• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teguran Jujur Dan Suci Terhadap Mufti Johor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Teguran Jujur Dan Suci Terhadap Mufti Johor"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk : Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor Karya : Prof Dr. Hamka

Terbitan: Pustaka Dini Tahun : 2009

(2)

„…Nabi Muhammad s.a.w menimbulkan keberanian: “Siapa berijtihad dan benar hasil ijtihadnya dapat dua pahala. Pahala berijtihad pahala benar. Siapa berijtihad tetapi salah hasil ijtihadnya, dapat satu pahala, iaitu pahala ijtihad dan salahnya tidak berdosa sebab tidak disengaja mencari salah! Begitu sudah jalan dibukakan agama, mengapa kita mempersukar? Apalah ertinya agama kalau kita tidak boleh mempergunakan akal? Berijtihad bersungguh-sungguh?...‟

Prof. Dr. Hamka, Teguran Suci &Jujur Terhadap Mufti Johor

Penulis melafazkan segala puji bagi Allah s.w.t kerana nikmat-nikmatNya dimulai dengan nikmat Iman dan Islam seterusnya nikmat-nikmat lain yang antaranya ialah nikmat akal yang sihat. Nikmat akal inilah yang membuka ruang dan peluang untuk penulis membezakan di antara yang baik dan yang buruk juga semestinya nikmat akal disempurnakan dengan nikmat Iman dan Islam.

Sebuah buku yang penulis tamatkan bacaan bertajuk Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor karya Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah (Hamka) terbitan Pustaka Dini. Buku yang penulis sifatkan sebagai perbahasan prinsip-prinsip Islam yang mudah dan dilengkapi dengan kata-kata yang tinggi nilainya yang hanya 114 muka surat. Penulis tamatkan dengan dua kali masa bacaan.

Tujuan penulis bukan untuk menambahkan lagi simpulan pertembungan Kaum Tua dan Kaum Muda, bahkan tetapi supaya pembaca yang dikurniakan akal yang sihat dapat menilai dengan keadilan. Penulis menyakini, Kaum Tua dan Kaum Muda di atas jalan Allah dan RasulNya, dan berpendapat Kaum Tua dan Kaum Muda mesti diharmonikan untuk keuntungan umat. Bukan hanya mengharmonikan UMNO dan PAS!

Buku ini sebenarnya ialah surat yang ditulis Hamka kepada Tuan Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad yang merupakan Mufti Johor ketika itu yang bertujuan menjawab segala macam kata dusta dan fitnah yang dilemparkan oleh Tuan Mufti Johor. Penulis sifatkan mungkin

(3)

kerana lena dibuai jawatan, Tuan Mufti Johor mengeluarkan kenyataan di dada akhbar Semenanjung bertarikh 14 Julai 1958 bertajuk „Tiada Guna Kerana Mengelirukan Orang Ramai Kaum Muda Menyebabkan 30 Juta Jadi Komunis‟. Di dalam kenyataan akhbar tersebut, Tuan Mufti Johor antaranya menyerupakan Kaum Muda di Indonesia dengan Kaum Muda di Turki, menghukum kafir Kaum Muda, menuduh Kaum Muda yang mengikut Qadiani, Kaum Muda sebagai penyebab murtadnya 10 juta umat Islam Indonesia ke agama Kristian dan 30 juta lagi menjadi Komunis, dan mengkafirkan umat Islam yang ingkar akan kenajisan daging babi.

Hamka yang bangun berdiri, meletakkan di tepi perasaan dan nafsu marah, dan mengemukakan hujah-hujah ilmiah menjawab kembali semua tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh Tuan Mufti Johor. Kita memohon keampunan daripada Allah untuk diri dan untuk semua umat Islam.

Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian dan perbahasan. Hujah-hujah yang dikemukan oleh Hamka semuanya bertepatan. Jika ia berkenaan dengan agama, maka hujah Al-Quran dan As-Sunnah didahulukan. Jika ianya berkenaan dengan fakta-fakta nombor, hujah-hujah fakta-fakta nombor diletak dihadapan. Hamka juga mengemukakan syair-syair dan perumpamaan-perumpamaan yang kesemuanya tepat dengan hujahnya.

Pertama: Kaum Muda dan Kaum Tua

Setelah Hamka membahaskan tentang asal-usul sejarah Kaum Muda Turki dan perjuangan mereka, Hamka melanjutkan perbahasan tentang Kaum Muda Indonesia. Kata beliau;

“Adapun apa yang dikatakan Kaum Muda di Indonesia mulai timbul ialah pada permulaan kurun ke-19, dibawa ke Sumatera oleh orang-orang Minangkabau yang datang dari Mekah. Pada waktu mereka belum bernama Kaum Muda tetapi dinamai orang Kaum Paderi mereka berperang melawan Belanda, tetapi setelah permulaan kurun ke 20 oleh Syeikh Tahir Jalaluddin, kemudian timbul di Minangkabau dimulai oleh Haji Muhammad Jamil Jambek dan Haji Abdullah Ahmad dan Haji Abdul Karim Amrullah. Gerakan mereka bukanlah gerakan politik, tetapi gerakan agama Islam semata-mata…” (m.s 21)

(4)

Tuan Mufti Johor menyatakan bahawa Kaum Muda Indonesia sama seperti Kaum Muda Turki. Pertama, adapun Kaum Muda Turki mengeluarkan Islam daripada Turki dan Kaum Muda Indonesia mahu mengeluarkan Indonesia daripada Indonesia. Kedua, perjuangan Kaum Muda Indonesia sama seperti perjuangan Kaum Muda Turki. Kaum Muda Turki berjuangan tidak kepada agama tetapi kepada untuk mem’permuda’kan Turki di benua eropah.

Penulis katakan, pada hari ini dapatlah kita mengetahui apakah benar dakwaan Tuan Mufti Johor. Indonesia yang dikenali dengan negara terbesar jumlah umat Islam. Biarpun terdapat berbagai aliran, jumlah umat Islam di Indonesia menyangkal dakwaan Tuan Mufti Johor.

Kedua: Kristian Dan Kaum Muda Indonesia

Tuan Mufti Johor mendakwa kerana dakwah Kaum Muda, banyak menimbulkan was-was kepada umat Islam Indonesia dan kerana was-was itu, 10 juta umat Indonesia memeluk Kristian dan 30 juta lagi memeluk Komunis. Antara kata-kata Hamka berhubung dengan Kristian di Jawa;

“…Sejak awal kurun ke-20 ini bergiatlah perutusan Nasrani di Jawa Tengah kerana lemah Islamnya di sana. Mereka mendirikan rumah sakit, rumah tempat memelihara anak yatim dan orang miskin dan mendirikan sekolah-sekolah. Maka perkumpulan Islam yang mula-mula sekali menentang gerakan Nasrani itu ialah perkumpulan Kaum Muda

Muhammadiyah dengan mendirikan sekolah dan rumah-rumah sakit dan tempat memlihara anak yatim dan orang miskin pula. Adapun yang mendakwakan dirinya Kaum

Tua pada waktu itu Muhammadiyah memulakan gerakannya itu tidaklah mempergunakan tenaga buat mengimbangi usaha orang Nasrani itu. Tetapi mempergunakan tenaganya buat menuduh Muhammadiyah kafir, mendirikan sekolah memakai bangku dan meja adalah haram, hal itu tidaklah kita sesali kerana kejadian pada tahun 1912. Dan orang masih bodoh. Dan sekarang Kaum-Kaum Tua itu beransur menuruti jejak Muhammadiyah, tetapi yang kita sesali kalau di tahun 1958 (tahun dakwaan Tuan Mufti Johor-Penulis) masih ada tuduhan seperti demikian.. ” (m.s 25 dan 26)

(5)

Penulis katakan, mungkin Kaum Tua tidak pernah mengetahui sejarah pengharaman mesin cetak. Pembaca sebaiknya meneliti angka-angka di dalam buku ini.

Berhubung dengan jumlah umat Indonesia yang memeluk Kristian dan Komunis, Hamka yang ketika itu menjawat jawatan Pegawai Tinggi Kementerian Agama Republik Indonesia dengan sumpah di atas nama Allah tentunya memperolehi sumber-sumber angka daripada bancian, undi pilihanraya dan proses lain kerajaan. Ajaibnya, Tuan Mufti Johor lebih tahu akan jumlah yang memeluk Kristian dan Komunis. Kasyaf agaknya! Hamka membuat sindiran nasihat kepada Tuan Mufti Johor dengan kata beliau;

“…Kalau tuan pembaca masih ada akal sihat maka kepada tuan pembacalah saya meminta pertimbangan akal budi, manakah di antara kami yang lebih dekat kepada kebenaran? Kalau tuan terima bahawa angka-angka daripada Kementerian Agama yang salah, kerana hanya saya seorang yang hanya seorang yang berilmu rendah jadi pegawai tinggi dan tinggal berdiam di Jakarta dan mengambil angka itu daripada Kementerian Agama yang rasmi, sedangkan beliau adalah Mufti Kerajaan Johor dan tinggal di Johor dan berilmu tinggi dan berbangsa tinggi dan berpangkat tinggi dan bilangan beliau dapat (10 juta Kristian kerana was-was Kaum Muda). Maka kerana beliau wajib dibenarkan dan saya yang mesti dikatakan tukang pendusta, maka marilah kita tutup segala jawatan dan hentikan segala perbuatan banci hitungan dan buatlah segala khabar sebagai contoh yang diberikan Mufti Johor! Mengapa dikatakan 10 juta masuk Kristian kerana was-was yang diterbitkan Kaum Muda? Lebih baik katakan saja bahawa seluruh umat Islam 74 juta telah jadi Kristian kerana kesalahan Kaum Muda, tentu orang akan percaya sebab Mufti Johor yang berkata…” (m.s 28 dan 29)

Ketiga: Lantaran Kaum Muda 30 Juta Jadi Komunis

Hamka menukilkan keputusan pilihanraya Republik Indonesia bertarikh 19 September tahun 1955. Yang memilih Komunis adalah 8 juta, Masyumi adalah 12 juta, Parti Nasional adalah 12 juta dan Nadhatul Ulama adalah 7 juta. Penulis katakan Tuan Mufti Johor sekali lagi membuat ajaib. Masyumi yang diketahui latar belakangnya sama seperti Nadhatul Ulama. Adapun jika dijumlahkan Komunis dan Parti Nasional, jumlahnya masih jauh

(6)

daripada mencecah 30 juta. Dan pula Parti Nasional bukanlah semuanya penganut Komunis! Tuan Mufti Johor lebih tahu rupanya hakikat dalam rumah jiran.

Kata Hamka;

“…Sebagai diketahui sekarang di Indonesia ada huru-hara. Sebab pada pendapat Paduka Yang Mulia Presiden Sukarno hendaklah dibentuk satu pemerintahan yang disertai juga Kaum Komunis sebab beliau tidak mahu memandang ringan Kaum Komunis yang dipilih oleh 8 juta rakyat Indonesia! Ini adalah kata beliau sendiri! Kalau Presiden Republik Indonesia berkata bahawa semuanya Komunis, lalu berkata pula Mufti Negeri Johor di Malaya bahawa Komunis di Indonesia bukan 8 juta tetapi 30 juta, manakah yang tuan percaya? Kalau tuan percaya kepada Mufti Johor (30 juta) dan membohongkan Presiden Sukarno (8 juta yang memilih Komunis) maka kita katakan sajalah bahawa merah adalah putih dan belut itu ular dan barangsiapa yang membanah kafir! Habis perkara!...” (m.s 34 dan 35)

Keempat: Kaum Muda Menerima Fatwanya Dari Qadiani?

Penulis memahami bahawa ajaran Qadiani tidak beriman yang Muhammad s.a.w adalah rasul Allah yang terakhir. Penutup semua nabi dan tidak ada nabi selepas baginda s.a.w! Adapun ajaran Qadiani beriman yang Ahmad Ghulam berasal daripada Qadian (jika penulis tidak terkhilaf namanya) adalah rasul. Penulis pernah terbaca jika mahu melihat wajah ‘rasul’ ini, pergilah ke masjid-masjid Qadiani di Singapura. Nescaya dapat melihat rasul sesat ini.

Ini adalah Qadiani. Tidak beriman Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir. Kaum Muda kesekian kalinya adalah golongan yang beriman Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir dan mereka sering kali dinisbahkan kepada Mazhab Hambali yang memang terkenal dengan kuatnya memegang as-sunnah. Tidak sama Qadiani dan Kaum Muda. Qadiani sesat tetapi Kaum Muda benar!

(7)

Hamka menceritakan peristaiwa-peristiwa debat diantara Kaum Muda dan ajaran sesat yang lain. Menukilkan usaha-usaha Kaum Muda seperti menulis buku untuk menolak ajaran sesat yang antaranya ialah Qadiani, Khawarij dan Muktazilah. Hamka menyebut;

“…Dan kami beriqtikad sebagaimana iqtikadnya seluruh ahli sunnah wal jamaah bahawasanya segala orang yang mempercayai rukun iman 6 perkara dan rukun Islam 5 perkara tidak boleh dikafirkan. Tidak satu pun daripada iqtikad yang 11 itu yang kami ingkari, usahkan beberapa iqtikad atau tiang agama sebagai difitnah oleh Samaah al-Mufti. Dan kami tidak menyimpan di rumah kami kitab-kitab pegangan lain yang dapat meragu-ragukan atas tiang Islam itu, kami tidak seperti kaum Syiah yang berselimutkan „taqiyyah‟ yakni lain di mulut lain di hati…” (m.s 42)

Khilafiyah

Antara yang dibahaskan Hamka adalah lafaz usalli, gelaran as-sayyid, kenajisan daging babi, taqlid, memakai dasi, dan solat dua hari raya di tanah lapang. Penulis tidak berhajat untuk merumuskan satu persatu perbahasan oleh kerana perbahasan ini lebih baik diteliti sendiri. Belajar jangan ada wakil!

Penulis nukilkan kata-kata Hamka berkenaan ilmu mesti tidak bertaqlid. Kata beliau;

“…Maka pengalaman kita sejak 50 tahun patutlah mennjadi ikhtibar kita sekarang, banyak isi kitab yang tersembunyi dikeluarkan. Dan banyak tumbuh masalah baru yang hendak kita kiasi dan kita tapis! Jangan marah tetapi telek baik-baik, bicara dengan tenang. Kerana kalau disambut hanya dengan marah, tentu yang mengeluarkan pendapat itu marah campur pula orang awam. Maka bahas berganti jadi jidal, tumbuhlah permusuhan! Pengalaman 50 tahun jadi pelajaran bagi kita. Hanya kucing saja yang tidak berubah kerana pengalaman walaupun bermukim di Mekah 20 tahun. Memang ada juga orang yang tidak suka berebut-rebut. Jangan buka-buka masalah baru. Biarkan orang tinggal bodoh seperti dahulu dan kalau adapun fatwa dari mufti, hendaklah terima dengan: Na‟am! Tetapi orang itu sudah sangat jauh ditinggalkan keretapi!...” (m.s 49)

(8)

Tiang-Tiang Islam

Tiang-tiang Islam yang 11: 6 untuk rukun iman, dan 5 untuk rukun Islam. Hamka mencabar supaya Tuan Mufti Johor menyenaraikan tiang-tiang Islam yang 11 yang Hamka dan Tuan Ahmad Hassan Bandung ingkar. Jika Tuan Mufti Johor hanya berdiam diri, Tuan Mufti Johor adalah orang yang dikenali sebagai orang putus asa dan orang yang kehilangan pasar. (m.s 58)

Yang Tiada Tiang Kami Tebas

Hamka berkata tiang-tiang ini adalah tiang-tiang tambahan yang dimasukkan dan barangsiapa yang tidak beriman kepada tiang-tiang tambahan tambahan ini, mereka akan menjadi kafir! Antara tiang-tiang tambahan ini ialah berkumpul setiap tahun pada kubur seseorang yang dikatakan wali, dan tiang kedua ialah menjadikan ulama sebagai pembuat syariat kata orang Kaum Muda tidak menghormati ulama. Hamka juga membahaskan perkataan Kaum Tua: “Nanti salah”. Penulis mencadangkan supaya pembaca membaca dan meneliti sendiri, tidak dengan perkhabaran orang perbahasan ini. Jika masih belum dapat menilai, penulis berpendapat kemungkinan pembaca akan terjatuh kepada tiga golongan. Pertama golongan orang gila yang sememangnya tidak tahu menilai dan kedua terjatuh di dalam golongan kanak-kanak yang belum mumayyiz yang tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Adapun yang ketiga, penulis berpendapat terjatuh di dalam golongan orang bodoh yang sedang belajar. Untuk yang ketiga ini, kenapa tidak mahu mencari penyelesaian dengan belajar? Sangggupkah kita bodoh selama-lamanya. Penulis minta jauh daripada ‘bodoh’.

Mencintai Ahli Bait

“Disiarkan berita bahawa Kaum Muda membenci ahlu bait, tidak hormat kepada kaum sayyid, zuriat Rasul..” (m.s 67)

(9)

Berbagai-bagai fitnah disiarkan ‘Semenanjung’ bertarikh 14 Julai 1958. Semunya daripada Tuan Mufti Johor. Antaranya hal ahlu bait.

Hamka mengangkat ahlu bait dengan menyebut jasa-jasa mereka di dalam Islam. Hussain bin Ali r.a pendamai dua golongan berkelahi. Jasa-jasa golongan sayyid banyak yang disebut. Hamka menjelaskan Kaum Muda hormat dan mencintai ahlu bait tetapi mereka tidak bersetuju dengan perkataan Muhyiddin ibn Arabi. Ibn Arabi menulis di dalam kitabnya „Futhuhatul Makkiyah‟ juz pertama fasal 29 halaman 197;

“Bahawa hendaklah menerima seorang muslim akan sekalian barang yang menimpa atas dirinya daripada ahlul bait. Baik mengenai hartanya dan dirinya dan kehormatannya, dan ahlinya dan keluarganya. Maka diterimanya akan demikian itu semuanya dengan reda dan menyerah dan sabar dan janganlah menimpakan kecelaan atas mereka itu selama-lamanya.” (m.s 70)

Kata Hamka;

“…menurut fatwa Ibn Arabi ini kalau bangsa sayyid atau habib mengambil harta benda kita hendaklah reda, hendaklah serahkan, hendaklah sabar, kalau diganggunya diri kita ditamparnya, dipukulnya hendak reda, hendaklah menyerah, hendaklah sabar. Sebab beliau cucu nabi kita dan kalau diganggunya kehormatan kita sehingga kita jadi malu, hendaklah reda, hendaklah menyerah, hendaklah sabar, kalau diganggunya anak isteri kita dan kaum keluarga kita, hendaklah terima dan reda, dengan menyerah dan dengan sabar…” (m.s 70 dan 71)

Penulis katakan secara peribadi penulis hormat dan kasih kepada mereka seperti kasih kepada umat muslimin yang lain. Penulis mengakui mereka adalah ahlu bait. Penulis menegaskan, mereka walaupun dihormati dan disayangi, bukanlah menjadi hak mereka untuk membuat syariat yang baru. Percakapan dan perlakuan mereka tetap perlu masih terikat kemas dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Jika tidak mereka sudah tidak lagi dimuliakan. Walaupun mereka berketurunan Nabi s..a.w, amalan mereka tetap perlu di atas jalan Nabi s.a.w. Penegasan Nabi

(10)

s.a.w bahawa baginda tetap akan memotang tangan Fatimah jika Fatimah mencuri! Ahlu bait masih dibawah undang-undang Al-Quran dan As-Sunnah.

Sambung Hamka;

“…Al-Imam Al-Ghazali menulis di dalam kitab Ihya Ulumuddin pada menyatakan penyakit hati yang bernama „al-ghurur‟ dan ditulisnya satu pasal khas tentang gharur yang ada pada setengah keturunan ahli bait…” (m.s 72)

Hamka seterusnya membahaskan tentang Wahabi. Jemu sudah penulis menceritakan tajuk ini. Bacaan perlu sendiri-sendiri. Mengkritik Al-Marhum As-Sayyid Zaini Dahlan yang terus menerus menuduh bahawa Muhammad Abdul Wahab mempunyai pertalian saudara dengan Musailamah Al-Khazzab!

Juga Hamka membahaskan tentang Syeikh Islam Imam Ibn Taimiyyah dan Al-Hafiz Ibn Qayyim dan ulama-ulama yang sudah kembali daripada mengkafirkan Ibn Taimiyyah. (m.s 77)

Kata Hamka;

“…Memang, apabila orang yang kehabisan hujah dan alasan, mereka pun kembali memakai perkakas fitnah. Dan inilah yang menyebabkan berpecah-belah umat Islam, berKaum Tua berKaum Muda…” (m.s 76)

Mengkafir-Kafirkan Orang

(11)

Teori Freud ialah tentang hidup dan berfikirnya manusia ini adalah berpokok-pangkal kepada nafsu syahwat semata-mata. (m.s 88)

Hamka membahaskan akan sikap kafir-mengkafirkan. Seakan sikap ini menjadi teman rapat seseorang ulama yang tinggi ilmunya, dihormati dan berjawatan. Penulis berkata ustaz-ustaz, imam-imam, pekerja-pekerja jabatan agama, pemegang-pemegang phd agama, pelajar-pelajar agama, masuk di dalam hal ini. Kata Hamka;

“…Kaum Muda tidaklah lekas hendak menerima hukuman kafir yang dijatuhkan itu walaupun „ulama besar Mesir‟ ini harus pula ditulis dengan huruf-huruf besar dan serban-serban besar pula…” (m.s 80)

Tuan Mufti Johor mengkafirkan Armarhum Ahmad Hasan Bandung kerana Armarhum Ahmad Hassan tidak menajiskan daging babi, berpendapat dengan mengikut Teori Darwin dan Teori Freud. Semua ini dakwa Tuan Mufti Johor didakwatkan di dalam kitab Soal Jawab dan tafsir karangan Almarhum Ahmad Hassan. Abu Bakar Asy’ari pun dilemparkan dakwaan kerana kenajisan babi.

Untuk dakwaan kedua, kata Hamka;

“…Pada saya ada tafsir „Al-Furqan‟ Almarhum Ahmad Hassan Bandung itu, tebalnya 1256 halaman. Tidak ada satu kalimat pun terdapat di sana bahawa Almarhum Hassan Bandung mengikut teori Darwin dan Freud…” (m.s 87)

Untuk menghakimi sendiri, marilah kita sendiri membaca dan meneliti kitab tafsir Almarhum Ahmad Hassan Bandung. Penulis menduga, mungkin Hamka melihat ‘rekod baik’ yang ditunjukkan oleh Almarhum Ahmad Hassan Bandung di dalam buku-bukunya yang lain, dan mustahil Almarhum Ahmad Hassan Bandung merekodkan Teori Darwin dan Teori Freud di dalam kitab tafsir beliau. Dan mungkin, Tuan Mufti Johor hanya membaca seimbas lalu kitab tafsir Almarhum Ahmad Hassan Bandung dan tersalah menghukum. Atau mungkin, Tuan

(12)

Mufti Johor membaca, meneliti dan memahami cara yang beliau faham. Membaca ‘A’ memahami ‘B’.

Untuk dakwaan pertama, kenajisan daging babi. Maka Almarhum Ahmad Hassan Bandung tidak menajiskan daging babi. Penulis memahami, tidak menajiskan bermaksud tidak perlu dibasuh lapan kali yang satu daripada basuhan tersebut basuhan air tanah. Penulis katakan ini ialah mengkafirkan orang lain dengan permasalahan ‘feqah’. Difahami oleh penulis, ‘feqah’ berunsur berubah-rubah. Feqah bukanlah aqidah! Aqidah unsurnya tetap. Aqidah ahlu sunnah wal jamaah. Dan dengan feqah, timbullah bermacam-macam jenis mazhab yang dinisbahkan kepada guru masing-masing yang di antara mazhab-mazhab tersebut, berbeza pendapat di dalam lingkungan ‘feqah’. Mazhab-mazhab ini bersepakat akan rukun Iman yang 6 dan rukun Islam yang 5. Seingat penulis terdapat di dalam usul fiqh kaedah ‘Ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang lain’. Penulis yakin, hal kenajisan babi terjatuh ke dalam hal feqah yang dibenarkan berselisih. Hanya kenajisan babi jatuh ke dalam hal aqidah bagi orang yang jahil.

Hamka menyenaraikan beberapa perselisihan ijtihad ulama yang antaranya ialah hal puasa enam bulan syawal, hal kenajisan bejana dan kenajisan binatang buruan yang dibawa anjing. Perbahasan ini penulis menyeru kepada penelitian sendiri. Bertanya kepada ahli-ahli agama yang merdeka fikirannya dan membaca daripada ahli-ahli agama yang reality hujahnya. Tidak terawang-awang yang tidak dapat dicapai akal! Hamka akhirnya membuat kesimpulan kafir mengkafir dengan menyebut;

“…Tetapi saya keberatan menuduh-nuduh orang kafir! Kerana di dalam kitab-kitab hadis dan fiqah sudah ada „babur riddah‟ yang menuliskan syarat-syarat yang dapat menyebabkan orang jadi kufur dan hokum yang mengkufurkan orang lain! Agama ada mempunyai batas-batas dan kesopanan yang tidak boleh kita lampaui…” (m.s 95 dan 96)

Hamka juga menceritakan akan perihal Al-Sayyid Taufiq Al-Bakri yang begitu aktif menkafirkan Muhammad Abduh. Arakian kisahnya, Al-Sayyid Taufiq Al-Bakri ditimpa sakit otak dan masuk rumah gila dan selepas 20 tahun, beliau keluar daripada rumah gila dan ditanya apakah beliau masih mengkafirkan Muhammad Abduh. Dengan

(13)

linangan air mata beliau berkata bahawa tuduhannya adalah salah, Muhammad Abduh tidak kafir. Beberapa hari kemudian beliau kembali kepada Allah s.w.t. Kita memohon keampuan untuk sekalian muslimin dan muslimat.

Apakah beratnya kita menjaga mulut sendiri daripada mengkafirkan orang lain?

Apa Kaum Tua Dan Apa Kaum Muda

Hamka memberi pendapat beliau akan definisi sebenar Kaum Tua dan Kaum Muda;

“…Menurut lughah yang dipakai dalam bahasa Arab dinamai „Mazhab Salaf‟ dan salaf itu ertinya nenek moyang yang dahulu-dahulu. Lawannya ialah al-khalaf. Di Mesir golongan Muhammad Abduh dinamai mazhab al-salaf, orang Wahabi di Tanah Arab supaya dirinya juga Mazhab Salaf: ertinya semuanya Kaum Tua. Inilah suatu pengertian yang salah yang berlaku di negeri kita selama 50 tahun. Maka tukang-tukang bidaah, tukang khurafat, tukang menambah-nambah tiang agama atas tiangnya yang asli sepatutnyalah digelarkan Kaum Muda. Dan yang hendak langsung berpegang dengan asal dan hulu agama, sepatutnya bergelar Kaum Tua! Dan Kaum Tua dan Kaum Muda di Indonesia dan Malaya dan Siam sudah taqlid saja erti yang salah 50 tahun lamanya…” (m.s 98)

Kemudian Hamka menceritakan usaha-usaha yang sedang dilakukan untuk mendekatkan mazhab-mazhab di dalam Islam. Usaha kumpulan yang bernama ‘Al-Jamiyatul Taqrib Baina Mazahabil Islamiyah’ di Mesir. Cogan kata mereka berdasarkan ayat Al-Quran;

نودبعاف مكبر اوأو ةدحاو تمأ مكتمأ هذه نا

Ini semuanya adalah umatmu, umat yang satu. Dan aku adalah Tuahnmu, beribadatlah/sembahlah Aku

(14)

“Bialakah akan bertemu yang demikian itu (harmoni di antara mahab-mazhab: penulis) di negeri kita? (m.s 102)

Persidangan ulama-ulama Islam pada tahun 1958 yang dihadiri oleh ulama-ulama Islam serata dunia. Antaranya Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Maulana Abu A’la Al-Maududi dan Dr. Muhammad Abdullah Druze. Perbentangan kertas kerja oleh Al-Syeikh Ismail yang mempertahankan taklid dan dibenarkan. Kebebasan berfikir! Seperti yang disifatkan oleh Syeikh Muhammad Abu Zahrah. Alangkah indahnya toleransi sebegitu.

Hamka mengakhiri;

“…Pada hemat saya pada zaman sekarang adalah zaman menyatukan kekuatan. Dunia bukan surut ke belakang tetapi maju ke muka. Fahaman yang sempit dan hati yang penuh kebencian tidaklah dapat dibawa ke tengah medan. Dan saya pun takut mengkafir-kafirkan sesama Islam. Sebab Rasulullah bersabda;

زفاك ىهف املسم زفك هم

Barangsiapa yang mengkafir-kafirkan sesamanya Islam dialah yang kafir

Dan yang menetapkan seorang kafir bukanlah mufti Johor!...” (m.s 108 dan 109)

Penutup

Hamka menutup bicara beliau dengan rasa rendah hari dan tidak memandang Tuan Mufti Johor sebagai musuh. Penuh dengan kasih sayang. Hamka kemudiannya berkata;

“…Kadang-kadang fikiran bersamaan pada satu masalah dan kelak kemudian hari berselisih berselisih di dalam masalah yang lain. Itulah alamat bahawa kita berfikir. Itulah sebabnya perselisihan demikian jangan dimasukkan ke dalam rongga hati dan jangan menjadikan dendam, kerana masih satu masalah pokok yang kita tidak pernah berselisih,

(15)

iaitu bahawa kita adalah umat yang satu. Dan kita adalah hamba Allah yang dijadikan tuhan bersama-sama dengan jin buat beribadat kepadaNya! Maka bagaimana pun perselisihan pendapat di antara umat Islam, namun Nabi Muhammad masih tetap manyatakan bahawa semuanya adalah umatnya..” (m.s 113)

Penulis Dan Kesimpulan

Penulis berasa hairan Hamka yang mengaku diri beliau Kaum Muda, menulis Tafsir Al-Azhar yang diiktiraf oleh ulama-ulama muslimin, menulis puluhan malah ratusan buku-buku juga dikafirkan dan disesatkan kerana beliau Kaum Muda. Penulis yakin, orang-orang yang mengkafirkan dan menyesatkan beliau kerana beliau Kaum Muda, tidak dapat menulis buku tafsir al-Quran. Jika yang masih hidup, yang mengkafirkan dan menyesatkan Hamka, kerana beliau Kaum Muda, penulis mencabar, berkaryalah seakan-akan karya Hamka bertajuk Tafsir Al-Azhar, yang ulama muslimin iktiraf. Andai tidak dapat, carilah kesilapan dan kesalahan di dalam Tafsir Al-Azhar. Jika tidak dapat, berhentilah daripada sikap dan sifat mengkafirkan dan menyesatkan. Belajarlah!

Penulis ingatkan, bukanlah kerana Hamka tidak memakai serban besar dan berjubah mewah kita tidak boleh menerima nasihat beliau!

Penulis amat berharap, andai kedapatan buku-buku yang menjawab kembali jawapan Hamka ini, sudilah kiranya memberitahu penulis. Proses belajar mengambil masa.

Kaum Tuan dan Kaum Muda mesti diharmonikan. Untuk keuntungan umat Islam! Perlu segera dihentikan segala macam tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, caci-maki, dan lain-lainnya yang bersamaan dengan sifat menjauhi pendamaian.

Usaha penulis untuk diri penulis adalah mengharmonikan university dan pondok. Penulis yang sedang belajar di university meluangkan masa cuti untuk menadah di

(16)

pondok. Penulis akan berbincang pada masa hadapan, jalan-jalan untuk mengharmonikan Kaum Muda dan Kaum Tua di university. Apabila pemegang-pemegang agama di masa hadapan berpecah, berpecahlah umat.

Kemaafan dipohon. Teguran membina dialu-alukan. هتاكربو ىلاعت الله ةمحرو نكيلع ملاسلا

Referensi

Dokumen terkait

Prosedur penelitian yang dilakukan meliputi koordinasi dengan Dinas Pertanian dan Peternakan, Kabupaten Aceh Timur dimaksudkan untuk mengetahui permasalahan dan

Bu araştırma ile öğretmenlerin yaşam boyu öğrenme ve özyönetim, öğrenmeyi öğrenme, inisiyatif ve girişimcilik, bilgiyi elde etme, dijital, karar verebilme

Atas Harta yang belum diungkap dalam Surat Pernyataan, tidak atau kurang dilaporkan dalam SPT PPh, Harta Bersih tambahan yang tidak dialihkan ke dalam wilayah NKRI, dan

2. Dalam ekspresi Boolean yang harus diuji adalah nilai ….A. True/False* C. Up/Down E. Height/Weight B. Right/Left D.

Job parent conflict merupakan jenis WFC yang terjadi pada seseorang karena besarnya tuntutan pada pekerjaan membuat peran sebagai orang tua tidak terlaksana

Tujuan sekolah merupakan penjabaran dari misi, Tujuan sekolah merupakan penjabaran dari misi, oleh karena itu tujuan harus selaras dengan visi. oleh karena itu tujuan harus

Bertepatan dengan tanggal 26 Februari 1990 berdasarkan kesepakatan bersama Direksi PNP/PTP I - XXIX tanggal 26 Februari 1990 yang kemudian disetujui oleh

Maka dari itu, sangat diperlukan adanya peningkatan di bidang penyelenggaraan pemerintahan, pelaksanaan pembangunan, dan pelayanan kemasyarakatan dalam rangka meningkatkan taraf