1 MEMADANKAN PERIBAHASA ( 10 MARKAH )
Arahan : Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
1.
Tabiat merokok tidak membawa sebarang faedah, malah, ia hanya membahayakan kesihatan dan membazirkan wang. Merokok boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti barah dan sakit jantung. Harga rokok juga mahal. Oleh sebab itu, semua orang harus menghindarkan diri daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah ini.2. Zali lebih selesa bersendirian. Dia tidak peramah seperti murid-murid yang lain di kelasnya. Pada hari itu, Zali membuat pembentangan di dalam kelas. Semua murid berasa terperanjat dan terpegun apabila mendengar pembentangan Zali yang padat dan jelas. Zali dapat menyampaikan kajian dengan terperinci.
3. Pak Ali telah melanggar undang-undang kerana tidak mendapatkan lesen perniagaan untuk menjual epok-epok dari rumah. Ketika didatangi oleh pegawai AVA ke rumahnya, Pak Ali cuba memberikan wang sogokan kepada pegawai itu agar dia tidak dikenakan denda. Nasib Pak Ali amat malang kerana pegawai tersebut telah melaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa.
4. Ramli telah dipilih menjadi ketua ekspedisi pendakian ke Kota Kinabalu. Dia dipilih bukan sahaja berdasarkan kesihatan fizikal dan kemantapan mentalnya, dia juga tidak mudah gelabah dan sering kelihatan tenang. Sifat inilah yang akan membantunya apabila berhadapan dengan masalah dalam pendakiannya nanti.
5. Setiap hari setelah pulang dari sekolah, Siti akan memasak dan membuat kerja rumah. Dia juga akan membantu adik-adiknya dalam pelajaran mereka. Setelah
menyelesaikan kerja sekolah, Siti akan mengulang kaji pelajarannya tanpa kenal erti jemu.
(1) diam-diam ubi (2) tumbuk rusuk
(3) bagai isi dengan kuku (4) seperti air dalam kolam (5) bagai cembul dengan tutup (6) air dicencang tiada putus
2 SOALAN JAWAPAN 1 2 3 4 5 Markah yang diperoleh
3 MENGEDIT TEKS ( 10 MARKAH )
Arahan : Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Tarikh 1 Mac 2003 merupakan detik yang meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kehidupan masyarakat setempat. Pada tanggal tersebut, (6) menyakiti Sindrom Sesak Nafas Mendadak (SARS) yang pertama di sini telah dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng. (7) Daripada situ, bermulalah penularan wabak Sars yang banyak memporak-perandakan kehidupan penduduk (8) bertempat.
SARS telah menyerang negara ini (9) semacam tiba-tiba tanpa amaran dan menjejas teruk dari segi ekonomi serta kehidupan seharian. Virus itu juga tidak mengenal rupa dan warna kulit.
Melalui wabak SARS ini, rakyat Singapura mendapat pengajaran penting betapa kehidupan kita (10) mendedahkan kepada bahaya dan kehidupan yang biasa boleh berubah dalam sekelip mata. Setelah memerangi SARS serta berkat keberanian dan kesungguhan rakyat setempat, akhirnya pada Mei 2003, Singapura diisytihar bebas SARS.
( Dipetik dan diubah suai daripada akhbar Geng Berita Harian, 6 April 2015, ms 8. )
SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh
4 KEFAHAMAN 1 : ( 16 MARKAH )
Arahan : Baca petikan yang berikut dengan teliti.
Penggunaan laman sosial melalui internet amat popular. Laman sosial seperti “Facebook”, “Instagram”, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini popular. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Singapura.
Penggunaan laman sosial seperti “Facebook” yang meluas boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna sehingga boleh mengaibkan seseorang. Ia juga melahirkan masyarakat yang lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan bukan sahaja mampu menarik minat pengguna laman sosial tetapi menyebabkan pengguna berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat.
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Singapura. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan.
5
Arahan : Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
11. ‘….untuk menyempurnakan urusan mereka ….’ (Perenggan 4). Perkataan ‘mereka’ dalam ayat ini merujuk kepada __________________________________________
___________________________________________________________________ (2 markah)
12. Perenggan ketiga menekankan bahawa ibu bapa harus _______________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________
(2 markah)
13. Pilih tajuk yang paling sesuai bagi petikan di mukasurat 5. Kemudian, bubuh tanda ( ) dalam petak yang disediakan di bawah ini bagi jawapan pilihan kamu itu. Berikan bukti untuk menunjukkan bahawa tajuk tersebut paling sesuai.
Kebaikan laman sosial
Tanggungjawab pengguna laman sosial
___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (4 markah) Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh
6
14. Berdasarkan petikan di halaman 5, nyatakan sama ada penerangan yang diberikan di bawah ini betul atau salah. Kemudian, berikan buktinya.
Penerangan Betul/Salah Bukti
Laman sosial seperti Facebook ialah wadah yang baik untuk menyebarkan berita.
Ibu bapa perlu mengawasi penggunaan laman sosial anak-anak mereka.
(4 markah)
Bagi soalan 15 dan 16, pilih perkataan dalam petikan di halaman 5 yang membawa maksud yang berikut.
15. akibat sesuatu perkara (2 markah)
___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________
16. sangat perlu atau mustahak (2 markah) ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh
7 KEFAHAMAN 3 ( 26 MARKAH )
Arahan : Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Aisyah memerhatikan abangnya, Aidil, yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Muka Aidil comot dengan contengan minyak setelah penat bekerja membetulkan pelbagai enjin kenderaan yang rosak.
“Nah,” kata Aisyah sambil menyerahkan bungkusan makanan kepada Aidil.
Aidil memandang makanan yang dibawa Aisyah. Seperti biasa, sebiji telur goreng bersalut kicap dan sebungkus nasi. Dengan wajah yang penuh kecewa, abangnya menolak pemberian itu lalu menuju semula ke bengkel.
“Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah!” rungut Aisyah.
Air mata mula berlinangan di kelopak mata Aisyah. Bersarang perasaan sedih bercampur geram di dalam hati Aisyah sebelum dia segera meninggalkan tempat itu untuk berjalan pulang.
Sejak kebelakangan ini, Aidil telah banyak berubah. Dia hanya akan bersuara jika dia bersungut atau naik angin. Dia tidak seceria dan sepenyayang seperti dahulu. Semenjak ibu mereka jatuh sakit, Aidil terpaksa bekerja di sebuah bengkel kereta yang berdekatan dengan sekolah mereka. Setiap hari, sebaik sahaja tamat sesi sekolah, Aidil akan menuju ke bengkel. Di situlah tempat dia bekerja sehingga lewat malam.
Pelbagai cara telah Aisyah cuba lakukan untuk meringankan keadaan kehidupan mereka dua beradik yang tidak menentu. Setiap hari, dia memastikan baju dan kasut sekolah abangnya terurus. Dia juga akan menguruskan kerja rumah, menjaga ibu mereka yang sakit dan memasak apa yang termampu sebelum menyelesaikan kerja sekolahnya. Wang pendapatan Aidil itu digunakan untuk membayar kos rawatan ibu mereka dan membeli barang-barang keperluan rumah.
Semenjak kematian ayah mereka, Aidil merupakan tempat Aisyah bermanja dan mengadu nasib. Sudah agak lama abangnya itu tidak menanyakan khabarnya. Aisyah amat memerlukan kasih sayang Aidil pada saat-saat seperti ini.
Aisyah memandang keadaan sekeliling rumah usang mereka. Aisyah melihat
bungkusan yang masih ada dalam genggamannya itu. Setelah berfikir, dia mengeringkan air matanya lalu menuju semula ke arah bengkel kereta.
8
Arahan : Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
17. Mengapakah muka abang Aisyah comot ?
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (2 markah ) .
18. Berikan dua sebab mengapa Aisyah menangis ?
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ( 4 markah )
19. “ ..dia mengeringkan air matanya lalu menuju semula ke arah bengkel kereta”
Terangkan sebab Aisyah berbuat demikian.
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
( 4 markah )
20. “...keadaan kehidupan mereka dua beradik yang tidak menentu” Terangkan ayat ini.
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ ( 4 markah ) Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh
9
21. Berikan dua bukti yang menunjukkan bahawa Aisyah sudah matang. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ( 4 markah )
22. Nyatakan satu sifat terpuji Aidil sebagai seorang abang. Berikan bukti yang menyokong sifat tersebut. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ( 4 markah )
23. Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut: (i) cerewet ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ( 2 markah ) (ii) usang ___________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ( 2 markah )
--- AKHIR KERTAS SOALAN --- Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh
10
Kekunci Jawapan – Kertas Bahasa Melayu Lanjutan Darjah 5 (CA1) Q1-Q5 MEMADANKAN PERIBAHASA Q1 ( 8 ) Q2 ( 1 ) Q3 ( 2 ) Q4 ( 4 ) Q5 ( 7 ) Q6-Q10 MENGEDIT TEKS Q6 pesakit Q7 Dari Q8 setempat Q9 secara/dengan Q10 terdedah Q11-Q15 KEFAHAMAN 1 Q11 Pengguna laman sosial
Q12 Bersikap aktif dalam menasihati dan mengawasi anak-anak mereka agar mereka menjadi pengguna sosial yang bertanggungjawab / mengelakkan kesan buruk akibat penyalahgunaan laman sosial
Q13 Tanggungjawab pengguna laman social
Q14 Penerangan Betul/Salah Bukti
Laman sosial seperti Facebook ialah wadah yang baik untuk menyebarkan berita.
Betul Laman sosial mudah diakses dan popular
Ibu bapa perlu mengawasi
penggunaan laman sosial anak-anak mereka.
Betul Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka menggunakan teknologi dengan baik dan tidak berlebihan.
Q15 kesan
11 Q17-Q23 KEFAHAMAN
Q17 akibat terkena contengan minyak sewaktu membetulkan pelbagai enjin kenderaan yang rosak.
Q18 ..berasa sedih kerana abangnya tidak mahu makanan itu .. berasa marah kerana abangnya tidak menerima makanan itu Q19 Aisyah berasa
sedih kerana abangnya tidak mahu makanan yang telah disediakannya
marah kerana abangnya tidak mahu menerima makanan yang dibawanya.
sangat mengasihi abangnya
Q20 Keadaan keluarga mereka tidak menentu ie mereka susah, bergantung kepada pendapatan abangnya. Kehidupan yang susah (gambaran yang menunjukkan keluarga yang susah seperti ibu yang sakit akan diterima) / tidak berbapa / membiayai perbelanjaan ubat ibu mereka
Q21 Dia memastikan baju dan kasut sekolah abangnya terurus
Dia menguruskan rumah
Dia menjaga ibu yang sakit
Dia masak sebelum membuat kerja sekolah
- Mana-mana jawapan yang sesuai boleh diterima
Q22 Sifat: bertanggungjawab. Contoh: menyara kehidupan keluarga
Atau secara semula jadi amat menyayangi Aisyah / selalu bertanyakan khabar Aisyah
- Mana-mana jawapan yang munasabah akan diterima Q23 (i) Sangat memilih