Terima kasih semua.

، ﻰ ِﻄْﻌُﯾ ُ ﱠﷲَو ٌﻢِﺳﺎَﻗ ﺎَﻧَ أ ﺎَﻤﱠﻧِ إ َو ، ِﻦﯾﱢﺪﻟا ﻰِﻓ ُﮫْﮭﱢ ﻘَﻔُﯾ اًﺮْﯿَﺧ ِﮫِ ﺑ ُ ﱠﷲ ِدِﺮُﯾ ْﻦَﻣ ﱠﷲ ُﺮْﻣَ أ َﻰِﺗ ْ ﺄَﯾ ﻰﱠﺘَﺣ ْﻢُﮭَﻔَﻟﺎَﺧ ْﻦَﻣ ْﻢُھﱡﺮُﻀَﯾ َﻻ ِ ﱠﷲ ِﺮْﻣَ أ ﻰَﻠَﻋ ً ﺔَﻤِﺋﺎَﻗ ُ ﺔﱠﻣُ ﻷا ِهِﺬَھ َلاَﺰَﺗ ْﻦَﻟ َو

Dari Mu'awiyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki Tuhan mendapat kebaikan, diberinya orang itu kefahaman agama. Tuhan yang memberi dan saya pembahagi. Sentiasa umat ini beroleh kemenangan terhadap lawannya, sehingga datang perintah Tuhan dan mereka itu tetap dalam menang." (Sahih Bukhari, Jilid 3, Nombor 1391)

Mohd Haidhir Bin Md Yusof

Gombak, Selangor.

(6)

ABSTRAK

(7)

ABSTRACT

This research is an insights on " Teachers Perceptions on Requirements and Services of Counselling and Guidance in SRA JAWI ". This survey aims to obtain teachers perception towards the need and role of guidance and counseling services in schools. The respondents consisted of permanent teachers in SRA JAWI for Zone II. A set of questionnaire containing 64 items were distributed and 89 sets of questionnaires were returned and analyzed using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 22. Part A (demographic) using nominal scale and found a correlation between teaching experience and training opportunities through Pearson Correlation test; r(87) = .228, p = .032 (significant relationship when p<0.05). Parts B, C and D used Likert scale. Part B aims on teachers' perception towards guidance and counseling found no significant difference in perception neither post

(Administrator Mean=3.98, Ordinary Teachers Mean=3.98) nor gender (Male Mean= 3.98, Woman Mean= 3.99) and indipendent t-test backed it. Part C

(8)

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

HALAMAN PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v ABSTRACT v

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xv

1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 7

(9)

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan dan Skop Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.9 Kesimpulan 14

2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 15

2.2 Sejarah Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia 15

2.3 Konsep Bimbingan dan Kaunseling 18

2.3.1 Bimbingan 18

2.3.2 Kaunseling 19

2.3.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 20

2.4 Bimbingan dan Kaunseling Menurut Perspektif Islam 24

2.5 Kajian-Kajian Lepas Berkaitan 29

2.5.1. Kajian Dalam Negara 29

2.5.1.1 Perspektif Pelajar 30

2.5.1.2 Perspektif Guru 32

2.5.1.3 Keperluan dan Latihan 33

2.5.1.4 Masalah Pelajar dan Peranan B&K 37

2.5.2. Kajian Luar Negara 38

2.5.2.1 Perspektif Pelajar 38

(10)

2.5.2.3 Keperluan dan Latihan 40

2.5.2.4 Masalah Pelajar dan Peranan B&K 42

2.6 Kesimpulan 45

3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 47

3.2 Kerangka Teori 48

3.2 Rekabentuk Kajian 49

3.3 Tatacara Pengumpulan Data 50

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 50

3.5 Instrumen Kajian 51

3.5.1 Soal selidik 52

3.5.1.1 Skala Likert 52

3.5.1.1 Tahap Min 53

3.6 Tatacara Kajian 53

3.7 Kajian Rintis 54

3.8 Analisis Data 55

3.9 Kesimpulan 56

4 ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 57

(11)

4.3 Bahagian B : Persepsi Mengenai Bimbingan dan 62 Kaunseling di SRA

4.4 Bahagian C : Keperluan Bimbingan & Kaunseling 68 di SRA

4.5 Bahagian D : Masalah dan Peranan Yang Memerlukan 75 Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di SRA

4.6 Analisis Keseluruhan Item Mengikut Objektif 86

4.6.1 Mengenal pasti persepsi guru SRA JAWI 86 terhadap Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

4.6.2 Mengenal pasti keperluan dan latihan yang 92 diperlukan bagi menggerakkan Perkhidmatan

Bimbingan & Kaunseling di SRA JAWI

4.6.3 Mengenal pasti hubungan pengalaman mengajar 93 guru dengan peluang mengikuti latihan

berkaitan Bimbingan & Kaunseling di SRA JAWI

4.6.4 Mengenal pasti masalah yang memerlukan 94 peranan Bimbingan & Kaunseling

4.7 Kesimpulan 95

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 97

5.2 Perbincangan 98

5.2.1 Bahagian A –Latar Belakang Responden 98

(12)

5.2.3 Bahagian C – Keperluan dan Latihan Yang 102

Diperlukan oleh Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di SRA 5.2.4 Bahagian D – Masalah Yang Memerlukan 105

Peranan Unit Bimbingan & Kaunseling 5.3 Rumusan 109

5.4 Cadangan Hasil Kajian 111

5.5.1 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 112

5.5.2 Guru-Guru 112

5.5.3 Sekolah SRA 112

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 113

5.5 Penutup 114

SENARAI BIBLIOGRAFI 115

(13)

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK HALAMAN

JADUAL

1.1 Kesalahan Disipln Bagi Tahun 2006-2007 3

3.1 Pecahan Sampel Responden 51

3.2 Skala Likert dan Skor 53

3.3 Tahap Persetujuan Bagi Setiap Min 53

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58

4.2 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 59

4.3 Taburan Responden Mengikut Jawatan 59

4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 59

4.5 Taburan Responden Mengikut Ikhtisas Perguruan (Akademik) 60

4.6 Taburan Responden Mengikut Subjek Yang Pernah Diambil 60

4.7 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 61

4.8 Taburan Responden Samada Pernah Mengikuti Kursus 61

atau Latihan Berkaitan Bimbingan dan Kaunseling 4.9 Taburan Skor Bagi Item B 1 62

4.10 Taburan Skor Bagi Item B 2 63

4.11 Taburan Skor Bagi Item B 3 63

4.12 Taburan Skor Bagi Item B 4 63

4.13 Taburan Skor Bagi Item B 5 64

4.14 Taburan Skor Bagi Item B 6 64

4.15 Taburan Skor Bagi Item B 7 65

4.16 Taburan Skor Bagi Item B 8 65

(14)

4.18 Taburan Skor Bagi Item B 10 66

4.19 Taburan Skor Bagi Item B 11 66

4.20 Taburan Skor Bagi Item B 12 67

4.21 Taburan Skor Bagi Item B 13 67

4.22 Taburan Skor Bagi Item B 14 67

4.23 Taburan Skor Bagi Item B 15 68

4.24 Taburan Skor Bagi Item C 1 69

4.25 Taburan Skor Bagi Item C 2 69

4.26 Taburan Skor Bagi Item C 3 69

4.27 Taburan Skor Bagi Item C 4 70

4.28 Taburan Skor Bagi Item C 5 70

4.29 Taburan Skor Bagi Item C 6 71

4.30 Taburan Skor Bagi Item C 7 71

4.31 Taburan Skor Bagi Item C 8 72

4.32 Taburan Skor Bagi Item C 9 72

4.33 Taburan Skor Bagi Item C 10 72

4.34 Taburan Skor Bagi Item C 11 73

4.35 Taburan Skor Bagi Item C 12 73

4.36 Taburan Skor Bagi Item C 13 74

4.37 Taburan Skor Bagi Item C 14 74

4.38 Taburan Skor Bagi Item C 15 74

4.39 Taburan Skor Bagi Item D 1 75

4.40 Taburan Skor Bagi Item D 2 76

4.41 Taburan Skor Bagi Item D 3 76

4.42 Taburan Skor Bagi Item D 4 76

4.43 Taburan Skor Bagi Item D 5 77

4.44 Taburan Skor Bagi Item D 6 77

4.45 Taburan Skor Bagi Item D 7 78

4.46 Taburan Skor Bagi Item D 8 78

4.47 Taburan Skor Bagi Item D 9 79

(15)

4.49 Taburan Skor Bagi Item D 11 79

4.50 Taburan Skor Bagi Item D 12 80

4.51 Taburan Skor Bagi Item D 13 80

4.52 Taburan Skor Bagi Item D 14 81

4.53 Taburan Skor Bagi Item D 15 81

4.54 Taburan Skor Bagi Item D 16 81

4.55 Taburan Skor Bagi Item D 17 82

4.56 Taburan Skor Bagi Item D 18 82

4.57 Taburan Skor Bagi Item D 19 83

4.58 Taburan Skor Bagi Item D 20 83

4.59 Taburan Skor Bagi Item D 21 83

4.60 Taburan Skor Bagi Item D 22 84

4.61 Taburan Skor Bagi Item D 23 84

4.62 Taburan Skor Bagi Item D 24 85

4.63 Taburan Skor Bagi Item D 25 85

4.64 Taburan Skor Bagi Item D 26 86

4.65 Min Bagi Persepsi Guru Mengikut Jawatan 87

4.66 Independent t-Test Bagi Persepsi Mengikut Jawatan 88

4.67 Min Bagi Persepsi Guru Mengikut Jantina 89-90 4.68 Independent t-Test Bagi Persepsi Guru Mengikut Jantina 91

4.69 Min Bagi Keperluan 92

4.70 Ujian Pearson Correlation 93

(16)

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JAWI - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

SRA - Sekolah Rendah Agama

UBK - Unit Bimbingan dan Kaunseling

GBK - Guru Bimbingan dan Kaunseling

B&K - Bimbingan dan Kaunseling

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

PRS - Pembimbing Rakan Sebaya

KDC - Kursus Dalam Cuti

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

SPSS - Statistical Package For The Social Science

ƒ - Frekuensi atau Kekerapan

% - Peratus

n - Jumlah

M - Min

p - alfa

(17)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Jawatan khas Guru Kaunselor atau kini dipanggil Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) serta penubuhan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di sekolah-sekolah merupakan antara perkara asas di dalam sesebuah sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selaku kementerian bertanggungjawab dalanm hal ini dilihat komited dengan menyediakan rangka kerja dan kuasa unit kaunseling dan guru kaunselor melalui Surat Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua guru besar memberikan kemudahan tempat bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-masing.

(18)

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang guru kaunselor (Guru Bimbingan dan Kaunseling) dan unit bimbingan dan kaunseling sangat signifikan kepada perkembangan prestasi pelajar dan pembentukan sahsiah yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sehubungan dengan itu, tidak boleh tidak kewujudannya perlulah diwujudkan di setiap sekolah kendalian KPM mahupun lain-lain.

Sehubungan dengan itu, satu kajian perlu dijalankan bagi menilai persepsi guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) mengenai keperluan Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat Sekolah-sekolah Rendah Agama (SRA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menyempurnakan dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan pendidikan agama di seluruh sekolah kendalian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar merupakan subjek utama di sekolah selaku klien yang menerima kesan langsung pendidikan manakala sekolah pula sebagai salah satu institusi pembentukan moral dan penerapan nilai murni dalam pembentukan insan iaitu pelajar.

(19)

Berikut merupakan jadual yang menujukkan jumlah kesalahan disiplin yang direkodkan bagi tahun 2006-2007 di seluruh negara (Berita Harian, 28 Julai 2008).

Jadual 1.1 : Kesalahan Disipln Bagi Tahun 2006-2007

Jumlah yang direkodkan merupakan jumlah yang besar dan menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Peranan institusi kekeluargaan, masyarakat, agama dan sekolah yang digembeling diharapkan dapat menyediakan solusi bagi permasalahan ini. Permasalahan ini menjejaskan hala tuju dan masa depan negara kerana generasi pelajarlah yang akan mewarisi kepimpinan dan mengatur langkah di masa hadapan.

Laporan Kabinet (1979) hasil Jawatankuasa Kabinet mengenai dasar pelajaran kebangsaan dan sistem pendidikan di Malaysia mengemukakan cadangan akan keperluan diwujudkan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) seterusnya organisasi khas iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) bagi mengatasi masalah-masalah di atas seperti dalam laporan kabinet berkenaan iaitu :

Jenis Kesalahan Tahun

2006 2007

Ponteng sekolah 21 060 24 840

Kurang sopan, bahasa kesat, tidak hormat guru atau pengawas 23 220 19 980

Mencuri, mencederakan, bergaduh dan pukul 18 900 19 980

Lewat 18 360 15 120

Bawa telefon bimbit 8 640 15 120

Laku musnah, merosakkan kemudahan, menconteng dinding 3 240 3 780

(20)

“239. Pelajar-pelajar mudah sekali dipengaruhi dan terpengaruh oleh sesuatu yang menarik yang dapat dilihat dalam persekitaran mereka. Walaupun diakui bahawa sifat semulajadi kanak-kanak suka meniru-niru sesuatu yang menarik itu adalah baik tetapi peniruan yang dilakukan hendaklah sentiasa diawasi supaya peniruan itu tidak menghasilkan kemerosotan dan keruntuhan disiplin. Dalam hal ini, bimbingan daripada guru-guru amatlah diperlukan.

239.1 Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan dan Kerjaya di sekolah-sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan-kegiatan panduan kerjaya sahaja”

Pictrofesa dan rakan-rakan (1971) dalam Mok Soon Sang (2011:201) dalam buku mereka ‘The Counselling As A Profesional’ menyenaraikan empat jenis pendekatan bimbingan dan kaunseling iaitu :

i. Bimbingan Krisis yang merujuk kepada kes-kes kritikal seperti bertumbuk dengan tujuan mencedera, percubaan membunuh orang atau diri, masalah mental atau penyalahgunaan dadah.

ii. Bimbingan Penyediaan Kemudahan yang merujuk kepada kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan yang berkaitan dengan bidang kurikulum akademik ataoupun kokurikulum.

(21)

iv. Bimbingan Perkembangan yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya membentuk personaliti dan konsep kendiri yang positif ke arah mencapai prestasi diri yang lebih baik.

Namun ia hanya terlaksana di sekolah-sekolah kendalian KPM dan separa kendalian KPM seperti sekolah jenis kebangsaan cina atau tamil. Sekolah-sekolah persendirian (swasta) dan sekolah kendalian jabatan agama masih perlahan dari segi implementasi hal ini. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengendalikan sekolah-sekolah agama di negeri berkenaan masih tidak melaksanakan sebarang inisiatif ini. Ketiadaan perjawatan dan portfolio khusus sebaliknya hanya dipangku oleh Guru Disiplin atau Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menjawab akan keraguan pelaksanaan aktiviti bimbingan dan kaunseling.

Jika faktor masa yang pendek dijadikan alasan ketiadaan penawaran perkhidmatan, ini merupakan satu alasan yang lemah kerana semua pelajar sekolah agama dalam masa yang sama merupakan pelajar di sekolah kebangsaan dan tempoh masa yang pendek tidak bermakna ketiadaan masalah yang perlu ditangani. Malah masalah yang serupa seperti yang diberikan dalam jadual jenis kesalahan disiplin di atas turut berlaku di sekolah rendah agama. Cuma kesalahan-kesalahan yang berlaku ini tidak direkodkan atau disenyapkan.

(22)

kepada sekadar hanya memberikan maklumat mengenai peluang dan halatuju kerjaya berbanding maksud sebenar yang lebih luas. Salah tanggapan ini masih berakar umbi sehingga kini di kalangan guru bukan opsyen bimbingan dan kaunseling.

Kajian terhadap keperluan perkhidmatan ini juga merupakan suatu yang mustahak. Pelbagai kajian telah dilakukan mendapati antara faktor kurang efektifnya perkhidmatan ini adalah disebabkan halangan keperluan. Keperluan seperti tanggungan beban mengajar, dana khas, fasiliti yang sesuai seperti bilik kaunseling dan rak bagi mempamerkan bahan berkaitan kerjaya dan peningkatan kendiri merupakan antara yang sering dibangkitkan. Bagi para guru bimbingan dan kaunseling pula, mereka sering menyatakan kekurangan dalam latihan dan pendedahan pengendalian sesi kaunseling semasa dalam tempoh belajar atau latihan pra-persediaan di pusat pengajian tinggi menjadikan mereka kurang yakin dalam melaksanakan perkhidmatan yang diharapkan.

Kajian oleh pengkaji terdahulu seperti Loser dan Nichols (1975), Suradi Salim (1991), Devikamani Menon (1983) merupakan sebahagian yang melaporkan dapatan terhadap keperluan berkaitan perkhidmatan ini. Justeru, penelitian terhadap keperluan perkhidmatan ini wajar diteliti bagi menilai keutamaan agar implementasi ia berjalan seperti yang sepatutnya.

(23)

Kajian Bahmah dan Wan Marzuki Wan Jaafar (2012), Johari Talib (2009), Zubir (1974), Lim dan Menon (1982) serta Chiam (1982) cuba mendapatkan data mengenai masalah yang memerlukan peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti masalah sosio-emosi, penyesuaian dengan sekolah, masalah di dalam kelas, peperiksaan, buku teks dan masalah dengan guru. Persepsi guru terhadap masalah yang perlu ditangani oleh unit bimbingan dan kaunseling akan memberi kesan kepada pandangan guru terhadap perkhidmatan ini secara keseluruhan samada tinggi atau rendah.

Memandangkan keadaan ini, sudah tiba masanya pihak pentadbiran sekolah rendah agama dan jabatan untuk merangka strategi yang berkesan dalam memastikan perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan adalah pada tahap optimum dan sentiasa siap siaga mendepani masalah di peringkat sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Peranan Guru Kaunselor atau Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dan Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) merupakan satu inisiatif mendepani pelbagai cabaran dan masalah dalam kalangan pelajar dan dapat menyokong misi sekolah.

(24)

Sehubungan dengan keadaan ini, sudah tiba masanya sekolah-sekolah rendah agama menilai dan mempertimbangkan pembentukan Unit Bimbingan Kaunseling dan perjawatan guru bimbingan dan kaunseling (kaunselor) di sekolah bagi menangani pelbagai masalah dan cabaran di peringkat sekolah supaya keadaan ini di atasi agar iklim sekolah bertambah baik.

Oleh itu pengkaji ingin membuat kajian terhadap unit bimbingan dan kaunseling dan guru kaunseling di SRA JAWI dengan tumpuan kepada mengenal pasti hubungan pengalaman mengajar dengan peluang mengikuti latihan berkaitan bimbingan dan kaunseling, persepsi para guru, keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan masalah yang memerlukan peranan bimbingan dan kaunseling.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk :

1.4.1 Mengenal pasti persepsi guru SRA JAWI terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

1.4.2 Mengenal pasti keperluan dan latihan yang diperlukan bagi menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SRA JAWI.

1.4.3 Mengenal pasti hubungan pengalaman mengajar guru dengan peluang menjalani latihan berkaitan bimbingan dan kaunseling di SRA JAWI.

(25)

1.5 Persoalan Kajian

Berikut merupakan persoalan kajian ini :

1.5.1 Apakah persepsi guru SRA JAWI terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling?

1.5.2 Apakah keperluan dan latihan yang diperlukan bagi menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling?

1.5.3 Apakah wujud hubungan di antara pengalaman mengajar seseorang guru dengan peluang mengikuti latihan berkaitan bimbingan dan kaunseling di SRA JAWI?

1.5.4 Apakah masalah yang memerlukan peranan unit bimbingan dan kaunseling ?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kerana hasil kajian ini akan menyediakan data dapatan mengenai keperluan dan peranan yang boleh dimainkan melalui pembentukan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dan perlantikan guru khas bagi mengendalikan Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah-sekolah rendah agama di Kuala Lumpur seterusnya digunapakai untuk membangunkan strategi dan sistem bimbingan dan kaunseling yang lebih baik.

(26)

Kajian ini juga dapat meninjau akan keperluan yang diperlukan oleh guru-guru bagi melengkapkan kemahiran dalam pengendalian bimbingan dan kaunseling serta lain-lain keperluan bagi rujukan JAWI dan pihak sekolah untuk perancangan kursus dan latihan yang sesuai. Kajian ini juga dapat mengenalpasti masalah-masalah pelajar yang perlu diberikan tumpuan oleh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (unit dan guru).

Seterusnya, kajian ini dapat mengetahui peranan yang diharapkan oleh para guru dapat dimainkan oleh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi mengatasi masalah-masalah yang berkaitan di sekolah. Data yang diperolehi daripada kajian ini akan dapat membuktikan bahawa terdapat keperluan untuk penambahbaikan dalam pengurusan bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah yang lebih sistematik.

Kajian ini mungkin membantu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) untuk menggubal dan melaksanakan strategi khusus bagi menangani masalah yang berkaitan dengan isu psiko-emosi di kalangan pelajar dan kakitangan.

1.7 Batasan dan Skop Kajian

(27)

bimbingan dan kaunseling 4)Masalah yang memerlukan peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SRA JAWI.

1.8 Definisi Istilah

Tajuk kajian ialah Persepsi Guru Terhadap Keperluan Serta Perkhidmatan Bimbingan

dan Kaunseling di SRA JAWI . Beberapa istilah penting yang akan digunakan dalam

kajian ini ialah Bimbingan, Kaunseling dan Sekolah Rendah Agama (SRA).

1.8.1 Bimbingan

(28)

1.8.2 Kaunseling

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kaunseling membawa erti suatu proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. Kaunseling di dalam kajian ini ditinjau dari aspek mengkaunseling iaitu memberikan kaunseling oleh guru selaku kaunselor terhadap pelajar yang terlibat dalam delinkuensi.

Menurut Blocher dalam Shertzer & Stone (1974:12), Kaunseling adalah satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/ atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya

1.8.3 Bimbingan dan Kaunseling

Menurut buku ‘Panduan Ulangkaji Bimbingan dan Kaunseling untuk Prasarjana Muda dan KPLI’ (2006) menyenaraikan tiga matlamat atau pendekatan bimbingan dan kaunseling iaitu :

i. Matlamat Akademik

Pemilihan mata pelajaran, kemahiran belajar dan penempatan.

ii. Matlamat Kerjaya

(29)

antra kaedah untuk membantu pelajar dalam aspek ini ialah: Ujian Inventori untuk mengenalpasti minat, bakat dan personaliti. Kedua ialah melalui pendidikan perkembangan kerjaya.

iii. Matlamat Psikososial dan Kesihatan Mental

Tiga bidang utama iaitu pembentukan sahsiah, kemahiran psikososial (komunikasi, tegas diri dan pengurusan tekanan) dan kemahiran sosial (pengurusan diri dan perlindungan diri).

1.8.4 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah suatu perkhidmatan atau servis yang disediakan bagi memenuhi keperluan bimbingan dan kaunseling. Ia dikendalikan oleh guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling. Guru ini tidak semestinya digelar kaunselor atau mempunyai kelayakan sebagai kaunselor berdaftar dibawah Akta 580 atau dinamakan sebagai Akta Kaunselor 1998. Guru bimbingan dan kaunseling (GBK) di sini adalah semua guru yang dilantik secara khas di dalam perjawatan pendidikan dan telah mengikuti latihan khusus berkaitan.

1.8.5 Sekolah Rendah Agama (SRA)

Sekolah rendah agama di dalam kajian ini ialah semua sekolah yang berada dibawah kendalian Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) iaitu sekolah yang menawarkan perkhidmatan pendidikan agama atau subjek pendidikan

(30)

1.9 Kesimpulan

(31)

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan latar belakang perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling (B&K) dari aspek: 1)Sejarah bimbingan dan kaunseling

2)Konsep, prinsip dan matlamat atau pendekatan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling di sekolah 3)Persepektif Islam terhadap bimbingan dan kaunseling

4)Kajian-kajian dalam negara yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu

5)Kajian-kajian luar negara yang dijalankan yang mempunyai kaitan dengan 5)Kajian-kajian ini.

2.2 Sejarah Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi sekolah di Malaysia bermula dengan

program bimbingan kerjaya. Sejak 1930-an lagi buku panduan iaitu ‘A Guide to

(32)

Negeri-negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu diterbitkan (Amla Salleh, 1984) di dalam

Amla (2006 : 11)

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah di Malaysia

secara rasmi bermula sejak tahun 1960 dengan Surat Pekeliling oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia yang menyarankan agar diwujudkan Guru Kerjaya.

Kemudiannya, Surat Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah

Pelajaran Negeri supaya semua guru besar memberikan kemudahan tempat bagi

aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-masing dan Surat Pekeling KP

5209/35/(40) pula, telah mewajibkan setiap sekolah rendah dan menengah melantik

seorang guru bimbingan.

Tahun 1961, Jawatankuasa Penyelarasan Bimbingan Vokasional ditubuhkan

dan penerbitan buku panduan ‘Handbook on Training Facilities in The Federation

of Malaya’ dihasilkan. Tahun 1964, R.K Mackenie iaitu pakar perunding dari

Kanada telah dijemput bagi memberi seminar, kursus sehingga terbitnya buku

‘Perkhidmatan Panduan di Sekolah’ pada tahun 1966 iaitu buku panduan mengenai

bimbingan dan kaunseling (Mok Soon Sang, 2008:1).

Tahun 1969, seramai 275 orang guru dilatih khusus secara singkat di Maktab

Perguruan Ilmu Khas, Cheras mengenai bimbingan dan kaunseling dan bermulanya

Sijil Khas Bimbingan dan Kaunseling ditawarkan bermula di maktab berkenaan.

Tahun 1968, jawatan Ketua Unit Panduan Pelajaran diwujudkan bagi tujuan

bimbingan dan kaunseling dan panduan agar tidak mengajar lebih dari 25 waktu.

Mulai tahun 1972, peruntukan kewangan disediakan oleh kementerian bagi

tujuan berkaitan. Pada tahun 1973, Unit Pendidikan Penyalahgunaan Dadah

diwujudkan di sekolah-sekolah. Pada tahun 1975, jawatan Penolong Ketua Unit

Panduan Kerjaya mula diwujudkan bagi menyokong usaha yang telah sedia

(33)

Laporan Kabinet (1979) hasil Jawatankuasa Kabinet mengenai dasar

pelajaran kebangsaan dan sistem pendidikan di Malaysia yang dipengerusikan oleh

Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memberikan laporan berikut di

dalam Kajian Disiplin, Bab IV :

“238. Dalam Rancangan Perkhidmatan Kerjaya Sekolah-sekolah sehingga ke

tahun 1978, sejumlah 3208 guru termasuk guru besar telah diberi

kursus/latihan asas di dalam perkhidmatan bimbingan dan kerjaya.

239. Murid-murid mudah sekali dipengaruhi dan terpengaruh oleh sesuatu yang

menarik yang dapat dilihat dalam persekitaran mereka. Walaupun diakui

bahawa sifat semulajadi kanak-kanak suka meniru-niru sesuatu yang

menarik itu adalah baik tetapi peniruan yang dilakukan hendaklah sentiasa

diawasi supaya peniruan itu tidak menghasilkan kemerosotan dan

keruntuhan disiplin. Dalam hal ini, bimbingan daripada guru-guru amatlah

diperlukan.

239.1 Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan dan Kerjaya di

sekolah-sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan

bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan-kegiatan panduan

kerjaya sahaja”

Ekoran laporan ini, kursus-kursus Bimbingan dan kaunseling mula

diperkenalkan di maktab-maktab perguruan sejak tahun 1980-an dan Unit

Bimbingan dan Kaunseling ditubuhkan di bawah Hal Ehwal Murid. Tahun 1981

menyaksikan Unit Pendidikan dan Penyalahgunaan Dadah di Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) diubah namanya menjadi Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan

(34)

Pekeliling Kementerian Pendidikan (1985); KP (BS) 859/Jld.2(29) telah

mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah di semua

sekolah-sekolah di Malaysia. Pada bulan Jun tahun 1996, jawatan kaunselor sekolah

sepenuh masa mula diwujudkan (Amla Salleh,2006 : 13). Bahagian Pendidikan

Guru (BPG) telah mengambil inisiatif awal dengan mengadakan Kursus Dalam

Perkhidmatan 14 Minggu mulai akhir September tahun 2001 bagi memberi

kemahiran dan latihan yang diperlukan oleh guru dan setelah tamat kursus ini akan

ditempatkan sebagai Guru Bimbingan (Ibrahim Ahmad, 2002: 5).

2.3 Konsep Bimbingan dan Kaunseling

Adalah lebih baik kita memahami konsep bimbingan dan kaunseling terlebih dahulu

dalam kajian ini. Kedua-duanya saling berkait dan seakan-akan sama.

2.3.1 Bimbingan

Bimbingan di dalam bahasa Inggeris disebut guidance berdasarkan Kamus Dewan

Edisi Ketiga (1997:159) ditakrifkan sebagai “perbuatan membimbing, memberi

petunjuk ataupun memimpin seseorang”. Individu yang terlibat dalam perbuatan

membimbing dikenali sebagai pembimbing.

Crow dan Crow (1983) dalam Mok Soon Sang (2008 : 39) mentakrifkan

bimbingan dalam konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan

(35)

Ahmad (2002 : 7) mendefinisikan bimbingan sebagai satu proses yang profesional

dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui cara pendidikan.

Matlamat akhirnya ialah agar pelajar boleh membuat interpretasi untuk memahami

potensi dengan lebih jelas dan menghubungkan diri mengikut nilai-nilai sosial di

mana individu itu berada.

Secara ringkasnya bimbingan bermaksud satu proses pendidikan yang

tersusun dan sistematik untuk memberi pertolongan positif kepada seseseorang

individu memahami diri. Menggunakan potensi dan peluang pendidikan yang ada

secar bijak untuk memajukan dirinya serta memperkembangkannya dengan lebih

berkesan (Ibrahim Ahmad, 2002 : 7-8)

Manakala murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang

menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial.

Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh murid dapat dikategorikan ke dalam

dua kategori utama iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Proses

bimbingan yang berjalan akan memberi panduan atau nasihat yang boleh

membantunya menyelesaikan masalah tertentu (Mok Soon Sang, 2011:194)

2.3.2 Kaunseling

Kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitu counselling diertikan sebagai

advice or consultation. Ia didefinisikan sebagai satu proses teratur yg melibatkan

perbincangan yg rapi tentang masalah yg dihadapi oleh seseorang dan usaha

mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat (Kamus Dewan

(36)

Kaunseling merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan

berdasarkan prinsip-prinsip psikologi ya ng dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar

mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan

penyesuaian yang holistik , baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan ,

kemajuan dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta

Kaunselor 1998).

Kaunseling menurut Shertzer dan Stone (1968) ialah proses interaksi yang

membolehkan individu memahami diri dan keupayaannya. Secara ringkas,

kaunseling bermaksud penasihatan atau perundingan. G.S Belkin (1981) dalam

bukunya ‘Practical Counselling in the Schools’ menyatakan bahawa bimbingan

merangkumi aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya. Manakala

kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan”

Bimbingan meliputi kaunseling iaitu kaunseling merupakan sub-elemen

dalam bimbingan. Ini kerana bimbingan meliputi semua aktiviti dan penggunaan

berbagai-bagai sumber seperti penasihatan, kaunseling, pemberian bahan maklumat,

ujian, lawatan, ujian bakat, filem dan perbincangan di bilik darjah yang akan

menolong murid membuat pilihan berhubung dengan perancangan dan objektif

pendidikan. Bimbingan lebih luas berbanding kaunseling.

2.3.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Ee Ah Meng dan rakan penulis di dalam buku mereka ‘Perkhidmatan Bimbingan

dan Kaunseling’ (2011: 6-9) menyenaraikan 10 perkhidmatan yang berkaitan

(37)

A. Inventori individu dan rekod

i. Mengendalikan semua fail bimbingan untuk setiap murid.

ii. Bertanggungjawab mengumpul dan merekod butiran-butiran berkaitan

dengan penilaian dan pentafsiran murid.

iii. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod murid.

iv. Mengawasi perangkaan dan corak kehadiran murid yang dirujuk untuk

tujuan kaunseling.

v. Memberi maklumat objektif tentang pencapaian, kemajuan dan prestasi

pembelajaran murid yang bermasalah untuk tujuan pemulihan.

vi. Menjalankan kaji selidik jika perlu atau berguna bagi membantu murid.

B. Memberi maklumat

i. Mengumpul, menyedia dan menyebarkan maklumat kerjaya dan

peluang-peluang belajar melalui risalah, poster, hari kerjaya, pameran

kerjaya dan buletin sekolah.

ii. Menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, akademik,

sosial dan peribadi.

iii. Memberi maklumat atau penerangan tentang cara mendapatkan borang

dan cara mengisi borang memohon melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

iv. Menyebarkan maklumat tentang pendidikan pencegahan dadah, dan

bahaya merokok.

v. Memberi maklumat tentang kerjaya dan pertolongan yang diperlukan

oleh guru-guru dan anggota masyarakat dari semasa ke semasa.

C. Bimbingan kelompok

i. Merancang dan menjadi penyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan

berkelompok dan penunjuk ajar atau fasilitator bagi aktiviti yang

bersifat penyuburan.

ii. Menjalankan bimbingan atau kaunseling kepada kumpulan tertentu

tentang topik yang sesuai dan bersifat penyesuaian atau pembaikan.

iii. Membantu murid meningkatkan prestasi akademik bagi mata pelajaran

(38)

D. Kaunseling

i. Kaunseling dengan murid secara individu atau kelompok yang

berkaiatan dengan pencapaian akademik yang tidak memuaskan,

kes-kes rujukan oleh guru, ibubapa atau orang lain, masalah peribadi yang

tidak mengancam keselamatan dan masalah-masalah berkaitan disiplin.

ii. Kaunseling keluarga boleh diadakan jika guru bimbingan yakin dapat

mengendalikannya atau merasakan perlu diadakan.

iii. Kaunseling tunjuk ajar iaitu guru bimbingan mengadakan kelas untuk

mengajar perkara yang berkaitan dengan pembentukan kendiri yang

positif dan cara-cara mengelak terjerumus ke kancah gejala-gejala

negatif.

E. Penempatan

i. Membantu murid menempatkan atau memilih aktiviti kokurikulum yang

sesuai berdasarkan minat, kebolehan dan kemampuan murid.

ii. Membantu menempatkan murid lepasan sekolah rendah ke sekolah

menengah atau memilih sekolah-sekolah yang bersesuaian dengan

pencapaian kurikulum dan kokurikulum.

F. Mencegah penyalahgunaan dadah dan merokok

i. Mengadakan bimbingan individu atau kumpulan untuk memupuk sikap

dan nilai membenci dadah dan tabiat merokok.

ii. Memberi bantuan atau pertolongan kepada murid yang terlibat dengan

penyalahgunaan dadah atau mernjadi perokok untuk mendpatkan

rawatan atau pemulihan.

iii. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada

Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan pejabat

Pendidikan Daerah tentang program atau aktiviti berkiatan yang telah

(39)

G. Perundingan dan rujukan

i. Membantu bekas murid sekolah dalam soal peribadi, akademik, kerjaya

dan sebagainya apabila diminta.

ii. Membantu pihak pentadbir dan kakitangan sekolah memahami program

bimbingan di sekolah dengan lebih mendalam.

iii. Membantu ibubapa atau penjaga yang berkaitan dengan kebajikan

murid.

iv. Mengadakan rundingan dari semasa ke semasa dengan kakitangan

sekolah tentang cara meningkatkan prestasi bimbingan di sekolah.

v. Merancang cara yang paling berkesan untuk mengawasi kemajuan

murid-murid bersama guru-guru lain.

vi. Mengadakan prosedur-prosedur tertentu dalam merujuk kes-kes yang

rumit kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar

psikiatri, pegawai kebajikan dan sebagainya.

H. Penyelarasan sumber

i. Menjadi penyelaras aktiviti atau program yang berhubung dengan

kebajikan murid-murid antara sekolah dengan agensi-agensi lain atau

yang melibatkan orang kenamaan setempat.

ii. Menjadi sumber rujukan bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum.

iii. Menjadi perancang dan penyelaras dalam usaha memperkenalkan

aktiviti atau program bimbingan kepada agensi-agensi dan masyarakat

setempat.

I. Perbincangan dengan ibubapa

i. Menjalinkan hubungan baik dan bekerjasama dengan ibubapa atau

penjaga murid serta masyarakat setempat bagi tujuan mengawasi aspek

akademik dan sahsiah.

ii. Menghubungi keluarga atau penjaga apabila kemajuan murid tidak

memuaskan.

iii. Menjadi penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibubapa

(40)

iv. Mengadakan kaunseling keluarga jika terdapat masalah yang dihadapi

oleh murid berpunca daripada keluarganya.

J. Penilaian

i. Membuat penilaian tentang program bimbingan di sekolah dengan

tujuan membaikinya atau mempertingkatkan keberkesanannya dari

aspek pencapaian objektif yang dirancang.

ii. Membuat penilaian terhadap modul atau model bimbingan sebelum

dilaksanakan dalam program sekolah.

iii. Mewujudkan program kaunselor Tunas Pembimbing atau Pembimbing

Rakan Sebaya (PRS) dan merancang program yang sesuai dengan tahap

pemikiran dan kebolehan murid di sekolah tersebut.

2.4 Bimbingan dan Kaunseling Menurut Perspektif Islam

Manusia menurut Islam terbahagi kepada dua unsur iaitu fizikal (jasmani) dan

spiritual iaitu roh, nafsu dan akal. Sehubungan dengan itu, kesihatan dan

pemeliharaan kedua-duanya adalah penting bagi berfungsi sebagai manusia dan

hamba Allah yang sebaiknya.

Ujian dan dugaan adalah sunnatullah atau sesuatu ketetapan yang

ditimpakan oleh Allah bagi semua hambanya sebagai bagi memberi latihan dan

meningkatkan darjat. Ayat al-Quran dalam Surah al-Balad (90) ayat 4 menerangkan

(41)





“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia berada

dalamsusah payah”

Maka petunjuk Allah dan risalah Nabawi jugalah memberikan jawapan

bagi menghadapi ujian dan permasalahan yang berlaku. Surah al-Isra’ (17) ayat 9 :













“Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang

lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin

yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang

besar”

Surah Yunus (10) ayat 57 :

















“Hai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari

Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam

dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman”

Surah Fussilat (41) ayat 44 :

...













“Katakanlah: Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi

(42)

mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi

mereka. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang

jauh".

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa jalan dan petunjuk Allah adalah cara

terbaik dalam penyelesaian masalah iaitu Allah selaku tempat kembali

segala-galanya dan Maha Penyelesai segala masalah. Metode kaunseling dalam Islam

hendaklah secara lebut dan hikmah sepertimana ayat al-Quran dalam Surah an-Nahl

(16) : 125.









“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat

yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya

Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari

jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat

petunjuk”

Sebahagian pentafsir menafsirkan “nasihat yang baik” ialah kata-kata yang

menusuk ke dalam hati dengan halus mendalam, masuk ke dalam perasaan jiwa

dengan lembut dan bukannya menengking atau herdik ataupun celaan serta tidak

mendedahkan keaiban yang dilakukan. Ini disebabkan kelembutan dalam memberi

nasihat dan kaunseling dapat memberi petunjuk kepada hati yang keras dan

memberikan kesan yang lebih baik.

Maksud “bantahlah mereka dengan cara yang baik” ialah menggunakan

sebaik-baik cara perbincangan agar tidak disalahtanggap sebagai menyerang

(43)

dalil dengan cara yang mudah diterima oleh klien. Wan Hussain Azmi Abdul Kadir

di dalam bukunya ‘Kaunseling dan Psikologi Menurut Islam’ (1994: 44-45)

menyatakan tiga metode hikmah ialah :

Pertama : Hikmah berhubung dengan sifat kaunselor

i.Bersifat benar, amanah, menyampaikan dan kebijaksanaan (sifat nabi).

ii.Keadilan iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

iii.Sabar.

iv.Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas.

Kedua : Hikmah berhubung dengan isi kandungan kaunseling

i.Bersumberkan al-Quran dan Hadith.

ii.Segala perkataan dan kaunseling hendaklah berdasarkan hak atau

kebenaran.

iii.Dalil yang tepat bagi menerangkan kebenaran dan menghilangkan

keraguan.

Ketiga : Hikmah berhubung dengan alat dan strategi kaunseling

i.Pencegahan dan memalingkan dari kerosakan (keburukan).

ii.Sesuatu yang digunakan betul-betul sesuai dengan tempat dan masa.

Malah pokok dan ubat segala penyakit hati samada gelisah, takut, bimbang

kemiskinan atau rezeki yang sedikit adalah dengan “Iman kepada Allah”. Ini kerana

Allah menyatakan dengan jelas bahawa Allah jualah yang akan membuka

penyelesaian masalah dan memberikan ketenangan hati kepda mereka yang beriman

(44)

Surah al-An’am (6) : 82











“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka

dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan

mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk”

Surah al-Ra’d (13) : 28





“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan

mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati

menjadi tenteram”

Surah al-Taghabun (64) : 11









“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan

izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia

(Allah) akan memberi petunjuk kepada hatinya. dan Allah Maha

(45)

Surah al-Ahqaf (46) : 13









“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah

Allah", Kemudian mereka tetap istiqamah. Maka tidak ada kebimbangan

terhadap mereka dan mereka tiada akan berdukacita”

Keputusan dan pemilihan oleh klien berdasarkan kaunseling Islam hendaklah

berdasarkan sumber al-Quran, hadith, dan ijmak ulama. Maka seseorang kaunselor

perlulah memberikan nasihat, bimbingan, bantuan atau pertolongan agar klien

mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Justeru itu, seseorang kaunselor

haruslah memiliki latar belakang dalam bidang kaunseling dan agama, pengalaman

yang luas dan sifat yang sesuai sebagai seorang kaunselor. Ini kerana kaunselor

diadikan tempat rujukan dan contoh tauladan bagi klien.

2.5 Kajian-Kajian Lepas Berkaitan

(46)

2.5.1.1 Perspektif Pelajar

Kajian Ang Huat Bing (1985) dalam Sapora Sipon (2002: 4) ke atas 144 orang

pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 serta 10 orang guru mendapati 65 % klien menganggap

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat penting sebaliknya 25 % tidak

bersetuju dengan kewujudan perkhidmatan bimbingan dan kauseling.

Kajian Nordin Mohd Noor (1986) dalam Sapora Sipon (2002: 4) ke atas 140

orang pelajar mengenai peranan kaunseling dalam menghadapi disiplin bagi

sekolah-sekolah di Seremban mendapati majoriti responden (95.72 %) bersikap

positif terhadap peranan kaunseling dalam mendisiplinkan pelajar.

Namun kajian Lim Hoang Hoang (1981) dalam Sapora Sipon (2002: 4)

mendapati 63.3 % murid hanya rela bekerjasama dengan kaunselor jika dirujuk oleh

pihak pentadbir atau dalam kata lain enggan menerima secara sukarela.

Sapora Sipon (2002: 5) mendapati dari sejumlah 100 orang pelajar tingkatan

4, hanya 22 % sahaja responden yang pernah menemui kaunselor atau mengikuti

sesi bimbingan dan kaunseling. Malah didapati 10 punca utama responden enggan

mengikuti sesi bimbingan dan kaunseling di mana dibawah ini dinyatakan lima

daripadanya ialah :

1. Tidak ada keperluan untuk menerima bantuan dan boleh berdikari.

2. Keadaan fizikal bilik kaunseling tidak selesa untuk berkomunikasi

secara sulit.

3. Persepsi pelajar terhadap kaunselor adalah negatif.

4. Pelajar-pelajar kurang pengetahuan mengenai perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling yang ditawarkan di sekolah.

(47)

Vimala Devi dalam Wan Marzuki et al (2012: 50) mendapati pelajar

sekolah enggan mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

kerana perasaan tidak memerlukan bantuan, kurang pengetahuan tentang

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rasa bimbang guru kaunselor akan

mendedahkan masalah mereka, tidak selesa berbincang dengan kaunselor

berbanding rakan sebaya.

Kajian oleh Sidek Mohd Noh et al (2005) dalam Wan Marzuki et al (2012:

62) terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah di

Semenanjung Malaysia mendapati 96.6 % responden pernah mendengar

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling manakala 92.7 % pula tahu mengenai

peranan bimbingan dan kaunseling. Walaupun jumlah di atas amat positif namun

hanya 32.4 % pernah menggunakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Vimala Devi, Sapora Sipon, Sidek, Lim Hoang Hoang dan Zubaidah Abdul

Karim ini menunjukkan bahawa para pelajar bersikap negatif dalam mendapatkan

khidmat bimbingan dan kaunseling bagi diri mereka.

Dapatan ini bercanggah dengan kajian oleh Bahmah a/p Gopal dan Wan

Marzuki Wan Jaafar terhadap 300 pelajar tingkatan empat di 20 buah

sekolah-sekolah menengah Seremban mendapati 53.7 % mendapatkan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling secara sukarela berbanding 29.7 % secara rujukan oleh

guru. Kajian ini menujukkan bahawa para pelajar berminat mendapatkan

perkhidmatan secara sukarela.

Selain itu dapatan kajian ini mendapati min tertinggi iaitu 4.11 dicapai

terhadap pandangan pelajar bahawa keadaan bilik bimbingan dan kaunseling yang

bersih dan selesa memberi dorongan bagi pelajar berkunjung dan mendapatkan

(48)

Penilaian yang diberikan oleh responden terhadap bilik bimbingan dan

kaunseling di sekolah masing-masing mendapati 75.3 % berasa selesa dengan

keadaan bilik bimbingan dan kaunseling sekolah. Malah 76.7 % bilik bimbingan dan

kaunseling dilengkapi dengan maklumat (buku, info, pamplet dan lain-lain) yang

mencukupi untuk memilih program pengajian yang sesuai selepas Sijil Pelajaran

Malaysia (Wan Marzuki Wan Jaafar, 2012: 55).

Kajian Mohamed Sharif Mustaffa (2005: 12) pula menunjukkan pelajar

perempuan mempunyai persepsi lebih positif ke atas perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling kerana perkhidmatan tersebut boleh memberi bimbingan akademik,

kerjaya, pemilihan aliran, teknik belajar dan pengurusan masa. Dapatan ini adalah

selari dengan dapatan penyelidikan Kolenthei (1988), Aluede (2002), Ang Huat Bin

(1985), Mohd Sodder (1985) dan Wan Mohd Khair (1986).

2.5.1.2 Perspektif Guru

Kajian oleh Suradi Salim (1991: 95) terhadap persepsi guru-guru terhadap

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pula mendapati hanya 45.7 % guru-guru

memberikan pandangan positif berbanding 75 % di kalangan pentadbir. Ini

menunjukkan guru-guru gagal memahami konsep, peranan dan tugas sebenar

bimbingan dan kaunseling. Jurang perbezaan ini mungkin disebabkan para

pentadbir memiliki akses yang lebih akan tanggungjawab dan fungsi perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling melalui kursus dan seminar yang mereka ikuti.

Ia bercanggah dengan dapatan kajian oleh Zoyah Nordin (1989) terhadap

tanggapan pentadbir dan guru terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di

sekolah-sekolah menengah di Selangor yang mendapati tanggapan yang positif

(49)

Kajian Shahrul Alam (2005: 42-45) terhadap 50 orang guru mendapati tidak

terdapat perbezaan persepsi antara jantina guru (t= -.467, p>0.005) dan perbezaan

taraf akademik di kalangan guru terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Namun perbezaan taraf perkahwinan menyaksikan perbezaan persepsi yang

menunjukkan guru yang berkahwin cenderung menilai positif berbanding guru

belum berkahwin (t=-.141, p<0.05)

Morazuki Hashim (1981) mendapati 78.8 % guru memberikan persepsi yang

rendah terhadap bimbingan dan kaunseling dengan kekurangan publisiti sebagai

faktor utama. Dapatan kedua pula ialah 37.1 % guru tidak pernah terlibat dan

enggan terlibat dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling. Dapatan ketiga pula ialah

31.8% sahaja guru pernah merujukkan murid kepada Guru Bimbingan dan

Kaunseling. Kesimpulan kajian ini ialah, persepsi guru mengenai permasalahan

disiplin dan tingkahlaku adalah di bawah kendalian Guru Disiplin dan tidak

memerlukan penglibatan guru kaunselor.

Devikamani Menon (1983) mendapati guru-guru bersikap cemburu terhadap

guru kaunselor yang memiliki waktu mengajar yang sedikit dan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling hanya perlu sebagai langkah terakhir apabila situasi

pelajar bermasalah tidak dapat dikawal.

2.5.1.3 Keperluan dan Latihan

Kajian oleh James V.Loser dan Thomas P.Nicholas (1973) dalam Arthur P.Llyod

(1988) terhadap guru bimbingan dan kaunseling di 51 buah sekolah menengah di

Malaysia mendapati enam masalah utama dalam mengendalikan bimbingan dan

(50)

1. Kekurangan masa menjalankan tugas bimbingan dan kaunseling (59%)

2. Sikap pelajar yang negatif (59 %)

3. Keperluan maklumat kerjaya dikemaskini (55 %)

4. Keperluan latihan bimbingan dan kaunseling (49 %)

5. Ketiadaan bilik khas bimbingan dan kaunseling (12 %)

6. Kekurangan dana bagi aktiviti bimbingan dan kaunseling (2 %)

Kesimpulan yang dapat dibuat dari kajian di atas mengenai keperluan bagi

melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti berikut : 1) Ruang

masa tanpa beban kerja tidak berkaitan 2) Latihan khusus 3)Bilik khas atau bilik

kaunseling 4) Dana khusus aktiviti.

Ini disokong dan dipersetujui dengan dapatan kajian oleh Devikamani

Menon (1983:85) terhadap guru bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah

menegah Wilayah Persekutuan yang menyatakan masalah kekurangan masa,

ketiadaan ruang atau bilik bimbingan dan kaunseling, masalah kewangan (dana) dan

masalah kekurangan latihan khusus merupakan masalah paling utama yang

menjejaskan kualiti perkhidmatan yang mereka sediakan.

Malah ia diperkuatkan lagi dengan kajian oleh Loser dan Nichols (1975)

yang menyenaraikan masalah guru-guru bimbingan dan kaunseling mengikut urutan

keutamaan adalah seperti berikut : 1)Kekurangan masa mengendalikan bimbingan

dan kaunseling 2)Kekurangan latihan dalam mengendalikan bimbingan dan

kaunseling.

Kajian oleh Suradi Salim (1991: 92) terhadap ruang masa dan beban

mengajar Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di 814 buah sekolah menengah di

seluruh Malaysia mendapati purata masa mengajar guru GBK ialah 19 masa (jam).

Hanya 1.4 % sahaja tidak memiliki masa mengajar iaitu boleh mengendalikan

(51)

Masalah kekangan masa bagi mengendalikan bimbingan dan kaunseling

sebanyak 58.9 % ekoran beban mengajar dan tugas selain mengajar. Kekurangan

latihan dan kemahiran mengendalikan bimbingan dan kaunseling sebanyak 30.7 %

Manakala 13.4 % adalah persepsi negatif guru-guru terhadap bimbingan dan

kaunseling (Suradi Salim, 1991: 96).

Kajian oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (1971) dalam dalam

Suradi Salim (1994: 83) bagi menilai keberkesanan program “UNICEF Aid

Programs” iaitu kursus dalam cuti (KDC) selama 2 minggu mendapati lebih 1000

orang guru yang menerima latihan ini masih belum dapat melaksanakan

pe

Referensi

Dokumen terkait

Skor rerata persepsi terhadap profesionalisme mengajar pada guru SMA Muhammadiyah 1 Sragen sebesar 105,500 dan guru SMA Negeri 1 Sragen 119,867, yang disimpulkan bahwa

terdapat pengaruh kompetensi pedagogik guru Pendidikan Agama Islam (PAI) dalam mengajar Al-Qur’an terhadap ketartilan membaca Al-Qur’an siswa yaitu dengan kategori

Oleh itu, kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru mengenai penggunaan gajet dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mengenal pasti persepsi guru

Kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk mengkaji persepsi guru-guru yang berpengalaman terhadap perkembangan profesionalisme mereka di dalam amalan pengajaran

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru- guru Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap literasi pentaksiran dalam melaksanakan

Kompetensi pedagogik berkaitan dengan kemampuan guru dalam mendidik dan mengajar, kompetensi profesional berkaitan dengan penguasaan guru pada bidang ilmu yang

Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau tahap kesediaan guru-guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup SPH (UTM) untuk mengajar Kemahiran

Berdasarkan analisis dapatan kajian, didapati penggunaan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar penulisan karangan bukan bahan yang popular dalam kalangan guru Bahasa