• Tidak ada hasil yang ditemukan

Permulaan Generasi Malaysia Baru Dalam S

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Permulaan Generasi Malaysia Baru Dalam S"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Papers15

Permulaan Generasi Malaysia Baru

Dalam Sastera Melayu Tentang

Hubungan Kaum?

Ding Choo Ming

Sekiranya ramai penulis Melayu sebelum Perang Dunia II telah menunjukkan sikap anti orang bukan Melayu, sebahagian besar penulis generasi baru selepas kemerdekaan negara pada 1957 tidaklah sedemikian. Sekiranya sikap anti penulis sebelum Perang Dunia II terbayang dalam karya Harun Aminurrashid.

Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing (1946) daripada Harun Aminurrsahid, Anak Dibuat Denak (1938), Istana Berembun (1938) dan Bidadari dari Shanghai (1940) semuanya daripada Ishak Haji Muhammad, misalnya, sikap yang mesra telah ditunjukkan penulis Melayu generasi baru dalam karya-karya saperti Mawar Merah di Jambangan (1975) oleh Khadijah Hashim, Biru Warna (1966) daripada Awang Had Salleh, Dua Tiga Kucing Berlari, (1966) karya Kala Dewata, Subuh (1964) gubahan Atan Long, Pertahanan Terakhir (Dewan Bahasa, 1971)daripada Agus SaIim, Meniti Cahaya (1980) oleh Ghazali M. A. dan lain-lain

Dalam Pertahanan Terakhir, diceritakan Baba Goh tidak dapat tidak melihat anak-anaknya (lelaki dan perempuan) daripada jatuh cinta dan berkahwin dengan orang India dan Melayu, seperti Pak Sudin tidak boleh mencegah Basir daripada berkahwin dengan Lucy dalam Subuh. Basir yang tidak mahu hubungannya dengan ayahnya terputus itu mahu bunga cintanya berkembang menjadi pokok besar dan berbuah. Kesemua itu disebabkan kasih sayang mempunyai kuasa ajaib yang luar biasa. Kuasa itu dapat dirasakan juga dalam novel

(2)

makna lagi (Abdullah Hussain 2003: 221-222). Dia tidak dapat membayangkan sebaik mana buku yang menceritakan sejarah purba China kepadanya lagi. Walaupun dia tahu tanah asal bapanya itu besar dan kebudayaannya hebat, tetapi dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke sana, lagipun dia sudah tidak tahu ada saudara maranya di sana lagi. Sekarang hanyalah darah orang Cina yang mengalir dalam tubuh badannya itu membuatnya merasa marah setelah mendapat tahu orang Jepun telah menyerang China. Tetapi, perasaan itu tidaklah kuat, kerana sudah tidak ada hubungan langsung antara dia dengan China. Sebaliknya, dia mendapati dia sudah lebih dekat kepada orang Melayu di negara ini. Oleh sebab itu, katanya jika Lazim dibelasah, dia merasakan seolah-olah dia sendiri juga telah dipukul, semacam makna dalam peribahasa Melayu ‘cubit paha kini, paha kanan terasa sakit juga’. Katanya lagi bahawa dia bersedia untuk berkorban bagi mempertahankan Lazim, jika perlu. Ini disebabkan dia mendapati orang Melayu baik kepadanya kerana dia boleh berkomunikasi dengan mereka, tetapi tidak tahu sebab ayahnya tidak suka orang Melayu yang mempunyai kehidupan yang sangat mudah.1

Kesemua itu bermakna orang daripada generasi yang baru sudah lain daripada generasi orang yang tua. Ini juga telah ditunjukkan dalam Subuh (Atan Long 1966: 31-33) yang menceritakan Pak Sudin memberitahu Basir bahawa Salmah adalah pilihan yang baik kepadanya kerana orang itu cantik, selain mempunyai pendidikan. Tetapi, Basir enggan menerimanya kerana sudah ada calun bakal isterinya. Dia

1 Yew Seng tidak dapat menggambarkan betapa baik isi buku yang

(3)

suka gadis Cina di pejabatnya dan mahu berkahwin dengannya bukanlah kerana wajah rupanya atau harta bendanya, tetapi dia boleh memahaminya. Basir juga menambah bahawa dia tidak mahu berkahwin dengan perempuan pada satu hari, tetapi selalu bertengkar nanti, lebih-lebih lagi perempuan yang ada tali persaudaraan dengan keluarganya, kerana pergaduhan antara suami isteri nanti akan menjejaskan hubungan kekeluargaan kelak. 2

Dengan kata lain, Basir adalah berani, cekal, iklas dan bertanggungjawab sehinggakan sanggup bersumpah kepada Man King, ayah Lucy, yang dia akan jaga anak permepuannya sepanjang hidup.

Satu soalan mungkin perlu dijawab di sini: bolehkah Basri dalam Suboh dianggap contoh orang Malaysia generasi baru, hasil perkahwinan campur antara kaum, memandangkan Malaysia negara yang berbilang kaum, dan bukan lagi masyarkat majmuk, lebih-lebih lagi masyarakat homogen?

Memang, Basri adalah hasil keturunan daripada perkahwinan campur antara orang Melayu dengan orang Cina. Adakah dia lain daripada anak daripada perkahwinan campur antara orang India dengan orang Cina, atau orang Cina dengan orang Iban dan sebagainya?

Pada masa sekarang, anak daripada perkahwinan campur antara lelaki orang India dengan perempuan orang

2Atan Long (1966:31) Budak Salmah 'tu boleh-lah tahan: rupa ada,

(4)

Cina dikenali sebagai ‘Chindia’ kerana kerajaan Malaysia mengklasifikasikan anak mengikut keturunan kaum ayahnya. Selain itu, ramai juga orang Melayu adalah hasil keturunan daripada perkahwinan campur antara orang India Muslim, Arab, Parsi, Turki, Pakistan, malah orang Cina Muslim dan lain-lain yang sudah memeluk agama Islam. Kesemua mereka itu telah menetap dan berkahwin dengan orang Melayu pada masa lalu. Tidak kira komposisi ibu bapa mereka, anak daripada perkahwinan campur adalah kumpulan etnik baru di Malaysia dalam erti kata yang tertentu. Mereka itu sama ada ‘biracial’, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang mempunyai ibu bapa atau datuk nenek daripada dua kaum yang berbeza, atau ‘multiracial’ (berbilang kaum), istilah yang yang digunakan untuk merujuk orang yang ibu bapa atau datuk nenek daripada banyak kaum yang berlainan. Istilah-istilah itu telah digunakan untuk merujuk kepada campuran genetik lebih daripada satu kaum. Buat masa ini, memang banyak juga orang seumpama itu di Malaysia. Sebanyak mana bilangan orang ‘biracial’ atau ‘multiracial’ di negara ini nanti akan ditentukan kepopularan institusi perkahwinan campur itu dari masa ke masa.

Sementara itu, ingin ditanya bolehkah generasi baru rakyat Malaysia nanti akan dikenali dengan konsep 1Malaysia yang juga berhasrat untuk membuat setiap mereka itu menjalini sesama sendiri tanpa perbezaan di Malaysia? Bolehkah mereka melekat diri mereka dengan konsep 1Malaysia tanpa mengira latar belakang kumpulan etnik, bahasa, kebudayaan dan agama yang berbeza-beza? Bolehkah konsep 1Malaysia menjadi kuasa yang besar untuk mempersatu-padukan rakyat Malaysia? Bagaimanakah pelan tindakan konsep 1Malaysia itu boleh dikembangkan nanti sehingga ianya menjadi tindakan afirmatif dalam menggalakkan perubahan struktur dalam pelbagai aspek kehidupan: dari pendidikan kepada ekonomi kepada integrasi sosial? Bolehkah strategi baru itu menolong mempertingkatkan lagi hubungan antara kaum seperti Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain yang telah dilaksanakan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969?

(5)

kaum lain dalam cerpen Harapan dan Pengorbanan (1969) daripada Darussalam adalah contohnya yang baik dalam kontek ini seperti sekian banyaknya karya sastera Melayu yang cuba membuka ruang baru bagi masyarakat dari latar belakang kumpulan etnik yang berlainan itu untuk menyatakan diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang prihatin untuk menjaga satu sama lain tanpa perbezaaan kaum atau agama. Selain itu, setelah melihat budak daripada kumpulan kaum yang berlainan itu membesar dalam suasana riang gembira dalam karya sastera yang lain, termasuk novel Sungai Mengalir Lesu (1967) daripada A. Samad Said, novel Embun dan Tanah

(1965) karya Ibrahim Omar, dan Tempat Jatuh Lagi Dikenang

(1993) gubahan Adibah Amin, sedikit maklumat untuk menjawab soalan yang dibangkitkan tadi mungkin boleh didapati di sini. Antaranya ialah orang muda daripada kaum yang berlainan dan yang sebaya dan yang membesar bersama-sama itu tidak mempunyai krisis identiti dalam kehidupan mereka. Ini boleh dilihat dalam kisah Dyana Sofya Mohd Daud (2015: 85) yang menceritakan “Saya mendapat tahu keluarga orang Cina itu sebenarnya adalah keluarga bapa saudara saya”. Bacalah sendiri kisah selanjutnya seperti yang dipetik dalam nota kaki ini.3

Mengimbas kembali apa yang telah berlaku kepada watak-watak dalam karya-karya sastera yang dijadikan bahan rujukan dalam kajian ini dan juga memikirkan apa yang boleh dijangkakan pada masa depan, satu lagi persoalan telah timbul dalam kepala saya: Apakah pengalaman anak Cing Huat yang membesar sebagai rakyat Malaya/ Malaysia sama atau lain daripada anak daripada kumpulan etnik yang lain? Selain perbezaan dari segi kebudayaan, kebanyakan anak orang Melayu dan orang bukan Melayu di negara ini rata-ratanya

3Dyana Sofya Mohd Daud (2015: 85) My grandmother had been unable to

(6)

telah membesar dalam persekitaran rumah tangga yang mempunyai barang-barang yang sama, tidak kira sama ada di kampung atau bandar, dan juga tidak kira sama ada barang-barang itu dibuat di Malaysia atau diimport dari negara asing. Selain itu, mereka juga mungkin makan barang-barang yang lebih kurang sama, walaupun disediakan dengan cara dan rasa yang berbeza.

Namun demikian, anak-anak ini tetap berbeza. Perbezaan mereka bukanlah sahaja disebabkan perbezaan latar belakang keluarga dan kebudayaan, tetapi juga jenis sekolah yang mereka belajar.

Tetapi, Yew Seng yang membesar di kampung Melayu mempunyai hubungan yang lebih baik dengan kawan Melayu daripada dengan ayahnya sendiri. Disebabkan persekitaran sosialnya, Yew Seng memahami orang Melayu lebih baik daripada ayahnya yang berpegang kuat kepada kelebihan (superiorty) kebudayaan Cina. Dalam kontek itu, alangkah baiknya sekiranya lebih ramai lagi kanak-kanak di Malaysia masa sekarang adalah seperti Yew Seng yang didapati tidak ada masalah untuk bercampur gaul, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang Melayu, tidak kira sama ada sebagai kawan di sekolah, taman sepermainan, rakan sekerja atau jiran tetangga.

Begitulah juga dengan Seman yang membesar bersama-sama dengan orang Cina (Abdullah Hussain 2003: 17). Dia ingat ayahnya selalu membawanya ke kedai Cing Huat semaca kecil. Cing Huatlah juga baik kepada ayahnya, selain selalu memberinya gula-gula, coklat dan biskut. Dia juga dapat wang dan mercun dalam musim perayaan. Bagi Seman, Cing Huat adalah pokok duit dan orang yang dipujanya kerana ayahnya, Pak Musa, selalu memberitahunya yang dia boleh minta apa-apa juga dari Ah Hock (ibid 2003: 50).

Sehubungan itu, pengalaman Yew Seng dapat juga terbayang pada watak Zulkifli dan Senapapal dalam cerpen

Bibit Cinta (1975), karya Azizi Haji Abdullah yang menceritakan kedua-dua watak itu tidak mempunyai sebarang halangan semasa membesar bersama-sama, seperti budak daripada kumpulan etnik yang berlainan dalam novel Embun dan Tanah

(1965) oleh Ibrahim Omar dan novel Sungai Mengalir Lesu

(1967 daripada A Samad Said.

(7)

kumpulan etnik yang berlainan itu mempunyai kepentingan yang sama. Pengalaman hidup bersama-sama itu akan membuka talian komunikasi antara mereka, seperti jatuh cinta dan berkahwin, seperti yang diceritakan dalam Pulanglah Perantau (1971) karya Aziz Jahpin, Gersang (1964) daripada Alias Ali, Nyawa Balasannya (1969) gubahan Abroad Mahmud,

Darah Kita Merah (1997) oleh Abdul Latif Talib, dan Anak Gundik (1958) karya Hamzah, misalnya.

Pengalaman membesar bersama-sama dan berinteraksi antara satu dengan yang lain, maka membuat orang Melayu dan bukan Melayu tidak gugup atau mempunyai perasaan takut satu sama lain, seperti Kamsani dan isterinya gembira untuk tinggal dengan jiran baru mereka dalam novel Lorong Seribu Liku (1964) daripada Ruhi Hayat. Mereka juga tidak mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan orang daripada kaum lain seperti yang diceritakan Alias Ali dalam novelnya Gersang (1964) yang mengisahkan Rizanah, 17 tahun, pelajar perempuan dari Melaka. Dia yang akan mengambil Peperiksaan Senior Cambridge berasa kesepian dengan kakak sepupunya, Maria, di sebuah rumah pangsa di Kuala Lumpur. Dia melihat Maria bergaul bebas dengan lelaki, termasuk Murad dan Encik Philips. Oleh sebab ingin merasa sendiri gaya hidup yang romantik, Rizanah telah mengunjungi kelab-kelab malam, selain riang bergaul dengan Murad yang mempunyai kereta Opel Record. Dia juga tidak menolak Malik yang tidak diketahui latar belakangnya, kerana lelaki itu mempunyai skuter. Pendek kata, oleh sebab ingin bebas, dia menemui ramai kawan baru, dan jatuh cinta kepada Robert Hong.

Antara mesej novel ini ialah Rizanah tidak lagi menganggap orang lain yang baru, tidak kira kaumnya, sebagai potensi ancaman kepada keselamatannya. Pergaulannya yang luas itu sudah menolongnya membina kestabilan emosi untuk menghadapi perubahan yang akan ditemuinya dalam perjalanan hidupnya nanti.

(8)

menjadi aset besar membantu mereka untuk membetulkan salah faham, mitos dan prasangka yang mungkin timbul daripada interaksi mereka dalam masyarakat yang berbilang kaum dengan setiap kaum itu dibenarkan mempunyai kebebasan mengamalkan kepercayaan, kebudayaan, adat resam, dan lain-lain.

Watak dan cerita seumpama itu berbeza daripada yang kita baca daripada karya Ishak Haji Muhammad dan rakannya yang melihat pendatang Cina dengan perasaan takut dan marah dalam tahun 1930-an dan 1940-an. Mereka itu sudah memanipulasi perasaan takut orang Melayu kepada pendatang Cina yang dianggap sudah mengancam keselamatan dan kemandirian hidup orang Melayu untuk menarik perhatian lebih ramai orang Melayu.

Perasaan takut dan marah itu timbul daripada pembanjiran warga asing yang dibawa masuk oleh penjajah British untuk membuka hutan, melombong bijih dan membina jalan raya di negara ini. Oleh sebab kesemua itu sudah memberi kesan kepada kehidupan orang Melayu, maka Ishak Haji Muhammad dan kawan-kawannya mempunyai hak untuk menulisnya bagi melepaskan perasaan takut dan bimbang mereka terhadap perubahan yang tidak terduga itu, lebih-lebih lagi yang menyebabkan mereka merasa banyak tertekan. Dengan kata lain, perasaan takut dan marah telah naik ke kemuncaknya pada masa kita merasa tertekan dengan perubahan. Tetapi, keadaan masa dahulu itu sudah berbeza daripada masa selepas Malaya merdeka pada 1957.

(9)

Sekiranya dalam cerpen Dia Tidak Mengerti (1973) oleh Othman Rasul, yang menceritakan orang Melayu menyelamatkan keluarga Cina pada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, cerpen Api di Balik Bukit (1973) daripada Darussalam pula menceritakan sebuah keluarga Cina, yang tinggal di kampung Melayu, hidup dengan membela babi. Lazim, ketua kampung, yang ingin membakar rumah Wong untuk menunjukkan kemarahannya itu telah membatalkannya pada saat-saat yang terakhir kerana bimbang perbuatan itu akan membahayakan isteri Wong pada ketika hendak beranak. Dengan kata lain, disebabkan perasaan kemanusiaannya, Lazim tidak mahu dia dipersalahkan kerana membahayakan orang dalam keluarga Wong.

Antara ikhtibar yang boleh dipelajari daripada karya-karya sasrera tadi ialah pentingnya kemanusiaan dan kepimpinan dalam mengelakkan konflik antara kaum. Kedua-dua cerpen tadi wajar dikaitkan dengan cerpen Isteri Leong Beranak

(1966) oleh A. Wahab Ali dan cerpen Bidan Tarik (1969) daripada Othman Rasul yang menonjolkan pentingnya kemanusiaan dan pertolongan jiran dalam memupuk keharmonian antara kaum.

Selain itu, Usman Awang dari ASAS 50 juga telah menengahkan watak Leman dalam novelnya Tulang-Tulang Berserakan (1966) yang penuh dengan perasaan simpati dan kemanusiaan. Dia bersimpati dengan pekebun sayur Cina yang telah diusir dari tanah yang sudah lama mereka kerjakan. Dia juga cuba membayangkan bagaimana perasaan askar komunis yang dihujani peluru dan bom dalam serangan pengeboman udara dan bagaimana dahsyatnya seorang tawanan komunis muda mati di kelilingi musuhnya. Perarasan simpati itu tidak sahaja memperlihatkan perwatakan Leman, tetapi juga menunjukkan dimensi perikemanusiaan yang didapati amat kurang di kalangan penjajah British dan sistem kepolisannya. Novel ini ingin menarik perhatian kita kepada aspek kemanusiaan yang dikongsi umat manusia yang siuman. Walaupun manusia berbeza-beza, tetapi semua orang mempunyai simpati dan kemanusiaan antara satu dengan yang lain. Ini juga sudah ditunjukkan Virginia (2000: 292-3) yang menyoroti novel tersebut.

(10)

Samad Said menceritakan askar Jepun, yang kehausan seks selepas berbulan-bulan menggadai nyawa ada di hutan, telah mengambil kesempatan untuk merogol Zubaidah, gadis campuran yang berusia tujuh belas tahun, ketika mereka menggeledah rumahnya. Maarof, jirannya, tidak boleh buat apa-apa untuk menolongnya, selain merasa kasihan kepadanya dan marah kepada askar Jepun. Zubaidah adalah mangsa nafsu seks di tangan Samurai San dalam masa perang.

Rujukan

A. Samad Ismail. Ah Khaw Masuk Syurga. Berita Harian, 19 Mei 1960.

A Samad Said. Penyerahan. Di Tepi Jalan… Kuala Lumpur: Penerbiran Federal, 1965.

A Samad Said. Sungai Mengalir Lesu. Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tahan, 1967.

A Wahab Ali. Isteri Leong Beranak. Dewan Bahasa, Ogo 1966. Abdul Latif Talib. Darah Kita Merah, Warisan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971 & 2003.

Abroad Mahmud. Nyawa Balasannya. Mingguan Malaysia, 27.7.1969.

Adibah Amin. Tempat Jatuh Lagi Dikenang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.

Agus SaIim. Pertahanan Terakhir. Dewan Bahasa, Mac 1971. Alias Ali. Gersang. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad,

1964.

Atan Long. Subuh. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964.

Awang Had Salleh. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha Penerbitan Menara, 1966.

Aziz Jahpin. Pulanglah Perantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998.

Azizi Haji Abdullah. Bibit Cinta. Utusan Zaman. 3.8.1975. Darussalam. Api di Balik Bukit. Utusan Zaman, 5.8.1973.

Darussalam. Harapan dan Pengorbanan. Utusan Zaman,

7.9.1969.

Dyana Sofya Mohd Daud. Growing up Malay in the Mahathir Years: 79-118. IN Young and Malay: Growing Up In

(11)

Hamidi Hamid. Petaling Jaya: Gerakbudaya Enterprise, 2015

Ghazali M.A. Meniti Cahaya. Singapore: Pustaka Nasional, 1980.

Hamzah. Anak Gundik. Singapore: Geliga Limited 1958.

Harun Aminurrashid. Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing Hiburan, Nov 1946.

Ibrahim Omar. Embun dan Tanah. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1965.

Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12 – 19.6.1938.

Ishak Haji Muhammad. Istana Berembun. Warta Ahad, 3 - 10 Apr 1938.

Ishak Haji Muhammad. Dolly - Bidadari dari Shanghai. Utusan Zaman, 24 Ogo - 21 Sep 1940.

Kala Dewata. Dua Tiga Kucing Berlari. Kuala Lumpur: Federal, 1966

Khadijah Hashim. Mawar Merah di Jambangan. Mastika, Sep 1975.

Othman Rasul. Bidan Tarik. Mingguan Malaysia, 24.8.1969. Othman Rasul. Dia Tidak Mengerti. Mingguan Malaysia,

27.8.1972.

Ruhi Hayat. Lorong Seribu Liku. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1964.

Usman Awang. Tulang-Tulang Berselarakan. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966.

Referensi

Dokumen terkait

Kenaikan yang berasal dari revaluasi aset tetap diakui pada penghasilan komprehensif lain dan terakumulasi dalam ekuitas pada bagian surplus revaluasi aset tetap, kecuali

Berdasarkan perkembangan Kabupaten Purwakarta, pada tahun 1989 telah dikeluarkan Surat Keputusan Menteri Dalam Negeri Nomor: 821.26-672 tanggal 29 Agustus 1989 tentang

PT Moda Global Maritim memiliki karyawan yang terdiri dari berbagai macam latar belakang budaya yang berbeda-beda di masing-masing individu, yang menjadi nilai dan harus

Oleh karena keberadaan penelitian mengenai suporter sepakbola yang masih terhitung minim, juga karena ketertarikan saya mengenai dunia suporter sepakbola dan keinginan

Merujuk pada arsip Perjanjian 7 Januari 1681 17 , perjanjian yang telah dilakukan tiga Pangeran dari Cirebon dengan VOC berimplikasi pada ketaatan penuh Cirebon

Perangkapan kepemimpinan dapat dengan mudah digunakan pemimpin untuk mengakumulasi kekuasaan dengan alasan demi kepentingan masyarakat, sehingga munculnya

Lembar tugas yang diselesaikan siswa secara individu, dimaksudkan untuk mengetahui proses berpikir siswa dalam pemahaman matematis sebelum mendapatkan bantuan dari

Untuk mengetahui perbandingan kadar gula terlarut salak Sidimpuan di dataran tinggi dan dataran rendah, maka dilakukan uji perbandingan melalui uji t-test