• Tidak ada hasil yang ditemukan

UCAPAN YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN MENTERI BESAR JOHOR majlis malam muafakat johor 2016 pada hari jumaat, 29 april 2016 DI dewan perdana felda

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UCAPAN YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN MENTERI BESAR JOHOR majlis malam muafakat johor 2016 pada hari jumaat, 29 april 2016 DI dewan perdana felda"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih atas masa yang diluangkan. Jemputan pada malam ini amat saya hargai. Saya harus mulakan dengan menyatakan terima kasih, secara peribadi dan mewakili Kerajaan Negeri Johor, kepada setiap saudara dan saudari yang hadir pada malam ini.

Terima kasih atas segala sumbangan dan pemberian kalian kepada negeri Johor selama ini. Saya tidak akan pernah mampu menghitungnya. Tetapi, ketahuilah bahawa saya amat menghargai setiap satu sumbangan dan jasa kalian kepada negeri Johor. Dan terima kasih juga kerana selama ini saudara-saudari sering mengambil tahu dan mengikuti perkembangan kita di Johor. Dan kalau boleh saya kongsikan dengan semua. Johor pada waktu ini, saat ini, adalah dalam keadaan yang, alhamdulillah, baik, aman dan sejahtera. Hasil kerja keras, dan budaya muafakat pelbagai bangsa, kita berjaya merangsang pertumbuhan ekonomi dengan rancak. Kita berjaya menarik masuk pelbagai bentuk pelaburan dan mengurangkan pengganguran. Dan kini sedang berusaha keras membetulkan

segala kesenjangan yang ada.

Dan, natijah dari pertumbuhan ini, insya-Allah, Johor akan muncul menjadi ekonomi paling berkemajuan dan paling membangun di Malaysia. Akan tetapi, seperti yang sering saya tekankan. Yang kita dambakan bukan sekadar menjadi negeri dan ekonomi paling maju. Tetapi kita mendambakan masyarakat yang berkemajuan.

Masyarakat yang mandiri, yang mempunyai kebolehsaingan, yang berfikiran moden dan berbudaya maju. Kerana itulah saya telah menggagaskan Gagasan Johor Berkemajuan. Gagasan yang menjurus kepada penambah baikan masa hadapan. Yang menjurus ke arah membangunkan persekitaran yang sesuai dan selayaknya untuk sebuah negeri dan bangsa yang berbudaya tinggi. Gagasan yang menyuburkan budaya pemikiran dan sikap yang progresif. Yang disesuaikan dengan perspektif yang anjal dan berwatak global.

UCAPAN

YAB DATO’ MOHAMED KHALED BIN NORDIN

MENTERI BESAR JOHOR

majlis malam muafakat johor 2016

pada hari jumaat, 29 april 2016

DI dewan perdana felda

(2)

Strategi pembangunan johor

Saudara dan saudari,

Sejujurnya, saya pernah beberapa kali ditanya oleh banyak pihak. Tentang apakah strategi atau pendekatan yang saya telah dan akan saya gunakan dalam membangunkan Johor. Dan setiap kali ditanya, jawapan saya tetap sama. Dan hari ini saya mahu kongsikan jawapan tersebut dengan saudara-saudari semua. Betapa dalam membangunkan Johor, semua pihak perlu terlibat. Secara bermuafakat dan bersama-sama.

Kerana, membangunkan Johor bukan sahaja tugas Kerajaan Negeri, tugas sektor swasta atau tugas mana-mana individu tertentu. Ini tugas kita semua. Tugas setiap seorang yang hadir pada malam ini. Tidak ada yang boleh tertinggal, tidak ada yang terkecuali. Sebab itu, saya tidak menganggap perjumpaan kita pada malam ini sebagai perjumpaan yang biasa-biasa. Yang sekadar memenuhi jemputan dan untuk beramah mesra.

Tetapi inilah ruang untuk saya benar-benar berkongsi rasa saya dengan kalian. Ruang untuk saya berkongsi impian dan cita-cita saya dengan kalian. Tentang

Johor yang saya bayangkan. Tentang Johor yang saya mahu wariskan. Kerana, kalian semua adalah satu entiti Johor yang penting. Entiti yang tidak boleh dan tidak seharusnya dipinggirkan. Lebih-lebih lagi dalam usaha murni untuk bersama-sama memeta masa depan Johor yang lebih baik ini.

faktor kepentingan muafakat

Saya ada beberapa sebab utama kenapa saya mahu lakukan perkara ini. Dan, kenapa saya mahu kalian terlibat sama.

Pertama, kerana Johor itu adalah tanah air kita.

Saya bukan bercerita tentang nasib pelarian perang di Timur Tengah. Atau persaingan meneroka angkasa lepas oleh negara-negara adikuasa. Atau bagaimana kita mahu terlibat dan membantu menyelesaikan konflik-konflik besar di pentas politik dunia.

Saya bercerita tentang keperluan kita untuk membangunkan tanah dan tempat asal kita. Tentang ibu pertiwi kita.

(3)
(4)

Saudara dan saudari, di atas tanah Johor itulah tumpahnya darah kelahiran kita. Dan mungkin di dalam perut tanah Johor itu jugalah kita akan pulang dan bersemadi. Jadi, kalau bukan kita yang peduli, yang endah, tentang negeri ini, siapa lagi? Kalau bukan kita yang membinanya, yang menyuburkan kebaikan kepadanya, siapa lagi.

Jadi, kerana Johor itu ibu pertiwi kita, kita harus menyumbang kepadanya. Tiada pilihan. Tiada alasan.

Kedua, saya mengajak kalian semua mendukung gagasan ini kerana saya tidak boleh melakukannya sendirian.

Saya tidak akan pernah

teragak-agak untuk memberitahu anda semua.

Yang saya memerlukan bantuan. Saya memerlukan sokongan. Saya memerlukan setiap daripada kita untuk berperanan.Kita hidup dalam zaman, yang nadi dan normanya adalah kerjasama dan muafakat. Terlalu banyak contoh inisiatif yang sudah dilaksanakan di Johor, adalah hasil gabungan usaha dan sumber dari pelbagai pihak. Kerana, kalau kita hanya mengharapkan Kerajaan Negeri untuk mengambil usaha, memberi dana dan menjayakan pula segala inisiatif tersebut bersendirian. Pasti kita tidak akan mampu.

Pasti kita tidak akan ke mana-mana. Jadi, marilah kita saling membantu. Membantu seikhlas dan setulusnya antara satu sama lain. Demi Johor yang lebih sejahtera.

Ketiga, saya memerluakn kalian untuk terlibat, kerana kita memerlukan idea baharu.

Dalam mana-mana proses pembangunan dan pembinaan sesebuah peradaban yang besar, kepelbagaian pemikiran dan pandanganlah yang menjadi modal yang paling sukar. Begitulah juga dengan kita di Johor. Kita memerlukan pemikiran baharu. Kita tidak boleh mendepani gelora globalisasi dengan pemikiran lama, dengan pemikiran kebiasaan.

Kita memerlukan naratif baharu. Naratif yang segar dan di luar kelaziman. Naratif yang teruja dengan inovasi, yang mengalu-alukan idea dan kreativiti.

Saya yakin yang kalian mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri. Kelebihan dan kekuatan yang tidak ada pada mereka yang tidak keluar merantau. Kerana, jauh perjalanan, luas pemandangan. Kalian

mempunyai pelbagai pekerjaan yang

baik-baik. Dan dengan peluang tersebut, ia pastinya telah

mendedahkan kalian kepada pelbagai pengalaman dan ilmu baharu. Pengalaman dan ilmu yang pastinya telah banyak mendewasakan. Dan yang pastinya boleh kalian kongsikan dengan kami di Johor.

Maka tampillah. Nukil dan tamsilkan pemikiran baharu. Agar dengan idea baharu itu, kami dapat menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan dengan cemerlang.

Keempat, saya mahu menjadikan Johor sebuah negeri yang dipacu oleh masyarakatnya sendiri atau

‘society driven’.

Kita tidak lagi boleh bergantung harap sepenuhnya kepada Kerajaan. Kita kena jadi bangsa yang mandiri. Johor mesti menjadi ‘less a state, more a society’. Saya telah tunjukkan sebentar tadi bahawa banyak perkara tidak boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri bersendirian. Lebih penting, apabila negeri Johor dipacu oleh masyarakatnya sendiri, akan wujud pelbagai kelebihan lain.

Misalnya, segala masalah setempat akan dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan cepat. Tidak akan ada Kerajaan yang boleh bersikap angkuh dan menolak keperluan rakyat secara membuta tuli.

(5)

“Tidak akan ada Kerajaan yang boleh

bersikap angkuh dan menolak

(6)

Dan masyarakat akan menjadi lebih bersatu, lebih erat dan bermuafakat. Malah, rasa kebersamaan dan sayangkan Johor akan lebih membugar dan mantap.

Maka kerana itu, segala agenda besar yang diambil dan ingin dilakukan oleh Johor, ia harus melibatkan setiap entiti masyarakat secara lebih banyak, lebih serius dan lebih bermakna. Dengan melibatkan diri, kalian boleh membantu memajukan sekolah-sekolah desa kalian, walaupun kalian tidak lagi tinggal di sana. Dengan rezeki yang lebih, kalian boleh menginfakkan apa yang termampu. Wakafkan apa yang sewajarnya untuk Johor.

Ingatlah, wakaf dan infak itu, adalah pemberian kita yang berkesinambungan buat selama-lamanya. It is our gift for eternity. Yang dilakukan bukan kerana kita mengejar nama dan pengiktirafan.

Kelima dan terakhir, saya mengajak kalian semua untuk terlibat kerana, ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

Saudara dan saudari, berbakti pada bangsa, pada agama dan negara itu adalah ibadah yang amat dituntut.

Yang besar nilai dan hisabnya. Yang diangkat sebahagian daripada iman di sini Ilahi. Jadi, ikhlaskanlah hati. Ketulusan itu akan memandu kita ke jalan yang benar. Dan yang lebih penting, insya-Allah, apa-apa jua yang kita berikan kepada negeri kita ini, pasti mengundang barakah dan keredhaan dariNya. Yang akan memberikan kita ketenangan dan kedamaian dalam hati.

Benar, jasad dan tubuh kita akan sedikit penat dan letih. Itu sudah lumrah dalam berjuang. Itu sememangnya harga yang perlu dibayar jika kita ingin menyumbang. Namun, hati, jiwa dan minda kita akan sentiasa cergas dan tenang. Kerana, kita akan sentiasa diingatkan. Bahawa sepanjang kembara kita bermusafir di bumi ini, ada sesuatu yang kita tinggalkan. Untuk anak bangsa kita, untuk agama kita dan untuk negeri kita.

(7)

“Johor mesti menjadi

‘less a state, more a society’ ”

(8)

PERMULAAN JOHOR

Saudara dan saudari,

Johor adalah tempat bermulanya banyak perjalanan penting dalam sejarah bangsa. Di Johor, banyak sekali ikhtiar yang membuahkan kebaikan pada bangsa. Kita mengasaskan sebuah negeri moden. Kita mengasaskan konsep Raja Berpelembagaan. Kita negeri pertama yang mempunyai Perlembagaan bertulis.

Kita memulakan gerakan membebaskan negara dan bangsa. Di Johorlah tempat lahirnya parti politik yang akhirnya merubah wajah bangsa selama-lamanya. Dan Johor banyak sekali melahirkan tokoh besar yang memimpin bangsa. Malah, dalam banyak perkara, Johorlah yang menjadi perintis dan pencetus agenda bangsa. Maka apakah perkara betul dan benar yang telah kita lakukan sehingga kita mampu melakar semua kejayaan ini? Saya tidak punya jawapan khusus terhadap ini semua. Tetapi saya percaya, setiap negara dan bangsa akan berhadapan dengan pelbagai cabarannya yang tersendiri. Jadi, Johor harus sekali lagi bangun dan memberi inspirasi baharu pada bangsa kita dan ibu petiwi ini. Memberikan harapan baharu

bahawa dalam segala cabaran, pasti ada jalan pencerahan.

CABARAN KE ARAH KEJAYAAN

Maka kerana itu, marilah kita jadikan Johor lapangan percubaan atau ‘a testing ground’, untuk kita mencari segala bentuk penyelesaian terhadap segala cabaran yang kita hadapi ini. Sama ada cabaran politik atau ekonomi, cabaran melestarikan pertumbuhan atau cabaran menjadikan masyarakat kita lebih baik. Yang penting kita harus mendepani caraban ini. Cabaran menjadikan Johor bangsa yang berjaya.

Berjaya membentuk budaya politik yang berprinsip, bertunjangkan khidmat dan berasaskan pengorbanan yang tulus. Berjaya membentuk ekonomi yang berkesejahteraan. Berjaya membongkar potensi setiap warganya.

Berjaya melestarikan persekitaran dan lingkungannya. Berjaya membudayakan ihsan dan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Berjaya hidup rukun, damai, dengan semua kaum saling kasih mengasihi, berpadu sebagai sebuah bangsa Johor.

“Maka apakah perkara betul dan benar yang telah

kita lakukan sehingga kita mampu melakar semua

(9)

“Dan Jangan pernah kita lupa pada

sekeping tanah bernama Johor”

(10)

seruan anak johor

Saudara dan saudari,

Biar apa pun pangkat kita, dan biar di mana pun kita hari ini. Usahawan ulung di kota paling maju dan tersibuk. Aktivis bebas di wilayah bergolak. Guru dan doktor berjasa di daerah paling sunyi dan asing. Jurutera kimia berpengalaman di negara padang pasir yang sarat dengan emas hitam. Pengemudi kapal komersial di tengah lautan yang berombak deras. Hatta prajurit di udara yang bertugas sebagai ‘garuda angkasa’. Siapapun kita, itu semua tidak penting.

Kerana, biar sejauh mana kita melangkah dalam kehidupan ini, jangan pernah kita lupa. Pada asal dan usul kita. Jangan pernah kita lupa. Pada sekeping tanah tempat kita mula belajar bertatih dan berlari. Jangan pernah kita lupa. Pada sekeping tanah yang di atas debu dan batunya itulah tempat kita terjatuh, luka dan berdarah. Namun bangun kembali mengejar impian hidup. Dan jangan pernah kita lupa. Pada sekeping tanah bernama Johor.

Jadi saudara dan saudari, dengan rasa rendah diri, saya ingin benar-benar menyeru. Bukan sebagai seorang Menteri Besar. Bukan sebagai seorang

ahli politik. Tetapi sebagai seorang anak Johor. Seruan daripada seorang anak Johor kepada anak Johor yang lain. Andai masa mengizinkan, kalian baliklah dan bantulah membangunkan negeri kita. Bukan untuk saya, bukan untuk Kerajaan. Tetapi untuk anak-anak bangsa kita.

Jika kita tidak melakukannya hari ini, pastinya kelak, kita akan dihukum keras oleh generasi akan datang. Mereka tidak akan memaafkan kita. Jika kita tidak melakukannya hari ini. Pastinya kelak, kita akan dihukum teruk oleh sejarah. Dan sejarah tidak akan memaafkan kita.

Tetapi, antara semua itu, yang paling berat hukumannya, pastinya kita tidak akan dapat memaafkan diri sendiri.Kerana tidak terlibat, tidak menyumbang dan tidak meninggalkan apa-apa untuk anak bangsa kita. Dengan itu, saya ingin sekali lagi berterima kasih kepada semua yang hadir. Saya sangat gembira bertemu kalian pada malam ini. Jika diberi kesempatan, insyaAllah kita bertemu lagi.

Referensi

Dokumen terkait

Secara singkat, faktor yang dapat menjadi daya tarik pusat kota bagi masyarakat untuk memilih tinggal di pusat kota tersebut yang dapat menyebabkan permukiman tumbuh

b) Melakukan montoring target di bawah ini sesuai dengan Lampiran I: setidaknya 95% hewan dipingsankan dengan efektif pada kali pertama proses pemingsanan. • Lakukan

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Pemenang akan mengambil laibiliti dan bertanggungjawab penuh sekiranya berlaku sebarang liabiliti, kecelakaan, kecederaan, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan

Halaman 23 dari 64 Putusan Nomor 345/PDT/2016/PT.MDN lelang, dimana dana hasil lelang tersebut digunakan sebagai pengganti pelunasan kewajiban PENGGUGAT III kepada TERGUGAT

Bagi Anda yang pertama kali memasuki halaman ini dan belum mendaftarkan produk yang Anda jual, Anda akan melihat tampilah Dasbor dengan pilihan-pilihan pengisian

Dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki pemrakarsa bisnis ini, maka BLIS FASHION siap untuk bersaing dengan menyediakan berbagai model motif lukisan yang menarik dan

Selain rendahnya gaji pegawai, banyak aspek ekonomi lain yang menjadi penyebab terjadinya korupsi, diantaranya adalah kekuasaan pemerintah yang dibarengi dengan faktor kesempatan