Kepentingan Sejarah kepada Manusia dan Negara
Ulasan Kritis
memerlukan sejarah, masyarakat yang canggih ini memerlukan banyak sejarah, sentiasa membuat pengadilan – pengadilan sejarah…”
Sejarah pada masa lalu merupakan sumber abstrak dan nyata bagi manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih berkeyakinan. Ia dikatakan abstrak kerana mustahil bagi kita menghidupkan kembali dari segi jasadnya kerana peristiwa yang berlaku. Sejarah merupakan sumber abstrak kerana sesetengah peristiwa kita gagal untuk memahami walaupun kita memerlukan peristiwa itu. Sejarah sebagai sumber yang nyata kerana kita dapat kukuh dan nyata pada masa kini, dan masa kini adalah bayangan bagi masa yang akan datang. Kehidupan adalah suatu proses evalusi; dari kecil menjelang dewasa dan seterusnya tua. Oleh itu setiap insan mempunyai sejarah tersendiri. Walaupun seseorang manusia itu hilang ingatan tetapi sekurang – kurangnya masih ada secebis ingatan masa lalu yang tersimpan di dalam memorinya. Begitu juga sejarah dengan manusia. Ia akan sentiasa memerlukan masa lalu atau sejarah kerana ianya adalah pengalaman dirinya sendiri. Bagi orang yang hilang ingatan ibarat bayi walaupun tubuh badannya dewasa. Ini kerana minda dan psikologinya kosong. Ia memerlukan sejarah dan pengalaman lalu untuk mengingati kembali.
Begitu juga hubungan sejarah dengan manusia. Ia amat memerlukan sejarah masa lalu kerana itu merupakan pengalaman masa lalu. Dia akan meneruskan hidup dengan panduan dari sejarah masa lalu. Dia akan dikenali sebagai manusia bersejarah kerana hidup dengan pengalamannya. Dia akan menyedari betapa penting pengalamannya untuk menjadi landasan bagi merangka kehidupan bagi masa akan datang agar kehidupan lebih cemerlang dan bahagia.
Hakikat ini dapat dilihat dari segi kesedaran manusia tentang pengalaman, kewarasan, kekuatan azam dan cita – citanya. Dia menyedari kenyataan hidupnya dan berusaha untuk mengatasinya. Walaupun pada dasarnya kehidupan seseorang tidak semestinya berjaya. Masih ada lagi manusia yang mengalami kegagalan dalam kehidupan sehingga ada yang meragut nyawa sendiri. Sudah pasti sejarah atau pengalaman lalu amat penting untuk menjelaskan keadaan yang berlaku. Kita perlu memahami bahawa wujud masa lalu dan masa kini.
Sejarah boleh kita lihat dari sudut psikologi dan falsafah serta kehendak emosi yang mendalam sehingga E.H Carr mengatakan orang – orang berkefahaman sekular atau manusia moden , bahawa sejarah mengambil alih fungsi agama dalam kehidupan mereka. Kehidupan ini tidak dapat diterima oleh mereka yang kuat imannya. Walaupun mereka menerina bahawa sejarah itu memang mempunyai sesuatu fungsi keagamaan. Sejarah mempunyai peranannya sendiri samada secara langsung atau tidak langsung dalam menhadapi cabaran serta krisis yang timbul. Terdapat juga cerdik pandai, antaranya R.G Collingwood yang merasakan bahawa sejarah itu sebagai ilmu, ataupaun pengkajian terhadap sejarah. Walaupun itu pandangan sejarawan tersebut tetapi ini tidak bererti sejarah itu tidak berguna ataupun omong – omong kosong seperti yang disuarakan oleh seorang usahawan Amerika Syarikat yang terkenal pada tahun 1927 iaitu Henry Ford. Barangkali satu sebab besar sejarahawan tidak mahu menonjolkan kegunaan sejarah kerana mereka sedar sejarah itu boleh disalahgunakan serta boleh menimbul bahaya samaada dari segi politik atau masyarakat. Bagi mereka tanpa penonjolan pun sejarah telah diselewengkan untuk mencapai matlamat golongan tertentu. Penyelewengan terhadap sesuatu kebenaran sejarah adalah suatu perbuatan keji dan pengecut. Sejarah bukanlah semata – mata menyedar, menerang serta mengajar tetapi ia adalah sesuatu yang bergerak dan membiak bersama pengalaman, perkembangan dan pergerakan keseluruhan manusia itu.
mengambil pandangan serta merasakan bahawa dari semasa ke semasa terdapat peristiwa – peristiwa yang berlaku berulang-ulang iaitu bagi mereka mempunyai cirri – ciri yang serupa antara satu sama lain. Oleh itu mereka merasakan kemungkinan ada pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu. Sejarah bagaikan memberi pertunjuk kepada mereka lalu salah seorang sejarahwan terkenal, Totu Dionysius menganggap sejarah sebagai “ Falsafah yang member pengajaran melalui contoh – contoh”. Proses kitaran ini menunjukkan bahawa hidup sesebuah Negara itu akan sentisa beredar di dalam sesuatu pusingan yang tidak berhenti iaitu ia bermula, berkembang maju dan runtuh serta bermula semula. Ini boleh dikatakan bahawa sejarah itu yang berulang.
Pandangan sejarah sebagai suatu kitaran juga dipercayai oleh masyarakat cina pada zaman kemaharajaan. Konsep mereka berlandaskan falsafah kewangsaan. Mereka menganggap kitaran sejarah adalah sesuatu yang berlegar di system politik kewangsaan. Oleh sebab itu setiap orang cina sangat sensitive terhadap perjalanan kerajaannya.
Kesimpulan
Sejarah mempunyai kaitan dengan sesebuah Negara. Sejarah boleh dikatakan sebagai suatu kitaran atau pergerakkan yang terus menerus menuju ke matlamat terakhirnya dan perkaitanya dengan sesebuah Negara sangat rapat. Boleh dikatakan bahawa sejarah memain peranan penting dalam jatuh bangunnya sesebuah Negara. Begitu juga insan tanpa sejarah kehidupannya menjadi gelap. Sejarah boleh dikatakan sebagai panduan hidup seseorang insan agar dapat meneruskan kehidupannya.
Sejarah boleh dijadikan sumber rujukan yang sangat berguna kepada insan mahupun sesebuah Negara. Oleh itu kehidupan insan dan Negara terbahagi kepada tiga bahagian iaitu masa lalu, masa kini dan masa depan. Ketiga – tiga bahagian ini umpama rantai yang gelung – gelungnya bertaut antara satu sama lain. Putusnya rantai tersebut bermakna musnahlah
kehidupan seseorang itu dan musnahnya sesebuah Negara.
Jika penghuni sesebuah Negara ingin melakukan revolusi untuk menghapuskan system pentadbiran. Walaupun berjaya tetapi tidak berjaya sepenuhnya kerana masa lalu tidak dapat dihapus dalam masa singkat. Tiada jaminan pengalaman manusia akan terhampus. Kesedaran akan wujud dan wujud kembali, dikalangan masyarakat tentang perlunya meneruskan benih – benih masa lalu yang dirasa penting khususnya mengenai perkara yang berkaitan dengan agama dan adat resam.
Ini menjelaskan sejarah tidak boleh dihapuskan sama sekali seperti kata perpatah ‘ carik carik bulu ayam akhirnya bercantum kembali’ dan ‘mencincang air, ia tidak akan putus’. Ini dapat menjelaskan bahawa sejarah amat penting kepada insane dan juga Negara. Tanpa sejarah belum tentu kehidupan seseorang manusia dan Negara akan mengalami perubahan.
Sudah pasti sejarah sangat penting kepada manusia dan Negara. Sejarah masa lalu dan ilmu pengetahuan tentang masa lalu boleh dijadikan teladan mahupun sempadan demi
Pendahuluan
Kita akan meneliti kepentingan sejarah kepada manusia dan Negara. Disini kita akan mengetahui takrif dan pengertian sejarah yang mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia dan segala kegiatan hidupannya pada masa lalu.
Disini kita akan dapati manusia akan tertarik pada masa lalu bagi mencapai kejayaan pada masa akan datang. Pengalaman yang di dapati boleh jadi pedoman untuk meneruskan kehidupan pada masa hadapan.
Sejarah merupakan sumber abstrak dan nyata dalam kehidupan manusia. Sumber abstrak kerna pengalam masa lalu tidak akan kembali dan nyata pula kerana kita dapat mengambarkan kembali pengalaman tersebut walaupun tidak sepenuhnya.
Sejarah juga dapat kita memahami dari sudut psikologi dan falsafah. Dari sudut ini sejarah diperlukan bagi memenuhi tuntutan dan kehendak emosi yang mendalam. Sejarah bukan saja falsafah yang memberi pengajaran memahami masa lalu.
Sejarah mempunyai kepentingan dalam kehidupan Negara. Sejarah akan menjadi
panduan kepada jatuh bangunnya sesebuah Negara. Pemilihan pemimpin adalah perkiraan yang akan lkita rujuk melalui sejarah seseorang yang akan menjadi pemimpin. Pemimpin perlu dipilih dari kalangan masyarakat kerana beliau dapat memahami kesusahan rakyat. Jika pemilihan dibuat sebaliknya sudah pasti beliau tidak dapat merasa kesusahan rakyat.