• Tidak ada hasil yang ditemukan

kajian tindakan. pemerhatian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kajian tindakan. pemerhatian"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk: Pengumpulan Data 1.0 Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian adalah kaedah yang digunakan untuk memungut data. Cara ini telah lama digunakan dalam penyelidikan sosial. Kaedah ini digunakan dalam kedua-dua penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Pada kebiasaannya, semua penyelidik mempunyai teori dan nilai-nilai masing-masing dan adalah penting untuk dipastikan bahawa semasa mereka melakukan pemerhatian, pemerhatian tersebut tidak boleh dipengaruhi oleh teori dan nilai tersebut.

Pengumpulan data melalui kaedah pemerhatian tidak bergantung kepada pada peserta kajian membuat laporan kendiri iaitu mengenai pandangan dan perspektif mereka. Malah, penyelidik berpeluang mengumpul data dengan memerhati fenomena yang berlaku di hadapan mata. Mengumpul data melalui kaedah pemerhatian membenarkan penyelidik berubah daripada data yang berasaskan persepsi ke data yang dikumpul secara langsung melalui pemerhatian. Pada kebiasaannya, pemerhatian jarang digunakan sebagai kaedah tunggal untuk mengumpul data dalam sesuatu kajian. Pemerhatian biasanya dikombinasikan dengan kaedah lain seperti temubual bagi mengumpul data dan pemerhatian boleh digunakan bagi menyokong data temu bual.

1.1 Jenis Pemerhatian

Jenis pemerhatian yang digunakan oleh penyelidik tergolong kepada pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tanpa struktur.

a) Pemerhatian Tanpa Struktur

Pemerhatian tanpa struktur digunakan dalam penyelidikan kualitatif. Dalam jenis pemerhatian ini, penyelidik akan membuat pemerhatian dengan sikap terbuka kerana beliau belum lagi begitu jelas berkenaan perkara yang ingin diperhatikannya. Penyelidik tidak mempunyai sebarang pandangan atau idea berkenaan perkara tersebut. Setelah membuat pemerhatian, barulah penyelidik akan mengetahui dengan jelas mengenai perkara yang ingin diperhatikan untuk kajian. Barulah penyelidik mula menjana hipotesis bagi menjelaskan data pemerhatian yang telah dikumpul. Boleh kita simpulkan bahawa pemerhatian tanpa struktur adalah berorientasikan induktif.

b) Pemerhatian Berstruktur

Pernyelidik sudah mengetahui sepenuhnya perkara yang ingin diperhatikannya dan bersedia dengan instrument bagi merekod pemerhatikan sebelum memasuki sesuatu situasi sosial bagi membuat pemerhatikan. Penyelidik yang menggunakan jenis pemerhatian ini, sudah mempunyai hipotesis dan menggunakan data pemerhatian bagi menguji hipotesis itu. Dapat disimpulkan bahawa pemerhatian berstruktur adalah deduktif. Pemerhatian ini biasa digunakan dalam penyelidikan kuantitatif. Contoh data yang dikumpul ialah membilang kekerapan subjek kajian yang melibatkan dalam tempoh sesuatu masa.

(2)

c) Pemerhatian Separa Struktur

Pemerhatian separa berstruktur ialah gabungan pemerhatian tidak berstruktur dan pemerhatian berstruktur. Data yang dikumpul adalah merangkumi data kuantitatif dan data kualitatif.

1.2 Peranan Penyelidik Semasa Pemerhatian

Tahap penyertaan penyelidik dalam aktiviti atau situasi yang dikaji akan menentukan peranan seseorang penyelidik. Tetapi seboleh-bolehnya, penyelidik hendaklah berusaha untuk tidak menganggu aktiviti atau situasi yang dikaji. Setiap tahap penyertaan mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Spradley (1980) mengenal pasti lima jenis penyertaan penyelidik dalam sesuatu kajian, iaitu:

I. Langsung tiada penyertaan

Tahap penglibatan atau penyertaan penyelidik adalah amat rendah. Contohnya seperti menonton rakaman video situasi yang dikaji. Penyelidik tidak perlu berada di situasi yang dikaji kerana rakaman video boleh dirakam oleh orang lain. Tetapi pemerhatian yang dapat dibuat adalah terhad. Skop pemerhatian adalah terbatas dengan apa-apa yang dirakam sahaja. Dengan memerhatikan rakaman video, penyelidik tidak dapat merasai pengalaman berada dalam situasi yang dikaji.

II. Penyertaan Pasif

Penyelidik berada di situasi sosial yang dikaji tetapi tidak berinteraksi dengan peserta. Pemerhatian dibuat tanpa penyertaan dalam aktiviti yang dikaji. Pemerhatian ini dinamankan ‘ pemerhatian bukan ikut serta’ (non-participant observation) dan boleh diumpamakan seperti ‘memerhati dari luar’.

III. Penyertaan Sederhana

Dalam tahap penyertaan ini, penyelidik menyertai sebahagian daripada aktiviti yang diperhatikan tetapi tidak keseluruhannya. Dalam membuat pemerhatian, penyelidik perlu mengimbangi peranannya sebagai ‘orang lua’r dan ‘orang dalam’.

IV. Penyertaan Aktif

Penyelidik menyertai keseluruhan aktiviti yang diperhatikan dalam tahap ini. Tetapi penyelidik tidak menjadi ‘orang dalam’ sepenuhnya dalam pemerhatian ke atas kajian atau situasi tersebut. Pemerhatian ini juga dikatakan sebagai ‘pemerhatian ikut serta’ (participant observation).

V. Penyertaan Penuh

Penyelidik dikatakan sebagai ‘orang dalam’ di mana penyelidik menjadi peserta aktiviti yang dikaji sepenuhnya. Kekuatannya ialah penyelidik berupaya memerhatikan banyak perkara yang tidak mungkin diperhati sekiranya beliau memilih jenis penyertaan lain. Manakala kelemahnya ialah penyelidik mungkin mendapati sukar bagi membuat pemerhatian secara kritis dan reflektif. Pemerhatian sebegini juga dinamakan pemerhatian ikut serta.

(3)

1.3 Panduan Menggunakan Kaeah Pemerhatian

Langkah yang patut diambil oleh seseorang penyelidik dalam mengumpul data menggunakan kaedah pemerhatian yang dicadangkan oleh Creswell (2005) ialah seperti berikut:

I. Kenal pasti

Penyelidik perlu mengenal pasti tempat atau lokasi kajian yang paling sesuai dari segi membolehkannya memerhati dan memahami situasi yang ingin dikaji. Keputusan yang dibuat adalah penting bagi memastikan lokasi yang paling sesuai untuk melakukan sesuatu kajian atau situasi.

II. Gatekeepers atau penjaga pintu

Setelah lokasi kajian ditentukan, penyelidik perlu merancang cara memasuki lokasi. Penjaga pintu adalah individu yang boleh menjadi faktor dalam menentukan kejayaan atau kebolehlaksanaan sesuatu penyelidikan dan bukannya bermaksud sebagai individu yang ingin dikaji. Individu yang menjadi penjaga pintu biasanya adalah orang yang penting tetapi tidak semestinya menjawat jawatan yang tinggi.

III. Peringkat awalan memasuki lokasi

Penyelidik dinasihatkan memasuki lokasi secara senyap tetapi bukannya secara sulit. Memasuki lokasi secara senyap dan mengambil sikap pasif dan tidak menonjol diri bukan sahaj meminimumkan gangguan penyelidik pada lokasi yang dikaji tetapi juga berkemungkinan besar mengurangkan reaksi negatif individu di lokasi pada penyelidik. Mengumpul maklumat berkenaan lokasi serta individu-individu di dalamnya sebelum memasuki lokasi juga dapat membantu pemyelidik mengambil langkah yang sesuai bagi memudahkan proses memasuki lokasi.

IV. Tentukan Objek Pemerhatian

Setelah berada di lokasi kajian, penyelidik harus menentukan apa yang diperhatikan. Keputusan yang dibuat adalah berkaitan dengan isu persampelan dan ia harus dititikberatkan kerana boleh mempengaruhi data yang dikumpul.

V. Tentukan Peranan

Penyelidik harus tentukan peranan yang diambil dan jenis pemerhatian yang ingin dilakukan. Peranan ini adalah bukan sesuatu yang tetap dan perlulah mengambil kira kekuatan dan kelemahan setiap peranan serta objektif dan matlamat kajian.

VI. Strategi Pemerhatian

Pada peringkat ini, penyelidik harus menentukan cara yang paling sesuai untuk merekod data pemerhatian. Pemerhatian boleh dimulakan secara meluas dahulu dan selepas itu dibuat lebih berfokus selepas perkara-perkara penting dalam situasi yang dikaji.

VII. Tentukan Fokus Pemerhatian

(4)

VIII. Tentukan cara merekod pemerhatian

Penyelidik perlu menentukan cara merekod pemerhatian. Data pemerhatian boleh direkodkan melalui rakaman video, dan juga dalam bentuk nota lapangan. Rekod nota lapangan berbentuk deskripsi dan reflektif. Nota lapangan deskriptif merekod persekitaran fizikal, aktiviti, peristiwa dan tingkah laku individu. Manakala nota lapangan reflektif merekodkan refleksi, wawasan, tekaan, hipotesis tentative penyelidik yang terlintas difikirkannya semasa melakukan pemerhatian.

IX. Sikap dan Perlakuan Semasa Pemerhatian

Apabila penyelidik membuat pemerhatian, digalakkan mengambil sikap pasif, menghormati dan mesra pada semua individu di lokasi yang dikaji. Perlu mengelakkan dalam menyebelahi mana-mana pihak di lokasi yang dikaji dan juga tidak harus menonjokan diri sama ada dari segi pakaian atau pun perlakuan diri.

X. Mengundur Diri

Prose ini melibatkan dua sub proses iaitu pertama dengan mengundur diri secara fizikal daripada lokasi kajian. Manakala sub proses yang kedua ialah mengundur diri secara emosi daripada hubungan yang dijalinkan semasa kerja lapangan. Seboleh- bolehnya, penyelidik hendaklah mengundur diri daripada lokasi kajian secara senyap dan sopan.

2.0 Pengumpulan Data Bentuk Dokumen

Menurut Bogdan dan Biklen (1998), dokumen merujuk kepada bahan-bahan seperti fotograf, video, filem, memo, surat, diari, rekod kes klinikal atau memo dalam pelbagai bentuk dan jenis yang boleh dugunakan sebagai maklumat sokongan kepada temu bual dan pemerhatian. Oleh yang demikian, bentuk dokumen ini terdiri daripada bahan-bahan bertulis yang pelbagai, bahan visual dan visual dan bahan fizikal yang relevan dengan kajian.

Bagi Lincoln dan Guba (1985) pula, mereka berpendapat dokumen adalah bagi membezakan diantara dokumen dan rekod yang berasaskan kepada teks yang disediakan itu mempunyai unsur-unsur formal atau tidak. Menurut mereka, rekod termasuklah sijil perkahwinan, lesen memandu, perjanjian pembinaan dan kenyataan perbankan dan lain-lain. Manakala dokumen pula disediakan untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan rasmi misalnya diari, memo, surat, nota lapangan dan lain-lain.

(5)

Dokumen Dokumen

Rekod Awam

Rekod Awam Dokumen PeribadiDokumen Peribadi Bahan FizikalBahan Fizikal Jenis Dokumen

(a) Dokumen Utama

Terdapat 3 jenis dokumen utama yang boleh diperoleh seperti rajah 1 di bawah :

Rajah 1 : Jenis Dokumen

Rekod Awam

Lazimnya, rekod awam terdapat dalam bentuk dokumen kerajaan, rekod bancian, rekod penduduk, kelahiran, kematian, perkahwnan, rekod polis dan lain-lain. Rekod-rekod ini boleh diperoleh di organisasi seperti institusi di mana kajian dijalankan atau institusi yang ada kaitan dengan kajian.

Dokumen Peribadi

Menurut Bodgan dan Biklen (1992), dokumen peribadi merujuk kepada naratif orang pertama yang menjelaskan tindakan, pengalaman dan kepercayaan individu. Dokumen peribadi ini termasuklah diari, surat, video, rekod perkembangan kanak-kanak, buku skrap, album foto, kalendar, autobiografi, log perjalanan dan sebagainya. Kebiasaannya, dokumen peribadi ini merupakan sumber yang boleh dipercayai dan berkaitan dengan sikap, kepercayaan serta pandangan seseorang di mana ia mungkin boleh menceritakan makna tersirat tentang kajian sehari-hari atau peristiwa yang signifikan yang penting yang berlaku dalam kehidupan manusia. Namun disebabkan ia dokumen peribadi maka bahan tersebut mungkin terlalu subjektif dan hanya penulisnya sahaja yang tahu mana yang penting. Terdapat juga kemungkinan bahawa dokumen peribadi ini tidak mewakili pernyataan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Bahan Fizikal

Menurut Rathje (1979), bahan fizikal adalah bahan tinggalan yang mempunyai sebarang perubahan dalam persekitaran fizikal hasil daripada tindakan manusia. Bahan fizikal ini juga merupakan sejenis bahan dokumen yang merangkumi objek fizikal yang diperoleh di latar kajan. Biasanya objek-objek ini digambarkan sebagai artifak seperti peralatan, perkakasan, alat permainan, komputer dan lain-lain. Bahan tinggalan yang digunakan manusia juga merupakan satu sumber maklumat yang boleh digunakan.

(6)

(b) Dokumen Lain-lain

Selain daripada 3 jenis dokumen utama yang telah dinyatakan sebelum ini, terdapat juga jenis dokumen lain seperti dokumen yang dijana oleh penyelidik dan kaedah mendapatkan bahan dokumen dan rekod.

Dokumen yang dijana oleh penyelidik

Jenis dokumen ini merujuk kepada dokumen yang disediakan oleh penyelidik atau bahan yang disediakan oleh partisipan untuk penyelidik. Dokumen yang dijana ini bertujuan untuk mempelajari dan memahami dengan lebih lanjut lagi tentang situasi, individu atau perkara yang dikaji. Contoh-contoh dokumen jenis ini adalah seperti gambar foto, video, data kuantitatif daripada ujuian, pengukuran sikap, skor ujian, data statistik daripada tinjauan. Mendapatkan bahan dokumen dan rekod

Dalam arus kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, terdapat pelbagai saluran komunikasi atau capaian maklumat dengan enjin carian yang berkeupayaan tinggi yang menjadi maklumat dalam pelbagai bidang boleh diperoleh secara melayari internet. Gaya pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan penggunaan web dan internet semakin menjadi ikutan di sekolah. Bidang lain seperti politik dan perundangan juga turut mengaplikasikan penggunaan web dan internet ini. Hal ini disebabkan sumber yang terdapat di dalam web dan internet ini mempunyai banyak maklumat yang berkaitan yang diperlukan. Selain itu, penggunaan internet dilihat dapat menyokong interaksi antara manusia melalui pelbagai bentuk komunikasi berasaskan komputer seperti e-mel, chat-rooms dan lain-lain.

Melalui laman sesawang, pelbagai bentuk kertas kerja boleh diperoleh dan dimuat turun dan ia merupakan dokumen yang diakses secara online. Pengumpulan data secara online adalah perkembangan dalam teknik penyelidikan biasa dan mampu melebarkan skop data yang boleh diperoleh oleh penyelidik. Keputusan yang diambil dengan cara ini adalah serupa dengan keputusan yang diambil dalam pengumpulan data secara biasa. Namun demikian, para penyelidik perlu sedar bahawa dokumen dan maklumat yang diperoleh dalam internet ini cepat berubah mengikut perkembangan semasa dengan pertambahan maklumat yang berlaku dengan pantas sekali.

2.1 Prosedur Menyimpan Dan Menganalisis Bahan Dokumen

Persoalan kebolehdapatan atau kemudahdapatan bahan merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian sekiranya menggunakan bahan-bahan dokumen sebagai sebahagian daripada reka bentuk pengumpulan data kajian. Ia perlu dinilai berdasarkan kesesuaian dokumen dari segi kedalaman dan keluasan maklumat yang terdapat di dalamnya atau daripadanya.

Penyelidik juga perlu mengetahui:

 bagaimana bahan tersebut dihasilkan?  untuk tujuan apa?

 apa lagi bahan sokongan lain yang perlu digunakan bersama bahan tersebut?  siapa yang telah menggunakan bahan tersebut sebelum itu dan untuk tujuan apa? Penyelidik perlu memikirkan tentang kemungkinan-kemungkinan yang timbul daripada pengunaan bahan tersebut seperti:

 mengapa bahan tersebut perlu digunakan?  mengapa bahan lain tidak digunakan?  apa lebihnya bahan tersebut?

(7)

Menggunakan Dokumen Dalam Kajian Tindakan

Pada peringkat awal, penyelidik perlu mencari bahan yang sesuai dan relevan dengan persoalan dan tujuan kajian. Ini merupakan prosuder yang sistematik yang berkembang daripada topik kajian dan memerlukan penyelidik untuk membuka minda dan menyelongkar dokumen yang berguna dimana sebarang kemungkinan yang membawa kepada jumpaan yang tidak diduga. Setelah dokumen dikesan, keasliannya perlu dinilai. Seterusnya adalah menjadi tanggungjawab penyelidik untuk menentukan seberapa banyak yang boleh diperoleh tentang maklumat dokumen tersebut seperti asalnya dan sebab-sebab ditulisn penulis dan konteks di mana ia ditulis.

Menginterpretasi Bahan Dokumen

Menurut Meriam (2001), dalam kajian kes kualitatif, satu bentuk analisis kandungan digunakan untuk menganalisis dokumen. Analisis kandungan pada masa kini banyak digunakan dalam media komunikasi seperti surat khabar, jurnal bersiri, televisyen dan filem. Perkara yang diutamakan adalah mengira kekerapan dan kepelbagaian mesej serta mengesahkan hipotesis.

Kebanyakkan reka bentuk penyelidikan menggunakan analisis kandungan berbentuk urutan yang dimulakan dengan pembinaan kategori kepada persampelan, pengumpulan data, analisis dan interpretasi data. Pertimbangan terhadap definisi konteks dan masa diperlukan bagi menginterpretasi bahan dokumen seperti teks bertulis atau artifak. Apabila sesuatu teks dibaca dalam konteks yang berbeza, ia akan diberi makna baru yang biasanya bertentangan kerana ia ditafsirkan mengikut latar sosial di mana teks dibaca.

Sebagai konklusinya, dokumen merupakan bahan yang dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan isu atau masalah yang dikaji. Oleh itu, pemilihan dokumen yang dibuat haruslah berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan.

Referensi

Dokumen terkait

Penyelidikan yang dilakukan penyelidik dalam hal ini tetap harus menghormati asas praduga tidak bersalah (presumption of innocence).. sebagaimana disebutkan dalam penjelasan umum

Pertama, Peranan Intelijen Yustisial Kejaksaan Negeri Karanganyar dalam rangka penyelidikan tindak pidana korupsi yaitu melakukan kegiatan dan operasi intelijen

Ini kerana kajian tindakan dijalankan di sekolah adalah untuk kegunaan dan dilakukan oleh guru- guru yang bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai aspek dalam pendidikan

a) Membaca dalam hati ialah jenis membaca yang dilakukan tanpa menyuarakan apa yang dibaca. Dalam kehidupan sehari-hari orang jauh lebih banyak melakukan kegiatan

Oleh kerana nilai t kiraan 4.709 lebih besar daripada nilai t kritikal 2.045, penyelidik membuat keputusan bahawa wujud perbezaan yang signifikan dalam skor min ujian

Hal ini adalah penting bagi tenaga pengajar oleh kerana boleh membantu mereka dalam mencari kaedah yang sesuai dalam menarik minta pelajar untuk mempelajari bahagian Tamadun

Penyelidikan bagi kajian ini telah mengukur kesan bagi setiap jenis kumpulan (pembolehubah tidak bersandar yang tidak sama banyak) untuk mencari sama ada struktur 

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan 1 DB di SMK Abdul Rahim Kudat kerana pelajar kelas tersebut masih kurang mahir untuk menguasai pembelajaran dalam