• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

THE USE OF INTERACTIVE MULTIMEDIA COURSEWARE IN THE ABORIGINAL SCHOOL OF THE 21ST CENTURY

Nur `Azah bt Ahmad @ Ahmad Zakaria Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak

Abstract

Abstract: Multimedia technology is the path the dissemination of information in teaching and learning is the most important. The main focus of this study has to review the use of interactive multimedia software in three primary schools Orang Asli Perak Tengah District, Perak. The instrument used is a set of questionnaire which is divided into two parts. Data were analyzed using the Statistical Package for Social Science, Version 12.0 (SPSS). The results of data analysis are described in terms of frequency, percentage and mean. Interactive multimedia software is developed based on the strategies and theories of learning so as to create an effective learning environment and inovative. The results showed that the use of interactive multimedia software such as `text ',` sound', 'graphics', 'animation' and 'video' becomes the favorite pupils in a lesson teacher. While the frequency of teachers using interactive multimedia software is low. Perception of teachers in the use of interactive multimedia software is at the high level while the problems faced by teachers in the use of software Rich media interactive is at the average level. In addition, an interactive multimedia software can be diversified by teachers to interest and motivation in learning Bahasa Malaysia ranks.

Keywords: Interactive Multimedia Software, School of Orang Asli

Pengenalan

Teknologi komunikasi sekarang ini sudah sangat berkembang pesat dan cepat. Sayangnya, teknologi yang berhubungan dengan pendidikan ini masih tetap statis. Tentunya, bukan menjadi satu hal yang tidak mungkin untuk membuat satu inovasi seperti komputasi awan (cloud) atau lainnya. Sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia telah berevolusi sejak zaman penjajah dan masih meniti arus perubahan, rasional dengan perkembangan kurikulum di Malaysia. Generasi kini lebih beruntung kerana timbul kesedaran dan keprihatinan terhadap kepentingan pendidikan seiring dengan arus globalisasi dunia kini. Cuba bayangkan sekiranya guru masih lagi mengajar dengan teknik di tahun 1939, sudah pasti masih ramai masyarakat Malaysia yang tandus ilmu dan kolot berfikir dalam menggunakan teknologi semasa. Oleh hal yang demikian, kerajaan dengan penuh bestari telah memberi penekanan dan komitmen terhadap penggunaan perisian multimedia dengan mengubah kurikulum supaya seiring dengan sukatan pelajaran demi kemajuan negara dan masyarakat amnya. Hal ini terbukti dengan

(2)

perlantikan dan penubuhan beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Pendidikan Razak 1956, Jawatankuasa Pendidikan Rahman Talib 1960, Jawatankuasa Pendidikan Kabinet 1979 untuk mengkaji dan mencadangkan syor-syor yang relevan untuk meningkatkan pengetahuan dan kualiti pendidikan. Perubahan kurikulum ini menjadikan pendidikan beralaf teknologi ini dapat membantu para guru dan pelajar dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan kerana guru mampu mengajar mengikut profesyen khusus masing-masing serta dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan teknologi yang baik. Selain itu, pelajar mampu belajar dengan lebih teratur, berfokus serta mengikut konsep betul berdasarkan sukatan pelajaran yang lebih relevan dan rasional. Rasionalnya dasar ini ialah menyediakan platform pendidikan yang sesuai dengan pendidikan global terutamanya penggunaan internet dan buku rujukan antarabangsa, serta mampu melahirkan warganegara yang lebih berintelektual, beradaya saing dan maju seperti yang termaktub dalam wawasan 2020.

Pernyataan Masalah

Kenyataannya, sejauh manakah golongan guru menerima perubahan ledakan teknologi komunikasi ini. Sesuatu yang baru pasti memerlukan masa penyesuaiannya dan menimbulkan masalah dan cabaran. Begitu juga dengan penggunaan perisian multimedia interaktif (PMI) dalam pembelajaran dan pengajaran guru di sekolah. Secara realitinya menunjukkan bahawa sistem pengurusan sekolah dan kaedah pengajaran guru masih tidak berupaya untuk mendukung penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan PMI dalam pengajaran mereka. Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara bersama. Tidak dinafikan, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul.

Masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk

(3)

memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word! Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran. Sebagai akibat, masa di bilik darjah membazir begitu sahaja memandangkan guru tidak mampu menggunakan peralatan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah. Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut. Pembaharuan ini dirasakan sebagai satu beban bagi golongan guru ini. Mereka tiada kepakaran untuk mengoperasikan peralatan ICT yang kemudiannya dijadikan alasan mengganggu dan mengambil masa pengajaran. Hal ini menyebabkan golongan ini meneruskan cara lama dan membantutkan perkembangan pendidikan negara.

Justeru, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan

DalamPerkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Guru juga telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.

Pendidikan pada masa kini telah mengalami perubahan yang ketara. Penggunaan internet boleh meningkatkan mutu pembelajaran pelajar dan juga menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran dengan baik. Namun masalah yang sering timbul ialah kemudahan internet tidak begitu memuaskan dan telah membantutkan masa pembelajaran pelajar. Ketiadaan internet di sekolah akan menghilangkan minat pelajar dalam mengikuti kelas yang menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Mereka tidak dapat memberi tumpuan yang baik dan tidak dapat menjangka sesuatu pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Perancangan dan persiapan yang dilakukan untuk pengajaran akan terjejas apabila pelajar gagal mengakses maklumat yang terdapat dalam pengajaran guru. Keadaan ini akan menyebabkan guru mencari inisiatif lain bagi meneruskan sesi pengajaran. Apabila perkara ini sering berlaku, akhirnya guru-guru berbalik kepada kaedah pengajaran secara tradisional.

(4)

Terdapat beberapa cadangan model yang boleh digunakan oleh guru dalam mengatasi masalah menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan. Guru perlu menggunakan bahan-bahan dari internet mengikut pelbagai tahap kecerdasan pelajar (Multiple Intelligences) supaya dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran mereka (Yahya Don, 2005). Guru perlu interaktif memilih bahan-bahan yang sesuai kerana sebagaimana yang kita maklum setiap insan tidak mempunyai fikiran yang sama atau kecerdasan yang sama dalam menerima maklumat atau pembelajaran mereka (Atan Long dalam Mat Nor Hussin, 1987). Contohnya pelajar yang lebih cenderung kepada muzik, guru boleh memuatturunkan bahan-bahan dari internet untuk diberikan kepada pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran mereka tanpa perlu menggunakan internet secara langsung dan diperjelaskan kepada pelajar akan kepentingan teknologi maklumat khususnya internet dalam pendidikan. Bagi pelajar yang lebih cenderung kepada persekitaran, guru boleh memainkan peranan dengan menggunakan bahan-bahan dari internet yang mampu menarik minat pelajar dan akan membuat pelajar tertumpu pada pembelajarannya. Guru boleh memuatturunkan bahan-bahan tersebut untuk dibincangkan bersama-sama pelajar di sekolah.

Faktor kekangan yang lain ialah kurang perancangan guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor ini merupakan salah satu halangan dalam melaksanakan penggunaan dan integrasi PMI di sekolah. Perkara ini terjadi kerana perancangan yang kurang baik dan teliti akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tidak menarik, membosankan dan seterusnya hasil pembelajaran tidak akan tercapai dengan berkesan. Guru kekurangan masa untuk menyediakan perancangan yang teliti kerana bebanan tugas terutama tugas-tugas perkeranian. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, model ASSURE boleh digunakan.

Menurut model ini guru perlulah mengetahui tahap kognitif pelajar ( analyze learner ) sama ada lelaki atau perempuan dari kelas yang pandai atau pun lemah. Seterusnya guru mesti memikirkan objektif ( state objective ) pembelajaran yang akan diperolehi dan dicapai oleh pelajar. Ianya boleh dikenalpasti dengan kaedah ABCD ( A- pelajar, B- tingkahlaku yang hendak ditunjuk, C- suasana dan D- kemahiran yang diperolehi ). Pada peringkat seterusnya pula guru mestilah memilih kaedah interaksi yang tepat untuk memenuhi matlamat P&P, media dan bahan yang sesuai ( select instructional methods, media, and materials ) untuk digunakan bertujuan menarik minat

(5)

pelajar. Contoh bahan yang boleh digunakan ialah teks, gambar, video, audio, dan multimedia yang mungkin dibeli dan dibuat pengubahsuaian atau direka sendiri.

Langkah seterusnya ialah guru mestilah menguasai bagaimana hendak menggunakan setiap bahan dengan baik ( Utilize media and materials ). Guru menggalakkan pelajar melibatkan diri ( require learner participation ) kerana penglibatan secara aktif akan menyebabkan mereka belajar dengan baik. Tahap terakhir model ini ialah guru hendaklah mengadakan aktiviti pengukuhan ( evaluate and revise ) dengan memberi kerja rumah kepada pelajar. Oleh itu, guru yang dapat menyediakan perancangan rapi sebelum pengajaran dan pembelajaran serta akan dilihat lebih sistematik dan menyeronokkan.

Kekangan seterusnya dalam penggunaan TMK dalam pendidikan ialah pelajar tidak mengetahui kaedah pengajaran guru dengan jelas. Setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan tersendiri berdasarkan banyak faktor di antaranya ialah individu, latar belakang keluarga dan persekitaran sekeliling. Guru yang cuba menggunakan dan mengintegrasikan TMK akan berhadapan dengan halangan di atas. Perbezaan tahap pelajar akan menyukarkan pihak guru menjelas dan memberi pendedahan kepada para pelajar. Kadang-kadang guru terpaksa mengambil masa yang panjang untuk memberi galakan dan minat namun pelajar masih tidak mengetahui kaedah pengajaran yang jelas oleh guru mereka.

Dalam situasi ini model ADDIE boleh digunakan supaya halangan di atas dapat diatasi. Menurut model ini, langkah utama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menganalisis ( analysis ) segala maklumat berkaitan pelajar. Kemudian guru perlu menetapkan ( design ) objektif pengajaran dengan jelas. Pada peringkat ini pelajar telah dijelaskan dengan terperinci kemanfaatan TMK dalam pendidikan. Hasilnya guru boleh mengembangkan ( development ) dari isi dan bahan pembelajaran berdasarkan tahap menetapkan tujuan belajar.

Pada peringkat pelaksanaan ( implementation ) segala perancangan awal tadi dimasukkan ke dalam tindakan dan prosedur untuk latihan pelajar dan pelaksanaan guru. Sebagai contoh guru menyampaikan kandungan pengajaran dan diedarkan kepada pelajar untuk dinilai keberkesanan perancangan dan tindakan. Apabila situasi ini sentiasa diamalkan maka tidak sukar bagi pelajar menjangkakan kaedah pengajaran guru menggunakan TMK dan membuat persediaan rapi. Pada fasa terakhir ini, guru perlu membuat penilaian (evaluate) secara berterusan dan mengenalpasti kekuatan dan

(6)

kelemahan yang berlaku semasa menggunakan TMK dalam proses P&P. Suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan berkesan apabila pelajar sedia memahami kaedah pengajaran guru dengan jelas.

Penghasilan bahan pengajaran secara talian dalam kalangan guru masih lagi di tahap yang rendah. Ini disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai pengalaman untuk membina laman web. Ini diakui melalui kajian Foong (1999) menunjukkan hanya 12.5% daripada guru di Selangor mempunyai pengalaman dan pengetahuan merekabentuk laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara talian. Kajian mendapati bahawa guru-guru banyak pengetahuan dalam aspek penggunaan perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word) dan pencarian maklumat melalui internet. Ini selaras dengan kajian Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi terutama dalam perisian pemprosesan perkataan kerana mereka kerap menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan mereka. Ini bersamaan dengan kajian Mohd Fadzri (2006) yang menyatakan kebanyakan guru didapati menggunakan komputer untuk proses penghasilan nota pengajaran berbanding dengan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Selain itu, penyediaan pembelajaran secara talian memakan masa yang panjang berbanding penyediaan pengajaran secara tradisional. Kajian yang dijalankan oleh National Education Association dalam Weiner (2000) terhadap guru-guru di Amerika mendapati 43% guru menyatakan penyediaan untuk pembelajaran secara talian memakan masa yang lebih lama kerana beban kerja tambahan yang perlu dilakukan seperti merekabentuk laman web, siding video dan membalas e-mel. Tambahan pula beban kerja ini tidak diikuti dengan kenaikan gaji. Beban tugas utama yang dihadapi oleh para guru adalah menyediakan tugasan secara talian dan membalas e-mel pelajar. Mark Kassop dalam Weiner (2000) menyatakan seorang guru yang menyediakan pembelajaran secara talian untuk 20 orang pelajar menerima 80 sehingga 90 respons daripada pelajar-pelajarnya. Tugas membalas emel pelajar memakan masa yang lama kerana ia melibatkan penulisan yang bertaip. Ini berbeza dengan pembelajaran yang dijalanakan di dalam kelas di mana pengajar perlu memberi penerangan dalam pengajarannya secara lisan dan respons daripada pelajar dapat diperolehi secara spontan dalam kelas. Kajian yang sama juga mendapati 83% daripada guru menghubungi pelajar

(7)

sekurang-kurangnya sekali seminggu melalui emel dan kebanyakan masa kadarnya lebih daripada 1 kali (Weiner, 2000).

Sehubungan masalah tersebut, sikap para pendidik sendiri perlu diubah. Para pendidik perlu lebih terbuka dan menerima perubahan. Mereka digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini. Para pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari nanti pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa komputer riba sebagai pengganti buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju.

Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses pengetahuan dan pembelajaran sudah digunakan dengan meluas terutama di kawasan bandar. Beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula diperkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan. Kesinambungan daripada memperkenalkan matapelajaran Teknologi Maklumat, kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti program pengenalan kepada komputer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek pelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah untuk memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan program -program ICT yang dilancarkan, kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah-langkah untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan, segala kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal, bilik komputer , perkakasan komputer ,

(8)

komputer riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT. Pastinya untuk menuju ke arah positif, guru-guru perlu bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sikap guru yang akan menentukan kejayaan hasrat KPM .

Kekurangan khidmat sokongan di sekolah juga menjadi salah satu faktor kekangan penggunaan TMK dalam kalangan guru di sekolah. Masalah membekalkan dan menyelenggara peralatan komputer di sekolah memerlukan kos yang tinggi. Namun

kekurangan kakitangan sokongan yang boleh melaksanakan kerja-kerja

penyelenggaraan komputer menyebabkan banyak komputer yang mengalami kerosakan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih. Akibatnya bilangan komputer di sekolah tidak dapat menampung keperluan pelajar yang ramai. Selain daripada itu, kerja-kerja membaikpulih komputer ini dibebankan kepada guru yang mempunyai kemahiran tentang komputer.

Bagi mengatasi masalah ini, setiap sekolah perlu mewujudkan unit sokongan teknikal bagi komputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan komputer malah dalam kerja baikpulih dan penyelenggaraan komputer. Ada sekolah yang bekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. Pada masa kini , kadar bayaran untuk mengakses internet samada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pakej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta yang terlibat bertanggungjawab untuk membekalkan komputer, membaikpulih komputer dan membekalkan latihan kepada guru dan pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah, kerjasama daripada pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna.

Halangan daripada pihak pentadbiran sekolah juga menjadi faktor kekangan kepada para guru dalam menggunakan TMK dalam pembelajaran dan pengajaran. Masalah ini hanya berlaku pada sebilangan kecil sekolah sahaja. Kemungkinan pihak pentadbir tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya berkaitan penggunaan ICT dalam pengajaran guru.Oleh demikian, mereka menetapkan prosedur yang ketat kepada

(9)

guru-guru yang hendak menggunakan peralatan ICT, bimbang akan berlaku kerosakan pada alat-alat tersebut kerana guru kurang berkemahiran dalam ICT. Ini akan menyebabkan pihak guru lebih selesa menggunakan cara tradisional berbanding alat dan bahan teknologi maklumat yang ada.

Bagi mengatasi masalah ini, Model Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT ) boleh digunakan. Terdapat lima langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat. Langkah pertama menurut model ini ialah semua pihak perlu menerima secara positif kemasukan ( entry ) teknologi dalam bidang pendidikan. Pentadbir dan guru perlu memandang positif keupayaan TMK dan berusaha memilih ( adoption ) bahan yang sesuai untuk digunakan. Pilihan yang baik pula akan disesuaikan ( adaptation ) kaedah penggunaannya supaya memberi kesan yang baik kepada pihak pentadbir, guru dan pelajar.

Menurut model ini juga, penggunaan ( appropriation ) TMK dengan betul penting supaya bahan tersebut dapat digunakan secara berterusan. Apabila semua pihak mahir menggunakan bahan TMK dengan baik maka tiada lagi kerisauan pihak pentadbiran tentang kerosakan. Justeru prosedur yang membebankan pihak guru boleh diubahsuai dan mesra pengguna. Pada peringkat akhir, pihak pentadbir dan guru mampu merekacipta ( invention ) bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai pemudahcara bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar di dalam bilik darjah.Salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam pengajaran ialah melalui aplikasi teknologi komputer. Walau bagaimana pun, sejauh mana guru-guru di sekolah memanfaatkan kemudahan teknologi komputer yang ada tidaklah diketahui. Kajian yang dijalankan oleh Koay (1995) yang mengkaji mengenai penggunaan alat bantuan pengajaran dalam kalangan guru ketukangan di Sekolah Menengah Vokasional di Malaysia didapati penggunaanalat bantuan mengajar bukan elektronik lebih digemari misalnya penggunaan papan kapur,manakala BBM elektronik sangat jarang digunakan.Penggunaan perisian multimedia sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dibekalkanoleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara idealnya adalah untuk memudahkanpengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Selain mendedahkan kepada suatu bentukpengajaran dan pembelajaran yang terkini, ia dianggap menjadi daya tarikan untuk belajar danjuga memudahkan semua pihak iaitu guru, pelajar, ketua panitia, pentadbir, jabatan dankementerian.

(10)

Bagaimana pula dengan persediaan guru di sekolah dengan bahan P&P berantarakan komputer. Adakah mereka bersedia menggunakan bahan P&P berantarakan komputer seperti perisian multimedia. Oleh itu, pemusatan utama penyelidik dalam kajian ini adalah untuk mengetahui adakah guru-guru menggunakan kaedah pengajaran yang berbantukan alat bantu mengajar atau media pengajaran berasaskan perisian multimedia secara optimum yang boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajarannya lebih berkesan dan menarik. Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) mendatangkan manfaat dan impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan teknologi ini

Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan bertujuan mengetahui Tahap Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru-Guru di Sekolah orang asli daerah Perak Tengah, Perak. Antara objektif kajian ialah:-

i. Mengenalpasti kaedah pengajaran menggunakan perisian multimedia interaktif

oleh guru dalam proses pengajaran mereka.

ii. Mengenalpasti kekerapan guru-guru menggunakan perisian multimedia interaktif

dalam proses pengajaran mereka.

iii. Mengetahui persepsi guru terhadap peranan perisian multimedia interaktif dalam proses pengajaran.

iv. Mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian multimedia interaktif dalam proses pengajaran.

Kepentingan Kajian

Komputer telah menjadi alat yang semakin penting kepada manusia pada hari ini. Jika seseorang itu tidak mengetahui kewujudan atau aplikasinya maka dia dianggap telah ketinggalan. Oleh itu pengetahuan asas mengenainya adalah dianggap perlu untuk menempuh cabaran dunia globlisasi yang semakin mencabar ini. Hasil kajian ini adalah penting sebagai rujukan kerana :

(11)

(a) Menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan kepada Bahagian Pendidikan Guru(BPG) agar dapat membuat penyemakan terhadap program latihan yang disusun atur untuk melatih guru-guru.

(b) Bagi guru-guru bahasa Melayu pula supaya dapat menilai sejauh mana tahap mereka berada seiring dengan perkembangan teknologi (IT) dan matlamat Kementerian Pendidikan untuk membentuk sekolah bestari keseluruhannya bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dengan arus semasa dan sebagai persediaan untuk melahirkan pelajar yang mencakupi semua aspek, baik dalam sains, matematik dan teknologi serta maklumat.

(c) Untuk pihak sekolah pula adalah diharapkan agar dapat mengadakan perancangan, pendekatan atau kursus-kursus dalaman bagi mendedahkan perkembangan semasa mengenai pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan komputer agar guru-guru dapat maklumat yang tepat dan mengikuti arus perubahan dalam sistem pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar, guru dan sekolah itu sendiri.

Apakah itu perisian pengajaran multimedia?

Menurut Elissavet dan Economidas (2003) perisian multimedia (koswer) adalah istilah yang terkini bagi pembelajaran berasaskan komputer, dimana ia merujuk kepada penggunaan komputer dalam penyampaian pengajaran dalam mod interaktif. Manakala Ismail Zain (2002) dalam penerangannya mengenai multimedia menyatakan bahawa multimedia berasal daripada dua perkataan iaitu multi dan media yang bermaksud pelbagai media. Menurut beliau lagi, istilah multimedia boleh diklasifikasikan kepada generasi 1 dan generasi 2. Istilah multimedia bagi generasi 1 merujuk kepada bahan cetakan, tayangan, pergerakan atau teknologi elektronik dalam bentuk analog yang memerlukan perkakasan tertentu secara berasingan untuk berfungsi. Manakala istilah multimedia bagi generasi 2 pula membawa maksud kepelbagaian media seperti teks, audio, video, dan animasi berbentuk digital., “multimedia merupakan suatu peralatan komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi (Jamalluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2000).

(12)

Perisian Multimedia Dalam Pendidikan

Bagi memastikan sesuatu perisian multimedia yang dibangunkan dapat digunakan dengan baik dan berkesan maka ia hendaklah mempunyai keselarasan dengan sistem pendidikan di Malaysia. Namun begitu penentuan isi kandungan perisian itu akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan kita sedang mengenalpasti syarikat swasta itu (Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pendidikan Malaysia 24 September 1998). Menurut Mohd Arif Hj.Ismail et.al., (2005), guru merupakan golongan pelaksana yang menentukan kejayaan penggunaan P&P berbantukan komputer dalam semua subjek. Koswer multimedia hanya bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam proses P&P. Norizan Abdul Razak dan Sallehudin Abdul Razak (1997) pula menyatakan bahawa peranan guru adalah lebih sebagai fasilitator dan pengemudi ilmu. Tugas guru tidak lagi sebagai pemidato di atas pentas menjayakan maklumat semasa sesi pembelajaran dijalankan. Sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT (Selladurai Palani, 2003). Kulik (1986) seterusnya menyatakan bahawa computer tidak dapat menggantikan kaedah pengajaran konvensional tetapi berupaya menyokong serta membantu pengajaran kaedah biasa. Pendekatan yang digunakan Dalam Pembelajaran Berbantukan Komputer.

Kementerian Pendidikan melalui kurikulum bestari dan aplikasi komputer di mana kurikulumnya melibatkan interaksi pelajar dengan komputer. Pelajar dapat mempelajari bahanbahan pengajaran melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer, iaitu satu satu cara pembelajaran bestari. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan adalah dalam bentuk perisian yang dirancang khas untuk memenuhi keperluan para pelajar mengikut kesesuaian tahap kebolehan, pengetahuan dan jangka masa tertentu (Mohamad Sani.et.al, 2001). Terdapat pelbagai strategi pengajaran yang boleh digunakan dalam merekabentuk informasi sesuatu PBK. Antaranya tutorial, latih tubi dan permainan pendidikan. Dalam penggunaan perisian ini, Babbitt (2000) mencadangkan perisian program tutorial, latihtubi, simulasi dan permainan adalah di antara perisian yang sesuai untuk pengajaran.

Manakala Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (1999) juga mencadangkan rekabentuk informasi PBK perlu mengandungi tutorial, latihtubi, dan permainan pendidikan digunakan dalam perisian multimedia. Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu dikenalpasti dan ini secara tidak langsung memberi

(13)

panduan kepada pembina perisian, termasuklah penulis skrip yang biasanya terdiri dari Subjek Methods Expert, pengaturcara dan sebagainya bagimenghasilkan perisian yang dikehendaki.

Reka bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan dalam bentuk soal selidik yang akan diedarkan kepada pihak responden. Penyelidik berpendapat bahawa penggunaan soal selidik adalah lebih mudah, menjimatkan kos dan juga memudahkan pihak responden untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh penyelidik (Mohd. Majid Konting (1990). Sebelum soal selidik diedarkan, penyelidik terlebih dahulu akan menghantar kertas cadangan penyelidikan ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi tujuan untuk mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian. Selain dari itu penyelidik juga akan menghubungi pihak pentadbiran sekolah berkenaan untuk mendapat kebenaran sebelum mengedarkan soal selidik. Ini bertujuan untuk memudahkan lagi mendapat kerjasama dari guru-guru yang berkenaan.

Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar matapelajaran bahasa Melayu di Sekolah Rendah Suak Padi, Sekolah Rendah Sungai Perah dan Sekolah Rendah Cenderong Balai dalam daerah Perak Tengah, Perak. Seramai 6 orang guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu mengikut tahun. Jumlah ketiga-tiga sekolah tersebut ialah 18 orang guru. Dalam kajian penyelidik telah mengambil jumlah tersebut sebagai sampel kajian iaitu seramai 18 orang responden dari tiga buah sekolah tersebut.

Jadual 1: Jumlah Sampel.

Sekolah Orang Asl di Daerah Perak Tengah, Perak 1. Sekolah Rendah Suak Padi 6

2. Sekolah Rendah Sungai Perah 6 3. Sekolah Rendah Cenderong Balai Jumlah Sampel 18

(14)

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang akan digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Hal ini kerana penggunaan soal selidik adalah lebih mudah dalam pengumpulan data. Selain dari itu, soal selidik juga dapat meliputi saiz yang besar dengan kos yang sederhana. Soal-selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, dan bahagian B. Bahagian A digunakan untuk mengisi maklumat peribadi atau latar belakang responden. Manakala bahagian B digunakan untuk mengkaji kekerapan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berasaskan multimedia, jenis-jenis perisian komputer yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan untuk mengetahui persepsi guru terhadap peranan perisian multimedia dalam proses pengajaran serta masalah-masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian multimedia dalam proses pengajaran mereka. Pecahan item soal selidik adalah seperti berikut :

Jadual 1. Jumlah Sampel

Sekolah Jumlah Guru

1. SK Suak Padi 6

2. SK Sungai Perah 6

3. SK Cenderong Balai 6

Jumlah Sampel 18

Jadual 2: Pecahan Item Soal Selidek

Bahagian Nombor Item

Bahagian A

 Latar Belakang 1, 2, 3, 4, 5

 Jenis-Jensi Perisian multimedia yang biasa digunakan 6

Bahagian B

a) Kaedah pengajaran menggunakan perisian multimedia 7

b) Kekerapan menggunakan aplikasi multimedia 8

c) Persepsi terhadap peranan perisian multimedia 9, 10, 11, 12,

13,14,15

(15)

Selain itu, soal selidik ini menggunakan skala Likert 5 mata untuk memperolehi data bagi bahagian B dan bahagian C. Skala ini mempunyai 5 skor iaitu seperti mana jadual 3 di bawah:

Jadual 3 : Skor skala Likert

Skala Likert Pengelasan

1 Sangat Tidak Setuju (STS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Tidak Pasti (TP)

4 Setuju (S)

5 Sangat Setuju (SS)

Kajian Rintis

Kajian rintis yang akan dijalankan bertujuan memastikan alatan kajian (item soal selidik) yang dibina adalah bersesuaian dari segi bahasa dan istilah supaya mudah nanti diisi oleh responden dalam kajian sebenar dan yang paling penting adalah untuk menentukan kebolehpercayaan dalam soal selidik itu. Nilai kebolehpercayaan dalam soal selidik ini diuji dengan menggunakan Alpha Cronbach bagi menunjukkan bagaimana sesuainya hubungan itemitem sebagai satu set soalan. Menurut Mohamad Najib (1999), ujian Alpha Cronbach digunakan kerana ia merupakan salah satu ujian statistik bagi mendapatkan koefisien kebolehpercayaan. Nilai indeks kebolehpercayaan yang melebihi 0.7 ( >0.7 ) bolehlah di gunakan sebagai alat ukur untuk sesuatu kajian (Mohd Majid, 1990). Nilai alfa yang diperolehi dalam kajian ini adalah 0.80. Oleh yang demikian item-item yang dibina dalam soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi

Bilangan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

Jadual 4 : Profil Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)

Lelaki 2 11.11

Perempuan 16 88.88

(16)

Jadual 4 di atas, menunjukkan bilangan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina. Dapatan menunjukkan bilangan responden didapati sebahagian besar adalah perempuan iaitu seramai 16 orang atau 89.0% . Manakala selebihnya iaitu 2 orang atau 11.0 % terdiri daripada guru-guru lelaki.

Profil Responden Dari Segi Bangsa

Jadual 5: Taburan Bilangan Mengikut Bangsa

Bangsa Kekerapan

Peratus (%)

Melayu 20

100.0

Berdasarkan jadual 5 di atas, menunjukkan kekerapan dan peratusan bagi bangsa responden. Dapatan keseluruhan menunjukkan bangsa melayu 18 orang iaitu sebanyak 100.0 %.

Analisis Data

Jadual 6: Kaedah Pengajaran Menggunakan Perisian Multimedia

Kaedah Pengajaran Bilangan Guru Yang Bilangan Guru

Menggunakan Yang Tidak

Menggunakan (f) (%) (f) (%) Audio 14 77.7 4 22.2 Youtube 9 50.0 9 50.0 Kartun 9 50.0 9 50.0 Simulasi 6 33.3 12 66.6 Video 9 50.0 9 50.0 Bacaan 11 61.1 7 38.8 Demonstrasi 17 94.4 1 0.55 Ensiklopedia 7 38.8 11 61.1

(17)

Jadual 6 dibina untuk mengenalpasti kaedah pengajaran menggunakan perisian multimedia yang digunakan di kalangan guru teknik di daerah Johor Bahru. Dapatan menunjukkan bahawa kaedah pengajaran berbentuk demonstrasi paling kerap digunakan. Bilangan responden yang menggunakannya adalah sebanyak 17 orang (94.4%). Kaedah ini mungkin kerap digunakan kerana kaedah ini mudah dan tidak perlukan banyak alat bantua mengajar hanya memasukkan CD dalam pemacunya sahaja. Kaedah ini tidak perlu persediaan awal kerana guru hanya membawa CD yang telah disediakan oleh pihak kementerian. Manakala kaedah pengajaran menggunakan perisian multimedia lain yang digunakan ialah Youtube, Kartun dan Video. Masing-masing memberikan nilai peratusan sebanyak 9 orang iaitu (50.0%) . Youtube digunakan bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan kemahiran melalui kesepaduan muzik dan gambar yang banyak dan pelbagai manakala kartun adalah kaedah penjelasan sesuatu konsep, proses disampaikan dalam bentuk animasi.

Jadual 7: Kekerapan Penggunaan Perisian Multimedia dalam Pengajaran

Item Catatan Kekerapan(N=18)

Peratusan(100%)

Tidak pernah menggunakan 0 0

Jarang menggunakan Sekali sekala 10 55.5

2 atau 3 kali sebulan 6 33.3

Kerap Sekurang-kurangnya sekali

Seminggu 1 0.55

Amat kerap Lebih daripada sekali

seminggu 1 0.55

JUMLAH 30 100.0

Melalui instrumen ini penyelidik telah mengenalpasti tahap kekerapan responden untuk menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran. Kajian mendapati tiada daripada responden

tidak pernah menggunakan perisian multimedia di dalam pengajaran, 55.5% pernah menggunakan sekali sahaja, 33.3% pernah menggunakan perisian multimedia sebanyak 2 atau 3 kali sebulan, 0.55% menggunakan perisian multimedia sekurang-kurangnya

(18)

sekali seminggu, seramai 1 orang (0.55%) menyatakan pernah menggunakan lebih daripada sekali seminggu.

Berdasarkan jadual di atas juga, seramai 2 daripada 18 orang responden adalah penggunaan yang aktif iaitu sebanyak 11.1 %.(kerap dan amat kerap). Manakala, lebih separuh iaitu 16 daripada 18 jumlah responden adalah pengguna yang pasif ( Jarang menggunakan), iaitu sebanyak 88.8 %. Namun begitu, tiada sekolah yang terlibat dengan kajian ini tidak pernah menggunakan perisian multimedia dalam proses pengajaran .

Babbitt (2000) mencadangkan perisian program tutorial, latihtubi, simulasi dan permainan adalah di antara perisian yang sesuai untuk pengajaran. Manakala Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (1999) juga mencadangkan rekabentuk informasi PBK perlu mengandungi tutorial, latihtubi, dan permainan pendidikan digunakan dalam perisian multimedia Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan guru-guru sekolah orang asli gemar menggunakan kaedah pengajaran menggunakan perisian multimedia dalam bentuk audio, demonstrasi dan bacaan kerana peratusan guru yang menggunakannya adalah melebihi 50%. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 4.8 sebanyak 80.7% daripada bilangan guru lebih gemar menggunakan kaedah demonstarsi (94.4%), audio, 77.7%. Secara keseluruhan hasil dapatan analisis persoalan kajian dalam jadual 7 ini menunjukkan hanya 11.1% sahaja guru-guru adalah pengguna yang aktif. Manakala lebih separuh iaitu 88.8% guru adalah pengguna yang pasif. Walaupun begitu dapatan menunjukkan 100% pernah menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran dan tiada responden mengatakan tidak pernah menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran. Kajian menunjukkan guru terpaksa berdepan dengan masalah masa iaitu bila hendak membuat bahan multimedia tersebut dan ilmu atau pengetahuan untuk membinanya juga menimbulkan pelbagai masalah kepada guru-guru. Guru menggunakan masalah ini untuk tidak menggunakan bahan tersebut. Manakala hasil kajian lepas menunjukkan bahawa kebanyakan perisian yang memiliki kecanggihan animasi, grafik dan bercirikan interaktif bagi menggelakkan kebosanan namun terdapat juga permasalahan perisian yang mengandungi ikon, teks dan audio yang kurang jelas. Masalah seperti ini menimbulkan gangguan kepada minat pelajar (Mohd Jasmy Abd Rahman, Mohd Arif Hj Ismail, Shahidah Ibrahim dan Rosnaini Hj Mohamad, 2001). Dapatan menunjukkan satu gambaran yang positif tentang penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran bahawa ramai responden

(19)

berkeyakinan menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran mereka seharian tetapi jumlah pengguna yang aktif amatlah sedikit iaitu sebanyak 11.1 %.

Kesimpulan

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan gambaran tentang penggunaan perisian multimedia di kalangan guru-guru teknikal. Melalui kajian ini pengkaji telah berjaya mengenalpasti 3 jenis pendekatan pengajaran menggunakan perisian multimedia yang gemar digunakan oleh guru seperti Tutorial, Latih Tubi, dan Demonstrasi. Manakala kekerapan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran masih di tahap sederhana. Walaubagaimanapun guru-guru memberi pandangan yang positif terhadap peranan perisian multimedia dalam pendidikan pada masa kini, walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian multimedia tetapi itu bukanlah halangan dalam menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini menunjukkan guru-guru Teknik di daerah ini bersikap positif terhadap penggunaan perisian kursus bercirikan multimedia dalam membantu pengajaran mereka di dalam kelas. Sebilangan besar di kalangan mereka berpendapat bahawa penggunaan multimedia juga dapat memberikan keyakinan dan keseronokan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Oleh yang demikian, semua golongan pendidik seharusnya sentiasa peka dan cuba meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta mencungkil kecanggihan yang ada pada multimedia bagi mengaplikasikan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. TMK membawa wajah baru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah . Peranan guru telah berubah dari instruktor ke fasilitator dan pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Budaya persekolahan seharusnya telah diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul. Golongan pendidik pula perlu bersikap terbuka dan positif menerima perubahan dalam era pendidikan. Kerjasama daripada semua pihak akan memacu sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan bertaraf dunia.

(20)

Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid (2007). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Rashid bin Osman (1992). Tinjauan sejauh manakah komputer digunakan di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Johor Bahru.Tesis Bsc.UTM.

Bahagian Teknologi Pendidikan (2005). Laporan Tinjauan Awal Penggunaan CD-ROM Interaktif CDRI 2005.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramanian (2002). Reka Bentuk Perisian Multimedia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Babbitt, B.C(2000) Tips For Software selection for Math Instruction. Atas Bachelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling). Fakulti Pengajian

Crowe,S. (1995) An Introduction to Multimedia and Interactive Video in High Education. England: University Press.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1997). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Henry Goh (2004). Latar Belakang dan Pengetahuan ICT di Kalangan Guru Mata Pelajaran Matematik di Pantai Barat Selatan Sabah: Satu Tinjauan . Jurnal Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sabah.

Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran . Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Jamalludin Harun dan Zaitun Tasir (2005). Multimedia Konsep dan Praktis . Selangor: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. (1983). “Effects of Computer Based Teaching on Secondary Students.” Journal of educational Psychology, 75 (1) : 19-26.

Mahyuddin Arsat dan Hasnisham Khalip. Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran guru-guru teknikal. Utm.skudai.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohammed Sani Hj Ibrahim, Jamalul Lail Abdul Wahab dan Mohd Izham Mohd Hamzah. 2001. Kajian Keberkesanan Program Latihan Guru Bestari dan Impaknya terhadap Pembelajaran Pelajar. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Kali Ke-14. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pp363-394.

Mohd Majid konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Najib Tun Razak (1998) .Belajar melalui komputer: Empat matapelajaran guna teknologi multimedia mulai 1998. Berita Harian 24 september 1998.

Referensi

Dokumen terkait

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan