• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN SUMBER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN SUMBER"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN

SUMBER KUASA GURU BESAR

(2)

Abstrak

(3)

BAB 1 MASALAH KAJIAN

1.1 PENGENALAN

Sistem pendidikan negara kita kini mengalami reformasi yang pesat dan ini mencerminkan satu hala tuju yang sedang beradaptasi dengan perubahan sosio ekonomi, kemajuan sains dan teknologi serta pembangunan tenaga manusia yang seiring dengan tuntutan globalisasi dunia. Justeru, sekolah sebagai satu organisasi pendidikan telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan Wawasan 2020.

Dunia pendidikan tidaklah drastik tetapi dunia pendidikan sentiasa berubah walaupun dalam kadar yang perlahan selaras dengan perubahan dunia global kini. Era teknologi maklumat telah menjanjikan pelbagai perubahan drastik kepada dunia pendidikan dan perubahan ini sekali gus mencabar para pendidik, para pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Justeru, sesebuah institusi pendidikan memerlukan pemimpin yang menggunakan sumber kuasa dengan betul dan cekap untuk menghadapi perubahan dunia pendidikan ini.

Guru besar, selaku pemimpin sekolah rendah merupakan pemangkin untuk aspirasi kebangsaan manakala guru-guru pula ialah agen untuk menjana perubahan pada peringkat sekolah. Dalam menyelesaikan masalah pentadbiran sekolah, seseorang guru besar berhadapan dengan pelbagai pilihan sumber kuasa. Seseorang guru besar harus sensitif terhadap penggunaan cara tindakan dalam menyelesaikan kebuntuan masalah. Pemilihan jenis sumber kuasa oleh guru besar membawa implikasi terhadap dimensi psikososial seperti konflik, kejayaan sesuatu program, kepercayaan serta pengaruh negatif dan positif.

(4)

daripada beberapa faktor yang mewujudkan suasana dan persekitaran kerja mereka di sekolah termasuklah penggunaan sumber kuasa pengurus sekolah (guru besar).

Guru besar sebagai pemimpin organisasi sekolah rendah seharusnya dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan berdasarkan sumber sumber kuasa yang ada padanya. Kuasa eksekutif yang ada padanya diperolehi dari dua cara iaitu kuasa yang diperturunkan bersama dengan jawatan dan kuasa yang diperoleh sendiri dalam proses perhubungannya dengan manusia lain (Tbrahim Mamat, 1998). Apabila seseorang itu berjaya memimpin, bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung pada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu (Shuhadah Yaacob, 2000).

Tindakan guru besar yang menggunakan sumber kuasa paksaan dalam menangani kemelut sekolah tidak akan mendapat sokongan dan seterusnya menjejaskan perhubungan guru besar dengan guru-guru. Keadaan ini akan turut menyumbangkan masalah yang pelbagai di sekolah akibat ketidakpatuhan arahan dan juga ketidakpuasan yang akan membawa kepada kemerosotan pencapaian prestasi akademik. Hubungan antara guru besar dengan para guru haruslah kongruen untuk meningkat etika profesion guru (Tang, 2003). Bertolak dari premis ini, alangkah baiknya jika sumber kuasa yang bersesuaian agar dapat meningkatkan etika profession guru. Maka kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar ke atas etika profesion guru di SJKC Yuk Hwa Tenom.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Kepimpinan dalam sesebuah organisasi adalah satu proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dengan orang yang dipimpinnya. Seseorang pemimpin biasanya mempunyai kewibawaan atau autoriti seperti yang ditentukan oleh pangkat atau taraf jawatan dalam hierarki organisasi. Contohnya guru besar yang dilantik sebagai pemimpin di sesebuah sekolah rendah mempunyai tanggungjawab dan kewibawaannya untuk menggerakkan segala arahan yang telah diamanahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Wibawa ini memberikan sah taraf atau legitimasi bagi seseorang pemimpin melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Wibawa biasanya dikaitkan dengan konsep kuasa dan ini membolehkan seseorang pemimpin bertindak mengarah dan membuat keputusan. Kuasa yang dihubungkaitkan dengan taraf, kedudukan atau hierarki organisasi adalah ditakrifkan sebagai kuasa sah.

(5)

organisasi sekolah, guru besar dilihat sebagai personaliti atau penggerak yang bertanggungjawab untuk mencapai kemajuan dan hasrat Negara. Oleh itu, diharapkan guru besar mampu membawa pelbagai perubahan dan kecemerlangan sekolah. Di sekolah, masalah yang sering dihadapi oleh guru besar adalah untuk memberi kepuasan dalam pelbagai perkara kepada guru-guru. Guru besar selaku pemimpin sekolah seharusnya peka dan berusaha memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelbagai perkara terutamanya yang melibatkan aspek kepuasan kerja kerana faktor komitmen guru adalah penting untuk meningkatkan mutu pendidikan dan kejayaan sesebuah sekolah.

Seseorang guru besar memerlukan kuasa untuk menggerakkan jentera pengurusannya seperti melaksanakan sesuatu dasar atau polisi, mengekalkan polisi, prosedur serta peraturan dan seterusnya meningkatkan produktiviti sesuatu oraganisasi. Penggunaan sumber kuasa guru besar dalam kajian ini adalah berdasarkan model sumber kuasa French dan Raven (1962). Model ini merangkumi lima jenis sumber kuasa , iaitu sumber kuasa ganjaran, sumber kuasa pakar, sumber kuasa rujukan, sumber kuasa sah, dan sumber kuasa paksaan.

Penggunaan sumber kuasa guru besar yang berhubung kait dengan kepuasan kerja guru perlu dikaji supaya ia mampu menghasilkan beberapa tindakan susulan mengenai keberkesanan kepimpinan mereka. Hal ini kerana kecemerlangan pelajar dalam pelbagai segi sama ada dari segi hal ehwal murid, kurikulum atau kokurikulum banyak bergantung kepada faktor kepuasan kerja guru.

Beberapa jenis sumber kuasa digunakan oleh seseorang guru besar dalam menguruskan pentadbiran sekolahnya. Contohnya pemilihan dan pemberian guru cemerlang merupakan hasil penggunaan sumber kuasa ganjaran. Para guru juga sentiasa mendapatkan khidmat nasihat dalam bentuk penggunaan sumber kuasa pakar daripada guru besar.

Kuasa berperanan mengukuhkan struktur sesebuah organisasi, memantapkan norma-normanya dan menjamin kesinambungannya. Tanpa kuasa tidak akan wujud organisasi dan tanpa kuasa tidak akan ada perintah. Dalam keadaan ini, kuasa hieraki diperlukan oleh guru besar untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin, pentadbir, dan pengurus di organisasi sekolahnya.

(6)

Menurut Tang (2003), harapan ibu bapa yang terlalu tinggi atas pencapaian akademik anak-anak mereka dan kejayaan seseorang guru besar dinilai atas pencapaian akademik muridnya dalam peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mengakibatkan para guru besar tidak ada pilihan lain, kuasa sah dan paksaan dalam pengurusan sekolah. Justeru, didapati kebanyakan guru besar di sekolah rendah cenderung untuk menggunakan kuasa sah dan kuasa paksaan dalam pengurusan sekolah diakibatkan oleh sistem pendidikan kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan atau penilaian. Guru besar sentiasa menggunakan kuasa sah dan paksaan bagi tujuan mencapai prestasi yang telah ditetapkan oleh kementerian atau Jabatan Pelajaran. Contohnya, guru besar telah menggunakan kuasa untuk membolehkan guru-guru bekerjasama dan bekerja keras ke arah mencapai target LINUS sebanyak 98% di peringkat negeri pada tahun ini.

Selain daripada itu, kurangnya pendedahan pengetahuan para guru besar terhadap jenis-jenis sumber kuasa, stail kepemimpinan, teori-teori organisasi, dan sebagainya mengakibatkan sebahagian guru besar tidak mengenal jenis sumber kuasa yang ada pada mereka. Apa yang mereka lebih kenali cuma kuasa sah yang wujud daripada jawatan mereka dan kuasa paksaan seperti arahan-arahan yang tegas, mereka tidak tahu masih terdapat tiga jenis sumber kuasa lain yang mereka boleh gunakan untuk meningkatkan etika profesion guru.

Guru besar yang merupakan pemimpin utama di sekolah perlulah berupaya mempengaruhi semua guru mendapat kepuasan kerja yang maksimum untuk melaksanakan program. Keadaan ini boleh dicapai jika guru besar menggunakan sumber kuasa dengan cekap dan betul yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-guru. Berdasarkan latar belakang kajian yang dikemukakan wujudnya masalah hubungan ketidakpuasan kerja dengan penggunaan sumber kuasa guru besar. Dalam kajian ini, isu utama yang hendak difokuskan adalah persepsi guru-guru mengenai penggunaan sumber kuasa guru besar yang memberi kepuasan kerja kepada mereka.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

i. Melihat persepsi guru-guru di SJKC Yuk Hwa Tenom terhadap penggunaan jenis sumber kuasa oleh guru besar dalam kepimpinannya untuk mencapai matlamat organisasinya. ii. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru-guru di SJKC Yuk Hwa Tenom.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

(7)

ketidakselesaan dan suasana kerja antara pemimpin sekolah dengan guru-guru diharap dapat dikurangkan agar usaha menjamin keberkesanan sekolah dapat dipertingkatkan. Keadaan ini memberikan kefahaman bahawa penggunaan kuasa guru besar dan keselesaan kerja guru di sekolah adalah amat penting untuk mewujudkan kerjasama yang erat dalam memacukan sekolah menuju ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai panduan yang bermanfaat kepada pengurusan pendidikan sebagai bahan rujukan untuk mengambil langkah-langkah pengukuhan dan peneguhan terhadap pengurusan sekolah. Maklum balas daripada kajian ini juga dapat membantu guru besar atau bakal guru besar untuk mengaplikasikan jenis sumber kuasa yang perlu diaplikasikan di sekolah bagi memastikan keselesaan dan kepuasan kerja guru bagi mewujudkan pengurusan sekolah yang lebih berkesan lagi. Maka diharapkan dapat membantu pihak pentadbiran sekolah, khususnya guru besar untuk menilai dan memperbaharui corak pengurusan mereka.

1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada sebuah sekolah biasa (bukan sekolah bestari) di daerah Tenom, Sabah. Hanya sebuah sekolah dipilih, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jumlah respoden yang terlibat ialah sembilan orang.

1.7 DEFINISI OPERASIONAL

1.7.1 SUMBER KUASA

Gaya atau cara seseorang ketua menggunakan sumber-sumber kuasa seperti kuasa rujukan, kuasa pakar, kuasa ganjaran, kuasa paksaan, dan kuasa sah untuk mengurus organisasi sekolah atau mengubah tingkah laku guru-guru supaya selaras dengan norma dan kehendak organisasi sekolah. (Tang & Ghani, 2007) Kuasa rujukan merujuk pada kebolehan guru besar mengawal tingkah laku guru kerana keinginan guru mengaitkan diri dengan guru besar dan punca kuasa. Kuasa pakar merujuk pada kebolehan seseorang guru besar mengawal serta mempengaruhi tingkah laku orang lain kerana pengetahuan, pengalaman, dan kemahirannya. Kuasa ganjaran ialah keupayaan untuk memberi ganjaran atau pengukuhan positif kepada subordinat berdasarkan prestasi kerja. Kuasa paksaan ialah kuasa menghukum, memecat atau menurunkan pangkat. Kuasa sah ialah keupayaan untuk melaksanakan autoriti yang ditugaskan dalam penghuraian kerja, gelaran jawatan, dan spesifikasi kerja.

(8)

Persepsi merupakan proses yang terjadi di dalam diri individu yang dimulai dengan diterimanya rangsang, sehingga rangsangan itu disedari oleh individu sehingga individu dapat mengenali dirinya sendiri dan keadaan di sekitarnya. Persepsi juga mengambarkan konteks kehidupan sosial, sehingga dikenali persepsi sosial. Persepsi sosial merupakan suatu proses yang terjadi dalam diri seseorang yang bertujuan untuk mengetahui, menginterpretasi, dan mengevolusi orang lain yang dipersepsikan, baik mengenai sifatnya, kualitasinya, ataupun keadaan lain yang ada dalam diri orang yang dipersepsikan sehingga terbentuk gambaran mengenai orang lain sebagai objek persepsi tersebut.

1.7.3 KEPUASAN KERJA

Kepuasan kerja merupakan hal yang bersifat individual. Setiap individu mempunyai tingkat kepuasan yang berbeda-beda, seperti yang didefinisikan oleh Kreitner & Kinicki (2005), bahwa kepuasan kerja sebagai efektivitas atau respons emosional terhadap pelbagai aspek pekerjaan. Definisi ini mengandung pengertian bahwa kepuasan kerja bukanlah suatu konsep tunggal, sebaliknya seseorang dapat relatif puas dengan suatu aspek dari pekerjaannya dan tidak puas dengan salah satu atau beberapa aspek lainnya. Handoko (2001) mengatakan bahawa kepuasan kerja sebagai respon emosional menunjukkan perasaan yang menyenangkan berkaitan dengan pandangan karyawan terhadap pekerjaannya. Kepuasan kerja berhubungan dengan sikap dari karyawan terhadap pekerjaan itu sendiri, situasi kerja, kerjasama antara pimpinan dan sesama pimpinan dan sesama karyawan. Locke dan Luthans berpendapat bahawa kepuasan kerja adalah perasaan pekerja atau karyawan yang berhubungan dengan pekerjaannya, iaitu merasa senang atau tidak senang, sebagai hasil penilaian individu yang bersangkutan terhadap pekerjaannya.

1.8 RUMUSAN

Latar belakang masalah kajian, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi operasional dibincangkan dengan teliti dalam bab ini oleh pengkaji supaya dijadikan sebagai panduan untuk metodologi kajian. Ia juga membolehkan pengkaji memahami kajian secara mendalam.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

(9)

Bab ini menjelaskan literatur yang berkaitan dengan penggunaan sumber kuasa dan persepsi guru. Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan sumber kuasa dan kepuasan kerja juga turut dipaparkan.

2.2 LITERATUR BERKAITAN DENGAN SUMBER KUASA

Kajian ini bermatlamat untuk mengenai pasti penggunaan jenis sumber kuasa kepimpinan oleh guru besar dalam organisasi sesebuah sekolah dari persepsi guru. Lima dimensi kuasa yang difokuskan adalah kuasa sah, kausa ganjaran, kuasa paksaan, kuasa rujukan dan kuasa pakar.

Seseorang guru besar atau pengurus sekolah tidak mungkin boleh menjadi pengurus yang ekfektif jika menggunakan kuasa sah semata-mata tanpa mempunyai pertimbangan dan pemikiran yang rasional. Guru besar perlu menggunakan kuasa kepakarannya dan kuasa keperibadinya “personel power” (Omar & Robiah 1993). Maka dengan itu, guru besar perlu mewujudkan satu bentuk perhubungan manusia yang kondusif bagi membolehkannya bersama-sama guru sekolahnya mencapai objektif sekolah. Secara keseluruhannya, pengurus pendidikan perlu mengarah memandu, dan menyatupadukan usaha-usaha manusia yang berkaitan untuk ditumpukan ke arah pencapaian objektif-objektif yang tertentu. Guru besar harus pandai menggunakan sumber kuasa dengan sebaik yang mungkin untuk memajukan sekolah serta mencapai objektif sekolah secara bersatu hati bersama-sama guru. Menurut kajian Lamb (1993), menunjukkan gaya kuku besi tidak boleh digunakan terhadap golongan staf / pekerja kerana akan memuaskan semangat pekerja, seterusnya mengurangkan keberkesanan organisasi secara keseluruhan.

Menurut Herbert Simon (dalam Abdul Shukur, 1991) apabila menganalisis kuasa dalam organisasi, fokus perspektif teori kuasa dan politik adalah terhadap sistem autoriti, terutamanya hak untuk membuat keputusan yang dikawal oleh satu golongan yang kemudiannya perlu dipatuhi oleh golongan yang lain. Misalnya guru besar sekolah membuat keputusan yang perlu dipatuhi oleh guru-guru.

(10)

sahaja. Umpamanya, seorang ketua jabatan akedemik di univesiti mempunyai kuasa kerana pangkat hierarkinya dan tidak kerana sifat peribadinya seperti karisma sebagai ketua. Keupayaan mempengaruhi, memujuk dan mendorong pengikut adalah berasaskan umumnya kuasa yang ditanggap ada pada pemimpin itu.

2.3 LITERATUR BERKAITAN DENGAN KEPUASAN KERJA

Kepuasan kerja merupakan salah satu elemen khusus yang penting dalam aspek sikap seseorang individu terhadap kerjayanya. Oleh itu ia menjadi satu topik yang penting kepada pihak pengurusan dalam usaha untuk menghasilkan kumpulan kerja yang lebih proaktif dan produktif. Menurut Ishak (2004) kepuasan kerja merupakan satu tindak balas emosi atau perasaan suka atau tidak seseorang pekerja terhadap sesuatu kerja.

Kepuasan terhadap dimensi penyeliaan merujuk kepada perasaan pekerja terhadap hubungan mereka dengan ketua atau penyelia terdekat. Secara umumnya, kepuasan terhadap penyeliaan dinilai dari aspek yang penting iaitu hubungan peribadi, bantuan teknikal dan gaya kepimpinan (Hamdan, Eliza dan Bakhtiar,2005).

Menurut Bardford (1981), pemimpin yang kurang berkebolehan memimpin akan membawa kepada ketidakpuasan kerja di kalangan guru dan seterusnya akan membawa kesan negatif kepada sesebuah organisasi. Pengaruh pemimpin menentukan darjah keberkesanan

rancangan, keputusan dan tindakan strategi. Tindakan seseorang pemimpin bukan hanya akan mempengaruhi organisasi yang dipimpinnya malah dari segi kepuasan kerja di kalangan kakitangan khususnya guru-guru yang di bawah kawalannya juga perlu dititikberatkan kerana ianya melibatkan

kredibiliti seseorang.

2.3.1 FAEDAH KEPUASAN KERJA

Terdapat banyak faedah sekiranya pekerja berpuas hati dalam pekerjaan mereka di mana Brayfield dan Crockett (1983) mendapati bahawa semakin tinggi kepuasan kerja, semakin kurang kemungkinan mereka akan berhenti kerja. Kepuasan kerja juga memberi kesan secara langsung ke atas kualiti prestasi kerja dengan meningkatkan kemampuan seseorang untuk memberi prestasi kerja yang lebih baik, mengurangkan masalah ketidakhadiran dan datang lambat ke pejabat.

(11)

Frederick Herzberg (dalam Ilhaamie, 2005) lebih menekankan kerja sebagai perkara yang mempunyai potensi untuk menimbulkan motivasi dan kepuasan kerja daripada ahli saintis lain. Terdapat dua faktor yang diperkenalkan oleh beliau, iaitu perkara yang menimbulkan motivasi atau kepuasan kerja, iaitu faktor perangsang dan dikenali juga sebagai motivasi dalaman atau kandungan pekerjaan dan faktor kesihatan yang dikenali juga sebagai motivasi luaran atau konteks pekerjaan.

2.4 KAJIAN LEPAS BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN SUMBER KUASA OLEH PEMIMPIN

Kajian yang telah dijalankan oleh Omar Abdul (1991) menyatakan kuasa penting untuk membolehkan sesebuah organisasi sekolah kekal lama. Jika pengetua gagal menggunakan sumber kuasa dengan berkesan, akan longgarlah kesetiaan dan rasa hormat guru-guru terhadap kewibawaan guru besar. Sekiranya guru besar menggunakan sumber kuasa yang tidak sesuai dengan masalah, situasi, dan individu yang dihadapinya boleh menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan guru-guru terhadap kepimpinan guru besar. Tambahan beliau, gaya atau cara seseorang guru besar menggunakan sumber kuasa paksaan, kuasa ganjaran, kuasa sah, kuasa rujukan, dan kuasa pakar untuk mengurus organisasi sekolah atau mengubah tingkah laku guru-gurunya supaya selaras dengan norma dan kehendak organisasi sekolah.

Kuasa paksaan mempunyai kesan negatif dan teguh dengan pengurusan. Kuasa ini didapati membawa kesan yang negatif yang akan mengurangkan kepuasan kerja. Kuasa ganjaran dan kuasa sah tidak ada kesan terhadap pemboleh ubah kriteria. Mereka merumuskan bahawa kita tidak boleh bergantung pada kuasa sah kerana ini kurang kapasitinya untuk menggalakkan pekerja mengubah perangai dan meningkatkan prestasi kerja mereka. Penggunaan kuasa rujukan dan pakar dapat menentukan keberkesanan pengurusan kerana kedua-dua sumber kuasa yang mempunyai kesan positif yang teguh terhadap pengurusan ( Carson, Carson, Knight & Roe, 1995).

(12)

kuasa rujukan. Mereka hanya menggunakan kuasa paksaan ketika dalam keadaan yang terdesak sahaja.

2.4.1 KAJIAN LEPAS BERKAITAN DENGAN KEPUASAN KERJA

Hasil kajian yang dijalankan oleh Hassan Bin Hushin dan Adnan Bin Hussin tentang “Hubungan Kepuasan Kerja Guru-guru dengan Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Daerah Besut, Terengganu” , mendapati bahawa tahap kepuasan kerja guru di sekolah rendah Daerah Besut, Terengganu secara keseluruhannya pada tahap tinggi berdasarkan kepada peratusnya adalah 66.7% paling setuju dan 23.7% setuju dengan kepuasan kerja guru mempunyai hubungan dengan gaya kepimpinan guru besar. Ekoran keselesaan kerja guru sekaligus melahirkan kepuasan kerja mereka ekoran kepimpinan sekolah yang menyenangkan dan tidak memberi tekanan kepada para guru. Daripada jawapan responden didapati bahawa kepuasan kerja guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya kepimpinan Instrumental ( beserta) dan demokratik.

Yusof Bin Boon dan Azizah Binti Ghazali telah menjalankan kajian yang bertajuk “Gaya Komunikasi Guru Besar dan Hubungannya dengan Kepuasan Bekerja Guru di Tiga Buah Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru, Johor” pada tahun 2005 dan telah mendapati bahawa tahap kepuasan guru di sekolah rendah di Daerah Johor Bahru secara keseruhannya berada pada tahap sederhana mewakili sebanyak 87 orang responden (48.9%) dengan nilai min skor adalah 2.433. terdapat sebanyak 76 orang responden (42.7%) setuju dengan pendapat bahawa mereka menyukai tugas-tugas mereka berbanding guru-guru yang lain dan sebanyak 72 orang responden (40.4%) setuju mereka menyukai tugas-tugas mereka berbanding masa rehat mereka. Dapatan kajian ini secara keseluruhan menyatakan terdapat hubungan antara gaya komunikasi guru besar dengan kepuasan bekerja guru. Ini telah menunjukkan bahawa suatu persepsi yang positif telah wujud terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar di daerah Johor Bahru.

2.5 RUMUSAN

(13)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat persepsi guru terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar di sekolah. Bab ini mengandungi huraian tentang reka bentuk kajian, peserta kajian, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan instrumen soal temu bual. Kajian deskriptif dipilih untuk memenuhi keinginan penyelidik bagi menerangkan sifat semula jadi data yang dikumpulkan. Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kajian deskriptif digunakan untuk mendapatkan persepsi guru terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar. Di samping itu, fokus kajian ini adalah melihat tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru di SJK(C) Yuk Hwa, Tenom.

3.3 PESERTA KAJIAN

Hanya terdapat 15 orang guru di SJK(C) Yuk Hwa. Dengan ini, tiga orang guru penolong kanan dan enam orang guru kelas di sekolah ini dipilih untuk menjadi peserta dalam kajian ini. Guru-guru yang digelar sebagai peserta kajian terdiri daripada 3 lelaki dan 6 perempuan. Guru-Guru-guru penolong kanan dan guru kelas dipilih sebagai peserta kajian untuk memudahkan kami menjalankan temu bual.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan temu bual yang dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan temu bual sila rujuk LAMPIRAN 1. Soalan temu bual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Kelebihan penggunaan soalan temu bual kepada para peserta ialah dapat melihat keikhlasan seseorang peserta memberi jawapan melalui perbincangan berdepan. Tambahan pula, soal temu bual juga memudahkan penyelidik menerangkan tujuan untuk mendapat jawapan yang tepat daripada peserta.

(14)

responden menghuraikan perasaan mereka yang realiti dan juga apa yang difikirkannya kepada penyelidik. Aspek-aspek temu bual ini adalah berdasarkan pengetahuan dan situasi benar yang mereka alami. Selain daripada itu, temu bual ini mempunyai kesahan yang tinggi dan ia tidak akan diheboh-hebohkan kepada orang ramai. Maka para responden adalah tidak berasa bimbang atau teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka.

3.5 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Pengkaji perlu membuat jalinan hubungan dengan pihak yang berkaitan terutamannya pihak sekolah sebelum pengkaji menjalankan kajian. Pengkaji dikehendaki berbincang dengan pihak pentadbir untuk memohon kebenaran bagi menjalankan kajian di sekolah. Setiap guru yang terlibat dalam kajian ini diberi taklimat ringkas tentang faktor kerahsiaan dan masa untuk sesi temu bual. Mereka diberi jaminan hasil temu bual dan tidak memberi kesan kepada keselamatan mereka atau lain-lain implikasi yang mungkin akan wujud berikutan dengan ini. Kajian ini bertujuan menghasilkan maklumat yang berguna kepada pembangunan kualiti kesedaran persepsi guru-guru terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar di sekolah, bukannya membuat justifikasi kepada sesiapa atau mana-mana pihak tertentu. Guru-guru juga diberi penghargaan terhadap kesediaan memberi maklumat dan sumbangan idea-idea dalam kajian ini. Mereka digalakkan berfikiran secara terbuka, ikhlas dan positif ketika memberi maklumat ketika temu bual.

3.6 KAEDAH PENGANALISISAN DATA

Pendekatan analisis kandungan seperti yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman, Merrien (1998) telah digunakan untuk menganalisis data temu bual. Menurut Burn (1995), analisis kandungan merupakan kaedah analisis yang sering digunakan dalam kajian kualitatif. Analisis kandungan digunakan untuk mengenal pasti tema, konsep dan makna. Dalam hal ini, analisis kandungan memerlukan sistem pengkodan yang berkaitan dengan matlamat sesuatu penyelidikan.

(15)

3.7 RUMUSAN

Reka bentuk kajian, peserta kajian, instrumen kajian dan kaedah penganalisisan data dirancang dengan teliti oleh penyelidik supaya dapatan bagi kajian ini menjadi lebih berkesan dan bermakna.

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini memaparkan keputusan analisis data dan penafsirannya bagi kajian yang telah dijalankan. Paparan keputusan kajian meliputi dapatan temubual. Tafsiran dapatan kajian kami ditunjukkan dalam bentuk deskriptif.

4.2 LATAR BELAKANG PESERTA

Maklumat yang telah dikumpul daripada responden kajian di sekolah masing-masing ialah faktor-faktor demografi guru seperti jantina, umur, jawatan, dan tempoh berkhidmat di bawah pimpinan guru besar berkenaan. Antara 9 orang responden kajian, terdiri daripda 3 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Terdapat 6 orang adalah berumur kurang daripada 35 tahun dan hanya 3 orang adalah terdiri daripada golongan veteran. Kesemua peserta kajian mempunyai tempoh perkhidmatan lebih daripada 5 tahun. Manakala peserta kajian yang tergolong dalam veteran mempunyai tempoh perkhidmatan lebih daripada 10 tahun.

4.3 PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN SUMBER KUASA GURU BESAR

Melalui soal temu bual yang terdiri daripada 11 item, didapati guru besar cenderung menggunakan kuasa rujukan berdasarkan persepsi guru di sekolah. Penggunaan sumber kuasa guru besar ditentukan dengan berpandukan soalan temu bual yang mempunyai kriteria seperti berikut :

4.3.1 STAIL BEKERJA GURU BESAR

(16)

yang kemas dalam urusan tugas seharian. Beliau menggunakan buku rekod sebagai panduan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga menggunakan sistem diari untuk memastikan tarikh-tarikh penting dan waktu-waktu untuk menghadiri mesyuarat, pemantauan dan urursan-urusan rasmi yang lain. Selain daripada itu, guru besar juga sentiasa mencatatkan perkara-perkara yang penting atau yang perlu dilaksanakan di atas papan notis dan sentiasa memantau serta menyemak hasil-hasil kerja guru-guru di bawah jagaannya. Catatan-catatan juga turut sentiasa dikemaskini oleh beliau. Guru besar juga sentiasa membawa berbincang bersama tentang perkara-perkara yang ingin dilaksanakan.

4.3.2 CARA PENGENDALIAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap pagi Isnin jam 7.10 pagi. Murid-murid akan berkumpul di dewan sekolah lebih awal iaitu pada 7:00 pagi. Sebaik sahaja loceng berbunyi, murid-murid akan beratur mengikut kelas masing-masing menuju ke dewan dengan diiringi oleh pengawas yang telah ditugaskan. Guru besar akan berucap selepas laporan guru bertugas pada minggu lepas. Hasil temu bual daripada peserta kajian menyatakan bahawa murid-murid membawa diari untuk mencatat perkara yang dianggap penting yang disampaikan oleh guru-guru dan guru besar sepanjang perhimpunan berlangsung. Menurut hasil temu bual juga menyatakan bahawa murid-murid kelihatan berdisiplin, mendengar dengan teliti dan berada dalam keadaan yang senyap semasa menghadiri perhimpunan mingguan sekolah. Peserta-peserta kajian juga menyatakan pengendalian perhimpunan rasmi sekolah sememangnya berjalan lancar dengan adanya kepimpinan guru besar yang professional dan berkaliberdi sekolah ini.

4.3.3 CARA PENGENDALIAN MESYUARAT STAF

Hasil daripada temu bual peserta kajian menyatakan proses mesyuarat staf berjalan dengan lancar dan teratur pada setip kali. Berdasarkan dapatan temu bual yang telah dibuat, jumlah mesyuarat kurikulum adalah sekurang-kurangnya 8 kali setahun. Didapati guru-guru menepati waktu semasa menghadiri mesyuarat staf. Di samping itu, guru-guru berkeupayaan menukar idea dan fikiran serta menyumbangkan idea yang membina semasa mesyuarat berlangsung. Guru-guru juga mendengar arahan dan saranan daripada guru besar dengan teliti. Bukan setakat itu sahaja, guru besar juga sentiasa menegaskan kepentingan semangat kerja berpasukan dan bersatu hati demi mencapai kecemerlangan prestasi akademik dan juga kokurikulum di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang luar.

(17)

Hasil daripada temu bual, guru besar tidak mempunyai batasan tertentu dalam menjalinkan interaksi dengan guru-guru dan kakitangannya. Beliau dapat mengenali semua subordinat dan mesra dengan pekerja-pekerja bawahannya. Guru-guru, kakitangan pejabat dan murid-murid mudah berurusan dengan guru besar. Guru-guru juga mudah merujuk dengan guru besar sekiranya memerlukan sesuatu penjelasan, pandangan dan pendapat. Guru besar bercakap dengan sopan dan memadai keprofesionalan semasa berinteraksi dengan warga sekolah.

4.3.5 CARA PENYAMPAIAN MESEJ DAN MAKLUMAT TERKINI

Menurut peserta kajian, mesej dan maklumat-maklumat terkini disampaikan melalui beberapa cara. Cara penyampaian dilakukan mengikut situasi dan keperluan sama ada perlu disegerakan atau boleh diberitahu melalui orang lain mengikut kepentingan sesuatu maklumat tersebut. Lazimnya maklumat akan disalurkan melalui guru-guru penolong kanan, ketua-ketua panitia, guru disiplin, kaunselor sekolah dan sebagainya. Pekeliling jabatan dan kementerian pendidikan pula ditampalkan di papan kenyataan. Di samping itu, maklumat-maklumat juga disampaikan semasa mesyuarat khususnya yang menyentuh dasar-dasar dan polisi sekolah selaras dengan matlamat sekolah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain daripada itu, guru besar juga sentiasa menyampaikan maklumat melalui taklimat atau perbincangan secara kumpulan kecil. Pengurusan cara ini adalah lebih efektif dalam penggunaan sumber kuasa di sekolah ini.

4.3.6 CARA MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH PENTADBIRAN

Peserta-peserta kajian juga menyatakan bahawa beliau belum lagi menghadapi masalah yang besar dalam pentadbiran kerana guru-guru dan kakitangan pejabat dapat memahami tugas dan peranan masing-masing. Setiap individu mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan berkesan. Guru besar akan memberikan garis panduan yang professional kepada guru-guru yang telah diamanahkan bagi melaksanakan sesuatu perkara. Penggunaan sumber kuasa rujukan oleh guru besar mendorong guru-guru supaya memberikan idea yang munasabah dan difikirkan untuk memastikan segala urusan dan tugas dapat dijalankan dengan sempurna.

4.4 TAHAP KEPUASAN KERJA GURU-GURU

(18)

ketidakpuasan kerja pula adalah factor-faktor keadaan kerja, jaminan kerja dan status. Disebabkan guru besar cenderung menggunakan sumber kuasa rujukan, maka guru besar mampu menaikkan tahap kepuasan kerja guru seperti memotivasikan guru-gurunya supaya komited dengan kerjanya.

4.5 RUMUSAN

Penggunaan sesuatu sumber kuasa mempunyai hubungan dengan tahap kepuasan kerja guru-guru. Walau bagaimanapun, kesemuanya ini bergantung kepada cara pelaksanaan dan interaksi guru besar dengan guru-guru. Maka, guru besar memainkan peranan yang sangat penting untuk mewujudkan tahap kepuasan kerja guru-guru demi keberkesanan pendidikan.

BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini akan menjelaskan rumusan kajian, kesimpulan kajian, perbincangan dapatan kajian, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan rumusan

5.2 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan persepsi guru terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar yang paling tinggi ialah sumber kuasa rujukan. Dapatan kajian dapat membuktikan kualiti peribadi guru besar SJK (C) Yuk Hwa dalam keadaan yang baik dan boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Sebagai pemimpin, beliau juga dapat menunjukkan kesabaran yang tinggi dan mempunyai semangat untuk terus maju dalam semua bidang. Dari aspek kepimpinan, beliau mempunyai motivasi kendiri yang tinggi dan mempunyai ciri-ciri keyakinan pada diri sendiri dan dapat mempengaruhi guru-guru di bawah jagaannya bersedia menerima perubahan dan seterusnya menuju ke arah kecemerlangan. Juuteru, guru besar juga berperanan sebagai agen perubahan di sesebuah organisasi.

5.3 KESIMPULAN KAJIAN

(19)

tahap kepuasan kerja yang sederhana dan tinggi. Maka guru-guru di sekolah sanggup bekerjasama dan bekerja keras dengan guru besar dalam melaksanakan sesuatu tugas. Dengan ini, seseorang guru besar perlulah memandang berat terhadap penggunaan sumber kuasa dalam amalan harian supaya guru-guru berpuas hati terhadap kerja yang diamanahkan demi kecemerlangan prestasi sekolah.

5.4 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Hasil daripada temu bual dapat dirumuskan guru besar meepati ciri-ciri karismatik, bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Sebagai pemimpin beliau juga dapat menunjukkan kesabaran yang tinggi dan mempunyai semangat untuk terus maju dalam semua bidang. Beliau juga seorang yang adil, amanah dan bertanggungjawab. Guru besar sememangnya orang yang mudah mesra, mudah didekati, berwajah tenang dan ceria serta menyenangkan. Dari aspek kepimpinan beliau mempunyai motivasi kendiri yang tinggi dan mempunyai ciri-ciri keyakinan pada diri sendiri. Dari aspek personaliti, dengan jelas memperlihatkan pemimpin ini memepunyai ciri-ciri iman dan takwa, beramal soleh dan berdisiplin.

Guru besar didapati menggunakan atau mengaplikasikan kelima-lima sumber kuasa dalam kepemimpinan di sekolah mengikut keadaan melalui kajian ini. Guru besar di sekolah ini sentiasa menukar strategi dalam penggunaan sumber kuasa berdasarkan perkara yang berbeza dan juga terhadap individu serta situasi yang berlainan. Ini bertepatan dengan pendapat Tang (2003) yang mengatakan pemimpin yang yang berjaya adalah pemimpin yang mengaplikasikan beberapa jenis sumber kuasa. Pola persepsi guru terhadap kelima-lima sumber kuasa yang digunakan oleh guru besar, sumber kuasa yang paling dominan ialah kuasa rujukan, kuasa pakar, kuasa ganjaran, kuasa sah, dan kuasa paksaan.

(20)

5.5 IMPLIKASI KAJIAN

Hasil kajian ini yang diperoleh dari persepsi guru-guru terhadap penggunaan sumber kuasa oleh guru besar telah menunjukkan guru besar berkecenderungan tinggi menggunakan sumber kuasa rujukan. Hasil daripada kajian dan tinjauan literatur juga menyarankan guru-guru besar perlu berfungsi secara berkesan sebagai pemimpin sekolah. Kajian ini juga amat bermakna bagi guru-guru melihat secara positif terhadap penggunaan sumber kuasa guru-guru besar dengan tahap kepuasan bekerja. Pengetahuan ini penting bagi mewujudkan persefahaman dan komitmen dalam penglibatan guru-guru ke arah mencapai visi dan misi organisasinya. Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru besar akan memberikan penerangan dan garis panduan sebagai rujukan untuk seseorang individu dalam melaksanakan tugas yang diagihkan.

Peranan pemimpin merupakan faktor yang utama dalam membentuk pentadbiran yang boleh memotivasikan guru-guru untuk bekerja dengan berkesan melalui tindakan-tindakan yang boleh mewujudkan komitmen dan kepuasan kerja yang tinggi. Oleh itu, guru-guru besar bertanggungjawab untuk menggunakan sumber kuasa yang sesuai terhadap situasi, perkara dan juga individu yang berbeza telah terbukti dapat mempengaruhi komitmen dan kepuasan kerja guru-guru.

5.6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian yang dijalankan ini adalah terhad kepada sebuah sekolah rendah sahaja. Oleh itu adalah dicadangkan untuk kajian yang akan datang melibatkan peserta kajian yang lebih besar sama ada di peringkat daerah atau negeri dengan meliputi lebih banyak sekolah supaya hasil kajian yang didapati akan menjadi lebih tepat dan menyeluruh.

Adalah menarik jika sesuatu kajian berkaitan dengan penggunaan sumber kuasa guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru diperluaskan skopnya dengan melibatkan juga kajian terhadap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan sokongan bukan guru di sekolah memandangkan kakitangan sokongan juga merupakan warga sekolah.

5.7 RUMUSAN

(21)

RUJUKAN

Abdul Shukur Abdullah. (1991).

Pengurusan Organisasi Perspektif Pemikiran dan

Teori.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bardford (1981).

Supervision and Teachers.

Syracuse Universiti: Mc Cuthan

Publishing Co.

Brayfield dan Crockett (1983). Job

Satisfaction:Theoretical Perspectives and A

Longitudinal Analysis

. New York: Libra Publishers Ins

Burn, R.B (1995) . “ Introduction to Research Methods.” Melbourne: Longman

Carson, P.P., Carson, K.D., Knight, E.L. and Roe, C.W. 1995). “

Power in

Organizations: A look through the Total Quality Management lens”.

Quality

Progress,73-78

French, J.R.P dan Raven, B. (1960). “The bases of social power”, dalam Darwin Cartwright dan

A.F. Zander (ed.).

Group Dynamics (

2nd Ed.). Evanston III: Row, Peterson and Co.

607-23.

French,1. R. P. & Raven, B. (1962). "The Bases ofSociaJ Power". Dalam Cartwright,

D.

Group Dynamics: Research and Theory.

Evanston, IlIinios: Row, Peterson

and Co.

Hamdan Abd. Kadir, Eliza Seth, Bakhtiar Yusof (2005).

Panduan Menjadi Penyelia

Efektif

. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Handoko (2001).

Teori Online

. Dimuat turun pada 20 Disember 2012 dari

http://teorionline.wordpress.com/2010/01/25/definisi-kepuasan-kerja/

Hassan Bin Hushin dan Adnan Bin Hussin (2001).

Hubungan Kepuasan Kerja Guru-guru

dengan Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Daerah Besut, Terengganu

. Universiti

Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan

Ilhaamie binti Abd. Ghani Azmi (2005)

Kepuasan Kerja: Kajian di Kalangan Pensyarah di

Akademi Pengajian Islam dan Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya

.[versi

elektronik]. Jurnal Syariah 13:2, 115.

(22)

Jamali Basri. (2001).

Pengurusan Konflik di Sekolah Menengah

Satu Kajian Kes. Tesis

Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi.

Kamus Dwibahasa (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kamus Perdana(2004). Selangor: United Publishing House (M) Sdn. Bhd.

Kreitner & Kinicki (2005).

Teori Online

. Dimuat turun pada 20 Disember 2012 dari

http://teorionline.wordpress.com/2010/01/25/definisi-kepuasan-kerja/

Lim Lay Hong. (1998).

The elationship of Perceived Principal’s and Design (7

th

ed.) Upper

Saddle River

, New Yok: Prentice-Hall, Inc.

Merriem, S.B. (1998). “Qualitative Research and Case Study Applications in Education.”

Miles, M.B and Huberman, A. M (1994). “

Qualitative Data Analysis: An Expanded

Sourcebook

.” 2nd ed. Thousand Oaks, Califf: Sage.

Mohd Nor Bin Jaafar( 2002).

Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan Kepuasan

Kerja Guru: Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara Sekolah Berkesan dengan

Sekolah Kurang Berkesan.

Jurnal: Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim

Oh Su Hoon. (2001).

Subordinate’s Conflict Handling Styles:The Impact of Supervisory Bases of

Power and Leader-member Exchange

. Unpublished master’s thesis, University Sains

Malaysia, Minden.

Omar Abdul. (1991).

Hubungan Di antara Lokus Kawalan dengan Gaya Penggunaan Kuasa di

kalangan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah di Malaysia.

Tesis Master yang Tidak

diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

OUM.(2006).

Modul HBEF 2503 Kaedah Kajian Dalam Pendidikan

. Kuala Lumpur:UNITEM

Sdn. Bhd.

Patton, M.Q (1990). “

Qualitative Evaluation and Research Methods

.” London: Sage

Publications

(23)

Silverman, D. (2000). “

Doing Qualitative Research: A Practical Handbook

.” London, Thousand

Oaks, New Delhi: Sage

Tang Keow.Ngang. (2003).

Pengurusan KolaboratifDi Sekolah Menengah

Wtlayah

Persekutuan.

Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan Universiti Putra Malaysia: Serdang.

Yusof Bin Boon dan Azizah Binti Ghazali (2005).

Gaya Komunikasi Guru Besar dan

Hubungannya dengan Kepuasan Bekerja Guru di Tiga Buah Sekolah Rendah Daerah

Johor Bahru, Johor.

Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan

LAMPIRAN 1

1. Adakah guru besar senang menerima pendapat atau cadangan yang diutarakan ?

(24)

3. Adakah kamu berasa selesa dan bersemangat bekerjasama dengan guru besar ?

4. Adakah guru besar bersama-sama menangani masalah dengan semua guru ?

5.

Pada pendapat anda, apakah personaliti guru besar berpandukan cara bekerja di sekolah?

6. Bagaimanakah guru besar mengendalikan perhimpunan rasmi di sekolah?

7. Apakah tindakan guru besar semasa mengendalikan mesyuarat?

8. Bagaimanakah guru besar berinteraksi dengan guru-guru dan kakitangan bawahan?

9. Bagaimanakah guru besar menyampaikan mesej dan maklumat terkini?

10. Bagaimanakah guru mengatasi masalah-masalah pentadbiran?

Referensi

Dokumen terkait

memberikan saran dan atau pertimbangan kepada atasan mengenai langkah atau tindakan yang diambil di bidang tugasnya;.. menginventarisasi, mengidentifikasi dan menyiapkan

Menurut Batori (2013) beberapa tumbuhan yang dapat digunakan sebagai bahan insektisida organik adalah daun sirsak, daun papaya, daun kecubung, umbi gadung, akar

Keamanan sistem informasi pada layanan ATM dilakukan dengan : PIN, pengiriman PIN ke komputer pusat dilakukan dengan encripted/ dienkripsi (data atau pesan yang dikirim

Pemberian materi perlu disesuaikan dengan kecepatan peserta didik dalam menangkap materi yang diajarkan sehingga materi dapat diberikan dengan lebih mendalam dan

Maka dalam penelitian ini dijelaskan bagaimana membuat animasi dengan menggunakan prinsip animasi, yaitu salah satunya adalah metode pose to pose, serta mengimplementasikan

Hasil penelitian yang dilakukan oleh penulis, untuk syarat pendaftaran kerja untuk perjanjian kerja waktu tertentu (PKWT) bersifat musiman yang baru dan juga

Upaya Pemerintah Daerah Kabupaten Ponorogo dalam melestarikan Kesenian Reyog ditinjau dari variabel-variabel pelembagaan, dapat disimpulkan bahwa interaksi antara

Bagaimana Pemahaman Mengenai Filsafat Ilmu Kesejahteraan Sosial Pentin g Bagi Mahasiswa.. Diskusi