• Tidak ada hasil yang ditemukan

16U3P1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "16U3P1"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Bahagian A

[ 15 markah ]

Jawab semua soalan

1. Yang manakah antara berikut benar tentang teori pengasingan kuasa? A. Membentuk corak pemerintahan mutlak

B. Menggelakkan campurtangan daripada pelbagai pihak

C. Menggalakkan pemusatan kuasa berada dalam tangan sebuah organisasi

D. Membahagikan kuasa kepada badan-badan yang mempunyai tanggungjawab secara khusus

2. Yang manakah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong? I. Melantik Jeamaah Menteri

II. Melantik Perdana Menteri

III. Memperkenankan rang undang-undang IV. Tidak mempersetujui pembubaran parlimen A. I dan II

B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

3. Yang manakah benar tentang tanggungjawab Kerajaan Negeri? I. Mengawal ketenteraman awam

II. Menguruskan kebajikan Orang Asli III. Menguruskan tanah rizab orang Melayu

IV. Membuat undang-undang tentang agama Islam A. I dan II

B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

4. Yang berikut yang manakah persamaan tugas Sultan dengan Yang Dipertua Negeri A. Ketua Agama Islam Negeri

B. Melantik ketua pentadbir Kerajaan Negeri C. Memilih yang di-Pertuan Agong

D. Berkuasa memanggil mesyuarat Tempatan

5. Antara berikut, yang manakah benar tentang amalan demokrasi di Malaysia ? A. Parlimen berbentuk dwidewan

B. Sistem Perlimen Malaysia berasaskan Sistem Parlimen Westminster C. Dewan Undangan Negeri terbubar apabila Parlimen dibubarkan D. Rakyat Malaysiayang berusia 21 tahun ke atas diwajibkan mengundi

6. Pernyataan di atas membawa maksud

(2)

A Kesemua ahli Parlimen mesti mematuhi arahan Kabinet

B Kesemua ahli Parlimen secara individu bertanggungjawab kepada Parlimen C Kesemua ahli Kabinet bersama-sama bertanggungjawab atas segala keputusan Kabinet

D Kesemua ahli Parlimen bersama-sama bertanggungjawab atas segala keputusan

7. Masalah pendatang haram di Malaysia melibatkan beberapa kementerian. Masalah ini memerlukan penyelarasan antara kementerian-kementerian yang terlibat. Hal ini dilakukan oleh

A Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri B Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri C Majlis Keselamatan Negara

D Majlis Perundangan Negara

8. Antara berikut, yang manakah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan?

I. Hasil hutan II. Pungutan zakat III. Cukai pendapatan

IV. Duti eksport bahan mentah pertanian A. I dan II

B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

9. Pernyataan di atas merujuk kepada A. Mahkamah Khas

B. Mahkamah Tentera C. Mahkamah Syariah D. Mahkamah Perusahaan

10. Yang manakah pernyataan yang benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri? I. Melaksanakan pentadbiran negeri

II. Meluluskan undang-undang negeri III. Membuat pelantikan kakitangan kerajaan

IV. Bertanggungjawab secara bersama kepada Dewan Undangan Negeri  Prosiding perbicaraan dimulakan dengan izin Peguam Negara

(3)

A. I dan III B. I dan IV C. II dan III D. II dan IV

11. Pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hanya boleh diselesaikan oleh

A. Majlis Raja-Raja

B. Mahkamah Persekutuan C. Mahkamah Tinggi D. Mahkamah Rayuan

12. Yang manakah fungsi Kerajaan Tempatan

I. Membuat undang-undang kecill suatu kawasan

II. Menyelaras dasar bersesuain dengan dasar Kerajaan Pusat

III. Menyeragamkan undang-undang berkaitan dasar negara tentang tanah IV. Menyelaraskan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh agensi kerajaan

dalam membangunkan negara A. I dan II

B. I dan IV C. II dan III D. IIII dan IV

13. Antara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang berikut, yang manakah memerlukan sokongan majoriti mudah Majlis Parlimen sahaja?

I. Keistimewaan Parlimen II. Format sumpah dan ikrar

III. Mengubah sempadan kawasan pilihan raya

IV. Penerimaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua A. I dan II

B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

14. Seseorang warganegara asing ingin memperoleh kewarganegaraan Persekutuan dengan cara kemasukan mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

I. Berumur lebih daripada 18 tahun

II. Tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota

III. Mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa melayu IV. Telah bermastautin di Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki A. I dan II

(4)

B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

15. Yang manakah kes yang boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan?

I. Pengarah Jabatan Pendaftara melawan kerajaan Malaysia kerana dipecat II. Pemimpin Kesatuan Sekerja Citibank melawan Pengurus Besar Citibank III. Jururawat hospital melawan Kementerian Kesihatan

IV. Pekerja kilang Q melawan Pengurus besar kilang Q A. I dan II B. I dan IV C. II dan IV D. III dan IV Bahagian B [ 15 markah ] Jawab semua soalan

16. Nyatakan empat ciri negara berdaulat yang ada di Malaysia. [4m] i. ______________________________________________________________________ ii. ______________________________________________________________________ iii.______________________________________________________________________ iv. _____________________________________________________________________

(5)

17. Senaraikan tiga jenis hasil yang dipungut oleh Kerajaan Negeri. [3m] i. _____________________________________________________________________ ii. _____________________________________________________________________ iii. ____________________________________________________________________

18. Berikan empat peranan yang dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE). [4m] i. _____________________________________________________________________ ii. _____________________________________________________________________ iii. _____________________________________________________________________ iv. _____________________________________________________________________

19. Jelaskan dua sebab mengapa globalisasi dianggap cabaran dalam melaksanakan tadbir urus yang baik. [4m] i. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ii. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ Bahagian C [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

20. Peningkatan kes demam denggi adalah manifestasi perbuataan manusia sendiri. Hal ini membawa kepada pelbagai kesan yang membimbangkan. Bincangkan.

21. Budaya inovasi amat penting dalam usaha kerajaan memajukan negara, oleh itu beberapa pendekatan perlu dibuat untuk membina budaya inovatif bagi meningkatkan kemajuan Malaysia. Jelaskan.

(6)

22. Kes penderaan kanak-kanak dalam pelbagai cara semakin berleluasa. Aktiviti yang tidak bermoral ini harus dihentikan kerana mangsa penderaan merupakan generasi muda yang penting kepada negara. Bincangkan.

SOALAN TAMAT SKEMA PEMARKAHAN Bahagian A [ 15 markah ]

1

D

6

C

11

B

2

C

7

C

12

A

3

D

8

D

13

C

4

B

9

A

14

D

5

A

10

A

15

C

Bahagian B [ 15 markah ] Jawab semua soalan

16. Nyatakan empat ciri negara berdaulat yang ada di Malaysia. [4m] i Merdeka

ii Berkuasa sendiri iii Berwibawa iv Beridentiti

17. Senaraikan tiga jenis hasil yang dipungut oleh Kerajaan Negeri. [3m] i Hasil tanah

ii Hasil hutan iii Hasil sungai

iv Hasil lesen kenderaan

v Hasil daripada tanah, lombong dan hutan vi Hasil daripada lesen

vii Duti hiburan

viii Bayaran dalam makmal * pilih 3 sahaja

(7)

18. Berikan empat peranan yang dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE). [4m] i Menasihati kerajaan mengenai isu-isu ekonomi

ii Mengurus bantuan teknikal dan kewangan daripada kerajaan asing dan agensi antarabangsa

iii Merangka dasar dan strategi untuk pembanguan sosioekonomi

iv Menyediakan rancangan pembangunanjangka sederhana dan panjang v Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembanguan vi Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan vii Mengenalpasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi

19. Jelaskan dua sebab mengapa globalisasi dianggap cabaran dalam melaksanakan tadbir urus yang baik. [4m]

i Meningkatkan mobiliti tenaga kerja yang sentiasa mencari peluang yang lebih baik di tempat lain. Hal ini akan menyebabkan berlaku pengaliran keluar tenaga kerja pakar

ii Berlakunya perpindahan nilai. Contohnya cara berfikir dan gaya

bertindak yang akan menyebabkan berlakunya persaingan dalam tadbir urus

Bahagian C [50 markah]

20. Peningkatan kes demam denggi adalah manifestasi perbuataan manusia sendiri. Hal ini membawa kepada pelbagai kesan yang membimbangkan. Bincangkan.

Pendahuluan:

Deman denggi disebabkan oleh sejenis virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Nyamuk ini membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam pasu bunga, kolam, tayar lama dan lain-lain bekas simpanan.

A. Punca – manifestasi perbuatan manusia

1 Sampah yang tidak terurus - membiarkan sampah seperti botol, tin, plastik dan tayar lama yang tidak terpakai di kawasan

persekitaran tanpa pengurusan yang sesuai - Penakungan air dalam bekas tersebut seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes

2 Sistem saliran/perparitan yang tersumbat

- Sistem saliran yang tersumbat akibat pembuangan sampah-sarap ke dalamnya

- tidak membersihkan longkang-longkang menyebabkan aliran air tersekat @ bertakung 3 Keadaan persekitaran

rumah yg menggalakkan pembiakan nyamuk Aedes

- Rumah yg tidak mempunyai jaring dan tidak bersih memudahkan pergerakan nyamuk Aedes dan jangkitan demam denggi

- Pasu-pasu bunga serta perhiasan kitaran air yg tidak dibersihkan kerap kali menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes

4 Pendedahan yang tidak menyeluruh dari pihak

- Kurang kesedaran tentang bahaya penyakit demam denggi

(8)

berkuasa - Penduduk kawasan pedalaman jarang didedahkan tentang punca, kesan dan langkah pencegahan demam denggi

5 Sikap masyarakat yang tidak perihatin

- walaupun media massa serta Jabatan Kesihatan banyak memberi ceramah, penerangan dan kempen tentang penyakit ini, namun masih ramai lagi leka dan tidak mengambil berat tentang penyakit ini.

B. Kesan-kesan jangkitan penyakit 6 Demam kuat dan sakit

badan

- jika dijangkiti demam denggi, akan menghhadapi demam yg kuat secara mengejut

- mengalami demam berdarah, pendarahan di bawah kulit, gusi dan hidung

- sakit tulang belakang, otot-otot dan rongga biji mata - organ dalaman spt buah pinggang dan hati akan dijangkiti kuman dan akan kehilangan funsi secara berperingkat

- pendarahan

7 Kematian/Maut - Demam denggi yg berterusan tanpa kawalan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kematian

- masa yg paling genting adalah pada hari ketiga hingga hari ketujuh

- pemberian aliran intravena perlujika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini

menggambarkan darjah kehilangan plasma dan boleh mengakibatkan maut

8 Kesan terhadap ekonomi - Sektor pelancongan terjejas kerana bimbang akan Jangkitan demam denggi

- Kawasan perindustrian/perkilangan yg dikenalpasti sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes akan dikenakan tindakan undang-undang dan ini akan menganggu produktiviti

- kekurangan tenaga kerja kerana jangkitan penyakit dan harus dikuarantin.

9 Imej negara terjejas - Keadaan tidak terkawal akan menjeaskan imej negara di mata dunia. Keyakinan peringkat antarabangsa akan terhakis sekiranya kadar kes jangkitan @ maut meningkat

- Pelaburan luar turut terjejas 10 Kos pencegahan dan

pemulihan penyakit tinggi

- Kerajaan terpaksa menyediakan belanja yg besar bagi program-program mencegah denggi seperti mengadakan kempen, ceramah dan semburan kabus

- Kos perubatan juga meningkat kerana ubatan dan cara rawatan harus diperbaharui

- penyelidikan juga harus dipergiatkan untuk mencari ubat pencegahan dan penyembuhan yg

(9)

paling sesuai Kesimpulan:

Semua pihak harus sedar bahaya demam denggi yang boleh membawa maut. Oleh itu setiap orang harus mengambil langkah insiatif untuk membendung pembiakan nyamus aedaes ini.

Kombinasi: 2 + 3 / 3 + 2

21. Budaya inovasi amat penting dalam usaha kerajaan memajukan negara, oleh itu beberapa pendekatan perlu dibuat untuk membina budaya inovatif bagi meningkatkan kemajuan Malaysia. Jelaskan.

Pendahuluan:

Satu daripada nilai aspirasi terkandung dalam konsep 1Malaysia ialah budaya inovasi. Budaya inovasi merujuk kepada kesediaan untuk berubah, mencuba perkara dan cara baru dalam seluruh aspek kehidupan untuk kemakmuran, kedamaian, kesenangan, kesejahteraan dan kelestarian menerusi penyelesaian kreatif.

A. Kepentingan inovasi

1 Meningkatkan kualiti hidup - Inovasi menjurus kepada penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran, idea atau

gagasan sedia ada sehingga memberi nilai tambah baru yg boleh diguna pakai, dimanfaatkan,

dijadikan asas serta dasar lebih produktif dan bagi produk serta perkhidmatan

- Dengan inovasi dalam sektor perkhidmatan pelbagai perkhidmatan baru ditubuhkan

- Perkhidmatan online, perkhidmatan setempat spt Urban Transformation Centre(UTC) dan RTC 2 Menjana Pendapatan - Inovasi baru yg dikomersialkan akan menjana

pendapatan kepada sipencipta

- juga pendapatan kpd syarikat yg mengkomersial kannya.

3 Penciptaan Teknologi baru - teknologi baru spt industri penghasilan peisian baru

- perkhidmatan baru spt cara pelupusan sampah dan pembersihan longkang spt mesin ultra Whack 4 Menyelesaikan masalah

dengan pendekatan baru

- sbg cth Program Transformasi Kerajaan dan Program Trnsformasi Ekonomi mmerupakan satu inovasi berani kerajaan membangunkan negara - Konsep 1 Malaysia – Rakyat didahulukan

(10)

Pencapaian diutamakan. B. Pendekatan

5 Mewujudkan Kelompok Pemikir

- kelompok teras diwujudkan dikalangan individu dan organisasi yang inovatif

- mempunyai semangat ingin maju bukan sahaja dari segi teknikal, saintifik atau seni bahkan digabungkan dalam bidang keushawanan - menjadi pengerak kepada proses inovasi 6 Menyediakan Persekitaran

yang kondusif

- persekitaran akademik yg mementingkan kreativiti dan inovasi

- ruang dan peluang luas untuk menggalakkan inovasi

- pengenalan Akta Harta intelek

7 Menyediakan insentif - insentif bagi mereka yg mencuba, memaju dan membangunkan produk, perkhidmatan, konsep, idea dan persekitaran yg inovatif sifatnya

- ia termasuk pelbagai insentif fiskal dan kewangan serta modal teroka mereka, kegiatan penyelidikan dan pembangunan

8 Kemudahan Kewangan - Disediakan oleh institusi kewangan dan sektor awam untuk menjana aktiviti hiliran yg berdaya maju khas untuk mereka yg menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Kesimpulan: Sesungguhnya inovasi semakin penting dalam suasana ekonomi nilai tinggi kerana menjadi penjana aset bukan fizikal paling utama.

Kombinasi : 2 + 3 / 3 + 2

22. Kes penderaan kanak-kanak dalam pelbagai cara semakin berleluasa. Aktiviti yang tidak bermoral ini harus dihentikan kerana mangsa penderaan merupakan generasi muda yang penting kepada negara. Bincangkan.

Pendahuluan:

Wujud pelbagai penganiayaan kanak-kanak yg melibatkan seks, fizikal dan mental. Terdapat banyak punca yg melibatkan keluarga dan masyarakat. Walaupun begitu terdapat langkah-langkah yag boleh membantu mengurangkan kes penderaan kanak2.

A. Punca penderaan kanak-kanak 1 Ketidaktanggungjawaban

sosial ibu dan bapa

- Ibubapa yang lebih mementingkan pekerjaan, kemewahan dan kehiduapan sosial

(11)

terhadap kanak-kanak - tidak, memahami dan menghayati sepenuhnya tanggungjawab sebagai ibu @ bapa, tidak menganggap anak sebagai amanah dan mesti ditunaikan tanggung jawabnya.

- Ibu bapa kurang perihatin, tiada perasaan belas kasihan menyebabkan ibubapa mudah mendera anak-anak

2 Kepincangan Institusi Kekeluargaan

- Ibubapa tidak bersefahaman memberi kesan kepada amalan mendera anak-anak

- melepaskan kemarahan berpunca daripada perselisihan faham antara suami isteri menyebabkan anak-anak menjadi mangsa

- anak-anak akan terabai dan wujud masalah sosial lain yg lebih serius seperti penagihan dadah dan kegiatan seksual

3 Kurang didikan dan amalan keagamaan

- kurang menghayati dan mengamalkan ajaran agama menyebabkan ibubapa hilang

pertimbangan lalu bertindak mendera anak-anak - amalan keagamaan yg sedikit juga menyebabkan ibubapa tidak waras dalam tindakan terhadap anak-anak seperti mencederakan badan yg melampau

- Kurang didikan agama juga menyebabkan wujud kepincangan dalam keluarga yang membawa kepada amalan mendera anak-anak

4 Persekitaran yg membawa kepada tekanan hidup

- kehidupan yg kompleks terutama di bandar mendesak ibubapa memberi keutamaan kepada kerjaya yang melampau

- fokus melampau kepada kerja menyebabkan ibubapa menghadapi tekanan hidup yg membawa kepada penderaan anak-anak

B. Langkah mengatasi penderaan 5 Penggubalan dan

Pemerkasaan Undang-undang

- Menggubal undang-undang berkaitan kanun keseksaan dan Akta Kanak-kanak serta peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa Mahkamah Juvana

- Menghukum ibubapa/penjaga yg mendera dengan hukuman yg berat/setimpal agar menjadi

pengajaran 6 Program pemilihan dan

pendidikan tidak formal

- dilaksanakan oleh pakar pulih karektor, pakar motivasi dan terapi diri

- dilaksanakan di penjara @ mahkamah @ premis dan institusi awam

- program pemulihan dilaksanakan secara profesional dan berkala

7 Program Keibubapaan - Dijalankan oleh pihak agensi kerajaan @ NGO - Sesi interaksi temubual dengan ibubapa untuk meningkatkan kesedaran tangungjawab dan peranan ibubapa

- program refleksi ibubapa dengan anak-anak 8 Pusat penjagaan mangsa

penderaan

- Kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) membina pusat penjagaan untuk memberi perlindungan fizikal, mental dan kerohanian kepada mangsa dera

(12)

- Mangsa menjalani kehidupan baharu

- mangsa diberi pemulihan, terapi dan sokongan untuk berjaya.

Kwsimpulan:

Walaupun kes penderaan di Malaysia tidak konsisten, namun statistik yg dilaporkan oleh PDRM perlu diberi perhatian serius kerana mangsa merupakan golongan bawah umur dan mudah dipengaruhi oleh persekitaran dan sifat kemanusiaan yang tidak bermoral.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam konteks ini, maka penting untuk mengadopsi pendekatan-pendekatan konseling yang inovatif, sehingga pelaksanaannya dapat lebih efektif, terutama dengan : (1)

Tujuan penulisan gagasan ilmiah ini adalah memberi solusi untuk mencegah obesitas pada anak usia sekolah melalui pendekatan yang inovatif dengan memanfaatkan

KARENA UPAYA DENGAN KETIGA PENDEKATAN SEBELUMNYA BELUM MAKSIMAL MAKA PERLU DI DAMPINGI DENGAN UPAYA PENDEKATAN BUDAYA ..

Generasi muda memiliki peran yang sangat penting dalam memajukan budaya sendiri. Dalam konteks keberlanjutan budaya apabila generasi muda sudah tidak lagi peduli terhadap

Pengalaman adalah hal yang sangat penting dalam menunjang kemajuan pola pikir seorang pemuda.Pemuda dituntut kreatif inovatif dan korporatif (kerjasama”dalam hal

Tidak dapat dipungkiri jika kemajuan teknologi masa kini berkembang sangat pesat.Hal ini dapat dibuktikan dengan banyaknya inovasi-inovasi yang telah dibuat di dunia

Budaya sekolah, inovasi kerja dan keterlibatan kerja memiliki peranan penting dalam meningkatkan efektivitas kerja guru.Adanya budaya yang sehat, peningkatan inovasi dalam pembelajaran

Ringkasan materi mengenai efektivitas, efisiensi, inovasi, mutu penyelenggaraan pemerintahan, nilai-nilai dasar orientasi mutu, dan pendekatan inovatif dalam penyelenggaraan