• Tidak ada hasil yang ditemukan

Alat dan keperluan asas melukis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Alat dan keperluan asas melukis"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Alat dan keperluan asas melukis

BY NOREYTA    | PUBLISHED SUNDAY, 1 APRIL 2012

Untuk menjadi seorang pelukis yang baik kita mestilah mempunyai alat kelengkapan dan keperluan  asas yang sesuai. Alat kelengkapan dan keperluan asas ini boleh didapati di pasaran dengan  pelbagai jenarna, kualiti dan harga.

Bagi keperluan kita, bahan­bahan tersebut tidaklah semestinya yang berharga mahal. Apa yang  lebih penting ia haruslah lengkap dan berguna. Patut juga diingatkan bahawa segala alat ini  mestilah digunakan dengan cermat. Sesudah digunakan ia mesti pula dibersihkan serta disimpan  dengan baik. Ini bukan saja akan memudahkan kita setiap kali hendak menggunakannya tetapi juga  membantu kita menghasilkan karya yang baik.

Berikut disenaraikan beberapa keperluan yang perlu ada sebagai pelukis :

1. Sekotak warna air atau warna poster yang mengandungi sekurang­kurangnya 12 warna.  Pastikan bahawa yang dibeli itu adalah baik mutunya. Setiap tiub warna mempunyai tanda  didalamnya. Kenali dan biasakanlah diri dengan nama­nama itu. Gambarajah dibawah adalah  contoh sekotak warna air yang dapat dibeli dikedai dan biasanya digunakan di sekolah­sekolah.

 

(2)
(3)

9. Pensil atau pen teknikal. Pensil perlu untuk membuat lakaran kasar atau sketsa. Kadang­ kadang pen teknikal digunakan. Pensil juga digunakan untuk lukisan hitam putih. Gred­gred pensil  yang perlu ada ialah :

HB ­ untuk membuat lakaran kasar dan ton cerah semasa membuat lakaran.

2B ­ untuk ton sederhana.

4B ­ untuk ton gelap.

(4)

10. Pemadam. Pemadam getah yang baik untuk memadam lukisan yang tersilap dilukis, untuk  membuat ton cerah ataupun membuat kesan putih dalam lukisan pensil.

(5)

Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.

PENSEL

Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar – samar.

ARANG

Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.

PEN DAKWAT

Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.

PEN MATA BOLA

Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama.

PEN FELT

(6)

CONTE CRAYON

Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.

KRAYON LILIN

Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk

menimbulkan kesan yang menarik.

PASTEL

Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.

BERUS

Referensi

Dokumen terkait

Setiap kabupaten/kota yang ada di Daerah Istimewa Yogyakarta ini tidak hanya dipengaruhi oleh salah satu aktivitas bentuklahan saja, namun antar bentuklahan ini memiliki

Tujuan dari program kegiatan ini adalah memberikan dorongan/ spirit kepada kelompok tani/ usaha lebah madu untuk meningkatkan produktifitasnya dalam rangka

This paper aims at investigating the implementation of the notion of transparency by the Indonesian central bank: how such transparency has been implemented and what impact it

Siswa dapat menentukan nilai nilai hidup dari kisah Yesus yang rela menderita dan wafat demi Kerajaan Allah seperti dikisahkan dalam Luk 23:26-49.

Kaji konntak kulit Nilai dengan penilaian APGAR Berikan mata prophilaxis & vitamin K

Angkat salah satu lutut lurus kedepan, Rentangkan serta gerakkan tumit kaki pelan-pelan / pergelangan kaki ke depan dan kebelakang.masing-masing tahan 5

Dari hasil penelitian dan analisis yang telah dilakukan menunjukkan bahwa penerapan model pembelajaran Prediction, Observation and Explanation (POE) disertai lembar

[r]