• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masalah sosial remaja Masalah sosial remaja

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Masalah sosial remaja Masalah sosial remaja"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.

Punca-Punca Masalah Remaja dan Cara Mengatasinya

Masalah di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Masalah remaja ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan masalah remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Antara contoh perlakuan jenayah yang biasa dialami remaja masa kini seperti membunuh, merompak, memeras ugut, dan sebagainya.

(2)

mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja runtuh.

Bagi menangani masalah tersebut, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak mereka.

Masalah sosial remaja yang seterusnya adalah masalah vandalisme. Menurut kamus dewan, vandalisme bermaksud kegiatan merosakkan atau memusnahkan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Fenomena ini semakin menggusarkan hati pelbagai pihak memandangkan golongan remaja boleh diibaratkan batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memerangi gejala negatif ini?

Remaja perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan bersyukur terhadap kemudahan yang disediakan. Contohnya, golongan remaja haruslah menggunakan dengan berhemah dan sentiasa menjaga kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa di rumah, kemudahan dan peralatan di sekolah , malahan kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Golongan remaja wajar mempunyai kesedaran dengan membayangkan kesulitan yang akan timbul jika mereka tinggal si sesebuah negara yang tidak mempunyai kemudahan awam yang sempurna seperti negara-negara miskin atau negara yang mengalami pergolakan dan peperangan. Sekiranya setiap remaja berjaya memupuk kesedaran ini dalam jiwa mereka, sudah pasti mereka tidak akan tergamak melakukan kegiatan vandalisme ini.

(3)

Selain ibu bapa, pihak sekolah juga harus mengambil tindakan tegas terhadap gejala merosakkan harta benda di sekolah. Contohnya, kes pelajar memecahkan pintu bilik darjah, pintu pagar sekolah, pintu tandas, merosakkan kerusi meja dan kemudahan sekolah yang lain serta gejala menconteng dinding bangunan sekolah amat mendukacitakan pihak sekolah. Hal ini demikian kerana, peruntukan yang besar terpaksa dikeluarkan untuk menggantikan peralatan sekolah yang rosak untuk menyediakan persekitaran yang kondusif kepada guru dan pelajar sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Gejala vandalisme dalam kalangan pelajar di sekolah mesti dibendung sejak awal dengan mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat. Tindakan tegas perlu diambil selaras dengan peraturan disiplin sekolah contohnya, tindakan amaran, sesi kaunseling, denda malah sehingga lah pelajar boleh digantung sekolah supaya gejala ini tidak menular kepada pelajar-pelajar lain dan menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah. Malah program 'Polis Angkat' iaitu pihak polis menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat dan menghantar beberapa orang pegawai polis untuk memberi ceramah tentang vandalisme atau terlibat dalam program sekolah amat baik untuk mengelakkan pelajar dari terlibat dalam gejala ini.

Pelumba motosikal haram atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala ini telah wujud sekian lama di jalan raya di negara ini.Gejala ‘rempit’ sering kita lihat tertumpu di ibu kota,bandar raya,kampung dan hampir kesemua negeri di Malaysia.Statistik polis menunjukkan bahawa majoriti mereka yang terlibat adalah remaja berusia belasan tahun dan awal 20-an menunggang motosikal dengan cara berbahaya dengan mempamerkan aksi berani mati mereka yang dirakam,dimuat turun di laman web internet seperti aksi ‘wheelie’,berdiri,terbaring terlentang selagak superman dan sebagainya yang amat dibanggakan oleh mereka.Walau bagaimanapun,bukan sahaja mat rempit menjadi peragut,kaki lepak,perogol,penagih dadah,malahan, gadis belasan tahun juga turut terjebak sebagai minah rempit, pelacur dan sebagainya.

Era modenisasi kini juga merupakan faktor tercetusnya gejala ini dari segi perubahan hidup,ekonomi,institusi keluarga dan masyarakat adalah harga untuk sebuah kemodenan.Perubahan cara hidup dan corak asuhan mempengaruhi sikap remaja untuk turut terlibat dalam isu ini.Dunia yang makin moden tanpa sempadan ini memungkinkan pelbagai unsur negatif diserap ke jiwa remaja.Kesibukan ibu bapa dalam mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak-anak di rumah.Kasih sayang yang hilang,jiwa yang kosong dan pelbagai godaan di luar menawan remaja untuk merempit menjadi alternatif yang ada untuk menghilangkan kebosanan dan ketegangan di rumah untuk

(4)

Antara langkah proaktif yang perlu dilakukan untuk membanteras gejala ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan semata-mata,malah pihak lain seperti badan bukan kerajaan(NGO),parti-parti politik,ahli masyarakat dan ibu bapa haruslah berganding bahu dan perlu memainkan peranan masing-masing.Antaranya ialah dengan memantapkan institusi keluarga dan komuniti dengan menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran sivik seperti Program Latihan Khidmat Negara(PLKN),Kursus Bina Insan, Program Rakan Muda dan sebagainya untuk menggalakkan amalan hidup sihat dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek kepada remaja.Di samping itu,langkah terbaru sebuah parti politik untuk menaikkan imej mat rempit tidak harus dipandang ringan.Ia bertujuan untuk mendekati golongan mat rempit ini dengan mengenal pasti masalah mereka dan menyediakan satu ‘platform’ aktiviti berfaedah yang menyeronokkan.Sebagai contohnya,Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik untuk membanteras gejala mat rempit di kalangan remaja yang berleluasa kini.

Tindakan tegas,hukuman dan denda yang setimpal perlu diberi kepada mat rempit yang terlibat dalam perlumbaan haram juga merupakan langkah efektif untuk menangani masalah ini.Cadangan untuk merampas motosikal serta menggantung lesen mereka yang terlibat dalam lumba haram merupakan antara cadangan yang akan dimasukkan ke dalam pindaan undang-undang memberi isyarat yang nyata bahawa kerajaan memandang serius isu lumba haram ini dan tidak teragak-agak mengambil langkah drastik untuk menangani masalah ini.Namun demikian,peranan ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk menjayakan usaha tersebut dalam mendidik dan membina peribadi anak-anak mereka disamping pengajaran atau hukuman yang setimpal kepada pelumba haram,penonton dan penganjur kegiatan berbahaya itu juga bakal menerima hukuman sewajarnya seperti hukuman penjara dan mandatori kepada pelumba haram tidak melebihi lima tahun atau denda antara RM 5000 hingga RM 15000 jika disabitkan kesalahan.

(5)

Hassan(2000),beliau mengatakan delinkuen dan tindakan ganas remaja merupakan perlakuan yang diwariskan oleh golangan terdahulu dan aktivitinya diluar kawasan sekolah.

Penularan gejala gangsterime mempunyai pelbagai faktor antaranya terdapat pengaruh rakan sebaya.Menurut Artwater(1998) rakan sebaya merupakan rakan seumur dan boleh dikategorikan sebagai rakan sepermainan atau rakan seperjuangan.Hal yang sedemikian, membolehkan golangan ini menerima pelbagai pengaruh melalui rakan sebaya sama ada negatif ataupun positif sesuatu perkara tersebut.Selain itu keakraban yang terjalin melalui rakan sebaya dapat membentuk norma seseorang dan seterusnya kelembah kehancuran ataupun kebaikkan.Jesteru itu, pemilihan rakan sebaya amat penting kepada segenap lapisan masyarakat kearah pembetukan masyarakat yang bertamadun pada masa akan datang.

Media massa juga tidak terlepas daripada faktor yang menyumbang penglibatan masyarakat kekancah gejala gangsterisme.Media massa bermaksud proses komunikasi yang mengasaskan usaha bagi mengatur sefahaman antara manusia menerusi bahasa yang diucapkan.Penglibatan media massa kearah penambahan golangan remaja terhadap gejala gangsterisme adalah melalui filem aksi yang ditayangkan,majalah-majalah serta pendedahan terhadap gejala gangsterisme melalui televisyen.Pengaruh media massa sangat mempengaruhi pemikiran dan perlakuan masyarakat pada masa ini.Hal ini, menunjukkan peranan yang dimainkan media massa perlu diambil kira supaya pembentukan norma masyarakat dapat diperhalusi dan dipenuhi dengan pelbagai nilai estetika yang baik.

Gejala gangsterisme juga dapat dikurangkan melalui pemilihan rakan.Individu haruslah pandai memilih rakan yang sesuai untuk dijadikan teman kerana hampir lebih 50 peratus sikap seseorang dipengaruhi oleh rakan sebaya.Banyak pembaziran masa akan berlaku hanya kerana mengiginkan kebebasan.Implikasinya mengakibatkan pelbagai aktiviti yang tidak sihat berlaku akhirnya penglibatan mereka terikut-ikut kearah perkara negatif seperti kumpulan gangster dan sebagainya,jika masih berleluasa maka masalah ini tidak akan berkurang.

(6)

berbahaya,contohnya Tee Kui Kat dibelasah ketika berada dikawasan sekolah ketika beliau berada ditingkatan 4 pada tahun 2008.Hal ini, secara tidak langsung mengakibatkan ketakutan kepada pelajar-pelajar kerana ketidakselamatan berada disekolah.

Kesimpulan

Referensi

Dokumen terkait

Narbuko dan Achmadi (1997:44), penelitian deskriptif dengan pendekatan kualitatif yang menjadi jenis penelitian ini sangat berguna dalam mendeskripsikan, menguraikan,

Bagi hasil merupakan suatu sistem yang meliputi tata cara pembagian hasil usaha antara penyedia dana dan pengelola dana.. yang dilakukan adalah Besaran pokok

SMK Negeri 5 Semarang diharapkan dapat lebih meningkatkan kualitas sarana dan prasarana serta metode pendidikan yang sesuai dengan tuntutan kemajuan zaman yang semakin

Maka faktor kebutuhan dapat dijelaskan sebagai berikut: seperti yang diungkapkan oleh Informan Ario bahwa informan membutuhkan hiburan ketika sedang merasakan

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa karena atas berkat dan kasihNya sehingga penulis dapat menyelesaikan penulisan skripsi dengan

Sukada, Budi, Analisis Komposisi Formal Arsitektur Post-Modern , Seminar FTUI-Depok, Jakarta, 1988.. Time Savers Standards of

Di sisi lain, dalam perspektif Bahasa Dayak sebagai identitas intragroup , situasi kebahasaan berwajah heterogen karena bahasa- bahasa daerah dominan di Kabupaten Malinau

Halmai Tamás: Szöveg és lélek (Halász László: Az értelmezés változatai)