• Tidak ada hasil yang ditemukan

AKHLAK DAN MORAL PERBEZAANNYA MENURUT PA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "AKHLAK DAN MORAL PERBEZAANNYA MENURUT PA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KONSEP AKHLAK DAN MORAL PERBEZAANNYA

MENURUT PANDANGAN ISLAM

Oleh:

Zaihan Hairuzialani Mat Jusoh

1.1 PENGENALAN

Manusia mempunyai ilmu dan pemikiran, ilmu dan pemikiran tidak boleh dipisahkan. Begitu

juga akhlak dan moral. Manusia tidak boleh dipisahkan dengan akhlak dalam kehidupan

mereka walaupun sedikit. Sebelum manusia melakukan sesuatu tindakan, sudah pasti akan

berlegar-legar di dalam pemikiran mereka samaada mengambil keputusan yang baik atau

yang sebaliknya. Jika seseorang manusia itu biasa melakukan kebaikan, maka sudah tentu

kebaikanlah yang menjadi pilihan namun sekiranya mereka biasa melakukan keburukan maka

keburukanlah yang akan dilakukan. Kenyataan ini menjelasan betapa tingginya kedudukan

akhlak di dalam diri manusia sehingga orang yang tidak bermoralpun akan berfikir bahawa

betapa perlunya akhlak untuk memandu diri mereka kearah kehidupan yang sebenar. Akhlak

dan moral seolah-olah mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Namun timbul persoalan

dihujung minda penulis berkaitan konsep akhlak dan moral dari persepektif Islam yamg

sebenar. Benarkah ia berbeza atau terdiri daripada prinsip dan dasar-dasar ilmu yang sama

dengan akhlak. Disini penulis akan meninjau beberapa pandangan ulama berkenaan konsep

(2)

1.2 KONSEP AKHLAK DAN MORAL

Secara etimologinya perkataan akhlak berasal dari perkataan Arab al-akhlak(قﻼ ﺧﻻا), kata

jamak dari al-khuluk(

ﹸﻠﻖ

ﹸﳋ

) perkataan ini pula adalah pecahan dari perkataan al-Khalq(

ﹾﻠﻖ

ﹶﳋﺍ

)

yang bermaksud ciptaan.1 Firman Allah S.W.T:



“Yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah”

(As-sajdah: 7

Maka keindahan ciptaan manusia juga mempunyai dua bentuk iaitu bentuk lahiriah (jasmani)

dan batiniah (nafsaniah). Keindahan itu termasuk dalam istilah al-Khalq(

ﹾﻠﻖ

ﹶﳋﺍ

). Manakala

keindahan bentuk batiniah termasuk dalam istilah al-khuluk(

ﻖﹸﻠﹸﳋ

) atau al-akhlak ( قﻼ ﺧﻻا ).2

1

Prof. Dato’ Dr. Haron Din, 1999. Manusia dan Islam. Selangor: Hizbi, hlm. 154.

2Ibid

(3)

Walaupun kedua-dua keindahan ini memang dituntut di dalam Islam untuk dijaga dan

dipelihara, namun Islam telah meletakkan keindahan kedua itu sebagai asas dan matlamat

dalam usaha pembentukan kesempurnaan diri di sepanjang perbatasan umur kerana

keindahan insan nafsaniah inilah yang akan kekal abadi.

Seseorang manusia jika insan jasmaniah mereka indah tetapi dari segi nafsaniahnya

hina, manusia ini menurut pandangan Islam tidak memiliki nilai dan maruah diri (

ﺽ

ﺮ

ﻌﻟ

ا

).

3

Malah harga diri atau maruah diri golongan manusia ini berada pada martabat paling hina

dan rendah sekali.

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)”

(At-tin:4-5

1.3 MAKSUD MORAL

Penulis ingin memetik pandangan Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyatul Aulad

Fi Islam yang boleh menjelaskan tentang konsep moral:

3maruah diri ( ﺽﺮﻌﻟا )adalah satu daripada lima perkara yang mahu dipelihara oleh syara’ disebalik objektif

(4)

“ Pendidikan moral ialah sekumpulan prinsip-prinsip akhlak dan budi luhur yang mesti dilengkapkan ke dalam jiwa anak-anak serta mesti dipelajari, dibiasakan semenjak usia mereka tamyiz, iaitu dari mula akalnya tumbuh sehinggalah dia menjadi seorang mukallaf, yakni baligh sehingga umurnya meningkat dewasa dimana dia mula mengharungi lautan hidup ”4

Menurut beliau lagi seorang anak apabila dibesarkan dengan keimanan, ketaqwaan,

ketakutan kepada Allah dan pemeliharaan yang berunsurkan agama tidak syak lagi akan

membentuk budi yang luhur dan akhlak yang mulia. Maksudnya disini, beliau berpandangan

pendidikan moral merupakan sekumpulan prinsip-prinsip akhlak yang dihasilkan daripada

keimanan yang kukuh kepada Allah dan pemeliharaan yang berunsurkan agama. Malah

penulis tidak menemui maksud moral dihuraikan secara khusus di dalam penulisan beliau

sebagaimana yang dapat ditemui dalam buku-buku teks sekolah atau buku-buku tulisan ahli

falsafah barat pada hari ini.

Sebagaimana yang telah dinyatakan moral terdiri daripada kumpulan prinsip-prinsip

akhlak, namun moral dari segi kedudukan dan falsafahnya tetap berbeza dengan akhlak.

Prinsip atau kaedah-kaedah ialah dasar yang perlu diikuti dan dipatuhi serta dipraktikkan

dalam semua kegiatan hidup manusia sama ada dalam skop hubungan manusia dengan Allah,

manusia dengan manusia dan menusia dengan alam sekitar 5. Pendek kata segala perbuatan

dan moral manusia akan dibentuk melalui acuan prinsip dan kaedah akhlak tersebut. Ini

4 Abdullah Nasih Ulwan, 1999. Pendidikan Anak-anak Dalam Islam, Jil. 1, Cetakan 9, Singapore: Pustaka

Nasional,hlm. 201.

5Dr. Yusof Al-Qardhawi,1998. Madkhal Li Diraasaat asy-Syari’ah al-Islamiah, Selangor: Pustaka Ilmu, hlm.9.

(5)

bermakna sesiapa yang mengamalkan akhlak yang baik secara tidak langsung mereka juga

memiliki moral yang baik.

1.4 KEDUDUKAN FALSAFAH AKHLAK DAN HUBUNGANNYA DENGAN

MORAL

Disiplin ilmu mempunyai asas falsafahnya yang tersendiri. Ilmu akhlak juga mempunyai

disiplin ilmunya. Falsafah akhlak ini timbul disebabkan tuntutan masyarakat hari ini yang

agak filosofik dalam membincangkan sesuatu disiplin ilmu yang juga bertujuan untuk

memperlihatkan kedudukan sistem akhlak Islam mengatasi sistem akhlak ciptaan manusia.

Kemunculan ilmu falsafah akhlak ini masih baru yang cuba dikemukan oleh para pemikir

Islam berpandukan prinsip-prinsip, dasar-dasar, ciri-ciri akhlak yang terkandung dalam islam.

Namun ia mempunyai daya tarikan yang berkesan kepada generasi Islam untuk mengetahui

persoalan ini dengan lebih dekat.

Dalam disiplin ilmu falsafah akhlak terbahagi kepada dua corak iaitu akhlak Islam

dan akhlak falsafah. Akhlak Islam ialah akhlak yang bersumberkan wahyu Quran dan

al-Hadis. Sementara akhlak falsafah ialah akhlak yang berpunca dari daya usaha kemampuan

pemikiran akal manusia. Sumber akhlak Islam ialah Allah, sementara sumber akhlak falsafah

ialah bukan Allah, tidak tetap dan tidak mutlak iaitu manusia atau kemanusiaan.6 Contohnya

jika seorang anak dididik dan dibesarkan oleh ibubapa dengan budi-budi yang luhur, secara

tidak langsung dia akan terbiasa dengan kelakuan yang baik dan mulia. Namun jika ibu

bapanya telah meninggal dunia atau telah meninggalkannya, kemungkinan anak itu akan

berubah sifat dan akhlaknya kerana sumber mereka adalah ibubapa atau unsur kemanusiaan.

6

(6)

Tetapi bagi anak-anak yang dididik dengan akhlak Islam, budi-budi luhur yang tumbuh di

dalam diri mereka ini bersumberkan Allah. Budi-budi luhur yang tumbuh di dalam diri

mereka akan berkekalan kerana mereka dididik di atas rasa takut kepada Allah, sentiasa

menjaga diri, menggantungkan diri, memohon pertolongan hanya kepada Allah serta

menyerahkan seluruh kehidupan mereka kepada Allah. Hal ini kerana akhlak mereka sudah

diresapi perkara yang berunsurkan agama sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.

Penjelasan di atas seolah-olah telah memberitahu kita tentang kedudukan akhlak dan

moral mempunyai tempat yang berbeza menurut pandangan Islam. Akhlak falsafah

dibahaskan seperti pendefinisian moral di dalam buku-buku falsafah barat. Sebenarnya

kekeliruan ini tidak akan berlaku, sekiranya kita memahami akhlak itu sendiri. Justeru itu

dalam Islam, falsafah akhlak dan moral tidak begitu dibincangkan kerana kepentingan akhlak

itu lebih penting dan fardhu ain kepada setiap anggota masyarakat. Perbahasan falsafah

akhlak atau moral pula hanya suatu tuntutan fardhu kifayah sahaja dan takhassus (terbatas)

kepada orang-orang yang berkeupayaan memperincikannya sahaja.

1.5 AKHLAK ISLAM

Islam adalah agama Allah. Setiap agama Allah mengandungi risalah yang perlu dilaksanakan.

Dalam risalah agama Allah terdiri daripada dua asas yang menyeluruh iaitu akidah dan

syariat. Akidah dan syariat merupakan dua tuntutan semulajadi dalam kehidupan ini untuk

membina kehidupan di akhirat. Akhlak merupakan roh kepada risalah Islam ini. Ini bermakna

tujuan atau sasaran utama yang hendak dicapai oleh risalah Islam dalam kehidupan manusia

(7)

1.5.1 TANDA-TANDA AKHLAK YANG BAIK MENURUT ISLAM

Akhlak yang agung ialah akhlak al-Quran, keagungan Muhammad ialah disebabkan

keagungan akhlaknya.

((

ﹴﻢ

ﻈﻴ

ﻋ

ﹸﻠﹴﻖ

ﺧ ﻰ

ﹼﻠ

ﹶﻟﻌ

ﻚ

ﺍﻧ

))

Maksudnya: “ Demi sesungguhnya Engkau adalah di atas akhlak yang agung

((

ﹺﻢ

ﹶﻈ

ﻋﹶﻻﺍ

ِﷲﺍ

ﹾﻠﻖ

ﺧ

ﹾﻠﹺﻖ

ﺨ

ﹾﻟﺍ

ﻦ

ﺴ

ﹶﺍﺣ

ﹶﻥﺁ

ﺮ

ﹶﺍﹾﻟﹸﻘ

ﻪ

ﹸﻠﹸﻘ

ﺧ

ﹶﻥﺎ

ﹶﻛ

))

Masudnya: “Akhlak adalah akhlak al-Quran. Sebaik-baik akhlak ialah akhlak Allah yang

Maha Agung

(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila Telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; Maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud

(8)

Nas-nas di atas mengingatkan bahawa bentuk zahiriah manusia tersusun daripada

tanah. Manakala batin pula terdiri daripada perintah Allah. Imam al-Ghazali menukilkan

dalam penulisannya, apa yang dimaksudkan dengan akhlak yang baik ialah baik bentuk

batinnya dalam melaksanakan perintah Allah.7 Menurut beliau lagi sifat-sifat keji yang

berada di dalam diri seseorang manusia itu boleh digantikan dengan sifat-sifat yang terpuji.

Kesempurnaan sifat-sifat terpuji paling tinggi setakat ini pernah diraih oleh Nabi Muhammad

s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w adalah model akhlak yang paling baik pernah manusia miliki

pada abad ini.

1.5.2 SISTEM MENDIDIK AKHLAK DALAM ISLAM8

Nabi Muhammad s.a.w mengingatkan bahawa akhlak itu boleh diubah dan ia juga boleh

berubah sebagaimana yang diinginkan oleh manusia. Segala ajaran Nabi Muhammad s.a.w

menjurus kearah mendidik manusia agar menjauhkan nafsu ammarah atau nafsu yang paling

jahat daripada berputik di dalam diri manusia.9

i)Membudayakan diri dengan akhlak

Sebagaimana yang dinyatakan dalam akhlak Islam, setiap agama Allah mengandungi dua

asas iaitu akidah dan syariat. Apabila akidah dipelihara, dijadikan matlamat dan syariat

sebagai jalan maka dengan sendirinya akan berbuahlah akhlak dalam diri seseorang. Tanpa

akidah dan syariat, akhlak tidak mungkin dihasilkan.

7Imam Al-Ghazali, 2006. Mukhtasar Ihya Ulumiddin. Johor Bharu:Jahabersa, hlm. 180-181

.

8Ibid.

9

(9)

Membudayakan akhlak bermaksud membiasakan diri dengan melakukan sifat-sifat

yang baik yang berteraskan aqidah semata-mata untuk memenuhi tuntutan syariat atau

dengan erti kata lain untuk mematuhi perintah Allah S.W.T. Contohnya jika seseorang tidak

diciptakan dengan sifat dermawan dia boleh membiasakan diri untuk menderma.

Lama-kelamaan dia akan terbiasa dengan sendirinya. Begitu juga dengan orang yang tidak

diciptakan dengan sifat rendah diri. Dia boleh berubah menjadi seorang yang rendah diri jika

dia memaksa dirinya sampai berjaya. Sekiranya kecenderungan kepada perkara yang

baik-baik menjadi kebiasaannya maka kesyumulan sifat-sifat yang terpuji pula akan menjadi

tunjang akhlak dan sifatnya.

Kejayaan sistem ini telah dilakukan percubaannya kepada orang ramai yang terdiri

daripada ibu bapa yang kuat berpegang kepada agama. Begitu juga dengan para pendidik

yang telah mempraktikkannya kepada pelajar-pelajar mereka. Sistem akhlak Islam ini

sebenarnya cara yang telah dibuat oleh para salaf. Abdullah Nasih Ulwan menukilkan

pandangannya dari tulisan Imam al-Ghazali telah menceritakan tentang kisah Muhammad bin

Siwar dengan anak saudaranya yang bernama Sahel At-Tustari dalam hal pendidikannya

yang berdasarkan iman untuk membetulkan diri dan nalurinya. Didapati bahawa jiwa Sahel

telah menjadi baik, apabila bapa saudaranya mengingatkannya supaya sentiasa menjaga diri

terhadap Allah, takut kepadaNya dan selalu berpesan agar dia selalu mengulang-ulang suatu

zikir, zahir dan batin, sama ada pada waktu perkumpulan ramai atau sendirian.

Kesimpulannya jika seorang anak itu dididik jauh dari aqidah Islam, jauh dari

petunjuk-petunjuk agama, tidak ada perhubungan apapun dengan Allah S.W.T maka anak itu

akan membesar secara tidak bermoral dan jahat. Inilah sistem mendidik akhlak menurut

pandangan Islam. Akhlak Islam itu tidak akan lari daripada dua asas utama iaitu aqidah dan

(10)

sendiri terdiri daripada prinsip dalam akhlak. Baik akhlak baiklah moralnya. Malah seseorang

itu tidak boleh lagi dikatakan bermoral walaupun dia mempunyai sifat-sifat yang baik selagi

aqidah dan syariat tidak dijadikan matlamat dalam setiap tindakan.

1.6 RUMUSAN

Untuk memudahkan huraian selanjutnya, penulis merumuskan akhlak dan moral itu sinonim

kepada akhlak yang baik dari segi lokalitinya(urf)10 selaras dengan penggunaan moral itu

adalah ‘akhlak’ dalam masyarakat Melayu11 :

1. Akhlak dalam Islam ialah satu kumpulan sifat-sifat yang baik dan terpuji yang

dihasilkan daripada dua komponen utama dalam agama Allah iaitu aqidah dan syariat.

Manusia yang berpegang dengan aqidah yang sahih dalam melaksanakan tuntutan syariat

yakni perintah Allah S.W.T, akan menghasilkan akhlak kerana akhlak merupakan roh kepada

kedua-duanya. Tindakan atau perbuatan yang tidak bermatlamatkan kedua-dua asas ini tidak

akan menghasilkan akhlak menurut pandangan Islam.

2. Moral dalam Islam tidak diberikan istilah yang khusus kerana ia dikategorikan

sebagai prinsip-prinsip atau kaedah dalam akhlak Islam. Islam tidak begitu membahaskan

persoalan moral kerana apa yang dipentingkan dalam Islam ialah akhlak. Akhlak yang wajib

10

Syariat Islam memelihara urf manusia dengan syarat tidak berlaku kerosakan dalam kehidupan dan tidak hilang kepentingan (maslahah) kehidupan. Terminologi urf mempunyai hubungan yang erat dengan terminologi adat dimana kebanyakan sarjana Islam tidak membezakan kedua-duanya. Kedua-dua terminologi ini mempunyai pola unsur-unsur kebudayaan. Dalam penggunaan bahasa Melayu terminologi urf jarang digunapakai.

11

(11)

diketahui dan difahami oleh manusia kerana sasaran akhlak ialah ‘manusia’. Tujuan Nabi

Muhammad s.a.w diutuskan kepada manusia ialah untuk menyempurnakan akhlak.

3. Walaubagaimanapun dalam disiplin ilmu Islam ada membahaskan akhlak falsafah

kerana tuntutan dunia filosofik hari ini. Akhlak falsafah dibincang bertujuan menaikkan

kedudukan dan martabat akhlak Islam dalam generasi hari ini. Perbincangan akhlak falsafah

terbatas untuk para pemikir Islam yang berkeupayaan sahaja dan tidak disebarkan kepada

orang awam untuk mengelakkan kekeliruan dalam memahami akhlak dan falsafah itu sendiri.

4. Menurut pandangan Islam seseorang yang berakhlak apabila dia melakukan sesuatu

bentuk tingkah laku yang baik secara berulangkali sehingga menjadi kebiasaan melalui cara

menjaga diri terhadap Allah, takut kepadaNya, mengulang-ulang sesuatu perintah Allah

sehingga kesyumulan sifat ini meronai seluruh kehidupan mereka dalam semua tindakan.

Akhlak Islam ini pula bertunjang daripada pegangan aqidah dan pelaksanaan syariat.

5. Moral menurut pandangan Islam pula, terdiri daripada prinsip dan kaedah-kaedah

dalam akhlak Islam. Ia sebahagian daripada akhlak sahaja. Oleh itu, seseorang yang

mempunyai sifat-sifat yang baik belum boleh dikatakan berakhlak jika sifat-sifat yang baik

itu tidak dilakukan bermotifkan aqidah Islamiah dan syariat untuk mematuhi perintah Allah

S.W.T.

Kesimpulannya, konsep akhlak dan moral menurut pandangan Islam tidak berbeza

dari aspek lokalitinya(urf). Contoh masyarakat Melayu menggunakan istilah moral itu

sebagai akhlak samaada didalam penulisan atau komunikasi mereka. Namun, hal ini tidak

menjadi persoalan kerana orang-orang melayu memahaminya dengan kehendak syara’.

(12)

perbezaan diantara akhlak dan moral ini tetap perlu diperjelaskan secara ilmiah kerana

interpretasi daripada kedua pemahaman istilah tersebut akan menentukan sama ada seseorang

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk implementasi pengembangan S-IT untuk pelayanan akademik mahasiswa yang ada di STT Garut dengan fitur informasi layanannya

Mc. Clelland berpendapat bahwa motif berprestasi ialah keinginan untuk berbuat sebaik mungkin tanpa banyak dipengaruhi oleh prestise dan pengaruh sosial, melainkan

Penelitian ini digunakan untuk mengetahui pengaruh tingkat pendidikan, upah, pertumbuhan ekonomi terhadap tingkat pengangguran terdidik secara simultan (semua

selain Fungsional Sandiman yang bekerja pada unit persandian di luar Kamar Sandi di Kementerian Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan, Kementerian Kelautan dan

Katekismus Heidelberg menegaskan bahwa penghiburan sejati berupa pengharapan yang pasti dan tidak berubah hanya di dalam Kristus yang telah menebus orang percaya

Disamping itu, manfaat atau pentingnya pembuatan neraca awal yaitu dapat memberikan informasi yang jelas kepada Pemerintah Kabupaten Belu (Manajemen Pemerinatah

Dengan selesainya uji coba aplikasi Quick Information System (QIS), kemudian Mentor memberikan arahan kepada Pemimpin Aksi Perubahan untuk segera melakukan tahap