• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1 P6 HML PRELIM Paper 2 2016

SOALAN 1 – 5 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud

satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) ayam tambatan (2) tumbuk rusuk

(3) bagai tikus membaiki labu (4) bagai cembul dengan tutup (5) seperti ikan pulang ke lubuk (6) seperti pahat dengan penukul (7) seperti menatang minyak yang

penuh

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua

1 Keserasian antara dua orang sahabat itu tidak dapat dinafikan. Perwatakan mereka yang kedua-duanya periang dan gemar berjenaka amat disukai oleh kawan-kawan mereka yang lain.

2 Nama Encik Latif Said sering menjadi sebutan ramai di mana sahaja beliau berada. Sebagai seorang yang dermawan, beliau tidak pernah putus menghulurkan dana kepada badan-badan yang memerlukan 3 Dengan penuh yakin, Saleha mengambil seterika itu daripada

kakaknya untuk cuba membetulkan alat itu. Namun, sebenarnya dia tidak tahu cara untuk membetulkan seterika itu. Akhirnya, seterika itu langsung tidak dapat digunakan.

4 Apabila tempoh perlawanan sudah tinggal lima belas minit, jurulatih pasukan ragbi itu membuat keputusan untuk memasukkan pemain terbaiknya. Dia percaya bahawa pemain itu dapat membantu pasukannya memenangi perlawanan itu.

5 Demi menutup kesalahan yang telah dilakukannya, Razak sanggup memberikan wang sebanyak seratus dolar kepada pegawai imigresen yang bertugas itu. Malangnya, perbuatannya itu telah dilaporkan kepada pihak atasan dan dia telah diberkas.

SOALAN JAWAPAN SOALAN JAWAPAN

1 4

2 5

3

Markah yang diperoleh

(2)

2 P6 HML PRELIM Paper 2 2016

SOALAN 6 –10 MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima perkataan yang telah

digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

Gambus merupakan sejenis alat muzik berleher pendek yang pada awalnya berasal dari Yemen. Alat muzik yang kini masyhur di semenanjung Arab ini (6) terbentuk seperti buah pir yang dibelah dua. Gambus mempunyai (7) dalam tiga hingga dua belas tali, bergantung pada daerah tertentu dan dipetik dengan menggunakan sejenis alat yang (8) diucap plektrum.

Dengan kedatangan saudagar Arab ke rantau nusantara Melayu pada (9) zaman kelapan belas, maka tersebar pula alat muzik ini di rantau ini. Di

Singapura, muzik tradisional Melayu (10) sibuk dihidupkan oleh pemain gambus serta para pemuzik tradisional yang lain untuk menarik lebih ramai anak muda supaya berkecimpung dalam seni permainan alat muzik tradisional. SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh

(3)

3 P6 HML PRELIM Paper 2 2016

SOALAN 11-15 MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang

diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

(1) Terima kasih atas kedatangan tuan dan puan sekalian.

(2) Kami benar-benar berharap akan ihsan para hadirin semuanya. (3) Sebahagian daripada dana kami adalah daripada penjualan tiket.

(4) Kiriman mesej ringkas juga boleh dilakukan dengan mengikut format yang tertera.

(5) Dengan bantuan tuan dan puan sekalian, kami pasti sasaran kami pada hari ini akan tercapai.

(6) Para pegawai kami akan menjelaskan kepada tuan dan puan tentang matlamat projek amal ini.

(7) Konsert tajaan Yayasan Lim ini bertujuan mengumpul dana untuk membantu golongan susah.

(8) Mereka akan berusaha untuk meleraikan sebarang kemusykilan yang mungkin tuan dan puan ada.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kami amat berbesar hati atas kehadiran tuan dan puan pada hari ini. (11) ________ Kami telah menetapkan sasaran sebanyak lima puluh ribu dolar untuk dikumpulkan bagi projek amal ini. (12) ________ Sejauh ini, sebanyak tiga puluh ribu dolar telah terkumpul. (13) ________ Untuk menderma, sila hubungi talian yang terdapat pada brosur yang telah kami berikan. (14) ________ Jika ada soalan tentang projek ini, para pegawai kami bersedia membantu. (15) ________ Sekali lagi, terima kasih atas sokongan tuan dan puan semua untuk projek murni kami ini.

SOALAN JAWAPAN SOALAN JAWAPAN

11 14

12 15

13

Markah yang diperoleh

(4)

4 P6 HML PRELIM Paper 2 2016

SOALAN 16-17 MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH)

Arahan : Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab

semua soalan yang mengikutinya.

Daun sirih ada tiga jenis iaitu sirih merah, sirih hitam dan sirih hijau. Namun daun sirih hijau yang paling kerap digunakan terutama sekali sebagai ubat daripada alam semula jadi. Sejak khasiat daun sirih banyak diketahui, daun ini kini menjadi bahan dalam pelbagai keperluan harian seperti sabun, syampu dan ubat gigi.

Salah satu manfaat daun sirih hijau adalah untuk mengubati sakit gigi dan gusi bengkak atau berdarah. Daun sirih ini boleh dikunyah mentah ataupun direbus lalu digunakan air rebusan itu untuk berkumur. Selain itu, daun sirih juga dapat mengurangkan gatal-gatal pada kulit. Kulit yang kegatalan haruslah disapu dengan daun sirih hijau yang telah ditumbuk. Secara perlahan, kegatalan itu akan reda.

Arahan: Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea

utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

16 Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah

________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ (2 markah) 17 Daun sirih amat berfaedah kepada manusia kerana dapat

________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ (2 markah) Markah yang diperoleh

(5)

5 P6 HML PRELIM Paper 2 2016 SOALAN 18 – 24 KEFAHAMAN (26 MARKAH)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Mak Enab meratap gambar anak-anaknya. Butiran air mata mengalir di pipinya. Beliau memeluk gambar itu dengan erat sebelum membelai gambar itu dengan penuh kelembutan. Sudah hampir tiga bulan mereka tidak menziarahinya. Mak Enab tahu bahawa anak-anaknya sibuk dengan tugas masing-masing. Namun, beliau tidak faham mengapa mereka langsung tidak dapat meluangkan masa untuk menjenguk ibu mereka yang sudah lanjut usia itu.

Dengan perlahan, Mak Enab meletak semula bingkai gambar itu di atas meja. Beliau menyusun semula barang-barang di atas meja itu supaya kelihatan teratur. Selepas itu, Mak Enab mengeluarkan sebungkus beg plastik berisi paket-paket biskut dari tepi katilnya.

Sedang Mak Enab menjamah biskut itu, seorang petugas memasuki biliknya.

“Cik, ada orang yang hendak berjumpa dengan Cik,” kata Sheri.

Degupan jantung Mak Enab mula kencang. Beliau menaruh harapan yang tinggi bahawa salah seorang anaknya yang melawatnya. Tanpa berlengah, Mak Enab menyimpan beg plastik itu lalu mengikut petugas itu.

“Nenek!” teriak Lila, cucu Mak Enab.

“Eh, Lila! Ibu dan ayah kamu mana?” tanya Mak Enab. “Ada di situ, Nek,” jawab Lila.

Anak bongsu Mak Enab, Idham, menegurnya lalu bersalaman dengannya. Begitu juga menantu Mak Enab. Idham menjelaskan bahawa beliau tidak dapat melawat Mak Enab lebih awal kerana perlu ke India untuk bertugas di sana.

“Idham, Mak mahu balik. Mak tidak selesa tinggal di rumah tumpangan ini. Mak tinggal dengan Idham, boleh?” rayu Mak Enab.

Menantu Mak Enab menjeling ke arah Idham tanda tidak setuju. Idham dilema. Apakah yang patut dia katakan kepada ibunya yang sudah uzur itu?

(6)

6 P6 HML PRELIM Paper 2 2016

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab semua

soalan yang berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

18 Di manakah Mak Enab berada? (2 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

19 Berikan dua bukti yang menunjukkan Mak Enab amat merindui

anak-anaknya. . (4 markah)

________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

20 Berikan contoh-contoh yang menunjukkan anak-anak Mak Enab tidak bertanggungjawab. (4 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(7)

7 P6 HML PRELIM Paper 2 2016 21 Bagaimanakah perasaan Mak Enab apabila mendapat tahu ada orang

yang melawatnya? Berikan bukti untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

22 ‘Idham dilema.’ Pada pendapat kamu, apakah perkara-perkara yang membuat Idham berasa sebegitu? (4 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

23 Pada pendapat kamu, adakah wajar Mak Enab diperlakukan begitu oleh anak-anaknya? Berikan sebab untuk menyokong jawapan kamu.

(4 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(8)

8 P6 HML PRELIM Paper 2 2016 24 Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, berikan maksud

perkataan dan frasa yang berikut:

(i) menaruh harapan (2 markah) ___________________________________________________ ___________________________________________________

(ii) menantu (2 markah)

___________________________________________________ ___________________________________________________ Selesai Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(9)

9 P6 HML PRELIM Paper 2 2016 Boon Lay Garden Primary School

Primary 6 Higher Malay Language Paper 2 Prelim 2016 Answer Key SOALAN 1 - 5 (10 markah) (1) 4 (2) 8 (3) 3 (4) 1 (5) 2 SOALAN 6 - 10 (10 markah) (6) berbentuk (imbuhan) (7) antara (KT)

(8) dipanggil/ bergelar/ disebut/ dinamakan (kosa kata)

(9) abad/ kurun (KN) (10) giat/ aktif (KA)

SOALAN 11 - 15 (10 markah) (11) 7 (12) 5 (13) 3 (14) 4 (15) 8 SOALAN 16 - 17 (4 markah)

(16) daun sirih hijau yang paling kerap digunakan (1m), terutama sekali sebagai ubat daripada alam semula jadi (1m)

(17) mengubati sakit gigi dan gusi bengkak atau berdarah (1m) dan mengurangkan gatal-gatal pada kulit (1m)

SOALAN 18 – 24 (26 markah)

(18) Mak Enab berada di rumah tumpangan warga emas. (19) Dua bukti yang menunjukkan Mak Enab bersedih adalah

 butiran air mata mengalir di pipinya (2m)

 beliau memeluk gambar anak-anaknya itu dengan erat sebelum membelai gambar itu dengan penuh kelembutan (2m)

(20) Contoh-contoh yang menunjukkan anak-anak Mak Enab tidak bertanggungjawab adalah

 sudah hampir tiga bulan mereka tidak menziarahinya (2m)

 mereka langsung tidak dapat meluangkan masa untuk menjenguk Mak Enab yang sudah lanjut usia itu (2m)

(21) Perasaan Mak Enab apabila mendapat tahu ada orang yang melawatnya adalah ghairah. (2m) Bukti untuk menyokong jawapan saya adalah degupan jantung Mak Enab mula kencang (2m).

No Kesalahan Markah

1 tidak menyertakan akar soalan potong ½

2 terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca potong ½ 3 terdapat kesalahan tatabahasa yang menjejas pemahaman

terhadap jawapan yang diberikan

(10)

10 P6 HML PRELIM Paper 2 2016 (22) Pada pendapat saya, perkara-perkara yang membuat Idham berasa sebegitu adalah

 dia terlihat isterinya menjeling ke arahnya tanda tidak setuju untuk menjaga Mak Enab (2m)

 dia tidak mahu mengecilkan hati ibunya yang sudah uzur itu (2m) (23) Pada pendapat saya, tidak wajar Mak Enab diperlakukan begitu oleh anak-anaknya. (2m) Sebab untuk menyokong jawapan saya adalah Mak Enab yang telah membesarkan mereka sejak mereka kecil dan kini apabila beliau sudah tua dan uzur, tanggungjawab mereka pula untuk menjaganya./ Mak Enab sudah uzur. (2m)

(Jawapan lain yang munasabah boleh diterima.) (24i) mempunyai keinginan

Referensi

Dokumen terkait

Airil Haimi, dibangunkan pula Inventori Psikometrik Keusahawanan Riza-Airil atau IKRA-Azam dengan 270 item yang melihat, mengukur serta menilai kecenderungan serta potensi

Perbedaan dengan penulisan ini adalah David Brain Kasidy Marpaung menekankan pada Polri dalam memberantas tindak pidana narkotika di Provinsi DIY., sedangkan penulisan

Dari hasil penelitian yang sudah dilaksanakan maka dapat disimpulkan bahwa penerapan model pembelajaran kooperatif tipe TPS berbantuan kartu berpasangan terbukti

Meskipun kedua indikator memiliki capaian yang cukup baik pada tahun 2019, terdapat beberapa capaian indikator lain pada TPB 10 yang belum memenuhi target dan juga hasil analisis

Karena website bagus dengan theme yang mahal sekalipun atau toko online dengan produk bagus, jika tidak ada / sedikit pengunjung (tra c) yang datang dan melihat produk

Hasil dari penelitian menunjukan bahwa aplikasi survei kepuasan dapat mempermudah pelanggan dalam menyampaikan keluhannya tentang kualitas pelayanan PDAM Kota

Insentif (misalnya kepentingan klien, kepercayaan, dll) dapat merusak independensi dan paling mungkin mempengaruhi audit di bagian-bagian yang paling membutuhkan

INDOSPRING di masa mendatang hendaknya tetap memikirkan bagaimana mengelola karyawan agar kepuasan kerja, komitmen dan kinerja karyawan tidak hanya sementara saja sehingga