• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul TMK Tahun 6 Modul 1 Memahami Pengaturcaraan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Modul TMK Tahun 6 Modul 1 Memahami Pengaturcaraan"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(3)

2

Standard kandungan:

1.0 Memahami Pengaturcaraan

Standard

pembelajaran:

1.1 Menyatakan kegunaan atur cara komputer

dalam perkakasan harian.

Masa: 60 minit

NOTA RUJUKAN

Atur cara adalah satu senarai arahan atau tatacara

untuk diikuti supaya sesuatu matlamat tercapai.

MODUL P1

(4)

3

Contoh 1 : Set atur cara memain DVD

Pilih DVD yang ingin ditonton.

Pastikan televisyen dan pemain DVD telah dipasang.

Klik pada butang open untuk mengeluarkan tray DVD.

Letakkan DVD pada tray dan klik butang close.

Pilih play pada paparan menu.

Jika semua langkah-langkah untuk memainkan DVD telah

diikuti, tetapi masih gagal untuk ditontoni. Mengapa?

(5)

4

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid biasa menggunakan perkakasan digital dalam aktiviti seharian

KEPERLUAN PERKAKASAN

1) Model mesin basuh 5) sticky note

2) Model televisyen 6) manila kad

(6)

5

AKTIVITI 1

Dunia Mesin

Aktiviti drama/ main peranan

Arahan: Murid dipilih untuk melakonkan watak yang berikut:

i)Watak utama ( Amir )

ii) Watak kedua (Ibu Amir)

iii) Mesin basuh

iv) Televisyen

v) Ketuhar gelombang mikro

vi) DVD

Contoh situasi :

Pada suatu hari, ibu Amir meminta Amir untuk melaksanakan kerja rumah iaitu membasuh kain dan memanaskan makanan. Ibu Amir hendak pergi menziarahi jiran yang kurang sihat.

Contoh dialog:

Ibu: Amir..Amir…bangun nak.

Amir: Awalnya ibu kejutkan Amir. Kenapa ibu?

Ibu: Amir….ibu nak pergi melawat makcik Kiah sebentar. Amir tolong

basuhkan kain dan panaskan lauk untuk makan tengahari nanti ye.

(7)

6

(Ibu pun pergi menziarahi makcik Kiah. Amir terus bangun dan bersiap. Setelah menikmati sarapan pagi, Amir mula melaksanakan tugas yang telah dipesan oleh ibu.)

Amir: Hurmmm…banyak sungguh baju yang hendak dibasuh hari ini.

(Amir pun memasukkan baju ke dalam mesin basuh….Tiba-tiba…)

Amir: Aikkk….kenapa dengan mesin basuh ni? Tak boleh berfungsi seperti

biasa. Apa masalahnya pula? Terpaksalah membasuh dengan tangan.

(Amir pun membasuh semua kain tersebut dengan menggunakan

tangan. Setelah selesai membasuh dan menyidai baju, perut Amir terasa lapar. Amir segera pergi ke dapur untuk memanaskan lauk)

Amir: Laaa…kenapa pula dengan microwave ni? rosak juga ke? makan makanan sejuk la nampak gayanya hari ini.

(Selesai makan tengahari, Amir ingin merehatkan badan dengan

menonton televisyen)

Amir: Eh! Eh!...kenapa dengan tv ni pula? Malam tadi elok je terpasang,

tengahari ni dah rosak pula. Huhu…apa la nasib saya hari ini.

Langkah 1 : Murid yang telah dikenalpasti melakonkan watak dalam situasi tersebut.

Langkah 2 : Setelah selesai lakonan, murid dikehendaki memberikan pengajaran / moral daripada cerita tersebut.

(8)

7

Langkah 3 : Dalam kumpulan, murid membincangkan kesan jika tiada atur cara komputer di dalam perkakasan harian yang terdapat dalam lakonan tadi.

Langkah 4: Murid menulis kesan jika tiada atur cara komputer dalam perkakasan harian atas kertas pelekat dan tampal di atas kad manila di papan kenyataan.

Contoh jawapan murid:

Mesin basuh automatik membantu memudahkan kerja manusia untuk membasuh, membilas dan mengeringkan pakaian.

(9)

8

PENILAIAN 1

Telefon bimbit Mesin Fotostat

(10)

9

Standard kandungan:

1.0 Memahami Pengaturcaraan

Standard

pembelajaran:

Masa:

1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah

aktiviti harian dengan satu set arahan dalam atur cara komputer.

1.3 Menulis satu set arahan yang

menggambarkan aktiviti harian

60 minit

NOTA RUJUKAN

Atur cara komputer adalah satu set arahan bertertib

yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu aktiviti. Atur cara

komputer dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan.

Apa itu aturcara komputer? Atur cara Komputer

(11)

10

Proses menghasilkan atur cara komputer dikenali sebagai

pengaturcaraan komputer.

Contoh 1 : Masuk ke makmal komputer

Situasi:

Amin ingin mencetak tugasan yang telah diberikan kepadanya di makmal komputer sekolah.

Tanda tangan pada buku log

Hidupkan komputer

Cari dokumen yang dikehendaki

Hidupkan pencetak

Cetak dokumen

Matikan pencetak

Matikan komputer

Atur cara komputer berlaku di sini

 Pencetak menerima arahan

mencetak

 Pencetak melakukan tindakan

(12)

11

Contoh 2: Atur cara mencuci pakaian menggunakan mesin basuh

Kumpul pakaian yang ingin dicuci

Masukkan pakaian ke dalam mesin basuh

Masukkan serbuk pencuci ke dalam bekas cucian

Hidupkan mesin basuh

Timbang berat pakaian

Anggar tahap air yang diperlukan

Anggar masa cucian yang diambil

Masukkan air ke dalam mesin basuh

Lakukan kerja cucian

Membilas

Keringkan pakaian

Masukkan air ke dalam mesin basuh

Lakukan kerja cucian

Membilas

Keringkan pakaian

Matikan suis mesin basuh

Keluarkan pakaian yang telah dicuci

Sidai pakaian yang telah siap dicuci

(13)

12

Untuk mencapai sesuatu hasil dalam aktiviti harian, kita

perlu mengikut set arahan (langkah-langkah yang tertib) dan ini

mempunyai persamaan dengan set arahan dalam atur cara komputer.

Contoh Set Arahan Aktiviti Harian : Perhimpunan Pagi

Beratur mengikut kelas

Luruskan barisan

Nyanyian lagu Negaraku

Nyanyian lagu negeri

Nyanyian lagu sekolah

Doa

Ucapan guru bertugas

Berbaris masuk ke kelas

(14)

13

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid telah mempelajari kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian

KEPERLUAN PERKAKASAN

(15)

14

AKTIVITI 1

Roda Kehidupan

Aktiviti kumpulan

Arahan : Murid mendengar penerangan guru berkaitan perkaitan antara langkah aktiviti harian dengan set arahan dalam komputer. Kemudian, murid dibahagikan mengikut kumpulan.

Langkah 1: Setiap kumpulan akan tampil ke hadapan dan memutar roda kehidupan.

Langkah 2: Setiap kumpulan akan kembali ke kumpulan bersama dengan tugasan yang terdapat di dalam sampul.

Langkah 3: Setiap kumpulan akan mula menyusun langkah aktiviti harian dan set arahan dalam komputer. Guru akan merekod waktu tugasan dilaksanakan.

Langkah 4: Kumpulan yang paling pantas menyelesaikan tugasan, dikira sebagai pemenang.

Contoh Life Wheel:

Membeli tiket lrt

Memanaskan lauk menggunakan ketuhar gelombang mikro Membeli air dari

mesin penjualan air

(16)

15

Contoh soalan tugasan: Membeli tiket LRT

1) Anda hendak pergi ke KLCC untuk menonton wayang bersama

rakan-rakan. Anda merancang untuk pergi ke KLCC dengan menaiki LRT.

Senaraikan langkah untuk membeli tiket lrt dari rumah anda yang terletak

di stesen LRT Damai ke stesen lrt KLCC.

2) Tuliskan set arahan komputer untuk tugasan tersebut.

Contoh penyelesaian tugasan:

Langkah-langkah aktiviti harian Set arahan komputer

Saya bersiap awal untuk

menontong wayang di KLCC. Kemudian saya berjalan kaki ke stesen lrt. Sampai sahaja di stesen lrt, saya terus membeli tiket untuk ke KLCC. Setelah membeli tiket, saya menaiki lrt ke stesen KLCC.

Setibanya di stesen KLCC, saya turun menuju ke panggung wayang.

Berjalan ke stesen lrt

Naik lif/tangga/eskelator ke tempat penjualan tiket

Pilih stesen yang hendak dituju (stesen KLCC)

Masukkan wang

Ambil tiket

Naik lrt

(17)

16

PENILAIAN 1

Arahan: Sila isi ruang kosong persamaan dan perbezaan antara atur cara dengan atur cara komputer

Persamaan

Perbezaan

Atur cara Atur cara komputer

(18)

17

PENILAIAN 2

Situasi: Alexandar mengajak kawan-kawannya bermain konda kondi di taman.

Arahan: Anda dikehendaki menyenaraikan langkah-langkah aktiviti tersebut mengikut tertib.

1. ___________________________________________________________

2. ___________________________________________________________

3. ___________________________________________________________

4. ___________________________________________________________

5. ___________________________________________________________

6. ___________________________________________________________

7. ___________________________________________________________

8. ___________________________________________________________

9. ___________________________________________________________

(19)

18

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid: Tahun:

Kelas

Modul: Pengaturcaraan

Standard Kandungan:

1.0 Memahami Pengaturcaraan.

Standard

Pembelajaran:

1.1 Menyatakan kegunaan atur cara komputer

dalam perkakasan harian.

1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah

aktiviti harian dengan set arahan dalam atur cara komputer.

1.3 Menulis satu set arahan yang mengambarkan

aktiviti harian.

Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan

Ya Tidak

1 Murid dapat membezakan atur

cara dengan atur cara komputer

2 Murid dapat menyenaraikan

langkah-langkah aktiviti harian mengikut tertib

3 Murid dapat menyusun semula

set arahan dan atur cara komputer

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)

TARIKH

Nama Guru: Tandatangan &

Tarikh

Disahkan oleh: Tandatangan &

(20)

19

Standard Kandungan: 1.0 Memahami pengaturcaraan

Standard Pembelajaran: 1.4 Menulis satu set arahan bagi satu peralatan digital dalam melakukan tugasan

1.5 Membina arahan-arahan tambahan dalam atur cara bagi menambah fungsi sesuatu peralatan digital

Masa: 60 minit

NOTA RUJUKAN

Contoh set arahan peralatan digital dalam melakukan tugasan:

Pembersih hampagas robotik

Mula

Mesin pembersih hampagas bergerak

Mesin pembersih hampagas menyedut

Jika tiada permukaan lantai di hadapan

Mesin pembersih hampagas akan berundur

Mesin pembersih hampagas menyedut

Tamat

(21)

20

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid telah mempelajari langkah aktiviti harian dan set arahan dalam atur cara komputer

KEPERLUAN PERKAKASAN

1. Radio

2. Kotak beracun

3. Kertas mahjong

(22)

21

AKTIVITI 1

Kotak Arahan Beracun

Langkah 1: Murid mendengar penerangan guru berkaitan set arahan komputer dalam peralatan digital.

Langkah 2: Murid duduk di dalam bulatan untuk permainan kotak arahan beracun.

Langkah 3: Guru akan memasangkan muzik. Kotak arahan beracun akan diedarkan sehingga muzik diberhentikan.

Langkah 4: Murid yang memegang kotak arahan beracun akan mengambil satu kertas dari kotak tersebut.

Langkah 5: Murid akan menulis set arahan komputer untuk peralatan digital yang tertera pada kertas tersebut di papan putih.

(23)

22

Contoh hasil aktiviti:

Pembersih hampagas robotik

Mula

Mesin pembersih hampagas bergerak

Mesin pembersih hampagas menyedut

Jika tiada permukaan lantai di hadapan

Mesin pembersih hampagas akan berundur

Mesin pembersih hampagas menyedut

Jika ada permukaan yang basah

Mesin pembersih hampagas keringkan

Tamat

(24)

23

Mari kita kaji.

Senaraikan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh

dilakukan ke atas perkakasan harian tersebut.

Contoh:

Self-timer untuk off bagi tempoh masa yang tertentu

Pengesan ‘eye contact’

akan off televisyen

sekiranya tiada lagi ‘eye

contact ‘

Touch screen kaca

(25)

24

PENILAIAN 1

Situasi: Puan Wong ingin mencetak dokumen penting dari komputer

peribadinya.

Arahan: Anda diminta menyusun semula set arahan dengan betul

mengikut situasi di atas ke dalam jadual yang disediakan di bawah.

Matikan pencetak

Cari dokumen

Cetak

Matikan komputer

Hidupkan komputer

Hidupkan pencetak

(26)

25

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid: Tahun:

Kelas

Modul: Pengaturcaraan

Standard Kandungan:

1.0 Memahami Pengaturcaraan.

Standard

Pembelajaran:

1.4 Menulis satu set arahan atur cara komputer dalam

melakukan tugasan.

1.5 Mencadangkan penambahbaikan

arahan-arahan dalam atur cara bagi sesuatu peralatan dalam melaksanakan tugas.

Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan

Ya Tidak

1 Murid boleh menulis satu set

arahan atur cara komputer dalam melakukan tugasan

2 Murid boleh mencadangkan

penambahbaikan arahan-arahan dalam atur cara bagi sesuatu peralatan dalam melaksanakan tugas

3 Murid boleh menjelaskan

kegunaan pengatur caraan dalam kehidupan seharian

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)

TARIKH

Nama Guru: Tandatangan &

Tarikh

Disahkan oleh: Tandatangan &

(27)

Referensi

Dokumen terkait

(kuis) sebanyak dua kali sebelum UTS dan dua kali sebelum UAS (rincian detailnya tercantum dalam rancangan pembelajaran semester (RPS). Kompetensi Softskill : Manajemen

[r]

[r]

Paket pengadaan ini terbuka untuk penyedia barang/jasa yang teregistrasi pada Layanan Pengadaan Secara Elektronik (LPSE) dan memenuhi persyaratan sebagaimana

--- Padahariini, Senin tanggal satu bulan Desember tahun dua ribu empat belas pukul tiga belas Waktu Indonesia Barat, berdasarkan Surat Perintah Asisten Kapolri

we conclude that all major non conformites have been properly addressed and closed. There is commitment of management to make corrective action and for continuous

Kepada peserta yang berkeberatan atas Pengumuman Pemenang Pemilihan Langsung diberikan kesempatan untuk mengajukan sanggahan secara tertulis, selambat-lambatnya sampai dengan

ke proses yang lain. Gambar anak panah menunjukkan arah dari perpindahan tersebut. Data store adalah simbol yang digunakan untuk mengilustrasikan tempat penyimpanan