• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah dan Isu isu Palestin

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah dan Isu isu Palestin"

Copied!
43
0
0

Teks penuh

(1)

BAB DUA

Sejarah dan Isu-Isu Palestin

2.1 Pendahuluan

Isu Palestin dan gerakan Zionisme adalah isu yang sangat penting untuk dikaji dan difahami oleh semua individu Muslim kerana ia melibatkan masa depan Islam itu sendiri. Keunikan nilai sejarah yang terdapat di bumi Palestin sangat beerti bagi kaum Muslimin di dunia.

Justeru, sudah tentulah menjadi satu kewajipan kepada umat Islam agar kesucian dan kehormatan bumi tersebut sentiasa terpelihara daripada tangan-tangan musuh yang cuba untuk merosakkannya. Zionisme telah mengancam ketuanan Islam terhadap Baitulmaqdis apabila ia telah merampas hak milik mutlak Islam iaitu tanah Palestin secara zalim dan kejam. Di samping itu, Zionisme juga menindas anak watan Baitulmaqdis yang terdiri daripada umat Islam dan Kristian.

(2)

tunduk di bawah rejim laknatullah ini tanpa melakukan apa-apa sahaja. Oleh itu, rakyat Palestin wajib bangun menentang kezaliman ini walaupun hanya dengan menggunakan batu kecil demi mempertahankan tanah suci yang diberkati Allah.

2.2 Sejarah Palestin dan Baitulmaqdis

Semenjak zaman silam lagi wujudnya manusia yang mendiami di tanah Palestin ini apabila adanya bukti-bukti yang didapati hasil dari aktiviti penggalian mereka. Bumi ini juga telah menyaksikan zaman perkembangan manusia pertama yang bermula dengan sistem penternakan binatang kepada pertanian. Wujudnya satu kota pertama yang dibina di sebelah timur laut Palestin iaitu lebih kurang 8000 tahun S.M sebagaimana mengikut kajian pakar arkeologi.1

2.2.1 Kedudukan Geografi

Negara Palestin terletak di bahagian barat daya Syam iaitu di sebelah barat Asia yang memanjang ke persisiran pantai di sebelah timur Laut Mediterranean. Kedudukannya yang strategik dianggap sebagai tempat yang menghubungkan benua Asia dengan Afrika dan juga sebagai titik pertemuan di antara dunia-dunia Islam.

1

(3)

Sempadan Palestin bermula dari Lebanon di Ras El-Nakoura di wilayah Laut Mediteranian ( Laut Tengah ) dan dengan garis lurus mengarah ke timur sampai ke daerah di sebelah kota kecil Lebanon iaitu kota Bent Jubayel, garis pemisah antara kedua negara ini condong ke utara dengan sudut yang hampir lurus. Pada titik ini, sempadannya melalui air Sungai Jordan yang menjadi sebahagian Palestin yang membatasinya dari wilayah timur dengan wilayah Syria dan danau Al-Hola, Lout dan Tabariyya.

Sempadan wilayah Jordan dimulai di wilayah selatan danau Tabariyya pada laluan Sungai Al-Yarmouk terus sepanjang Sungai Jordan. Dari mata air Sungai Jordan, sempadan ini ke arah selatan membelah pertengahan Laut Mati secara geometrical dan lembah Arab hingga sampai di daerah Aqaba.

Sempadan dengan Mesir dapat digambarkan dengan garis hampir membentuk garis lurus yang membelah antara daerah semipulau Sinai dan padang pasir Al-Naqab. Sempadan ini dimulai di Rafah di Laut Tengah hingga sampai ke daerah Taba di Teluk Aqaba.

(4)

negara-negara Arab, Palestin membentuk kombinasi geografi yang semula jadi bagi medan daratan yang luas bagi kehidupan orang asli Badwi di wilayah selatan.

Tanah Palestin mempunyai keistimewaan berbanding dengan daerah lain kerana ia merupakan sebahagian tempat tinggalnya manusia pertama, tempat diturunkannya agama samawi, tempat di mana munculnya peradaban kuno, menjadi jambatan aktiviti komersial dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk faktor penghubung antara perbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah.2

Palestin juga merupakan tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu, sebagaimana ia juga mempunyai lokasi yang strategik. Maka daripada itu sangat munasabahlah jika Palestin menjadi tumpuan bagi kerakusan orang ramai yang ingin berkuasa dan memonopoli keistimewaannya.

Dalam keadaan sama ada aman mahupun perang, lokasi Palestin sangatlah penting. Pada zaman kuno dahulu, Palestin merupakan salah satu laluan perdagangan antarabangsa yang terpenting. Ia menghubungkan tempat peradaban Lembah Nil dan wilayah selatan negeri Syria dan Iraq pada bahagian lainnya. Palestin selalu sahaja menjadi tempat

2Mohd Hanif Bin Ismail. 2004. Gerakan Zionisme Mengancam Umat Islam. Kuala

(5)

laluan pedagang baik dahulu kala mahupun pada zaman setelah kedatangan Islam. rombongan Arab pada musim panas zaman dahulu selalu berjalan dari Semenanjung Arab menuju ke arah Palestin iaitu perjalanan di waktu musim panas dan dingin.

Ia juga merupakan laluan bagi kabilah-kabilah Arab yang berekspedisi ke negeri Syria atau Afrika utara yang datang dari semenanjung Arab. Sebahagian daripada kabilah ini tetap bermukim di Palestin sementara yang lain tinggal di wilayah-wilayah berhampiran. Kepentingan kedudukan Palestin yang sangat strategik bagi komersial terus bertambah di saat wilayah tersebut menjadi laluan bagi kafilah-kafilah komersial yang menjalankan urusan perniagaan dari timur ke Eropah dan sebaliknya.3

Kapal-kapal dagang biasanya akan berlabuh di Aden dan menurunkan barang-barang kargo yang akan dipindahkan menerusi daerah Yaman dan Hijaz, kemudian terus ke pelabuhan Palestin di Laut Tengah. Kapal-kapal yang berada di pelabuhan menunggu untuk diisi dengan berbagai jenis barang seperti sutera, minyak wangi, permata dan lain-lain barang berharga yang akan di hantar ke pelabuhan Eropah.

Pada sudut yang lain, pelabuhan Palestin menyediakan negeri-negeri jirannya di wilayah timur Syria dan Jordan dengan pelbagai kemudahan hingga tahun 1948. Perdagangan antarabangsa Jordan sangat bergantung pada pelabuhan-pelabuhan ini, tetapi hal tersebut

3

(6)

telah berubah arah geografinya setelah berlakunya pendudukan Zionis di bumi Palestin. Setelah itu, para pedangang Jordan menuju ke arah pelabuhan Lebanon dan Syria di samping pelabuhan yang ada di Teluk Aqaba. Minyak Iraq yang mengalir dari telaganya di daerah Kirkuk ke wilayah utara Iraq ke loji penyulingan di daerah Haifa juga dihentikan pada tahun 1948.

Dari aspek ketenteraan, lokasi Palestin juga penting kerana secara faktanya wilayah ini adalah pusat berbagai ekspedisi ketenteraan. Ini dianggap penting kerana negara-negara asing telah menjadikannya sebagai laluan dalam penaklukan-penaklukan ketenteraan yang mereka lakukan. Banyak bangsa-bangsa dan kuasa-kuasa asing telah menduduki Palestin seperti Babylon, Ashouria, Al-Hethyeen, Parsi, Yunani dan Rom yang pada akhirnya menyatu dalam wadah negara Islam dan menjadi bahagian yang tidak terpisah darinya.4

2.2.2 Penduduk Asal Bumi Palestin

Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa berketurunan Kan‟an merupakan

bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka berasal dari Semenanjung Tanah Arab dan berhijrah ke Palestin sejak 4500 tahun dahulu. Sejak itu, bumi Palestin dikenali sebagai Bumi Kan‟an kerana ia telah didominasikan oleh bangsa itu.

4

(7)

Bangsa dari masyarakat Timur Laut Mediteranian dikenali sebagai Filistin dan bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin. Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya terus tinggal di sana dengan aman. Apabila muncul majoriti penduduk Palestin memeluk Islam, mereka mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama selaras dengan perkembangan agama Islam di sana. Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan dalam sejarah Islam. bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 hijrah ( 636 M ) sehingga sekarang.

Kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin yang dianggarkan seramai 6 juta telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar negara.

2.2.3 Dakwaan Kaum Yahudi Sebagai Penduduk Asal

(8)

menyebabkan wujudnya kebencian daripada bangsa lain. Bagi Yahudi mereka boleh bangun sendiri tanpa meminta bantuan orang lain.5

Dakwaan Yahudi bahawa Palestin adalah milik mereka berdasarkan fakta sejarah adalah palsu dengan hak-hak Muslim Palestin. Ini berdasarkan beberapa hujah, antaranya adalah seperti berikut6 :

1. Bangsa Palestin yang dikenali sebagai bangsa Kan‟an dan keturunannya telah mendiami dan memakmurkan bumi ini sejak 1500 tahun dahulu sebelum Bani Israel menetap di sana. Mereka terus menetap sehingga kini walaupun selepas hubungan Yahudi dengan Palestin terputus kerana diserang oleh Empayar Babylon pada 365 S.M dan Empayar Rom 70 M.

2. Bangsa Yahudi hanya memerintah beberapa bahagian daripada bumi Palestin dari tahun 1000 hingga 586 S.M selama 4 tahun. Pemerintahan mereka telah hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Assyiria, Fir‟aun, Greek dan Roman. Sedangkan penduduk asal Palestin

terus kekal di situ. Kerajaan Islam pula memerintah selama 1200 tahun ( 636-1917 M ) secara terus menerus. Cuma, terdapat gangguan dari pemerintahan Salib dalam tempoh masa yang singkat selama 90 tahun.

5

H.Toto Tasmara. 2012. Mengapa Yahudi Berprestasi. Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn. Bhd. Hlmn. 134.

6

(9)

3. Hakikatnya, hubungan antarabangsa Yahudi dengan Palestin telah terputus sejak 1800 tahun dahulu dari 135 M hingga kurun ke-20. Ketika itu, mereka tidak mempunyai apa-apa kekuatan dari segi kepimpinan, politik mahupun tamadun.

4. Kitab mereka telah mengharamkan kepulangan mereka ke Palestin. Oleh itu, gerakan Zionis dianggap sebagai gerakan murtad dan begitu juga dengan pengasasnya iaitu Theodore Herzl yang dianggap kafir.

5. Berdasarkan fakta penyelidikan dari ahli akademik Yahudi, seperti Athur Koestler, lebih daripada 80% orang Yahudi hari ini tidak mempunyai kaitan sejarah dengan Palestin. Majoriti orang-orang Yahudi sekarang sebenarnya berasal dari keturunan al-Khazar iaitu puak Tatar-Turki kuno. Mereka mendiami bahagian utara Kaukaz yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 M. Oleh itu, mereka sepatutnya pulang ke Selatan Rusia dan bukan Palestin.

(10)

7. Mereka pernah menolak tawaran raja Parsi yang bernama Cyrus untuk kembali ke bumi Palestin dari Babylon sewaktu mereka ditawan menjadi hamba di sana.

8. Bilangan Yahudi di Palestin tidak pernah mencapai 40% daripada bilangan penduduk Yahudi di dunia.

9. Penubuhan negara Israel di Palestin tidak ada kaitan dengan Palestin. Buktinya apabila Theodore Herzl ada mencadangkan negara lain seperti Uganda, Cyprus dan Argentina untuk dijadikan negara Israel.

10.Peristiwa Israk Mikraj bukti utama bahawa Palestin milik orang Islam. Bumi ini adalah warisan para nabi yang diamanahkan kepada Rasulullah S.A.W dan juga kaum Muslimin.

11.Perjanjian Umar dikenali sebagai “al-„Ahd al-Umari” atau “the covenant of Umar” telah menyatakan pengikhtirafan Kristian terhadap umat Islam dan

(11)

2.3 Palestin Di Bawah Pemerintahan Islam

Kerajaan Byzantine (Rom) memerintah Kerajaan Rom Timur semenjak 394 M. Mereka kekal memerintah Palestin kecuali beberapa waktu singkat di mana Palestin berada di bawah pengaruh Parsi hingga berlakunya pembukaan Islam ke atas Palestin pada tahun 636 M di zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab R.A. Semenjak itu Palestin mula bertukar corak hidup Islam dan penduduknya berama-ramai memeluk agama Islam. Mereka menjadi orang Arab dan bahasa pertuturan bertukar menjadi bahasa Arab melalui percampuran mereka dengan kabilah-kabilah Arab yang datang dari Semenanjung Arab dengan membawa imej tamadun Islam.

Pada zaman peperangan salib, mereka tidak berjaya menguasai tanah dan identiti penduduknya. Kerajaan Kristian hanya memerintah Baitulmaqdis selama 88 tahun walaupun menerima serangan secara berterusan daripada pejuang-pejuang Islam. Kerajaan ini akhirnya jatuh ke tangan pahlawan Islam yang terulung iaitu Salahuddin al-Ayubi.

(12)

menyumbang khidmat terutamanya dalam memelihara kemuliaan dan kehormatan bumi tersebut.

Sejarah telah membuktikan bahawa bumi Palestin telah melahirkan tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang agama Islam yang terkemuka. Islam bertambah kukuh apabila berlakunya penyebaran agama Islam daripada sebilangan besar para sahabat Nabi Muhammad S.A.W seperti Ubadah Bin al-Samit, Syaddad Bin Aus, Fairuz al-Dailami, Abu Ruwaihah al-Fazaei, Unaif Bin Millah- al-Juzami, Alqamah Bin Mijzar al-Kinani dan ramai lagi yang telah menetap di Palestin serta disemadikan di sana.

Dalam kalangan ulama‟ besar dan fuqaha‟ yang lahir di tanah Palestin ialah Imam

Syafie yang dilahirkan di Gaza. Selain beliau, ada dalam kalangan mereka yang tinggal dan menziarahi tanah ini termasuklah Ibrahim Bin Adham, Al-Laith Bin Saad, Abu Bakar Muhamad al-Turtusyi, Abu Bakar al-Jurjani dan Ibnu Qudamah al-Maqdisi.

(13)

Oleh itu, bumi Palestin telah menjadi pusat tamadun Islam dan tempat tumpuan hati orang-orang Islam. Penduduknya juga turut aktif dalam membina tamadun umat Islam yang lengkap dan berusaha mempertingkatkan kemajuan pembangunannya.7

2.4 Gerakan Zionisme

Seperti yang diketahui oleh masyarakat sedunia bahawa penentangan dan kezaliman yang berlaku di bumi Palestin adalah merupakan agenda Yahudi melalui gerakan mereka iaitu Zionisme. Kezaliman yang dilakukan oleh gerakan Zionisme ini mendapat tentangan yang hebat dari serata dunia kerana ianya telah mencabuli hak asasi manusia.

2.4.1 Pengertian Zionisme

Dari segi bahasa perkataan Zionisme diambil daripada perkataan Zion, nama sebuah bukit di Baitulmaqdis. Ia juga merujuk kepada bangsa Yahudi itu sendiri. Selepas mereka diusir dari Baitulmaqdis, istilah Zion pada pentafsiran mereka adalah tanah air mereka yang merangkumi Haikal Sulaiman, Jerusalem dan lain-lain warisan kebanggaan mereka. Dalam kalangan penganut Kristian, Zion merujuk kepada gereja yang diperintah oleh Tuhan ataupun bandar syurga atau kediaman syurga.

7

(14)

Dari segi istilah pula ia membawa maksud satu pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh bangsa Yahudi. Bangsa Yahudi daripada semua aliran, kanan, kiri, agama dan sekular menyertai gerakan Zion dan bekerjasama untuk mencapai impian mereka. 8

2.4.2 Sejarah Kemunculan Zionisme

Sebelum 15 Mei 1948, sebuah negara yang bernama Israel tidak pernah wujud. Malah sebuah entiti yang tertegak di atas dasar perkauman juga tidak pernah dikenali di kawasan Timur Tengah tersebut. Ianya bermula semenjak tahun 1987 lagi, apabila seorang nasionalis ekstrimis Yahudi yang bernama Theodore Herzl dari Austria telah melihat bahawa penyelesaian terhadap masalah Diaspora bangsa Yahudi dan juga sentimen anti-Yahudi yang semakin rancak di Eropah adalah hanya dengan tertubuhnya sebuah negara "Negara Bangsa" bagi bangsa Yahudi.

8

(15)

Tidak dinafikan gelombang kemunculan negara bangsa yang melanda Eropah memberikan kesan yang mendalam pada pemikiran Theodore Herzl dalam merangkakan sebuah kawasan yang selamat dan ekslusif bagi bangsa Yahudi. Untuk menjayakan ideanya itu, beliau memerlukan kepada tiga elemen utama iaitu kuasa, rakyat dan tanah. Tanpa tiga elemen ini, mustahil bagi beliau untuk menjayakan cita-citanya tersebut.

Demi mendapatkan rakyat dan kekuasaan, beliau telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 30 pertubuhan Yahudi sekular dari seluruh Eropah untuk bersama dengannya menubuhkan sebuah gerakan yang akan menjayakan cita-citanya itu. Maka pada 29-30 Ogos 1897 di Basel, Switzerland, kongres pertama gabungan lebih 30 buah pertubuhan-pertubuhan Yahudi sekular di Eropah telah berhasil membentuk "World Zionis Organization" yang bermaksud Pertubuhan Zionis Sedunia.

(16)

kaum Yahudi kecuali bumi Palestin yang mana ianya menurut dakwaan mereka mempunyai nilai sejarah turun temurun bagi kaum Yahudi. Masalah utamanya, bumi Palestin pada waktu itu berada di bawah kekuasaan umat Islam yang dinaungi oleh kekuasaan Empayar Uthmaniyyah. Tetapi, kerajaan Uthmaniyyah pada ketika itu sedang dalam keadaan yang lemah dari sudut pentadbiran, ekonomi, politik dan pentadbiran.

(17)

Jika tidak kerana usaha-usaha Prof. Chaim Weizmann, maka gerakan tersebut telah menjadi sejarah yang berakhir dengan anti klimaks. Beliau yang merupakan bapa gerakan Zionisme kedua dan telah berjuang sehingga tertegaknya sebuah bumi Israel di bumi yang sentiasa menjadi sebutan bagi setiap orang Yahudi di dalam doa-doa harian mereka setiap hari.9

Penubuhan negara Israel tersebut mendapat sokongan penuh dari Amerika di mana Yahudi Amerika telah memainkan peranan penting dalam melobi kerajaan Amerika pada waktu tersebut.10

2.5 Sejarah Kejatuhan Palestin

Pihak Zionis telah membekalkan Great Britain serta sekutu-sekutunya di dalam Peperangan Dunia Pertama melalui bantuan kewangan, ketenteraan dan juga perisikan. Bumi Palestin merupakan sebahagian tanah besar Arab di wilayah Syam yang telah dirobek-robekkan oleh Great Britain, Rusia dan Perancis telah diletakkan di bawah Mandat British melalui perjanjian Sykes-Picott 1916. Seterusnya, pada tahun 1917, Queen Victoria yang merupakan salah seorang daripada penganut fahaman Zionisme

9

Mazlee Malik. 2005. http://palestinkini.info/?p= 503. 18 Mei. 10

(18)

Kristian melalui Menteri Luarnya, Sir Athur Belfour telah memberikan hak kepada orang-orang Yahudi pro-Zionis dari Eropah untuk berhijrah ke bumi Palestin. Walaupun penghijrahan pertama yang dianggotai oleh 50,000 orang Yahudi Zionis gagal untuk menjejakkan kaki langsung ke bumi Palestin, namun hasil dari keizinan yang kemudiannya dikenali sebagai “Deklarasi Belfour” itu akhirnya telah menyaksikan

siri-siri penghijrahan yang lain.

(19)

Kaum Yahudi yang pada asalnya hanya merupakan kaum minoriti di bumi Palestin pada tahun 1917, telah hampir menyamai bilangan penduduk Arab pada tahun 29 November 1947 yang telah memaksa kuasa-kuasa besar melalui League Of Nations menghadiahkan hadiah kedua terbesar selepas “Deklarasi Belfour” iaitu pelan pembahagian bumi Palestin melalui resolusi PBB 181 yang telah menyaksikan bagaimana negara-negara Arab yang membantah resolusi tersebut menjadi golongan yang lemah dan tidak berupaya mempertahankan tanah suci milik mereka. Para penganalisis sejarah dan politik mengatakan bahawa sokongan terhadap pembahagian bumi Palestin kepada tanah Arab dan tanah bagi bangsa Yahudi oleh masyarakat dunia dan juga kuasa-kuasa besar amat berkait rapat dengan simpati dunia terhadap nasib kaum Yahudi Eropah.

(20)

Oleh kerana hari tersebut hari Sabtu yang merupakan hari becuti bagi agama Yahudi, maka 15 Mei 1948 telah dipilih untuk dijadikan hari sambutan penubuhan negara Israel secara rasmi. Ben Gurion telah dipilih untuk menjadikan Perdana Menteri pertama negara tersebut dan Prof. Chaim Weizmann telah dipilih menjadi presiden pertama negara yang ditegakkan secara haram dan bertentangan dengan segala deklarasi kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa. Atas dasar inilah kebanyakan pihak yang tidak mengiktiraf negara Israel sehingga kini menyebutnya sebagai “Rejim Zionis”

kerana kewujudan mereka di bumi Palestin adalah tidak sah, malah merupakan satu jenayah yang paling besar pernah dilakukan oleh manusia di abad ke-20 selepas jenayah yang dilakukan oleh Hilter di Eropah.11

2.6 Perjanjian Balfour

Perjanjian Balfour yang dianggap satu perjanjian yang zalim telah ditemeterai pada 2 November 1917 apabila pihak Britain memihak kepada gerakan Zionis dalam penubuhan Negara bangsa Yahudi di bumi Palestin. Perjanjian tersebut telah sempurna perlaksanaannya dengan kerjasama antara Negara-negara kuasa besar Tentera Salib dan Zionis Antarabangsa untuk menghapuskan Negara Islam yang menjadi halangan kepada cita-cita mereka.

11

(21)

Sebagai langkah pertama, Perjanjian Balfour dikeluarkan berdasarkan kepada perjanjian tersebut, Britain dan Perancis mengeluarkan arahan kepada Jeneral Linbi selaku ketua Tentera Inggeris di Timur Tengah supaya menghalau orang-orang Turki dari Timur Bawah serta menjajah bumi Palestin. Pihak berkuasa Britai telah melakukan kerja-kerja khianat dengan mengelakkan dari terdedahnya kenyataan tentang Perjanjian Balfour sehingga selesai semua kerja dengan bantuan Arab.

Setelah Britain dijajah, golongan kapitalis antarabangsa telah memohon kepada kerajaan Britain untuk melantik satu biro Zionis Antarabangsa di Palestin, dan mereka telah meletakkan pegawai-pegawai politik mereka sebagai anggota biro tersebut. Mereka yang dilantik ialah:

1. Kolonel Urumsbi : Kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Bank Standard di Amerika Selatan

2. Kolonel James De Rochild : anak kepada Edmund De Rochild, ketua cawangan keluarga Rochild di Perancis dan Pengasas Bandar Tel Aviv serta banyak lagi penempatan-penempatan yang lain.

(22)

4. Mr. Israel Sif : Memainkan peranan tersembunyi di peringkat paling bahaya dalam kehidupan politik Britain. Dia kemudiannya menjadi Ketua Biro Perancang Ekonomi dan Politik.

5. Hayim Waizman : seorang yang masyhur.

Kesemua mereka ini merupakan tokoh-tokoh Zionis Antarabangsa terkemuka yang memainkan peranan besar dalam memudahkan kewujudan rejim Zionis pada masa penjajahan Britain di sebalik tabir kerajaan Britain.

Kemudian dilakukan rundingan-rundingan di atas nama persidangan keamanan. Winston Curchild telah menziarahi Palestin pada tahun 1961. Pihak Biro dan Arab telah mengemukakannya kepada kezaliman-kezaliman yang menimpa orang Arab serta menyatakan kebimbangan mereka mengenai matlamat yang ingin dicapai oleh Zionis iaitu menjajah Palestin, serta menjelaskan kepadanya bahawa bangsa Arab telah tinggal di situ semenjak ribuan tahun dan meminta beliau menggunakan pengaruhnya untuk menghapuskan kezaliman ke atas orang Arab. Lalu beliau menjawab “ Kamu meminta

(23)

Selepas itu, satu rahsia telah terdedah ketika dia menjadi Perdana Menteri Britain bahawa dia merupakan seorang Zionis yang membuka jalan dan memudahkan kewujudan rejim Zionis. Kemudian dikeluarkan keterangan khusus dari Kerajaan Britain kepada Yahudi di Amerika :

1. Mengiktiraf Palestin sebagai tanah air kaum Yahudi.

2. Kaum Yahudi yang berada di Palestin atau yang bakal berhijrah ke sana boleh menetap mana-mana kawasan di Palestin mengikut kemahuan mereka, serta mereka akan mendapat hak perkauman dan politik sepenuhnya.

3. Kerajaan yang berkuasa di Palestin memberikan hak berpindah ke Palestin kepada semua Yahudi di seluruh dunia tanpa syarat.

4. Kerajaan berkuasa di Palestin akan memberikan lesen kepada syarikat Yahudi untuk membuat penempatan dan pembangunan di Palestin. Syarikat tersebut juga berhak mendapat kebenaran untuk melakukan sebarang kerja umum dan mendapat hak perkongsian di tanah-tanah berpotensi tinggi ataupun tanah-tanah lain yang tidak dimiliki individu tertentu atau pemilikan yang bersifat agama.

(24)

Dengan yang demikian itu, sempurnalah kerjasama antara Britain, Perancis dan Amerika dalam melaksanakan janji laknat ini. Pada tahun 1922, Liga Antarabangsa telah mengeluarkan keterangannya bahawa Britain tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan penubuhan Negara kaum Yahudi di Palestin, yang mana ianya telah dilaksanakan secara berperingkat melalui politik, ekonomi dan ketenteraan sehingga sempurnalah barah yang merbahaya ini pada tahun 1948.12

2.7 Kezaliman Israel Terhadap Palestin

Kekejaman yang berlaku terhadap rakyat Palestin telah membuka mata dunia. Hari-hari yang dilalui rakyat Palestin penuh dengan kegelapan. Mereka ditindas, dizalimi dan diugut dengan teruk sekali. Sehingga dari tahun 1948 dan kini, isu ini tidak pernah pudar. Namun, pejuangan ini tidak boleh berhenti sampai di sini sahaja dan terus mengaku kalah. Bagi rakyat Palestin mereka harus bangkit menentang kekejaman Israel untuk memperjuangkan tanah yang sememangnnya hak milik mereka.

Sejarah menyaksikan pada mula serangan yang dilancarkan oleh Israel dan gerila-gerila Yahudi di perkampungan Abu Kabir, Dir Yasin, Abu Syasyah, lad, Albiyyun dan al-Syeikh, di mana 31 Mac 1948 kumpulan militan dan pengganas Yahudi yang dikenali

12

(25)

sebagai Hajnah membunuh semua penduduk perkampungan Abu Kabir yang cuba melarikan diri.

Pada tarikh 14 Mei 1948, hari di mana pihak British mengakhiri penjajahannya ke atas bumi Palestin, meyaksikan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengganas Israel ke atas 50 orang umat Islam di perkampungan Abu Syasyah. Sebahagian mereka ditembak dengan senjata api manakala sebahagian yang lain pula dipecahkan kepala mereka dengan kapak. Selain daripada itu, Israel juga turut menyerang bumi Palestin pada tarikh atau peristiwa Islam yang tertentu seperti pada tahun Baru hijrah pada 1 Muharam 1430 H yang telah membedil sekolah-sekolah, penempatan awam, pusat perlindungan, masjid-masjid dan hal ini berlaku pada masa yang sama iaitu 14 disember 2012 yang merupakan serangan terkini Zionis.13

Rejim Zionis lebih menampakkan kezaliman yang melampaui batas apabila sasaran serangan mereka adalah kanak-kanak, wanita dan ibu mengandung. Ini kerana tentera Israel khuatir bahawa para ibu di bumi Palestin akan melahirkan para pejuang untuk menentang kezaliman Israel. Di sini jelas dan nyata bahawa Israel sebenarnya merupakan manusia yang pengecut.

13

(26)

Pihak Zionis juga beberapa kali mencuba untuk meletupkan kawasan al-haram al-sharif. Jika tidak kerana kaum muslimin serta Syeikh Raed Solah yang menyedari apa yang berlaku dan membongkarkan usaha-usaha jahat golongan tersebut pasti Majis al-Aqsa kini hanya tinggal sejarah sahaja. Syeikh Raed Solah merupakan pemimpin gerakan Islam di Palestin tetapi beliau telah ditawan semenjak tahun 1948 oleh rejim Israel.

Rajah A : Menunjukkan percubaan-percubaan rejim Zionis dan pelampau Yahudi untuk

mencemarkan Masjid al-Aqsa.14

Tarikh Peristiwa

20 Ogos 1929 Kumpulan pengganas Yahudi Kach telah menyerbu Masjid al-Aqsa untuk menawan tembok sebelah baratnya.

7 Jun 1967 Jeneral Mordechai memasuki kawasan al-Haram al-Sharif dengan kereta perisainya dan menawan bahagian timur al-Quds serta mengambil kunci pintu masuk “al-Maghribah”.

15 Jun 1967 Hakham tertinggi bagi tentera rejim, Shlomo Ghoron dan 50 pengikutnya menunaikan sembahyang mereka di dalam kawasan al-Haram al-Sharif.

16 Jun 1969 Rejim Zionis menawan bahagian Barat daya Masjid al-aqsa dan menukarkan tembok al-Buraq menjadi tembok meratap mereka. 21 Ogos 1969 Dennis Rohan, pengganas Yahudi berasal dari Switzerland telah

membakar Masjid al-Aqsa.

14

(27)

11 November 1979

Sekumpulan polis Israel telah melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang bersolat di Masjid al-Aqsa. Tindakan ini telah

menyebabkan ramai yang terkorban dan ramai yang tercedera. 19 April 1980 Para hakham Yahudi bermesyuarat di Bandar Baitulmaqdis dan

berpakat merancang untuk menawan Masjid al-Aqsa.

28 Ogos 1981 Penemuan terowong yang digali oleh anasir Yahudi di bawah Masjid al-Aqsa bermula dari tembok Buraq.

31 Ogos 1981 Kemusnahan bahan-bahan artifak bercirikan Islam peninggalan pemerintah-pemerintah Islam yang terdahulu di tembok sebelah barat al-Haram al-Sharif akibat penggalian terowong sepanjang bahagian tersebut.

11 April 1982 Seorang tentera rejim, Harry Goldman telah melepaskan tembakan secara membuta-tuli ke arah para jemaah yang berada di Masjid al-Aqsa. Tindakan ini telah menyebabkan ramai yang terkorban dan lebih 60 orang telah mengalami cedera parah.

2 Julai 1988 Menteri Keagamaan rejim Zionis telah meluluskan usaha penggalian

di bahagian pintu “al-Ghawanmah” yang menyebabkan terowong

yang telah digali menjadi semakin panjang di kawasan bawah sepanjang tembok al-Haram al-Sharif.

(28)

yang teruk akibat penggalian intensif yang dilakukan di bawahnya. 24 September

1996

Terowong di bahagian barat Masjid al-Aqsa telah dibuka untuk orang ramai dan dijadikan sebahagian daripada kawasan pelancongan untuk orang-orang Yahudi.

28 Januari 1997 Terowong di bahagian barat daya Masjid al-Aqsa diperbesarkan lagi sehingga ketinggiannya mencapai sembilan meter. Ini telah

menyebabkan dasar bangunan tersebut semakin tidak kuat dan meretak.

3 Oktober 1999 Perdana Menteri rejim Zionis pada waktu itu, Ehud Barak telah merasmikan terowong sebelah selatan Masjid al-Aqsa dan

menjadikannya sebagai tempat sembahyang kaum Yahudi ekstrimis. 25 Januari 2000 Rejim Zionis melarang lori-lori yang membawa simen dan pasir

daripada memasuki kawasan Baitulmaqdis yang bertujuan untuk membaiki keretakan yang terdapat di Masjid al-Aqsa.

28 September 2000

Ariel Sharon, Perdana Menteri Zionis yang baru dilantik telah memasuki Masjid al-Aqsa dengan 200 tenteranya yang lengkap bersenjata.

Mac 2001 30 buah pertubuhan ekstrimis Yahudi telah bersepakat meletakkan batu asas untuk penubuhan Haikal di kawasan Kubah “al-Sakhra”

Sepanjang 2001 sehingga 2003

Mereka yang berumur 45 tahun tidak dibenarkan memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat.

(29)

Ramadhan. Januari

2005-September 2005

Enam ancaman untuk menyerbu dan merobohkan Masjid al-aqsa telah diberikan oleh petubuhan-pertubuhan ekstrimis Yahudi yang ingin membina Haikal.

2.7.1 Isu Pelarian

Isu pelarian yang di alami oleh rakyat Palestin bukanlah isu baru, ianya seiring berlaku sejak Palestin diceroboh oleh Israel. Mencerobohi tanah Palestin merupakan satu perkara yang sangat zalim apatah lagi mengusir rakyatnya dan menjadikan mereka sebagai pelarian ke tempat yang lain. Sebagai pelarian, rakyat Palestin hanya berlindung di dalam khemah yang disediakan dan peralatan-peralatan keperluan harian perlu dikongsi secara beramai-ramai disebabkan kekurangan bekalan tersebut.

(30)

tujuh juta orang. Kini, isu pelarian Palestin merupakan tragedi kemanusiaan kurun ke-20 yang paling lama dan tragis.

Sejak tahun 1949 sehingga awal 79-an, pihak PBB melihat masalah Palestin sebgai isu pelarian. Namun, selepas tahun 1974, PBB mula mengeluarkan banyak ketetapan yang disokong majoriti perwakilan 'Perhimpunan Umum' PBB, iaitu memberi hak kepada rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri, mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin ( termasuk perjuangan bersenjata ) unuk mengembalikan hak-hak mereka yang dirampas, dan hak-hak pelarian untuk kembali ke tanahair mereka. Namun, Amerika Syarikat dan sekutu-kutunya sentiasa bersedia membela tindakan pihak Yahudi yang enggan menerima dan bersikap tidak peduli dengn ketetapan-ketetapan ini. Malah, mereka menggunakan kuasa veto mereka di Majlis Keselamatan PBB untuk menghalang apa jua perlaksanaan ketetapan yang telah dipersetujui.15

2.7.2 Isu Kemiskinan

Satu kajian terbaru mengesahkan bahawa penderitaan yang dialami oleh 1.5 juta penduduk Palestin yang hidup di bawah sekatan dan embargo rejim Zionis adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku di Rwanda.

15

(31)

Kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan New Family itu menunjukkan 63.1% penduduk Gaza hidup di bawah paras kemiskinan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB.) Sedangkan negara Rwanda di timur tengah Afrika itu mempunyai 60% penduduk hidup di bawah paras kemiskinan, dengan pendapatan kasar sebanyak USD0.43 sehari.

New Family merupakan sebuah pertubuhan di Israel dipimpin oleh peguam Irit Rosenblum. Kajian mereka juga mendedahkan bahawa sebanyak 45% penduduk di Tebing Barat hidup di bawah paras kemiskinan. Sejak tahun 2007, penduduk Gaza disekat daripada mendapatkan makanan, bahan bakar dan juga keperluan-keperluan asas yang lain.

(32)

“Kita melihat suatu keadaan ekonomi yang dahsyat dialami oleh seluruh rakyat

kerana di situ tidak ada zon industri, tidak ada sebarang peluang pekerjaan,” kata

seorang penganalisis ekonomi, Mohsin Abu Ramadan.

PressTv melaporkan bahawa lebih 10% penduduk Gaza, kebanyakannya kanak-kanak, mengalami kecacatan fizikal akibat kekurangan zat makanan. Kerosakan yang berlaku di Gaza akibat serangan Israel pada akhir tahun 2008 masih tidak dapat dipulihkan. Dianggarkan serangan tersebut telah memusnahkan USD1.6 bilion ekonomi Gaza.16

2.7.3 Sekatan Bekalan Perubatan, Makanan dan Bahan Binaan.

Israel telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Palestin sejak tahun 2006 apabila Israel mengundurkan semua penempatan haramnya di semenanjung Gaza. Sejak itu, Israel telah menetapkan sekatan ke atas bahan binaan, bekalan makanan dan perubatan sehingga menjadikan Palestin seperti sebuah “penjara

terbuka”. Semenjak “Operation Cast Lead” pada tahun 2008 yang menyaksikan

lebih 700 kaum muslimin terkorban, Israel tidak pernah menghentikan sekatan ekonomi sehinggalah ke hari ini. Serangan-serangan ini sebenarnya

16

(33)

menunjukkan bahawa Israel takut dengan bayang-bayang mereka sendiri kerana khuatir tidak selamat untuk merampas Palestin.17

Sebagai contoh, kisah serangan yang terkini seperti yang digambarkan oleh media-media sejurus serangan yang hampir seminggu pada 14 November 2012 oleh rejim Zionis terhadap Palestin, ternyata bahawa kematian yang meningkat juga berpunca akibat kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital. Berdasarkan Biro Pusat Statistik Palestin, terdapat 1.7 juta, manakala di Israel, terdapat 377 buat pusat perubatan bagi populasi kira-kira 7.93 juta. Terdapat juga 21 pusat kesihatan yang dikelolakan UNRWA di Gaza. Pusat ini turut beroperasi pada hari Sabtu walaupun kekurangan tenaga kerja.

Menurut Abbas, Ketua Pengarah Hospital al-Shifa di Semenanjung Gaza memberitahu agensi berita al-Jazeerah bekalan yang sepatutnya cukup untuk seminggu telah habis digunakan dalam masa beberapa jam. Dengan itu, mereka berharap agar pintu Rafah dibuka supaya pesakit-pesakit dapat dihantar ke Mesir bagi menjalani rawatan. Kisah tragis ini, jelas menunjukkan kepada dunia hari

17

(34)

ini bahawa Palestin sedang mengalami krisis bekalan perubatan yang sangat teruk.18

Begitu juga dengan sekatan bekalan makanan yang dihadapi oleh rakyat Palestin.mereka terpaksa hidup dalam keluburan. Lebih malangnya, kanak-kanak yang masih kecil terpaksa menghadapi semua ini. Walaupun bantuan bekalan makanan telah dilakukan dari pelbagai negara untuk rakyat Palestin, namun kekejaman Israel telah menghalang daripada bekalan-bekalan tersebut terus masuk ke susur Gaza. Ada ketika rakyat Palestin ini, terpaksa berkongsi makanan walupun hanya sekeping roti. Sedangkan masyarakat luar mengetahui bahawa bumi Palestin adalah tanah yang diberkati Allah dan disebabkan itu tanaman-tanaman di buminya hidup dengan subur dan mereka kaya dengan pertanian dan hasil lautan. Namun, disebabkan penindasan Isarel ini, rakyat Palestin terhalang untuk mendapatkan hasil-hasil tersebut.

Palestin juga kekurangan dari sudut bahan binaan untuk membina semula bangunan-bangunan yang telah dimusnahkan oleh rejim Israel dengan pengeboman yang dilakukan. Melalui sumber beberapa orang rakyat Palestin, mereka meluahkan bahawa tidak sempat bangunan hendak dibina semula, rejim Israel telah memusnahkannya. Oleh sebab inilah, kos peruntukan yang

18

(35)

diperlukan sangat tinggi. Namun, semangat yang wujud dalam diri mereka, tidak pernah berputus-asa untuk menghentikan kegiatan pembinaan-pembinaan tersebut walaupun sekatan bahan binaan dilakukan.

2.8 Tindakan Memboikot Produk Israel

(36)

Apa saja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau

yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknyaMaka (semua itu) adalah

dengan izin Allah; dan Karena dia hendak memberikan kehinaan kepada

orang-orang fasik.

(37)
(38)

Adapun produk-produk lain yang bersifat keperluan asas bergantung kepada kemampuan umat Islam menyediakan barangan alternatif ataupun paling tidak buatan rakyat Malaysia. Apapun usaha pemboikotan ini perlulah berlaku secara kolektif iaitu secara beramai-ramai dan berterusan supaya kesannya akan terasa kepada syarikat-syarikat tersebut. Produk yang paling utama yang harus diboikot tanpa dolak dalih ialah rokok. Syarikat rokok terbesar dunia dimiliki oleh Philip Morris sebuah syarikat Yahudi. Mengikut kajian, umat Islam seluruh dunia yang merokok telah menyumbang sebanyak USD8.9 juta sehari kepada Israel sahaja.

Professor Dr Yusuf al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa pada tahun 2002 yang mengatakan bahawa setiap wang yang dibelanjakan untuk membeli produk-produk Israel dan Amerika seolah-olah kamu telah membeli sebutir peluru yang akan menusuk tubuh saudaramu di Palestin. Kesan boikot cukup mendalam seperti mana yang telah berlaku pasca intifadah ke-2 pada tahun 2000 di mana umat Islam Mesir memboikot makanan McDonald, dan ini menyebabkan jualan syarikat itu di seluruh negara Mesir jatuh merundum sehinggakan syarikat itu bertindak melakukan promosi dimana setiap sen wan yang dibelanjakan itu, sebahagian kecil akan disumbangkan kepada Palestin.

(39)

dilaksanakan, maka perlu untuk kita mempersoalkan dalam diri di tahap mana keimanan dan keprihatinan terhadap umat yang seakidah dengan kita.19

2.9 Perjuangan HAMAS untuk Palestin

Hamas tidak muncul secara tiba-tiba. Kemunculannya juga bukan kerana kekecewaan sesetengah golongan Fatah seperti yang pernah didakwa. HAMAS juga bukan gerakan yang dicipta untuk memporak-perandakan rakyat Palestin sepertimana yang difitnah oleh sesetengah orang.

Gerakan HAMAS merujuk kepada perjuangan yang panjang. HAMAS menjelaskan bahawa sesungguhnya perjuangan mereka kembali kepada perjuangan Syeikh Izzuddin al-Qassam semasa Revolusi Palestin 1936. Secara pastinya, perjuangan HAMAS seperti yang diterangkan dalam perlembagaan mereka adalah berasal daripada gerakan Ikhwan Muslimin (IM). Gerakan IM ditubuhkan di Mesir seawal tahun 1928 oleh Imam Hassan al-Banna.20

19

Md Roslan Hashim. 2010. Membongkar Kejahatan Israel. Kuala Lumpur : JIMedia & Pace. Hlmn. 157.

20

(40)

2.9.1 Matlamat Perjuangan HAMAS21

Matlamat perjuangan HAMAS dapat dibahagikan kepada dua matlamat utama iaitu matlamat strategikdan juga matlamat jangka pendek. Pembahagian matlamat kepada dia fasa ini adalah berdasarkan idealism perjuangan bertunjangkan reality yang wujud.

Matlamat strategik HAMAS dapat disimpulkan kepada dua perkara asasi iaitu:

1. Memerdekakan seluruh bumi Palestin dari sungai Jordan sehingga ke Laut Mediteranean.

2. Mendirikan Negara Palestin berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

Bagi HAMAS, matlamat strategik ini adalah bagi jangka masa panjang dan tidak akan mereka gadaikan.ia adalah idealism perjuangan HMAS yang berpaksikan akidah Islam dan juga dasar Islam sendiri. Walau bagaimanapun, bagi menyingkap realiti yang wujud dan juga berjuang atas konsep bertahap, HAMAS meletakkan matlamat jangka pendek mereka.

Matlamat jangka pendek HAMAS bagi mencapai matlamat strategik pula dapat diringkaskan kepada lapan perkara utama:

21

(41)

1. Memerdekakan Tebng Barat, Gaza serta Baitulmaqdis yang dijajah pada tahun 1967 bagi diperintah secara mutlak oleh rakyat Palestin.

2. Menerapkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat Palestin supaya mereka mengamalkan akhlak dan budaya yang berlandaskan Islam dalam kehidupan. Ini penting kerana Islam adalah nadi perjuangan untuk menuntut kemerdekaan bumi Palestin.

3. Menjaga dan meneruskan jihad danpenentangan bersenjata bagi memerdekakan bumi Palestin dan

4. Mengerahkan bangsa Arab dan juga umat Islam sedunia bagi membantu rakyat Palestin memerdekakan Palestin.

5. Menentang segala usaha mengiktiraf legitimasi Negara Israel di atas bumi Palestin. HAMAS juga akan sentiasa menggagalkan sebarang usaha perluasan kuasa Zionis di bumi kaum Muslimin.

(42)

7. Memastikan perjuangan rakyat Palestin membawa keruntuhan rejim Zionis yang zalim, sama ada daripada sudut keamanandan juga ekonomi mereka. HAMAS juga akan terus menunjukkan kepada dunia berkenaan kezaliman dan keganasan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.

(43)

2.10 Penutup

Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajiban. Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W. dari tiga bumi suci-Nya itu (tanah haram), Allah memberi keamanan untuk Mekah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan takwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri. Roda zaman bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian mereka bertambah tinggi dan yakin bahawa tindakan mereka itu diberkati oleh Tuhan mereka.

Referensi

Dokumen terkait

Beberapa faktor yang dapat mempengaruhi keputusan konsumen dalam membeli rumah, antara lain harga, desain bangunan, fisik bangunan, fasilitas dan lokasi.. Tanjung Perdana

hasil uji chi square menunjukkan bahwa variabel perilaku konsumen berpengaruh terhadap preferensi (prioritas) penghuni dengan indikator yang berpengaruh adalah

Perubahan zat cair dari refrigerant menjadi gas yang terjadi pada evaporator akan berakibat terjadi penyerapan panas pada daerah sekelilingnya, udara yang melewati kisikisi

Tapi kemudian Barry melakukan penelitian menunjukan bahwa ada dua dimensi otonom yang mendasari proses akulturasi: hubungan individu ke budaya asal mereka dan

Berdasarkan nilai penting yang ada dapat dilihat bahwa, tumbuhan berhabitus pohon ( Melaleuca cajuputi dan Acacia mangium ) memiliki jumlah yang paling tinggi,

Sedangkan sampel yang diambil yaitu semua ibu yang mengalami kematian karena penyebab preeklampsia dan perdarahan di Provinsi Jawa Timur tahun 2013 sebanyak 373

Sebagai contoh KLB Diare dimana penyebab utamanya adalah rendahnya perilaku hidup bersih dan sehat seperti kesadaran akan buang air besar yang belum benar (tidak di

Beberapa saran yang dapat dijadikan bahan pertimbangan bagi pihak produsen UKM adalah para produsen yang aktif memasarkan produknya melalui jejaring sosial