• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM MEMBASMI KEMISKINAN

Noraini Hashim Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak

Pada masa kini, pertumbuhan ekonomi dan kadar kemiskinan merupakan indikator penting dalam mengukur pembagunan sesebuah negara. walaupun pembagunan negara kian meningkat dan semakin maju namun, terdapat juga golongan yang miskin dan kadar kemiskinan negara juga berada pada tahap yang tidak memuaskan. Kemiskinan merupakan masalah yang serius bagi penduduk samada, penduduk di kawasan luar bandar mahupun penduduk di kawasan bandar. Kemiskinan merujuk kepada kekurangan daripada pelbagai aspek. Untuk meningkatkan pembagunan dan petumbuhan ekonomi sesebuah negara pembasmian kemiskinan perlu dilakukan supaya kadar kemiskinan dapat diturunkan. Salah satu punca utama kemiskinan bagi isi rumah ialah faktor pendidikan yang rendah. Justeru, untuk menurunkan kadar kemiskinan kepentingan pendidikan perlu ditekankan bagi setiap isi rumah. Oleh itu, kertas konsep ini akan membincangkan kepentingan pendidikan dalam membasmi kemiskinan. Perbincangan kertas konsep ini melibatkan pelbagai jenis kemiskinan.

Kata Kunci : Pendidikan, Kemiskinan, pertumbuhan ekonomi

PENGENALAN

Di Malaysia terdapat empat peringkat pendidikan iaitu, pertama peringkat pra sekolah ataupun tadika dalam lingkungan umur 5 hingga 6 tahun, kedua peringkat sekolah rendah dalam lingkungan umur 7 tahun sehingga 12 tahun, ketiga peringkat sekolah menengah berumur dalam lingkungan 13 tahun sehingga 17 tahun dan akhir peringkat pengajian tinggi yang bermula dari umur 18 tahun sehinggalah tiada had umur. Sesiapa sahaja yang berkelayakkan boleh menyambung pengajian di peringkat yang tinggi tanpa mengira had umur. Menurut Faridah, Naimah Ishak, Hamidah Yusof dan, Habibah (2005), Malaysia telah menunjukkan kemajuan yang membanggakan dalam pelbagai aspek pendidikan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Secara amnya, banyak kemajuan yang telah dicapai dalam pencapaian akademik pelajar termasuk peningkatan penyertaan dan pengurangan keciciran pada semua peringkat pendidikan, peningkatan pencapaian tahap pendidikan, dan peningkatan prestasi pencapaian pendidikan. Namun, kadar kemiskinan negara masih lagi pada tahap yang kurang memuaskan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masih lagi terdapat ramai

(2)

golongan masyarakat yang tidak mendapat pendidikan denga sempurna.

Menurut Zakiyah (2011), menyimpulkan bahawa anak-anak yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah sering tercicir dalam pelajaran kerana ibu bapa tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Taraf kelulusan ibu bapa yang rendah turut mempengaruhi kesedaran mereka mengenai kepentingan pendidikan dalam kalangan anak-anak. Berdasarkan Laporan Murad, antara faktor keciciran dalam pendidikan ialah status sosio ekonomi (taraf pekerjaan ibu bapa dan taraf kelulusan ibu bapa), pendidikan dan pekerjaan, sikap guru terhadap pelajar, sikap terhadap subjek sains dan jarak ke sekolah.

Oleh kerana keciciran golongan ini lah , masih terdapat lagi masyarakat yang miskin. Golongan masyarakat ini tidak hanya terdapat di kawasan luar bandar malah, kebanyakkannya terdapat dikawasan Bandar. Hal ini kerana, menurut Wan Nor Azriyati, Faizah Ahmad, Noor Rosly Hanif1 dan Wang Hong Kok (2011), menyatakan bahawa tinggal di bandar bermakna hidup dalam ekonomi kewangan dimana wang ringgit tunai perlu dijana untuk hidup. Ini menyebabkan golongan miskin perlu melibatkan diri dalam pasaran pekerjaan. Walau bagaimanapun wujudnya halangan utama kepada penglibatan mereka ke pasaran perkerjaan bukan kerana kekurangan penawaran atau peluang pekerjaan yang terhad tetapi lebih kepada kekurangan kemahiran diri, keupayaan untuk ke tempat kerja disebabkan masalah pengangkutan dan kemudahan penjagaan anak-anak, dan isu sosial seperti kurangnya perhubungan sosial, stigma kerana tinggal dalam kawasan yang dikaitkan dengan kemiskinan seperti kawasan setinggan atau kawasan perumahan kos rendah, dan terdapatnya amalan budaya yang tidak menggalakkan kaum wanita untuk melibatkan diri dalam sektor pekerjaan formal.

Justeru, jelas menunjukkan bahawa pendidikan berkait rapat dengan kemiskinan. Faktor utama yang menjurus kepada kemiskinan adalah pendidikan yang seterusnya berkait dengan pertumbuhan dan pembagunan negara oleh kerana negara kekurangan modal manusia yang produktiviti dan berkualiti.

KONSEP KEMISKINAN DAN PENDIDIKAN Definisi kemiskinan

Takrif kemiskinan berbeza mengikut pendapat pelbagai pengkaji hasil dari kajian mereka mengenai kemiskinan. Menurut zakiyah (2011), kemiskinan boleh dibahagikan kepada empat bentuk iaitu kemiskinan relatif, kemiskinan mutlak,

(3)

kemiskinan struktural dan kemiskinan normatif. Kemiskinan relatif adalah berasaskan kriteria subjektif seperti merasa diri miskin atau tidak, atau merasakan orang lain mempunyai kekurangan atau ketiadaan keperluan seperti wang, pakaian dan kemudahan asas. Kemiskinan relatif biasanya diukur dengan membandingkan pendapatan dalam masyarakat iaitu membandingkan purata pendapatan dan bahagian pendapatan daripada pendapatan negara kasar (KNK) di antara berbagai-bagi kumpulan penduduk, seperti purata pendapatan mengikut etnik atau kawasan kediaman (bandar dengan luar bandar). Sementara kemiskinan mutlak pula mengambil kira satu garis tertentu bagi menentukan kemiskinan seseorang dan ia seringkali berasaskan jumlah pendapatan. Kemiskinan struktural pula menekankan kekurangan peluang bagi orang miskin, misalnya kekurangan peluang pekerjaan. Manakala kemiskinan normatif merujuk kepada beberapa kumpulan yang dianggap sebagai miskin, contohnya golongan penganggur, warga tua, pesakit mental, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pendatang tanpa izin. Seterusnya, menurut menurut Faridah, Naimah Ishak, Hamidah Yusof dan, Habibah (2005), kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan kekurangan pendapatan kasar bulanan untuk membeli keperluan minimum sesebuah isi rumah yang meliputi keperluan makanan, pakaian, tempat kediaman, dan keperluan asas lain. Ukuran yang digunakan adalah berdasarkan taraf pendapatan minimum atau Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Kemiskinan relatif pula merujuk kepada ketidaksamarataan pendapatan antara kumpulan yang diukur berdasarkan nisbah perbezaan pendapatan antara kumpulan pendapatan, kumpulan etnik, isi rumah bandar dan luar bandar, dan peratus isi rumah dengan pendapatan.

Takrif kemiskinan menurut Van Indra Wiguna Dan Rachmad Kresna Sakti (2013), Kemiskinan merupakan kedaan dimana seseorang tidak dapat menikmati segala macam pilihan dan kesempatan dalam memenuhi keperluan asas mereka, seperti tidak dapat memenuhi kesihatan, keperluan asas kehidupan, kebebasan, harga diri, dan rasa dihormati seperti orang lain, serta gelapnya masa depan bangsa dan negara. Kemiskinan merupakan masalah yang dihadapi oleh seluruh negara, terutama di negara berkembang seperti Indonesia. Hal ini kerana, kemiskinan bersifat multidimensional yang bermaksud kerana keinginan manusia itu pelbagai, maka kemiskinan juga memiliki pelbagai aspek primer yang merupakan miskin akan aset, organisasi sosial politik, pengetahuan, dan keterampilan serta aspek sekunder yang merupakan miskin akan jaringan sosial, sumber-sumber kewangan, dan informasi.

(4)

Selain itu, menurut Katty Hsiao Jia Wong, Ti Ching Yan dan Janice Lay Hui Nga, Kategori tahap pendapatan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia telah menyatakan bahawa jumlah pendapatan yang sama atau kurang daripada RM2000 sebulan adalah di bawah kategori isi rumah berpendapatan rendah. Dahulu, pendapatan RM2000 sebulan boleh dikatakan sebagai berada di tahap keselesaan. Malangnya berikutan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kuasa beli amaun yang sama menjadi semakin berkurangan dan kehidupan harian menjadi semakin susah melalui masa. Miskin didefinisikan sebagai jumlah pendapatan yang sama atau kurang daripada RM750 di Semenanjung; RM960 sebulan di Sabah dan RM830 di Sarawak; manakala miskin tegar bermaksud pendapatan bulanan RM440 di Semenanjung; RM540 di Sabah dan RM520 di Sarawak

Kemiskinan tidak hanya berlaku di kawasan luar Bandar malah di Bandar juga terdapat masyarakat yang miskin. Menurut (Faridah, Naimah Ishak, Hamidah Yusof dan, Habibah ;2005, Moser 1997;) mentakrifkan bahawa kemiskinan bandar dicorakkan oleh pelbagai kekurangan yang ketara dimana dimensi utamanya merangkumi perkara-perkara seperti ketidakcukupan atau ketidakstabilan pendapatan isirumah yang menjurus kepada penggunaan yang tidak cukup, risiko yang disebabkan oleh kegagalan memperoleh kemudahan dan barang keperluan asas, perumahan yang berkualiti rendah yang menyebabkan penghuninya mudah terdedah kepada masalah kesihatan, jenayah dan bencana alam semulajadi dan diskriminasi dan kemudahan yang terhad kepada pasaran buruh secara formal terutamanya kepada wanita dan kumpulan etnik tertentu. Definisi pendidikan

Takrifan pendidikan menurut (Hussin Bin Sarju, Rohana Binti Hamzah, Amirmudin Bin Udin, 2010; Wan Hassan 2007), Pendidikan adalah salah satu agenda besar yang boleh mempengaruhi kualiti dan ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Manusia akan dianggap mundur sekiranya tiada pendidikan. Individu dan keluarga yang berilmu dan meletakkan ilmu sebagai cara hidup akan lebih mudah membuat satu keputusan yang tepat . Ikatan silaturahim dalam keluarga dan masyarakat juga akan menjadi lebih kukuh.

Manakala menurut, (Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah & Muhammad Sukri Saud 2011; Hasan 2003), pendidikan dapat dihuraikan menerusi dua sudut pandangan. Sudut pandangan yang pertama adalah berkaitan dengan masyarakat. Masyarakat memandang pendidikan sebagai suatu proses

(5)

pewarisan atau penyaluran kebudayaan yang mengandungi nilai – nilai budaya oleh generasi tua kepada generasi muda secara berterusan supaya kelangsungan hidup sesebuah masyarakat dapat berlaku. Sudut pandangan yang kedua pula adalah menjurus

kepada individu. Menerusi sudut individu, pendidikan merupakan proses

membangunkan dan menggilap potensi-potensi yang sememangnya ada dalam diri manusia sehingga potensi-potensi tersebut dapat mewujudkan kemampuan tertentu bagi menjamin kehidupan manusia yang seimbang dan normal.

Seterusnya, menurut Hussin Bin Sarju, Rohana Binti Hamzah, Amirmudin Bin Udin, (2010), pula mendefinisikan , Pendidikan dalam sesebuah masyarakat memerlukan sistem nilai yang mampu dikembangkan dan disuburkan supaya warganya memiliki etika yang tinggi dalam kehidupan. Pendidikan juga merupakan satu proses menimba ilmu terpenting dalam kehidupan manusia. Proses pendidikan akan berlaku di sepanjang hayat manusia. Bermula di dalam kandungan ibu sehingga akhir hayat. Fasa pendidikan tersebut akan berlangsung dalam kehidupan manusia sama ada secara formal ataupun tidak formal.

Di Malaysia pendidikan adalah diwajibkan pada peringkat sekolah rendah dan juga seklah menengah. Menurut , Katty Hsiao Jia Wong, Ti Ching Yan & Janice Lay Hui Nga, Ibu bapa yang tidak mematuhi peraturan akan didenda RM5000, atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan, atau kedua-duanya sekali. Selain itu, yuran tidak dikenakan pada tahap pendidikan dari peringkat pra-pendidikan hingga pendidikan posmenengah. Oleh itu, ibu bapa tidak mempunyai alasan untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Selain itu, kerajaan menyediakan pelbagai jenis program biasiswa bagi pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah serta pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN Kepentingan kepada pembagunan negara

Bidang pendidikan merupakan aset utama untuk perlaksanaan pembagunan negara Malaysia. melalui pendidikan, dapat menghasilkan individu mahupun modal insan yang berkualiti serta produktif yang dapat menyumbang kepakaran ataupuan kemahiran kepada negara. pendidikan juga akan melahirkan modal manusia yang berkemahiran daripada pelbagai bidang. Dengan adanya modal insan yang sedemikian perkidmatan dan produktiviti negara akan dapat dipertingkatkan seiring dengan

(6)

negara-negara maju yang lain. Keadaan ini akan meningkatkan mutu kualiti pengeluaran negara-negara yang seterusya akan menggalakkan eksport negara. Apabila eksport meningkat secara langsung perumbuhan ekonomi juga akan meningkat seiring dengan pembagunan negara. Oleh itu peluang-peluang pekerjaan dapat diberikan kepada masyarakat dan dapat melahirkan masyarakat yang berpendapatan tinggi, dengan itu, kadar kemiskinan dapat dikurangkan.

Kepentingan kepada masyarakat dan bangsa

Pembinaan negara bangsa begitu penting kepada sesebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama dan bangsa seperti negara Malaysia . Pendidikan di Malaysia berperanan penting bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan ilmu asas bagi manusia malah penting untuk meningatkan perpaduan antara kaum. Sebagai contoh pendidikan di Malaysia , sekolah kebangsaan terdapat pelbagai kaum seperti melayu, cina, india dan sebagainya. Bermula dari pendidikan di sekolah, menerapkan semangat perpaduan antara kaum. Dengan itu, masalah antara perkauman tidak akan berlaku dan semangat tolong menolong antara kaum juga dapat diterapkan. Daripada itu, tidak akan berlaku hanya sesuatu kaum sahaja yang akan memonopoli sesuatu bidang pekerjaan itu ianya akan diagihkan secara sama rata, dan tiada jurang kemiskinan serta jurang pendapatan antara kaum.

Kepentingan kepada individu

Sistem pendidikan sepanjang hanyat terhadap seseorang individu dapat membangunkan potensi seseorang individu tersebut, kerjaya, orgaisasi tempat kerja dan juga negara. Melalui sistem pendidikan di Malaysia dari pendidikan pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pengajian tinggi dapat memberikan pendidikan dan latihan kepadan seseorang individu. Dapat melahirkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran yang dapat membangunkan diri sendiri. Dengan adanya kemahiran dan pengetahuan individu tersebut boleh memperoleh pekerjaan yang bersesuaian dengannya. Jika mempunyai pekerjaan individu tersebut juga secara langsung mempunyai pendapatan. Melalui pendidikan yang diperoleh individu dapat meningkatkan kerjaya mereka dan juga pendapatan mereka seterusnya meningkatkan pendapatan isi rumah yang akhirnya dapat menyelesaikan belenggu masalah kemiskinan yang dihadapi.

Kepentingan kepada kehidupan

(7)

membentuk masyarakat yang sejahtera serta membina negara yang demokrasi. Pendidikan yang berkualiti merupakan satu konsep yang dinamik, berubah, dan berkembang mengikut peredaran masa serta berubah dalam aspek sosial, ekonomi, dan persekitaran setempat. Pendidikan berkualiti menggunakan pendekatan kemahiran-hidup dalam pendidikan dan memasukkan kemahiran lain dalam meorentasikan pendidikan untuk memperolehi keseimbangan.

ISU DAN CABARAN

Terdapat pelbagai isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh golongan masyarakat dan juga negara dalam menerapkan nilai pentingnya pendidikan untuk mengatasi kemiskinan. Antara cabaran yang dihadapi oleh negara adalah kurang dana dan juga pelaburan dalam aspek pendidikan. Pelaburan dan dana yang diperuntukan tidak mencukupi untuk menampung pendidikan bagi pengajian tinggi bagi semua golongan masyarakat. Peruntukan yang terhad itu, menyebabkan golongan yang terpilih sahaja yang boleh melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Manakala cabaran yang dihadapi oleh golongan masyarakat pula ialah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Terdapat dua golongan masyarakat iaitu masyarakat elit, kelas atasan dan juga golongan masyarakat kelas bawahan. Golongan bawahan kebayakkan mempunyai kemahiran dan berpengetahuan serta layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi namun golongan ini tidak mempunyai dana untuk meneruskan pengajian. Keadaan ini dapat memperlihatkan bahawa negara kehilangan ataupun tidak dapat menjaga modal insan yang boleh memberi sumbangan yang besar kepada negara. Bagi golongan elit pula, mereka tiada masalah dalam kewangan namun kebanyakkan golongan ini kurang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi namun dengan kewangan yang mereka ada, golongan tersebut boleh melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Keadaan ini, menunjukkan bahawa individu dari keluarga yang berpendapatan rendah sukar untuk melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi kerana tiada wang, oleh itu mereka masih lagi berada pada taraf kehidupan yang sama.

Seterusnya, isu gender dalam mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dan juga mendapatkan pekerjaan. Menurut (Katty Hsiao Jia Wong, Ti Ching Yan & Janice Lay Hui Nga ;Oxaal 2007) juga menyatakan bahawa peluang pendidikan yang kurang bagi golongan wanita bukan hanya disebabkan kemerosotan dalam pembangunan negara tetapi juga dipengaruhi oleh aspek-aspek seperti sosial, budaya dan dasar-dasar

(8)

kerajaan. Selain itu, peringkat makro dan mikro juga harus dianalisis. Contohnya, peringkat makro melibatkan dasar-dasar kerajaan atau system pendidikan dan ini perlunya dikaitkan dengan kemiskinan dalam isi rumahdan aspek yang berkaitan dengan ketidaksaksamaan dalam gender di peringkat mikro. Di samping itu, golongan perempuan yang berasal dari keluarga miskin selalunya ketinggalan dalam persekolahan kerana keutamaan sosial, manfaat langsung dan kos lepas yang melabur dalam pendidikan perempuan adalah tidak menguntungkan. Persepsi ini telah mengakibatkan kebanyakan wanita terperangkap dalam kemiskinan.

CADANGAN

Program pembasmian kemiskinan akan dirangkan berasaskan pendekatan secara bersepadu bagi membolehkan sasaran secara mikro dibuat untuk meningkatkan liputan kumpulan sasar dan memastikan program terus kekal dan berkesan (Rancanga Malaysia ke-9).

Kerajaan harus menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang pendidikan dari negara luar supaya pendidikan bagi pengajian tinggi dapat memberi peluang kepada semua golongan masyarakat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini, golongan yang berpendapatan rendah ataupun golongan kelas bawahan tidak akan tercicir dari mendapat pendidikan. Melalui pendidikan mereka dapat meningkatkan taraf hidup keluarga mereka dan tidak secara berterusan berada pada taraf kehidupan yang sama.

Selain itu, kerajaan juga harus menyelidiki sepenuhnya latar belakang individu yang berkelayakkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebin tinggi. Kerajaan harus memberi tajaan sepenuhnya kepada individu tersebut. Hal ini supaya, negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan produktif serta memberi sumbangan kepada negara dan menurunkan kadar kemiskinan negara.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pendidikan amat penting untuk mengatasi masalah kemiskinan. Pendidikan juga, memberi kesan kepada pembagunan sesebuah negara . Pendidikan dapat melahirkan golongan cerdik pandai yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi daripada pelbagai bidang. Taraf tingkat pendidikan seseorang akan membezakan taraf hidup seseorang itu. Individu yang mempunyai tingkat pendidikan yang tinggi akan memperoleh pekerjaan yang mempunyai pendapatan yang setaraf dengan kelayakannya. Apabila pendapatan

(9)

meningkat secara langsung kadar kemiskinan dapat diturunkan. Oleh itu pentingnya terapkan kepentingan pendidikan dalam kalangan masyarakat supaya masyarakat menyedari akan pendidikan boleh mengubah taraf hidup mereka. Seterusnya, pembagunan negara juga dapat dipertingkatkan melalui sumbangan modal insan yang dihasilkan melalui pendidikan negara.

RUJUKAN

Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan ,Rohana Hamzah Dan Muhammad Sukri Saud. Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat : Satu Integrasi. ,Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia. Journal Of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 350-356

Dr. Faridah Abu Hassan, Dr. Naimah Ishak, Dr. Hamidah Yusof Dan Dr. Habibah Abdul Rahim. 2005. Kemiskinan Dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah KecemerlanganPendidikan Akademik. Jurnal Penyelidikan Pendidikan

Dr Zakiyah Jamaluddin.2011. Kemiskinan Dan Keciciran Dalam Pendidikan. Jabatan Psikologi Dan Kerja Sosial Pusat Pengajian Pembangunan Sosial Kolej Sastera Dan Sains Universiti Utara Malaysia. Journal Kebajikan Masyarakat Vol. 37

Hussin Bin Sarju, Rohana Binti Hamzah, Amirmudin Bin Udin, Pendidikan: Matlamat Dan Fungsinya

Katty Hsiao Jia Wong, Ti Ching Yan & Janice Lay Hui Nga. Kemiskinan Dan Pendidikan: Kesan Dan Cabaran Di Kalangan Belia Malaysia Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010

Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid. Peluang Dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar : Satu Kajian Kes Isi Rumah Melayu Miskin Di Jajaha Bachok, Kelantan 2008 Universiti Sains Malaysia

Sri Kuncoro. Analisis Pengaruh Pertumbuhan Ekonomi, Tingkat Pengangguran Dan Pendidikan Terhadap Tingkat Kemiskinan Di Provinsi Jawa Timur Tahun 2009 – 2011.Program Studi Ekonomi Pembangunan Fakultas Ekonomi Dan Bisnis Universitas

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Van Indra Wiguna. Analisis Pengaruh Pdrb, Pendidikan Dan Pengangguran Terhadap Kemiskinan Di Provinsi Jawa Tengah Tahun 2005-2010. Jurusan Ilmu Ekonomi Fakultas Ekonomi Dan Bisnis Universitas Brawijaya.Jurnal Ilmiah. Wan Nor Azriyati Wan Abd Aziz, Faizah Ahmad, Noor Rosly Hanif1 Dan Wang Hong

Kok . Pembasmian Kemiskinan Bandar Ke Arah Bandar Inklusif Dan

Sejahtera: Cabaran Kuala Lumpur . Journal Of Surveying, Construction &

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga