• Tidak ada hasil yang ditemukan

(3) tumbuk rusuk (4) bagai aur dengan tebing. (5) bagai cembul dengan tutup (6) seperti ikan pulang ke lubuk

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "(3) tumbuk rusuk (4) bagai aur dengan tebing. (5) bagai cembul dengan tutup (6) seperti ikan pulang ke lubuk"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) tanam budi (2) buka pintu

(3) tumbuk rusuk (4) bagai aur dengan tebing (5) bagai cembul dengan tutup (6) seperti ikan pulang ke lubuk (7) bagai lebah menghimpun madu (8) seperti pahat dengan penukul

1 Murid-murid dari Kelas Permata berasa amat yakin bahawa mereka boleh menang dalam peraduan bersyair pada tahun ini. Cikgu Neelofa telah memilih Azfar dan Shahrul untuk menyertai peraduan sekaligus mewakili kelas mereka. Ramai berpendapat mereka berdua adalah pasangan yang sesuai benar kerana kedua-duanya memang pandai bersyair.

2 Walaupun Hamdan tidak berkelulusan tinggi, dia tidak menjadikan itu satu alasan. Setiap hari, Hamdan sangat rajin mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Setiap pagi, Hamdan akan bekerja di bengkel kereta sebagai penolong mekanik. Pada petangnya pula, dia akan bekerja di sebuah restoran sebagai pelayan.

3 Pekerja-pekerja Tuan Ahmad berasa lebih tenang sekarang setelah mereka diberikan peluang untuk berunding dengan Tuan Ahmad sendiri tanpa orang perantaraan. Ini telah mengelakkan rasa curiga ataupun salah sangka antara Tuan Ahmad dengan pekerja-pekerjanya. Kini, Tuan Ahmad lebih memahami masalah pekerja-pekerjanya dan akan berusaha menyelesaikannya daripada hanya menyalahkan mereka.

4 Penduduk yang tinggal di kawasan Jurong telah mendapat pujian akhir-akhir ini. Mereka telah menunjukkan sikap saling bantu-membantu sewaktu rumah Tok Leman kebakaran. Mereka telah bersepakat untuk mengumpul dana dan membelikan barang-barang keperluan. Mereka juga telah bergotong-royong mengecat semula rumah Tok Leman yang hangus dijilat api itu. Kelakuan mereka patut dicontohi.

5 Lana telah menyesali perbuatan yang telah dilakukan dua bulan lalu. Dalam keadaan terdesak, dia telah memberikan rasuah kepada seorang pegawai polis di pusat pemeriksaan itu. Waktu itu dia tidak terfikir akan akibat perbuatannya kerana dia ingin sangat memiliki wang yang banyak. Dia terlupa akan sifat amanah yang dijunjung setiap pegawai polis dan akhirnya dia diberkas.

SOALAN JAWAPAN 1 2 3 4 5 Markah yang diperoleh

(2)

2

MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

Penyakit demam denggi sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Penyakit ini dibawa oleh (6) berjenis kuman yang dipanggil virus denggi. Virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes kecil boleh dilihat dengan mata kasar. Jika seseorang itu telah (7) dihidap demam denggi, dia akan menjadi lemah. Kadang-kadang, darah (8) telah keluar daripada hidungnya.

Untuk mengawal kuman ini daripada membiak, kita harus pastikan tidak ada bekas di mana air boleh bertakung. Pemerintah juga telah mengeluarkan undang-undang untuk mendenda penghuni jika (9) didapati tempat pembiakan telur nyamuk Aedes di kawasan kediaman mereka. Para pelajar telah diajar di sekolah tentang beberapa langkah yang perlu diambil untuk membantu (10) pembasmian penularan penyakit virus yang merbahaya ini. Diharapkan, dengan langkah-langkah yang diambil, penyakit demam denggi ini dapat dihapuskan dengan segera.

(Sumber : Jurnal Dewan Bahasa Edisi 10 Disember 2005)

SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh

(3)

3

KEFAHAMAN 1: MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

(1) Sila ambil perhatian.

(2) Orang ramai dipersilakan hadir.

(3) Jangan lepaskan peluang untuk berbelanja. (4) Rebutlah tawaran ini selagi stok masih ada.

(5) Peralatan komputer pula dijual pada paras harga yang terendah. (6) Kunjungilah gedung barangan elektronik dan peralatan rumah ini. (7) Gedung Mega Jaya akan mengadakan jualan penghabisan stok.

(8) Potongan harga sebanyak 50 peratus bagi semua jenama televisyen bijak.

Para pengunjung sekalian! (11) __________. Barangan elektronik serta peralatan rumah mesti dihabiskan. (12) __________. Tiada GST atau bayaran tersembunyi. (13) __________. Jualan ini akan diadakan di gedung tersebut pada hari Sabtu dan Ahad, 12 dan 13 Ogos 2016 dari jam 11 pagi hingga 11 malam. (14) __________. Setiap pelanggan hanya boleh membeli sebanyak lima barang setiap seorang. Barangan sangat terhad. (15) __________. Cabutan bertuah menanti pelanggan yang berbelanja melebihi tiga ratus dolar.

SOALAN JAWAPAN 11 12 13 14 15 Markah yang diperoleh

(4)

4

KEFAHAMAN 1: MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH)

Arahan: Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang mengikutinya.

Sejak akhir-akhir ini, kemalangan yang berlaku di jalan raya semakin meningkat. Kemalangan jalan raya yang sering berlaku melibatkan penunggang motosikal, basikal dan pemandu kenderaan berat seperti lori dan bas. Kemalangan ini hampir keseluruhannya telah meragut nyawa mangsa-mangsa berkenaan. Ini menyebabkan kadar kematian akibat kemalangan juga meningkat.

Lebih daripada 60 peratus kemalangan yang berlaku dikaitkan dengan sikap dan keadaan mental seseorang. Keadaan seperti ini akan mengakibatkan kelalaian ketika memandu kenderaan. Sikap sebegini tidak mencerminkan pemandu yang berhemat kerana mereka membahayakan diri mereka sendiri. Selain itu, penggguna jalan raya yang mengalami tekanan perasaan juga boleh menyebabkan terjadinya kemalangan. Akibatnya, pemandu tersebut tidak dapat menumpukan perhatian semasa memandu kenderaan dan akhirnya terlibat di dalam kemalangan.

Arahan: Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang diberikan.

16 Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah ______________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ (2 markah)

17 Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini ialah _____________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ (2 markah) Markah yang

(5)

5

KEFAHAMAN 2 (26 MARKAH)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Suasana pada pagi itu tenang dan nyaman. Pak Mat sedang meneguk secawan kopi sambil duduk termenung di balkoni rumah lima bilik mereka. Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Hasratnya ingin mencurahkan apa yang tersimpan di lubuk hatinya selama ini semakin membara. Lebih-lebih lagi sejak dia selalu sakit-sakit. Pak Mat memanggil anaknya, Hamka. Pak Mat merenung wajah anak kesayangannya itu dengan tenang.

“Bagaimana harus aku mulakan?” bisik hati kecil Pak Mat.

Dia masih ingat bagaimana Hamka menjadi anak angkatnya dua puluh tiga tahun yang lalu. Waktu itu dia dan isterinya baru sahaja selesai makan malam. Pintu rumahnya diketuk orang. Tanpa membuang masa, Pak Mat pun membuka pintu. Sepasang suami isteri yang masih muda berdiri tercegat, di hadapan muka pintu rumahnya. Seorang bayi sedang tidur dengan nyenyak dalam dakapan ibunya. Keadaan mereka sungguh menyedihkan. Terharu Pak Mat dan isterinya pada ketika itu.

Mereka ingin menyerahkan bayi mereka kepada Pak Mat. Pada mulanya, Pak Mat tidak mahu menerima bayi itu tetapi dia berubah fikiran memandangkan dia tidak mempunyai anak. Rasa belas melihat keadaan bayi itu, menyejukkan hati Pak Mat. Kebetulan nama ayah kandung bayi itu sama dengan nama Pak Mat. Justeru itu, mudahlah bagi Pak Mat untuk menerima bayi itu sebagai anak angkatnya.

Mereka menceritakan kepada Pak Mat yang mereka tidak mampu memelihara anak mereka itu. Pendapatan mereka rendah dan mereka turut dibebani dengan masalah hutang. Mereka ingin anak mereka itu mempunyai masa depan yang baik. Kedua ibu bapa Hamka turut meminta agar Pak Mat berjanji untuk menceritakan perkara yang sebenar apabila Hamka menjangkau usia dua puluh lima tahun. Namun begitu ibu bapa kandung Hamka gagal dikesan oleh Pak Mat sejak hari penyerahan itu. Sejak hari itu, Pak Mat membesarkan Hamka dengan penuh kasih sayang dan disiplin yang ketat. Pak Mat tidak putus-putus memberikan sokongan moral kepada Hamka untuk terus maju. Berkat keikhlasan Pak Mat, Hamka telah menjadi seorang jurutera yang berjaya.

Kini, sudah tiba masanya bagi Pak Mat menerangkan perkara yang sebenar kepada anak kesayangannya itu. Dia berharap Hamka tidak akan berkecil hati apabila dia mengetahui tentang asal-usulnya nanti. Dia memandang muka anaknya itu sepuas-puasnya sekali lagi. Dia amat berharap agar anaknya itu dapat menerima kenyataan dan hubungan kekeluargaan mereka tidak akan terputus. Pak Mat mengeluh panjang.

(6)

6

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

18 Apakah yang membuat Pak Mat termenung pada pagi itu? (2 markah) ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________

19 Mengapakah Pak Mat berubah fikiran dan menerima bayi itu sebagai anak angkatnya? (4 markah) ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________

20 Nyatakan dua sebab ibu bapa kandung Hamka menyerahkannya kepada Pak Mat.

(4 markah) ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(7)

7

21 Nyatakan permintaan ibu bapa kandung Hamka kepada Pak Mat. (4 markah) _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________

22 Bagaimanakah Pak Mat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa?

Berikan dua contoh. (4 markah) ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________

23 ‘Pak Mat mengeluh panjang.’ Berikan dua sebab Pak Mat berbuat sedemikian. (4 markah) ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(8)

8

Selesai

24 Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut. (i) rasa belas (2 markah) _________________________________________________________________________________

(ii) dakapan (2 markah) _________________________________________________________________________________

Markah yang diperoleh

(9)

9

P6HML Prelim 2016

JAWAPAN

SOALAN JAWAPAN SOALAN JAWAPAN SOALAN JAWAPAN

1 5 6 sejenis 11 7 2 7 7 menghidap 12 5 3 2 8 akan 13 3 4 8 9 terdapat 14 2 5 3 10 membasmi 15 4 16

...kemalangan yang sering berlaku kepada penunggang motosikal atau basikal dan kenderaaan berat (1m) selalunya berakhir dengan meragut nyawa mangsa berkenaan (1m).

17

...sikap dan keadaan mental manusia yang mengakibatkan kelalaian ketika memandu (1m). Tekanan perasaan juga boleh menyebabkan manusia tidak dapat menumpukan perhatian semasa memandu (1m).

18 Pak Mat sedang memikirkan tentang niatnya untuk memberitahu Hamka tentang perkara yang sebenar (2m).

19

Pertama, Pak Mat tidak mempunyai anak sendiri (2m).

Kedua, nama ayah kandung bayi itu serupa dengan Pak Mat dan ini memudahkannya untuk menerima bayi itu (2m).

20

Pertama , ibu bapa kandung Hamka tidak mampu untuk membela Hamka (2m). Kedua, kehidupan mereka dibebani dengan masalah hutang dan mereka ingin Hamka mempunyai masa depan yang baik (2m).

21

Pertama, apabila Hamka berusia dua puluh lima tahun, mereka mahu Pak Mat memberitahu Hamka perkara yang sebenar (2m).

Kedua, mereka juga mahu Hamka mengetahui siapa ibu bapanya yang sebenar (2m).

22

Pertama Pak Mat telah mendidik Hamka dengan penuh kasih sayang dan disiplin yang ketat (2m).

Kedua, Pak Mat tidak putus-putus memberikan sokongan moral kepada Hamka untuk terus maju (2m).

23

Pertama Pak Mat berharap anaknya itu tidak akan berkecil hati setelah mendapat tahu perkara yang sebenarnya (2m).

Kedua dia berharap anaknya itu tidak akan memutuskan hubungan kekeluargaan mereka (2m).

(10)

10

24

(i) kasihan / simpati (2m) (ii) pelukan (2m)

Referensi

Dokumen terkait

Intensitas kontraksi uterus meningkat secara bermakna setelah bayi lahir, diduga terjadi sebagai respon terhadap penurunan volume intrauterine yang sangat

Jenis pelayanan melalui loket yang mendapat penilaian Sangat Baik adalah pelayanan penerbitan paspor diplomatik dan paspor dinas (indeks persepsi 3.63) dan

Untuk mengetahui sisa zat radioaktif tersebut setelah sekian periode waktu paruh, dapat ditentukan dengan rumus yang sudah dikenal pada bidang kimia seperti pada

2 Wakil Dekan Bidang I SALINAN TERKENDALI 02 3 Wakil Dekan Bidang II SALINAN TERKENDALI 03 4 Manajer Pendidikan SALINAN TERKENDALI 04 5 Manajer Riset dan Pengabdian

Pengawasan kualitas merupakan alat bagi manajemen untuk memperbaiki kualitas produk bila dipergunakan, mempertahankan kualitas produk yang sudah tinggi dan

Aspek klinik, antara lain mengkaji instruksi pengobatan, mengidentifikasi dan menyelesaikan permasalahan yang berhubungan dengan obat, memantau efektifitas dan

Puji syukur penulis ucapkan kepada Tuhan Yesus karena skripsi dengan judul “Analisis Pengaruh Kinerja Keuangan, Kompensasi, Corporate Governance terhadap Manajemen Laba (Studi

Berdasarkan rumusan masalah tujuan penelitian ini yaitu untuk menganalisis dan mengkaji; (1) tingkat kelayakan isi Buku Sekolah Elektronik (BSE) Penjasorkes SD Kelas 4 yang