• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bangkit dan Bersinar!

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bangkit dan Bersinar!"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

“Itulah sebabnya dikatakan: ‘Bangunlah, hai kamu yang tidur dan bangkitlah dari antara orang mati dan Kristus akan bercahaya atas

kamu.’”(Efesus 5:14)

Tidur? Apakah maksud seorang Kristian itu sedang tidur?

Orang yang sedang tidur tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia tidak

mendengar atau melihat. Dia tidak berjalan atau bergerak. Dia tidak bercakap. Dia seperti orang mati.

“Tidur sebentar lagi, mengantuk sebentar lagi, melipat tangan sebentar lagi untuk tinggal berbaring -- maka datanglah kemiskinan kepadamu seperti seorang penyerbu, dan kekurangan seperti orang yang bersenjata.” (Amsal 6:10,11)

Kekayaan rohani dan kekayaan dalam Kristus akan dirompak dari kita ketika kita terus tertidur. Hak untuk mengamalkan iman kita kini sedang dicabar. Anak-anak kita telah diambil dan diubah. Namun, masih ramai di antara kita yang masih tidur.

Hai Gereja Tuhan, bangkitlah dari tidur! Mulalah berjalan mengikut kehendak-Nya. Dan semoga kita tidak tidur diam lagi, lebih-lebih lagi di saat ketika Gereja Tuhan sedang menghadapi pelbagai cabaran.

Berita Rakan Penabur

ialah penerbitan elektronik yang mengandungi berita dan maklumat tentang pelayanan serta bahan sumber Kristian BM yang baru.

Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd

P.O.Box: 8327, Kelana Jaya Post Office 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987

Email: wawasan.penabur@gmail.com Website: www.wawasanpenabur.org

Julai - September 2013

Bangkit dan Bersinar!

Bangkitlah, menjadi teranglah, sebab terangmu datang, dan kemuliaan TUHAN terbit atasmu. Sebab sesungguhnya, kegelapan menutupi bumi, dan kekelaman menutupi bangsa-bangsa; tetapi terang TUHAN terbit atasmu, dan

kemuliaan-Nya menjadi nyata atasmu. Bangsa-bangsa berduyun-duyun datang kepada terangmu, dan raja-raja kepada cahaya yang terbit bagimu.

(Yesaya 60:1-3. TB-LAI) Satu Panggilan untuk Bangkit dan Bersinar

Seminar Bangkit & Bersinar (SBB) merupakan aktiviti utama Wawasan Penabur

pada suku tahun yang lepas. Kami bermula dengan SBB@Kota Kinabalu pada 7 September (dengan 250 peserta), diikuti dengan SBB@Petaling Jaya pada 28 September (460 peserta).

Anjuran bersama dengan Pastors Fellowship Kota Kinabalu (PFKK), Gerempong Kristen Jaku Iban (G-KRIS, Persekutuan Kristian Berbahasa Iban), Scripture Union Semenanjung Malaysia (SUPM) dan Teachers Christian Fellowship (TCF,

Persekutuan Guru-guru Kristian), SBB bertujuan untuk mencabar gereja BM di Malaysia untuk bangkit dan bersinar di tengah-tengah arus cabaran yang kita hadapi. “Bangkit dan bersinar” sebenarnya adalah satu panggilan untuk bangun bagi tentera, di mana setiap pagi mereka dimestikan untuk bangkit kemudian mengelap kasut mereka sehingga bersinar.

Keperluan untuk Bangkit dan Bersinar

Melihat kepada situasi semasa, adalah jelas bahawa sang musuh sedang berusaha keras (musuh kita bukan bentuk daging dan darah - Efesus 6:12) untuk cuba menguasai negara ini melalui penguasa-penguasa, dan untuk menolak setiap prinsip takut akan Tuhan di negara ini. Jika Gereja di Malaysia tidak bangkit dan menjadi sesuai dengan panggilan Allah terhadap kita, negara ini akan menjunam ke dalam kegelapan.

Kedua-dua SBB di KK dan PJ bersetuju untuk satu perkara: kita perlu memberi perhatian yang serius kepada generasi pelapis kita, kerana mereka adalah pemimpin masa hadapan gereja. Kita mungkin tidak sedar bahawa dari peringkat pra-sekolah hingga ke

pengajian tinggi, anak-anak kita sudah pun menjadi sasaran suatu usaha pengislaman yang sangat sistematik. Kanak-kanak dan belia Kristian berbahasa Malaysialah yang berisiko tinggi. Walaupun Gereja tidak boleh menghentikan pencerobohan ini, ia boleh merancang langkah-langkah tindak balas secara strategik.

(2)

Tadika Kristian di Pedalaman Majoriti orang-orang Kristian pribumi Sabah, Sarawak dan Orang Asli berada di kawasan luar bandar. Kita tidak perlu mengulangi apa yang telah dilakukan oleh gereja tempatan apabila kita ingin menangani masalah tadika di luar bandar. Sudah ada beberapa gereja dan organisasi yang menjalankan pelayanan tadika Kristian di kawasan pedalaman, dan kita boleh bekerjasama dengan mereka serta menyalurkan bantuan kita kepada mereka. Kalau dahulu kita mengeluh tentang

kanak-kanak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai pilihan kecuali ke Taska dan Tadika KEMAS, kini kita sudah mempunyai alternatif. Di dalam Kerajaan Allah, tembok denominasi harus diruntuhkan. SBB telah menyediakan platform yang baik untuk gereja-gereja dan organisasi Kristian dari lintas denominasi untuk bekerja bagi satu tujuan yang baik, iaitu penubuhan tadika-tadika Kristian di pedalaman.

Di Malaysia, pendidikan tadika adalah satu program tak formal yang fleksibel untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 5 tahun. Tempoh

persekolahan adalah di antara satu hingga dua tahun, bergantung kepada keperluan ibu bapa. Di kawasan pedalaman di mana orang ramai umumnya lebih miskin, kelas-kelas tadika yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti KEMAS telah memberi akses peluang pendidikan tadika secara percuma atau dengan bayaran minimum kepada kanak-kanak daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Walaupun tidak ada yang jahat tentang tadika-tadika KEMAS ini, masalahnya terletak pada "rancangan besar" kurikulum pendidikan negara kita, di mana kanak-kanak (termasuk kanak-kanak bukan Islam) dengan sengaja didedahkan kepada dengan doktrin, akidah, ibadah dan muamalah Islam bermula dari usia yang sangat muda. Lebih daripada 90% guru-guru KEMAS (dikenali sebagai Pemaju Masyarakat atau penggerak komuniti) adalah Muslim. Mereka mempunyai kawalan penuh dalam memperkenalkan ajaran serta nilai-nilai Islam dalam pendidikan rohani kanak-kanak ini.

Jadual 1: Taska & Tadika KEMAS, 2012

Taska Tadika Jumlah Kelas

Jumlah Pemaju Masyarakat

Sabah 630 26,281 1,061 1,089

Sarawak 695 21,399 1,166 1,098 Sumber: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) www.rurallink.gov.my

Menurut Banci Penduuk 2010, peratusan Kristian di Sabah adalah 26.6% dan 42.6% di Sarawak. Jadi, dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 6,990 kanak-Kanak Kristian di Sabah dan 9,116 di Sarawak yang belajar di tadika KEMAS. Angka ini mungkin lebih tinggi kerana kebanyakan tadika KEMAS terletak di kampung-kampung Kristian dan rumah-rumah panjang di pedalaman.

Jadual 2: Jumlah Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan, 2012

Pra-Sekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Bandar Luar Bandar Bandar Luar Bandar Bandar Luar Bandar Sabah 55 788 112 958 62 152 Labuan 14 - 17 - 9 - Sarawak 111 966 176 1088 65 119 Sumber: Perangkaan Pendidikan Malaysia 2012

Kajian menunjukkan bahawa dalam seminggu, seorang kanak-kanak Kristian menghabiskan 60% daripada masanya di rumah, 38% di sekolah, dan hanya 2% di Sekolah Minggu. Apa yang mereka belajar dari sekolah (atau tadika) akan membentuk sistem kepercayaan dan nilai hidup walaupun ia bertentangan dengan pegangan iman mereka! Goebbels, pengurus

perhubungan awam Hitler pernah berkata, “Jika anda terus menerus mengulangi satu pembohongan, ia akan menjadi satu kebenaran.”

Asrama Kristian di Pedalaman

Pencerobohan iman lebih membimbangkan di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. (Rujuk Berita Rakan Penabur Q3 2011 dan Q1&Q2 2013). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak laporan tentang bagaimana pelajar-pelajar Kristian yang diIslamkan, sama ada secara sedar atau tidak, secara rela atau dipaksa. Kebanyakan kes ini berlaku di asrama-asrama sekolah! Dilaporkan bahawa warden sebuah sekolah berasrama di Papar, Sabah merampas Alkitab daripada pelajar-pelajar Kristian dan melemparkannya ke dalam tong sampah sambil mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap Alkitab. Jadual 3: Jumlah Pelajar, 30hb Jun 2012

Pra Sekolah Sekolah Rendah Sekolah Menegah Teknik & Vokasional Jumlah Sabah 23,594 271,108 207,754 3,886 506,342 Labuan 645 7,753 6,307 410 15,115 Sarawak 26,683 259,663 210,686 3,529 500,561 Sumber: Perangkaan Pendidikan Malaysia 2012

Dengan menggunakan Banci Penduduk 2010, dianggarkan terdapat 134,687 orang pelajar Kristian di Sabah, 4,021 orang di Labuan dan 213,239 orang di Sarawak. Mereka semua

terdedah kepada pelbagai usaha giat pengislaman dan pencerobohan iman. Mendirikan asrama-asrama Kristian di kawasan pedalaman akan melindungi sebilangan besar daripada pelajar-pelajar Kristian ini. Tetapi ini akan hanya boleh berlaku jika gereja-gereja di kawasan bandar mula membiayai dan menyokong inisiatif itu.

Guru-Guru Kristian

Mengajar adalah salah satu panggilan pekerjaan yang tinggi dari Allah kepada anak-anak-Nya (Yakobus 3:1). Oleh itu, seorang guru Kristian harus mengajar kebenaran dengan keyakinan dan tidak membenarkan pembohongan Iblis untuk disemai di dalam kelas-kelasnya, supaya jiwa-jiwa muda tidak disesatkan.

(3)

Walau bagaimanapun, ramai guru-guru Kristian kita menghadapi ugutan dan intimidasi. Sebagai contoh, seorang guru Kristian dari SMK Beluran, Sandakan yang berani telah dipindahkan ke kawasan pedalaman kerana dia menegur seorang ustaz yang selalu menghina Kristian dalam kelas Pendidikan Moralnya. Guru-guru Kristian juga menghadapi pelbagai tentangan apabila mereka cuba untuk memulakan persekutuan Kristian di sekolah mereka.

Jadual 4: Jumlah Guru di Sekolah Kerajaan & Bantuan Kerajaan, 2012

Pra-Sekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah Sabah 923 24,383 15,135 40,441 Labuan 23 690 599 1,312 Sarawak 1,151 24,455 15,465 41,071 Sumber: Perangkaan Pendidikan Malaysia 2012

Daripada Banci Penduduk 2010, adalah dianggarkan bahawa terdapat 10,659 orang guru Kristian di Sabah, 349 orang di Labuan dan 17.496 orang di Sarawak.

Dengan jendela peluang yang kecil untuk memulakan Persatuan Agama Kristian di sekolah (sesuai dengan Surat Pekeliling KPM yang bertarikh 18 Mac 2011), para gereja dan ibu bapa memainkan peranan penting bersama-sama dengan guru-guru dan pelajar-pelajar dalam memastikan kanak-kanak dan belia kita diberi peluang untuk mengalami satu perubahan hidup melalui persekutun Kristian di sekolah.

Satu kajian di kalangan keluarga Kristian mendapati bahawa jika seorang ibu adalah satu-satunya yang bersungguh-sungguh dalam hubungannya dengan Tuhan, ada kemungkinan 30% anak-anaknya akan mengikuti jejak langkahnya. Sekiranya hanya bapa (sebagai ketua keluarga) sahaja yang serius tentang kehidupan rohani, ada kemungkinan 70% anak-anaknya akan juga serius dalam hubungan mereka dengan Tuhan. Tetapi jika kedua-dua ibu bapa sangat komited kepada iman mereka, maka ada kemungkinan 100% anak-anak mereka akan berjalan benar di hadapan Tuhan.

Pada hari ini, terdapat satu perlumbaan untuk memenang-kan jiwa-jiwa memenang-kanak-memenang-kanak dan belia pribumi Kristian. Pada hari kita mengadakan SBB@PJ, ada sebuah simposium di KL yang mengusulkan Bumiputera Sabah (dan Sarawak) yang telah memeluk Islam dijadikan sebagai bangsa "Melayu". Pada bulan Mei 2011, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa ada satu cubaan oleh Kementerian Pelajaran untuk menghantar 80,000 guru dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak sebagai sebahagian daripada rancangan pengislaman penduduk tempatan.

Ingatlah! Jika kita tidak berminat terhadap anak-anak dan belia kita, pihak sebelah SANGAT BERMINAT!

Satu Anak Satu Alkitab 2013

Kempen Satu Anak Satu Alkitab (SASA) 2013 telah dilancarkan

dalam satu Makan Malam Kesyukuran Wawasan Penabur yang sederhana pada 25hb Julai 2013. Sejumlah 120,000 naskah Alkitab Kanak-Kanak telah dicetak dan diedar sejak SASA 2011 dan SASA 2012. Masih ramai kanak-kanak di Sabah dan Sarawak yang masih belum memiliki Alkitab Kanak-Kanak.

Untuk SASA 2013 (meliputi tempoh Julai 2013 – Jun 2014), sasaran kami adalah untuk mencetak dan mengedar 100,000 naskah lagi ke pedalaman Sabah & Sarawak. Dengan cogan kata “Kini Setiap Kanak-Kanak Dapat Memiliki Alkitab”, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada Kempen ini.

Salurkan sumbangan anda ke akaun:

(4)

S

SBB@Petaling Jaya, 28 September 2013

Berita WP Dalam Gambar

Makan Malam Kesyukuran Wawasan Penabur

25

hb

Julai & 1

hb

Ogos 2013

Persekutuan dengan Berkongsikan SASA 2013

SIB Sabah, 6

hb

Sept 2013 di gereja-gereja

SBB@Kota Kinabalu

, 7

hb

September 2013

Pelancaran buku oleh Bishop Datuk Dr Thomas Tsen, Presiden Majlis Gereja-Gereja Malaysia dan Majlis Gereja-Gereja Sabah

Pelancaran buku oleh Bishop Datuk Ng Moon Hing

Persembahan kebudayaan Suku Penan Berdoa syafaat untuk gereja-gereja BM

(5)

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Ada banyak cara kita boleh bekerjasama dalam pelayanan menabur, menanam dan menyebar bahan sumber yang terbaik kepada gereja-gereja BM.

Membangun kesedaran dan menggalang dana. Saya

percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang. Saya ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif ini supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan gereja BM melalui tenaga, dana dan doa.

Terlibat dalam projek penulisan dan

penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam

pengembangan sumber BM dengan para penulis, penterjemah dan penerbit yang lain.

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan pelayanan Wawasan Penabur.

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur: RM __________________________ Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________ Alamat: ___________________________________________________________________________

Nombor Telefon : ____________________ (rumah) ______________________ (pejabat) ____________________ (telefon bimbit) ___________________ (fax)

Akaun Bank Kami:

(1) Public Bank, Kelana Jaya branch. Nom. Akaun: 3127674507

(2) CIMB Bank, Damansara Utama branch. Nom. Akaun: 1250 000 7114 058 (3) May Bank, USJ 10 branch. Nom. Akaun: 5623 6663 2813

Mensponsor“Kempen Satu Anak Satu Alkitab

2013” untuk Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Saya

percaya dengan pemberian saya, umat Kristian berbahasa Malaysia di Negara ini akan dapat diberkati.

Badan Penasihat

Rev Wong Fong Yang

Rev Danil Raut

Lim Heng Seng

Rev Datuk Jerry Dusing

Badan Pengurus (Penabur)

Chow Chee Yan

Roshan Thiran

Alfred R. Tais

Randy Singkee

Staf Wawasan Penabur

Randy Singkee

Jouslly Buaya

Steffisley Mosingki

Pelancaran Kempen

“Satu Anak Satu Alkitab untuk Sarawak” @Gereja BEM Pelita, Miri

17 November 2013, 7.30 malam

Bengkel Penulisan bersama Dr Miriam Adeney @New Creation Family Centre, Miri

18-21 November 2013

Staf baru WP Steffisley Mosingki Steffisley bergabung dengan di bulan Ogos sebagai seorang Penyunting. Dia adalah seorang Rungus dari Pitas Sabah, dan baru selesai Sarjana Muda Teologi dari Malaysia Bible Seminary.

Referensi

Dokumen terkait

1) Pertumbuhan daerah perkotaan yang terus menerus, termasuk sejumlah CBD dan pusat daerah pinggir kota dan regional, membutuhkan pelayanan transportasi yang

Lalu guru memberi instruksi dan mendemonstrasikan untuk anak melakukan kegiatan kirigami dengan tahapan dari melipat kertas lipat dengan 4 lipatan, membuat pola

(Analisis Framing Profiling Selebriti Kristiani pada rubrik Jumpa Bintang dalam Pemberitaan Majalah Rohani Populer Bahana.. periode Januari 2010 –

Pada proyek akhir ini merupakan salah satu cara untuk menambah layanan suatu jaringan lokal intranet di PCR yang berbasis digital dan sebagai media pendistribusian content TV

Video juga merupakan komponen penting dalam distance learning, suatu metode pengajaran yang tidak lagi terikat oleh ruang.Dalam upaya memenuhi kebutuhan peralatan

Pada saat pesan dikirimkan kepada SMS Receiver maka akan tampil sebuah Alert seperti dibawah ini untuk memberitahukan kepada user bahwa ia juga secara otomatis akan mengirimkan

Dari hasil wawancara yang dilakukan, dapat ditarik kesimpulan bahwa aktivitas-aktivitas pengendalian kualitas yang diterapkan PT “X” telah sesuai dengan

sains sebagai satu disiplin yang berakar umbi dalam tamadun Islam, yang mempunyai latar belakang sejarah, falsafah, dan pemikiran.  Ada kritikan terhadap Islamisasi sains oleh