• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fasal-fasal yang dipinda

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Fasal-fasal yang dipinda"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Copyright 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

10

8 September 2014

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut telah dimasukkan ke dalam Terma & Syarat Kad Kredit MasterCard Klasik, VISA Klasik, MasterCard Emas, VISA Emas, MasterCard Touch „n Go Emas, MasterCard Touch „n Go Klasik dan BHPetrol „Touch & Fuel‟ MasterCard Paypass AFFINBANK dan akan berkuatkuasa dalam masa 21 hari dari tarikh notis ini:

Clauses New / Revised Clauses

PERJANJIAN AHLI KAD Ahli Kad dengan tidak boleh dibatalkan dan tanpa syarat, bersetuju terhadap

terma-terma dan syarat-syarat berikut sebagai balasan di atas persetujuan Affin Bank Berhad (25046-T) (selepas ini dirujuk sebagai 'pihak Bank') untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Bank kepada

Ahli Kad (Ahli Kad hendaklah bermaksud pemegang kad AFFINBANK

MasterCard Klasik, VISA Klasik,MasterCard Emas, VISA Emas, MasterCard Touch „n Go Emas, MasterCard Touch „n Go Klasik dan BHPetrol „Touch &

Fuel' MasterCard PayPass atau apa-apa Kad lain yang dikeluarkan oleh pihak

Bank pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa ). Adalah penting bagi Ahli

Kad untuk membaca dengan teliti dan memahami terma dan syarat di bawah sebelum menggunakan Kad.

1. TAKRIF 1.1. "Kad" hendaklah bermaksud AFFINBANK MasterCard Klasik, VISA Klasik,

MasterCard Emas, VISA Emas, MasterCard Touch „n Go Emas, MasterCard

Touch „n Go Klasik dan BHPetrol „Touch & Fuel' MasterCard PayPass yang

dikeluarkan oleh pihak Bank.

2. PENERIMAAN KAD 2.1. Kad dibataskan kepada sesiapa yang mana Kad diisukan kepadanya ("Ahli

Kad") dan Ahli Kad hendaklah menandatangani Kad dengan serta-merta sebaik sahaja menerima Kad tersebut.

2.2. Ahli Kad hendaklah mengaktifkan Kad dengan menelefon pihak Bank bagi

tujuan menguatkuasakan transaksi Kad.

2.5. Sekiranya Ahli Kad tidak mahu terikat kepada terma dan syarat ini, Ahli Kad

hendaklah memotong Kad kepada dua dengan melintasi jalur magnetik dan cip untuk memastikan ianya telah dirosakkan sepenuhnya dan serta-merta menghantar kembali kepada pihak Bank , dengan satu notis bertulis bahawa Kad telah dikembalikan bagi pembatalan dilakukan. Meskipun dengan pembatalan Kad, Ahli Kad masih bertangungjawab ke atas segala obligasi yang mungkin timbul berikutan daripada pembatalan dan juga segala dan kesemua pelanggaran perjanjian kebelakangan.Yuran tahunan dan cukai perkhidmatan atau sebahagian daripadanya tidak akan dikembalikan kepada Ahli Kad.

3. KEMUDAHAN KAD 3.1. Kad tersebut dikeluarkan bagi tujuan penggunaan yang berkaitan dengan

kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak Bank dari masa ke semasa mengikut budibicara mutlak pihak Bank yang termasuk tetapi tidak terbatas kepada yang berikut:

a. Pembayaran untuk mana-mana pembelian barang-barang dan/atau

perkhidmatan dari Saudagar Berkuasa, yang mana pembayaran tersebut

boleh dicajkan kepada akaun Ahli Kad.

b. Pendahuluan Tunai daripada mana-mana Saluran Tunai Dibenarkan

dan/ atau Mesin Pengeluaran Tunai (ATM).

c. Mana-mana transaksi ATM yang dikuatkuasakan melalui lain-lain akaun

Ahli Kad.

d. Kemudahan-kemudahan yang lain, tertakluk kepada pra-perjanjian

(2)

Copyright 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

11

4. PENGGUNAAN KAD 4.1. a. Ahli Kad dikehendaki menurunkan tandatangan di atas Resit

Transaksi yang disediakan oleh Saudagar Berkuasa untuk menguatkuasakan sesuatu pembelian kredit melalui penggunaan Kad.

b. Ahli Kad dikehendaki menurunkan tandatangan ke atas Deraf

Pendahuluan Tunai untuk menguatkuasakan sesuatu Pendahuluan Tunai. Deraf Pendahuluan Tunai tersebut akan disifatkan oleh pihak Bank sebagai betul dan dianggap sebagai Transaksi Kad yang telah dibenarkan.

c. Ahli Kad dikehendaki menggunakan PIN untuk mendapat akses

kepada Akaun Kadnya bagi menguatkuasakan Pendahuluan Tunai melalui ATM. Dokumentasi yang dirakamkan ekoran daripada penggunaan PIN oleh Ahli Kad bagi tujuan memperolehi Pendahuluan Tunai daripada ATM akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang digunakan secara berpatutan.

4.4. Ahli Kad hendaklah mematuhi segala keperluan, arahan, suruhan dan

garis panduan tentang penggunaan Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank dari masa ke semasa yang berkait dengan segala kemudahan dan perkhidmatan kredit dan perbankan yang diberikan kepada Ahli Kad.

4.5. a. Pihak Bank adalah berhak untuk menganggap rekod transaksinya

melalui penggunaan Kad, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dilakukan melalui pesanan mel atau telefon sebagai bukti hutang, yang ditanggung secara sah oleh Ahli Kad untuk Akaun Ahli Kad;

b. Ahli Kad bersetuju bahawa rekod bagi mana-mana transaksi yang

dilakukan dengan menggunakan Kad adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad untuk segala tujuan; dan

c. Ahli Kad hendaklah menanggung liabiliti untuk segala caj dan

pendahuluan walau apa sekalipun yang timbul daripada segala transaksi sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan, yang dilakukan menggunakan Kad.

4.6. Walau apa pun yang terkandung dalam Fasal 4.1 di atas, pembelian juga

boleh dilakukan dengan memberikan Saudagar Berkuasa Nombor Kad bersama butir-butir lain seperti yang tercatat pada Kad dan tanpa keperluan tandatangan Ahli Kad seperti dalam kes pembelian yang dibuat melalui Dagangan Elektronik, Pesanan Mel, Pesanan Telefon dan di Terminal Tempat Jualan khusus, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi di stesen minyak dan/atau melalui cara lain yang mungkin diperkenalkan/dilaksanakan dari masa ke semasa.

6. TANGGUNGJAWAB 6.1. Kad adalah kekal sebagai harta pihak Bank pada setiap masa dan Ahli Kad

tidak boleh memindahmilikkan atau sebaliknya melepaskan kawalan atau pegangan Kad bagi sebarang penggunaan atau tujuan yang tidak dibenarkan oleh pihak Bank.

(3)

Copyright 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

12

6.2. Sekiranya Kad tersebut hilang dan/atau dicuri ataupun PIN telah terdedah

kepada sesiapa yang tidak mempunyai kuasa, Ahli Kad hendaklah dengan serta-merta, memberitahu pihak Bank melalui telefon, telegram, teleks, faksimili ataupun melalui pemberitahuan secara bertulis yang disertai

dengan laporan polis. Pihak Bank atas bidang kuasanya boleh

memutuskan bahawasanya tanggungan Ahli Kad adalah terhad kepada RM250 bagi caj yang dilakukan sebelum laporan kehilangan atau kecurian Kad sekiranya Ahli Kad telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi Kad tersebut dan melaporkan kehilangan atau kecurian Kad serta merta dengan syarat Ahli Kad tidak melakukan penipuan berkenaan dengan hilang atau kecurian kad kredit.

6.8. Ahli Kad hendaklah memulangkan Kad yang dipotong kepada dua dengan

melintasi jalur magnetik dan cip kepada pihak Bank dengan serta-merta sebaik sahaja tamat tempoh, atau sekiranya berlaku pembatalan,

pemansuhan atau penggantungan (yakni dituntut oleh pihak Bank)

ataupun sebaik sahaja Kad ditemui selepas pemberitahuan mengenai kehilangannya dibuat dan Ahli Kad dengan ini hendaklah tidak mempunyai hak lanjutan untuk menggunakan Kad tersebut.

6.12. Aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang - Ahli Kad tidak dibenarkan

menggunakan Kad beliau untuk apa-apa aktiviti yang menyalahi

undang-undang seperti pertaruhan di dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut

budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu

yang mencukupi, memutuskan untuk tidak memperbaharui,

membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan /atau Kad Tambahan

sekiranya Ahli Kad didapati telah menggunakan Kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang.

7. KAD TAMBAHAN 7.1. Pihak Bank hendaklah mengeluarkan Kad Ahli Tambahan kepada ahli

keluarga terdekat Ahli Kad sahaja, yakni ibubapa, isteri atau

suami,anak-anak dan adik-beradik Ahli Kad.

7.6. Aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang - Ahli Kad tidak dibenarkan

menggunakan Kad beliau untuk apa-apa aktiviti yang menyalahi

undang-undang seperti pertaruhan di dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut

budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu

yang mencukupi, memutuskan untuk tidak memperbaharui,

membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan /atau Kad Tambahan

sekiranya Ahli Kad didapati telah menggunakan Kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang.

8. AKAUN KAD 8.4. Atas penerimaan notis bertulis tersebut yang diberikan oleh Ahli Kad

dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Bank akan meneliti Akaun Kad Ahli Kad untuk membuat penyelarasan dan pembetulan yang perlu, jika ada. Operasi fasal ini, tidak boleh dengan apa-apa cara menjejaskan kewajipan Ahli Kad di Fasal 10. Dengan syarat bahawa sebarang wang yang perlu dibayar kepada atau diterima daripada Ahli Kad hendaklah dikreditkan atau didebitkan ke dalam Akaun Kad Ahli Kad.

9. KEMUDAHAN

KREDIT

9.2. Sekiranya Ahli Kad memiliki dua atau lebih Akaun Kad dengan pihak Bank,

satu Had Kredit bergabung akan diperuntukkan kepada Ahli Kad, yang mewakili Had Kredit keseluruhan yang diberikan untuk meliputi penggunaan semua Kad yang dipegang oleh Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahannya, jika ada.

(4)

Copyright 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

13

9.3. Ahli Kad tidak dibenarkan melebihi Had Kredit tersebut tanpa kebenaran

bertulis pihak Bank diperolehi terlebih dahulu dan dengan serta-merta membayar balik pihak Bank sebaik sahaja Penyata bulanan diterima

dan/atau notis lain yang diberikan oleh pihak Bank menunjukkan lebihan tersebut, mengikut Fasal 10.1 (b) (ii).

11. TEMPOH BEBAS FAEDAH UNTUK TRANSAKSI RUNCIT

11.2. "Tempoh Bebas Faedah" merujuk kepada tempoh 20 hari dari Tarikh

Penyata dengan syarat tiada jumlah yang belum berbayar di dalam Akaun

Kad Ahli.

13. PEMINDAHAN BAKI 13.2. Amaun maksimum akan ditetapkan mengikut budibicara pihak Bank,

dimana ianya tidak boleh melebihi Had Kredit Akaun Kad Ahli yang masih ada. Bagi tujuan terma dan syarat ini, “baki kredit yang masih ada” adalah merujuk kepada baki kredit Akaun Kad Ahli dengan pihak Bank yang masih ada atau baki Had Kredit yang digabungkan sekiranya beliau mempunyai lebih dari satu Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank.

14. AFFIN BONUS 14.1 Bonus akan tertera di dalam Penyata KadAhli Kad.

16. KESILAPAN/PERTIKAIAN DAN PEMBERITAHUAN

16.2. Penyata Ahli Kad tidak akan dihantar sekiranya akaun tersebut tidak

mempunyai baki atau tiada transaksi dari Tarikh Penyata sebelumnya.

16.5. Ahli Kad hendaklah membuat pemberitahuan dengan segera sebaik sahaja

menerima surat atau penyata kad daripada pihak Bank secara terus kepada: AFFIN BANK BERHAD

Jabatan Perniagaan Kad

301 Blok C, Tingkat 3 Menara Glomac Kelana Business Centre 97 Jalan SS7/2 47301 Kelana Jaya, Selangor

Tel: 03-5522 3000 Faksimili: 03-7804 0750

E-mel: cardservices@affinbank.com.my

Atau membuat laporan dengan melengkapkan borang aduan pelanggan di

mana-mana Cawangan Bank yang berdekatan atau e-mel ke

yourvoice@affinbank.com.my atau hubungi AFFINBANK Careline di nombor 1 800 88 3883.

Jika masalah atau aduan anda masih juga tidak selesai dalam jangka masa yang dijanjikan, anda boleh bertindak menyampaikan kepada pihak-pihak ini:

Hubungi BNMTELELINK di 1-300-88-5465, (9.00 pagi-5.00 petang, Isnin-Jumaat).

Datang atau menulis kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan

BNMLINK,Tingkat Bawah, Blok D, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur.

E-mel kepada BNMTELELINK di bnmtelelink@bnm.gov.my.

Hubungi Biro Pengantaraan Kewangan di 03-2272 2811.

Hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di 1 800 88 2575 bagi perkhidmatan pengurusan wang, kaunseling kredit dan pengurusan semula hutang secara percuma bagi individu.

(5)

Copyright 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

14

18. HAK-HAK PIHAK YANG TERLIBAT

18.1. Pihak Bank mempunyai hak:

a. Untuk menyekat atau menghad atau menolak kredit Ahli Kad dan

menahan kredit (mengikut budi bicara mutlak pihak Bank dan tanpa notis atau sebab).

b. Pihak Bank berhak untuk melakukan semakan kredit ke atas Ahli Kad

dengan pihak-pihak luaran termasuk tetapi tidak terhad kepada CCRIS dan mana-mana agensi-agensi kredit lain pada bila-bila masa dan apabila ia dianggap sesuai dengan notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad melainkan Ahli Kad membantah dengan menulis kepada pihak Bank.

19. TRANSAKSI SEBERANG

LAUT 19.4. Ahli Kad juga perlu membayar kos pentadbiran pada kadar 1% atau pada kadar tertentu yang akan ditentukan oleh pihak Bank untuk pertukaran transaksi yang dibuat dalam mata wang asing.

20. PENAMATAN 20.1. Walau apa pun peruntukan yang bertentangan yang ditetapkan di dalam

Perjanjian ini, pihak Bank boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi memutuskan untuk tidak

memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau

menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan mana-mana Kad Tambahan di bawah Akaun Kadnya, di mana segala wang yang terhutang kepada pihak Bank di bawah akaun Kadnya akan menjadi matang dan mesti dibayar sepenuhnya sekiranya terjadi kejadian yang berikut atau mana-mana satu daripadanya:

a. Kegagalan Ahli Kad untuk melaksanakan dan/atau mematuhi mana

Terma-terma dan Syarat-syarat di sini; atau

b. Hak Ahli Kad untuk menggunakan Kad digantung, ditamatkan atau

ditarik balik; atau

c. Ahli Kad meninggal dunia atau tidak solven, melakukan kegiatan yang

menjurus kepada kemuflisan, atau di dalam kes-kes di mana Ahli Kad merupakan sebuah syarikat, sebuah petisyen untuk penggulungannya telah diserahkan atau pun sebuah resolusi untuk penggulungan sengajanya telah diluluskan; atau

d. Ahli Kad gagal membayar mana-mana keterhutangan yang terhutang

kepada pihak Bank bila kena dibayar; atau

e. Sekiranya pada pandangan pihak Bank, kemudahan kredit Ahli Kad

dengan pihak Bank (termasuklah mana-mana akaun Ahli Kad yang boleh wujud dengan pihak Bank atau mana-mana institusi lain) adalah atau telah tidak dioperasi secara puas hati dan/atau sekiranya Ahli Kad melakukan atau mengugut untuk melakukan pengingkaran terhadap mana-mana fasal, terma mana-mana perjanjian, atau dokumen-dokumen sekuriti atau kedua-duanya (mengikut mana yang berkenaan), berkaitan dengan akaun-akaun yang lain atau kemudahan pinjaman yang diberi oleh pihak Bank atau mana-mana institusi lain kepada Ahli Kad atau mana-mana pihak lain yang mana Ahli Kad merupakan penjamin, penggadai atau penyerah hak; atau

f. Sebarang arahan untuk pelaksanaan, writ penahanan, garnishmen atau

mana-mana prosiding undang-undang yang dikeluarkan terhadap Ahli Kad; atau

g. Sesuatu peristiwa telah berlaku atau sesuatu situasi wujud yang mana

mengikut budi bicara tunggal dan mutlak pihak Bank:

i. Memudaratkan keupayaan Ahli Kad untuk melaksanakan

tanggungjawabnya di sini; atau

ii. Memudaratkan pembayaran balik kemudahan kredit atau

Pembayaran Balik Minimum Yang Kena Dibayar.

(6)

Copyright 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

15

20.2 Sebaik selepas pembatalan Kad atau selepas pemansuhan, penggantungan

atau penyekatan hak Ahli Kad atau Ahli Kad Tambahan untuk menggunakan Kad tersebut, Ahli Kad, hendaklah, atas permintaan pihak Bank, menjelaskan Akaun Kadnya sepenuhnya atau sebahagian daripadanya seperti yang ditetapkan oleh pihak Bank.

20.3. Walau apapun peruntukan di dalam Perjanjian ini, Ahli Kad bersetuju

untuk membayar ganti rugi dan akan terus membayar ganti rugi kepada pihak Bank untuk sebarang kerugian dan kerosakan, kos dan perbelanjaan, yuran dan caj, yang mungkin ditanggung oleh pihak Bank dalam usaha untuk menguatkuasakan atau cuba untuk menguatkuasakan bayaran di bawah Fasal 10 di dalam menguatkuasakan terma-terma Perjanjian ini terhadap Ahli Kad dan/atau Ahli Kad Tambahan.

21. LAIN-LAIN 21.1. UNDANG-UNDANG

Perjanjian ini hendaklah tertakluk dan ditafsirkan menurut undang-undang semasa Malaysia. Ahli Kad bersetuju dan patuh terhadap bidang kuasa Mahkamah undang-undang di Malaysia. Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa penyampaian proses boleh dikuatkuasakan dengan mengeposnya ke Ahli Kad

dengan cara yang disebutkan di dalam Fasal 21.8.

21.4. PENGUBAHAN PERJANJIAN

Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank berhak mengubah, menambah atau

meminda terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini dengan

memberi notis 21 hari sebelum terma dan syarat baru dikuatkuasakan. Sekiranya Ahli Kad tidak bersetuju dengan perubahan, penambahan dan/atau pindaan tersebut, Ahli Kad hendaklah menyerahkan kembali Kad yang dipotong dua melintasi jalur magnetik dan cip kepada pihak Bank, jika tidak Ahli Kad dianggap telah menerima perubahan, penambahan dan/atau pindaan tersebut.

21.5. PENDEDAHAN

Ahli Kad dengan ini memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendedahkan apa jua maklumat-maklumat berkaitan dengan Akaun Kad Ahli, Ahli Kad dan

kemudahan-kemudahan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang

atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia atau sebagaimana yang pihak Bank rasakan sesuai bagi pelaksanaan kontrak itu:

a. Kepada mana-mana Saudagar, bank atau institusi kewangan,

MasterCard International atau VISA International dan mana-mana ahli institusi MasterCard International atau VISA International atau mana- mana pihak yang berminat untuk memanfaatkan penggunaan Kad tersebut.

b. Kepada mana-mana pihak berkuasa atau badan yang ditubuhkan oleh

Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang

mempunyai bidang kuasa ke atas pihak Bank, mana-mana pihak

penjamin/sekuriti dan/atau peguam yang mewakili mereka atau ejen pemungut hutang atau penyelia perkhidmatan.

c. Untuk atau berkaitan dengan mana-mana tindakan atau prosiding yang

diambil untuk mendapat kembali wang yang kena dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank.

d. Bagi maksud melaksanakan kontrak atau transaksi atau seperti yang

(7)

Copyright 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

16

21.6. NOTIS DAN KOMUNIKASI KEPADA PIHAK BANK

a. Ahli Kad dengan ini berakujanji untuk memberitahu pihak Bank dalam

bentuk bertulis dengan segera tentang mana-mana butir-butir peribadi, pertukaran alamat kediaman, nombor telefon dan/atau penggajian atau perniagaan Ahli Kad atau Ahli Kad Tambahan dan memberitahu pihak Bank tentang niatnya untuk berada di luar negara Malaysia untuk jangka masa melebihi 30 hari.

b. Sebarang penyata akaun, surat-menyurat atau notis kepada Ahli Kad

boleh dihantar melalui tangan atau dihantar melalui kiriman prabayar ke alamat Ahli Kad yang tertera di dalam borang permohonan Kad Bank atau ke mana-mana alamat lain yang diberitahu oleh Ahli Kad kepada pihak Bank dari masa ke semasa dan hendaklah dianggap telah diterima oleh Ahli Kad dalam masa 7 hari bekerja selepas kiriman dilakukan. Sebarang kegagalan oleh pihak Ahli Kad untuk memberitahu pihak Bank tentang pertukaran alamatnya yang mengakibatkan penangguhan atau pemulangan semula mana-mana penyata bulanan, surat-menyurat dan notis tidak akan menjejaskan hak pihak Bank di bawah Perjanjian ini.

c. Alamat dan nombor telefon terakhir Ahli Kad adalah alamat dan

nombor telefon Ahli Kad yang betul sekiranya tiada apa-apa pengakuan penerimaan perubahan alamat dan nombor telefon oleh pihak Bank. Bebanan adalah ke atas Ahli Kad untuk membuktikan bahawa pihak Bank telah menerima dan melaksanakan perubahan,sekiranya ada.

21.9. AGEN PEMUNGUT PIHAK KETIGA

a. Pihak Bank berhak melantik seorang agen (selepas ini disebut sebagai

"Agen") untuk memungut semua jumlah yang kena dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank di bawah Perjanjian ini.

b. Pihak Bank mempunyai hak untuk mendedahkan nombor akaun Ahli Kad

dan mana-mana maklumat berkaitan pada bila-bila masa untuk perkara-perkara berkaitan Akaun Kad untuk memungut semua atau mana-mana jumlah yang kena dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank

dengan memberi notis 7 hari kalendar terlebih dahulu kepada Ahli

Kad.

21.12. PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN

PEMBIAYAAN KEGANASAN-2001

Pihak Bank diwajibkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan / atau lain-lain undang-undang dan peraturan-peraturan untuk melaporkan transaksi tertentu kepada Bank Negara Malaysia dan / atau pihak lain yang berkaitan dan Ahli Kad dengan ini membenarkan dan bersetuju bahawa pihak Bank, pegawai dan pekerjanya tidak menanggung sebarang liabiliti untuk membuat laporan tersebut.

21.13. FASAL PRIVASI

a. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa Ahli Kad telah membaca,

memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi pihak Bank dan klausa ini, sebagaimana yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadinya. Bagi mengelakkan keraguan, Ahli Kad bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini.

(8)

Copyright 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

17

21.13 b. Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahan mengesahkan dan bersetuju

dengan terma-terma Notis Privasi di dalam laman sesawang pihak Bank.

c. Sekiranya Ahli Kad memberi maklumat peribadi dan / atau

maklumat kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan saudara mara atau tanggungan atau maklumat berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi sekuriti ( bagi syarikat), bagi tujuan pembukaan atau operasi akaun/ kemudahan dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan pihak Bank, Ahli Kad:

i. mengesahkan bahawa dia telah mendapat persetujuan mereka

dan / atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada pihak Bank bagi tujuan mengikut perjanjian ini;

ii. bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan

kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; dan

iii. bersetuju untuk mengemaskini maklumat kepada Bank secara

bertulis sekiranya berlaku apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut.

d. Dimana Ahli Kad mengarahkan pihak Bank untuk melaksanakan

sebarang bentuk transaksi merentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkaitan dengan transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat berkaitan kepada mereka yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dengan pengawal selia luar negara dan pihak berkuasa yang mempunyai kewajipannya yang sah (pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan pihak Bank atau ejen-ejennya untuk memasuki apa-apa transaksi merentas sempadan bagi pihak Ahli Kad, Ahli Kad dengan ini bersetuju pendedahan yang disebut di atas bagi pihaknya dan lain-lain yang terlibat dalam urus niaga merentas sempadan tersebut.

e. Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang

undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan / atau obligasi) berkaitan dengan Bank (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa Bank dan syarikat-syarikat lain dalam Kumpulan Affin Bank, dan peniaga dan rakan kongsi strategik Bank boleh menghubungi Ahli Kad mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang mungkin menarik minat Ahli Kad atau memberi manfaat kepada mereka dari segi kewangan.

f. Pihak Bank boleh berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui pelbagai

saluran, termasuk telefon, komputer atau surat menyurat dengan menggunakan maklumat hubungan yang telah anda berikan.

g. Ahli Kad boleh memberitahu pihak Bank pada bila-bila masa jika dia

tidak mahu menerima komunikasi pemasaran daripada pihak Bank, ahli-ahli lain di dalam Kumpulan Affin Bank dan / atau peniaga dan rakan kongsi strategik pihak Bank dengan menulis kepada Pengurus Cawangan Perkhidmatan atau Pengurus Perhubungan atau dengan menulis kepada Jabatan Perniagaan Kad:

AFFIN BANK BERHAD Jabatan Perniagaan Kad

301 Blok C, Tingkat 3 Menara Glomac Kelana Business Centre 97 Jalan SS7/2 47301 Kelana Jaya, Selangor

(9)

Copyright 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

18

21.13. h. Ahli Kad dengan ini mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti

penyata akaun dan laman sesawang Bank yang mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan lain Bank yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran / perkhidmatan dan / atau produk-produknya, operasi akaun Ahli Kad dan / atau kemudahan dengan Bank, dan / atau kos tambahan kepada Bank.

i. Pihak Bank boleh menggunakan agensi rujukan kredit untuk

membantu membuat keputusan, contohnya apabila ada keperluan untuk:

i. menyemak butiran pada permohonan kredit dan berkaitan

kredit atau lain-lain kemudahan;

ii. menguruskan kredit dan akaun atau kemudahan berkaitan

kredit, termasuk menjalankan ulasan portfolio Ahli Kad; dan / atau

iii. mendapatkan semula hutang.

j. Ahli Kad akan dihubungkan oleh agensi-agensi rujukan kredit

kepada mana-mana nama lain yang mungkin digunakan atau telah digunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Pihak Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Ahli Kad dan bagaimana pengurus beliau menguruskan akaun/ kemudahan dengan agensi-agensi rujukan kredit yang berkaitan.

k. Ahli Kad tidak boleh menahan pihak Bank untuk bertanggungjawab

ke atas mana-mana semakan kredit yang pihak Bank langgani. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab untuk mengemaskini kepada agensi laporan kredit sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam status kredit mereka seperti yang dinyatakan di dalam laporan kredit. Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya laporan kredit mereka diterbitkan tanpa sebarang kecuaian di pihak Bank.

Pihak Bank berhak untuk meminda klausa ini dari masa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dan hendaklah memberikan notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad secara bertulis dan meletakkan pindaan tersebut pada laman sesawang pihak Bank dan / atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan atau di tempat yang mudah dilihat dalam cawangan-cawangan Bank.

(10)

Copyright 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

19

22. AFFIN PROTECTOR

Mengikut Seksyen 149 (4) Akta Insurans 1996, Ahli Kad hendaklah mengemukakan semua fakta secara lengkap dan benar jika tidak sijil insurans yang dikeluarkan di bawah polisi adalah tidak sah dan terbatal. AFFIN PROTECTOR ditaja jamin oleh Arab-Malaysian Assurance Berhad.

Ahli Kad boleh membatalkan polisi dalam masa 30 hari selepas tarikh pendaftaran dan tidak akan dikenakan sebarang premium dengan syarat tiada tuntutan dibuat.

Nota:

Fasal ini telah dikeluarkan dari Terma & Syarat disebabkan penamatan faedah tersebut.

Sejajar dengan komitmen pihak Bank untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan dan faedah-faedah Ahli Kad, pihak Bank boleh menilai semula dan menyemak ciri-ciri dan faedah-faedah yang disenaraikan di dalam Perjanjian Ahli

Kad ini dari masa ke semasa dengan memberi notis

Referensi

Dokumen terkait

Dalam kaitannya dengan guna, maka Balai Kota Surakarta berfungsi (berguna) sebagai bangunan pemerintah berupa kantor sebagai fungsi utamanya dan fungsi sebagai wadah

A: Untuk harapan pemerintahan yang baru pasti kita punya harapan yang lebih baik dari pemerintahan sebelumnya, atau paling tidak tetap bisa mempertahankan perekonomian di

Karakter vegetatif aren Dalam Akel Toumuung sebagian besar memiliki keragaman rendah, sedangkan karakter generatif yang me- miliki keragaman tinggi adalah: jumlah

Limbah rumah sakit, khususnya limbah medis yang infeksius, belum dikelola dengan baik.. Sebagian besar pengelolaan limbah infeksius disamakan dengan limbah

Hal ini sejalan dengan pendapat Slameto (2003) bahwa, guru biasa mengajar dengan menggunakan metode ceramah saja. Siswa menjadi bosan, mengantuk, pasif, dan hanya

Hasil penelitian yang dilakukan oleh Muhaimin (2004), hasil penelitian menunjukkan bahwa terdapat hubungan yang positif antara kepuasan kerja dengan disiplin kerja

Atmosfer semakin penuh dengan gas-gas rumah kaca ini dan ia semakin menjadi insulator yang menahan lebih banyak pantulan panas Matahari dari Bumi.. Dampak pemanasan gelobal

Untuk menciptakan proses pembelajaran yang berkualitas tentu guru harus pandai dan cerdas dalam memilih metode pembelajaran yang relevan dengan materi yang akan