KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF
TARIKH 24-26 APRIL 2015
TEMPAT
MAKMAL DAN DEWAN MULTIMEDIA
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (FTSM) UKM, BANGI
ANJURAN
INTERACTIVE MULTIMEDIA CLUB (IMeC)
DENGAN KERJASAMA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (FTSM)
DENGAN KERJASAMA
PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI (PPMPA) UKM, BANGI
TEMA
PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF 2015 24-26 APRIL 2015
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF Kelab Multimedia Interaktif
(IMeC)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) dengan usaha sama Kelab Multimedia Interaktif (IMeC), UKM akan menganjurkan Program Pertandingan Multimedia Kreatif. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon pertimbangan dan kelulusan dari pihak tuan/puan serta bantuan kewangan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM bagi menjalankan program ini dengan jayanya.
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
2.1 Pengenalan Ringkas Program
Pertandingan Multimedia Kreatif ialah program berbentuk pertandingan yang mencabar kemahiran kreatif dan inovatif yang diadakan pada peringkat kebangsaan. Pertandingan akan berlangsung pada 24 hingga 26 April 2015 yang mensasarkan pelajar IPTA/IPTS di seluruh Malaysia termasuk UKM sendiri.
Pertandingan ini mempunyai 3 subprogram kecil iaitu; 1) Bengkel Multimedia (Terbuka)
2) Pertandingan Poster (Individu)
3) Pertandingan Animasi 2D (Berkumpulan - 3 orang)
2.2 Tujuan Program
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengadakan jaringan ukhuwah di antara IPTA/IPTS umumnya dan khusus untuk pelajar FTSM mempertingkatkan kemahiran dalam melaksanakan program dengan baik disamping membina sahsiah dan disiplin pelajar yang tinggi.
Program ini dapat membentuk mahasiswa IPTA/IPTS menjadi mahasiswa yang lebih kreatif dan inovatif.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada mahasiswa mencabar kreativiti dan inovasi sejajar dengan objektif serta tema di mana mahasiswa tampil ke hadapan seiring teknologi kreatif.
3.2 Memberi pengalaman kepada para peserta dalam menyertai pertandingan multimedia di samping memberi pendedahan kepada peserta untuk tampil berdaya saing.
3.3 Menghubung jalin hubungan antara mahasiswa FTSM UKM dan mahasiswa dari institusi lain.
4.0 TEMA
“MAHASISWA MELANGKAH KE HADAPAN SEIRING TEKNOLOGI KREATIF”
5.0 ANJURAN
Kelab Multimedia Interaktif (IMeC) dengan kerjasama Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
6.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 24 - 26 April 2015 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
7.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program yang dicadangkan adalah Makmal Kejuruteraan Perisian, Makmal Rangkaian , Makmal Teknologi Pengetahuan dan Dewan Multimedia, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi.
8.0 INOVASI
8.1 Menjadikan Mahasiswa/i FTSM dan Mahasiswa/i IPTA/IPTS di Malaysia untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam pembangunan produk multimedia.
8.2 Memperkukuhkan interaksi dan ikatan silaturrahim antara mahasiswa UKM dan peserta program ini.
8.3 Mampu menaik taraf idea mahasiswa IPTA/IPTS di Malaysia yang berkebolehan di dalam pembangunan produk multimedia.
9.0 PUBLISITI
9. 1 Strategi Publisiti
i. Membina blog promosi sebagai platform komunikasi dengan peserta yang berminat untuk bertanya dan merujuk mengenai pertandingan ini.
ii. Menghebah kepada pelajar IPTA/IPTS luar dengan memuatnaik poster promosi di laman sosial.
iii. Pengiklanan melalui laman web FTSM, laman sosial Kelab Multimedia Interaktif (IMeC) dan buletin elektronik UKM.
iv. Bekerjasama dengan pihak pengurusan IPTA/IPTS yang berhampiran dalam mempromosikan program ini.
v. Hebahan akan di tayangkan di papan digital UKM selama 2 minggu. vi. Penyebaran brosur di sekitar UKM dan luar UKM.
vii. Makluman melalui radio IKIM.fm, ERA.fm dan HOT.fm.
9.2 Kawasan liputan
10.0 CADANGAN PERASMI
10.1. Perasmi Pembukaan
1. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Menteri Komunikasi dan Multimedia 2. Prof Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin
Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia.
10.2. Perasmian Penutup
1. Prof Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin
Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia.
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta : 80 orang
i. 20 orang peserta pertandingan poster (Individu)
ii. 45 orang peserta pertandingan animasi 2D (15 kumpulan) Jumlah juri/hakim : 6 juri daripada industri Malaysia
Jumlah urus setia : 23 orang Jumlah pengiring : 20 orang
12.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 PERINCIAN PROGRAM
14.1 Bengkel Multimedia Kreatif
Penyertaan bengkel akan dibuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS yang berdaftar. Tajuk cadangan ialah “Digital Multimedia Industry in Malaysia” yang menyentuh aspek perkembangan penggunaan aplikasi multimedia terkini yang menjadi teras dalam industri.
14.2 PertandinganPoster
Pertandingan ini akan dilakukan secara individu dan dijalankan di Makmal di FTSM. Setiap peserta akan dibekal dengan sebuah komputer untuk mereka bentuk poster masing-masing. Saiz poster yang akan dihasil oleh peserta adalah saiz A2. Tema poster akan diberi pada hari pertandingan bagi mengelakkan berlaku plagiat dan peniruan. Tempoh masa yang diberi kepada peserta adalah dalam masa 11 jam yang akan bermula pada jam 9.30 pagi (25 April 2015) dan menghantar hasil kerja mereka pada jam 12.00 tengahari pada (26 April 2015). Poster tersebut akan dicetak oleh urusetia dan peserta diminta mempersembah hasil mereka kepada juri dan orang ramai. Perisian yang akan digunakan adalah perisian Adobe Photoshop CS.
14.3 Pertandingan Animasi 2D
Pertandingan ini akan dilakukan secara berkumpulan (3 orang) dan dijalankan di makmal komputer di FTSM. Setiap kumpulan akan dibekal dengan dua buah komputer. Tempoh durasi hasil animasi adalah selama 3 minit. Tema animasi akan diberi pada hari pertandingan bagi mengelakkan berlaku plagiat dan peniruan. Tempoh masa yang diberi untuk membina animasi adalah 9 jam, pertandingan akan bermula pada jam 9.30 pagi (28 Mac 2015) dan menghantar hasil kerja mereka pada jam 12.00 tengah hari pada (29 Mac 2015). Peserta akan mempersembah hasil mereka kepada juri dan orang ramai. Perisian yang akan diguna adalah perisian CS.
15.0 LANGKAH KESELAMATAN
14.1 Pemakluman kepada Pihak Berwajib
Selepas mendapat kelulusan daripada pihak PPMPA, urusetia akan memohon permohonan bagi mendapat khidmat kawalan daripada pihak Wisma Aman UKM bagi tetamu undangan yang merupakan tetamu kehormat.
14.2 Mendapatkan Nasihat Teknikal
Setiap program yang dijalan akan menggunakan peralatan elektrik serta elektronik yang memerlu penyeliaan yang khusus seperti komputer, projektor dan sebagainya. Khidmat nasihat daripada pegawai teknikal diperlu untuk memasti setiap urusetia memahami kaedah penggunaan serta penyelenggaraan supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
14.3 Keselamatan dan Penginapan Peserta
Setiap peserta akan menginap di Kolej Pendeta Zaaba. Peserta akan diberi taklimat penerangan berkenaan kebenaran untuk keluar pada hari pertandingan. Peserta juga akan diberi penerangan dan peraturan yang perlu dipatuhi semasa menginap di kolej kediaman yang telah ditetapkan.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 KEPERLUAN PERKHIDMATAN / KEPERLUAN PROGRAM
18.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :-
Kelab Multimedia Interaktif (IMeC) Pejabat Dekan
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p NURFARIHA BINTI MOHD KAMAL : +6019-9003853) Tel : 03 -89216141
Fax:03 -8925 6732
19.0 SYOR / PENUTUP
Pihak kami berharap program ini dapat dijalankan dengan lancar bagi mencapai objektif pertandingan serta pihak tuan/puan dapat meluluskan kertas kerja program Pertandingan Multimedia Kreatif. Di samping itu, pihak kami juga berharap pihak tuan dapat memberi bantuan kewangan bagi membantu dalam menjayakan program ini. Saya yakin dengan bantuan sokongan dan kerjasama pihak tuan/puan program ini dapat berjalan dengan jayanya dan mencapai matlamat serta visi yang telah ditetapkan.
Lampiran A
STRUKTUR ORGANISASI
PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF 2015 Penaung
Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Prof. Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM
Penyelaras
Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni
Penasihat
Dr. Siti Fadzilah Mat Noor
Pensyarah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat +6 03 - 8921 6673
Ketua Pengarah Nurfariha binti Mohd Kamal
FTSM / 2 A146231
Timbalan Pengarah
Muhammad Izzul Akmal bin Othman FTSM / 1
Setiausaha
Nurul Izzati Iffah binti Nasir FTSM / 1
A150100 Timbalan Setiausaha Norliyana binti Rosmi
FTSM / 1 A151400 Bendahari
Nur Aina binti Ahmad Yuspi FTSM / 2
A146248 Timbalan Bendahari Faten Nadiah binti Meslan
FTSM / 2 A146242
Pengarah Pemasaran : Syuhada Amirah binti Rozman FTSM / 2
A146257
AJK Pemasaran 1 : Siti Naqiyah binti Zulkafli FTSM / 2
A146226
Pengarah Publisiti dan Media : Muhammad Taufiq bin Abdullah FTSM / 1
A149577
AJK Publisiti dan Media 1 : Samsul Akmal bin Mohd Shariff FTSM / 2
A146255
Pengarah Cenderamata & Penerbitan : Nur Farahana binti Mohd Nazir FTSM / 2
AJK Cenderamata & Penerbitan 1 : Nur Amirah binti Hamidi FTSM / 2
A146885
Pengarah Teknikal : Mohd Syamil bin Mamat Shafie A148518
FTSM / 1
AJK Teknikal 1 : Mohamad Fakhrudin bin Mispar FTSM /2
A146236
AJK Teknikal 2 : Salwah binti Rosdi FTSM / 2
A146329
AJK Teknikal 3 : Elida Shazleen binti Ismail FTSM / 2
A146337
Pengarah Program & Peserta : Farah Aina bt Zainuddin FTSM / 1
A151085
AJK Program & Peserta 1 : Nurliyana binti Zainuddin FTSM / 1
A149114
AJK Program & Peserta 2 : Aimi Syahira binti Rosli FTSM / 1
A150565
AJK Program & Peserta 3 : Anis Nadhirah binti Mohd Sharudin FTSM / 1
A151519
Pengarah Perhubungan Awam : Muhammad Nooraiman bin Musa FTSM / 2
A146252
AJK Perhubungan Awam 1 : Nur Atiqah binti Md Nasir FTSM / 1
A150874
AJK Perhubungan Awam 2 : Siti Hajidah Azam binti Abang Affandi FTSM / 1
A150790
Pengarah Protokol : Nor Alia Syafika binti Bostamam FTSM / 2
A146317
AJK Protokol 1 : Siti Aisyah Azman A146296
FTSM / 2
AJK Protokol 2 : Nur Liyana Afiqah bt Zainuren FTSM / 2
Lampiran B
TENTATIF PROGRAM
TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT
24 APRIL 2015 (JUMAAT) 8.00 pagi 8.30 pagi 8.40 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 1.30 petang 2.20 petang
Kehadiran dan pendaftaran peserta Kehadiran VIP dan majlis bermula Ucapan alu-aluan
Oleh :
Dekan Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat UKM.
Ucapan dan perasmian pembukaan Oleh :
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UKM.
Sarapan pagi
Bengkel 1 : Digital Multimedia – Kaedah pembangunan Animasi Oleh : Digital Malaysia
Rehat dan makan tengahari Bengkel 2 : Animasi Oleh : Les Copaque
Dewan multimedia FTSM
25 APRIL 2015 (SABTU) 8.00 pagi 9.00 pagi 12.30 petang 2.00 petang 4.30 petang
Pendaftaran peserta dan minum pagi
Taklimat pertandingan Oleh :
Ajk pertandingan multimedia kreatif Pertandingan Multimedia Kreatif (Sesi 2)
Rehat dan solat
Pertandingan Multimedia Kreatif (Sesi 1)
Minum petang dan bersurai
Makmal Multimedia FTSM 26 APRIL 2015 (AHAD) 8.00 pagi 8.30 pagi 12.00 tengahari 2.00 petang 2.15 petang 2.30 petang 3.00 petang 4.30 petang Minum pagi
Pertandingan Multimedia Kreatif (Sesi 3)
Tamat sesi pertandingan dan rehat Majlis Penutupan
Tayangan montaj
Ucapan dan perasmian penutupan Oleh :
Dekan FTSM
Penyampaian hadiah dan cenderamata
Minum petang dan bersurai
Makmal Multimedia FTSM
Lampiran C BELANJAWAN Anggaran Pendapatan Bil Perkara RM 1. 2. 3.
Sumbangan Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat
Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM
Sumbangan /Pendapatan Luar
1,000.00 250.00 6970.00
Jumlah Pendapatan Keseluruhan 8,270.00
Anggaran Perbelanjaan Bil. Perkara RM 1. 2. 3. Publisiti o Bunting (RM 35 x 2 helai) o Poster (RM 6 x 60 helai) o Pamplet (RM 2 x 35 helai) o Baju (RM 10 x 88) Jamuan o VIP(RM10x10 orang)
o Peserta (RM 15 x 80 orang x 2 hari) o Pengiring Peserta (RM 15 x 40 x 2 hari) o AJK (RM 15 x30 orangx2 hari)
Cenderamata program o Sijil (RM 2 x 80 keping) 70.00 360.00 70.00 880.00 100.00 2400.00 1200.00 900.00 160.00
4. . o Hadiah Peserta Pertandingan Poster l. Hadiah Pertama (RM 300) 2. Hadiah Kedua (RM 200) 3. Hadiah Ketiga (RM 100) PertandinganAnimasi2D l. Hadiah Pertama (RM 700) 2. Hadiah Kedua (RM 500) 3. Hadiah Ketiga (RM 300) Cetakan
1. Kertas kerja (RM 3 x 3 cetakan) 2. Surat rasmi (RM 0.20 x 60)
3. Senarai nama pesertadan AJK (RM 3 x 3)
300.00 200.00 100.00 700.00 500.00 300.00 9.00 12.00 9.00