• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM PB JOURNEY WEALTH BUILDERS TERMA DAN SYARAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PROGRAM PB JOURNEY WEALTH BUILDERS TERMA DAN SYARAT"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM PB JOURNEY WEALTH BUILDERS TERMA DAN SYARAT

Program PB Journey Wealth Builders (“Program”) ini dilancarkan oleh Public Bank Berhad No. Pendaftaran 196501000672 [6463-H] (“PBB”). Terma dan syarat yang berikut akan mengawal Program ini.

1. Tempoh Program

1.1 Program ini akan berlangsung dari 1 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021 [termasuk kedua-dua tarikh, atau tarikh lain yang ditentukan oleh PBB (“Tempoh Program”)].

2. Kelayakan

2.1 Program ini disediakan untuk pelanggan individu PBB baharu dan sedia ada termasuk bukan pemastautin, berumur antara 18 tahun dengan 35 tahun (termasuk umur 18 dan 35 tahun) yang memenuhi semua kelayakan yang berikut:-

a) mengekalkan sekurang-kurangnya satu (1) *Akaun Simpanan yang Layak yang hanya dipegang oleh pelanggan; dan

b) mengekalkan sekurang-kurangnya satu (1) *Kad Debit yang Layak; dan

c) telah mendaftar untuk Perbankan Dalam Talian PBe (“PBe”) dan/atau Perbankan Mudah Alih PB engage MY (“PB engage”)

(“Peserta yang Layak”).

* Rujuk Fasal 3.1 bagi senarai Akaun Simpanan yang Layak dan Kad Debit yang Layak.

2.2 Mereka yang berikut TIDAK layak untuk menyertai Program ini:-

a) pelanggan yang mempunyai Akaun Simpanan yang Layak yang dipegang bersama-sama dengan pihak lain;

b) kakitangan tetap dan/atau kontrak PBB, subsidiari dan/atau syarikat berkaitan dengannya;

c) pelanggan bukan individu iaitu keempunyaan tunggal, perkongsian, entiti korporat, persatuan, kelab, sekolah dan pertubuhan;

(2)

d) orang yang tidak waras;

e) orang yang telah diisytiharkan bankrap atau mempunyai prosiding guaman dalam apa jua bentuk terhadapnya; dan

f) orang yang akaunnya yang dipegang dengan PBB culas atau tidak disenggara dengan memuaskan seperti yang ditetapkan oleh PBB. 2.3 Peserta yang Layak tidak perlu mendaftar untuk menyertai Program ini. 2.4 Program ini TIDAK sah dengan apa-apa promosi produk lain yang

ditawarkan serentak oleh PBB.

3. Mekanisme Program

3.1 Produk yang Layak di bawah Program ini adalah seperti yang berikut:-

Bil. Produk yang Layak

1. Akaun Simpanan yang Layak* a) Akaun Simpanan PLUS

b) Akaun Simpanan PB MySalary c) Akaun Simpanan Basic

2. Kad Debit yang Layak

a) Kad Debit PB Visa Lifestyle

b) Kad Debit PB Mastercard Lifestyle

* Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

3.2 Apa-apa akaun simpanan yang tidak disenaraikan di atas dianggap sebagai akaun simpanan yang tidak layak dan akaun simpanan itu tidak akan dianggap sebagai Akaun Simpanan yang Layak bagi tujuan Program ini walaupun akaun itu telah ditukarkan kepada apa-apa jenis Akaun Simpanan yang Layak seperti yang dinyatakan dalam Fasal 3.1 dalam Tempoh Program.

Ilustrasi

Pelanggan A mempunyai Akaun Simpanan WISE (WISE) dengan PBB sebelum Tempoh Program ini. Semasa Tempoh Program, Akaun WISE Pelanggan A telah ditukarkan kepada Akaun Simpanan PLUS. Akaun Simpanan PLUS Pelanggan A ini tidak akan dianggap sebagai Akaun Simpanan yang Layak bagi tujuan Program ini.

(3)

3.3 Peserta yang Layak berhak untuk mendapat Ganjaran Tunai RM18 (“Ganjaran Tunai”) apabila mereka melaksanakan mana-mana yang berikut:

Kriteria Kelayakan

Bilangan Peserta yang Layak setiap

Bulan Kalendar Baki Tambahan dalam Akaun Simpanan yang Layak

Kekalkan *Baki Purata Harian (DAB) Tambahan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Akaun Simpanan yang Layak pada bulan kalendar

*Rujuk Fasal 3.6 mengenai DAB Tambahan

Satu Ribu (1,000) dengan DAB Tambahan terbanyak

Urus niaga DuitNow

Laksanakan minimum tiga (3) Urus niaga DuitNow dalam apa-apa amaun melalui PBe / PB engage pada bulan kalendar di bawah Akaun Simpanan yang Layak

Satu Ribu (1,000) yang pertama

Pembayaran Bil dan/atau JomPAY

Laksanakan minimum tiga (3) Pembayaran Bil dan/atau JomPAY dalam apa-apa amaun melalui PBe / PB engage pada bulan kalendar di bawah Akaun Simpanan yang Layak

Satu Ribu (1,000) yang pertama

Urus niaga Kad Debit

Belanja minimum tiga (3) *Urus niaga Runcit yang Layak dalam apa-apa amaun menggunakan Kad Debit yang Layak pada bulan kalendar

* Rujuk Fasal 3.7 mengenai Urus niaga Runcit yang Layak

Satu Ribu (1,000) yang pertama

3.4 Setiap Peserta yang Layak berhak untuk mendapat SATU (1) Ganjaran Tunai

bagi setiap Kriteria Kelayakan di bawah Fasal 3.3 sepanjang Tempoh

Program.

3.5 Ganjaran Tunai dihadkan pada maksimum sebanyak RM18,000 setiap Kriteria Kelayakan setiap bulan kalendar dan RM72,000 setiap Kriteria Kelayakan sepanjang Tempoh Program.

(4)

3.6 Di bawah Fasal 3.3, pengiraan DAB Tambahan dalam Akaun Simpanan yang Layak adalah seperti yang berikut:-

Butiran Akaun baharu yang dibuka

semasa Tempoh Program Akaun Sedia ada

Baseline Garis Asas adalah sifar. Baki akhir hari pada 30

November 2020.

Baki Purata Harian (“DAB”)

Agregat baki akhir hari harian dari tarikh akaun dibuka hingga akhir bulan dibahagikan dengan jumlah bilangan hari sebenar dari tarikh pembukaan akaun hingga akhir bulan

Agregat baki akhir hari harian pada bulan berkenaan dibahagikan dengan jumlah bilangan hari sebenar bulan berkenaan

DAB

Tambahan DAB tolak Baseline

Ilustrasi pengiraan di atas adalah seperti yang berikut:- Ilustrasi 1: Akaun baharu dibuka pada 15 Disember 2020

Tarikh Baki Akhir Hari Harian

15 hingga 20 Disember 2020 RM5,000 21 hingga 31 Disember 2020 RM15,000

Baseline RM0

Agregat Baki Akhir Hari Harian

(RM5,000 x 6 hari) + (RM15,000 x 11 hari) = RM195,000

Jumlah bilangan hari sebenar dari tarikh pembukaan akaun hingga akhir bulan

17 hari

DAB RM195,000 / 17 hari = RM11,470.59

(5)

Ilustrasi 2 : Akaun Sedia ada

Tarikh Baki Akhir Hari Harian

1 hingga 20 Disember 2020 RM2,000 21 hingga 31 Disember 2020 RM15,000

Baseline RM2,000

(Baki akhir hari @ 30 Nov 2020) Agregat Baki Akhir Hari

Harian

(RM2,000 x 20 hari) + (RM15,000 x 11 hari) = RM205,000

Jumlah bilangan hari sebenar

bulan berkenaan 31 hari

DAB RM205,000 / 31 hari = RM6,612.90

DAB Tambahan RM6,612.90 – RM2,000 = RM4,612.90

3.7 “Urus niaga Runcit yang Layak” hendaklah termasuk semua urus niaga runcit tempatan kecuali yang berikut:-

a) urus niaga yang menghasilkan pulangan tunai / rebat tunai di bawah kempen pulangan tunai / rebat tunai lain yang sedang dijalankan;

b) auto debit;

c) bayaran berulang; d) bayaran untuk utiliti; e) pemasaran terus; f) premium insurans;

g) bayaran berkaitan kerajaan;

h) bayaran melalui www.pbebank.com dan ATM;

i) apa-apa pulangan balik, urus niaga runcit yang dipertikaikan, tidak dibenarkan atau berunsur penipuan;

j) pendahuluan tunai / pengeluaran tunai; k) separa tunai;

l) urus niaga kasino; m) bayaran faedah; n) fi tahunan; o) kebalikan;

p) bayaran kepada badan kebajikan sebagai apa-apa bentuk perkhidmatan; dan/atau

(6)

3.8 Ganjaran Tunai akan dikreditkan dalam Akaun Simpanan yang Layak milik Peserta yang Layak dalam tempoh lapan (8) minggu selepas berakhirnya Tempoh Program.

3.9 Ganjaran Tunai tidak boleh dipindahkan kepada pihak ketiga, tidak boleh dirundingi dan tidak boleh ditukarkan untuk pendahuluan tunai, kredit atau barang, sepenuhnya atau sebahagiannya.

3.10 Sekiranya Peserta yang Layak mempunyai lebih daripada satu (1) Akaun Simpanan yang Layak dan/atau lebih daripada satu (1) Kad Debit yang Layak, Ganjaran Tunai hanya akan diberi kepada Akaun Simpanan yang Layak dan/atau Kad Debit yang Layak yang digunakan bagi memenuhi kriteria kelayakan yang berkenaan atas dasar siapa cepat, dia dapat.

3.11 Sekiranya Akaun Simpanan yang Layak dan/atau Kad Debit yang Layak itu ditutup, ditukar, digantung, dibatalkan atau ditamatkan semasa Tempoh Program, sebelum pengkreditan Ganjaran Tunai, Peserta yang Layak tidak layak untuk mendapat Ganjaran Tunai.

3.12 PBB tidak akan memaklumkan Peserta yang Layak apabila Ganjaran Tunai bagi Kriteria Kelayakan telah dituntut sepenuhnya dalam mana-mana bulan kalendar semasa Tempoh Program.

4. Terma dan Syarat Am

4.1 Dengan mengambil bahagian dalam Program ini, Peserta yang Layak bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini, terma dan syarat yang mengawal Produk yang Layak (termasuk apa-apa pindaan, perubahan dan/atau semakan semula terma dan syarat berkenaan). Sekiranya terdapat percanggahan antara terma dan syarat ini dengan terma dan syarat yang mengawal Produk yang Layak, terma dan syarat ini akan diterima pakai bagi tujuan Program ini.

4.2 Peserta yang Layak mengaku dan bersetuju bahawa rekod urus niaga yang disenggara oleh PBB dan keputusan PBB berkaitan dengan apa-apa perkara mengenai Program ini adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas mereka. PBB tidak akan melayani apa-apa rayuan atau surat-menyurat daripada mana-mana Peserta yang Layak dan/atau pihak ketiga.

4.3 Peserta yang Layak bersetuju dan memberi keizinan mereka kepada PBB untuk memproses, mengumpul, mengunakan dan menyimpan semua maklumat mereka berkaitan dengan Produk yang Layak bagi tujuan Program ini dan Ganjaran Tunai.

(7)

4.4 PBB tidak akan bertanggungjawab atau menerima tanggungjawab bagi apa-apa bentuk dan apa-apa sekali pun yang timbul atau dialami oleh Peserta yang Layak dan/atau pihak ketiga yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada Program ini dan Ganjaran Tunai kecuali disebabkan oleh kecuaian atau salah laku yang disengajakan oleh PBB berkaitan dengan Program ini dan Ganjaran Tunai.

4.5 PBB tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa salah tafsiran atau salah gambaran fakta oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan berkaitan dengan Program ini dan Ganjaran Tunai yang ditawarkan dan/atau disiarkan dalam media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan.

4.6 Sejauh mana dibenarkan oleh undang-undang, PBB secara nyata mengecualikan dan menolak apa-apa representasi, waranti atau pengesahan, secara nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa pengehadan bagi yang disiarkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad pada apa-apa jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Program ini dan Ganjaran Tunai.

4.7 Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara terma dan syarat ini dengan apa-apa pengiklanan, kempen, promosi, publisiti dan bahan lain berkenaan dengan atau berkaitan dengan Program ini, terma dan syarat ini akan diterima pakai.

4.8 PBB berhak untuk membuat penambahan, memotong atau mengubah terma dan syarat ini, dari semasa ke semasa, sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan memberi notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada Peserta yang Layak melalui laman web PBB, mempamerkan notis di cawangan PBB, penyata yang disisipkan dalam penyata akaun atau kaedah lain yang ditentukan oleh PBB dari semasa ke semasa.

4.9 PBB berhak untuk membatalkan, menarik balik, menggantung, melanjutkan atau menamatkan Program ini sebelum Program ini tamat, sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan memberi notis terlebih dahulu. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa pembatalan, penarikan balik, penggantungan, lanjutan atau pembatalan tidak akan melayakkan Peserta yang Layak untuk apa-apa tuntutan atau ganti rugi terhadap PBB bagi mana-mana atau semua kerugian atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Peserta yang Layak. 4.10 Terma dan syarat ini akan dikawal dan ditafsir menurut undang-undang

Malaysia dan Peserta yang Layak bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah di Malaysia.

4.11 Peserta yang Layak boleh membaca Notis Kerahsiaaan PBB yang menyatakan bagaimana PBB menggunakan maklumat mereka melalui

Gambar

Ilustrasi pengiraan di atas adalah seperti yang berikut:-  Ilustrasi 1: Akaun baharu dibuka pada 15 Disember 2020
Ilustrasi 2 : Akaun Sedia ada

Referensi

Dokumen terkait

Sejalan dengan hal tersebut, perkembangan ekspor juga didominasi oleh ekspor ke luar daerah (provinsi lain) yang mencapai 61,43% dari total ekspor Provinsi Jambi. Pangsa

Oleh kerana pengarang ini seorang cendekiawan yang menjawat jawatan sebagai Bendahara di negeri Johor, sememangnya banyak unsur- unsur pengajaran telah dimasukkan

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tidak di dalam apa-apa keadaan Penganjur atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak

Sistem distribusi klasik adalah melalui transaksi langsung antara produsen dengan konsumen, atau melalui transaksi yang dilakukan di pasar.. Pada tingkatan

FINAL JADWAL KULIAH JURUSAN TEKNIK SIPIL SEMESTER GENAP TA-2017/2018 REGULER..

Kuota siswa yang diterima dalam setiap sekolah didasarkan pada: ❑ Jumlah rombongan belajar tahun lalu. ❑ Jumlah dan domisili

(2) Pegawai Sulh hendaklah memastikan bahawa perjanjian penyelesaian itu tidak mengandungi apa-apa terma yang bertentangan dengan Hukum Syarak dan mana-mana

KECUALI SEJAUH YANG DILARANG SECARA SPESIFIK OLEH HUKUM YANG BERLAKU DALAM YURISDIKSI ANDA, SEMUA SYARAT, DUKUNGAN, JAMINAN, REPRESENTASI, ATAU GARANSI APA PUN, TERSURAT ATAU