PEJABAT BENDAHARI
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA B
1. Tawaran adalah dipelawa daripada petender-petender yang berdaftar dengan
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA/PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK
di dalam kod bidang 210101 atau 210102 atau 210103 dan pendaftarannya masih lagi
berkuatkuasa bagi tawaran berikut:-
RUJUKAN BUTIRAN TAWARAN PETI NO.
TENDER TARIKH TUTUP
UPMKB/SHB-09/2021
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJILARI, MENUGASMULA PERKAKASAN DAN PERISIAN BAGI SISTEM PAGAR KESELAMATAN RFID PERPUSTAKAAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB)
No. 1 09 September 2021 12.00 Tengah hari
2. Dokumen Tawaran Sebutharga boleh diperolehi mulai
01 September 2021 di laman
sesawang rasmi Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
www.btu.upm.edu.my
3. Dokumen Tawaran Sebut Harga hendaklah sampai dan dimasukkan ke dalam Peti
Tender No. 1 pada atau sebelum
09 September 2021 jam 12.00 tengah hari. Jika
sebutharga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier.
Petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah
ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebutharga selewat-lewatnya pada pukul
12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan
dilayan.
4. Pihak Universiti tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana
tawaran dan keputusan Universiti adalah muktamad.
PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170)
DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN
No. Rujukan Sebut Harga : UPMKB/SHB-09/2021
Tajuk Sebut Harga : MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJILARI, MENUGASMULA PERKAKASAN DAN PERISIAN BAGI SISTEM PAGAR KESELAMATAN RFID PERPUSTAKAAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB)
Kod Bidang : 210101 atau 210102 atau 210103 Tarikh Tutup : 09 September 2021
Pusat Tanggungjawab (PTJ) : UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK
PERKARA AM
1. Tawaran adalah dipelawa untuk melaksanakan bekalan di atas tertakluk kepada syarat-syarat sebut harga.
2. Sila nyatakan tempoh hantaran bagi bekalan dan tempoh penyiapan bagi perkhidmatan yang ditawarkan.
3. Tempoh sah laku tawaran sebut harga hendaklah tidak melebihi 90 hari (3 bulan) dari tarikh tutup sebut harga.
4. Penyebutharga hendaklah menyerahkan Dokumen Sebut Harga ini kepada Pusat Tanggungjawab yang mengeluarkan sebut harga ini pada atau sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan.
5. Jika diminta, penyebutharga hendaklah menyediakan katalog bagi alat-alat yang telah ditetapkan untuk sebut harga berkenaan.
6. Jika ruangan pada dokumen yang disediakan tidak mencukupi, penyebutharga bolehlah menggunakan lampiran dan lampiran hendaklah ditandatangani dan dicop dengan cop penyebutharga.
7. Penyebutharga hendaklah memastikan perkara berikut dipatuhi:-
(a) Penyebutharga hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan satu salinan Sijil Pendaftaran tersebut hendaklah dihantar bersama dokumen sebut harga ini.
(b) Penyebutharga hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan daripada
JKDM (jika ada).
(c) Penyebutharga hendaklah bebas dari sebarang tindakan tatatertib pihak Kementerian Kewangan Malaysia. Tindakan akan diambil ke atas penyebutharga yang melanggar peraturan ini.
(d) Penyebutharga yang menyertai sebut harga ini atas pilihan dan risikonya sendiri dan tidak berhak membuat apa-apa tuntutan ke atas Universiti Putra Malaysia, segala gantirugi dari sebarang kerugian yang berpunca dari penyertaannya dalam sebut harga ini adalah di bawah tanggungannya sendiri.
8. Jika penyebutharga menawarkan accessories (alat tambahan) dan/atau alat-alat pilihan (optional items), hendaklah mencatat jumlah berasingan (separate totals) bagi tiap-tiap kumpulan accessories dan/atau optional items itu.
9. Kos latihan seperti " On Site Training " dan "Factory Training" hendaklah diasingkan dari Tawaran Harga Peralatan (jika berkaitan).
Fakulti/Jabatan/Bahagian: Bahagian Perpustakaan
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak Peti Surat 396
97008 Bintulu Sarawak Tandatangan dan cop: Tarikh: 24 Ogos 2021
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA
1. Keadaan Barang
Barang-barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru, belum digunakan dan menepati mutu yang telah ditetapkan.
2. Harga
Harga yang ditawarkan hendaklah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan merupakan harga bersih meliputi semua kos perbelanjaan termasuk pengangkutan, pemasangan, pembungkusan, cukai-cukai berkaitan atau lain-lain.
3. Persetujuan
a) Universiti Putra Malaysia tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga;
b) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan;
c) Pihak Universiti adalah berhak mempersetujui sebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya; dan
d) Keputusan UPM ke atas sebut harga ini adalah muktamad.
4. Sebut Harga Sebahagian
Pihak Universiti adalah berhak mempersetujui sebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya.
5. Pemeriksaan
a) Universiti Putra Malaysia berhak melantik seorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan
b) Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
6. Perakuan Menyatakan Spesifikasi Telah Dipatuhi
Penyebutharga adalah dikehendaki membuat perakuan bahawa bekalan yang dibekalkan adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
7. Penolakan
a) Universiti Putra Malaysia berhak menolak barang-barang yang rendah kualiti atau yang berlainan daripada spesifikasi bekalan yang telah dipersetujui.
b) Atas sebab-sebab (a) di atas, penyebutharga hendaklah membayar balik kepada Universiti Putra Malaysia segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu.
8. Syarat Pegangan Ekuiti Syarikat Semasa Tempoh Kontrak
Kontraktor dilarang membuat perubahan pegangan ekuiti syarikat sepanjang tempoh kontrak berkuat kuasa tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Universiti terlebih dahulu.
9. Tafsiran
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan yang mungkin timbul mengenai Sebut harga atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
10. Pembungkusan
a) Bagi barang-barang “ex-stock” atau barang-barang keluaran dalam negara, nama
pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang-barang itu hendaklah ditunjukkan (jika berkenaan).
b) Melainkan jika ditunjukkan berasingan, kos pembungkusan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan.
c) Apa-apa kehilangan, kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penyebutharga.
d) Sekiranya barang-barang diimport daripada luar negara, barang-barang hendaklah
dibungkus dan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut kelaziman perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak dibungkus.
11. Punca Bekalan
Jika barang-barang tidak dibeli terus daripada pengeluar, penyebutharga hendaklah menyatakan nama pembekal yang akan membekalkan barang/alat yang diminta.
12. Surat-Menyurat Dari Penyebutharga Yang Tidak Berjaya
Universiti tidak akan melayan sebarang surat-menyurat daripada penyebutharga-penyebutharga mengenai sebab-sebab sebut harga mereka tidak berjaya.
13. Tempoh Jaminan
Peralatan dan sebarang kerja-kerja pemasangan hendaklah dijamin selama 12 bulan dari tarikh penyerahan/hantaran.
14. Insurans
Tiada apa-apa insuran atas barang-barang dalam perjalanan dari negara pembekal atau dalam Malaysia boleh dimasukkan dalam Sebut Harga.
15. Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan
Bagi mengukuhkan usaha ke arah meningkatkan integriti dan ketelusan dalam Perolehan Kerajaan, semua Agensi Kerajaan perlu melaksanakan Integrity Pact berdasarkan Garis Panduan seperti berikut:
(a) Semasa Penghantaran Dokumen Tawaran Oleh Penyebutharga:
Kesemua Penyebutharga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran A bahawa ia tidak akan
menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Pewakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.
(b) Semasa Mengembalikan Surat Setuju Terima Oleh Penyebutharga Berjaya
Penyebutharga yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana
mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida
Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Pewakilan Kuasa menandatangani bagi
pihak syarikat.
16. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah Dalam Dokumen Perolehan Kerajaan
(a) Sebarang perubahan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(b) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segara ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(c) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tataterib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan syarikat atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(d) Mana-mana syarikat atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
17. Penyerahan Sebut Harga
a) Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Pusat Tanggungjawab yang mengeluarkan tawaran.
b) Dokumen sebut harga hendaklah sampai pada atau sebelum tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Dokumen yang diterima lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
Pengesahan Penyebutharga
Syarat-syarat di atas kesemua keseluruhan daripada perkara 1 hingga 16 telah dibaca dan saya/syarikat ini bersetuju dengannya.
……… Tandatangan & Cop Syarikat
Nama Penuh : ……….. No. K/P : ………... Alamat : ………...
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BORANG TAWARAN HARGA No. Rujukan Sebut Harga: UPMKB/SHB-09/2021
Tajuk Sebut Harga: MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJILARI,
MENUGASMULA PERKAKASAN DAN PERISIAN BAGI SISTEM PAGAR KESELAMATAN RFID PERPUSTAKAAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB)
Bil. Perihal
Jenama/
Model/Buatan Kuantiti Kadar Harga Seunit (RM) Harga Tawaran Keseluruhan (RM) 1.
Sistem Pagar Keselamatan RFID Perpustakaan 1 set
Jumlah Keseluruhan Harga Tawaran Tanpa Cukai Jualan Jumlah Keseluruhan Harga Tawaran Termasuk Cukai Jualan Tempoh Hantaran: ...
………... (Tandatangan Penyebutharga)
Nama dan Kad Pengenalan : ……… Alamat Syarikat : ………... Cop Syarikat :
Lampiran A
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
(MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJILARI, MENUGASMULA PERKAKASAN DAN PERISIAN BAGI SISTEM PAGAR KESELAMATAN RFID PERPUSTAKAAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB) – UPMKB/SHB-09/2021)
aya,………. nombor K.P……….yang
*mewakili/memiliki……….……….nombor
Pendaftaran………..…………dengan ini mengisytiharkan bahawa saya
atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi
rasuah kepada mana-mana individu dalam Universiti Putra Malaysia atau mana-mana
individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat
di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2.
Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati
bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Universiti
Putra Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut
harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut
diambil:
2.1
penarikan bilik tawaran kontrak bagi sebut harga diatas; atau
2.2
penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3
lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3.
Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih
dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau
balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……….
Nama dan No. K.P.:
Cop Syarikat:
Catatan* Potong mana yang tidak berkaitan.
S
(Nama Wakil Syarikat/Nama Pemilik Syarikat)(Nama Syarikat)
(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
DF006/BUY
PEJABAT BURSAR
SENARAI SPESIFIKASI SEBUT HARGA
Untuk Kegunaan J/Kuasa Pembukaan Tender/Sebutharga
Kod Syarikat : ____________________ T/Tangan : ____________________
No. Rujukan Sebut Harga : UPMKB/SHB-09/2021 No. Peti Tender : 1
Tarikh Tutup : 09 September 2021
TAJUK : MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJILARI, MENUGASMULA PERKAKASAN DAN PERISIAN BAGI SISTEM PAGAR KESELAMATAN RFID PERPUSTAKAAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB)
1.0 OBJEKTIF
Sebutharga ini adalah untuk mempelawa semua syarikat pembekal perkhidmatan ICT yang berkelayakan untuk menawarkan cadangan kepada pihak Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak bagi membekal, menghantar, memasang, mengujilari, menugasmula perkakasan dan perisian bagi sistem pagar keselamatan RFID perpustakaan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).
2.0 SPESIFIKASI AM
1. PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN
(a) Sebutharga ini merangkumi pembekalan, pengangkutan, penghantaran dan menugasmula di Perpustakaan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Semua pengujian yang dijalankan bersesuaian termasuk demonstrasi perkakasan dan persediaan manual dan arahan pengguna.
[ ]
(b) Penyebutharga diminta untuk menyatakan tarikh penghantaran dan
menugasmula serta jadual perancangan agihan. [ ] (c) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak berhak untuk menerima
atau menolak tempoh lanjutan yang diperlukan untuk penghantaran atau penyempurnaan kerja.
(d) Penyebutharga mestilah memenuhi semua terma, syarat dan jaminan
dalam sebutharga ini. [ ]
(e) Penyebutharga diminta memberikan justifikasi kepada keupayaan untuk melaksanakan projek dengan jayanya dan menyertakan pengalaman-pengalaman terdahulu dalam menguruskan projek seperti ini.
[ ]
(f) Semua cukai, tarif dan lain-lain peraturan yang berkaitan dengan import, pembekalan dan penghantaran perkakasan adalah dibawah tanggungan Penyebutharga.
[ ]
2. PEMASANGAN DAN MENUGASMULA
(a) Semua perkakasan hendaklah dipasang di tapak projek oleh penyebutharga yang berjaya tanpa kos tambahan kepada Universiti Putra Malaysia
Kampus Bintulu Sarawak.
[ ]
(b) Lokasi untuk pemasangan adalah di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Sumber tenaga elektrik haruslah diperolehi dari sumber yang terdekat. Penyebutharga yang berjaya dianggap tahu dan biasa dengan kuasa elektrik tempatan dan juga persekitaran. Penyebutharga adalah bertanggungjawab untuk membekal dan memasang perkakasan elektrik tambahan seperti penstabil voltan, transformer dan lain-lain jika diperlukan.
[ ]
(c) Penyebutharga yang berjaya perlu melaksanakan pemasangan dan menugasmula perkakasan di tapak projek oleh pekerja yang berkelayakan. Semua pengujian perlu dilaksanakan bagi semua perkakasan yang dibekalkan.
[ ]
(d) Jika pelaksanaan kerja di Item 2(B) & 2(C) tidak memuaskan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak berhak untuk memanggil pihak profesional lain untuk melengkapkan tugasan.
[ ]
(e) Semua peraturan dan prosedur kerajaan mesti dipatuhi semasa kerja pemasangan dan menugasmula. Kebenaran daripada mana-mana pihak berwajib kerajaan jika diperlukan adalah dibawah tanggungjawab penyebutharga.
[ ]
3. JAMINAN
4. MANUAL DAN DOKUMENTASI
(a) Penyebutharga yang berjaya harus menyediakan dua (2) set rekod dokumentasi projek (1 set asal dan 1 set salinan) yang mengandungi item berikut:
i) Rekod Pemasangan Dan Pengujian.
ii) User Acceptance Test
[ ]
[ ] [ ]
5. NAIK DAN TURUN TARAF PERISIAN
(a) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak berhak untuk meminta penyebutharga melakukan naik taraf atau turun taraf perisian mengikut kesesuaian penggunaan di UPMKB.
[ ]
6. LAIN-LAIN KEPERLUAN
(a) Penyebutharga yang berjaya harus menyediakan peralatan yang lengkap
untuk tujuan perkhidmatan am, pengubahsuaian dan baik pulih perkakasan. [ ] (b) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak berhak untuk tidak
mempertimbangkan dan secara automatik menolak tawaran penyebutharga yang mana gagal mematuhi mana-mana perkara di atas.
[ ]
(e) Penyebutharga perlu menyediakan risalah (brosur) bagi perkakasan
- Sistem Pagar Keselamatan RFID (Spesifikasi lengkap) [ ]
1. Sila tanda : [ / ] jika memenuhi spesifikasi [ x ] jika tidak memenuhi spesifikasi
2. Sekiranya terdapat aksesories tambahan sila kemukakan keterangan spesifikasi yang lengkap secara berasingan.
3.0 SPESIFIKASI TEKNIKAL SISTEM PAGAR KESELAMATAN RFID PERPUSTAKAAN
BIL UPM SPECIFICATION COMPLY
(YES/NO)
TENDERER'S SPECIFICATION
1
Main Requirement :
• To Supply, Deliver, Install, Testing and Commission Library RFID Detection Security System at Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus Library
• Number of the gate : 1 pair
• Product Information : (please specify) • Model :
• Brand :
Country Manufacturer :Model: Please Specify 2 Warranty: One year
3 The detection panels should consist of two panels forming one corridor of protection.
4 Should operate with standard power and shall provide both an audible and visible alarm when it is triggered: Please Specify
5 Coverage between pedestals: Please Specify
6 Shall not require an application server or connection to any database (including the library‘s integrated library system (ILS)) to provide security.
7 System shall provide item security even when the library‘s integrated library system (ILS) host system is off-line or not functioning.
8
MUST support the following chips:
a. C370 (NXP SLI), (NXP SLI-L), Tag-it ™HFI, ISO 15693 supporting AFI and read multiple bloc command and C220 & C320
9 MUST support both EAS and AFI (up to 4) security modes.
10 Must support Ethernet communication for each of the pedestal: Please Specify
12
Systems shall offer 3 install options:
a. Direct mount w/ ADA compatible threshold plate.
b. Base-plate, no drilling in floor required
c. Buried cables (recessed conduit under finished floor)
13 The system shall interrogate "look for" library materials only when activated by exiting patrons.
14
The library detection system will be
microprocessor controlled and software driven for the most reliable electronic surveillance of exiting patrons.
15 The system will automatically adjust to its environment to virtually eliminate "phantom" alarms.
16 The system must provide both an audible and visible alarm in the corridor: Please Specify
17 The entire system shall be designed to meet federal and state fire codes, and be in compliance with security standard: Please Specify
18 Self-Diagnostics will indicate when the system is operating correctly, and display a diagnostic code number if a problem should occur
19 The detection system shall be able to read multiple RFID tags at the same time.
20
The detection panels shall be completely safe for magnetic media such as video tapes, audio tapes, diskettes, etc.
SENARAI SEMAKAN (BEKALAN/PERKHIDMATAN)
Nota: Sila tandakan ( / ) Bagi Dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil Perkara/Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat
Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut
Harga Senarai Semak Dokumen Kewangan
1. *Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) (Wajib)
2. Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) (Sekiranya Ada)
3. Salinan Sijil Akuan Pembuat Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) (Sekiranya Ada)
4. Borang Tawaran Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan Ditandatangani (Wajib)
5. Borang Maklumat Penyebutharga/Profail Syarikat (Wajib)
6. Salinan Akaun Syarikat Bagi Tempoh Dua (2) Tahun Terakhir Yang Telah Disahkan Dan Diaudit (Sekiranya Ada)
7. Surat Pengesahan Dari Pengeluar/Pembuat (Jika Berkaitan) 8. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (Dalam tempoh 3 bulan sebelum
tarikh tutup tender) (Wajib) 9. Surat Akuan Pembida (Wajib)
Senarai Semak Dokumen Teknikal-DILARANG mempunyai sebarang cop/pengenalan syarikat
10. Senarai Spesifikasi (Wajib)
11. Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog (Jika Berkaitan) 12. Cadangan Penyelenggaraan /Penyenggaraan Katalog (Jika Berkaitan) 13. Senarai Kakitangan Teknikal (Jika Berkaitan)
Bil Perkara/Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat
Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut
Harga PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.
Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :
JADUAL PELAKSANAAN
Tajuk: MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJILARI, MENUGASMULA PERKAKASAN DAN PERISIAN BAGI SISTEM PAGAR KESELAMATAN RFID PERPUSTAKAAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB)
Penyebutharga hendaklah mengisi ruangan yang telah disediakan.
BIL. PERKARA PELAKSANAAN JADUAL
KEUPAYAAN UNTUK MEMENUHI BEKALAN
(tandakan di ruangan yang telah disediakan)
1. SISTEM PAGAR KESELAMATAN RFID
PERPUSTAKAAN Main Requirement :
• To Supply, Deliver, Install, Testing and Commission Library RFID Detection Security System at Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus Library
• Number of the gate : 1 pair
• Product Information : (please specify) • Model :
• Brand :
Country Manufacturer :Model: Please Specify
Tempoh hantaran: ……….
( ) Setuju ( ) Tidak Setuju
Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.
……….. (Tandatangan Penyebutharga) Nama Penuh :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Tarikh :
……….. (Tandatangan Saksi Penyebutharga) Nama Penuh :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Tarikh :
(Diisi oleh Penyebutharga)
PEGAWAI KEWANGAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KAMPUS BINTULU SARAWAK
JALAN NYABAU
97008 BINTULU, SARAWAK.
TAJUK: MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJILARI, MENUGASMULA
PERKAKASAN DAN PERISIAN BAGI SISTEM PAGAR KESELAMATAN RFID
PERPUSTAKAAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
(UPMKB)
(Tampal atas sampul surat sebutharga)
TARIKH TUTUP
NO. PETI
MASA
NO. RUJUKAN
09 September 2021
1
12.00 TENGAHARI
UPMKB/SHB-09/2021
OPR/BEN/DF010/BUY