• Tidak ada hasil yang ditemukan

Case Study (Sekolah)-skabies

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Case Study (Sekolah)-skabies"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama yang dikenali sebagai sarcoptes scabiei. Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan atau terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam. Kudis buta adalah berjangkit dan boleh merebak dengan cepat melalui sentuhan fizikal di rumah, kumpulan penjagaan kanak-kanak, ataupun sekolah. Oleh kerana kudis ini mudah berjangkit, rawatan haruslah merangkumi seluruh ahli keluarga atau kumpulan kenalan untuk menghapuskan hama tersebut.

PENYATAAN MASALAH

Setelah beberapa sekolah tadika dan sekolah rendah yang saya lawati untuk membuat pemeriksaan fizikal, di dapati hampir 35% kanak-kanak tersebut menghidapi kudis buta. Ini kerana semasa pemeriksaan yang dilakukan, saya mendapati permukaan kulit kanak-kanak tersebut terdapat gatal-gatal di seluruh anggota badan serta terdapat bintik-bintik merah yang bernanah di bahagian badan yang dijangkiti. Aduan yang saya dapati permukaan kulit yang terkena jangkitan sangat gatal apabila pada waktu malam.

(2)

PENCARIAN LITERATUR

"Lubang" atau terowong serta garisan nipis pada kulit kira-kira 2-15 milimeter (0,08-0,6 inci) menandakan tanda-tanda jangkitan kudis buta ( Dr Mark.Sweden.2006)

Perpindahan hama boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung iaitu membabitkan hama betina yang bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di situ, manakala hama jantan pula mati selepas kedua-duanya ‘berpasangan’ untuk membiakkan baka.( Perunding Pediatrik, Dr S Selvakumar.2004)

Kudis adalah disebabkan oleh hama Sarcoptes scabiei var. Hominis. Dianggarkan bahawa 300 juta kes kudis berlaku di seluruh dunia setiap tahun dan kudis terus menjadi masalah kesihatan yang utama di kawasan yang kekurangan sumber semulajadi.

Jangkitan kudis boleh menyebabkan morbiditi yang penting hasil daripada jangkitan bakteria sekunder. ( Peter Watsons. 2011)

Agak sukar untuk mendiagnos penyakit jangkitan skabies berdasarkan tanda dan gejala sahaja kerana ia mungkin sama dengan penyakit kulit yang lain serta juga terdapat tempoh jangkitan asimptomatik. Pruritis berlaku akibat kesan tindak balas

(3)

PENEMUAN

Menurut pengkaji Dr A.Martin dalam Dermatologic Manifestations of Scabies, Medscape, Jun 2012, Sarcoptes scabiei pertama kali dikenal pasti pada awal tahun 1600-an tetapi tidak disahk1600-an sebagai punca utama kepada penyakit kudis buta sehingga tahun 1700an . Sarcoptes Scabies berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang

panjang.Hama ini berukuran 0.4 mm panjang. Hama betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. Telur-telur akan menetas menjadi hama dan hidup selama 30 hari.

Hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula . Hama boleh dilihat melalui gelas atau kaca lutsinar atau mikroskop.

PERBINCANGAN

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ia cenderung berlaku di tempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan. Kebiasaannya hubungan rapat yang terjalin memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat

(4)

Antara tanda-tanda jangkitan kudis buta adalah kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk pada waktu malam dan selepas mandi air panas, tanda-tanda calar kesan daripada menggaru,bintik merah seperti ruam terutama

dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki,garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu),muncul garis halus kemerahan di bawah kulit,kehadiran

gelembung kecil berair pada kulit.

Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena skabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak skabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit. Antara tempat yang sering menjadi habitat skabies ini adalah dicelah-celah jari,tapak tangan,bahagian dalam pergelangan tangan, kawasan kemaluan,punggung,sekitar pusat,celah-celah ketiak,siku,kaki dan buku lali.

Komplikasi yang berlaku sekiranya jangkitan ini dibiarkan dan tidak diambil serius adalah boleh menyebabkan pengaktifan semula ekzema atau psoriasis. Jangkitan sekunder seperti ekzema boleh dikaitkan dengan jangkitan bakteria sekunder,

terutamanya staphylococci atau streptococci. Kudis adalah faktor risiko yang menyebabkan glomerulonephritis selepas streptococcal. Kudis menyebabkan kadar kematian yang tinggi akibat jangkitan yang melemahkan sistem imuniti badan.

Nodul yang terbentuk memerlukan suntikan kortikosteroid intranodular untuk sembuh.Mereka yang mempunyai imuniti yang lemah boleh mengakibatkan dermatitis atau erythroderma. Kudis mengakibatkan stigma sosial dan boleh menyebabkan tekanan psikologi yang berterusan.

(5)

CADANGAN PENYELESAIAN

Pelbagai rawatan dan kaedah yang dilakukan bagi menyembuhkan jangkitan ini antaranya adalah cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut. Perabot dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama , tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.

Penggunaan sapuan ubat racun hama jenis losyen atau krim Crotamiton (Eurax) dapat mengurangkan komplikasi. Ia dilumur pada seluruh badan dari tengkuk hingga ke hujung jari tangan dan kaki sebelum waktu tidur. Seelok-eloknya pesakit perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat losyen.Tempat- tempat yang sering dijangkiti seperti kemaluan, celah peha, ketiak, celah jari mestilah diteliti. Selepas ubat telah disapu, tidurlah dengan pakaian dan ubat hanya boleh dibasuh pada esok hari.

Ubat yang telah disapu di atas kulit mengambil masa satu malam untuk

mematikan hama.Ubat tahan gatal seperti Piriton pula mampu mengurangkan gatal waktu malam. Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor. Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan Scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Contohnya Permethrin, losyen Malathion, krim Gamma benzene hexachloride (or lindane), losyen Benzyl Benzoate (EBB)

(6)

Langkah pencegahan pula pesakit yang dijangkiti perlu dikecualikan dari ke sekolah sehingga selesai rawatan.Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah atau taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan.Rawat seluruh ahli keluarga serentak. Elakkan bersentuhan dengan pesakit atau jika menghidapi kudis buta, ubati segera dan seelok-eloknya jauhkan diri daripada orang lain.Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan bahan yang tercemar dengan penyakit tersebut.

RUMUSAN

Kesimpulannya, kudis buta adalah satu masalah kesihatan yang harus di pandang serius dan perlu dikesan dan dicegah dengan awal. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan stigma terhadap pesakit dan membawa kepada sebarang komplikasi yang teruk. Oleh kerana penyakit kudis buta ini sering berlaku pada kanak-kanak sekolah, pihak ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting dengan menjaga kebersihan anak-anak mereka. Bagi anggota kesihatan pula, tindakan segera dan menyeluruh termasuklah seluruh ahli keluarga pesakit dilakukan kerana penyakit tersebut amat mudah merebak terutamanya melalui kaedah sentuhan secara lansung.

Rawatan bukan sahaja kepada pesakit dan ahli keluarga sahaja, malah perlu juga membasmi peralatan-peralatan yang digunakan oleh pesakit itu sendiri seperti

bantal,baju,tuala dan cadar tilam. Ini kerana hama tersebut boleh juga hidup di tempat tersebut sebelum berpindah ke badan manusia. Rawatan yang mengikut arahan dan tatacara yang betul serta kaedah pencegahan yang sempurna sahaja yang mampu mengelakkan dan mengawal penyakit ini.

(7)

RUJUKAN

1. Habif TP, ed. Clinical Dermatology. 5th ed. Philadelphia, Pa: Mosby Elsevier;2009:chpat 15.

2. iaz JH. Scabies. In: Mandell GL, Bennett JE, Dolin R, eds. Mandell, Douglas, and Bennett's Principles and Practice of Infectious Diseases. 7th ed. Philadelphia, Pa: Churchill Livingstone Elsevier;2009:chap 294.

3. Chosidow O (2006). Scabies. New England Journal of Medicine, 354(16): 1718-1727.

Referensi

Dokumen terkait

Dari waktu yang disediakan oleh Unit Layanan Pengadaan Barang/Jasa Polres Gianyar selama 2 jam ( 09.00 s/d 11.00 Wita ), ada penyedia yang meminta penjelasan terhadap

Haji Ifrad ialah , berihram untuk haji dari miqat atau dari Mekkah bagi penduduk Mekkah, atau dari tempat lain di daerah miqat bagi yang tinggal disitu,

Hasil penelitian menunjukan bahwa Investor merupakan jenis varietas yang tahan terhadap serangan hama Plutella xylostella yang ditunjukkan dengan rendahnya populasi seperti 2,75

Hasil penelitian menunjukkan: (1) aspek fisik butchi dibedakan menjadi dua: (a) AR, DN adalah stone butch yang terlihat maskulin dan tidak memperlihatkan sama sekali sisi

Sumber data penelitian ini adalah karangan deskripsi siswa kelas VIII di SMP Negeri 1 Ajibarang.Sumber data ditentukan dengan teknik sampling bertujuan (purposive

Kandungan kolesterol yang tinggi pada kuning telur, maka salah satu cara untuk menurunkan kadar kolesterol dalam telur yaitu dengan memanfaatkan tumbuhan yang

LB-5 Tabel LB.6 Neraca Panas Tahap I Pada Tangki Kristalisasi ... LB-6 Tabel LB.7 Neraca Panas Tahap II Pada Tangki

(2010:87) Berdasarkan kedua definisi diatas maka dapat ditarik kesimpulan bahwa pengertian sanksi administrasi merupakan pembayaran kerugian kepada negara khususnya yang berupa