• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

APLIKASI AKTIVITI NYANYIAN TERHADAP PENGUASAAN EJAAN DIGRAF

DALAM KALANGAN MURID BUKAN PENUTUR JATI BAHASA MELAYU

Mohd. Farik bin Madun

Abstrak

Tinjauan awal mendapati responden kerap mengulangi kesilapan mengeja perkataan yang mengandungi digraf sama ada tertinggal satu daripada dua konsonan yang berturutan ataupun gagal menggunakan kedua-dua konsonan yang berturutan dalam satu perkataan yang sama. Lantas, kajian ini hadir untuk meningkatkan penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu dengan menggunakan aktiviti nyanyian. Kajian ini merupakan satu Kajian Kuasi-Eksperimen yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Seramai 60 orang murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini iaitu 30 orang sampel dikelompokkan sebagai kumpulan kawalan, manakala 30 orang sampel lagi dikelompokkan sebagai kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan melalui proses kajian secara normal, manakala kumpulan rawatan melalui kajian bersama dengan pemboleh ubah tak bersandar kajian iaitu aktiviti nyanyian khas. Justeru, Kajian Kuasi-Eksperimen dijalankan dalam dua pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan aktiviti nyanyian dengan menggunakan instrumen seperti ujian pra, ujian pasca, dokumen hasil kerja murid, dan temu bual separa berstruktur. Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang pertama bagi kumpulan rawatan, responden belajar untuk menguasai ejaan digraf dengan menggunakan aktiviti nyanyian berbantukan tayangan televisyen. Manakala dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang kedua, responden belajar untuk menguasai ejaan digraf dengan menggunakan aktiviti nyanyian berbantukan tutorial pembelajaran. Dapatan menunjukkan responden cenderung untuk menguasai ejaan digraf dalam suasana yang menyeronokkan. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan analisis perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca. Kesimpulannya, aktiviti nyanyian dapat meningkatkan penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid yang bukan penutur jati bahasa Melayu.

Kata kunci : Ejaan, Digraf, Bukan Penutur Jati Bahasa Melayu. PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah sememangnya memberikan tumpuan terhadap kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Sesungguhnya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu, amat memberikan penekanan terhadap sistem ejaan yang mencakupi pola keselarasan huruf vokal, ejaan kata pinjaman, dan ejaan kata

(2)

dasar dan kata terbitan. Menurut Abdul (1998), terdapat 6 jenis kesalahan ejaan murid yang kerap terjadi iaitu kesalahan pengejaan kata, ejaan kata pinjaman, penggunaan tanda sempang, penulisan imbuhan pinjaman, rangkai kata, dan kata majmuk. Apabila murid gagal menguasai sistem ejaan, hal ini akan turut mempengaruhi makna dan konteks perkataan, klausa, frasa mahupun ayat.

Antara bentuk ejaan yang terkenal dalam bahasa Melayu ialah ejaan digraf. Menurut Kamus Dewan (2005), digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu apabila dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ‘ng’, ‘ny’, ‘sy’, ‘gh’ dan ‘kh’ ; atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. Penggunaan huruf-huruf digraf amat banyak digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu baik di pangkal perkataan, kata berimbuhan, mahupun di akhir perkataan. Justeru, penguasaan digraf seharusnya tidak diabaikan oleh guru bahasa Melayu dan perlulah diberikan penekanan sejak murid berada pada tahap satu lagi.

1.2 Pernyataan Masalah

Sepanjang tiga tahun berkhidmat di SJK (C) Chi Wen, W.P. Labuan, pengkaji mendapati bahawa murid-murid mengalami permasalahan untuk mengeja perkataan yang mengandungi huruf digraf. Sewaktu pengkaji membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid melalui aktiviti penulisan di dalam buku latihan dan lembaran kerja yang diberikan, murid sering tertinggal beberapa huruf ketika mengeja perkataan terutama dalam penggunaan perkataan yang melibatkan digraf.

Setiap kali murid menjawab soalan pemahaman, murid juga gagal untuk membaca ayat dan petikan jika perkataan di dalam ayat terdapat perkataan yang mempunyai digraf. Murid akan menyebut ‘yoya’ bagi perkataan ‘nyonya’ dan ‘yayi’ bagi perkataan ‘nyanyi’. Begitu juga halnya ketika murid menjalani latihan imlak. Penulisan perkataan yang melibatkan digraf selalu sahaja dieja salah oleh murid-murid berkenaan sama ada tertinggal satu daripada dua konsonan yang berturutan ataupun gagal mentafsir kedua-dua konsonan yang berturutan dalam satu perkataan yang sama. Oleh itu, pengkaji bertindak dengan menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.

Melalui pemerhatian, didapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi permasalahan mengeja perkataan yang mengandungi digraf, antaranya ialah :

i. Tidak dapat mengecam bunyi perkataan tersebut dalam latihan imlak. ii. Tidak pasti dengan padanan huruf digraf yang tepat sama ada ‘ng’ atau

(3)

‘g’ atau ‘n’, ‘kh’ atau ‘k’, ‘sy’ atau ‘sh’ atau ‘s’, dan ‘ny’ atau ‘y’ atau ‘n’ iii. Tanggapan yang salah bahawa selepas huruf konsonan perlu diikuti oleh

huruf vokal sahaja.

iv. Keliru kerana tidak biasa menggunakan digraf. v. Ragu-ragu untuk menulis digraf.

Merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan, Standard Pembelajaran 3.4.1 iaitu menulis perkataan dan frasa dengan menggunakan ejaan yang tepat secara imlak ; maka perkataan-perkataan yang bersuku kata digraf sepatutnya sudah diajarkan sejak dari tahap satu lagi.

1.3 Tujuan kajian 1.3.1 Objektif umum

Meningkatkan penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu di SJK (C) Chi Wen, W.P. Labuan.

1.3.2 Objektif khusus

i. Mengenal pasti penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu dengan menggunakan aktiviti nyanyian. ii. Mengenal pasti impak aktiviti nyanyian terhadap penguasaan ejaan digraf dalam

kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu.

1.4 Soalan kajian

Soalan kajian yang dibina bagi membantu pencapaian objektif yang digariskan adalah seperti yang berikut:

i. Apakah penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu dengan menggunakan aktiviti nyanyian ?

ii. Apakah impak aktiviti nyanyian terhadap penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu ?

1.5 Hipotesis Kajian 1.5.1 Hipotesis Null (Ho) Ho 1 :

Kajian mengandaikan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan untuk penguasaan ejaan digraf antara murid yang menggunakan aktiviti nyanyian dengan murid dalam kumpulan kawalan.

(4)

Kajian mengandaikan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan untuk impak aktiviti nyanyian terhadap penguasaan ejaan digraf antara murid yang menggunakan aktiviti nyanyian dengan murid dalam kumpulan kawalan.

1.5.2 Hipotesis Alternatif (Ha) Ha 1 :

Kajian mengandaikan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan untuk penguasaan ejaan digraf antara murid yang menggunakan aktiviti nyanyian dengan murid dalam kumpulan kawalan.

Ha 2 :

Kajian mengandaikan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan untuk impak aktiviti nyanyian terhadap penguasaan ejaan digraf antara murid yang menggunakan aktiviti nyanyian dengan murid dalam kumpulan kawalan.

1.6 Skop dan Kesesuaian Kajian

Tumpuan kajian adalah untuk mengenal pasti penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu dengan menggunakan aktiviti nyanyian. Dalam kajian ini juga tumpuan diberikan kepada usaha untuk mengenal pasti impak aktiviti nyanyian terhadap penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini banyak memberikan impak yang positif kepada murid, guru, pihak sekolah, pihak kementerian, dan pembuat dasar. Hal yang demikian kerana murid-murid akan berasa seronok dengan strategi pengajaran yang berpusatkan murid hatta digabungjalinkan dengan kaedah didik hibur. Secara tidak langsung, motivasi intrinsik murid akan dapat dikukuhkan. Natijahnya, prestasi akademik murid akan meningkat terutama dalam subjek Bahasa Malaysia amnya, dan penulisan murid khususnya.

Selain itu, teknik ini membantu guru untuk menyelesaikan masalah berkaitan penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid. Tambahan pula, teknik ini akan meningkatkan motivasi guru untuk mengajar dengan menggunakan teknik baharu yang lebih seronok berbanding teknik lama yang kurang berkesan. Malah, teknik ini turut menggabungjalinkan elemen seni dalam pendidikan iaitu seni muzik untuk meraih perhatian dan fokus murid bertepatan dengan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1983) yang menyatakan bahawa satu daripada elemen kecerdasan manusia ialah elemen muzik.

(5)

Sementelahan, kajian ini juga dapat menimbulkan persekitaran sekolah yang mesra ilmu apabila guru-guru bahasa dapat berkolaborasi untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah. Sebagai contoh, guru Bahasa Malaysia akan dapat berkongsi teknik ini dengan guru-guru bahasa yang lain seperti guru subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Cina mahupun Bahasa Kadazan Dusun. Natijahnya, peratus lulus sekolah dalam subjek yang melibatkan bahasa terutamanya subjek Bahasa Malaysia dapat ditingkatkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Hal yang demikian kerana kelemahan penulisan dalam kalangan murid yang boleh dikategorikan sebagai pemulihan ini dapat diatasi.

Di samping itu, pihak kementerian juga pasti akan mendapat faedahnya. Menerusi kajian ini, berupaya menjadi penanda aras kepada kaedah dan teknik yang bersesuaian untuk meningkatkan asas kemahiran berbahasa amnya, dan kemahiran menulis khususnya. Sesungguhnya, kajian ini akan menjadi asas atau model kepada warga pendidik yang lain untuk menggunakan strategi berpusatkan murid yang berasaskan teknik didik hibur.

1.7 Limitasi Kajian

Dari segi konteks, kajian ini hanya mengkaji aplikasi aktiviti nyanyian terhadap penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, kajian ini tidak memberi gambaran yang tepat secara keseluruhan tentang permasalahan aspek-aspek penulisan yang lain kerana hanya berfokus kepada permasalahan mengeja huruf-huruf digraf dalam kalangan murid berkenaan. Kajian ini juga menilai impak penggunaan aktiviti nyanyian terhadap penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5, maka penyelidikan ini hanya melibatkan pelaksanaan aktiviti nyanyian sahaja. Maka, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain tidak diberikan perhatian dalam proses pengumpulan data.

Manakala dari aspek sampel pula, kajian ini hanya melibatkan 60 orang murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu iaitu murid berketurunan Cina di SJK (C) Chi Wen, W.P. Labuan. Kesemua murid berkenaan tidak dibezakan oleh tahap pencapaian akademik. Makna kata, kesemua sampel mempunyai tahap kecerdasan intelek dan pengetahuan sedia ada yang serupa. Oleh itu, dapatan kajian ini hanya merujuk kepada 60 orang murid tersebut sahaja dan hasilnya tidak berkesan untuk murid tahun lain kerana kajian ini dijalankan hanya untuk murid Tahun 5 sahaja. Selain itu, faktor jantina tidak dijadikan sebagai pemboleh ubah kajian. Justeru, perbandingan

(6)

antara jantina tidak dilakukan. Senarai nama murid turut dirahsiakan atas perkara-perkara yang tidak mendapat persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah demi menjaga sensitiviti dan keperibadian responden.

Di samping itu, pemilihan lagu, lirik, dan petikan teks yang bersesuaian dan tepat amat dititikberatkan untuk membantu pengkaji menganalisis kajian ini. Pemilihan bahan lain mungkin mempengaruhi tetapi tidak dikaji. Pemilihan bahan lain mungkin mempengaruhi tetapi tidak dikaji. Memandangkan kajian ini dilaksanakan di salah sebuah di kawasan bandar, maka faktor latar belakang responden yang berasal dari bandar memberikan gambaran yang jelas betapa hasil dapatan mungkin berbeza jika dilaksanakan di sekolah luar bandar atau pinggir bandar.

KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan

Aktiviti nyanyian amat berkait rapat dengan elemen penggabungjalinan seni muzik dalam pendidikan. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (1983), menjelaskan bahawa muzik merupakan satu daripada tujuh kecerdasan yang ada pada seseorang.

2.2 Kajian-kajian Lepas

2.2.1 Kajian tentang Kepentingan Kemahiran Menulis dalam kalangan Murid

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) menjelaskan bahawa selepas fasa pertama Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M.

2.2.2 Kajian tentang Kepentingan Menguasai Ejaan Digraf

Hasil kajian Mazni (2008) menyatakan bahawa selain menyebut perkataan yang bersuku kata terbuka atau suku kata tertutup, kelemahan lain yang selalu dihadapi pelajar ialah menyebut suku kata yang mempunyai huruf konsonan yang bergabung atau digraf. Mereka akan terkial-kial untuk menyebut perkataan tersebut. Mazni (2008) juga menyatakan bahawa kegagalan pelajar menguasai kemahiran menyebut suku kata yang mempunyai konsonan bergabung ini mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan seterusnya tidak dapat membaca dengan lancar.

2.2.3 Kajian tentang Kepentingan Penggabungjalinan Muzik dalam Pendidikan

Kamarudin (1999) melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik. Selain itu, Liew dan Nani (2003) berpendapat aktiviti pembelajaran

(7)

muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Menyentuh aspek yang sama, Lucy (2007) menyatakan bahawa muzik memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak.

2.2.4 Kajian tentang Kepentingan Teknik Didik Hibur

Menurut Azizul (2009), didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan dan berpantun. Buktinya, Lucy (2007) menyatakan bahawa nyanyian merupakan aktiviti yang paling digemari dan menyeronokkan bagi kanak-kanak kerana mereka dapat meluahkan perasaan melalui lirik dan bait-bait lagu yang dinyanyikan.

2.2.5 Kajian tentang Kepentingan Penggunaan ICT dalam Pendidikan

Sebenarnya, penggunaan ICT amat bertepatan dengan Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura yang menjelaskan bahawa pembelajaran kanak-kanak akan lebih bermakna melalui pengamatan dan peniruan atas setiap apa-apa yang diajar oleh guru. Bertitik tolak dari hal ini, Koschman (dalam S. Nathesan, 2010) menyatakan bahawa perisian komputer yang interaktif dan dinamik dapat menggalakkan pembelajaran. Sementara itu, berdasarkan penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar (dalam S.Nathesan, 2010), konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperoleh oleh manusia, 75% diperoleh melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa, dan 3% daripada deria bau.

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk Kajian Kuasi-Eksperimen yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Hal ini disebabkan Kajian Kuasi-Eksperimen ialah penyelidikan yang bermatlamat untuk menilai keberkesanan suatu program apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak (Chua, 2010). Justeru, reka bentuk Kajian Kuasi-Eksperimen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Pra-Pasca Kumpulan-kumpulan Tidak Serupa iaitu reka bentuk yang paling popular digunakan dalam kajian keberkesanan terutama bidang pendidikan (Chua, 2010). Reka bentuk ini dipilih kerana kajian ini menggunakan kelas-kelas yang sedia ada iaitu subjek kajian bagi kumpulan rawatan dan kawalan tidak boleh dipilih secara rawak kerana terikat dengan peraturan yang telah

(8)

ditetapkan oleh pihak sekolah (Chua 2010) .

3.2 Populasi Kajian

Menurut Mohd. (2004), populasi dalam sesuatu kajian ialah merujuk kepada satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu atas sekumpulan individu atau objek. Oleh yang demikian perwakilan menyeluruh diperlukan dalam sesuatu kajian supaya gambaran sebenar populasi dapat diperolehi. Populasi kajian ini terdiri daripada murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu di SJK (C) Chi Wen, W.P. Labuan.

3.3 Pensampelan Kajian

Teknik pensampelan yang digunakan ialah pensampelan bertujuan. Seramai 60 orang murid Tahun 5 di sekolah tersebut terdiri daripada murid yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Pengkaji telah mengelompokkan murid kepada dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan adalah seramai 30 orang murid manakala kumpulan kawalan adalah seramai 30 orang. Kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Chua (2010) menyatakan bahawa dua kumpulan responden yang dipilih dalam Kajian Kuasi-Eksperimen mestilah tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini adalah seperti yang berikut :

Rajah 3.1 : Triangulasi Kajian 3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Langkah-langkah pelaksanaan keseluruhan kajian melibatkan suatu bentuk struktur pengumpulan data yang dirangka secara jelas dan bersistematik seperti yang terdapat dalam Rajah 3.2 :

Ujian Pra Dokumen Hasil Kerja Murid Ujian Pasca Temu bual Separa Berstruktur Triangula si

(9)

60 orang responden Kumpulan Rawatan : 30 orang responden Kumpulan Kawalan : 30 orang responden Ujian pra Kaedah pembelajaran berasaskan aktiviti nyanyian khas

Kaedah pembelajaran menggunakan aktiviti nyanyian secara konvensional

Ujian pasca

Analisis perbandingan dapatan dalam ujian pra dan ujian pasca

Rajah 3.2 : Prosedur Pengumpulan Data Kajian 3.6 Prosedur Analisis Data Kajian

Keempat-empat instrumen yang digunakan dalam kajian ini berfungsi untuk menganalisis data kajian yang diperoleh demi memenuhi kaedah penyelidikan yang menggunakan analisis kuantitatif. Analisis data kuantitatif iaitu frekuensi digunakan dalam menganalisis ujian pra dan ujian pasca. Frekuensi bagi ejaan yang betul akan menentukan peningkatan penguasaan ejaan digraf seterusnya membuktikan impak aktiviti nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran ejaan digraf. Setiap responden akan diberikan markah berdasarkan ejaan digraf yang tepat dalam ujian pra dan pasca.

Data kajian dikumpulkan, diproses serta dianalisis dengan menggunakan Statistik Berbantukan Komputer “Statical Package for the Social Sciences 22.2” (aturcara SPSS 22.2’ / Windows). Hasil kajian dibentangkan dalam bentuk deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai. Dalam reka bentuk kajian ini, analisis Ujian-T digunakan untuk menjawab hipotesis kajian. Skor min yang didapati akan menunjukkan keputusan sesuatu pernyataan bagi setiap kategori sama ada berada pada tahap tinggi, sederhana atau rendah. Sekiranya skor min menunjukkan berada dalam lingkungan tahap tinggi, maka pernyataan tersebut menunjukkan kaedah pembelajaran paling dominan dan sebaliknya.

Analisis kualitatif juga turut digunakan dalam kajian ini sebagai menyokong penganalisisan data secara kuantitatif. Menurut Rosinah (2011), pendekatan kualitatif digunakan untuk menghuraikan kenyataan, melengkapkan teori, dan menerangkan kejadian dengan menggunakan sampel yang kecil, analisis secara deskriptif, interaksi

(10)

bersemuka, dan interpretasi secara naratif.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 4.1 Analisis Sampel Kajian / Demografi Sampel

Bahagian ini melaporkan analisis latar belakang responden yang terdiri daripada jantina dan kaum. Kaedah kekerapan dan peratusan digunakan untuk menganalisis latar belakang responden.

Jadual 4.1 : Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jantina

Jantina Frekuensi Peratus (%)

Lelaki 30 50

Perempuan 30 50

Jumlah 60 100

Jadual 4.2 : Latar Belakang Responden Mengikut Kaum

Kaum Frekuensi Peratus (%)

Melayu 0 0

Cina 60 100

India 0 0

Lain-lain 0 0

Jumlah 60 100

Teknik pensampelan bertujuan yang digunakan ke atas 60 orang sasaran telah mengelompokkan murid kepada dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kesemua sampel berkenaan dipilih berdasarkan pemerhatian, analisis dokumen, dan ujian diagnostik berbentuk imlak yang telah dilaksanakan.

Jadual 4.3 : Analisis Pola Kesalahan Responden dalam Ujian Diagnostik

Responden Huruf Digraf A1 A2 B1 B2 ‘ng’ pada suku kata akhir Ejaan Salah

*payug *dayun *petag *terbag

Ejaan Betul payung dayung petang terbang

‘ng’ pada suku kata tengah

Ejaan Salah

*pangil *jaggal *tunul *rogga

Ejaan Betul panggil janggal tunggul rongga

‘ny’ Ejaan Salah

*anam *nala *nani *yiru

Ejaan Betul anyam nyala nyanyi nyiru

‘sy’ Ejaan Salah

*sahdu *shair *shampu *siling

Ejaan Betul syahdu syair syampu syiling

‘kh’ Ejaan Salah

*kabar *kyalayak *kas *kayal

(11)

4.2 Hasil Kajian 1 :

Apakah penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu dengan menggunakan aktiviti nyanyian ?

Setelah membahagikan responden kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, ujian pra telah dilaksanakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data untuk memudahkan analisis perbandingan sebelum dan selepas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Hal yang demikian bagi menjawab objektif kajian yang pertama iaitu mengenal pasti penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu dengan menggunakan aktiviti nyanyian.

Jadual 4.4 : Skor Markah Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan dalam Ujian Pra

Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan

Sampel Ujian Pra Sampel Ujian Pra

Markah ( /50) Tahap Penguasaan Markah ( /50) Tahap Penguasaan A1 20 Lemah B1 11 Lemah A2 20 Lemah B2 19 Lemah

A3 19 Lemah B3 10 Sangat lemah

A4 10 Sangat lemah B4 12 Lemah

A5 4 Sangat lemah B5 16 Lemah

A6 7 Sangat lemah B6 18 Lemah

A7 3 Sangat lemah B7 12 Lemah

A8 15 Lemah B8 8 Sangat lemah

A9 17 Lemah B9 16 Lemah

A10 13 Lemah B10 17 Lemah

A11 13 Lemah B11 5 Sangat lemah

A12 9 Sangat lemah B12 10 Sangat lemah

A13 9 Sangat lemah B13 7 Sangat lemah

A14 11 Lemah B14 9 Sangat lemah

A15 19 Lemah B15 15 Lemah

A16 10 Sangat lemah B16 17 Lemah

A17 12 Lemah B17 14 Lemah

A18 16 Lemah B18 3 Sangat lemah

A19 18 Lemah B19 15 Lemah

A20 5 Sangat lemah B20 17 Lemah

A21 10 Sangat lemah B21 13 Lemah

A22 7 Sangat lemah B22 13 Lemah

A23 5 Sangat lemah B23 9 Sangat lemah

A24 18 Lemah B24 9 Sangat lemah

A25 18 Lemah B25 20 Lemah

A26 16 Lemah B26 19 Lemah

(12)

A28 4 Sangat lemah B28 10 Sangat lemah

A29 16 Lemah B29 4 Sangat lemah

A30 17 Lemah B30 20 Lemah

Skor min 12.39 Lemah Skor min 12.50 Lemah Indikator :

Julat Markah Tahap Penguasaan

0 – 10 Sangat lemah

11 – 20 Lemah

21 – 30 Sederhana

31 – 40 Baik

41 - 50 Cemerlang

Salah satu andaian untuk kaedah kajian Kuasi Eksperimen ialah kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam kajian adalah setara atau homogen pada peringkat awal kajian. Untuk memastikan andaian ini dipatuhi analisis statistik inferensi bagi ujian pra dilakukan. Pada ujian pra andaian adalah tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam kajian. Bagi menguji kehomogenan antara kumpulan kawalan dan rawatan, Ujian-T digunakan.

Keputusan Ujian-T ke atas kedua-dua pemboleh-pemboleh ubah bersandar kajian menunjukkan tiada perbezaan min yang signifikan antara kumpulan kawalan dan rawatan bagi ujian pra iaitu t(60) = 0.11, p = 0.91.

4.3 Hasil Kajian 2 :

Apakah impak aktiviti nyanyian terhadap penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu ?

Setelah menjalankan ujian pra terhadap kedua-dua kumpulan responden, Kajian Kuasi-Eksperimen yang melibatkan dua bentuk atau kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan untuk menjawab kedua-dua hipotesis kajian. Oleh hal yang demikian, instrumen kajian seperti analisis dokumen dan temu bual turut dilaksanakan ke atas responden pada sebelum, semasa, dan selepas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk menyokong data sekaligus mengukuhkan kebolehpercayaan kajian.

4.3.1 Pengajaran dan Pembelajaran Fasa 1 bagi Kumpulan Rawatan : Pengaplikasian Aktiviti Nyanyian Berbantukan Tayangan Televisyen Hasil daripada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam fasa satu, pengkaji mendapati bahawa responden mampu mengikuti aktiviti ini dengan amat baik apabila dapat mengisi tempat kosong pada lembaran kerja yang disediakan.

(13)

Makna kata, responden mempunyai koordinasi kemahiran mendengar dan menulis yang baik kerana mampu mengikuti tempo muzik dan perjalanan lirik lagu yang diperdengar. Sungguhpun begitu, masih terdapat responden yang gagal menguasai ejaan digraf yang tepat dalam sesetengah lirik lagu. Lantas, analisis penguasaan ejaan digraf dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran fasa 1 iaitu pengaplikasian aktiviti nyanyian berbantukan tayangan televisyen, dapatlah dijelaskan dalam jadual yang berikut :

Jadual 4.5 : Analisis Penguasaan Ejaan Digraf Responden dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Fasa 1 (Lagu 3)

bagi Kumpulan Rawatan

Ejaan Tepat Ejaan Responden

A9 A10 A11 A12

khabar *hkabar khabar khabar khabar

orang orang orang orang orang

kampung kampung kampung kampung kampung

semuanya semuanya *semuanaa semuanya semuanya janganlah *jaaganlah janganlah janganlah janganlah

senyap senyap senyap senyap senyap

kenyataan kenyataan kenyataan kenyataan *keyaataan

panjang panjang panjang panjang panjang

4.3.2 Pengajaran dan Pembelajaran Fasa 2 bagi Kumpulan Rawatan : Pengaplikasian Aktiviti Nyanyian Berbantukan Tutorial Pembelajaran

Hasil analisis dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran fasa satu, pengkaji mendapati aktiviti nyanyian berkesan dalam usaha membantu murid meningkatkan kemahiran menulis perkataan yang menggunakan huruf-huruf digraf dengan tepat. Lantaran itu, bagi meningkatkan lagi prestasi responden, pengkaji membuat penambahbaikan terhadap bahan bantu dalam fasa satu kepada tutorial pembelajaran. Hal yang demikian kerana pengkaji berpendapat bahawa seandainya responden diberikan masa yang mencukupi ditambah dengan alat bantu pendengaran yang membantu kemahiran mendengar responden, kesalahan ejaan digraf oleh responden dapat diminimumkan.

Pada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam fasa 2, sebanyak tiga buah lagu yang sama seperti fasa 1 telah digunakan dalam aktiviti nyanyian berkenaan. Cuma bezanya dalam fasa kedua ini, aktiviti nyanyian berbantukan tutorial pembelajaran telah dilaksanakan. Hal yang bertujuan untuk memudahkan pengkaji membuat analisis perbandingan secara relatif terhadap prestasi responden dalam kedua-dua fasa yang dijalankan.

(14)

Hasil daripada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran fasa kedua, pengkaji mendapati bahawa responden sudah dapat menggunakan teknik ini secara pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri, dan kadar kendiri. Jika pada fasa 1 dieja salah, kini telah dieja dengan tepat oleh responden.

Jadual 4.6 : Analisis Penguasaan Ejaan Digraf Responden dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Fasa 2 (Lagu 3)

Ejaan Tepat Ejaan Responden

A9 A10 A11 A12

Khabar khabar Khabar khabar khabar

Orang orang Orang orang orang

kampung kampung kampung kampung kampung

semuanya semuanya semuanya semuanya semuanya janganlah janganlah janganlah janganlah janganlah Senyap senyap Senyap senyap senyap kenyataan kenyataan kenyataan kenyataan kenyataan

Panjang panjang Panjang panjang panjang

Berdasarkan analisis penguasaan ejaan digraf responden dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran fasa kedua, responden dapat mengeja huruf-huruf digraf dengan tepat bagi ketiga-tiga lagu. Hal ini membuktikan bahawa teknik nyanyian telah membantu responden dalam menguasai kemahiran menulis perkataan yang menggunakan huruf-huruf digraf dengan tepat. Justeru, objektif kedua kajian iaitu mengenal pasti impak aktiviti nyanyian terhadap penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu telah dapat dicapai melalui peningkatan ketepatan ejaan perkataan bersuku kata digraf.

Jadual 4.7 : Analisis Perbandingan Penguasaan Ejaan Digraf Responden dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

antara Fasa 1 dan Fasa 2 Lagu Responden Pengajaran dan Pembelajaran

Fasa 1

Pengajaran dan Pembelajaran Fasa 2

Lagu 1

A1 Tiada kesalahan ejaan digraf. Tiada kesalahan ejaan digraf. A2 *kugegagam Tiada kesalahan ejaan digraf. A3 Tiada kesalahan ejaan digraf. Tiada kesalahan ejaan digraf. A4 *kugeaggam Tiada kesalahan ejaan digraf.

Lagu 2

A5 *seandainya Tiada kesalahan ejaan digraf. A6 Tiada kesalahan ejaan digraf. Tiada kesalahan ejaan digraf. A7 Tiada kesalahan ejaan digraf. Tiada kesalahan ejaan digraf. A8 Tiada kesalahan ejaan digraf. Tiada kesalahan ejaan digraf.

(15)

Lagu 3

A9 *hkabar *jaaganlah

Tiada kesalahan ejaan digraf.

A10 *semuanaa Tiada kesalahan ejaan digraf. A11 Tiada kesalahan ejaan digraf. Tiada kesalahan ejaan digraf. A12 *keyaataan Tiada kesalahan ejaan digraf.

4.4 Hasil Selepas Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Nyanyian

Setelah selesai melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan aktiviti nyanyian bagi kedua-dua kumpulan responden, ujian pasca telah dijalankan untuk mengenal pasti peningkatan penguasaan ejaan digraf dalam kalangan responden dengan menggunakan aktiviti nyanyian. Hal ini dilakukan dengan membandingkan prestasi responden pada sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (ujian pra) dan selepas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (ujian pasca) sekaligus mengukuhkan triangulasi kajian.

Jadual 4.8 : Skor Markah Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan dalam Ujian Pasca

Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan

Sampel Ujian Pasca Sampel Ujian Pasca

Markah ( /50) Tahap Penguasaan Markah ( /50) Tahap Penguasaan A1 50 Cemerlang B1 21 Sederhana A2 50 Cemerlang B2 23 Sederhana A3 49 Cemerlang B3 14 Lemah A4 47 Cemerlang B4 21 Sederhana A5 34 Baik B5 16 Lemah A6 37 Baik B6 26 Sederhana A7 33 Baik B7 17 Lemah A8 43 Cemerlang B8 11 Lemah A9 42 Cemerlang B9 22 Sederhana

A10 47 Cemerlang B10 24 Sederhana

A11 49 Cemerlang B11 11 Lemah

A12 48 Cemerlang B12 25 Sederhana

A13 36 Baik B13 17 Lemah

A14 39 Baik B14 19 Lemah

A15 50 Cemerlang B15 15 Lemah

A16 48 Cemerlang B16 17 Lemah

A17 49 Cemerlang B17 24 Sederhana

A18 46 Cemerlang B18 9 Sangat lemah

A19 47 Cemerlang B19 22 Sederhana

A20 37 Baik B20 27 Sederhana

(16)

A22 33 Baik B22 13 Lemah

A23 39 Baik B23 19 Lemah

A24 46 Cemerlang B24 11 Lemah

A25 50 Cemerlang B25 23 Sederhana

A26 49 Cemerlang B26 26 Sederhana

A27 45 Cemerlang B27 12 Lemah

A28 39 Baik B28 13 Lemah

A29 43 Cemerlang B29 7 Sangat lemah

A30 50 Cemerlang B30 25 Sederhana

Skor min 44.03 Cemerlang Skor min 18.13 Lemah Jadual 4.9 : Min, Sisihan Piawai dan Tahap bagi

Pemboleh Ubah Kajian untuk Kumpulan Kawalan dan Rawatan dalam Ujian Pasca

Pemboleh Ubah Bersandar

Kumpulan Min Sisihan Piawai Tahap

Kaedah Pembelajaran Konvensional Rawatan 4.03 1.16 Tinggi Kaedah Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Nyanyian Kawalan 3.77 1.26 Sederhana

Jadual 4.9 memaparkan secara keseluruhan tahap bagi pemboleh ubah kajian untuk kumpulan kawalan dan rawatan bagi ujian pasca. Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan aktiviti nyanyian bagi kumpulan rawatan berada pada tahap tinggi. Manakala bagi kumpulan kawalan pula berada pada tahap sederhana.

Jadual 4.10 : Keputusan Ujian-T bagi Ujian Pasca Pemboleh

Ubah Bersandar

df t P Keputusan Hipotesis Rumusan

Kaedah Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Nyanyian 156.00 -2.47 0.02 Terdapat perbezaan min yang signifikan Ho1 dan Ho2 Hipotesis ditolak

Jadual 4.10 menunjukkan keputusan Ujian-T ke atas pemboleh ubah bersandar kaedah pembelajaran berasaskan aktiviti nyanyian untuk kumpulan kawalan dan rawatan bagi ujian pasca. Terdapat perbezaan min yang signifikan antara kedua-dua kumpulan bagi ujian pasca iaitu t(60) = -2.47, p = 0.02, dengan ini kedua-dua hipotesis

(17)

ditolak.

Berdasarkan analisis dokumen bagi kelima-lima kes ejaan digraf dalam ujian pasca, dapatlah dikatakan bahawa aktiviti nyanyian telah memberikan impak terhadap penguasaan kemahiran menulis perkataan yang menggunakan huruf-huruf digraf dalam kalangan responden sekaligus menjawab soalan kajian yang kedua. Peningkatan yang ditunjukkan oleh responden dalam ujian pasca ini telah menjadi indikator bahawa aplikasi aktiviti nyanyian yang dijalankan terhadap responden telah meningkatkan penguasaan ejaan digraf mereka.

PERBINCANGAN 5.1 Perbincangan Hasil Kajian

Perbincangan hasil kajian dibuat secara berperingkat berdasarkan hipotesisi kajian dengan merujuk kepada kedua-dua pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh pengkaji dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

5.1.1 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Fasa Pertama :

Pengaplikasian Aktiviti Nyanyian Berbantukan Tayangan Televisyen

Pengkaji telah menggunakan tayangan televisyen sebagai bahan bantu belajar dalam pengaplikasian aktiviti nyanyian pada fasa pertama kajian. Tujuan pengkaji menggunakan tayangan televisyen adalah untuk membolehkan responden membaca dan menyanyikan lirik lagu yang dipaparkan menerusi tayangan televisyen. Sementelahan, penggunaan bahan audio seperti speaker telah membantu responden untuk mendengar dan mengamati kejelasan sebutan malah dapat mengetahui ejaan yang tepat bagi perkataan-perkataan yang bersuku kata digraf. Meskipun berlaku peningkatan penguasaan ejaan digraf antara ujian pra dan analisis dokumen hasil kerja murid pada fasa pertama pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, namun masih terdapat perkataan-perkataan bersuku kata digraf yang dieja salah oleh responden dalam lembaran set jawapan bagi ketiga-tiga lagu pada fasa pertama ini.

Setelah pengkaji membuat refleksi semula, pengkaji berpendapat bahawa responden memerlukan masa yang mencukupi untuk mendengar dan mengamati setiap sebutan perkataan bersuku kata digraf dalam lirik lagu yang dipaparkan untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan iaitu penulisan ejaan digraf yang tepat. Oleh itu, pengkaji meneruskan kajian dengan menggunakan tutorial pembelajaran sebagai medium atau bahan bantu belajar bagi responden pada fasa kedua pelaksanaan

(18)

pengajaran dan pembelajaran. Hal yang demikian kerana pengkaji ingin menilai impak kaedah pembelajaran dalam kedua-dua kumpulan responden mencapai objektif kajian ini.

5.1.2 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Fasa Kedua :

Pengaplikasian Aktiviti Nyanyian Berbantukan Tutorial Pembelajaran

Pada fasa kedua, pengkaji berusaha untuk mengatasi masalah penulisan ejaan digraf responden dengan menggunakan tutorial pembelajaran sebagai bahan bantu belajar untuk melaksanakan aktiviti nyanyian. Selain daripada penggunaan alat bantu mendengar yang dapat membantu responden untuk mengamati kejelasan sebutan bagi perkataan-perkataan bersuku kata digraf, responden juga mempunyai ruang dan peluang untuk menggunakan tutorial pembelajaran secara optimum iaitu kebebasan untuk mengulang siar lagu-lagu yang terdapat dalam tutorial pembelajaran yang disediakan oleh pengkaji bagi tujuan mengamati dan mendengar lirik lagu yang dipaparkan.

Setelah membuat analisis data, pengkaji mendapati majoriti responden dapat mengeja dan menulis perkataan-perkataan bersuku kata digraf dengan tepat dalam lembaran set jawapan yang disediakan. Lantas, perkembangan positif ini membuktikan bahawa penguasaan ejaan digraf dalam kalangan responden telah meningkat lalu menjawab soalan kajian yang kedua iaitu impak positif aktiviti nyanyian terhadap penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid. Walau bagaimanapun, latihan yang berterusan amat diperlukan untuk memantapkan penguasaan ejaan digraf dalam kalangan responden.

Secara keseluruhannya, responden daripada kumpulan rawatan berjaya menunjukkan peningkatan penguasaan ejaan digraf menerusi dapatan kajian pada fasa pertama, fasa kedua, ujian pasca, dan analisis dokumen selepas pelaksanaan kajian. Pada peringkat awal, tahap penguasaan ejaan digraf dalam kalangan responden berada pada tahap yang lemah dalam ujian diagnostik dan ujian pra iaitu sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, unjuran positif selepas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran membuktikan bahawa aktiviti nyanyian dapat meningkatkan penguasaan ejaan digraf sekaligus menjawab soalan kajian yang telah dikemukakan.

Maka, benarlah pendapat yang dikemukakan oleh Kamarudin (1999) yang menyatakan bahawa aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang

(19)

menarik. Hal ini amat bertepatan dengan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (1983), menjelaskan bahawa muzik merupakan satu daripada tujuh kecerdasan yang ada pada seseorang. Hal yang demikian selari dengan komentar Lucy (2007) menyatakan bahawa muzik memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui muzik, kanak-kanak menimba keseronokan, luahan perasaan, keseimbangan emosi, kefahaman diri yang positif, berdisiplin, dan menghargai apresiasi seni muzik. Apabila elemen didik hibur dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi intrinsik dalam kalangan murid akan dapat ditingkatkan.

5.2 Implikasi Kajian

Implikasi kajian ini boleh dibahagikan kepada 4 implikasi utama iaitu implikasi kepada kumpulan sasaran, pengkaji, warga pendidik, dan pembuat dasar.

Pertama, implikasi kepada kumpulan sasaran iaitu murid akan berasa seronok dengan strategi pengajaran berpusatkan murid hatta aktiviti nyanyian ini menggabungjalinkan elemen didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini disokong oleh komentar Azizul (2009), didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokus kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan, dan berpantun. Melalui pembelajaran yang menyeronokkan akan dapat meningkatkan motivasi intrinsik dalam kalangan murid untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kedua, pengkaji juga turut mendapat impak yang positif hasil daripada pelaksanaan kajian ini iaitu pengkaji dapat mempelbagaikan strategi, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran demi mencapai pembelajaran yang menyeronokkan dalam kalangan murid. Natijahnya, strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid seperti aktiviti menyanyi akan dapat meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa sekaligus meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Hal yang demikian amat bertepatan dengan pendapat Lucy (2007) yang menyatakan bahawa nyanyian merupakan aktiviti yang paling digemari dan menyeronokkan bagi kanak-kanak kerana mereka dapat meluahkan perasaan melalui lirik dan bait-bait lagu yang dinyanyikan.

Ketiga, warga pendidik turut mendapat impak hasil daripada kajian ini iaitu dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra ilmu apabila guru-guru bahasa akan bekerjasama untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah. Sebagai contoh, guru Bahasa Malaysia akan dapat berkongsi teknik ini dengan guru-guru bahasa yang lain seperti guru subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Cina mahupun Bahasa

(20)

Kadazan Dusun. Natijahnya, peratus lulus sekolah dalam subjek yang melibatkan bahasa terutamanya subjek Bahasa Malaysia dapat ditingkatkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Hal yang demikian kerana kelemahan penulisan dalam kalangan murid yang boleh dikategorikan sebagai pemulihan ini dapat diatasi. Tambahan pula, teknik ini akan meningkatkan motivasi para pendidik untuk mengajar dengan menggunakan teknik baharu yang lebih seronok berbanding teknik lama yang kurang berkesan.

Keempat, teknik ini akan memberikan implikasi yang positif kepada pembuat dasar iaitu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia apabila prosedur dalam aktiviti nyanyian yang digunakan dapat dijadikan asas atau model untuk mengatasi masalah ejaan digraf dalam kalangan murid terutama bagi tujuan literasi bahasa seterusnya membantu pencapaian murid pemulihan dalam Ujian LINUS. Hal yang demikian kerana kajian ini berupaya menjadi penanda aras kepada kaedah dan teknik yang bersesuaian untuk meningkatkan asas kemahiran berbahasa amnya, dan kemahiran menulis khususnya.

Sesungguhnya, kajian ini akan memberikan pelbagai implikasi yang positif kepada banyak pihak termasuklah kumpulan sasaran, pengkaji, warga pendidik, dan pembuat dasar.

5.3 Cadangan Kajian Akan Datang

Berikut merupakan cadangan pengkaji untuk kajian seterusnya :

i. Melanjutkan fasa kajian agar semua responden semakin menguasai ejaan digraf yang tepat.

ii. Menyediakan lebih banyak lagu agar responden dapat didedahkan dengan pelbagai perkataan bersuku kata digraf.

iii. Aktiviti nyanyian juga sesuai digunakan untuk meningkatkan penguasaan ejaan diftong, vokal berganding, dan konsonan bergabung dalam kalangan murid.

iv. Aktiviti nyanyian juga boleh dilaksanakan dengan penggunaan paparan LCD sebagai bahan bantu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

5.4 Rumusan

Merujuk dapatan hasil analisis terhadap pelaksanaan kajian ini, pengkaji mendapati kedua-dua objektif kajian telah dapat dicapai. Sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, tahap penguasaan ejaan digraf dalam kalangan responden berada pada

(21)

tahap yang lemah sekaligus menjawab objektif kajian yang pertama iaitu mengenal pasti penguasaan kemahiran menulis perkataan yang menggunakan huruf-huruf digraf dalam kalangan murid Tahun 5 yang bukan penutur jati bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya, peningkatan kemahiran menulis perkataan yang menggunakan huruf-huruf digraf dengan tepat membuktikan bahawa aktiviti nyanyian dapat meningkatkan penguasaan ejaan digraf dalam kalangan responden. Hal ini disokong oleh pendapat Reid (2001) menyatakan bahawa aktiviti persembahan dan kemahiran mendengar, muzik dapat memperkembang minda, semangat, dan seluruh anggota badan. Tambahan pula, muzik berupaya untuk merangsang ekspresi, kreativiti konsentrasi, dan harga diri. Kanak-kanak memerlukan muzik untuk menjadi terpelajar di dalam persekitaran yang baik.

Sebaliknya, kaedah pembelajaran secara konvensional ternyata kurang membantu meningkatkan penguasaan ejaan digraf dalam kalangan murid. Hal ini didorong oleh sifat dan prinsip kaedah ini yang menekankan aspek pengulangan tanpa menekankan prinsip ansur maju dalam perkembangan teknik pengajaran. Hal yang demikian kerana kaedah ini agak membosankan dan tidak berstruktur, lantas melemahkan motivasi intrinsik dalam kalangan murid. Makna kata, struktur dan prinsip pelaksanaan aktiviti dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran juga dilihat memainkan peranan penting dalam meningkatkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam kalangan murid.

Konklusinya, pelaksanaan kajian ini telah banyak memberi faedah dan manfaat kepada pengkaji terutama dalam usaha meningkatkan amalan kendiri pengkaji dalam menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bagi mengubah satu kebiasaan yang salah dalam proses pembelajaran kanak-kanak, murid-murid memerlukan satu proses pembelajaran yang menyeronokkan di samping galakan dan dorongan yang berterusan oleh guru bagi meningkatkan motivasi intrinsik dalam kalangan murid.

RUJUKAN Sumber Buku :

Abdul Hamid Mahmood. (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim.

(22)

: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak. (2001). Pendidikan Prasekolah untuk Guru. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.

Chandra, J. (2009). Kreativitas. Yogjakarta : Penerbit Kanisius.

Chua Yan Piaw. (2010). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Gardner, H. (1983). Frames of Mind : The Theory of Multiple Intelligences. New York : Basic Books.

Gay, L.R dan Airasian, P. (2000). Educational research : Competencies for analysis and application. Ed ke-6. New Jersey : Merrill.

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. (1987). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruddin Hj. Husin. (1999). Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Levine, M. (2004). The Myth of Laziness. New York : Simon & Schuster.

Marohaini Yussoff. (2001). Penyelidikan Kualitatif, Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur:UniversitiMalaya

Hjh Noresah bt. Baharom et al, (pnyt). (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran. (2004). Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu dalam Kalangan Guru Pelatih. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Reid, S. (1991). How to Develop Your Child’s Musical Gifts and Talents. New York. Contemporary Books.

Roselan Baki. (2006). Teaching:Lets Do It Light and Easy. Malaysian International Conference for English Language Teachers (MICELT 2006). Melaka:Equatorial Hotel.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur : Freemind Horizns Sdn. Bhd.

S. Nathesan. (2010). Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber Jurnal :

Azizul Rahman Abd. Rahman. (2009). Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia.Dewan Siswa (Bonus) 10: 2-3.

Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(23)

Pengajaran Bahasa Malaysia” dlm. Jurnal Bahasa 24:6.

Supki Haji Sidek. (1988). “Beberapa Aspek Pengajaran Perbendaharaan Kata” dlm. Dewan Bahasa 32:11, hlm 727-738.

Sumber Kajian :

Lamb, S dan Gregory, A. (2003). The Relationship Between Music dan Reading in Readers. Educational Psychology. 13, no. 1.

Liew Ai Lin & Nani Menon. (2003). Muzik dan Pergerakan. Dalam Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (ed.). Panduan Kurikulum Prasekolah. Bentong Pahang : PTS Publication & Distributors. 194-211.

Lucy Gawis. (2007). Cabaran Guru dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Muzik dalam Kurikulum Persekolahan. Kota Kinabalu : Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah.

Mazni Bin Othman. (2008). Kajian Mengatasi Kelemahan Menyebut Perkataan yang Melibatkan Konsonan Bergabung (Digraf). Ipoh : Jabatan Pelajaran Perak. Mohamad Ariff Abdullah Lau. (2010). Kaedah KELAK. Kota Kinabalu : Institut

Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Mohd Safea Bin Mohamad. (2002). Lirik dan Muzik Lagu Kanak-kanak serta Kepentingannya dalam Pendidikan Prasekolah dari Persepsi Guru. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rajesvari a/p Ramasamy. (2008). Kajian Masalah Disleksia dalam kalangan Murid-murid Pemulihan di Sekolah Rendah Pulau Pinang. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Tiong, L.L., dan Zaidatun Tasir. (2004). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca Menerusi Lagu dan Muzik Berasaskan Komputer Bagi Murid Tahun Satu. Johor : Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga