Ilmu
Mengenal
Diri
Bahagian Ke-2
Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com
oleh: Mustakim bin Mohd Najib
12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431) tanpa hakcipta – ilmu untuk semua
NUR MUHAMMAD ANALISA AKHIR
Kepercayaan dan keyakinan penuh membuatkan diri seseorang hamba Allah itu percaya kepada istilah Nur Muhammad, di sebabkan ia adalah sesuatu yang ghaib maka terlalu sukarlah manusia itu hendak mempercayainya walaupun asas keimanan itu adalah bergantung kepada yang ghaib namun mahu atau tidak mahu manusia terpaksa akur dengan keimanan kerana Allah s.w.t sentiasa menyeru kepada manusia yang berasaskan kepada seruan orang-orang yang beriman bukan kepada orang-orang islam
Orang islam tidak semestinya mereka itu beriman kerana jika setiap orang islam itu benar-benar beriman maka sudah tentulah mereka itu melaksanakan arahan daripada Allah supaya melaksanakan hukumNya kerana itulah Allah menyatakan kebanyakan mereka tidak beriman sebagaimana firmanNya
Yang bermaksud:
Sebahagian daripada mereka tidak mahu beriman malah melakukan syirik (Yusuf ayat 106)
Di dalam kehidupan manusia kadangkala manusia tertanya-tanya apakah penilaian Allah terhadap seorang manusia ? Jawapannya sangat mudah. Allah tidak memandang kepada manusia (Jasmani) tetapi Allah memandang kepada hati yang di dalamnya ada mengandungi Nur ertinya hati yang mengandungi Nur Muhammmad (cahaya yang terpuji) tersebut
Manusia hendaklah mengenali hatinya iaitu tempat telek Allah, hati bukan merupakan seketul daging, tetapi hati itu adalah Rohani (Ruhul Yaqazah) yang terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu, memang sukar untuk mengenali Ammar Rabbi itu kecuali mempelajarinya, dan ramai telah tersalah sangka dengan istilah tersebut sehingga timbul berbagai-bagai fahaman yang membawa kepada kesesatan atau menolaknya terus
Akibatnya maka jadilah ilmu ini sebagai momokan dan di takuti oleh umat islam sendiri yang berkesudahan dengan menutup rapat istilah kerohanian dan Nur Muhammad tersebut di dalam kehidupan manusia. Di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud:
Jadilah kamu orang Rabbani Ahlullah dengan mengajar kitab dan mempelajari kitab Al Quran (surah Al Imran 79)
Ayat yang di atas adalah suatu perintah daripada Allah jadilah kamu orang Rabbani (orang alim dalam ilmu ketuhanan) iaitu suatu kepercayaan kepada yang ghaib, ilmu yang ghaib adalah daripada Allah kerana Tuhan itu adalah yang maha ghaib. Dalam ilmu ini yang menyentuh soal ghaib iaitu tentang asmak, sifat dan dalam soal asal usul soal af'al Allah, walaupun ilmu ini tidak lagi di ajar orang, akan tetapi itulah yang di perintahkan oleh Allah kepada manusia. Rabbani itu ialah Dia yang awal, Dia yang akhir, Dia yang zahir, Dia yang batin
Jika mahu mengenal Dia, maka Dia itu Zat, maka Zat itu pula adalah Zat yang tidak berupa apa juapun (Laisa kamislihi) erinya hendak mengenal yang ghaib, maka di sana terdapat lampu merah tanda bahaya iaitu jangan ada di antara manusia yang berkira-kira mahu mengenal ZatNya maka ia adalah sangat terlarang, akan tetapi yang di perintahkan adalah tentang mengenal makhluk ciptaanNya sekalipun makhluk itu berbentuk ghaib seperti jauhal fardhi,jisim,jirim dan jauhar basit atau istilah molikul. atom,elektron,newtron proton, ion dan sebagainya
Maka di sinilah para ilmuan mengambil suatu pendekatan untuk mengenal Allah melalui mengenal asmakNya iaitu Nur untuk suatu pendekatan mengenalNya dan dengan mengenal Asmak Allahlah lahir ilmu yang di sebut sebagai sifat 20 dengan tujuan untuk mengenal Tuhan dan mengenal diri semua bentuk ilmu ini adalah berasaskan kepada yang ghaib
Cuba manusia fikirkan daripada apa nyawa mereka di jadikan oleh Allah ? Rohnya, akalnya dan nafsunya semua ini adalah makhluk Tuhan sekalipun nyawa itu bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu berbanding Zat Tuhan yang menjadikan sesuatu
FUNGSI RAHSIA LEMBAGA AKAL BERFUNGSI
Pada pelajaran yang lepas kita telah terangkan serba rengkas tentang Nur Muhammad dan sebelumnya kita telah sentuh tentang akal dan lembaga akal, yang mana lembaga akal tersebut memainkan peranan yang sangat luas dan fungsinya yang sangat mengkagumkan kesan daripadanya
Pada pelajaran ini kita sentuh pula tentang gelombang yang terdapat pada lembaga akal tersebut mengikut pandangan agama yang rasanya tidak jauh berbeza dari pandangan sain atau yang mana lebih dapat difahami oleh orang yang mengkajinya atau orang yang mempraktikkannya dengan penuh bersemangat
Lembaga akal yang mempunyai tugas masing-masing mengikut fitrah semula jadi daripada Allah s.w.t mempunyai kaitannya dengan otak manusia yang mengandungi berbilion-bilion sel yang di kenali segagai jauhal fardhi (neutron) iaitu kombinasi dari sel-sel yang dapat mencetuskan aliran elektrik di dalam otak manusia yang dapat di kesan dengan rasa atau dengan alat yang di kenali sebagai electroencephalograph (EEG)
Kesan daripada gerak atau aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda atau brainwave, aktiviti ini tidak saja diam pada satu tempat malah ia akan sentiasa berubah-ubah mengikut tekanan lembaga akal atas bantuan nafsu dan juga roh yang mana ia akan tertakluk kepada di mana seseorang itu berada pada masa tersebut mengikut suasana alam kelilingnya
Pada dasarnya gelombang ini dapat kita bagikan kepada 4 peringkat
Peringkat ini di mana manusia aktif bergerak ketika sedar atau jaga seperti melakukan kerja yang rutin seharian, kebiasaannya gerak minda akan cepat berubah-ubah sebab setiap gerak atau perbincangan atau berfikir seseorang itu adalah tidak tetap pada sesuatu tekanan nilai tujuan pada tujuan atau hala tuju, gelombang ini juga di kenali sebagai beta
Gelombang gerak ini (beta) ada pula pada masa-masa tertentu ia menjadi lemah dan ada pula pada kalanya ia menjadi tinggi, kebiasaannya apabila gerak terlalu tinggi ia akan menjadikan diri seseorang itu sukar untuk mengawal perasaan atau orang ini sukar untuk tidur malam namun kesan daripadanya ia mempunyai kebaikan pada menghilangkan masalah yang lain
Peringkat diam (Alpha)
Pada peringkat ini besar kemungkinan manusia itu sedang berehat atau bersedia untuk tidur yang mana kekacauan alam di sekelilingnya kurang mengganggu fikirangnnya, peringkat ini juga di kenali sebagai alfa, demikianlah pada kebiasaannya namun tahap diam ini tidak semestinya kekal sekiranya seseorang itu banyak menghadapi masalah kehidupan ataupun masalah-masalah yang di hadapinya, yang paling nyata maka kanak-kanaklah yang sesuai di jadikan contoh gelombang alfha ini kerana mereka tidak banyak tekanan kehidupan atau orang yang zuhud
Peringkat tenang (Theta)
Pada peringkat tenang ini manusia berada pada tahap hendak terlayang untuk tidur yang mana gelombang pemikiannya sudah lemah ataupun hampir lemah, gelombang minda ini juga di kenali sebagai theta
Peringkat fana (Delta)
Pada peringkat ini juga di katakan peringkat tidur mati atau sebahagian daripada mati yang mana roh,akal dan nafsu sudah mula tidak lagi memainkan peranannya dan sel-sel otak berjalan dengan tenang, ini bererti Ruhul Yaqazah sudah tidak lagi memaksa jasad untuk aktif maka berehatlah jasad tersebut dan berehat pulalah otak dan sarafnya, (berehat hanya sekadar fungsi nyawa tanpa cergas) maka disinilah terletaknya rahsia kerja Tuhan yang tidak mampu di kaji oleh ahli sain, peringkat ini juga di kenali sebagai delta
Pada pandangan agama islam (kerohanian) rasanya agak lengkap sedikit dari pandangan sain kerana pada pandangan agama ia ada lima lembaga akal yang menghasilkan gelombang dalam diri manusia yang di kaitkan pula dengan kerohanian yang berpusat pada akal umpamanya lembaga akal yang lima itu di kaitkan dengan fungsi nyawa,akal,roh dan nafsu yang berkaitan di antara satu dengan yang lainnya dan setiap satu akan mengeluarkan gelombang yang mengandungi jauhal fardhi yang mengandungi fungsi yang berlainan yang sangat terkawal mengikut fitrahnya
Kajian sain tentang mind ini di kira hanya tertumpu kepada peranan saraf dan otak sahaja tanpa di kaitkan dengan kerohanian umpamanya mereka memberikan fokus kepada gelombang Beta (12 Hz-38 Hz) Alpha (8 Hz-12 Hz) Theta (3 Hz-8 Hz) dan Delta (0.2 Hz-3 Hz) yang besar kemungkinan atas kajian mereka tentang tenaga atom, thermal, electromative, kinetic dan potential atas kehadiran molikul-molikul yang mampu membentuk kutub positif (+) dan kutub (-) nagative (-) dan positive (+) poles , jika inilah atas kajian mereka maka rasanya ia di fokuskan hanya kepada fungsi hawa kepada nafsu sahaja
Golongan umat islam yang bijak pandai sepatutnya mengkaji lebih dalam lagi dalam soal akal ini kerana mereka berhadapan dengan amal ibadat yang di kaitkan dengan istilah khusyu" kepada Tuhannya. Ilmu ini di ambil asal asalnya daripada sifat 20 pada bab sifat ilmu pada sifat maani dan di kaitkan pula pada sifat maanawiyah iaitu sifat alimun, sebab itu satu kajian sifat 20 ini wajib di ketengahkan oleh orang muslim
ADAM,ALLAH DAN MUHAMMAD TIDAK BERCERAI SATU ANALISA
Adam adalah seorang manusia yang di cipta oleh Allah s.w.t, yang dimaksudkan manusia itu ialah apabila Rohani itu sudah memiliki jasad (manus adalah jasmani sementara ia ialah Rohani) jika ada jasmani tanpa Rohani maka ia bukan manusia, demikian juga jika Rohani tanpa jasmani maka ia bukan manusia, maka yang di maksudkan manusia itu adalah zuriat daripada Adam sebagaimana firman Allah menyatakan: دقلو انمرك ىنب مدا انلمحو مھ لف ىربلا رحبلاو انقزرو مھ نم تابيطلا انلضفو مھ ىلع ريثك نمم انقلخ لايضفت
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan Bani Adam, dan Kami angkat mereka di darat dan juga di laut dan Kami beri rezeki yang baik, dan sesungguhnya Kami lebihkan mereka dari kebanyakan (makhluk) yang telah Kami jadikan sebenar-benar kelebihan ( Al Israk 70)
Di atas pemberian Allah kepada bani Adam gelaran sebagai makhluk yang di muliakan maka manusia menjadi makhluk yang terpuji dan mulia, dan makhluk terpuji itu adalah bernama Muhammad, kerana Muhammad itu bermaksud terpuji, dan yang terpuji itu adalah yang sebaik-baik kejadian seperti mana firman Allah menyatakan:
دقل انقلخ ناسنلأا ىف نسحا ميوقت
Maksudnya: Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian ( At Tin 4 )
Ayat yang di atas menerangkan bahawa insan itu adalah sebaik-baik kejadian, sementara Allah pula beserta dengan Insan tersebut sebagaimana firman Allah menyatakan:
وھو مكعم امنيا متنك
Ayat yang di atas menunjukkan bahawa Allah tetap bersama manusia di mana juga manusia itu berada, ertinya manusia dan Allah tidak bercerai, ertinya Adam dan Allah tidak mungkin bercerai, jika demikian mengapa Azazil dapat menyesatkan Adam dan isterinya Siti Hawa ? Di sinilah timbul persoalan dan keraguan yang akhirnya melahirkan ilmu yang lebih khusus tentang istilah di antara Muhammad dan Allah itu, logiknya syaitan tidak boleh menggelincirkan Adam jika Allah beserta manusia (Adam)
Di sebabkan manusia itu ada kelebihan maka kelebihan tersebut pula di katakan melahirkan suatu ilmu yang lebih khusus kerana masalah Adam dapat di sesatkan oleh syaitan walaupun Adam beserta Allah, jadi apakah ilmu yang lebih khusus itu suatu yang dapat di capai oleh manusia, kerana itu untuk menyelesaikannya mari kita tinjau dalam bentuk soal jawab
Soalan:
Dimanakah letaknya kelebihan manusia jika di bandingkan dengan makhluk Allah yang lain ?
Jawapan:
Kelebihan di antara manusia dan makhluk terletak pada lembaga akal manusia kerana lembaga akal maka manusia itu di kenali sebagai manusia, jika manusia tiada lembaga akal maka manusia itu setaraf dengan haiwan dan syaitan
Soalan:
Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian dan mengapa ada di antara manusia itu berperangai syaitan dan haiwan ?
Jawapan:
Manusia berperangai syaitan dan haiwan kerana adanya hawa kepada nafsu tersebut dan ia adalah suatu fitrah daripada Allah s.w.t
Soalan:
Jika demikian manusia yang dikatakan sempurna itu adalah sesuatu yang tidak mutlak ?
Jawapan :
Untuk mendapatkan jawapannya maka kita kena faham siapa yang di maksudkan Insan yang mulia tersebut, adapun yang di maksudkan Insan yang sempurna kejadian tersebut ialah diri sebenar diri manusia yang di kenali sebagai Insan atau nyawa atau nafas atau Nur Muhammad naka dialah yang
sempurna kerana itulah diri manusia terbahagi kepada empat istilah iaitu diri terdiri (jasmani) Diri terperi iaitu Ruhul Yaqazah yang terdiri dari roh, Akal dan nafsu, sementara nafas atau nyawa kita di namakan diri sebenar diri, maka diri inilah yang di katakan Insan yang sempurna itu sementara diri tajalli ialah sifat Kamal yang tidak bercerai dengan Insan tersebut
Soalan:
Siapakah yang sebenar diri Tajalli tersebut ?
Jawapan:
Diri Tajalli tersebut adalah Tuhan Yang Maha Esa yang menggerakkan manusia zahir dan batin yang bersifat Qadirun,Maridun,Alimun dan Hayyun
Soalan:
Mengapakah Allah tidak selamatkan Adam dari gangguan syaitan ?
Jawapan:
Allah wajib bersikap adil terhadap permintaan syaitan yang hendak menyesatkan Adam kerana syaitanpun makhluk Allah juga walaupun dia di rejam oleh Allah, atas permohonan syaitan tersebut Allah izinkan syaitan menggelincirkan Adam (manusia) akan tetapi Allah kurniakan Al Quran kepada manusia sebagai senjata melawan syaitan itu dan terpulanglah kepada manusia
لق نم ناك دع و ا ليربجل هنأف هلزن ىلع كبلق نذأب )
Katakan (wahai Muhammad) sesiap yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Allah (Al Baqarah 97)
RAHSIA HURUF DALAM AL QURAN
Al Quran adalah suatu petunjuk daripada Allah terhadap orang-orang yang bertakwa, sesiapa saja di antara orang islam yang bertakwa maka wajib bagi mereka merujuk semua perkara dengan Al Quran, sesiapa sahaja yang membelakangkannya maka berdosalah mereka dan di akhirat akan di campakkan kedalam bakaran api neraka terutama pemerintah-pemerintah
Di dalam Al Quran yang mengandungi setiap huruf, titik dan ayat-ayat mempunyai hikmah yangtersangat besar لكل ةيا فرحو ةطقنو نم نارقلا ةمكح
Sementara seluruh isi Al Quran itu pula mempunyai penjaganya انأ نحن انلزن وركذلا انا هل احل نوظف
Sesungguhnya Kami turunkan peringatan (zikra,Al Quran) dan sesungguhnya bagi Al Quran itu pula ada penjaganya (Al Hijr 9)
Ayat yang di atas menunjukkan bahawa Al Quran itu ada yang menjaganya dan bukan boleh di permain-mainkan, adalah berdosa besar jika kita mempersenda-sendakan Al Quran tanpa menghayatinya tambahan lagi jika ada yang menyatakannya sebagai sudah tidak sesuai, sesungguh nereka yang melakukan sedemikian adalah telah kafir sekalipun jika ada di antara umat islam yang terus melakukan ibadat
Al Quran itu mengandungi:
Huruf alif sebanyak 48,740 huruf Huruf ba sebanyak 11,420 huruf Huruf ta sebanyak 1,404 huruf Huruf tha sebanyak 190,480 huruf Huruf jim sebanyak 3,322 huruf Huruf ha sebanyak 4,138 huruf Huruf dal sebanyak 5,998 huruf Huruf zal sebanyak 4,934 huruf Huruf ro sebanyak 2,206 huruf Huruf zai sebanyak 1,680 huruf Huruf sin sebanyak 5,799 huruf Huruf Syin sebanyak 2,115 huruf Huruf sod sebanyak 2.780 huruf Huruf dhod sebanyak 1,882 huruf Huruf tho sebanyak 1.204 huruf Huruf zhi sebanyak 842 huruf Huruf 'ain sebanyak 9,470 huruf Huruf ghain sebanyak 1,229 huruf Huruf fa sebanyak 9,813 huruf Huruf qof sebanyak 8,099 huruf Huruf kaf sebanyak 8,022 huruf Huruf lam sebanyak 33,922 huruf Huruf mim sebanyak 28,922 huruf Huruf nun sebanyak 17,000 huruf Huruf waw sebanyak25,506 huruf Huruf ha sebanyak 26,925 huruf Huruf lam alif sebanyak 14,707 huruf Huruf ya sebanyak 25,717 huruf
Kesemua huruf yang terkandung di dalam Al Quran itu ialah 127,000 huruf, jumlah ini sama dengan jarak di antara syurga dengan syurga yang lain atau jarak antara langit dan bumi, di dalam Al Quran ada ayat Makiyah dan Madaniyah, ayat makiyah sejumlah 4,780 dan ayat madaniyah sejumlah1.456 ayat jumlah semua ayat ialah 6,236 ayat yang mengandungi 114 surah iaitu 86 surah di makkah dan 28 surah di madinah
Dalam banyak ayat maka ميحرلا نمحرلا هتتا مسب itulah yang nuzul (turunnya) yang amat luar biasa, ketika turun ayat ini maka berlakulah peristiwa:
امل لزن مسب ) نمحرلا ميحرلا برھ ميخلا ىلا قرشملا تنكسو حايرلا جاحو تغضاورحبلا اھبلا مئ اذأب اھن تمجرو ايشلا نيط نم ءامسلا
Ketika Bis millahirrahmanirrahim di turunkan, awan-awan bergerak ke timur, angin-angin menjadi tenang, laut bergelora, bintang-bintang sama mendengarkan dengan pendengarannya, syaitan-syaitan di lempar daripada langit (Al Marawaih)
Demikuan kehebatan turunnya ayat Bis millahirrahmanirrahim tersebut, dan tidaklah menjadi hairan ia menjadi bacaan bagi setiap pembukaan pada setiap surah malah ia menjadi bacaan pada segala permulaan sebarang pekerjaan dan pergerakan kecuali pada surah At Taubah, ayat ini bermula pada huruf BA ب
Huruf ب BA ini tiada bermakna apa-apa jika ia tiada bertitik satu (.) maka pada titik lah rahsia segala rahsia, pada tahun lima puluhan iaitu zaman saya belajar mengaji dan bersekolah arab saya dapat membaca ayat tanpa baris akan tetapi tidak dapat membaca tanpa titik
Al Quran itu hanya dapat di baca jika ia ada mempunyai titik satu,dua dan tiga kemudian barulah datang huruf awal ALIF semua ini perlu di ketahui dan saya fikir ia menjadi fardhu kifayah kerana dengan titiklah mka lahirnya huruf dan pengetahuan ini tersangat ilmiyah
Di dalam Al Quran hanya ada tiga titik yang membentuk ayat-ayat Al Quran pada setiap huruf yang kesemuanya berjumlah 102,440 semuanya, sementara huruf yang berjumlah 320,779 huruf, pengkajian ini haruslah di buat analisa dari suatu zaman yang berada pada surah Al Insan ayat 1
Adapun zaman satu titik di sebut sebagai :
ىب ناك
ناكام ayat ini menunjukkan bermula dari satu titik Ba yang menunjukkan maksud "Bersama Aku ada apa yang telah ada" apa yang telah ada ? iaitu Ta'ayun awal, bertanyalah kepada yang arif
Kemudian lahir Ta'ayun sani iaitu dua titik .. apa rahsia dua titik ?
ىب وناك
وناكيام (BersamaKu akan ada apa sahaja yang akan ada, oleh sebab itu maka umat islam yang ingin tahu rahsia titik maka hendaklah belajar la taayun, taayun awal, taayun sani dan taayun salasa, ada
empat taayun yang mana Allah swt menjadikan sesuatu dari rahsia serba empat rahsia, umpamanya Zat,Sifat,Asmak dan Af'al kemudian Ujud,Ilmu,Nur dan Dyuhud kemudia Tnah Nurani,Air Nurani, Angin Nurani dan Api nuruk Adhom, kemudian Wadi,Wazi, Mani dan Maknikam, sekian secara rwngkasnya
Mohon izin kepada Wak jono untuk Link pada tempat dia dan inilah asas ilmu wali songo sebenarnya namun saya tidak khususkan kepada yang berkenaan
RAHSIA TITIK BA YANG DI KAITKAN DENGAN ALIF
Pelajarang yang ke 49 kita telah huraikan peranan titik yang tersangat besar ertinya kepada huruf dan ayat di dalam Al Quran, namun titik bukanlah huruf akan tetapi ia adalah asal usul kepada huruf ALIF , hujah yang menyatakan demikian tersangat ilmiyah untuk di bincangkan kerana ia akan membawa kepada kritikal akal untuk memikirkannya, ini bermakna kita akan mencari suatu rahsia yang sukar untuk di terjemahkan cuma kita perlu memikirkannya secara bersama
Di dalam Al Quran banyak ayat yang memerintahkan kita supaya berfikir seperti memikirkan ayat Al Insan 1, manusia boleh berfikir selagi mereka boleh berfikir dan jangan tutup pintu akal untuk berfikir, jika kita katakan sesuatu ayat yang terdapat di dalam Al Quran itu tidak perlu di fikirkan sedangkan ia ada di ceritakan oleh Allah di dalam Al Quran maka sia-sialah Allah menurunkan ayat Al Quran tersebut, zaman sekarang ramai manusia penuh dengan ke egoaan atau zaman tepuk dada tuding jari
HURUF BERTITIK
Lazimnya huruf yang di sertai titik satu ,dua dan tiga adalah seperti di bawah ini:
1. Huruf Ba ( ب ) di dalam Al Quran sebanyak 11,420 2. Huruf Ta ( ت ) di dalam Al Quran sebanyak 1,404
3. Huruf Tha ( ث ) di dalam Al Quran sebanyak 10,480 huruf 4. Huruf Jim ( ج ) di dalam Al Quran sebanyak 3,322 huruf 5. Huruf Kho ( خ ) di dalam Al Quran sebanyak 2,503 huruf 6. Huruf Zai ( ذ ) di dalam Al Quran sebanyak 4,934 huruf 7. Huruf Zal ( ز ) di dalam Al Quran sebanyak 1,680 huruf 8. Huruf Shin ( ش ) di dalam Al Quran sebanyak 2,115 huruf 9. Huruf Dhodh ( ض ) di dalam Al Quran sebanyak 1,882 huruf 9. Huruf Dzo ( ظ ) di dalam Al Quran sebanyak 842 huruf 10. Huruf ghain ( غ ) di dalam Al Quran sebanyak 1,229 huruf 11. Huruf Fa ( ف ) di dalam Al Quran sebanyak 9,813 huruf 12. Huruf Qof ( ق ) di dalam Al Quran sebanyak 8,099 huruf 13. Huruf Nun ( ن ) di dalam Al Quran sebanyak 17,000 huruf 14. Huruf Ya ( ي ) di dalam Al Quran sebanyak 25,717 huruf
Dengan jumlah huruf yang menggunakan titik ialah 102,440 huruf daripada jumlah 320,779 huruf kesemuanya, ini bererti huruf yang mempunyai titik menjadi nyawa kepada Al Quran itu sendiri, ertinya hampir setiap perkataan mempunyai huruf yang bertitik, kerana itu kita perlu selami apakah peranan titik pada asal usulnya yang pada awalnya tiada, iaitu zaman O , zaman ini hanya Zat yang Maha Agong saja yang ada , iaitu zaman Dia bersifat Salbiyah
Firman Allah: لھ ىتا ىلع ناسنلأا نيح نم رھدلا مل نكي أيش اروكذم
Maksudnya: Bukankah telah berlaku kepada manusia suatu zaman dari masa yang beredar sedang ia (masih belum lagi ujud) suatu zaman yang tidak dapat di sebut-sebut (Al Insan ayat1)
Ayat yang di atas menunjukkan telah berlalu di suatu zaman yang kita tidak tahu bila, zaman itu manusia zahir dan batin masih belum lagi ujud dan tidak tahu abad bila ataupun tiada abad, yang Wujud ketika itu hanya Zatnya sahaja, demikian pandangan Al Ulamak Sofi, (ulama faquha tiada membuat kajian kerana di fikirkan buang masa) namun Syed Qutub ada membuat pandangan bahawa zaman tersebut Rohani belum lagi di jadikan oleh Tuhan ataupu Nur Muhammad belum lagi Ujud, atau zaman tersebut adalah zaman yang di sebut sebagai La Ta'ayun (zaman yang tiada kenyataan) ertinya pada zaman tersebut kita tidak dapat membuat apa-apa kenyatan
Firman Allah di dalam hadis qudsi:
تنك ازنك ايفخم تببحأف نأ فرعا تقلخف قلخلا لكل فرعأ
Maksudnya: Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin di kenali, lalu Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu
Zaman ini di kenali sebagai zaman Taayun awal (kenyataan yang pertama) yang mana zaman ini adalah zaman awal makhluk hendak di jadikan oleh Allah supaya makhluk yang di jadikanNya itu mengenaliNya, zaman ini sudah boleh di fikirkan awal ilmu yang boleh kita buat kenyataan, iaitu zaman keagungan sifat Tuhan, dan zaman ini juga baru kita mengetahui bahawa Tuhan itu rupanya berbeza dengan makhluk yang mana Dia bersifat Salbiyah iaitu zaman
ىب ناك ام
ناك (Bi kana ma kana)
Maksudnya: BersamaKU ada apa yang telah ada, apa yang telah ada ? Nur 'Ala Nur دمصلا (Nurullah) kemudian di ikuti dengan
ىب وناك ام
Maksudnya: BersamaKU akan ada apa saja yang akan ada, Apakah yang akan ada ? Apakah yang akan ada ? دمحم رون Awal kejadian atau Hakikatul Muhammadiyah yang berasal dari anasir wujud, ilmu, Nur dan Shuhud, yakni asal wujud daripada Zat, asal ilmu daripada sifat, asal Nur daripada Asmal dan asal shuhud daripada Af'al iaitu daripada ALLAH zaman ini adalah zaman dua titik (Taayun Sani)
Kemudian:
Barulah di lengkapkan Allah dengan kenyataan yang ketiga selepas La Taayun iaitu zaman tiga titik ( Taayun Salasa) iaitu zaman
دوجوف لا ملاوع
ىب (Fa wujudul 'awalimi bi)
Maksudnya: Adanya sekalian alam ini adalah denganKu
Semuanya hal keilmuan ini wajib di gurui, tambahan lagi ilmu yang berkait dengan rahsia titik Ba dengan Alif kemudian apa zikirnya ?
AL QURAN DI DALAM DIRI MANUSIA
Di dalam Al Quran ada dua ayat yang jelas menyebut bahawa Al Quran itu di turunkan oleh Allah di dalam diri manusia dengan menggunakan istilah hati, ayat dari surah Al Baqarah 97 menerangkan:
" Sesiapa yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Tuhan ..."
Ayat yang kedua adalah dari surah Al Qiyamah 17 yang bermaksud:
" Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al Quran itu (di dalam dadamu) dengan menetapkan bacaannya"
Jika kita teliti ayat Al Quran yang di atas maka terkenanglah kita kepada pelajaran yang telah lalu (mengenal diri yang ke 50) yang menceritakan kesah Al Quran yang terbentuk dari titik kepada huruf dan seterusnya kepada ayat yang berjumlah 6236 ayat
Setelah kita memahami Al Quran tersebut dari titik kepasa huruf dan seterusnya menjadi ayat yang membawa maksud yang berbagai-bagai sebagai panduan hidup manusia maka hari ini kita bawa tuan dan puan kepada penumpuan Al Quran tersebut yang di masukkan oleh Allah pula di dalam diri manusia
Pelajaran ini tersangat jarang di perkatakan oleh kebanyakan orang akan tetapi yang menyelidikinya tetap akan mencari mksud sebenar ayat di atas kerana mafhum ayat tersebut tersangat terang dan mudah untuk di fahami, yang menjadi persoalannya sekarang ialah Al Quran yang macam mana ? atau berbentuk apa ?
Apa yang jelas ialah Al Quran itu sudah berada di dalam dada manusia (Al Qiyamah 17) atau Al Quran itu sudah berada di dalam hati manusia (Al Baqarah 97) kedua-dua ayat ini sudah jelas mengatakan bahawa Al Quran itu sudah bertempat pada diri manusia dan tidak boleh di pertikaikan lagi, cuma siapa Al Quran itu ?
Setiap apa yang di katakan Al Quran itu adalah qadim, ataupun qalam qadim, ini bererti al Quran itu bersifat Qidam ? Jika ia bersifat Qidam maka ia bukanlah muhadas (yang baharu) sebab yang baharu itu adalah makhluk yang di jadikan, dan yang di jadikan itu jika ia berbentuk Roh maka jelaslah ia makhluk yang berdarjat ammar (urusan Tuhan)
Pandangan jumhur ulama mengatakan bahawa Al Quran itu adalah qadim iaitu awal tiada permulaan ertinya qalam yang qadim yang menjadi hak Allah, jika ia menjadi hak Allah maka dia tidak boleh bersifat Roh akan tetapi ia adalah bersifat zat, jadi yang bersifat zat itulah yang di turunkan oleh Allah di dalam dada atau hati manusia, siapa dia ?
Adakah Al Quran yang berbentuk Jirim ? atau Jisim ? atau Jauharul Fardhi ? atau Jauharul Basits ? *
* Jirim : Setiap benda yang memenuhi ruang sama ada kecil atau besar
Jisim : Benda yang tersusun dari jauharul Fardhi yang dapat di bahagi-bahagikan
Jauhar: Gambaran kewujudan sesuatu benda yang tidak dapat di pecah atau di pisahkan
Jauhar Fardhi: Benda yang paling kecil yang tidak dapat di bahagi-bahagikan
Jauhar Basits: Benda yang terlalu seni yang menjadi sumber melapangkan kehidupan
Jika Al Quran itu berbentuk yang beristilah di atas maka apakah dia sebenarnya yang di muatkan oleh Allah di dalam hati manusia atau di dalam dada manusia ? Manusia wajib tahu sebab dia berada di dalam diri kita sendiri, dan menjadi pula sebagai panduan hidup setiap manusia
Jika ia sebagai panduan hidup manusia maka dapatlah kita katakan bahawa dia itu menjadi panduan kepada Roh, akal, nafsu dan tubuh badan manusia yang terdiri dari tulang, daging, urat,darah, rambut, roma dan sebagainya, tanpanya semua yang ada pada sebuah batang tubuh manusia menjadi tiada bererti sama sekali, sebab itu ada di antara yang bijak pandai dalam ilmu balaghah, mantik dan bayan menyatakan mencari sesuatu di dalam diri
Apa yang sedang di nantikan oleh semua manusia ialah untuk memahami bahawa Al Quran itu ada di dalam hati manusia dan ada di dalam dada manusia sebagaimana yang di terangkan pada pelajaran mengenal diri yang 51, mungkin ramai yang merasakan pelik dan tidak menesabah bahawa Al Quran itu ada di dalam diri manusia, walau apapun itulah yang di tentukan Allah dalam Al Quran, cuma dalam
berbentuk apa ? Itulah yang hendak di ketahui oleh kebanyakan orang, jika berbentuk Al Quran sebagaimana yang kita ketahui (bentuk kitab yang ada hurup dan rupa) maka itu adalah mustahil kerana tidak mungkin Al Quran berbentuk itu di muatkan di dalam satu jasad
Al Quran adalah panduan hidup dan mati manusia, panduan yang lain selain daripadanya adalah tidak layak, Al Quran adalah kalam Tuhan, dia bersifat Nur kepada sekalian alam ciptaan Tuhan, yang mengikutinya atau menjadikannya panduan akan selamat dan yang mengingkarinya akan memperolehi bala dan bakal akan menjadi bakaran api neraka, ertinya kepada orang yang mempunyai akal akan melihatnya sebagai sesuatu yang benar dan suci bersih dengan tiada keraguan terhadapnya, kerana itu layaklah ia di namakan kalam yang kadim iaitu kalam Tuhan, Rasullullah sendiri tidak akan bercakap melainkan percakapannya adalah Al Quran, ini bererti cakap yang benar dan haq
Di dalam Quran juga ada ayat yang menggelarkan Al Quran ini sebagai hablillah (tali Allah) iaitu tali yang mengaitkan antara hamba dengan Tuhannya atau tali yang mengikat perhubungan di antara Allah dan seorang hambaNya ( hamba dan Tuhan tidak bercerai) jika tali ini tidak di pegang teguh maka akan bercerai berailah manusia bersama Allah atau sesama manusia dalam erti jalinan roh penghidupan yang berasaskan ukhwah mengikut fitrah Jauhar Basit ( iaitu benda yang tersangat seni yang bersih yang menjadi sumber kelapangan kehidupan) ertinya yang berkait dengan nyawa atau tali nyawa (Hablillah) yang berasal daripada Nurullah yang terpampang luas
Hablillah ini mengenal Tuhannya sejak dari alam Roh lagi dan dialah yang mengakui bahawa Tuhan itu adalah Rabbi iaitu Tuhan yang menjadikannya, kalamnya tidak pernah dusta sebagaimana Rasullullah bersabda tidak mengikut perasaannya melainkan mengikut panduan Al Quran semata-mata, ini bererti bahawa setiap manusia wajib percaya bahawa ilmu La haula Wala itu wajib di fahami bahawa ia di kuasai oleh Quwwata illa billah dan jika ilmu ini mahu di kaitkan dengan ayat Al Quran dari surah Al Maidah ayat 15 pun elok juga namun perlu di tafsirkan kepada peristiwa Rasullullah itu sebagai pembawa Nur kepada manusia yang bersamanya ada Al Kitab Al Quran
Merujuk kepada Al Quran surah Al Baqarah ayat 97 dan Al Qiyamah 17 yang bermaksud Allah dengan izinNya memasukkan Al Quran ke dalam hati manusia dan dada manusia maka kali ini kita menyingkap suatu rahsia yang tidak pernah atau selalu di perkatakan oleh kebanyakan para alim dalam keilmuan Al Quran ini kerana Al Quran yang di maksudkan oleh Allah s.w.t ini bukanlah berbentuk kitab yang berjilid dan naskah akan tetapi ia adalah berbentuk jauhar yang sukar untuk di lihat dengan mata kasar akan tetapi ujud dengan fungsinya sebagai IMAM atau pemimpin sebagaimana yang di kehendaki oleh Allah kepada setiap muslim menjawabnya ketika di soal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur atau berbentuk Hablillah (tali Allah)
Pada pelajaran yang lepas juga kita telah terangkan tentang istilah Jirim,Jisim,Jauhar Fardhi dan juga Jauhar Basit, ternyataAl Quran yang di masukkan oleh Allah ke dalam hati manusia itu bukanlah berbentuk Jirim,Jisim atau Jauhar yang Fardhi kerana istilah tersebut adalah berbentuk bentuk dalam istilah dan bendanya, oleh yang demikian maka kita lebih cenderung menyatakan bahawa Al Quran
tersebut adalah berbentuk zat, kerana Basit itu adalah sebagahagian daripada zat yang di ujudkan oleh Allah dan bertepatan dengan Asmak Allah yang maanawiyah di samping ia adalah IMAM atau pemimpin sebagaimana jawapan yang tepat kepada soalan Mungkar dan Nangkir, oleh kerana ia IMAM maka ia adalah makhluk yang bertaraf zat
Di alam Roh ketika mana Rohani itu di tanya oleh Allah s.w.t (Bani Isroil ayat 85 dan 86) Maka yang menjawab soalan tersebut ialah yang menjadi ketua atau IMAM kepada Roh, Akal dan Nafsu, ia adalah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah atau di kenali sebagai nyawa atau Nafsin kepada sumber segala kehidupan (Al Basit) Maka dialah juga di kenali sebagai makhluk La Yakhluqu (zat yang tidak menjadikan sesuatu) An Nahl ayat 17, apa yang jelas tentang Al Quran yang di masukkan oleh Allah ke dalam diri manusia itu ialah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah ataupun diri kebatinan manusia yang sebenar ataupun di kenali sebagai diri sebenar diri yang tidak menanggung dosa, ini jika kita faham tentang istilah Ruhul Hayat ataupun Sir kepada Allah
Mempelajari ilmu Sir ini perlu di cari guru yang faham tentang ilmu yang khusus ini, di sebabkan ia adalah makhluk bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu maka ia tidak terkecuali dari beribadat kepada Allah s.w.t , kerana itu ia beribadat dengan nama shuhud kepada Wahdah dan juga kasrah dan sir ini jugalah yang di kenali sebagai Nafsahu kepada ayat mengenal diri dan Tuhan, dan dia jugalah yang di kenali seagai INSAN yang sempurna yang tidak ada cacat dan celanya, untuk menyelami istilah yang lebih luas tentang ilmu ini maka alif ba dan ta ilmu ini selalu di mulakan dengan istilah yang bersangkut dengan nafas, nufus, Ampas dan Tanafas yang menjadi sumber ilmunya kepada istilah Ujud, Ilmu, Nur dan Shuhud dan berkait rapat pecahan ilmunya dengan Zat, Sifat, Asmak dan juga Af'al, ertinya ia datang daripada istilah Asmak Allah
HAQIQAH SOLAH
Atas permintaan ramai maka inilah saya perturunkan maksud HAQIQAH SOLAH, Haqiqah berasal daripada perkataan HAQ, ertinya yang sebenar dan perkataan ini juga berkait dengan nama Allah (Asmak) Allah yang ke 52 yang bererti Yang amat benar, sementara perkataan SOLAH ( As Salah) yang membawa erti menyembah Tuhan Yang Maha Esa, jika di rangkulkan dua perkataan ini ia di namakan HAQIQAH SOLAH yang bermaksud YANG BENAR MENYEMBAH TUHAN, Haqiqah salah banyak sekali di gunakan oleh golongan tasauf dan tariqah atau golongan yang mendalami ilmu menyembah Tuhan, saya berpandangan bahawa HAQIQAH AS SALAH bukanlah MAJAZ (maksudnya nas yang tidak di ertikan dengan makna yang hakiki) sebab ia adalah maklum kepada orang islam yang sejati
Cuma HAQIQAH AS SALAH ini perlu di lihat dari sudut hukum kepada diri yang benar melakukan solat tersebut, umpamanya jika manusia itu di perintahkan bersolat maka mereka perlu tahu siapa yang sebenarnya melakukan solat tersebut sebab itu agama menetapkan hukum qalbi , qauli dan fi'li yang semua hukum ini di laksanakan oleh makhluk manusia yang ampunya diri, kerana itulah juga maka setiap manusia perlu mengenal dirinya yang sebenar diri yang ada pada batang tubuh badannya dengan istilah diri terdiri (jasadnya) diri terperi Ruhul yaqazah ataupun istilah hati yang terdiri dari roh+Akal+nafsu (qalbi) dan diri sebenar diri (Ruhul Hayat) ataupun nyawanya, semuanya ini wajib
melaksanakan solat tanpa kadho kecuali uzur syara'ie, dan perlulah faham juga dengan maksud LA HAULA WALA pada dirinya
Sesungguhnya QUWWATAILLA BILLAH itu adalah menguasai akan dirinya pada keseluruhannya ertinya diri yang LA HAULA WALA itu di kuasai sepenuhnya oleh QUWWATA ILLA BILLAH yang difahami oleh kebanyakan orang tasauf sebagai DIRI TAJALLI yang bermaksud semua perkara perlaksanaan kerja ibadat itu di sempurnakan oleh qudrat dan iradah Tuhan Yang Maha Esa dalam kefahaman bukan lah bermaksud PENJELMAAN TUHAN akan tetapi atas ketentuan Tuhan semata mata, dan jika ada yang memahamkan bahawa HAQIQAH SOLAT ini sebagai kerja nyawa semata-mata (solatul daim) saya sangat tidak bersetuju pula sebab tidak mungkin hilang af'al kerana istilah HAQIQAH SOLAT tidak sekali-kali menidakkan kerja ruhul yaqazah dan peranan jasad sebagai sebagai menunjukkan af'al daripada Allah s.w.t
Terlalu ramai orang yang mengatakan bahawa HAQIQAH SOLAT hanya di kerjakan nyawa semata-mata, ini tidak benar sama sekali, pandangan mereka apabila sebut sahaja HAQIQAH SOLAT maka ia semata-mata solatul daim ataupun shuhud wahdah fil kasrah dan shuhudul kasrah fil wahdah (pandangan yang satu kepada yang banyak dan pandangan yang banyak kepada yang satu) jika amalan ini di lakukan oleh nyawa semata-mata maka mereka perlu faham tentang maksud kasrah (banyak) apa yang banyak dan siapa yang di maksudkan yang banyak itu ? Tuhan hanya satu dari yang satu pada maksud WAHDAH
TIDAK AKAN FAHAM HAQIQAH SOLAH MELAINKAN MENGENAL DIRI
Sebenarnya HAQIQAH SOLAH ini hanya dapat di lakukan oleh orang yang mengenal dirinya dan Tuhannya, kebanyakan orang yang bercakap tentang HAQIQAH SOLAH ialah golongan oeang yang mempelajari ilmu tariqah dan Tasauf, mereka kadang kala menjadi bangga dengan ilmu ini dan kadangkala mereka menjual HAQIQAH SOLAH ini kepada orang yang tidak mengenal diri dan Allah dengan merasa sedikit bangga diri, ini sangat terlarang kerana ilmu jenis ini bukanlah untuk menguji atau mempermain-mainkan orang yang tidak mengenal akan dirinya malah jika kita halusi ilmu ini tiada bezanya dengan solat biasa cuma HAQIQAH SOLAH ini hanyalah mengkaji solat dan rukun solat biasa secara mendalam sahaja
HAQIQAH SOLAT di lakukan oleh diri yang empat jenis diri iaitu diri yang bernama DIRI TERDIRI iaitu JASMANI, jasmani ini melakukan solahdi bawah ketetapan hukum fi'li, DIRI TERPERI iaitu kerja HATIatau diri yang di kenali sebagai RUHUL YAQAZAH yang terdiri daripada ROH, AKAL dan NAFSU ATAUPUN kerjabuat oleh makhluk yang termaktub pada hukum QALBI, DIRI SEBENAR DIRI iaitu makhluk yang di namakan RUHUL HAYAT atau kerja NYAWA ATAU NAFAS ATAU INSAN ATAU HAKIKATUL MUHAMMADIYAH ilmu ini termasuk kerja yang di lakukan oleh NYAWA dalam peraturan hukum qalbi, sementara DIRI TAJALLI adalah kerja di bawah peraturan ketentuan sifat KAMAL
Dalam melaksanakan HAQIQAH SOLAH semua makhluk zahir dan batin pada sebuah batang tubuh di kehendaki bersolat misalnya bagaimana jasad bersolat, bagaimana Roh,Akal, nafsu dan Nyawa bersolat yang mana semua makhluk yang berada pada batang tubuh zahir dan batin bersolat yang mana kerja
buat setiap makhluk itu di kuasai oleh Allah sepenuhnya, sesungguhnya manusia zahir dan batin yang tidak mempunyai daya dan upaya itu wajib meyakini bahawa tidak sah solah tanpa makrifah, persoalannya apakah yang hendak mereka makrifatkan ? Ini semua kena di pelajari dengan guru yang arif
HAQIQAH SOLAT yang berlaku serentak ini wajiblah faham kerja mereka yang bergerak,mengingat,membaca, kerja shuhud (solat daiem) Wahdah dan Kasrah, HAQIQAH SOLAH berlaku pada sembahyang fardhu dan pada masa di luar solah, ilu ini perlu di gurui
RAHSIA MALAIKAT SUJUD PADA ADAM
Ilmu pengetahuan tentang mengenal diri dan Allah penting di ketahui terlebih dahulu sebelum kita tahu mengapa malaikat di perintahkan Allah supaya sujud kepada Adam, sebagaimana kita semua ketahui bahawa Tuhan,Adam,Malaikat dan Jin adalah makhluk yang di jadikan oleh Tuhan, Allah s.w.t ujud tiada bersebab, Dia memiliki sifat keagungan yang berlainan dengan semua makhluk ciptaanNya (Sifat Salbiyah) sementara yang bertaraf makluk seperti Malaikat,Jin dan manusia Allah perintahkan supaya sujud kepada Allah sebab mereka adalah makhluk, sujud bermaksud patuh,ikut tanpa bantah segala perintah Allah, apa yang jelas tentang sujud atau patuh ini di tujukan oleh Allah khas untuk manusia dan Jin, ini kerana manusia dan Jin ada nafsu bagi memudahkan mereka berkecenderungan untuk beribadat kepada Tuhannya di samping mereka ada di bekalkan oleh Allah cara-cara beribadat
KITA FOCUS KEPADA MANUSIA
Manusia bermaksud:
MANUS bererti sesuatu makhluk yang dapat di lihat dengan mata kasar iaitu Jasmani IA bermaksud sesuatu makhluk yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar iaitu Rohani
Rohani di jadikan oleh Allah terlebih dahulu daripada jasmani, malah ia di jadikan oleh Allah sebagai makhluk yang awal, Rohani terdiri daripada komponen yang terdiri dari Roh, Akal, Nafsu dan Nyawa (makhluk ghaib) di antara empat makhluk ini maka nyawalah yang Allah jadikan terlebih dahulu, kemudian baru Roh, kemudian Akal, kemudian nafsu, kemudian Jin, kemudia barulah malaikat, di sini kita boleh fikirkan bahawa makhluk yang tertua di jadikan oleh Allah ialah nyawa, maka nyawa itulah juga di namakan dengan istilah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah atau Insan atau nafas atau nafas atau nufus atau Ampas atau Tanafus, walau apapun kita focus kepada ROHANI tersebut
Allah menjadikan Rohani itu terlebih dahulu daripada Jasmani, dengan adanya Rohani maka barulah jasmani itu bermakna, sebab itu di katakan bahawa Rohani itu ibarat se ekor burung dan jasmani itu ibarat sebuah sangkar, dengan adanya sangkar itulah maka baru Rohani itu dapat beribadat kepada Allah s.w.t, pada adatnya jika Allah tidak jadikan Adam maka Rohani itu tidak boleh beribadat, kerana dengan adanya jasmani itu maka barulah kita tahu bahawa Rohani itu melakukan ibadatnya ini kerana dengan adanya jasmani maka barulah kita tahu rahsia Af'al Allah yang meliputi seluruh alam
APAKAH MAKSUD ADAM ?
Adam bermaksud Allah dan manusia tidak bercerai (Allah dan Muhammad tidak bercerai) Allah ada zahir dan ada pula batiNya, sebab itu Al Quran menerangkan Huwal Awwalu, Wal Akhiru, Wazzohiru dan Wal Batinu sementara manusia ada juga zahir dan batinnya akan tetapi zahir Bati Allah tidak sama dengan zahir dan batin manusia, sebab itu di katakan bahawa zahir manusia adalah jasmani dan batin manusia ialah Rohani, Rohani memiliki kuasa Roh ertinya kudrat, Rohani memiliki kuasa berkehendak ertinya Iradat, Rohani memiliki daya fikir ertinya ia memiliki kuasa ilmu (akal) dan Rohani memiliki kuasa hidup ertinya sifat hayat, adapun sifat Roh, Akal dan Nafsu ini adalah bertaraf Rohanian sementara sifat hayat ini bertaraf berkeadaan zat yang bertaraf man
Rohani ataupun kerohanian sama ada ia bertaraf zat ataupun Rohanian ia tetap man yang di jadikan ertinya mereka bukannya Tuhan ataupun sebahagian daripada Tuhan atau penjelmaan daripada Tuhan, mereka inilah letaknya rahsia beserta dengan Tuhan, ertinya di mana juga kita berada maka di situlah ada Tuhan, dan kita hendaklah ingat kita dengan Tuhan bukan bermaksud bersekutu ! Tuhan dengan Rohani tidak bercerai, ini bererti jika asal kejadian ADAM pada awal Allah hendak menyempurnakan kejadiannya maka Allah tiupkan Rohani yang beserta dengan Tuhan itu kedalam jasad Adam maka Adampun menjadilah sebagai seorang manusia, lepas itu barulah Allah suruh malaikat sujud pada ADAM, mengapa Allah suruh malaikat sujud pada ADAM ? Kerana beserta ADAM ialah Allah ertinya Ke Esaan Allah maka itulah rahsia di antara sifat QAHAR DAN SIFAT KAMAL di dalam ilmu akidah sifat 20
Maksud Qalbun dan Qalbi
Dalam islam selalu Tok Imam membacakan do'a dengan menyentuh perkataan Qalbun dan juga Qalbi, ada di antara orang islam mentafsirkan Qalbun dan Qalbi ini dengan istilah hati ini kerana do'a tersebut berbunyi "Allahummas sawaba qalbun Qalbi bi nuurikal 'azim abadan abada birahmatika ya Ar hamarrahimin !" (Wahai Tuhanku berikanlah qalbun dan qalbiku sentiasa bercahaya dengan kekal buat selama-lamanya) demikian lebih kurang maksud do'a tersebut, iaitu manusia mengharapkan qalbun dan qalbi itu sentiasa bercahaya, ertinya dua hatinya bercahaya, walaupun setiap manusia hanya ada satu hati
Dalam ilmu kerohanian Qalbun dan Qalbi itu bermaksud dua mata hati bukannya dua hati, Allah s.w.t menjadi manusia ini terdiri dari dua unsur iaitu unsur Jasmani dan Unsur Rohani, unsur Jasmani di cipta oleh Allah mengikut fitrahnya dari sumber tanah di Syurga Khuldi iaitu penciptaan ADAM, sementara unsur Rohani di jadikan oleh Allah daripadaNya di suatu alam, iaitu alam Ulwi sebelum Allah jadikan makhluk-makhluknya yang lain, ini bererti manusia batinlah yang Allah ciptakan terlebih dahulu
Mengikut ilmu kerohanian juga bahawa manusia jasmani Allah kurniakan dua biji mata iaitu mata yang kita dapat lihat dan yang kita semua maklum, mata ini dapat melihat alam yang nyata sahaja, dia tidak boleh melihat alam yang ghaib, sementara Rohani juga Allah kurniakan dengan dua biji mata iaitu Qalbun dan juga Qalbi, dua mata inilah yang menjadi focus kita sekarang yang tidak ramai orang yang
memahaminya kerana ia berada pada Roh, bukan pada Akal dan juga nafsu iaitu komponen Ruhul Yaqazah
Adapun Qalbun ini ialah mata hati yang memandang dunia dan seluruh isinya serta memandang kepada Allah, maksudnya mata yang wajib baginya mengenal dunia tempat mereka berlakon (beribadat) selaku khalifah di bumi sementara ta'arif yang lain ialah memandang kepada Allah iaitu mengenal ZatNya, AsmakNya SifatNya dan juga Af'alNya, dengan lain perkataan ialah mengenal Tuhannya, itulah tugas mata hati ini, ini bererti jika seseorang tidak mengenal pentas mereka beribadat sebagai khalifah dan juga mengenal TuhanNya maka kehidupan mereka samalah seperti haiwan
Sementara Qalbi ialah mata hati yang memandang kepada Allah dan juga akhirat, ertinya mengenal Tuhan dan kerja Tuhan yang meliputi seluruh alam, di samping itu mengenal akhirat, ini bererti kedua mata hati ini akan memandang menyeluruh dunia dan akhirat, sebab itu kita apabila berdo'a yang bermaksud "Wahai TuhanKu berikanlah aku satu kesenangan dunia dan satu kesenangan akhirat" ini bererti jika kita mampu menyebut dunia dan akhirat maka kita juga mampu melihat serta mengenal nya, dan sebab itulah juga apabila kita bersembahyang maka hukum Qalbi itu tersangat penting kerana ia menjurus kepada penumpuan kita memakrifatkan yang ghaib
TUJUH NUR
Assalamualaikum wr wb..
dinamakan tujuh Nur kepada ahli batin yang beramal dengan ilmunya terhadap keEsaan Allah, iaitu
1. NUR HIDAYAH
Nur Hidayah adalah cahaya petunjuk daripada Allah kepada seseorang yang beramal dengan keimanan yang luhur melalui jalan zikir (mengingat Allah) dengan mengamalkan zikir itu, Allah akan memberi petunjuk dan panduan terhadapNya. kebiasaannya mereka akan melakukan dengan jalan bersuluk (menguzlahkan diri).
2. NUR INAYAH
Nur Inayah adalah cahaya petunjuk yang didatangkan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan cara tiba-tiba kepada seseorang yang sentiasa mengingati keAgungan dan kebesaranNya. ada pandangan yang mengatakan berlaku majuzub terhadap seseorang itu adalah kepada manusia Kamil yang menjadi pilihan. kebiasaannya berlaku kepada selain nabi dan rasul. kepada nabi dan rasul disebut mikraj.
3. NUR TAQWA
Orang yang mendapat cahaya ketaqwaan, apabila mereka mendapat petunjuk daripada Allah tentang sesuatu yang diniatkan. Ahli taqwa melakukan semua jenis ibadat dengan cara taqwa. Orang yang bertaqwa adalah orang yang beriman dan beramal dengan ilmunya dengan bersungguh-sungguh. Maksud taqwa itu ialah taat setia kepada hukum Tuhan dan meninggalkan laranganNya.
4. NURUL IMAN
Cahaya keimanan itu adalah cahaya kepercayaan kepada perkara rukun iman dan kepada perkara yang ghaib yang dijadikan Tuhan dan beramal dengan kepercayaan itu. Jika tidak mengamalkan apa yang mereka percaya maka mereka tidak akan mendapat apa-apa dari keimanan yang mereka percaya, malah mereka mendapat kemurkaan dari Allah.
5. NURUL YAKIN
Seseorang yang mendapat cahaya keyakinan, maka orang itu dinamakan orang yang beriman dan beramal dengan sebaik-baiknya. Selepas keimanannya bulat kepada keimanan (Haqqul Yakin), hatinya tidak dapat dipengaruhi oleh habuan Madiyah (keduniaan), Hubbu Dunya (habuan dunia) dengan cara tidak halal dan hak. Fikirannya tidak dapat dipengaruhi oleh sesuatu yang batil.
6. NURUL HAKIKI
Cahaya keyakinan yang benar dari keimanan dan ketaqwaan yang diamalkannya mengikut aturan ibadat dan setelah mendapat petunjuk yang membawa kepada keyakinan yang bersungguh-sungguh, pintu hatinya (Fuad) dan Qalbun serta Qalbi telah difahaminya menyebabkan fahaman pendiriannya sebagai seorang Islam yang beriman tidak dapat digugat oleh apa-apa pengaruh pun kerana mata hatinya telah celik.
7. NURUL MUSTAIED
Cahaya akal yang ilmu didalamnya adalah datang dari alam Samawi. dia adalah seorang Islam yang sebenar dan mendapat petunjuk. Akalnya diisi hanya dengan Al-Qur'an dan hadis semata-mata serta memahami tugasnya sebagai khalifah di alam yang rendah (Sufli)
SEMBAHYANG TAQWA
1. Setiap manusia yang melakukan sembahyang wajib mengaku sebagai manusia yang sempurna, iaitu Insan kamil. Kerana itu sesiapa yang tidak sembahyang maka ia bukanlah manusia yang sempurna, yang bererti ia bertaraf makhluk sebagaimana Azazil yang telah berkhidmat dengan Tuhan selama 12,000 tahun kepada Tuhan kemudian berakhir dengan menderhaka kepadaNya.
2. Derhakanya Azazil kepada Tuhan kerana tidak mengetahui rahsia perintah tunduk kepada Adam a.s oleh Allah swt, ertinya tidak mahu sembahyang dan akhirnya ia terus dilaknat oleh Allah dengan nama syaitan bertaraf iblis.
3. Sembahyang itu adalah untuk mempraktikkan ikrar dan janji kita semasa di Alam Roh. Ia bukanlah membawa kepada masuk ke syurga, hanya menunaikan ikrar dan janji rahsia tunduk di Alam Roh dan rahsia masuknya peristiwa Rohani kedalam jasad bayi kedalam perut ibu yakni tanda Ubudiah (pengabdian seorang hamba).
Firman Allah:
Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah
menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan
(An-Nahl 91)
4. Sembahyang seorang ahli taqwa tidak ada lafaz usalli, kerana usalli kepada orang taqwa adalah hal yang maklum, kerana usalli itu adalah kerja orang awam, dan sembahyang yang dilaksanakan itu mestilah keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan kamil. Selagi ada sifat makhluk, maka ia tetap masuk api neraka. Hanya Insan kamil sahaja selamat dari api neraka.
3 darjat manusia didalam 3 perkara pokok. 1. Insan kamil - Insan ketuhanan.
2. Insan kamil wa mukammil - Insan bertaraf Muhammad (Mahmudah). 3. Insan mukammil - Insan Abudiah (pengabdian) taraf Adam.
5.Sembahyang mesti fana dalam Zat Allah, fana dalam Sifat Allah dan fana dalam Af’al Allah, maka fana itu ialah mempraktikkan kerja buat LA ILLAHA ILLALLAH atau LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH ertinya jasad dalam kalimah Alif ertinya HU. Bagi perempuan HA ertinya HU.
6. Kita berkata didalam hati ‘Tiada Zat aku hanya Zat Allah, tiada Sifat aku hanya Sifat Allah, tiada Af’al aku hanya Af’al Allah, tiada ujud aku hanya ujud Allah’ dan jangan ingatkan batang tubuh kita, sebaik-baiknya ingatkan dia Zat dan dia Asmak ertinya menyerahkan diri kepadaNya.
Firman Allah:
Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya
(An-Nahl 89)
7. Sembahyang itu ialah untuk mempraktikkan kerja buat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kepada golongan ahli taqwa. Kepada orang syariat dimaksudkan ‘tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’ tetapi kepada golongan ahli taqwa, BISMILLAH itu Zat kepada Allah tetapi kepada kita Nyawa (Insan) atau Ruhul Hayat (LA YAHLUQU). AR-RAHMAN itu Sifat kepada Allah, maksudnya hati kepada kita, yakni Ruhul Yaqazah, AR-RAHIM itu Af’al kepada Allah dan kepada kita tubuh (jasad), Jelasnya kita berasal daripada BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, kerana itu kita tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kerana kerja buat perkara 13 rukun sembahyang itu semua dilakukan oleh Tuhan pada keseluruhannya. Rujuk kefahaman pada ilmu IFTIQAR kerana itu tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada Al-Fatihah dan ayat lazim kerana belajar saufisma ini kepada fekah tasauf yang tiada berkait dengan fekah dan usuluddin hanya semata-mata tasauf yang dapat mengelakkan perkara syirik khafi dan mukhafi, asrar dan jali.
8. Sembahyang hendaklah fana dalam Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah dan jangan pula kita didalam Asmak Allah kerana kita hanya menyembah Zat dan memuji AsmakNya. Apakala kita sudah fana sebagai Insan kamil, mukammil dan wa mukammil, barulah angkat takbiratul ihram (ALLAHU AKBAR)
MEMAHAMI FAEDAH SEMBAHYANG
1. Faedah sembahyang ahli taqwa ini adalah untuk mencuci nafsu, kerana daripada nafsulah perbuatan fasik dan mungkar itu terjadi. Kerana itu
1. Sembahyang Subuh untuk mencuci nafsu Ammarah 2. Sembahyang Zohor untuk mencuci nafsu Lawamah 3. Sembahyang Asar untuk mencuci nafsu Sawiah
4. Sembahyang Maghrib untuk mencuci nafsu Muthmainah
5. Sembahyang Isya’ untuk menyempurnakan nafsu Takmaninah (syurga)
2. Sembahyang itu adalah fardhu lagi wajib, fardhu kerana sampai waktu hendaklah dilaksanakan tanpa qadha, sampai masanya hendaklah dilaksanakan, melaksanakan sembahyang dengan segala rukunnya adalah wajib kecuali uzur syarie.
3. Setiap orang bertaqwa hendaklah juga bersembahyang daiem kerana sesiapa yang tidak sembahyang daiem ia lebih hina daripada anjing dan babi dan pahala sembahyang daiem 150,000 setiap hari.
Adapun rahsia rukun 13 sembahyang itu ialah: 1. Niat itu tubuh didalam dunia dan akhirat 2. Qiam itu pelita didalam kubur
3. Takbiratul Ihram itu meluaskan tempat didalam kubur 4. Al-Fatihah itu pakaian didalam kubur
5. Ruku’ itu permaidani didalam kubur
6. Iktidal itu memberatkan timbangan dari kesalahan ketika menghadap Tuhan 7. Sujud itu mempercepatkan apabila melalui titi Siratulmustaqim.
8. Duduk diantara dua sujud itu payung di Padang Mahsyar 9. Tahyat awal itu kenderaan di Padang Mahsyar
10. Tahyat akhir itu menjawab pertanyaan Mungkar Nangkir 11. Selawat itu bertemu dengan Nabi Muhammad saw 12. Salam itu membuka pintu syurga
13. Tertib itu menemukan Khalikul Alam di syurga
Bererti setiap perbuatan kita didalam sembahyang itu adalah dinilai oleh Allah swt dan ditentukan ganjarannya didunia dan akhirat, InsyaAllah.
4. Rahsia niat itu menjamin seseorang itu berlaku ikhlas terhadap Tuhan dan membolehkannya mendapat ganjaran kepada 13 rukun sembahyang tanpa niat ia tiada mendapat apa-apa faedah dan niat itu menunjukkan kesedaran seseorang itu sebagai hamba kepada Tuhan kerana itu semasa menjelmanya niat tidak boleh:
1. Hajis - ertinya tergerak hati kerana sesuatu faedah 2. Khatir - terlintas hati kepada tujuan yang berganda 3. Waham - ertinya was-was lemah ilmu dan iman (tiga perkara diatas adalah kerja syaitan)
Berniat wajib:
1. Huzur - ertinya tetap Roh ertinya sebagai menunai janji (Alam Roh) 2. ‘Azam - cita-cita yang putus. Sedar tanggungjawab
3. Duhul - ertinya sedia tiada halangan
4. Kasad - ertinya hajat (menunaikan amanah)
Adapun niat itu tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara. Ia merupakan kerja hati (Ruhul Yaqazah) dan niat itu meliputi kepada mesra seluruh badan diluar dan dalam.
1. Takbiratul ihram
2. Munajat empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang 3. Tabdal kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma’arifat. 4. Meeraj
Empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma'arifat.
Ini bererti tatkala Takbiratul ihram itu nyawa mesrakan dengan jasad dan hancurkan jadi demikian, ertinya hapuskan dan lengkapkan perbuatan hamba itu didalam Af’al Allah, didalam Sifat Allah, karamkan Zat hamba kepada Zat Allah, maka yang tinggal ialah Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah. Kerana itu tiada Zat kita (Insan), sifat kita (Ruhul Yaqazah) dan Af’al kita (jasad), hapuskan niat itu kepadanya, pulangkan kepada Adam yang sedia, barulah angkat takbir Allahu Akbar maksudnya yang maujud hanya kerja Allah tidak ada kita.
Pada Allahu Akbar itu berlakulah tawakal, iaitu serahkan kelakuan diri kepada kelakuan Allah (Af’al Allah).
Berlaku Tabdal serah diri dan hapuskan kelakuan hamba kedalam keadaan hak Allah. Berlaku Meeraj yakni berpindah naik ketempat yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang punya amanah.
Berlaku munajat serahkan kepada hanya kerja Dia dinamakan Khas ul Khas dan kalam itu menjadi Mutakallimun.
5. Adapun kunci sembahyang itu Takbiratul ihram, dan anak kunci sembahyang itu noktah ghaib La ta’ayun dan noktah Insan Ta’ayun awal.
6. Sembahyang itu Salam Zaman. Semasa melakukan solat itu tidak boleh bid’ah, ‘Apat, syirik.
7. Didalam masa melakukan Takbiratul ihram itu hendaklah ma’alom, iaitu masuk pintu Tauhid dan niat didalam musyahadah Zat Allah, ertinya segala tubuh, anggota perasaan, fikirkan bulat menjadi satu menghadap Tuhan.(kerja buat Zat dan Asmak)
8. Maka usalli itu adalah Zat wajibul wujud yang menggerakkan amal daripada niat sampai tertib mengikut susunan daripada awal dan akhir, daripada asal dan usulnya.
1. Asal Allah daripada Zat 2. Usul Allah daripada Sifat 3. Asal kita daripada Nyawa 4. Usul kita adalah hati
9. Adapun maksud fardhu itu ialah menentukan istana nyawa kita yang bernama Qolbun mukminin, tempat tilik Allah akan perbuatan hambaNya yang berasaskan niat.
10. Adapun maksud raka’at itu ialah gerak, qiam, sujud, duduk diantara dua sujud dan Iktidal.
11. Adapun usalli itu dinamakan kebangkitan hati yang disebut inbi’atul qolbi dan bukan hadiksunnafsi atau cerita hati.
SEMBAHYANG DAN SOAL JAWAB 1. Apakah maksud Solat?
Maksud solat menyembah Zat, memuji Asmak dan mengakui Af’al Allah. 2. Apakah kesempurnaan solat?
1. Kerja-kerja hati (Qalbi) 2. Kerja-kerja lidah (Qouli)
3. Kerja-kerja pergerakan anggota (Fe’li)
3. Apakah kandungan rukun Qalbi, Qouli dan Fe’li? Adapun kandungan rukun Qalbi itu dua perkara 1. Niat
2. Tertib
Rukun Qouli itu lima perkara 1. Takbiratul Ihram
2. Membaca Al-Fatihah 3. Membaca Tahiyat Akhir
4. Selawat Nabi pada tahiyat Akhir 5. Mengucap salam yang pertama Rukun Fe’li itu enam perkara 1. Berdiri betul
2. Ruku’ 3. ‘Iktidal 4. Sujud
5. Duduk diantara dua sujud 6. Duduk membaca Tahiyat Akhir
4. Apakah kandungan niat (hakikat niat)?
Kandungan niat itu adalah perkara yang berkait dengan ilmu qashad, taaradh dan ta’ayien 1. Qasad – menyehajakan kerja solat
2. Taaradh – menyatakan fardhu (kefardhuan) 3. Ta’ayien – menentukan waktu (nama sembahyang) 5. Mengapa wujud Solat?
Ujud solat kerana ujud hamba dan ujud Tuhan.
6. Mengapa ada yang belajar agama tetapi tiada solat? Kerana tiada sampai kepada kefahaman ma’arifah hakikat. 7. Apa rahsia rukuk dan sujud?
Rahsia rukuk kerana tunduk kepada kebesaran Allah dan rahsia sujud bermaksud mempraktikkan pengabdian diri seorang hamba zahir dan batin.
8. Berapa jenis takbir didalam sembahyang dan diluar sembahyang?
Didalam sembahyang ada dua takbir dan diluar sembahyang pun ada dua takbir. - Dalam sembahyang Takbiratul Ihram dan Takbiratul Intiqal
- Diluar sembahyang Takbir Mursal dan Takbir Muqid. 9. Apa maksud sebenar Usalli?
Usalli itu maksudnya mahu melaksanakan sembahyang akan tetapi ia bukan Mahiyyah atau Hakikat sembahyang dan Hakikat sembahyang itu dari takbir hingga salam.
10. Bila hendak memakrifatkan La hawla wala quwwata illa billah? Ketika qiam dan sebelum takbir.
Rukun sembahyang 13 perkara kerana mengikut fitrah kejadian manusia yang terdiri daripada 13 bahagian.
Daripada Allah satu iaitu - Nyawa 1
Daripada Rasul empat iaitu - Pendengaran 2 - Penglihatan 3 - Penciuman 4 - Perasaan 5
Daripada Ibu empat iaitu - Darah 6 - Roma 7 - Daging 8 - Otak 9
Daripada Bapa empat iaitu - Kulit 10 - Urat kecil 11 - Urat besar 12 - Tulang 13
12. Apakah rahsia ujud solat?
Rahsia solat adalah kerana menunaikan janji semasa dialam Roh (semasa manusia belum ujud). Firman Allah:
Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan
(An-Nahl 91)
13. Mengapa apabila solat terpaksa keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan Kamil? Kerana mengelakkan dari perbuatan syirik dan untuk menepati penyerahan diri kepada Allah. Firman Allah:
Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya
(An-Nahl 89)
14. Membaca Al-Fatihah tanpa Bismillah didalam solat?
Al-fatihah semasa solat seperti firman Allah didalam hadis Qudsi. Firman Allah: Sabda Rasullullah saw
Maksudnya: Telah berfirman Allah ‘Azza Wajalla “Aku bagi shalat (Al-Fatihah) diantara Aku dan hambaKu menjadi dua bahagian, setengah untuk Aku dan setengah untuk hambaKu. Bagi hambaKu apa yang mereka minta, apabila hambaKu berkata: Al-Hamdulillahirobbil ‘alamiin! Allah menjawab: hambaKu telah memujikan Aku dan apabila hambaKu berkata: Arrahmaanirrahiim! Allah menjawab: hambaKu telah menyanjung Aku, apabila hambaKu berkata: Maaliki yaumiddiin! Allah menjawab: hambaKu telah memuliakan Aku, dan apabila hambaku berkata: Iyyakana’ budu wa iyyakanasta’iin! Allah menjawab: Ini setengah untukKu dan setengah lagi untukmu, bagi hambaKu apa yang mereka minta dan apabila hambaKu berkata: Ihdinas shirothol mustaqim, shirothollazina an’amta ‘alaihim, ghoiril maghduubi ‘alaihim, waladdhooliin! Allah menjawab: Ini semua untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang mereka pinta
Firman Allah:
Maksudnya: “Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat. Tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau. Sementara yang satu lagi Antara Aku dan engkau. Adapun tiga untuk Aku, iaitu: Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin (segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam). Ar-Rahmaanir-Rahiim (Yang Maha Pengasih Maha Penyayang). Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai hari kiamat). Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaaka Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan). Daripadamulah penyembahan, dan atas Aku pula pertolongan. Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-shiraathal Mustaqiim (tunjukilah kami jalan yang lurus!) Shiraathal ladziina An’amta alaihim (jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil Maghduubi alaihim Waladh-Dhaalliin (bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.)”
(Riwayat Thabarani)
15. Apakah maksud menyerahkan diri kepada Tuhan didalam sembahyang?
Maksudnya Rohani dikuasai oleh Allah (ertinya ikut kata Allah) sementara Jasmani fana dalam Af’al Allah ertinya dibawah pentadbiran Bismillahirrahmanirrahim.
16. Jika sembahyang fana dan dikuasai oleh Allah, siapa yang membaca setiap pujian dan pujaan? Yang melaksanakan ialah Mutakallimun, iaitu Zat yang bersifat Kalam inilah yang mesti di’iktikadkan bukan sifat Kalam atau mentakwil kaunuhu Mutakallimun.
17. Adakah sembahyang itu wajib? Sembahyang itu Fardhu lagi wajib. 18. Apakah maksud solat dalam solat? Ada yang menyebut solat daiem.
19. Sembahyang dikatakan tidak boleh syirik. Apakah syirik itu?
Syirik bermaksud menyekutukan Allah pada ZatNya, pada SifatNya dan pada Af’alNya.
MENCARI KUASA TERSIRAT
Mencari yang ada dan yang kekal, yang ujudnya sebagai perbendaharaan yang tersirat yang sebenarnya tidak dapat dinilai kerana tiada bentuk dan warna, akan tetapi dialah yang mewarnai kehidupan setiap sesuatu, dialah yang tersembunyi yang mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai rahsia yang perlu diselidik didalam kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain, namun kebanyakkan manusia yang berakal tidak menghiraukannya, kerana dia di anggap memeningkan kepala kerana ghaib dan terpendam, tidak di nafikan bahawa setiap sesuatu mempunyai rahsia yang tersirat dan mencarinya bukanlah semudah bercakap tentangnya, akan tetapi ia perlu di kaji kerana ia adalah sumber ilmu dan perkara yang hak, ramai yang memandang remeh tentang tersirat itu kerana tersurat di anggap lebih penting dan bermutu dan yang benar, yang kekal, dan yang mewarnai kehidupan, namun pandangan tersebut sebenarnya salah dan tidak benar sama sekali, oleh kerana itulah setiap yang berakal perlu mempelajari serta mengkaji setiap zarah apa yang ia nampak ataupun yang ia tidak nampak kerana apa yang dia nampak itu adalah bayangan sahaja kepada rahsia ilmu tersiratnya, kerana itulah contoh yang baik adalah mencari ilmu dan rahsia yang ada pada ilmu tersebut supaya yang hak itu menjadi teras dan kenyataan
Ilmu di ambil daripada nas kalam Tuhan ia itu Al Quran, sedangkan Al-Quran itu mengandungi rahsia kejadian alam yang besar dan perlu di selidik ( Li kulli ayatin wa harfim wa nuqthotin minal quraani
hikmatun ) Setip huruf, ayat dan titik, di dalam Al Quran adalah mempunyai hikmah. Dan di terangkan juga tentang hikmah yang tersangat besar yang terdapat di dalam Al Quran itu ialah:
Maksudnya: Al Quran adalah kalam Allah, setiap huruf ada kemanisannya, setiap kalimah ada kemuliaannya, setiap ayat ada kebahagiaannya, setiap juzuk ada pembalasannya, dan setiap surah ada keselamatannya
Ayat yang di atas adalah sebagai contoh yang terdapat di dalam kitab Al-Quran, yang mana di nyatakan setiap titik,huruf,ayat dan surah mempunyai hikmah dan rahmat, demikian juga dengan berbagai peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan menjadi ilmu serta ingatan, juga tauladan supaya di jadikan batas dan sempadan, manusia perlu mencari rahsia dari kejadian kejadian yang terang dan nyata supaya boleh di jadikan ilmu dan kefahaman tentang kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang berlaku terhadap seluruh makhluk Tuhan, ini bukanlah bererti segala kejadian tersebut habis begitu sahaja malah ianya perlu di jadikan iktibar atau kajian sebab dan musabab dan di atas kajian itulah akan lahir ilmu di sebalik tabir atau tersirat dan menjadi dalang bagi menghidupkan segala kehidupan dan watak mengikut ketetapan yang Maha Pencipta kepada seluruh alam,sebab itulah tidak akan bergerak sesuatu juapun jika tiada dalangnya
KEWUJUDAN YANG MAHA PENCIPTA
Kewujudan Yang Maha Pencipta di terangkan oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya Al Insan ayat 1
Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa yang beredar sedang ia (insan) belum ujud lagi, zaman itu tidak dapat untuk di-sebut-sebut mengikut perhitungan masa, mengapa kaum musyrik itu engkar?
Mengikut jumhur ulamak zaman yang di sebut oleh Allah swt di atas adalah zaman yang hanya ujud ialah Zat Allah semata-mata dan makhluk Allah yang lainpun belum lagi ujud, akan tetapi Allah yang kita kenali sekarang sebagai Tuhan yang wajib di sembah itu dan di kenali sebagai (Dialah yang awal, Dialah yang Akhir, Dialah yang Zahir dan Dialah yang Batin) telahpun sedia ujud, Yang di katan yang Awal itu kerana Dia bersifat Qidam, iaitu sifat yang mutlak bagi diriNya, dan tiada di dahului oleh sesuatu jugapun, demikianlah juga dengan sifat Akhir dengan tiada berkesudahan, kerana ia memiliki sifat mutlak yang Baqo, ini bererti Dia memerintah, mentadbir, Mengurus, Menguasai semua makhluk ciptaaNya daripada awal sehingga ke akhir, sementra siafat ZahirNya ia menunjukkan kepada jelas dan terangnya segala apa yang berlaku atas bergerak dan diamnya segala alam ciptaanNya adalah dari kerja urusanNya, ia juga di kenali sebagai Af’al Tuhan atau kerja buat urusan yang sentiasa menjalankan urusanNya sebagaimana firmanNya menyatakan
Maksudnya: Semua makhluk yang berada di langit dan di bumi sentiasa Berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya)
(Ar Rahman 29)
Ayat yang di atas mengukuhkan lagi kefahaman umat islam bahawa segala yang bergerak dari sekalian makhlukNya adalah ditadbir dan disebabkan oleh kuasa dan kehendak Allah swt, dengan kuasa tadbir itu bermakna takdir seluruh makhluk itu adalah di bawah kuasa gerak daripada Ke Esaan Tuhan secara mutlak dan di tentukan oleh Allah swt, mengikut nafsu semasa makhluk tersebut, inilah suatu rahsia takdir daripada Tuhan terhadap makhlukNya, dan di-sinilah kekaburan manusia tentang ilmu qadha dan qadar Allah swt sehingga membawa kepada pertengkaran yang tiada berkesudahan, ini bererti sekalian makhlukNya tiada mempunyai pilihan daya dan keupayaan setelah di nilai taraf kehendak nafsu