• Tidak ada hasil yang ditemukan

IRAMA MUZIK DALAM MEMPENGARUHI PENGUPAYAAN MOTOR KASAR KANAK- KANAK SINDROM DOWN SATU KAJIAN KES

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "IRAMA MUZIK DALAM MEMPENGARUHI PENGUPAYAAN MOTOR KASAR KANAK- KANAK SINDROM DOWN SATU KAJIAN KES"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

IRAMA MUZIK DALAM MEMPENGARUHI PENGUPAYAAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK SINDROM DOWN – SATU KAJIAN KES

Suraya Bai & Bainah Mustafa IPG Kampus Darulman, Jitra, Kedah

Abstrak

Kajian pengupayaan motor kasar kanak-kanak Sindrom Down ini dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi I dan sesi II. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengupayaan motor kasar kanak-kanak Sindrom Down (SD) yang berumur tujuh, dan lapan tahun di Pusat pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jitra. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, soal selidik, dan temu bual. Data pengupayaan motor kasar kemahiran kemahiran lokomotor dan manipulatif diperoleh melalui rakaman video dan gambar. Tujuan kajian sesi I adalah untuk mengenal pasti kanak-kanak SD kanak-kanak umur 7 dan 8 tahun yang mengalami kelewatan dalam perkembangan motor kasar. Seramai 6 orang kanak-kanak SD telah dikenal pasti sebagai peserta kajian yang terdiri daripada 4 orang kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun, dan dua orang kanak-kanak berumur 8 tahun, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. Dapatan sesi I menunjukkan peserta umur 8 tahun mengalami masalah yang ketara dalam kemahiran lokomotor dan manipulatif, manakala peserta berumur 7 tahun lebih menunjukkan tahap pengupayaan motor kasar dalam kemahiran lokomotor dan manipulatif yang lebih aktif . Kajian sesi II bertujuan mengkaji kesan irama muzik terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pengupayaan motor kasar. Kajian ini berbentuk kualitatif. Dapatan kajian fasa II menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengupayaan motor kasar kanak-kanak antara kanak 7 tahun dan 8 tahun. Keputusan kajian menunjukkan pengupayaan motor kasar kanak-kanak yang diberi intervensi irama muzik lebih baik dan signifikan berbanding kumpulan kanak-kanak-kanak-kanak yang mengikuti program senamrobik biasa.

Kata kunci: irama muzik, motor kasar, kanak-kanak Sindrom Down (SD), lokomotor.

Pendahuluan

Perkembangan motor kasar merupakan suatu proses perubahan yang berlaku secara berterusan. Menurut Lubans et al.,( 2010), perkembangan ini boleh dilihat dalam tingkah laku pergerakan seperti berlari, melompat, menendang, memukul, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Kemahiran motor kasar berkembang dalam tempoh yang singkat dan kebanyakkan kemahiran motor kasar ini berkembang semasa kanak-kanak. Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Kemahiran motor merupakan satu keadaan untuk menunjukkan kebolehan dalam mengeluarkan suatu corak perlakuan tertentu yang berkait rapat dengan persekitaran.

Namun begitu, setiap kemahiran motor kasar kanak bergantung kepada umur kanak-kanak tersebut. Keadaan ini berbeza dengan kanak-kanak-kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Hal ini kerana mereka adalah golongan istimewa yang mempunyai pelbagai jenis perlakuan. Mengikut terjemahan Kirk (1993), Murid Pendidikan Khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan. Di Malaysia murid pendidikan khas terdiri daripada kategori Masalah Pembelajaran. Kategori ini merangkumi perkembangan yang lewat bagi kanak-kanak yang berusia bawah tiga tahun seperti Sindrom Down, Autisme, ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder), terencat akal (berusia lebih tiga tahun) dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia, disgrafia, diskakulia dan lain-lain.

(2)

Melatih kanak-kanak istimewa yang mempunyai masalah dalam perkembangan kemahiran motor kasar sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Penggunaan kaedah yang sesuai sangat perlu untuk menggalakkan atau merangsang kanak-kanak istimewa ini untuk terus mencuba.

Pernyataan Masalah

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengukur tahap pengupayaan kemahiran motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran Sindrom Down melalui irama muzik. Melalui kajian ini, pengkaji dapat melihat pengaruh irama muzik dalam pengupayaan motor kasar kanak-kanak Sindrom Down. Kajian lepas menunjukkan 50% kanak-kanak masalah pembelajaran mempunyai perkaitan yang rapat dengan

Developmental Coordination Disorder (DCD), Kaplan et.al (1998), Sugden dan Wann (1987). Hal ini disokong oleh Jongmanns et. al (2003), dengan menyatakan bahawa kanak-kanak dengan masalah DCD

dan Learning Disabilities (LD) adalah lemah dalam semua prestasi yang melibatkan kognitif dan motor. Walau bagaimanapun, perkembangan motor kasar merupakan perubahan tingkah laku manusia yang berlaku sepanjang hayat, dan terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi setiap perubahan dalam perkembangan motor. Sebagai contoh, kanak-kanak Sindrom Down amat menggemari irama muzik dan akan terus membuat pergerakan spontan sebaik sahaja muzik dimainkan. Sungguhpun demikian, harus difahami bagi melakukan pergerakan yang ditetapkan, kanak-kanak ini memerlukan masa untuk memproses maklumat yang diarahkan.

Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah untuk:-

1. Mengenal pasti prestasi pengupayaan motor kasar kanak-kanak Sindrom Down.

2. Mengenal pasti pengaruh irama muzik terhadap pengupayaan motor kasar kanak-kanak Sindrom Down

Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan akan memberi pengetahuan tentang pengaruh irama muzik dalam tahap pengupayaan motor kasar kanak-kanak Sindrom Down. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh para penyelidik pendidikan untuk mendapatkan idea-idea baru untuk pembangunan motor kasar dalam kalangan kanak-kanak ini. Secara tidak langsung akan dapat menambah baik pendekatan yang digunakan oleh petugas PDK, guru-guru, dan tenaga pengajar di institusi yang berkenaan.

Reka Bentuk dan instrumen Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif yang diwakili satu kumpulan populasi. Kajian ini melibatkan 10 item ujian pergerakan motor kasar dan menggunakan instrumen pemerhatian, dan soal selidik. Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah irama muzik, ruang untuk pergerakan, borang soal selidik, senarai semak pemerhatian dan kelengkapan alat perakam gambar dan video menggunakan telefon bimbit.

Sampel Kajian

Peserta kajian terdiri daripada 6 orang kanak-kanak masalah pembelajaran Sindrom Down berumur 7 hingga 8 tahun terlibat dalam kajian ini. Terdapat 4 orang kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun dan 2 orang berumur 8 tahun terdiri daripada seorang perempuan dan seorang laki-laki Di samping itu juga, subjek ini dipilih setelah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu, petugas PDK, dan waris paserta kajian.

(3)

Analisis Data

Berdasarkan analisis soal selidik pada Jadual 1 , menunjukkan dapatan soal selidik tentang aktiviti motor kasar yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak sindrom down. Dapatan soal selidik ini diperoleh melalui ibu bapa, penjaga dan waris kepada kanak-kanak sindrom down yang dikaji. Dapatan membuktikan bahawa kanak-kanak sindrom down pada peringkat umur 7 dan 8 tahun mampu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan. Kesemua 6 orang kanak-kanak sindrom down mampu untuk mengangkat tangan kanan dan kiri, berlari dan menendang manakala untuk aktiviti memusingkan badan 4 daripada kanak-kanak ini tidak dapat melakukannya dengan baik.

Jadual 1

Analisis soal selidik Domain Kemahiran Motor Kasar

DOMAIN Skor

KEMAHIRAN MOTOR KASAR DAN LOKOMOTOR

1. Mengangkat tangan kanan 6

2. Mengangkat tangan kiri 6

3. Mendongakkan kepala 4 4. Menundukkan kepala 4 5 Memusingkan badan 2 6. Membongkok 6 7. Menendang 6 8. Merangkak 0 9. Melompat 6 10. Berlari 6

Bagi aktiviti mendongak dan menundukkan kepala 3 kanak-kanak ini tidak dapat mendongak dan menundukkan kepala dengan sempurna. Hal ini kerana, mereka tidak dapat mengawal keseimbangan badan. Sewaktu menjawab soal selidik tentang aktiviti merangkak, kebanyakan penjaga menjawab anak-anak mereka tidak dapat merangkak dengan betul dan hanya mampu untuk merangkak dengan mengangkat kepala lutut, akan tetapi mereka boleh membuat lompatan.

Tahap kemahiran motor mereka dikenal pasti dengan kedudukan jumlah skor yang diperoleh. Peserta yang berada pada bahagian 6 dan ke atas iaitu mata 9.5 ke atas, merupakan peserta yang tidak mengalami masalah motor. Kedudukan peserta yang berada antara persentage 2 peratus hingga 5 peratus adalah peserta yang berada pada tahap kesukaran yang memerlukan perhatian. Sekiranya mereka didapati mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian maka perlu diberikan bantuan segera dengan berjumpa dengan pakar perubatan masing-masing.

Rajah 1 menunjukkan keputusan pelaksanaan aktiviti berdasarkan kepada jumlah skor yang diperolehi oleh sampel dalam sesi 1 dan sesi 2. Pada sesi 1 sampel seramai 4 orang lelaki berumur 7 tahun telah mencapai keputusan yang baik. Sebaliknya 2 orang lagi yang terdiri dari 7 tahun (lelaki) dan 8 tahun (perempuan) tidak mendapat keputusan yang baik apabila jumlah mata skor mereka hanya 5. Hal ini menunjukkan kanak-kanak Sindrom down masih dapat menggunakan motor kasar untuk aktiviti-aktiviti seperti melompat, membongkok, mengangkat tangan kanan dan kiri, memusingkan badan, menendang, merangkak, menundukkan kepala, mendongak, dan berlari. Perbincangan ini berdasarkan kepada keputusan senarai semak dan aktiviti yang telah dijalankan pada sesi I dan sesi 2.

Sewaktu sesi 2 berlangsung, kanak-kanak ini lebih aktif dan cergas menggoyangkan badan sebaik sahaja irama muzik dimainkan. Jelas di sini bahawa pengupayaan motor kasar kanak-kanak ini boleh dipertingkatkan lagi menggunakan irama muzik. Aktiviti pada sesi 2 dilaksanakan seiringan

(4)

dengan irama muzik untuk melihat adakah irama muzik memainkan peranan dalam pengupayaan motor kasar kanak-kanak ini.

Berdasarkan dapatan pemerhatian, 2 orang daripada 4 orang yang mendapat skor 10 pada sesi 2 telah menunjukkan prestasi yang baik dalam beberapa aktiviti tertentu walaupun tidak menepati gaya yang dikehendaki. Hal ini membuktikan irama muzik dapat merangsang pergerakan kanak-kanak sindrom down secara spontan. Namun, bagi 2 orang peserta yang mendapat skor 6 menunjukkan mereka tidak dapat melakukan ke semua aktiviti yang telah ditetapkan kerana menghadapi masalah-masalah tertentu. Kanak-kanak ini memerlukan perhatian bagi memastikan prestasi kemahiran dan motor kasar mereka mencapai tahap yang sewajarnya.

Jelas di sini sekiranya ada peserta yang mendapat kurang daripada 5 peratus, mereka adalah berada pada tahap kesukaran untuk menjalani kehidupan seharian kerana mempunyai masalah dalam kemahiran-kemahiran tertentu.

Rajah 1 : Analisis Pemerhatian Aktiviti Sesi 1 dan sesi 2

Perbincangan

Berdasarkan kepada keputusan senarai semak dan aktiviti yang telah dijalankan di atas, terbukti bahawa prestasi pengupayaan motor kasar-kasar kanak - kanak adalah tidak begitu berbeza mengikut umur walaupun kemahiran yang diperolehi kanak-kanak ini melalui pelbagai aktiviti yang disertai oleh mereka sepanjang proses perkembangan dan pertumbuhan mereka. Semua kanak-kanak mampu melakukan aktiviti tersebut. Berdasarkan keputusan senarai semak, kanak-kanak ini lebih menunjukkan keupayaan mereka dalam aktiviti yang menguji dan kemahiran motor kasar walaupun kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi fokus atau perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.

0 2 4 6 8 10 12

8 tahun 8 tahun 7 tahun 7 tahun 7 tahun 7 tahun

sko

r

Umur

Peratusan Berdasarkan Senarai Semak

(5)

Rujukan

Amri, S., Chun, C. C., Chee, C. S., Borhannudin, A., & Kok, L. Y. (2009). Perbezaan tahap keupayaan motor kanak-kanak antara bangsa Melayu, Cina dan India (6 hingga 9 tahun) di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kajian Sukan di Malaysia, 1, 86-97.

Amri, S., Ujang, A. F., Wazir, M. R. W. N., & Ismail, A. N. (2012). Anthropometric correlates of motor performance among Malaysian university athletes. Movement, Health & Exercise, 1.

Barton, G. V., Fordyce, K., & Kirby, K. (1999). The importance of development of motor skills to children. Teaching Elementary Physical Education, 10(4), 9-11.

Borhannudin, A., Saidon, A., & Aris Fazil, H. U. (2009). Perkembangan Motor Kasar dan kesetaraan umur. Dalam Seminar Pendidikan Jasmani, 3-15, Kuala Lumpur, Malaysia.

Darst, P. W. & Pangrazi, R. P. (2006). Dynamic physical education for secondary school student (5th ed.). Massachusetts: Allyn & Bacon. Perkembangan motor kasar di kalangan murid orang asli 155

Dauer, V. P. & Pangrazi, R. P. (1995). Dynamic physical education for elementary school children (11th ed.). Massachusetts: Allyn & Bacon.

Freeman, W. H. (2001). Physical education and sport in a changing society (6th ed.). San Francisco: Benjamin Cummings.

Gallahue, D. (1996). Developmental Physical Education for Today’s Children. Dubuque: Brown & Benchmark.

Gallahue, D. L. & Ozmun, J. C. (2006). Understanding motor development: Infants, children, adolescents, adults (6th ed.) Gallahue, D. & Ozmun, J. C. (1998

)

Referensi

Dokumen terkait

Jalur Jl.Ir.Soekarno yang dulu bernama Jl.Raya Solo Permai yang berada di kawasan kota Solo Baru didesain sedemikian rupa dengan tujuan untuk memberikan

Proses-proses metabolisme dari halofita biasanya dapat toleran terhadap garam. Kemampuan mengatur konsentrasi garam dalam sitoplasma melalui transpor membran dan

Hal ini terjadi karena beberapa faktor seperti pemadatan yang kurang merata karena proses pembuatan benda uji yang dilakukan masih secara manual, daya serap abu

Dengan cara yang sama, ganti elemen elemen pada persegi ajaib ber-orde dengan sehingga menghasilkan yang juga merupakan pelabelan untuk sisi graf

embed video dimana sebuah file video adalah sebuah container , yang dapat diartikan ada file video dan audio yang di tanam didalamnya. Penelitian yang dilakukan oleh

Pada Tabel 3 menunjukkan bahwa rata-rata persentase buah yang terserang penyakit antraknosa pada panen ke 1, 2 dan 3 tidak berbeda nyata untuk semua perlakuan

Karakteristik dari masing- masing isolat yang didapatkan berbeda-beda, baik dari segi bentuk koloni, warna koloni, elevasi koloni, tepian koloni, permukaan koloni

Mereka memiliki ciri-ciri hidup dan tinggal di kota besar, berasal dari kalangan yang cukup berada dan terpandang, memiliki pekerjaan dan penghasilan yang tetap