• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDUDUK DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU PENGENALAN ORANG ASLI ORANG MELAYU ARKEOLOGI. ARKEOLOGI (sambungan ) 10/19/2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENDUDUK DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU PENGENALAN ORANG ASLI ORANG MELAYU ARKEOLOGI. ARKEOLOGI (sambungan ) 10/19/2016"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

• Faktor kewujudan pluraliti dan kemajmukan masyarakat di rantau Alam Melayu:

Wilayah Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan tamadun dan budaya utama dunia.

Proses penghijrahan atau migrasi masyarakat untuk memenuhi keperluan hidup.

• Antara faktor kepelbagaian budaya dan masyarakat atau etnik baru yang majmuk di Alam Melayu adalah kerana berlakunya aktiviti penghijrahan manusia.

• Keunikan dan keistimewaan budaya masyarakat Melayu di Alam Nusantara ditunjukkan melalui pelbagai kajian yang dijalankan mengenai etnisiti di Semenanjung Malaysia.

• Rantau Nusantara turut merakamkan sejarah dan pembentukan tamadun masyarakatnya dalam segala bidang kehidupan termasuklah politik, ekonomi dan sosial.

PENDUDUK DI SEMENANJUNG

TANAH MELAYU

• Penduduk di Semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada: Orang Melayu

Orang Asli

ORANG MELAYU

• Aktiviti migrasi terutama migrasi luaran merupakan aktiviti utama yang bertanggungjawab mengubah keadaan masyarakat Tanah Melayu. • Penghijrahan orang Melayu secara beramai-ramai daripada selatan benua Asia

ke Semenanjung dan kepulauan Borneo pada tahun sebelum masihi telah menyebabkan penduduk peribumi (Orang Asli) pada ketika itu berpindah ke kawasan pendalaman.

• Orang Melayu mendiami kawasan pantai dan kuala sungai.

• Kawasan tepi pantai dan sungai kemudiannya berkembang menjadi pelabuhan-perlabuhan penting kerana kedudukannya yang strategik yang terletak di jalan perdagangan antara China, India dan Arab.

• Penduduk Kepulauan Melayu sering bergerak dan berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

• Kewujudan Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca dan budaya Melayu telah meningkatkan lagi pergerakan penduduk di Kepulauan Melayu.

ORANG ASLI

• Orang Asli dianggap sebagai penduduk asal Kepulauan Melayu. • Antara suku kaum orang Asli adalah:

Kaum Negrito Kaum Senoi Kaum Melayu Asli

• Kajian Peninsular Malays dan History of Perak oleh Wilkinson telah menerangkan hubungan baik diantara orang Melayu yang mendiami kawasan pantai dan orang Sakai di kawasan pendalaman.

• Orang Sakai mempunyai sumbangan yang sangat besar dalam masyarakat Melayu Perak.

• Perkembangan di Perak dan pertambahan orang Melayu menyebabkan orang Sakai mula berpindah ke kawasan bukit dan hutan.

ARKEOLOGI

• Pelbagai pertemuan artifak telah membuktikan kewujudan penduduk di Alam Melayu sejak zaman paleolitik (lebih kurang 35000 tahun dahulu), zaman mesolitik (11000 tahun dahulu) dan zaman neolitik dan zaman logam (5000 hingga 2500 tahun lalu).

• Bukti Alam Melayu telah didiami sejak ribuan tahun yang lalu telah dibuktikan melalui kajian arkeologi.

• Penemuan artifak turut menunjukkan keupayaan masyarakat ketika itu dalam penciptaan alatan untuk keperluan hidup.

• Kajian ini turut membuktikan bahawa pembentukan tamadun di negara ini telah melalui jangka masa yang begitu lama.

ARKEOLOGI (sambungan…)

Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik dan Logam

Kuala Tampan,

Perak

Gua Niah,

Sarawak

Tingkayu, Sabah

Gua Cha,

Kelantan

Gua Kecil, Pahang

Gua Kepah,

Kedah

Gua Mandai,

Sabah

Jenderam Hilir,

Selangor

Gua Gamantang,

Sabah

Gua Tengkorak,

Sarawak

Sungai Lang,

Selangor

Sungai Tembeling,

Pahang

Sungai Muar, Johor

(2)

PENDUDUK SABAH

• Suku kaum peribumi di Sabah: Kadazan Bajau Murut Dusun Bisaya Kadayun Orang Sungai Suang Laut Orang Brunei

PENDUDUK SARAWAK

• Suku kaum peribumi di Sarawak: Kelabit Melanau Melayu Bidayuh Iban Kayan Kedayan Kenyah

CATATAN PELAYAR & PEDAGANG

CINA – KEHIDUPAN MASYARAKAT

DI ALAM MELAYU

Dinasti Sung & Dinasti Ming- Zaman Kegemilangan Pemerintahan Maharaja Dinasti Chin & Dinasti Han – Terjalin Hubungan timbal balik China dengan

negara di Asia

Polisi Diplomatik China- Mencapai kerukunan dan persahabatan dengan negara asing

Catatan:-Pelayaran Zheng He & Alam Melayu Pelayar Zheng He-Yung Ya Sheng Lan

-pembinaan sebuah tokong bernama Tokong Sam Po Kong Pelayar Ma Hua- Xing Cha Sheng Lan

Pelayar Gong Zheng –Xi Yan Fan Guo Hi

Ban Gu- jelaskan abad pertama sudah terdapat jalur maritim antara China dengan India dan dibuktikan penemuan arkeologi pecahan seramik di Lembah Sungai Johor

CATATAN PELAYAR & PEDAGANG

CINA – KEHIDUPAN MASYARAKAT

DI ALAM MELAYU

Catatan:-Ma Huan & Fei Xin-sedikit orang bercucuk tanam(kerana ramai yang terlibat dengan berdagang)

Selain berdagang, orang Melaka juga bekerja sebagai nelayan, mengutip hasil hutan dan menternak binatang peliharaan

Orang Melaka beragama Islam

Berkulit kehitam-hitaman dan berkulit kuning langsat adalah orang China Orang Pahang-penduduk mengerjakan sawah ladang yang luas, mengusahakan

garam dari air laut, membuat tuak daripada buah kelapa, berdagang Langkawi (Long Ya Shan Ti)- Makanan utama dari ubi-ubian

HUBUNGAN INDIA DENGAN

ALAM MELAYU

Orang India datang ke Kepulauan Melayu lebih kurang 2000 tahun lalu Tujuan berdagang di Melaka

Wujud penempatan orang-orang India-Kampung Kling

Agama Buddha sampai ke Tanah Melayu dan tersebar luas ke Nusantara Agama Hindhu dibawa oleh pedangang India (Vaisya)

Kerajaan Hindu-Buddha dibuktikan kewujudan kerajaan seperti Funan, Angkor dlln

Agama Buddha Mahayana tumpuan imigran Cina ke Pulau Pinang membina

HUBUNGAN INDIA DENGAN

ALAM MELAYU

Srivijaya muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan berlaku kegiatan pembelajaran bahasa Sanskrit dan penterjemahan ke dalam bahasa lain. Agama Buddha berkembang pesat

Bahasa lingua francanya bahasa melayu kuno

Catatan dalam Nagarakertagam –semasa perluasan kuasa kerajaan Majapahit meliputi ke Utama Sumatera, Tanah Melayu, Champa dan Moluccas

(3)

KEHIDUPAN MASYARAKAT

MELAYU MELAKA

Abad awal selepas Masihi hingga Abad ke-16 – Proses perpindahan orang Melayu dari Sumatera ke negeri2 Melayu

Tumpuan utama Melaka untuk perdagangan dan perniagaan Tome Pires- Negeri Melaka sangat masyur dan berfaedah

Hubungan diplomatik seterusnya hubungan perdagangan antara Melaka dengan kuasa2 spt China, India, Siam dlln.

Wujud masyarakat pelbagai etnik di Melaka

Interaksi Sosial – pedagang asing dan penduduk tempatan membawa kepada pertembungan budaya

Zaman Kesultanan Melayu Melaka – Proses perkembangan budaya Melayu Masalah ditanggani

dengan:-o Undang-undang Laut Melaka o Hukum Kanun Melaka o Sistem Pembesar Berempat

KEHIDUPAN MASYARAKAT

MELAYU MELAKA(sambungan…)

Perkembangan perdagangan, agama islam dan bahasa melayu-memantapkan proses penerimaan ‘Melayu’oleh masyarakat luar

Melaka diperintah raja2 yang bijaksana dengan sistem pentadbiran yang sangat tersusun.

Raja dibantu oleh:--Bendahara -Penghulu Bendahari -Temenggung -Laksamana

Pemerintah melantik Pegawai2 khas yang menjaga kebajikan tiap-tiap bangsa berbeza

Kedatangan Islam dan Impaknya

Pengenalan dan Teori

Kedatangan Islam ke alam Melayu telah banyak merubah alam pemikiran masyarakat Melayu, di mana perubahan ini telah menjadikan daya fikir intelektual Melayu terus berkembang sehingga kerajaan Melaka abad ke 15 menjadi pusat intelektual Islam sedunia berkumpul untuk membahaskan pelbagai disiplin keilmuan Islam serta isu masyarakat semasa.

Pandangan Barat

• Eredia Gadinho mengatakan Islam telah sampai ke alam Melayu Melalui China, beliau mendakwa bahawa pedagang-pedagang China dan Arab telah menyebarkan Islam di kepulauan Nusantara.

• Snouck Hurgronje (Belanda) yang mendakwa bahawa Islam yang ada di alam Melayu pada masa ini disebarkan oleh para pedagang India • John Crowford menyatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu

adalah dibawa oleh para pedagang Arab.

Pandangan Tempatan

(sambungan…)

• Syed Naquib al-Attas menyatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dibawa oleh orang Arab sama ada melalui perdagangan atau dakwah yang dibawa oleh para ahli sufi dan ilmuan Islam.

SEJARAH AWAL KEDATANGAN

ISLAM

• Sejarah Melayu ini menyatakan bahawa Islam telah sampai ke Melaka sekitar tahun 1409, di mana Parameswara selaku Raja Melaka pada masa itu telah memeluk Islam dengan membawa gelaran Sultan Iskandar Syah. . Semasa I-Tsing berkunjung ke Srivijaya beliau juga mendapati bahawa orang Melayu sudah menerima Islam sekitar tahun 671 masihi. Begitu juga di Kelantan turut menerima Islam sekitar 1181, ini dibuktikan dengan wujudnya kerajaan Islam Kelantan dan penggunaan wang dinar.

(4)

KESANNYA TERHADAP

MASYARAKAT

• Sosial dan Budaya

Menurut Syed Naquib al-Attas perubahan sosial dan budaya pada masyarakat adalah amat jelas terutama yang berkaitan undang-undang kekeluargaan. Islam telah menyatukan masyarakat melalui asimilasi budaya yang dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Budi bahasa serta adab masyarakat banyak berteraskan ajaran Islam.

Politik

• Islam juga telah membentuk pemikiran politik yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, dan antaranya ialah wujudnya kerajaan Melayu yang menggunakan undang-undang Islam sebagai undang-undang.

Ekonomi

• Kedatangan Islam juga turut memberi kesan terhadap sistem ekonomi, di mana penggunaan mata wang Dinar juga melambangkan pengaruh Islam. Selain itu, sistem perdagangan yang diamalkan terutama di Melaka pada masa itu banyak merujuk kepada perniagaan yang berlandaskan Islam.

Bahasa dan Tulisan

• Faktor bahasa dan tulisan juga turut mempengaruhi masyarakat Melayu, penggunaan tulisan jawi sebagai alat komunikasi utama menunjukkan bagaimana Islam merubah dan meletakkan nilai insani kepada tahap yang betul

Pendidikan

• Perubahan terhadap alam pendidikan turut berlaku dalam masyarakat Melayu, sebelum itu pendidikan masyarakat lebih menjurus kepada adat-istiadat terutama faham Hindu dan unsur animisme, tetapi setelah Islam sampai. Pendidikan lebih kepada penilaian akal budi serta adab dan akhlak.

Stratifikasi Masyarakat Melayu

Tradisional

• Dalam Sejarah Melayu, , raja berhak melantik beberapa orang pembesar. Kuasa mutlak yang ada pada raja pula ialah baginda berhak menitahkan rakyatnya. Sekiranya ada rakyat yang didapati enggan menurut perintah, maka rakyat tersebut berhak dijatuhkan hukuman mengikut budi bicara raja • Masyarakat Melayu digambarkan mempunyai struktur yang tersusun. lanya

didahului oleh seorang raja sebagai pemerintah. Baginda akan dikelilingi oleh kerabat-kerabat di raja, permaisuri, putera-puteri raja serta kaum kerabat di raja yang lain

(5)

Gambaran stratifikasi masyarakat

Melayu tradisional

Sistem Kepercayaan Masyarakat

Melayu Tradisional

• Masyarakat Melayu Tradisional merupakan golongan masyarakat yang hidup secara berkelompok dan menetap di kawasan sungai dan pedalaman. Sebelum kedatangan Islam, Masyarakat Melayu Tradisional mengamalkan kepercayaan fahaman animisme dan agama Hindhu-Budha. Setelah kedatangan Islam, segala perkara yang bertentangan dengan agama Islam ditinggalkan dan masyarakat Melayu mula memeluk Islam yang berpandukan Al-quran dan Hadis.

KEPERCAYAAN ANIMISME.

• Dikaitkan dengan kepercayaan animisme,iaitu tentang wujudnya semangat,penunggu,puaka dan lain makhluk alam ghaib. Mereka juga percaya kepada peranan orang perantaraan iaitu individu yang boleh berkomunikasi dengan kuasa ghaib/makhluk halus. Mereka percaya orang biasa tidak mampu untuk berhubung dengan kuasa-kuasa ini .Diperkukuhkan dengan kewujudan bomoh dan pawang yang menjadi perantara.

TULISAN JAWI

• Dipanggil Yawi di Pattani

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi (huruf Arab)

• Merupakan salah satu dari dua sistem tulisan rasmi di Brunei dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia

• Penggunaan

- dahulunya merupakan abjad piawaian bahasa Melayu - diganti oleh abjad Rumi

- hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan

• Kini Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif seperti Sulu di Filipina, Pattani di Thailand dan Kelantan di Malaysia

KONSEP KEADILAN RAJA

• Konsep keadilan menurut Raja Ali Haji

“….mengḥukumkan atau melakukan suatu atas seorang dengan patutnya, dengan muwāfaqat dengan Qur’ān dan Ḥadīth dan Ijmā‘ atau melakukan suatu yang dibilangkan indah dan patut serta manfa‘at, kepada orang yang benar dan kepada orang yang mempunyai mata hati”[34]

• Konsep beraja adalah negara yang mempunyai pemerintah untuk memerintah sebuah negeri.

• Konsep keadilan raja adalah keadilan bagi seorang raja dalam membuat keputusan bagi menjatuhkan hukuman atau dalam membuat penilaian.

PERUNDANGAN DAN ADAT

• Adat menjadi pegangan masyarakat Melayu tradisional.Segala bentuk Undang-undang bersumberkan daripada adat.Undang-Undang-undang terbahagi kepada tiga jenis iaitu undang-undang bertulis , tidak bertulis dan undang-undang Islam. Undang-undang tidak bertulis terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

Undang-undang lisan disebut sebagai hukum adat. Adat ialah peraturan yang diamalkan dalam sesuatu masy. secara turun-temurun sehingga akhirnya berubah menjadi hukum yang harus dipatuhi. Di Tanah Melayu Hukum Adat berdasarkan dua sumber iaitu resam / adat turun-temurun dan hukum syarak (Hukum Islam)

(6)

Peranan adat dan undang-undang

1) Menjamin keamanan, keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan dalam masyarakat. 2) Mengawal tingkah laku manusia dan mengeratkan persaudaraan.

3) Menentukan hak seseorang dalam masyarakat terutamanya harta warisan terjamin. 4) Menjamin kedudukan raja dan pembesar dan membentuk pemerintahan yang adil

dan saksama.

5) Semua anggota masyarakat mesti mematuhi dan mengamalkan adat. Sesiapa ingkar dikenakan hukuman.

6) Dijadikan garis panduan untuk melakukan sesuatu perkara

7) Masyarakat sedar batas-batas mereka sebagai rakyat; keamanan dan kesejahteraan akan

terjamin

Sambungan…

8) Adat juga dapat membentuk keperibadian sesebuah masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial.contohnya dalam masyarakat yg amalkan adat perpatih, mereka lebih mementingkan wanita dalam soal pembahagian harta pusaka dan nasab keturunan, manakala dalam Adat Temenggung, kaum lelaki diutamakan dalam pelbagai hal.

9) Untuk menjaga dan mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah iaitu raja dan pembesar.

10)Dengan adanya undang-undang, raja dapat mengukuhkan kedudukannya kerana rakyat tidak berani mempersoalkan hak-hak keistimewaan raja. Raja juga dapat menentukan hak dan tanggungjawab setiap anggota masyarakat. Tanggungjawab dan hak setiap anggota masyarakat tidak boleh dipersoalkan kerana telah termaktub dalam undang-undang dan adat.

POLA ADAPTASI MASYARAKAT

Dalam pola adaptasi masyarakat ada tujuh ciri-ciri masyarakat 1. MASYARAKAT YANG SUKA HIDUP DALAM KUMPULAN.

- Setiap individu menyedari bahawa dia adalah sebahagian daripada anggota masyarakat tersebut.

- Wujud hubungan timbal balik dalam kelompok.

- Terdapat faktor milik bersama seperti sekeluarga, sebangsa, senegara dan seideologi.

-Peranan yang dimainkan anggota kelompok untuk mengendalikan kelompok mereka agar dinamik dan berkembang.

POLA ADAPTASI MASYARAKAT

2. MASYARAKAT YANG MELAHIRKAN KEBUDAYAAN Apabila manusia hidup di dalam sesuatu kelompok, mereka akan lebih kreatif dan inovatif. Untuk memenuhi keperluan hidup seharian mereka telah menghasilkan kebudayaan sama ada berbentuk material ataupun bukan material. Walau bagaimanapun kebudayaan yang dilahirkan itu berbeza di antara masyarakat bergantung kepada keperluan masyarakat itu sendiri.

POLA ADAPTASI MASYARAKAT

3. MASYARAKAT BERUBAH

Masyarakat sentiasa mengalami perubahan merangkumi segala aspek kehidupan seperti bilangan ahli, sistem ekonomi, politik dan sosial. Perubahan boleh berlaku secara sedar atau tidak sedar dan secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh faktor luaran seperti proses migrasi, pertembungan budaya dan penjajahan. Selain itu, faktor dalaman masyarakat seperti pertambahan bilangan penduduk dan penerimaan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial juga

POLA ADAPTASI MASYARAKAT

4. MASYARAKAT SALING BERHUBUNGAN

Masyarakat sentiasa berhubungan antara satu sama lain sama ada sesama kelompok atau berlainan kelompok. Hubungan boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Hubungan secara formal sering kali berlaku dalam bentuk dua hala atau bersemuka, seperti hubungan antara individu dalam masyarakat atau dalam urusan pentadbiran, guru dengan murid atau pensyarah dengan pelajar di dalam kelas. Sementara hubungan tidak formal adalah seperti interaksi antara

(7)

5. MASYARAKAT MEMPUNYAI KEPIMPINAN

Dalam masyarakat wujud kepimpinan. Setiap individu dilahirkan sebagai pemimpin. Mereka boleh berperanan sebagai pemimpin di kalangan keluarga, sebagai ketua kampung, ketua komuniti, ketua daerah, ketua negeri dan ketua negara. Dalam masyarakat tradisional, pemimpin dipilih secara keturunan atau diwarisi, namun begitu di dalam masyarakat moden pemimpin dipilih berdasarkan pencapaian, kewibawaan serta karisma mereka. Tanggungjawab pemimpin adalah untuk mengurus masyarakat yang dipimpin. Kebijaksanaan pemimpin menentukan kedinamikan dan kemajuan sesebuah masyarakat.

POLA ADAPTASI MASYARAKAT

POLA ADAPTASI MASYARAKAT

6. STRATIFIKASI SOSIAL

Stratifikasi sosial atau susun lapis masyarakat tidak dapat dielakkan daripada wujud dalam sebuah masyarakat kerana anggota masyarakat mempunyai perbezaan dari segi keupayaan masing-masing. Stratifikasi sosial dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, kelas yang berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan, kedua, status

ditentukan oleh peranan individu dalam masyarakatnya dan ketiga, kasta yang keahliannya hanya ditentukan melalui kelahiran. Dalam

masyarakat Melayu tradisional, stratifikasi sosial dibahagikan kepada golongan pemerintah (golongan diraja dan bangsawan) dan golongan yang diperintah (rakyat dan hamba). Dalam masyarakat moden pula, kelas sosial terdiri daripada golongan atasan, golongan pertengahan dan golongan bawahan

POLA ADAPTASI MASYARAKAT

7. SISTEM SOSIAL

Menurut Norazit (1989), sistem sosial adalah suatu susunan bahagian yang saling berkaitan dan saling memerlukan untuk membentuk satu kesatuan. Sistem ini merupakan satu model konseptual untuk menganalisis sesuatu fenomena yang agak kompleks dan merupakan sebahagian daripada struktur sosial yang lebih meluas lagi. Contoh sistem sosial ialah sistem kekeluargaan, sistem ekonomi, undangundang dan lain-lain lagi. Kesemua sistem ini saling berkait di antara satu sama lain dan mempunyai fungsi masing-masing. Dengan kata lain, jika satu bahagian sistem sosial berubah ia akan mempengaruhi bahagian yang lain

Referensi

Dokumen terkait

Hasil observasi pada proses pembelajaran berbicara anak dalam pembelajaran dongeng dengan pendekatan kontekstual melalui media audio visual pada siklus pertama dapat dilihat

Peningkatan yang terjadi tidak hanya dari segi kuantitas saja, tetapi dari segi kualitas produk yang diluncurkan dari Agen Tunggal Pemegang Merek (ATPM) yang

Alif hanya mempunyai satu bentuk, yaitu bentuknya sendiri (). Sedangkan hamzah karena dia tidak mempunyai bentuk sendiri maka terkadang ditulis dalam bentuk alif, wawu,

Adalah nyata bahwa pribadi bangsa Indonesia seharusnya memiliki kepribadian yang luhur, kepribadian yang tinggi dan mempunyai identitas diri yang terdidik karena

Dengan adanya penelitian ini, diharapkan kepada peneliti mendatang agar memperhatikan waktu, karena yang menjadi keterbatasan dalam penelitian ini adalah waktu,

Data dari Teknopreneur menunjukkan bahwa penggunaan Instagram meningkat 10 kali lipat dan diunduh hampir 250.000 kali per hari di Google Play dengan waktu rata

Tiga ciri-ciri pembelajaran kolaboratif yang ditekankan dalam persekitaran pembelajaran ini adalah yang telah dicadangkan oleh Kirschner (2001) iaitu: pelajar

Tujuan dalam penelitian ini untuk mengetahui tingkat pola asuh orang tua yang diterapkan, untuk mengetahui tingkat kecerdasan emosional, dan untuk mengetahui